minit mesyuarat kewangan kali 2

Upload: hakimbinhussein

Post on 02-Jun-2018

595 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Minit Mesyuarat Kewangan Kali 2

    1/3

    MINITMESYUARATKEWANGANKALI2/2014

    TARIKH : 04SEPTEMBER2014(KHAMIS)

    MASA : 2.30HINGGA3.55PETANG

    TEMPAT : BILIKGERAKANDISIPLIN,SKSENTOSA,SIBU

    KEHADIRAN : RUJUKLAMPIRAN

    1. Ucapan alu-aluan Pengerusi

    1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan mengucapkan

    taniah kepada Puan Tang Sing Siew diatas kejayaan menganjur majlis SambutanMerdeka Sk Sentosa 2014.

    1.2 Pengerusi juga telah mengucapkan taniah kepada semua warga Sk Sentosa kerana

    telah bertungkus-lumus dalam menjayakan semua program sekolah.

    1.3 Pada tahun 2013, akaun telah diuruskan dengan baik. Sekolah telah dianugerahkan

    sijil dan tiada teguran terhadap akaun tersebut.

    1.4 Pengerusi memberi penerangan tentang perbezaan diantara akaun KWK dan akaun

    SUWA.

    1.5 Pengerusi menegaskan semua guru dan staf perlu mengetahui berkenaan dasar baharu

    peruntukkan sekolah iaitu teras dan wajib.

    1.6 Setiap panitia diminta untuk memahami prosuder-prosuder perbelanjaan dan langkah-

    langkahnya iaitu:

    Isi nota minta

    Guru perlu membuat perbandingan harga di setiap kedai yang berbeza untukmendapatkan harga yang berpatutan.

    Guru perlu memastikan kedai mempunyai daftar syarikat yang sah dan boleh

    menerima penggunaan LPO/Cheque.

    Selepas membuat perbandingan harga, guru perlu menghantar borang

    permohonan kepada Ketua Pembantu Tadbir untuk mendapatkan kelulusan

    dari Guru Besar dan voucher pembelian.

  • 8/10/2019 Minit Mesyuarat Kewangan Kali 2

    2/3

    Ketua Pembantu Tadbir akan menyediakan LPO berdasarkan senarai barang

    yang dipohon.

    Guru perlu menyerahkan LPO kepada syarikat yang terpilih dan setelah pihak

    syarikat berpuas hati, guru boleh mengambil barang yang hendak dibeli.

    Guru perlu memastikan setiap barang yang dipesan mencukupi dan mengikut

    spesifikasi yang ditetapkan.

    Selepas pihak sekolah berpuas hati dengan barang yang telah dipesan, Ketua

    Pembantu Tadbir perlu mengeluarkan cheque dan hanya boleh ditandatangani

    oleh Guru Besar, Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal

    Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum.

    1.7 Guru perlu berbincang dengan Guru Besar dan Ketua Pembantu Tadbir sebelum

    memesan barang. Barang yang hendak dibeli hanyalah untuk keperluan murid sahaja.

    1.8

    Dibawah peraturan kewangan baharu ini, pembelian aksesori keperluan ICT bolehmenggunakan peruntukkan tersebut kecuali pembelian set komputer

    1.9 Pengerusi menegaskan bahawa penentuan kewangan sekolah berdasarkan bilangan

    murid yang berdaftar. Pengerusi juga mengingatkan supaya mengawal aktiviti keluar

    dan kemasukkan murid di sekolah ini.

    1.10 Pengerusi mengingatkan supaya pegawai aset sekolah menyediakan data yang

    lengkap berkenaan dengan aset sekolah dan perlu diserahkan kepada Unit

    Pembangunan Pejabat Pendidikan Daerah Sibu secepat mungkin.

    2. Pengesahan Minit Mesyuarat

    Pencadang : En. Hasnen Bin Semuni.

    Disokong oleh : Puan Anita Binti Bahani.

    3. Perkara Berbangkit

    3.1 Pada tahun 2014, sekolah telah dijadikan sebagai pusat tanggungngan gaji ( PTJ ) di

    mana, pengurusan pembayaran gaji staf akan diuruskan di sekolah.

    3.2 Pengerusi menegaskan bahawa urusan pemotongan gaji untuk guru-guru yang

    berpindah ke lokasi baharu dan guru yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab perlu

    disegerakan supaya tidak menjadi perkara berbangkit.

  • 8/10/2019 Minit Mesyuarat Kewangan Kali 2

    3/3

    3.3 Pengerusi juga menegaskan bahawa Guru Besar berhak untuk mengeluarkan arahan

    pemotongan gaji kepada pegawai-pegawai yang berpindah dan tidak hadir ke sekolah

    tanpa sebab.

    3.4 Pembayaran gaji akan diurus selia oleh Puan Betty Ak Eri.

    4. Hal-hal lain

    4.1 Ketua Pembantu Tadbir menegaskan bahawa tarikh akhir untuk memesan barang

    haruslah dilakukan sebelum 25 haribulan pada setiap bulan.

    4.2 Setiap ketua panitia disarankan memiliki cop nama dan jawatan sendiri bagi tujuan

    urusan pembelian barangan sekolah.

    4.3 Tempoh sah LPO hanya 45 hari. Selepas tamat tempoh LPO akan terbatal secara

    automatik.

    5. Laporan Baki Peruntukkan Terkini

    5.1 Rujuk Lampiran.

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1555.

    Pencatat Minit 1, Pencatat Minit 2,

    ..

    ( MOHD NORHAKIM B. HUSSEIN) ( BUHARI BIN HASSAN )

    Disemak Oleh,

    ..

    ( HERMAIN BIN MAHAJIM)

    Guru Besar,

    Sk Sentosa, Sibu