model of instruction

31
ASSIGNMENT (60%) MAY 2014 SEMESTER SUBJECT CODE : EMI 643 SUBJECT TITLE : MODELS OF INSTRUCTION LEVEL : MASTER STUDENT’S NAME : MOHAMAD SUFRI BIN SALIM MATRIC NO. : E60105140092 PROGRAMME : MASTER OF EDUCATION ACADEMIC FACILITATOR : PN. JURAIDAH MANGGUL LEARNING CENTRE : WP. LABUAN EMI 643 MODELS OF INSTRUCTION Page 1

Upload: anjanyah

Post on 16-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ASSIGNMENT (60%)MAY 2014 SEMESTER

SUBJECT CODE:EMI 643

SUBJECT TITLE:MODELS OF INSTRUCTION

LEVEL:MASTER

STUDENTS NAME:MOHAMAD SUFRI BIN SALIM

MATRIC NO.:E60105140092

PROGRAMME:MASTER OF EDUCATION

ACADEMIC FACILITATOR:PN. JURAIDAH MANGGUL

LEARNING CENTRE

:WP. LABUAN

EMI643 MODELS OF INSTRUCTIONPART AMy Philosophy Of TeachingTidak keterlaluan apabila saya katakan bahawa guru memang mendapat kedudukan yang terhormat di mata masyarakat dek kerana kewibawaannya, sehingga masyarakat tidak meragukan kehadiran figur seorang guru. Masyarakat percaya bahawa dengan adanya guru, maka dapat mendidik dan membentuk kepribadian anak didik mereka dengan baik, agar mempunyai daya intelektual yang tinggi serta jiwa kepemimpinan yang utuh. Jadi dalam pengertian yang sederhana, guru dapat diertikan sebagai orang yang memberikan ilmu pengetahuan kepada anak didik. Falsfah pendidikan yang selama ini menjadi taruhan sepanjang saya berkhidmat ialah seorang insan yang ingin menjadi pendidik harus mempunyai kepribadian yang khas. Iaitu harus sabar, mempunyai rasa impeti, memberikan kepercayaan dan menciptakan suasana kondusif serta terjamin dari segi keselamatan. Selain itu pendidik harus juga menjadi pemangkin motivasi pelajarnya untuk mencapai tujuan. Menegur, menilai, dan boleh berkongsi rasa sebagi seorang sehabat perlu ada dalam diri saya sebagai seorang pendidik. Bagi saya seorang guru yang tidak boleh membentuk keperibadiannya sebagai guru, boleh di ibaratkan seperti bidalan Ibarat kembang tak jadiTugas guru sebagai suatu profesion dalam mendidik, menuntut guru untuk mengembangkan profesinalisma diri sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi masa kini. Mendidik, mengajar, dan melatih anak murid adalah tugas utama dalam profesion. Guru lah yang meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup serta ke tamadunan sejagat kepada anak-anak yang dididik. Tugas guru sebagai pendidik bererti meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi kepada anak murid. Dalam mendidik guru juga harus mempunyai kemampuan, keahlian atau sering disebut dengan kompetensi profesional. Kompetensi profesional yang saya dimaksudkan adalah kemampuan guru untuk menguasai masalah akademik yang sangat berkaitan dengan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, sehingga kompetensi ini harus menjadi hak mutlak yang perlu dimiliki guru dalam menjalankan tugasnya sebagai pendidik dan pengajar. Hal inilah yang menyebabkan mengapa kompentensi atau dalam maksud yang sederhana kemampuan menjadi Falsafah saya dalam menjalankan tugas profesional saya sebagai pendidik.Dalam Falsafah pengajaran saya, saya lebih suka menekankan tentang aspek kompetensi yang perlu ada dalam diri sebagi seorang pendidik. Pada pendapat saya Kompetensi boleh disimpulkan bahawa guru harus berkemampuan untuk berpengetahuan, berketerampilan dan mampuanyai kepakaran yang perlu dikuasai yang harus sebati dalam dirinya . Guru yang mempunyai kompetensi dapat melakukan perilaku kognitif, afektif dan psikomotorik dengan sebaik-baiknya. Di sini saya akan membicarkan 3 kompetensi yang menjadi tunggak dan Falsafah selama saya bertugas sebagi seorang pendidik.Pertama sekali saya ingin membicarakan tentang kompetensi keperibadian yang perlu ada dalam diri saya. Kompetensi kiperibadian adalah kemampuan personal yang mencerminkan gayadiri kepribadian yang mantap, stabil, dewasa matang, arif dan berakhlak mulia serta berwibawa, yang akan menjadi teladan bagi murid, kompetensi kepribadian meliputi tindak tanduk dalam mengawal sesuatu keadaan atau permasalahan yang tercipta dari pesekitaran atau tempat berkerja. Guru harus berindak dengan norma sosial yang menjadi budaya boleh terima pakai dalam komuniti setempat. Guru perlu menerima cetusan idea dalam mencernakan trnsformasi tanpa membelakangi dasar pendidikan yang telah digariskan sebagai panduan melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek.

Guru juga harus menampilkan sikap Keperibadian yang dewasa serta matang dalam membuat sesuatu keputusan,dengan menampilkan pendirian yang boleh diterima pakai oleh organisasi. Sikap tidak kebergantungan pada orang lain atau rakan sejawat perlu ada dalam diri seorang pendidik disamping tidak membelakangi etika kerja sebagai guru. Guru yang mempunyai keperibadian yang tinggi perlu ada dan tahu akauntabaliti terhadap rakan sekerja dan juga bidang tugasnya Seorang pendidik juga harus mempunyai Kepribadian yang arif dalam menjelmakan keputusan sebagai tindakan yang didasarkan pada faedah dan suai manfaat kepada anak murid, sekolah dan masyarakat dan di samping menunjukkan sikap keterbukaan dalam berfikir serta bertindak.

Guru juga harus mempunyai keperibadian yang berwibawa meliputi figur seorang pemimpin dan mempunyai personaliti yang menarik. Ia harus memiliki perilaku serta tindakan yang berpengaruh positif terhadap persekitaran serta anak murid dan memiliki perilaku yang disegani tapi bukan ditakuti . Personaliti yang menarik bukan sahaja dari segi penampilan tetapi jauh dari itu dapat mampamerkan akhalak yang mulia yang dapat menjadi teladan kepada murid yang di didik.Apa yang menjayakan dan mencemerlangkan tugas seorang guru dalam menyampaikan tugas profesional mereka dalam pengajaran dan pembelajaran ialah sejauh mana guru itu mahir mengaplikasikan ilmu pedagogi dalam tugas mereka. Dalam Falsafah Pengajaran saya, saya akan menekankan tentang Kompetensi Pedagogi. Kompetensi Pedagogi meliputi kemampuan pemahaman guru terhadap murid, perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penilaian hasil belajar, dan kemanjadian anak murid untuk meneroka berbagai potensi yang dimilikinya. Antara kompetensi pedagogi ialah, kita perlu memahami siapa anak murid kita secara mendalam yang meliputi memahami latar belakang dan tingkah laku mereka dengan memamfaatkan prinsip-prinsip perkembangan kognitif, prinsip-prinsip kepribadian, dan mengidentifikasi ke semua aspek ini memudahkan kita membimbing dan seterusnya melatih murid untuk mencapi objektif pengajaran dan pembelajaran yang kita sasarkan.Kemahiran perancangan dalam Buku Rancangan Mengajar (BRM) adalah juga satu eleman kemahiran kompetensi pedagogi, Kita perlu merancang pembelajaran,dengan memahami landasan serta garis panduan yang telah digariskan dalam pembinaan BRM menerapkan teori belajar dan pembelajaran, menentukan strategi pembelajaran berdasarkan karakteristik murid sasaran kita, objektif yang ingin dicapai, dan bahan bantu mengajar, serta menyusun rancangan pembelajaran berdasarkan strategi yang dipilih. Disamping bahan rujukan yang pelbagai dari sudut pelbagai media.Seorang guru yang mempunyai Kompentensi pedagogi yang cemerlang bukan sahaja perlu menyediakan kaedah pengajaran pembelajaran yang mantap tetapi lebih dari itu, ia meliputi menata latar (setting)pembelajaran dan melaksanakan pembelajaran yang bersifat kondusif. Perkara ini boleh merangsang minat murid untuk terus berada dalam situasi dan konsisten memfokuskan apa yang disampaikan. Merancang dan melaksanakan penilaian hasil pembelajaran yang meliputi proses aktivit di dalam kelas secara berkesinambungan dengan berbagai metode atau cara, dan seterusnya menganalisis hasil dapatan penilaian dan hasil belajar untuk menentukan pencapaian ketuntasan serta kemanjadian pelajar. Hal ini dapat dimanfaatkan untuk penambahbaikan kualiti guru dan pelajar secara umum. Hal ini juga dapat membantu guru mengenal pasti dan mengambangkan potensi anak murid. Seterusnya menjadikan kemanjadian murid dalam aspek pendidikan sejagat dapat direialisasikan. Demi mencapai visi pendidikan bertaraf dunia serta modal insan yang mempunyai kemahiran duniawi dan Uqrawhi.Seorang guru perlu menghayati profesion keguruan dan menanamkan dalam diri bahawa profesion ini merupkan satu tugas porfesional. Oleh yang demikian guru perlu ada kompontensi Profesional. Bagi menjadikan diri sebagi seorang profesional dalam profesionnya ia perlu menguasai bidang keilmuan yang menjangkau lebih luas untuk di sampaikan kepada anak didiknya. Sebagi seorang guru yang tugasnya menyampaikan ilmu bukan sahaja harus mahir dalam tugas menyampaikan ilmu pengkhususan yang dimandatkan kepadanya tetapi ia perlu mengetahui serba sedikit apa-apa jua aspek. Oleh yang demikiaan guru harus sentisa memperbaharui ilmunya, contohnya menyedari kepentingan penggunaan ICT pada masa kini, maka guru digalakkan mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran. Guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan. Terutamanya memberi perhatian terhadap bagaimana dan bila teknologi dapat digunakan dengan berkesan Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang keilmuan khususnya bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Oleh yang demikian guru perlu menanamkan falsafah kerjaya yang utuh demi mencapai apa yang di impikan. Tiga kopentensi guru yang perlu ada iaitu kompetensi keperibadian, Kompetensi Pedagogi, kompetensi Profesional harus sentiasa disuburkan kerana mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berfikir. Seorang guru tidak hanya mengajar di dalam kelas saja tetapi seorang guru harus mampu menjadi perancang, motivator pengurus dan yang paling penting pencetus kejayaan anak didiknya.

Part BThe Flipped CalssroomDalam peroses pengajaran dan pembelajaran pelbagai mod atau kaedah boleh digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Dengan perkembangan teknologi komputer pelbagai kaedah diperkenal untuk membantu pengajar mengajar dengan lebih berkesan disamping membantu pelajar belajar dengan lebih baik. Satu kaedah yang boleh digunapakai ialah "Flipped Calassroom". "Flipped Calassroom" ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mana pelajar menggunakan teknologi internet di rumah untuk menonton ceramah video dalam talian, demonstrasi, dan penerangan tentang sesuatu tugasan. Dalam kaedah ini guru hanya berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini juga guru boleh menjalankan tugas melayan pelajar satu sama satu (kaedah one to one) untuk memperjelaskan sesuatu tugasan, dan boleh menawarkan bantuan yang diperlukan sekiranya diperlukan. Selain dari itu "Flipped Calassroom" juga memberi ruang kerjasama dengan rakan sekelas menyumbang idea serta boleh terlibat dalam perbincangan, atau bekerjasama dalam projek-projek yang ditugaskan. "Flipped Calassroom" adalah satu model pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik tayangan vedio atau kuliah yang menggunakan vedio dan audio sebagai medium penyampai kepada murid. Selalunya dalam peroses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini vedio yang berdurasi pendek akan di sediakan atau di maklumkan alamat laman sesawang, sekiranya guru meminta pelajar melihat sesuatu tayang melalui internet. Guru boleh meminta pelajar menonton tayangan di rumah sebelum sesi kelas bermula. Kaedah ini memperuntukan masa di dalam kelas hanya dikhaskan untuk perbincangan, latihan, projek atau perbincangan hasil dari apa yang telah mereka tonton. Syarahan atau kuliah vedio sering dilihat sebagai bahan utama dalam pendekatan "Flipped Calassroom" bahan melalui kaedah ini boleh disediakan oleh guru dan diletakan untuk disiarkan dalam talian atau dipilih melalui bahan yang tersedia di laman-laman sesawang contoh yang terbaik ialah you tube."Flipped Calassroom" telah direka untuk memudahkan tugas penyampaian guru dan memudahkan murid mengikuti pembelajaran di mana jua. Guru boleh menyampai dan murid boleh menerima dengan mengakses tugasan yang diberikan, kerana menggunakan konsep seperti pembelajaran secara maya. Ianya telah mengubah seting pembelajaran secara konvesional. Melalui kaedah ini juga selaian guru memainkan peranannya sebagai jurulatih atau penasihat ianya juga dapat menggalakan pelajar membuat inkuri penemuan secara individual ataupun berkerjasama.Dalam kelas konvensional kita akan dapati murid sering membayangkan atau menyalin apa yang cuba disampaiakn oleh guru. Hal ini boleh menyebabkan murid tertinggal fakta-fakta yang penting atau tersasar maksud apa yang dibayangkan dari yang disampaikan. "Flipped Calassroom" menyediakan banyak ruang kepada pelajar. Penggunaan Video dan lain-lain perakam dalam sesuatu PdP sebagai media membolehkan pelajar tersebuat mengawal sendiri, mereka boleh menonton, memutar balik dan pantas kehadapan seperti yang mereka perlukan. Dengan ini PdP boleh dilakukan banyak kali sekaligus hal ini boleh membantu murid yang lemah untuk mengulang rakaman atau tayangan.Di samping itu juga "Flipped Calassroom" memberi peluang kepada guru untuk hanya memberi tumpuan masa dalam kelas bagi membincangkan tentang konsep untuk mengetahui sejauh mana pemahaman murid dalam sesuatu topik. Pada masa yang sama flipped calassroom ini boleh mengujudkan intraksi sosial di kalangan pelajar dengan mengujudkan projek kerjasama atau mencari penemuan melalui projek berkumpulan. Bagi menjalankan atau melaksankan "Flipped Calassroom" sudah semestinya memerlukan meterial seperti, komputer riba, lcd, kamera perakam, modem, dan bahan-bahan lain yang berkait rapat dengan teknologi yang ingin digunakan pakai bagi menghasilakan sesuatu bahan untuk digunakan dalam "Flipped Calassroom" Capaian talian internet juga merupakan salah satu faktor penantu kejayaan "Flipped Calassroom" Dalam aspek teknikal selain capaian internet kemahiran mengandalikan aplikasi komputer perlu ada pada murid dan guru. Murid dan guru harus tahu bagaimana reka bentuk teknologi yang diaplikasikan dalam menghasilkan sesuatu bahan"Flipped Calassroom" Bagi guru yang kreatif dan berinovasi yang mahu menghasilkan bahan perlu memikirkan bagaimana rekabentuk kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tidak lari dari eleman pendidikan yang terkandung dalam falsafah pendidikan. Di samping itu juga guru perlu memikirkan bagaimana rekabentuk pembelajaran yang perlu ada di dalam menghasilkan "Flipped Calassroom" samada menggunakan kaedah inkuri penamuan, laporan dan sebagainya. Selain dari itu juga sumber bahan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang di berikan adalah lebih baik sekiranya murid boleh dapati melaui bahan yang di muat naik (uploded) secara mudah.Keperluan mengadakan "Flipped Calassroom" selain mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, ianya juga menarik minat murid untuk mengikuti sesuatu subjek. Ini kerana bahan yang dipersembahkan adalah dalam bentuk intraktif. Dunia tanpa sempadan dan kemajuan teknologi menjadi faktor yang menyebabkan murid-murid pada hari ini lebih selesa menggunakan media teknologi sebagai medium penyampaian ilmu kepada mereka. Pembelajaran "Flipped Calassroom" memberikan peluang yang banyak kepada murid untuk mengekses bahan-bahan perbengkelan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan Dengan adanya "Flipped Calassroom" juga akan melahirkan anggota komuniti yang mempunyai kemahiran berfikir tahap tinggi. Pembelajaran "Flipped Calassroom" mengajak para guru untuk mengalih paradigma pengajaran mereka daripada yang bercorak behavior dan kognitif kepada konstruktif. Konstruktif dikatakan berupaya mengubah sikap memindah maklumat secara pasif kepada yang lebih aktif dengan menyediakan suasana pengajaran-pembelajaran yang dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir tahap tinggi (hight oder thinking skills). Aliran ini juga percaya bahawa pengajaran-pembelajaran yang tertumpu kepada penglibatan multisensori pelajar dan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan eksploratori seperti yang terdapat dalam kaedah "Flipped Calassroom" dapat membantu meningkatkan kemahiran yang dimaksudkan. Di samping kaedah ini mendedahkan dalam pembelajaran melalui laman-laman web yang mempunyai ciri-ciri hipermedia, hiperteks dan hiperlinks amat sesuai dengan konteks konstruktif ini. Di negara kita banyak menyediakan laman-laman web pendidikan ianya harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran inkuiri amat sesuai digunakan dalam kaedah "Flipped Calassroom" Sebagai contoh guru mencadangkan aktiviti berkumpulan, dimana setiap kumpulan diberi tugasan berdasarkan topik-topik tertentu untuk diselesaikan. Pelajar dikhendaki mencari maklumat dan bahan-bahan dari laman laman web yang dicadangkan atau melalui pencarian mereka sendiri. Melalui laman web yang dilayari oleh para pelajar mereka akan memperolehi pengalaman-pengalam baru yang di luar daripada apa yang biasa ditemui di dalam buku teks. Pengalaman yang diperolehi oleh setiap pelajar mungkin berbeza antara satu sama lain. Seterusnya mereka akan berbincang mengikut topik yang diberikan mengikut pandangan dan perspektif masing-masing berdasarkan fakta, hujahan dan bukti-bukti yang mereka kemukakan. Sekiranya keadaan seperti ini berlaku pembelajaran tentunya lebih aktif jika dibandingkan dengan pembelajaran yang hanya banyak bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh guru . Proses pembelajaran yang dilalui tentunya akan dapat melahirkan para pelajar yang kritis dan berfikir pada tahap tinggi. Seterusnya para pelajar ini akan keluar sebagai ahli komuniti yang mempunyai pemikiran yang kreatif, kritis, berpandangan luas dan berupaya menyelesaikan pelbagai permasalahan yang akan timbul dalam masyarakat, terutama di era globalisasi yang sangat mencabar ini.Melalui apa yang telah dibicarakan mengenai "Flipped Calassroom" saya berandaian bahawa ini adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah diaplikasikan oleh sebilangan guru di Malaysia. Walaupun tidak seratus peratus sama tetapi usaha ke arah itu telah ada. Saya juga berpendapat bahawa kaedah ini sangat membantu murid Genarasi Y meneroka alam pendidikan mereka, kerana generasi ini perlukan sesuatu yang bersifat intraktif seiring dengan kemajuan teknologi multimedia dan komunikasi (TMK). Sebagai guru yang ingin melihat trnsfomasi dalam dunia pendidikan dan kejayaan anak didiknya pastinya akan megubah corak dan kaedah pengajaran konvensional menggunakan buku teks serta papan tulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka kepada pengajaran berasaskan teknologi antaranya kaedah "Flipped Calassroom" . Persoalannya sejauh mana kaedah ini boleh diaplikasikan dalam iklim pembelajaran di Malaysia?Apabila kita mahu membicarakan samada "Flipped Calassroom" boleh dilaksanakan di Malaysia, Adalah perlu kita melihat beberapa aspek penentu kejayaannya antaranya aspek kedudukan geografi (Kawasan) latar masyarakat, dan aspek kesedian guru. Dari sudut latar kedudukan lokasi sekolah-sekolah di Malaysia sudah semestinya ada ketidakseimbangan yang berlaku dari aspek capaian internet. Bagi sekolah-sekolah yang berada di kawasan bandar sudah semestinya capaian internet mudah untuk di perolehi manakala sekolah-sekolah di kawasan luar bandar adalah sebaliknya. Contoh terutamnya bagi negeri Sabah dan Sarawak yang mempunyai kawasan yang luas dan taburan kedudukan sekolah yang besar yang tidak memungkinkan adanya capaian internet. Kita juga harus menerima hakikat bahawa dari segi sosioekonomi murid-murid luar bandar adalah rendah jika dibandingkan dengan kawasan bandar. Hal ini akan menyebabkan tidak mampu untuk menyediakan peralatan ICT. Penggunaan komputer yang terhad dan tidak berterusan boleh membantutkan keinginan para pendidik untuk menggunakan kaedah "Flipped Calassroom" hal ini menjadikan ianya tidak dapat dilaksanakan secara menyuluruh pada masa ini selagi jurang dan masalah ini tidak di atasi.Dari sudut kesedian guru, masih ramai lagi guru-guru terutamanya bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan, mereka lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran yang lebih bertumpukan kepada penggunaan buku teks serta papan tulis dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sesetengah guru merasakan penggunakan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkenaan di dalam bilik darjah. Sebaliknya dalam Flipped classroom memerlukan guru mahir dalam penggunaan ICT. Penggunaan ICT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Namun begitu ,ramai guru yang tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Guru yang kurang mahir ini menyebabkan timbul sikap malas dan kurang minat menggunakan ICT dan hal ini mungkin akan menjadi penyumbang kepada kegagalan perlaksanaan "Flipped Calassroom" di Malaysia. Kaedah "Flipped Calassroom" merupakan sebahagian pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ianya merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisien, guru dan pelajar tidak dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, kaedah ini tidak akan mendatangkan impak yang positif kepada murid dan objektif pengajaran guru di Malaysia. "Flipped Calassroom" juga adalah satu cabang kaedah dalam bidang pendidikan khususnya dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan media ICT sebagai medium perantara guru dan murid. Sekiranya dapat dilaksankan secara menyeluruh ianya adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT antaranya dengan menggunakan kaedah "Flipped Calassroom"

Part CPengajaran kolabaratif secara amnya ialah, tugas pengajaran yang dilaksankan oleh dua orang individu yang berkerjasama dari peringkat perancangan, perlaksanaan, penyelesaian, dan penilaian. Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu metodologi dalam sistem pendidikan. Ia menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif, kemahiran berkomunikasi akan dipelajari oleh peinvestigation In D. Nunan (Ed.), CDalam pengajaran kolabaratif aspek yang perlu ada ialah perkongsian idea, sumbangsaran, dan kerjasama dalam kumpulan. Menurut Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Oleh yang demikian tugasan yang sesuai bagi kaedah ini ialah tugasan yang memerlukan aspek-aspek yang disebutakan di atas. Kejayaan sesuatu tugasan mencapai objektif pengajaran yang di kehandaki dalam menggunakan kaedah pengajaran kolobratif bergantung berberapa faktor. Antaranya, Apa keperluan untuk pembentukan pasukan pengajaran kolaboratif, bergantung kepada sejauh mana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada kumpulanya, perkongsian sumber seperti minat, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat penting bagi menentukan kejayaan pengajaran kolobratif.Setelah kita mengetahui matlamat dan objektif keperluan kita mengadakan pengajaran kolabratif, kita perlu memikirkan bentuk dan jenis apa kumpulan yang perlu kita bentuk sama ada kumpulan heterogen atau homogen? Berapa ramai dalam satu kumpulan? Perlu memberikan kebebasan ahli kumpulan untuk memilih ahli mereka atau anda selaku fisilitator yang akan menentukan? Perlukah pembahagian kumpulan mengikut tahap kemampuan pelajar dan bermacam-macam persolan lagi. Apa yang jelas bagi jawapan kepada semua persoalan yang timbul dalam menentukan bagai mana komposisi kumpulan perlu ujud ialah bergantung dari sebahagian objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak kita capai. Saiz sesebuah kumpulan boleh bermula dengan dua untuk tugasan yang mudah . Saiz kumpulan juga bergantung kepada jenis tugasan yang kita berikan, jumlah kerja projek dan tempoh jangka masa tugasan tersebut perlu diselesaikan. Mengikut Karl A. Smith mencadangkan pelajar diagihkan kepada kumpulan kecil sebelum berpindah ke kumpulan yang lebih besar untuk mebiasakan pelajar dengan pelbagai peranan dalam kumpulan.Satu keadaan yang membosankan pelajar apabila pemilihan komposisi tidak menepati kehendak objektif yang hendak dicapai, sekiranya objektif amat mudah tetapi bilang ahli terlalu ramai akan mendatangkan kebosanan kepada ahli kerana ia tidak mencabar berbanding dengan bilangan ahli. Bagi tugasan yang mudah dan cepat mungkin kita cuma meminta pelajar-pelajar memilih kumpulan dari ahli yang terdekat misalnya kawan dari sebelah tempat duduk. Kita juga boleh memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih ahli kumpulan dengan kriteria yang ditetapkan, selalunya kaedah ini mendatangkan hasil tugasan yang baik. Bagaimanapun apabila kita merancang sesuatu tugasan atau kita mahukan sesuatu keputusan yang memberikan impak terbaik adalah lebih baik kita sendiri menentukan ahli kumpulan tersebut. Ini adalah kerana kita boleh menggunkan kemahiran kita dan tahu apa yang kita mahukan dan kita tahu kriteria individu yang bagaimana perlu ada dalam sesuatu kumpulan untuk menghasilakan tugasan yang terbaik.Kita juga boleh menggunakan berberapa kriteria untuk memilih ahli dalam satu kumpulan. Mungkin kita boleh memilih pelajar dari latar belakang yang sama, bagi memudahkan dan kelancaran perbincangan, atau kepelbagaian kebolehan gaya kerja seperti pencatat,pembentang,penulis yang terbaik dalam satu kumpulan. Apa yang paling penting pengagihan pelajar dalam sesuatu kumpulan Kolaboratif adalah bergantung matlamat yang hendak dicapai dalam satu tugasan dan juga kebijaksanaan guru melihat kemampuan pelajar dalam menyumbang sesuatu dalam kumpulan yang diagihkan.Dalam pengajaran sejarah bagi tingkatan satu, saya telah menggunakan kaedah pengajaran kolaboratif dengan menggunakan teknik Penyelesaian Masalah Berkaedah (Structured Problem Solving) bagi tajuk Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Saya telah membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membincangkan dari satu sudut sahaja, contohnya dari sudut, perdagangan, kedatangan Islam, dan kedudukan negeri Melaka, bagaimana faktor-faktor ini menyumbang kepada kegemilangan Melaka. Kenapa saya merasakan teknik ini sesuai digunakan untuk tajuk ini adalah kerana, Kelas yang saya ajar adalah kelas inklusif yang mana di dalam kelas tersebut ada pengintgerasian antara Murid Berkelainan Keupayaan pembelajaran (MBK) dan murid biasa di aliran perdana. Dalam teknik ini murid mendapat manfaat daripada interaksi dan komunikasi, peluang untuk bertukar pendapat dan daripada latihan rakan sebaya yang membantu pelajar lemah, di samping itu juga murid-murid MBK akan sentiasa memberikan kerjasama dalam perbincangan kerana guru akan meminta secara rawak mana-mana ahli dalam kumpulan untuk memberikan maklumbalas mengenai tajuk yang diberikan.Tidak dinafikan dalam mengujudkan kumpulan akan timbul beberapa masalah atau konflik. Ini terutamnya apabila ahli kumpulan itu dipilih sendiri oleh guru kerana akan ujud kepelbagaian dan perbezaan pendapat. Namun seringkali konflik dan kepelbagaian serta pertembungan perbezaan idea ini akan menjadikan sesebuah kumpulan menjadi lebih kuat. Menurut Miller & Wilkes konfliks yang keterlaluan boleh mengganggu prestasi dan keharmonian yang berlebihan juga menyebakan perkara yang sama. Ahli-ahli kumpulan yang terbaik cenderung untuk menjadi pengkritik antara satu sama lain di dalam kumpulan dan cenderung untuk menetapkan standard piawaian yang tinggi terhadap sebarang lontaran idea sendiri atau ahli kumpulan.Satu cara yang terbaik bagi menangani konflik ialah kita perlu memahami bahawa pelajar tidak semestinya tahu bagimana berkerja dalam kumpulan, kerana mereka lebih banyak didedahkan dengan kemahiran individu, mereka terpaksa belajar untuk mempercayai ahli-ahli kumpulan, bagaimana untuk berunding atau berbincang dan sebagainya. Oleh yang demikian kita harus membantu pelajar untuk memahami dinamika kumpulan. Memantau kemajuan dan perkembangan kumpulan melalui laporan kemajuan berkala atau penilaian pasukan, boleh mengenalpasti konflik dalam sesutu kumpulan dan menjadi garis panduan untuk kita meletakan kembali kumpulan tersebut pada landasan yang betul.Kekadang terdapat kumpulan yang bermasalah untuk menyelasikan masalah. Salah satu strategi yang boleh kita ambil ialah dengan menjemput pelajar tersebut secara individu dalam satu kumpulan untuk datang dan bersemuka dengan kita bagi membincangkan masalah atau pendekatan penyelesaian. Dalam perbincangan ini mungkin kita akan dapati ada individu tidak berpuashati dan enggan menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya kepada kumpulan. Kita boleh bertindak sebagai pemudah cara perbincangan atau perantara di kalangan ahli-ahli kumpulan dengan ini kita membantu pelajar membangunkan kemahiran untuk menangani konfrontasi dan mengalakan mereka utuk bercakap antara satu sama lain.Apabila kita menggunakan kaedah kolaboratif cabaran terbesar yang mungkin dihadapi ialah dari sudut pemberian markah dalam penilaian kumpulan atau individu kumpulan tersebut. Ini kerana usaha individu dan kerjasama dalam kumpulan akan membawa kejayaan pasukan. Sejauh manakah kita boleh menilai kerjasama yang di berikan? Bagi menjawab persoalan ini kita harus tahu bahawa setiap tugasan atau projek yang dihasilkan memerlukan peroses dan produk, sebagai kayu pengukur sesuatu kejayaan atau kesuksesan perkara yang paling jelas untuk dinilai dan diberikan gred kepada tugasan kolaboratif adalah produk akhir.Pada dasarnya penilaian atau penggredan dalam kerja kumpulan boleh kita dilaksanakan dalam dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ialah satu kaedah yang mana menggunakan interaksi besemuka dengan subjek, permerhatian dan temuduga. Manakala kaedah kuantitatif ialah merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil contohnya penggunaan borang soalselidik.Pada kebiasaanya melalui pengalaman kita dalam menghasilkan tugasan secara berkumpulan, kita menyedari bahawa produk akhir yang berjaya di hasilkan, tidak bermakana ahli dalam kumpulan itu berfungsi sebagai satu pasukan yang ideal yang mana setiap ahli kumpulan menyumbang untuk sama-sama menghasilkan produk akhir yang terbaik. Oleh yang demikian penilaian menyeluruh perlu dilakukan bukan hanya menumpukan kepada penilaian tunggal iaitu penilaian peringkat akhir. Salah satu cara menilai keberkesanan menggunakan kaedah kualitatif dengan memantau dan memerhati kualiti interaksi ahli dan kemajuan pada tugasan yang sentiasa dikemas kini. Pemerhatian boleh kita lakukan di dalam bilik darjah dengan fokuskan kepada tanda-tanda kerja yang produktif, ahli mendengar penuh perhatian, dan perbincangan yang serius serta terarah.Satu kaedah lagi dengan cara meminta setiap kumpulan untuk membentang atau melaporkan laporan kemajuan samada secara beterusan atau berkala, contohnya kita boleh meminta laporan tugasan yang telah dibuat atau diselesaikan oleh setiap ahli sepanjang minggu. Dengan berbuat demikian kita boleh menilai kemajuan tugasan yang diberikan dan pada masa yang sama kita boleh mendengar masalah yang timbul samada dari di kalangan ahli atau pun yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan.Penilaian melalui kaedah kuantitatif boleh menggunakan borang soalselidik penilaian rakan sebaya atau borang penilaian untuk tujuan yang sama. Bentuk ini selalunya menggunakan skala untuk menentukan tahap sumbangan ahli kumpulan di samping itu juga borang atau kajiselidik disertakan dengan penilaian kendiri supaya kita boleh memahami bagaimana dan apa sumbangan mereka terhadap kumpulan mereka sendiri dan juga ruang untuk komen sulit mengenai sumbangan setiap ahli kumpulan. Menurut David Meredith dan Larry Spence keputusan yang terbaik ialah dengan menggunakan skala mudah untuk menilai sumbangan individu kepada kumpulan. Akhir sekali kita boleh gabungkan penilaian pelajar dalam peroses kumpulan dan sumbangan individu serta penilaian kita terhadap produk kumpulan tersebut untuk menentukan gred akhir yang seharunya diperolehi oleh pelajar dalam aktiviti berkumpulan. Secara umumnya antara 5% hingga 30% kita boleh gunakan penilian rakan sebaya untuk keseluruhan gred tugasan.

PART DWRITE A LESSON PLANDalam rangka pengajaran dan pembelajaran yang akan saya sediakan, saya akan memilih kaedah teknik pengajaran kolaboratif. Ini adalah kerana pengajaran bagi subjek sejarah memerlukan murid mengingat dan faham. Oleh yang demikian bagi memudahkan peroses tersebut berlaku agar murid faham apa yang mereka pelajari, mereka harus terlibat sepenuhnya dalam mencari jawapan bagi setiap tugasan yang diberikan oleh guru. Melalui perbincangan di dalam kumpulan, murid bukan sahaja dapat percembahan maklumat tetapi ia dapat mengakekalkan ingatan mereka dalam sesuatu topik pengajaran. Kerana perbincangan yang mereka sendiri kendalikan akan menjadi sebahagian dari sejarah pembelajaran mereka. Dalam kaedah pengajaran kolaboratif selepas mendengar penjelasan atau penerangan guru tentang sesuatu topik, murid yang telah diagihkan di dalam kumpulan kecil, bebas untuk membincangkan bentuk, pandangan, idea serta penghuraian masing-masing. Setiap ahli kumpulan perlu mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan bagi memanuhi dan menapati tugasan yang diberikan. Dengan ini pengajaran sejarah dan topik Johor Menegakan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka yang bakal saya ajarkan tidak membosankan seterusnya mencapai objektif yang saya ingin capai.

Tarikh5 Julai 2014

TingkatanSatu B

Masa12.05 1.25

Mata PelajaranSejarah

Tajuk UmumKesultanan Melayu Menjadi Asas Kerajaan Kerajaan Masa Kini

Tajuk UtamaJohor Menegakan Semula Kewibawaan Kesulatanan Melayu Melaka

ObjektifPada akhir pengajaran murid akan dapat1. Murid dapat menceritakan semula kornologi pristiwa pengunduran Sultan Mahmud Shah disebabkan sarangan Potugis tanpa merujuk teks.2. Murid dapat menerangkan mengenai pengasasan Empayar Johor3. Membincangkan kedudukan tanah jajahan Melaka selepas kejatuhan Melaka.4. Menjelaskan kegigihan dan keberanian pemimpin untuk mendapatkan semula Melaka.5. Murid dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 5 dari 6 soalan yang diberikan di dalam lembaran kerja.

Bil Murid30 orang

Latar Belakang MuridKelas Pertengahan terdapat murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran yang diinklusifkan di dalam kelas ini

Pengetahuan Sedia AdaTelah belajar mengenai kerajaan Melayu Melaka dalam bab 4, 5 dan 6 serta mengetahui Sultan Ahmad Shah berundur ke Muar apabila diserang Portugis.

Bahan BantuLambaran kerja, kertas manila, Peta , Buku Teks

Nilai1. Keberanian dan ketabahan dalam perjuangan2. Mengamalkan sikap tidak berputus asa

EMI 643 MODELS OF INSTRUCTIONPage 18

Langkah PerkembanganlLangkahIsi PelajaranAktiviti GuruAktiviti MuridCatatan

Induksi Set(5minit)Menyatakan kesan kejatuhan melaka dan hubungkait kerajaan Johor.. Guru menyoal semula mengenai sejarah perkembangan melaka, Penubuhan, Kemajuan dan kejatuhan Melaka secara rawak. Guru menampalkan senikata Pantun Kalau roboh Kota MelakaPapan di Jawa saya dirikanKalau sungguh bagai dikataBadan dan nyawa saya serahkan

. Guru meminta murid mengungkapkan pantun dengan intonasi yang betul.. Guru memandu perbincangan maksud pantun.

. Murid menjawab menggunakan ayat sendiri mengenai perkembangan sejarah Melaka. Murid mengungkapkan pantun secara individu dan juga beramai-ramai.. Murid menjelaskan makna pantun Semangat berjuang Taat setia kesungguhanGuru menerangkan dan mengiatkan isi pantun , tentang semangat juang pengikut sultan untuk membangunkan Melaka semula.

Langkah Satu(20 minit)Pengasasan Kerajaan Johor Kronologi Pengunduran Sultan Mahmud Shah Penguasan Johor terhadap Jajahan takluk Melaka. Guru meminta murid membaca sepintas lalu Kronologi Pengunduran Sultan Mahmud Shah dari Melaka.. Guru meminta seorang murid membaca secara kuat.. Guru meminta murid memejam mata untuk membayangkan suasana peperangan dan pengunduran Sultan Melaka. Guru menampal peta Tanah Melayu dan Sumatra dan meminta murid mengingat kembali kedudukan Melaka, johor, Sumatera, Jawa, Pahang, Selat Melaka dan Selat Sunda.. Guru meminta murid untuk memetakan kornologi pengunduran Sultan Mahmud Shah dari Melaka sehingga ke Kampar.

. Murid membaca secara senyap. Murid mendengar dan memahami isi bacaan yang dibaca oleh kawan mereka. Murid menutup mata dan menerangkan secara bebas apa yang mereka lihat dan dengar semasa menutup mata Sarangan protugis dari laut Tomabak , keris dan pelbagai senjata digunakan Rumah terbakar, suasana riuh rendah,. Murid kehadapan menandakan kedudukan negeri-negeri pada peta yang telah disediakan.. Semasa menutup mata murid bebas untuk berimejinasi dan mengaluarkan suara melalui apa yang mereka bayangkan semasa berimejinasi. Meminta murid memata sambil menerangkan kedudukan pengunduran sultan.

Langkah Dua (30 minit)

Penerusan Waris Kesultanan Melayu Johor Penerusan Warisan Melaka Usaha Johor Menguasai Melaka Kebangkitan Aceh Persaingan antara Johor dengan Aceh Dan Portugis. Guru menerangkan peranan warisan kesultanan Melaka dalam penerusan Kesultanan Melayu Johor. Raja Ali (Sultan Alluidin Riwayat Shah II) Usaha Raja Ali Menguasi semula Melaka Kebangkitan Aceh Persaingan antara Johor dengan Aceh Dan Portugis. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil.. Guru memberikan 4 tajuk yang berlainan dan setiap kumpulan diberikan satu tajuk untuk dibincangkan didalam kumpulan Penerusan Warisan Melaka Usaha Johor Menguasai Melaka Kebangkitan Aceh Persaingan antara Johor dengan Aceh Dan Portugis.. Guru meminta seorang wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan sambil soal jawab berlaku. Guru meminta kumpulan lain membuat catatan apa yang dibentangkan oleh.. Guru membuat kesimpulan sebaik sahaja setiap kali pembentangan selesai.. Murid mendengar penerangan guru.. Murid bergerak kekumpulan masing-masing dan membuat catatan pada kertas manila yang di sediakan. Murid memulakan perbincangan dan dibantu oleh guru yang sentiasa berlegar diantara kumpulan.. Ketua kumpulan membentang dan ahli turut ke hadapan untuk membantu pembentangan.

.Semasa pembentangan guru menggalakan murid bersoal jawab. bentuk pembentangan bebas sama ada menggunakan peta minda atau nota.

Langkah Tiga (20 minit)(Latihan)Penerusan Waris Kesultanan Melayu Johor Penerusan Warisan Melaka Usaha Johor Menguasai Melaka Kebangkitan AcehPersaingan antara Johor dengan Aceh Dan Portugis. Guru menerangkan semula semua topik yang telah dibincangkan.. Guru meminta murid berdiri. Guru mengadakan sesi soal jawab secara lisan untuk menguji sejauh kefahaman murid.. Guru mengedarkan lembaran kerja latihan.. Murid mendengar penerangan. Murid berdiri dan duduk sekiranya boleh menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Murid menjawab soalan latihan yang di berikan.

Penutup(5 minit)Pengukuhan. Guru mengedarkan nota bagi tajuk akan datang dan meminta murid mebaca di rumah . Guru bertanya apa yang mereka peroleh melalui apa yg mereka pelajari pada hari ini.. Guru meminta murid menyanyikan semula pantun Kota Melaka dengan penuh semangat.Kalau roboh Kota MelakaPapan di Jawa saya dirikanKalau sungguh bagai dikataBadan dan nyawa saya serahkan

RefleksiPada keseluruhan PdP berjalan dengan lancar dan jayanya. Set induksi memberikan semangat untuk murid terus mengikuti topik ini lebih lanjut. Teknik Kolaboratif telah memberikan impak yang miksma dalam pemahaman murid bagi mana Warisan Kerajaan Melayu Johor meneggakan semual kewibwan Melaka. Penilaian secara kuantitatif terhadap keberkasanan kaedah ini bagi topik ni boleh di nilai melalui latihan murid apabila 96% murid menjawab dengan betul 6 daripada 6 soalan yang di berikan.

Lampiran: Antara Bahan Bantu Mengajar yang di gunakan

Murid memeta pengunduran Kesultanan Melayu Melaka

Murid menjawab lembaran kerja

Kerja-kerja Kolaboratif menghasilkan bahan pembentangan

Pembentangan hasil aktiviti kolaboratif

Guru yang membuat permerhatian dan membantu semasa PdP berlangsung

Komen Rakan Sebaya ( Guru Pemerhati)

Beberapa contoh nota yang di hasilakan melalui perbincangan murid

Contoh Jawapan Murid Pada Lembaran Kerja (Latihan)