model jay dalam pengajaran dan pembelajaran
TRANSCRIPT
MODEL JAY DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDKAN JASMANI
JULISMAH BINTI JANI
KOD PENYELIDIKAN UPSI: 09-09-31-05
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2008
MODEL JAY DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMAN1
JULISMAH BENTIJANI
FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KOD PENYELIDIKAN UPSI: 09-09-31-05
2008
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Mac 2008 JULISMAH BINTI JANI
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya penyelidikan bertajuk Model Jay dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani telah dapat disempurnakan. Penyelidikan ini tidak menjadi kenyataan tanpa sokongan dari pelbagai pihak.
Dengan itu, penyelidik merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) khususnya Pusat Pengurasan Penyelidikan di atas kelulusan dan pemberian geran penyelidikan bagi kod 09-09-31-05. Ucapan terima kasih juga kepada pihak Fakulti Sains Sukan yang menyelaraskan aktiviti penyelidikan di peringkat fakulti.
Penyelidik juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah yang terpilih yang sudi mengambil bahagian dalam kajian ini. Tidak lupa juga kepada pelajar-peiajar yang terlibat kerana memberikan keijasama yang sepenuhnya terhadap kajian ini. Ucapan terima kasih kepada semua pengetua di sekolah menengah yang dikaji kerana memberikan keijasama serta membenarkan kajian ini dijalankan di sekolah mereka.
Kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di sepanjang proses pelaksanaan kajian ini, penyelidik mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan. Doa restu semoga semua yang terlibat dalam kajian ini diberkati Allah yang maha Esa.
Wassail am.
V
ABSTRAK
vi
ABSTRACT
evaluate own self accurately through learning task activities. Students evaluate their own learning developmental level in chest passing skill in handball in reference to criterion check list prepared by the teacher in a form of manual book. Students evaluate its psychomotor, cognitive and affective achievements at the end of learning tasks. The objectives of this study was to determine level of skills ability, identify
students ability and achievement in learning tasks through Jay model in physical education class. As much as 529 of Form 2 male and female students in two of daily secondary schools and two of secondary boarding schools were involved in this study. The findings delineate a high level of students psychomotor, cognitive and affective ability in learning tasks (M=2.56, SD=0.43; M=2.40, SD=0.48; M=2.62, SD=0.71; M=2.71, SD=0.48) accept in chest passing skill during game play was average {M=4.0, SD=3.10); There was a significant (p < .05) difference among gender and type of schools on ability and achievement in learning tasks. The findings also delineate significant (p < .01) high positive relationship (r = .92) between skills ability and achievement in learning tasks through Jay model. The results of the study implied that teaching strategy through Jay model helps students in their learning task to achieve psychomotor, cognitive and affective learning effectively. The model also helps teachers to manage their teaching such as to facilitate and monitor learning
vii
KANDUNGAN
PENGHARGAAN ABSTRAK . ABSTRACT . SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH
iv V vi viii ix
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Latarbelakang 1 1.2 Model Jay dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani 2 1.3 Penyataan Masalah 3 1.4 ObjektifKajian 5 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian . . . . . . 6 1.7 Batasan Kajian . . . . . . . 6 1.8 Definisi Qperasional . . . . . . 7
BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 Model StmlPenemuanBerbimbing . . . . 8 2.2 Model Stail Semak Kendiri . . . . . 14 2.3 Teori Pemprosesan Maklumat 17 2.4 Teori Pembelajaran Motor 22 2.5 Teori Masa dan Pembelajaran 23 2.6 Hasil Kajian Lampau yang Berkaitan . . . . 2 4 2.7 Rumusan 28
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian 30 3.2 KerangkaKonseptual Kajian 32 3.3 Instrumentasi Kajian 33 3.4 Tempat dan Sampel Kajian 34 3.5 ProsedurMenjalankan Kajian danMengumpul Data . . 35 3.5 PenganalisisanData 37
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
tugasan belajar di antara jantina dan jenis sekolahyang dikaji melalui model Jay dalam Pendidikan Jasmani . . . 4 2
4.3 Korelasi penguasaan kemahiran dengan pencapaian pelajar
ix
SENARAI RAJAH
Rajah
Rajah 2.1 Rajah 2.2
Rajah 3.1
Muka Surat
Langkah - Langkah dalam Penemuan Berbimbing . 11 Model Teori Pembelajaran Gagne: Proses tindak balas pembelajaran yang berlaku di dalam sistem saraf melalui deria-deria seseorang, hasil daripada rangsangan persekitaran (Gagne, 1985) . . . . 18 Fasa pelaksanaan Model Jay dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani . . . 32
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang
Mengajar adalah proses penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu
bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat mempelajari, menguasai dan
meningkatkan proses pembelajaran dengan baik (Gagne, Briggs & Wager, 1992).
Guru seharusnya berusaha ke arah merangsangkan minat pelajar untuk melibatkan
diri dalam proses pembelajaran. Usaha tersebut memerlukan guru menyampaikan
konten pelajaran dan menggunakan pelbagai strategi mengajar yang bermakna dan
berkesan. Bagi mencapai usaha tersebut, aktivlti pengajaran dan pembelajaran perlu
dirancang dengan rapi, sempuma dan memenuhi minat serta keupayaan pelajar.
Strategi pengajaran guru seharusnya membantu pelajar dalam melakukan
tugasan belajar (learning task) ke arah menguasai pembelajaran yang melibatkan
kemahiran berfikir serta menggunakan pelbagai kecerdasan kendiri. Aktiviti tugasan
belajar yang membmbing pelajar dalam mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian mereka dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Justeru itu, suatu model Jay diperkenalkan dalam strategi pengajaran untuk
menggalakkan pembelajaran secara penemuan serta mengesan perkembangan
pembelajaran kendiri pelajar dalam unit pelajaran Pendidikan Jasmani.
2
1.2 Model Jay dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani
Model Jay atau akronimnya ialah Just assessment yourself yang membawa maksud
mentaksir dan menilai diri sendiri dengan tepat melalui aktiviti tugasan belajar.
Rekabentuk model ini berlandaskan kaedah penemuan berbimbing (Mosston &
Ashworth, 2002) dan melibatkan pentaksiran pencapaian berupa semakan kendiri
(Mosston & Ashworth, 2002). Konsep model ini melibatkan pelajar dalam proses
penemuan yang memerlukan mereka mencari jawapan atau menyelesaikan masalah
berpandukan beberapa tugasan belajar yang guru sediakan. Guru menyediakan
aktiviti belajar berbentuk manual tugasan yang mengandungi pernyataan dan soalan
mengikut urutan serta logik yang dapat membimbing pelajar mencari jalan
penyelesaian atau jawapan atau respon yang tepat. Pelajar mentakrifkan tugasan
belajar mengikut kemampuan sendiri sehingga menemui keputusan. Guru
mempermudahkan tugasan dengan memberi panduan (clue) sekiranya pelajar tidak
dapat memberikan tindak balas yang tepat.
Di sepanjang proses melaksanakan tugasan belajar, pelajar bersama-sama
rakannya berbincang dan bertindak membimbing serta memberi ransangan sosial di
antara satu sama lain untuk membuat tindak balas yang betul mengikut kriteria yang
telah ditetapkan dalam tugasan belajar. Sehubungan itu, pelajar dikehendaki
membuat penilaian kendiri terhadap hasil perlakuan atau kemahiran (psikomotor)
yang telah dipelajari berdasarkan kriteria senarai semak yang telah disediakan guru
bagi setiap aktiviti tugasan belajar. Pelajar turut menilai diri sendiri dalam
pembelajaran kognitif dan afektif pada akhir proses tugasan belajarnya. Penilaian
kendiri dalam model ini melibatkan pentaksiran alternatif secara autentik.
Menurut Krasner dan Ullman (1992), hasil daripada kejayaan dalam tugasan
belajar melibatkan pelajar berasa puas, seronok dan bermotivasi untuk berusaha
melaku dan melaksanakan tugasan tersebut dengan baik. Fungsi kejayaan adalah
sebagai ganjaran atau peneguhan bagi menentukan darjah kepuasan yang dirasai
pelajar. Tingkah laku pelajar yang terdorong ke arah melaksanakan sesuatu tugasan
3
5
1.4 Objektif Kajian
a. Menentukan tahap perlakuan, penguasaan dan pencapaian tugasan belajar
pelajar tingkatan 2 di sekolah yang dikaji melalui model Jay dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
b. Mengenalpasti perbezaan perlakuan, penguasaan dan pencapaian dalam
tugasan belajar bagi pelajar tingkatan 2 di antara jantina dan jenis sekolah
yang dikaji melalui model Jay dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani.
c. Melihat hubungan penguasaan tugasan belajar dengan pencapaian pelajar
tingkatan 2 di sekolah yang dikaji melalui model Jay dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
1.5 Persoalan Kajian
a. Sejauhmanakah tahap perlakuan, penguasaan dan pencapaian tugasan belajar
pelajar tingkatan 2 di sekolah yang dikaji melalui model Jay dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani?
b. Terdapatkah perbezaan yang signifikan terhadap perlakuan, penguasaan dan
pencapaian tugasan belajar pelajar tingkatan 2 bagi jantina dan jenis sekolah
yang dikaji melalui model Jay dalam proses pengajaran dan pembelajaran
c. Wujudkah hubungan yang signifikan di antara penguasaan tugasan belajar
dengan pencapaian pelajar tingkatan 2 di sekolah yang dikaji melalui model
Jay dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani?
6
7
b. Keputusan pencapaian pembelajaran terbatas kepada kejujuran pelajar
menilai kemajuan pembelajaran kendirinya.
c. Kajian ini turut terbatas berdasarkan kaedah bimbingan guru kepada pelajar
yang tidak menjalankan tugasan belajar dengan sempurna.
1.8 Definisi Operasional
Kajian model Jay dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
sekolah-sekolah menengah yang dikaji dijalankan mengikut definisi
yang telah ditetapkan di bawah ini.
1.8.1 Model Jay
Model Jay atau akronimnya ialah Just assessment yourself yang membawa maksud
mentaksir dan menilai diri sendiri dengan tepat melalui aktiviti pembelajaran.
Rekabentuk model yang berlandaskan kaedah penemuan berbimbing (Mosston &
Ashworth, 2002) dan melibatkan pentaksiran pencapaian berupa semakan kendiri
(Mosston & Ashworth, 2002).
1.8.2 Pengajaran dan Pembelajaran
Guru menyediakan manual tugasan belajar dan pelajar menjalankan aktiviti belajar
berpandukan kriteria yang telah ditetapkan dalam buku manual.
1.8.3 Penilaian Kendiri
Pelajar menilai sendiri tahap kemajuan pembelajarannya berdasarkan senarai
semakan berknteria yang telah disediakan dalam buku manual. Pelajar menilai
pencapaian dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif.
Jasmani di
operasional
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
Maklumat pada bahagian ini membincangkan model dalam strategi mengajar yang
berasaskan stail penemuan berbimbing dan stail semak kendiri (Mosston &
Ashworth, 2002) bagi membentuk model Jay. Bahagian ini juga mengaitkan teori-
teori pembelajaran bagi menjelaskan tingkah laku belajar seseorang ke arah
pencapaian dalam pembelajarannya. Bahagian seterusnya mengemukakan hasil
kajian lampau yang berkaitan dengan strategi mengajar guru dalam Pendidikan
jasmani.
2.1 Model Stail Penemuan Berbimbing
Menurut Mosston dan Ashworth ( 2002 ), stail penemuan berbimbing adalah strategi
pengajaran yang melibatkan penggunaan pemikiran logik. Aktiviti pelajaran
bermula dengan suatu siri soalan yang memerlukan pelajar meneroka untuk
mendapatkan jawapan. Dalam menjalankan proses menjawab, pelajar akan menemui
konsep, prinsip yang spesifik dan guru akan membimbing pelajar untuk membina
konsep atau prinsip yang betul dan tepat. Stail ini memberi pelajar peluang untuk
meluahkan perasaan, mencuba menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan
tugas yang diberi oleh guru. Interaksi antara guru dan pelajar melibatkan proses
penyoalan dan jawapan yang memberi panduan kepada pelajar menemui konsep,
hukum atau prinsip dan idea.
Stall penemuan berbimbing merupakan satu teknik pengajaran yang
pelajar berperanan dengan lebih aktif dalam proses pembelajaran.
perlu menjawab satu sir! turutan soalan yang membawa kepada
atau jawapan. Semua soalan di rancang oleh guru untuk
logik yang dapat membimbing pelajar mencari jalan penyelesaian atau jawapan
10
2.1.1. Peranan Guru dan Pelajar
Peranan guru adalah sebagal pembimbing di samping menyediakan bentuk soalan
jenis berurutan yang berkaitan dengan aktiviti belajar. Guru juga perlu memberi
penerangan dan jawapan jika terdapat pelajar yang boleh memberikan tindakbalas
yang betul terhadap aktiviti tugasan belajar.
Peranan pelajar ialah terlibat dalam proses penemuan melalui tingkah laku
tindakbalas terhadap tugasan belajar. Pelajar mentakrifkan tugasan mengikut
kemampuan sendiri sehingga menemui keputusan. Daya kreativiti pelajar dalam
melakukan aktiviti tugasan belajar adalah digalakkan. Pelajar melakukan aktiviti
berdasarkan maklumat yang disediakan di samping menjawab soalan-soalan yang
diberikan dalam kad tugasan.
2.1.2. Proses dan Prosedur Stail Penemtian Berbimbing
Guru perlu menimbangkc m beberapa perkara dalam melaksanakan stail ini seperti
berikut:
a. Soalan mestilah direkabentuk mengikut urutan yang logik, yang boleh
membawa kepada penyelesaian masalah dengan mengambil kira objektif
pengajaran dan pembelajaran.
b. Elakkan terus beri jawapan kepada sesuatu permasalahan kerana perkara ini
akan menyebabkan pelajar malas berfikir untuk mencari jalan penyelesaian.
c. Selepas mengemukakan soalan, tunggu tindakbalas daripada pelajar kerana
pelajar mengambil masa untuk berfikir.
d. Ulang soalan jika perlu, tetapi jangan terus beri jawapan. Tunggu tindakbalas
pelajar dan jika masih lagi tiada jawapan, guru perlu mengambil langkah
memberi soalan yang mudah berdasarkan tindakbalas sebelumnya.
e. Kemukakan soalan mengikut urutan setelah pelajar memberikan jawapan
yang betul.
warn
11
13
Stall penemuan berbimbing mempunyai beberapa kekuatan seperti berikut:
a. Pelajar dipupuk menggunakan kemahiran berfikir untuk mencari jalan
penyelesaian atau jawapan kepada persoalan atau permasalahan yang
diberikan oleh guru.
b. Memberi pengalaman yang positif dari segi keyakinan kendiri (self-esteem)
dan kemampuan pelajar dalam penyelesaian ma sal ah.
c. Jika stail digunakan dalam format berkumpulan ia memberi kebaikan dari
segi keijasama antara ahli dalam kumpulan dan kebolehan untuk mendengar
d. Pendekatan menggunakan stail ini sangat menarik kerana aktiviti pengajaran
membenarkan penglibatan pelajar yang rarciai dalam proses pembelajaran.
e: Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai
f. Pelajar terasa tercabar untuk memikir lebih jauh atau melangkaui maklumat
yang diberi untuk menemui jawapan.
14
2.2 Model Stail Semak Kendiri
Stail semak kendiri (Mosston & Ashworth, 2002) merujuk kepada pelajar
dikehendaki menilai kembali hasil perlakuan atau kemahiran atau pencapaian yang
telah dipelajari secara individu berdasarkan kriteria senarai semak yang telah
disediakan guru. Pelajar perlu memperbetulkan kesalahan perlakuannya dan menilai
pencapaiannya sendiri.
Tujuan stail ini ialah untuk a), membina kesedaran terhadap pencapaian seseorang di
mana pelajar sendiri tahu dan sedar tentang tahap pencapaiannya sendiri b),
kesedaran kinestatik boleh dicapai dengan cara belajar memerhatikan pencapaian
seseorang dan kemudian membuat penilaian kendiri dan c). meningkatkan keyakinan
diri pelajar untuk menilai keupayaan kendiri terhadap kemahiran yang sudah
dipelajari d). mengelakkan pelajar daripada bergantung sepenuhnya terhadap
maklumbalas dari guru tetapi perlu bergantung kepada diri sendiri untuk
mendapatkan maklumbalas e). menggunakan kriteria semakan yang ada untuk
peningkatan kendiri f). memastikan kejujuran dan mengenalpasti kapasiti, motivasi,
dan intrinsik individu dalam membuat penilaian kendiri.
2.2.1. Peranan Guru dan Pelajar
Dalam stail pengajaran ini guru bertindak sebagai pemudah cara, di mana aktiviti
tugasan belajar serta perlatan yang diperlukan disediakan oleh guru. Segala aktiviti
dilakukan oleh pelajar tanpa kawalan serta arahan dominan dari guru. Namun dalam
pengajaran ini guru sentiasa memantau peijalanan aktiviti pelajar agar perlakuan
pelajar menepati perancangan guru. Guru juga bertindak sebagai perujuk serta
pembimbing apabila pelajar tidak memahami maklumat yang terdapat dalam kad
tugasan. Guru memantau aspek keselamatan dan semasa aktiviti dijalankan guru
akan terus mendapat keputusan pencapaian pembelajaran pelajar dengan serta merta
untuk dijadikan perbandingan pencapaian pembelajaran kepada pelajar lain dalam
15
16