mmm.m mqdu pembelajaral mmn mpk · 2013-07-18 · secara penyelidika ata disertasnu bag pengajiaii...
TRANSCRIPT
mmm.m mqdul pembelajaran mm (mpk> t • i I i St.- i 1! V t v i i • Ti « £ \ v ^ i i : | <>" I ii, !• Li J i V' i Ji'i: I » .! • i '^I (jkr >1*
0 I o ft } L A s: :y ft M k £ i hi A fl iU h § 0 j IT ST If h>} LJ i • IJV M S i m t \ r e l 1VIin i *: « f rt % i l 1 »*; l if i ii \ i i: v » t. « 2 ? i » V. v.: i i l c 2.* .3! S V »;•- i i * S • T t-3 %
r ̂ , , p • r • > * i r. ; - $ : • t* " ' r* r-'
\ . l .; . S V-' t t ' • - - - i : i . . V
PERPUSTA ||A|| III III j lllllll 3 OOOO 0 0 0 7 1 1 2 5 3
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : P E N G H A S I L A N M O D U L P E M B E L A J A R A N K E N D I R I ( M P K ) B E R B A N T U K A N K O M P U T E R B A G I M A T A P E L A J A R A N P E R A K A U N A N K E W A N G A N D I P O L I T E K N I K
SESI P E N G A J I A N : 2003/2004
Saya : R O Z A N A B I N T I A B D R A H M A N ( G T 020130)
mengaku membenarkan Projek Saijana ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Projek Sarjana adalah hakmilik Kolej Universiti Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan projek Saijana ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (V)
SULIT
T E R H A D
(Mengandungi maklumat yang berdaijah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam A K T A R A H S I A R A S M I , 1972)
(Mengandungi maklumat T E R H A D yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
.N PENYELLA.)
Alamat Tetap : D-372 Kg Pulau Rusa, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu.
T ... 0 8 OCT 2003 Tarikh :
E N C I K A S H A R I B . S l K O R Nama Penyelia
Tarikh: 0 8 O C T 2003
C A T A T A N : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
• Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Izajah Doktor Falsafah dan Saijana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara keija kurusu dan penyelidikan atau Laporan projek Saijana Muda (PSM)
PENGHASILAN M O D U L PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK)
B E R B A N T U K A N KOMPUTER BAGI M A T A PELAJARAN P E R A K A U N A N
K E W A N G A N DI POLITEKNIK
R O Z A N A BINTI A B D R A H M A N
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI T U N H U S S E I N O N N
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional."
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
: ENCIK A S H A R I B I N SIKOR
: 2 Oktober 2003
PENGHASILAN M O D U L PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK)
B E R B A N T U K A N K O M P U T E R BAGI MATA PELAJARAN PERAKAUNAN
K E W A N G A N DI POLITEKNIK
ROZANA BINTI A B D RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Saijana Pendidikan Teknik & Vokasional
Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
SEPTEMBER 2003
ii
akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kccuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
ROZANA BINTI A B D R A H M A N
2 Oktober 2003
iii
Untuk Suami Tercinta...Mohd Fuad Bin Bakar
Jutaan terima kasih di atas pengorbanan dan kerjasama dari abang...
Sokongan daripada abang memberi sumbangan yang amat besar di dalam
menyiapkan projek sarjana ini...
Untuk ayah dan emak tersayang...
Terima kasih di atas doa restu dari ayah dan emak yang sentiasa mengiringi
perjalanan hidup anakmu ini...
Tidak lupa buat adik beradik dan anak-anak saudara yang sentiasa menceriakan
hidup Tehna...Tehna sayangkalian semua!!!
Buat kawan-kawan terutama teman serumali..
Sentiasalah mengingati saat suka dan duka kita dalam menyiapkan Projek Sarjana
dan sepanjang pengajian di KUiTTHO.
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ashari
Bin Sikor yang tidak jemu-jemu membimbing dan memberi dorongan sepanjang
tempoh penyelidikan projek sarjana ini. Sekalung budi kepada Prof. Maizam Alias
dan Tuan Haji Yusof Bin Jamar selaku pensyarah penilai atas nasihat, cadangan dan
teguran yang membina dalam meningkatkan kualiti projek saijana ini.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pihak-pihak yang
telibat dari Jabatan Perdagangan, POLIMAS terutamanya pensyarah-pensyarah mata
pelajaran Perakaunan Kewangan (P2201) yang banyak membantu saya menjayakan
kajian ini. Para pelajar yang terlibat sebagai responden juga memberikan
sumbangan yang amat besar dalam menjayakan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini.
Sekian, terima kasih.
V
ABSTRAK
Matlamat kajian ini adalah untuk menghasilkan Modul Pembelajaran Kendiri
(MPK) berbantukan komputer bagi mata pelajaran Perakaunan Kewangan. MPK
dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Kajian ini
meninjau tanggapan pelajar terhadap MPK dari segi isi kandungan yang mencukupi,
persembahan pengajaran yang memenuhi konsep kendiri dan kesesuaiannya sebagai
sumber rujukan kepada pelajar. Seramai 90 orang responden yang terdiri daripada
para pelajar Diploma Perakaunan dan Pemasaran, semester dua Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) telah terlibat di dalam kajian ini. Semua
data dikumpul menggunakan soal selidik untuk pelajar dan dianalisis menggunakan
perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan bilangan,
peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersetuju MPK yang
dihasilkan dapat memudahkan proses pembelajaran kerana ia cukup dari segi isi
kandungan dan mempunyai elemen-elemen persembahan pengajaran yang
memenuhi konsep pembelajaran kendiri. Hasil kajian juga mendapati para pelajar
sangat bersetuju bahawa MPK yang dihasilkan sesuai dijadikan sumber rujukan.
Oleh itu, beberapa cadangan telah dinyatakan di dalam kajian ini bagi meningkatkan
kualiti MPK seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
vi
ABSTRACT
This study is to produce computer aided module for Financial Accounting
subject. This module is developed by using the Microsoft power Point 2000
application. Questionnares were developed to find out students' perception in terms
of contents, presentations and its applicability as a source of reference to student.
The sample are 90 respondents undergoing Diploma in Accountancy and Marketing
at Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. All data were gathered using
questionnaires and analyzed using the Statistical Packages for Social Sciences to
obtain percentages and min scores. The results of this study shows that students
agreed the module can facilitate the students learning process because it contents is
enough and having presentation's element which fulfill self-learning concept. The
findings also showed that such module could be a source of reference for this
subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1
3
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kerangka Teori Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Skop Kajian
1.9 Batasan Kajian
1.10 Definisi Istilah dan Operational
1.10.1 Penghasilan (Pembinaan)
1.10.2 Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
1.10.3 Berbantukan komputer
1.10.4 Perakaunan Kewangan
1.11 Rumusan
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Kajian Berkaitan Dengan Pengajaran
2.2.1 Pengajaran Individu
2.3 Kajian Berkaitan Dengan Pembelajaran
2.3.1 Teori Pembelajaran
2.3.1.1 Teori Behaviorisme
2.3.1.2 Teori Kognitivisme
2.3.1.3 Teori Konstruktivisme
2.4 Penggunaan Komputer Dalam Proses Pendidikan
2.4.1 Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)
2.4.2 Pengajaran Berbantukan Komputer Dapat
Memotivasikan Pelajar
ix
2.5 Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Bahan 28
2.6 Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Modul 39
2.7 Kelebihan Menggunakan Modul 31
2.8 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 32
2.9 Rumusan 34
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.4 Tempat Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 38
3.5.1 Bahagian A 40
3.5.2 Bahagian B 40
3.5.3 Bahagian C 41
3.5.4 Bahagian D 41
3.6 Kajian Rintis 41
3.7 Tatacara Pengumpulan Data 43
3.7.1 Mentadbir Soal Selidik 43
3.8 Tatacara Penganalisaan Data 44
3.9 Rumusan 45
XI
BAB IV REKABENTUK DAN PENILAIAN PRODUK
4.1 Pengenalan 46
4.2 Latar Belakang Teori Penghasilan Produk 46
4.3 Rekabentuk Produk 47
4.3.1 Bentuk dan Ciri-Ciri Produk 48
4.4 Kronologi Pembinaan Produk 48
4.5 Bahan, Kos dan Masa Membina Produk 51
4.5.1 Bahan 52
4.5.2 Kos 52
4.5.3 Masa 53
4.6 Rumusan 53
BAB V ANALISIS DATA
5.1 Pengenalan 54
5.2 Prosedur Menganalisa Data 55
5.3 Dapatan Kajian 56
5.3.1 Persoalan Kajian 1 56
5.3.2 Persoalan Kajian 2 59
5.3.3 Persoalan Kajian 3 61
5.4 Latar Belakang Responden 64
5.4.1 Jantina Responden 64
5.4.2 Bangsa Responden 65
5.4.3 Tahap Akademik 66
5.4.4 Pembelajaran Bermodul 68
5.4.5 Kaedah Modul Yang Pernah Digunakan 68
5.5 Rumusan 69
XI
BAB VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan 71
6.2 Perbincangan 71
6.2.1 MPK berbantukan komputer yang mempunyai
isi kandungan pelajaran yang mencukupi 72
6.2.2 Persembahan pengajaran yang memenuhi
konsep pembelajaran kendiri 74
6.2.3 MPK berbantukan komputer yang dapat
dijadikan sumber rujukan kepada para pelajar 76
6.3 Kesimpulan 78
6.4 Cadangan 80
6.4.1 Cadangan Hasil Dapatan 80
6.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 81
6.5 Rumusan 83
RUJUKAN
LAMPIRAN
84
90
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 39
3.2 Keputusan kajian rintis bagi nilai Alpha Cronbach 42
untuk setiap persoalan kajian
4.1 Anggarankos 52
5.1 Penggunaan Skala Likert Dalam Soal Selidik 55
5.2 Tahap Kecenderungan Berdasarkan Skor Min 56
5.3 Jadual analisis bilangan, peratusan, min dan min
keseluruhan responden bagi aspek isi kandungan MPK 57
5.4 Jadual analisis bilangan, peratusan, min dan min
keseluruhan responden bagi tahap persembahan
pengajaran 59
5.5 Jadual analisis bilangan, peratusan, min dan min
keseluruhan keseluruhan responden bagi sumber rujukan 62
5.6 Bilangan Responden Mengikut Jantina 65
5.7 Jumlah Responden Mengikut Bangsa 66
5.8 Tahap Akademik Responden 67
5.9 Pengalaman Mengikuti Pembelajaran Bermodul 68
5.10 Kaedah Modul Yang Pernah Digunakan 68
5.11 Purata Min dan Sisihan Piawai Persoalan Kajian 69
Xll l
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori Kajian 9
2.1 Klasifikasi Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 25
2.2 Faktor Kejayaan Cemerlang 27
4.1 Carta Aliran Rekabentukdan Pembinaan Modul 49
5.1 Analisis min untuk setiap item bagi aspek isi kandungan
MPK 58
5.2 Analisis min bagi setiap item untuk aspek persembahan
pengajaran MPK 60
5.3 Analisis min bagi setiap item untuk aspek MPK sebagai
sumber rujukan 63
5.4 Taburan Responden Mengikut Jantina 65
5.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa 66
5.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Akademik 67
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABBM - Alat Bahan Bantu Mengajar
CIA - Computer Assisted Instruction
CAI - Computer Aided Instruction
KUiTTHO - Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
MBK - Modul Berbantukan Komputer
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer
P & P - Pengajaran dan Pembelajaran
POLIMAS - Politeknik Sultan Abd Halim Mu'adzam Shah
S - Setuju
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for Science Social
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
TS - Tidak Setuju
UUM - Universiti Utara Malaysia
XV
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 90
B Jadual Sampel 95
C Kebolehpercayaan (Alpha) 96
D Kajian Rintis Bagi Persoalan Kajian 1 97
E Kajian Rintis Bagi Persoalan Kajian 2 98
F Kajian Rintis Bagi Persoalan Kajian 3 99
G Analisis Bilangan Dan Peratusan
Persoalan Kajian 1 100
H Analisis Bilangan Dan Peratusan
Persoalan Kajian 2 103
I Analisis Bilangan Dan Peratusan
Persoalan Kajian 3 107
J Maklumat Responden 108
K Analisis Skor Min Bagi Persoalan Kajian 1 119
L Analisis Skor Min Bagi Persoalan Kajian 2 110
M Analisis Skor Min Bagi Persoalan Kajian 3 111
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Alaf baru merupakan era globalisasi yang penuh cabaran dan persaingan.
Kemajuan teknologi yang semakin canggih akan mempengaruhi perkembangan
ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Dengan itu, ia juga memberi kesan
besar kepada bidang pendidikan. Ini dapat dilihat dari dekad sembilan puluhan
sehingga kini, pelbagai perubahan besar telah berlaku di dalam arena pendidikan.
Dalam jangkamasa itu, hala tuju dan kualiti pendidikan menjadi tajuk utama
perbincangan dan perdebatan di kalangan ibu bapa, pendidik, ahli akademik dan ahli
politik.
Pendidik mestilah menjadi tunggak dan nadi dalam sebarang usaha untuk
mengubah dan meningkatkan kualiti pendidikan (Ramlee, 1999). Namun begitu,
bagaimanakah para pendidik dilatih supaya mereka bersedia menghadapi cabaran
pengajaran dan pembelajaran terutama di dalam era teknologi maklumat yang
berkembang pesat. Oleh itu, pihak berkenaan seperti Kementerian Pendidikan
memainkan peranan yang besar dalam melahirkan pendidik yang mampu
menghadapi cabaran globalisasi.
41)
Menurut Ramlee (1999), salah satu cara ialah dengan membekalkan pendidik
dengan profesionalisme untuk menghadapi perubahan dan menjadi agen perubah
yang berkesan. Oleh itu, lebih banyak peluang perlu disediakan kepada para
pendidik untuk terlibat dalam pembangunan profesionalisme keguruan.
Pembangunan profesionalisme keguruan memberikan para pendidik peluang untuk
meningkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, menjalinkan hubungan profesional
dengan pendidik yang lain-lain, bertukar-tukar idea dan pengalaman.
Dalam perkembangan dunia kini yang berlandaskan teknologi canggih dan
pantas, penggunaan komputer menjadi amat penting dan meluas. Menurut Badariah
(1999), kemahiran menggunakan komputer didapati boleh memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Manakala Ahmad Fahmi, Ajmir dan Azhar (1999)
pula berpendapat, di pusat-pusat pengajian tinggi, komputer sudah menjadi salah satu
alat penting dalam membantu pelajar melaksanakan tugasan harian seperti
menyelesaikan tugasan, membuat laporan, menyimpan dan mengumpul data penting,
membuat penyelidikan dan sebagainya. Oleh itu, para pendidik perlu mengambil
peluang ini untuk mengubah kaedah pengajaran mereka di dalam bilik daijah supaya
lebih efektif, meningkatkan peluang pelajar untuk mahir di dalam bidang komputer
dan seterusnya menarik minat pelajar di dalam pembelajaran mereka.
Penggunaan komputer sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi dalam
membantu para pendidik dan pelajar melaksanakan aktiviti setiap hari. Oleh yang
demikian, kemahiran komputer perlu dikuasai oleh para pendidik dan pelajar bagi
membolehkan mereka menguruskan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
mudah, cepat dan tepat. Manakala dalam aspek tertentu misalnya, menggunakan
modul kendiri berbantukan komputer dapat mengatasi masalah terlalu bergantung
kepada pendidik dan kekangan masa.
Perkembangan ini memberikan impak yang besar dalam bidang pendidikan.
Menurut Light dan Littleton (1998), penguasaan pelajar dalam penggunaan komputer
dalam proses pembelajaran dianggap sebagai matlamat yang perlu dicapai
41)
(attainment target) dalam pembentukan kurikulum masa kini, Ini adalah kerana
penggunaan komputer dalam proses pembelajaran menunjukkan korelasi yang positif
dengan peningkatan pencapaian para pelajar (Underwood, 1998).
Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa komputer merupakan 'a
perfect vehicle' untuk membantu mempertingkatkan prestasi pelajar dengan
penghasilan program-program dan perisian tertentu bagi pelajar sasaran (Howe dan
Tolmie dalam Suhairi, 2001). Crook (1998) pula menyatakan bahawa integrasi yang
positif antara pendidikan dan komputer secara tidak langsung telah mengiktiraf
kepentingan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Jelasnya, para pendidik dan juga pelajar haras memikul tanggungjawab dan
bebanan ini dengan melengkapkan diri mereka dan menguasai sebanyak mungkin
ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat supaya dapat menyumbang ke
arah merealisasikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara maju seperti yang
disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita melalui Wawasan 2020.
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi para pendidik. Misalnya
ialah para pelajar kurang berminat dan cepat bosan untuk belajar. Para pelajar
kurang berminat mengulangkaji buku-buku teks dan bahan rujukan lain kerana
kurang menarik dari segi persembahannya. Para pendidik juga menghadapi masalah
bilangan pelajar terlalu ramai di dalam bilik darjah. Seterusnya, ini menyebabkan
para pendidik hilang motivasi dan kawalan kelas untuk mengajar, ditambah pula
dengan keadaan bilik darjah yang tidak kondusif yang menimbulkan suasana kurang
memb erangs angkan.
41)
Oleh itu, kita sering mendengar bahawa para pendidik menghadapi dilema di
dalam bilik daijah. Menurut Ee Ah Meng (1992), pendidik yang bersikap positif
terhadap pembelajaran akan terns belajar untuk memperolehi pengetahuan serta
menajamkan lagi kemahiran-kemahirannya. Mereka akan mencari peluang untuk
menghadiri seminar, forum, bengkel dan taklimat untuk memperolehi idea-idea baru
dan strategi-strategi pengajaran menarik demi kepentingan pelajarnya. Ini disokong
oleh Badariah (1999) yang menyatakan pendidik perlu berusaha mencari alternatif
baru dan menerokainya terutama dalam kaedah pengajaran yang berkaitan dengan
aspek futuristik walaupun ada kalanya memerlukan kos yang mahal.
Dalam proses P & P , beberapa masalah telah dikenalpasti yang memerlukan
Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) berbantukan komputer ini dibentuk di
politeknik. Masalah yang utama adalah tentang proses pendidikan itu sendiri.
Proses pendidikan yang melibatkan proses P & P di institusi pengajian tinggi telah
menjadi kompleks dan semakin mencabar (Surardi Salim, 1989). Para pendidik
bukan sahaja memerlukan kelulusan yang tinggi tetapi mereka juga memerlukan
kemahiran dalam menyampaikan pengajaran dan membina ABBM yang sesuai
supaya dapat memenuhi cabaran tersebut. Persoalan yang wujud dalam proses
pendidikan adalah apa, bagaimana dan kepada siapa pendidikan itu hendak
disampaikan. Maka, pembentukan MPK ini amat sesuai untuk mengatasi cabaran
yang wujud dalam proses pendidikan ini. Modul yang cukup dari segi isi kandungan
dan tahap persembahan pengajaran yang baik boleh dijadikan sebagai sumber
rujukan dalam proses pembelajaran. Seterusnya dapat meningkatkan motivasi
kepada para pelajar dalam menangani arus perkembangan teknologi komputer yang
semakin berkembang pesat.
Persembahan pengajaran melalui komputer yang bergambar, tulisan berwarna
dan animasi-animasi lain mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Menurut
Mohd Khatim (2000), sebelum kaedah P & P menggunakan komputer dilaksanakan,
dimana kaedah klasik digunakan , didapati situasi P & P adalah kurang menarik dan
kebanyakan pelajar tidak menunjukkan minat dalam sesi pembelajaran. Pemyataan
ini telah dinyatakan oleh Makros dan Russel (1986), dipetik daripada Mohd Khatim