modernisasi diartikan sebagai perubahan

19
Modernisasi diartikan sebagai perubahan -perubahan masyarakat yang bergerak dari keadaan yang tradisional atau dari masyarakat pra modern menuju kepada suatu masyarakat yang modern. TEORI MODENISASI Modenisasi merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan tentang kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia pada umumnya. Disamping itu terdapat juga kenyataan-kenyataan yang menerangkan tentang Modenisasi sebagai contohnya: " modernization theory presumes that all countries had similar starting points and follow similar paths to "development," which just happens to look exactly like contemporary 1st world societies." ( --http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupert/ depe...) Dari kenyataan diatas kalau dilihat ia menunjukkan bahawa modenisasi itu merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang mana lebih tertumpu kepada satu bentuk kehidupan barat dan secara tidak langsung ianya dapat mempengaruhi sesuatu masyarakat dari beberapa aspek, termasuklah kebudayaan, sosial, cara hidup dan lain- lain lagi. 1.1 Implikasi Modenisasi Selain itu Modenisasi, telah mengujudkan 2 bentuk masyarakat iaitu moden dan tradisional . a. Masyarakat tradisional lebih kepada mengekalkan tradisi dan juga tidak dinamik. Disamping itu berpegang teguh kepada keagamaan dan struktur

Upload: marilynuding

Post on 18-Jun-2015

1.043 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

may

TRANSCRIPT

Page 1: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

Modernisasi diartikan sebagai perubahan-perubahan masyarakat yang bergerak dari keadaan yang tradisional atau dari masyarakat pra modern menuju kepada suatu masyarakat yang modern.

TEORI MODENISASI

 

 

Modenisasi merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan tentang kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia pada umumnya. Disamping itu terdapat juga kenyataan-kenyataan yang menerangkan tentang Modenisasi sebagai contohnya:

" modernization theory presumes that all countries had similar starting points and follow similar paths to "development," which just happens to look exactly like contemporary 1st world societies."

( --http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupert/depe...)

Dari kenyataan diatas kalau dilihat ia menunjukkan bahawa modenisasi itu merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang mana lebih tertumpu kepada satu bentuk kehidupan barat dan secara tidak langsung ianya dapat mempengaruhi sesuatu masyarakat dari beberapa aspek, termasuklah kebudayaan, sosial, cara hidup dan lain-lain lagi.

1.1 Implikasi Modenisasi

Selain itu Modenisasi, telah mengujudkan 2 bentuk masyarakat iaitu moden dan tradisional .

a. Masyarakat tradisional lebih kepada mengekalkan tradisi dan juga tidak dinamik. Disamping itu berpegang teguh kepada keagamaan dan struktur sosial yang telah diwarisi. Lemah dari segi inovasi atau tidak berdaya maju serta tidak cekap . Manakala sistem politik lebih tertumpu kepada bentuk yang lama. Manakala ekonomi bergantung kepada pertanian didalam menjalani kehidupan semasa.

a. "Masyarakat moden pada asalnya merupakan masyarakat tradisi yang telah mengalami pembangunan secara komplek . Ini merupakan kesan dari kehendak semasa yang mana melibatkan perkembangan sains dan teknologi dan seterusnya memberikan satu bentuk pulangan yang lumayan dari hasil yang di perolehi.(Kapitalisme). Selain itu rasa ingin berubah yang mana dirasakan dapat memberikan kepuasan . Lebih bersifat individualistik dan

Page 2: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

kekuasaan. Dari aspek ekonomi ianya lebih bergantung kepada industri-industri pengeluaran."

(-http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupert/mode..).

Disamping itu kesan perubahan masa juga mempengaruhi teori modenisasi yang mana berlaku tranformasi dari segi makna . Jikalau dulu ianya dikaitkan dengan pembaratan kini maknanya lebih luas dengan mengambil kira unsur-unsur sains dan teknologi. Sebagai contoh dikalangan pemimpin negara, Perdana menteri Malaysia didalam Teks ucapan utama di kongres kebangsaan wawasan 2020 mengatakan "Pemodenan bukanlah Pembaratan, bukan Penjepunan, bukan Pentimuran dan bukan juga Pengasiaan tetapi mestilah merupakan bumi moden yang tersendiri" .(1997:3). Sementara di kalangan ahli akademik pula modenisasi kini dikaitkan dengan perkembangan kerasionalan dan penggunaan sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakat. [Al-Atas(1972) dan Shaharuddin (1992)] .

2.0 TRANSFORMASI

Pembaratan dan pemodenan atau modenisasi merupakan dua konsep dan proses yang saling berhubung kait . Berdasarkan sumber sejarahnya konsep dan proses tersebut merujuk kepada perubahan sosial yang melibatkan transformasi dan penyesuaian institusi kepada fungsi yang sentiasa berubah. Pada asalnya hasrat negara-negara Barat adalah untuk mentamadunkan dunia luas dan membentuk negara-negara itu akur kepada institusi yang sediada. Proses pembaratan ini membawa implikasi transformasi budaya secara menyeluruh dan penyusunan semula semua aspek kehidupan asli anak-anak pribumi.

Proses pembaratan ini telah bermula di kalangan negara Eropah sendiri apabila negara-negara itu cuba mendapatkan kuasa dan mengatasi satu sama lain. Dalam proses mendominasi masyarakat bukan barat dan dalam usaha hendak menjalankan pemerintahan dan pentadbiran sendiri, budaya bukan barat telah dirungkai, adat tempatan dan amalan tradisional termusnah. Pemusnahan beberapa institusi tradisional negara bukan barat itu membolehkan pihak penjajah menggunakan kuasa untuk mengubah institusi yang dianggap tidak cekap, tidak berfeadah dan sebagainya. Menjelang abad ke 19 dan awal abad ke 20 kebanyakkan negara-negara bukan barat telah dijajah dan terletak di bawah pemerntahan kuasa-kuasa utama Eropah, diketuai oleh Britain. Perubahan yang berasal dari Eropah Barat mula tersebar ke masyarakat lain di dunia dan menghasilkan transformasi yang membawa kesan terhadap kehidupan masyarakat tersebut. Pemodenan telah dibawa keseluruh dunia melalui persaingan sesama negara barat untuk mendominasi dunia. Sebagai suatu ideologi pembangunan pula, proses

Page 3: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

pembaratan boleh dianggap sebagai mendokong kepentingan barat, terutama dari segi ekonomi.

Pada mulanya perluasan kuasa barat bertujuan untuk mendapatkan bahan mentah, kuasa perdagangan bagi memonopoli dan mengawal laluan perdagangan serta keuntungan. Namun, akhirnya perluasan kuasa barat dikembangkan untuk menguasai politik bag mempertahan, mengawal dan mengekalkan negara-negara yang selama ini membekalkan kekayaan, keuntungan, bahan mentah dan pasaran, yakni perkara-perkara yang genting bagi kemajuan dan pembangunan negara meraka sendiri. Bagi mengekalkan empayar pula mereka mempengaruhi, mengubah dan membentuk institusi, kepercayaan, ideologi, sikap, nilai dan amalan adat resam tradisional tempatan bersesuain dengan matlamat dan keperluan mereka. Proses pembaratan ini dijalankan dengan menerapkan budaya barat dan galakan oleh kerajaan dalam proses industrialisasi moden. Usaha ini dilakukan samada melalui paksaan atau secara lembut dan diwajarkan atas alasan untuk kebaikan orang tempatan atau kononnya untuk mengelak orang tempatan daripada menghadapi kehancuran. Dalam proses untuk membaratkan masyarakat negara-negara luar Eropah, corak pemerintahan secara tradisional negara-negara tersebut perlu dihapuskan. Sungguhpun dari satu segi, proses pembaratan itu membawa kemusnahan dan kehancuran kepada sistem dan nilai tradisional serta mengekalkan ketaksamaan, tetapi dari segi yang lain pula ia mendatangkan sumbangan positif dari segi memperbaiki keadaan kehidupan material penduduk tempatan.

Selepas Perang Dunia Kedua banyak daripada negara yang dijajah mendapat kembali kebebasan politik mereka. Negara bangsa yang baru terbentuk, mendapati diri mereka meneruskan proses pembaratan bagi menyediakan atau membekalkan makanan perumahan, pengangkutan, pendidikan dan pekerjaan penduduknya disebabkan tidak mahu ketinggalan dari segi pembagunan. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini proses perubahan itu telah memasuki fasa yang berbeza dan tidak lagi diistilahkan sebagai pembaratan tapi sebaliknya istilah untuk menerangkan proses itu dianggap sebagai pengalaman pemodenan atau pembangunan yang juga merupakan istilah dan konsep barat. Sesebuah masyarakat memiliki ciri-ciri masyarakat moden seperti perindustrian, pembandaran, pendidikan, komunikasi massa dan sebagainya, belum tentu lagi masyarakat itu boleh dianggap moden. Sesebuah masyarakat perlu memiliki ciri-ciri luaran sebelum boleh diklasifikasikan sebagai moden seperti memiliki cara-cara baru untuk berfikir, bertindak dan berperasaan. Pemodenan merupakan satu proses perubahan sosial apabila masyarakat yang membangun mendapatkan ciri-ciri yang lazim terdapat di kalangan masyarakat indurtri barat yang jauh lebih maju.

3.0 Pemodenan Model Barat

Teori-teori pemodenan yang terbentuk pada abad ke 20, terutama selepas perang dunia kedua, merupakan warisan teori evolusioner abad

Page 4: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

ke 19. Terdapat tokoh-tokoh pemodenan yang menerangkan peringkat-peringkat proses masyarakat praindustri berkembang sehingga menjadi masyarakat industri. Sebaliknya terdapat ramai dikalangan tokoh yang mengambarkan situasi ‘sebelum dan selepas’ dengan membezakan antara satu set ciri yang dikaitkan dengan masyarakat pra-industri dengan satu set ciri masyarakat industri. Keterangan yang dikemukakan ini juga menggambarkan perubahan yang sama iaitu semua masyarakat yang dianggap pernah mengalami satu siri transformasi yang selari menuju ke arah matlamat. Lantas pemodenan dianggap sebagai satu fenomena sejagat apabila matlamatnya mudah ditentukan.

Dengan itu, semua teori unilinear tentang kemajuan dan perubahan masyarakat dan teori pemodenan melihat masyarakat sebagai perubahan unsur mengikut satu garisan ke arah keadaan yang lebih kompleks. Masyarakat barat yang dikatakan mempunyai ciri-ciri industri, bandar, kompleks, pengkhususan dan sebagainya itu dianggap sebagai hasilan akhir proses evolusi itu. Model eropah barat sering dijadikan rujukan memandangkan kebanyakkan keterangan yang dikemukakan tentang pemodenan telah diperkembangkan ke negara-negara maju, industri barat itu sendiri berdasarkan pengalaman mereka. Walaubagaimana pun pada akhir tahun-tahun 1960-an telah wujud penjelasan yang bertentangan yang datangnya daripada tokoh-tokoh di luar negara barat.

3.1 KONSEP ASAS

Konsep asas dalam teori pemodenan adalah tradisi dan modeniti. Masyarakat tradisional dan moden dilihat sebagai masyarakat yang mempunyai ciri-ciri unggul. Masalahnya, bagaimana hendak menteorikan stuktur dan budaya mereka serta proses yang menghasilkan satu jenis masyarakat (moden) daripada masyarakat tradisional. Huraian tentang konsep ini adalah perlu demi memahami proses pembangunan. Dengan itu, terdapat banyak definisi bagi menerangkan pemodenan. Bendix umpamanya berpendapat bahawa : its is esier to define modernization as a breakdown of the ideal-typical traditional order; authority loses sanctity, monarchy declines, hierarchial social order is disrupted. Secular authority rule in the name of the people and an equalitarian ethos are typical attributes of modern society. (1978: 10-11)

Secara umumnya ia didefinisikan sebagai penekanan ke atas ciri-ciri sosial, ekonomi dan politik negara industri barat. Berkait rapat dengan kecenderungan ini ialah cadangan bahawa modeniti merupakan puncak kejayaan tamadun barat. Keadaan ini yang hanya boleh dicapai oleh yang berjaya seharusnya dicontohi oleh setiap masyarakat lain. Pendek kata teori pemodenan bersetuju bahawa

Page 5: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

aliran mencontohi modeniti kapitalis barat (Harrison, 1988:153).

3.2 PEMODENAN SEBAGAI SATU PERALIHAN

Sungguhpun secara umum permodenan diandaikan sebagai satu peralihan dari masyarakat feudal kepada industri atau sebagai satu proses masyarakat tradisional mencapai keadaan moden, namun belum terdapat satu definisi khusus yang menerangkannya. Wujudnya keadaan ini kerana sering terdapatnya kaedah baru mengumpulkan dan menganalisis data serta berbagai-bagai aliran pemikiran yang wujud.

Dari kaca mata barat, kedua-dua proses pembaratan dan pemodenan adalah berbeza. Dalam konteks dan fahaman mereka, pemodenan bermaksud membentuk semula yang lama untuk menjadikan ia baru, sementara pembaratan bermaksud membawa keluar idea-idea mereka (Barat) itu menyebarkannya ke negara-negara lain di dunia. Sebaliknya, di negara bukan Barat kedua-dua proses itu dianggap serupa dalam ertikata pada asasnya mereka termasuk mengambil unsur-unsur Barat. Negara-negara ini cuba mencapai moden melalui proses yang diambil dari Barat. Walaubagaimanapun, pemodenan itu, tidak semestinya menghasilkan pengagihan faedah ekonomi dan sosial yang sama rata disebabkan ianya merupakan suatu proses yang pada asasnya tidak sama rata dan menghasilkan keadaan kurang pembangunan serta pengantungan. Lagipun, pemodenan juga membawa satu perspektif Barat ynag kontroversial lagi eksklusif tentang pembangunan dan negara yang membangun.

Seperti yang telah dinyatakan, keterangan tentang perubahan dan pemodenan banyak merujuk kepada pengalaman dan model Barat, sedangkan idea-idea progresif bukan Barat kurang diberikan perhatian. Keterangan yang berat sebelah ini menyebabkan kebanyakkan analisis tentang pemodenan dan pembangunan gagal mengambil kira dua realiti sosial, iaitu pengaruh tamadun bukan-Barat dalam proses pemodenan dan wujudnya masyarakat majmuk. Bahkan, ternyata bahawa dua realiti sosial yang tersebut itu kurang menerima perhatian dalam paradigma dan analisis sosiologi sejarah dan sosiologi pembangunan sedangkan kedua-dua realiti ini adalah asas kepada kehidupan sosial masyarakat bukan-Barat.

4.0 Timur Dan Barat Pertembungan Tamadun.

Page 6: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

Hasil pertembungan antara Timur dan Barat, Timur telah terheret ke dalam apa yang dirujuk sebagai zaman moden. Impak tamadun Barat yang berpusat di Eropah ke atas masyarakat bukan-Barat dirasakan terutama bermula pada akhir abad ke 15 seterusnya iaitu apabila tamadun itu melampaui sempadan Eropah dan menjelajah ake Afrika, Asia dan Amerika Latin. Kegagahan ekonomi dan teknologi yang dimiliki Barat membolehkannya menakluk masyarakat lain dan mengenakan nilai-nilai sehinggakan kedatangan Barat ke Timur bukanlah sekadar datang ke sebuah entiti yang tidak mempunyai budaya, nilai, tamadun dan sebagainya yang tersendiri. Negara-negara di Timur adalah kaya dengan tamadun dan budaya mereka yang telah diperkayakan menerusi saling pengaruh mempengaruhi dan difusi budaya hasil kegiatana perdagangan, perkahwinan dan penaklukan. Hasilnya pula wujud saling kaitan dan identiti yang boleh menyatukan mereka ke satu tamadun Timur yang umum.

Apabila Barat sampai ke Timur berlakulah pertembungan di antara berbagai-bagai tamadun yang telah bertapak di sana dengan yang Barat. Hasil pertembungan itu tamadun purba Timur secara perlahan-lahan telah dipengaruhi oleh kesan tamadun Barat yang lebih moden dan lebih dinamik. Sungguhpun pada akhirnya, tamadun dan budaya Barat berjaya mengatasi budaya dan tamadun Timur, namun tamadun dan budaya Timur itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Bahkan ia seharusnya diberikan perhatian dalam proses memahami perkembangan sesebuah masyarakat Timur.

4.1 KESAN PERTEMBUNGAN

Sebenarnya kesan pertembungan tamadun dan budaya Timur dan Barat ini tidaklah berlaku sehala sahaja. Sungguhpun Barat berjaya mengatasi budaya dan tamadun Timur dan mengenakan pengaruhnya, ia juga telah menerima kesan pengaruh budaya dan tamadun Timur. Selain daripada itu, tamadun dan budaya Barat itu tidak sendiri adalah merupakan hasil pengaruh banyak tamadun di Eropah seperti Graeco-Roman, Anglo-Saxon dan Kristian yang bermula di benua Eropah itu sendiri.

Akibat pergolakan revolusioner politik dan industri yang berlaku pada akhir abad yang ke 18, Eropah digambarkan pada abad yang ke 19 sebagai "A civilazation on the march" (Sansom, 1977), apabila ia mula menjelajah ke serata dunia dengan membawa berbagai-bagai aspirasi termasuk ingin mentamadunkan masyarakat yang dianggap ‘ketinggalan’. Menerusi imperialisme dan kolonialisme negara-negara Afrika, Asia dan Amerika telah mula-mula dimasukkan di bawah kuasa dan kawalan ekonomi Barat yang kemudiannya diikuti dengan kawalan dan kuasa politik. Pergerakan Barat ini mencabar asas yang membentuk masyarakat Asia, mengenakan

Page 7: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

kehendaknya ke atas mereka dan mendatangkan perubahan sosial dan politik yang amat penting.

Penduduk tempatan telah mengalami berbagai-bagai kesan zaman penjajahan. Kuasa ekonomi, politik dan ideologi telah membolehkan negara Barat membentuk atau membentuk semula, secara langsung dan tidak langsung, negara yang dijajah mengikut versi dan ideal mereka bagi melicinkan pencapaian kepentingan mereka. Mereka berupaya bertindak demikian kerana kuasa atradisional tidak cukup cekap untuk menggalakkkan pertumbuhan dan kemajuan pengikutnya. Sebaliknya tamadun Barat menyediakan berbagai-bagai infrastuktur sosial. Perubahan dikenakan apabila ideal, idea, nilai dan industri Barat diperkenalkan dan dipaksakan bagi mengantikan yang asal.Kedaulatan negara-negara pribumi tertakluk di bawah kedaulatan empayar. Namun, cara rejim empayar mengenakan kawalan institusi ke atas pelbagai negara pribumi berbeza-beza. Proses ini melibatkan pemusnahan unsur yang lama dan pengenalan unsur yang baru, asing dan dibawa dari luar. Daripada tindakan ini muncul suatu pergerakan sosial yang baru dan berasaskan prinsip-prinsip tamadun Barat.

4.2 KONSEPSI BARAT

Barat telah merujuk proses ini sebagai modernizing iaitu satu proses melalui mana-mana negara-negara yang dijajah mengambil ciri-ciri modern-Barat. Ringkasnya, pemodenan telah tercapai menerusi proses pembaratan. Bidang pendidikan disusun mengikut garispandu Barat. Begitu juga media massa mencontohi model Barat. Bahkan, kota raya dan industri menyerupai yang terdapat di Barat berbanding dengan bandar tradisional yang terdapat di Timur. Golongan intelek pergi ke Barat untuk menimba ilmu dan mereka yang mengaji di tanah air pula meneruskan pengajian di universiti yang bercorakkan seperti yang terdapat di Barat. Sepert di banyak negara yang mengalami proses ‘pemodenan’ ini., kotaraya menjadi social matrix proses pembaratan itu. Walau apa pun asas berlakunya perubahan, stuktur masyarakat Timur telah mula berubah dan perubahan itu pula sentiasa ke arah stuktur masyarakat moden-Barat iaitu melalui pengaruh Barat moden.

Oleh kerana masyarakat dunia dibentuk menerusi perluasan Eropah maka bukanlah satu kebetulan sahaja bahawa konsep dan ukuran yang digunakan untuk pemodenan datangnya dari Barat. Masyarakat bukan-Barat terpaksa menggunakan konsep dan teknik yang

Page 8: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

dikembangkan dalam kontek atau mengikut perspektif Barat. Penduduk tempatan diperkenalkan kepada pemikiran dan pengalaman Barat, prinsip kehidupan Barat, sejarah Barat, pendidikan Barat dan sekurang-kurangnya kemahiran Barat yang dianggap perlu untuk menjalankan kehendak penjajah dengan cekap.

Sungguhpun penjajah Barat telah memperkenalkan beberapa teknik dan agensi-agensi revolusi industri, membina sistem politik baru bersandarkan konsepsi baru tentang undang-undang dan kerajaan, memperkenalkan banyak idea, anggapan dan konsep Barat serta pengetahuan tentang bahasa gunanya mentamabdunkan penduduk Timur, namun imperialisme Barat masih tidak berjaya mengubah keseluruhan masyarakat tersebut secara total. Di India, misalnya, imperialisme Barat gagal membentuk Barat juga tidak berjaya mengindustrikan negara-negara itu secukupnya kerana masyarakat Timur tidak sepenuhnya ‘terbuka’. Masyarakat Timur mempunyai sejarah, budaya dan tradisi ekonomi, politik dan sosial mereka sendiri walaupun kelihatan dari luar sebagai tidak sempurna atau tidak cekap. Lantas, proses pembaratan berjaya menembusi hanya sebahagian daripada masyarakat (terutamanya golongan atasan) tetapi sebahagian besar penduduk tidak merasakan kesannya. Mereka kurang memahami nilai atau asas terletaknya keseluruhan masyarakat Barat. Boleh dikatakan bahawa ciri-ciri Barat yang mereka telah ambil dan sesuaikan adalah pada dasarnya di permukaan sahaja. Ciri-ciri itu tidak dihayati sepenuhnya hingga ke akar umbi. Dengan itu, sungguhpun Barat telah mengawal dan memerintah sebahagian besar daripada masyarakat dan negara Asia, latarbelakang sejarahnya yang panjang dan ketegaran adat resamnya tidak memungkinkan transformasi yang menyeluruh.

4.3 PERANAN BARAT

Sungguhpun pelbagai maksud dan implikasi muncul daripada istilah pemodenan. Ini bermaksud modenisasi hanyalah untuk menunjukkan proses pemindahan budaya Barat dari segi idea, idelogi, nilai, amalan, kepercayaan dan lain-lain pula mengubah aspek-aspek yang sama di Negara Dunia Ketiga. Bolehlah dikatakan bahawa faktor luaranlah, terutama yang berpunca dari Barat, yang banyak mempengaruhi proses perubahan di Timur semasa zaman penjajahan. Untuk mengadakan perubahan itu, Barat telah menentukan polisi mengikut visi dan model mereka tentang state yang unggul, iaitu ideal western state. Lantaran politik dan masyarakat disesuaikan dan

Page 9: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

ditransformasikan mengikut pola Barat. Selain daripada itu, pemodenan bukan sahaja datangnya dari Barat tetapi mungkin berpunca dari sebuah negara yang sudah maju. Sebagai contoh unsur-unsur pemodenan boleh didangkan oleh negara Turki, Jepun, Thai, China yang telah berjaya memperkenalkan beberapa unsur moden.

Secara ringkasnya proses pembaratan melibatkan penggantian unsur tertentu budaya pribumi tradisioanal Timur dengan unsur-unsur Barat. Proses ini juga mengakibatkan peranan fungsional tempatan diambil alih oleh Barat. Sebaliknya pada asasnya proses pemodenan membentuk semula sistem budaya yang ada supaya menjadi baru dengan ciri-ciri yang telah dikongsi bersama oleh Timur dan Barat.

5.0 ANTROPOLOGI DAN MODENISASI: MENGUNGKAPKAN PENGALAMAN MALAYSIA

Atropologi di tempat kelahirannya, di Barat, dikatakan menghadapi krisis pada waktu ini. Tetapi antropologi di Malaysia kelihatan subur dan sehat. Apakah di sebalik misteri ini? Sebenarnya tidak sebarang muslihat di sebalik keadaan ini kalau kedua-dua perkembangan yang bertentang ini diletak dan dianalisis dalam konteks sosialnya masing-masing. "Economic rationalism" di negara Anglo-Saxon telah menular kemana-mana sehingga mengesankan perjalanan universiti, termasuk hidup matinya antropologi. Inilah nampaknya pengalaman di Barat, dan juga pengalaman antropologinya, yang mungkin dihambat oleh keadaan pos-industrialnya. Malaysia masih merupakan sebuah negara yang masih ligat mengejar modenisasi. Antropologi lahir dari suatu keadaan krisis akibat mengejar modenisasi ini. Maka antropologi telah ikut maju dan berkembang sesuai dengan kemajuan di Malaysia. Di samping itu kerencaman kandungan masyarakat Malaysia itu sendiri, dengan tradisi "every day antropologynya" yang begitu kukuh dan tersulam halus dalam perjalanan seharian anggotanya, dengan mudah menerima antropologinya yang berbentuk akademik kepangkuannya. Berkembang mekarlah antropologi jadinya di Malaysia sebuah disiplin, biarpun isi kandungan sudah banyak diubah sesuai dengan keperluan konteks sosial sezaman. Dalam "merintis jalan ke 2020", antropologi tetap penting sebagai sebuah disiplin akademik yang boleh menjadi teras pembentukan bangsa Malaysia yang bersatupadu.

6.0 Modenisasi Model Islam

Proses modenisasi di dalam dunia Islam sebenarnya telah lama bermula di tangan para sarjana Islam seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Rida dan banyak lagi nama besar yang lain, iaitu sejak abad ke 18 dan 19 lagi. Gerakan modenisasi ini dikenali dengan nama gerakan Islah dan ianya bertujuan untuk kembali sepenuhnya kepada ajaran Al-

Page 10: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

Quran dan Sunnah dalam semua aspek pembangunan manusia, merangkumi bidang sosial, politik, pendidikan dan sebagainya.

Gerakan Islah atau reformasi Islam ini sebenarnya telah juga bermula di kawasan kepulauan Melayu, malah di Tanah Melayu, pada abad ke 20. Ianya dipelopori oleh beberapa tokoh seperti Syeikh Daud Pattani, Tok Kenali, Syeikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain yang menggunakan penerbitan dan media mereka untuk menyeru orang Melayu supaya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, serta meninggalkan segala adat usang dan khurafat yang diwarisi daripada ajaran yang asing daripada Islam. Gerakan Islah dan reformasi ini lahir dalam bentuk yang menyeluruh dan merangkumi konsep modenisasi berdasarkan tamadun Islam fizikal dan kerohanian, ilmu dan nilai serta akhlak yang pada dasarnya berbeza daripada proses modenisasi aliran Barat yang mengenepikan agama dan nilai moral yang berdasarkan kepada nilai agama. Ketidakhadiran nilai ketuhanan dan akhlak yang berasaskan agama inilah yang mendorong orang Islam menolak proses modenisasi umumnya, dari Barat. Orang Islam melihat Barat sebagai dunia sekular dan segala sesuatu yang diambil dari Barat adalah terpisah jauh daripada agama termasuk kehidupan moden dan proses memodenkan masyarakat dan negara.

Apabila proses modenisasi atau kehidupan moden ini dikaitkan dengan fahaman sekular dan cara hidup berteraskan budaya barat, maka generasi baru yang lebih peka dengan nilai akhlak Islam dan lebih komited kepada ajaran Islam, terutamanya di tengah arus kebangkitan semula Islam yang melihat Islam sebagai sistem hidup yang lengkap akan segera menolak cara hidup moden yang di import dari Barat.

6.1 Budaya Hedonistik

Reaksi negatif masyarakat Islam terhadap cara hidup moden yang di dasarkan kepada nilai Barat berterusan sehingga sekarang apabila masyarakat dapat melihat unsur permisif yang mewarnai kehidupan masyarakat barat. Hal ini dengan sendirinya menimbulkan semacam kegelisahan dalam masyarakat yang segera menganggap bahawa jika semua pembaharuan yang di buat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan sebagainya membawa kepada bertambahnya perbuatan mungkar dan maksiat maka lebih baik lagi jika proses pembangunan di lambatkan atau tidak di laksanakan sama sekali.

Reaksi negatif dan kefahaman sempit masyarakat yang melihat proses modenisasi sebagai proses yang akan membawa kepada pengamalan nilai moden barat yang akhirnya membawa kepada perkembangan dan pembangunan masyarakat yang permitif dengan nilai yang bercanggah dengan agama seharusnya ditangani dengan baik. Masyarakat haruslah di didik dan di beri kefahaman

Page 11: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

yang jelas tentang falsafah dan konsep modenisasi yang sebenarnya, perbezaannya dengan falsafah modenisasi Barat dan apakah yang di maksudkan dengan konsep pembangunan ekonomi, budaya dan sosial negara Malaysia berdasarkan ‘acuan’ kita sendiri.

6.2 PERBEZAAN MODENISASI

Proses modenisasi di negara kita tidak seharusnya di hubungkan dengan proses modenisasi di negara maju. Proses modenisasi di negara maju berjalan dengan pesatnya tanpa di corakkan oleh nilai moral dan nilai murni kehidupan, apa lagi nilai agama. Namun demikian tidak dapat di nafikan bahawa terdapat juga kebaikan dari modenisasi yang dilaksanakan oleh barat. Maka dalam hal ini, umat Islam haruslah bersikap lebih terbuka dalam menolak sesuatu yang datangnya dari Barat. Sesuatu yang tidak bertentangan dengan nilai agama atau ajaran Islam haruslah di nilai atau di kaji dengan sebaik-baiknya agar moden dari Barai itu dapat diterima dan diamalkan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan nilai agama Islam itu sendiri.

Banyak negara Islam yang mempunyai kekayaan sumber alam kurniaan Allah SWT tetapi masih bergantung pada kepakaran dan alat teknologi Barat kerana negara terbabit tidak mempunyai kepakaran sendiri untuk mengendalikan tenologi moden, dan tidak mempunyai kemampuan untuk memindahkan teknologi moden ke negara mereka. Hal inilah yang berlaku di dunia Islam sekarang yang menjadikan negara Islam tidak dapat membangun dengan baik sehingga mengakibatkan umat Islam sentiasa berada dalam kemunduran dan ketinggalan di belakang berbanding dengan umat lain. Kelemahan dan kemunduran umat Islam ini pula sering membawa implikasi buruk kepada umat Islam sendiri dari segi politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Faktor inilah yang mengakibatkan negara Islam atau umat Islam boleh di permainkan oleh kuasa besar dunia dalam bentuk pencerobohan, penindasan dan sebagainya. Orang Islam juga haruslah memahami bahawa proses pemodenan atau modenisasi bukanlah sama dengan falsafah dan proses pembaratan. Proses pemodenan adalah sesuatu yang di lakukan dan boleh di sesuaikan dengan ajaran agama dan nilai akhlaknya. Dasar umum Islam ialah menerima pembangunan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang peningkatan ilmu pengetahuan, proses pembangunan masyarakat perindustrian dan pertanian, penggunaan teknologi maklumat dan perusahaan, pembangunan institusi sosial dan ekonomi dengan

Page 12: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

menggunakan kemajuan sains dan teknologi moden serta pembangunan negara umumnya.

6.3 Al-Quran Dan Modenisasi

Al-Quran menegaskan bahawa manusia hendaklah mewujudkan perubahan dalam kehidupan mereka dan tidak hanya menunggu takdir atau menyerah kepada Allah semata-mata tanpa sebarang usaha. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu yang berada pada sesuatu kaum, sehingga mereka ( sendiri ) mengubah apa yang ada dalam diri mereka."

( Surah al-Ra’ad, ayat 11 )

Perubahan yang boleh di tafsirkan daripada ayat ini merupakan perubahan sikap dan pemikiran, perubahan tahap pencapaian kehidupan dan perubahan manusia dalam semua bidang kehidupan dunia dan akhirat. Allah mengecam hebat sikap beku dan degil orang musyirikin Mekah yang tidak mahu menerima ajaran dan perutusan yang di bawa oleh Rasulullah SAW kerana mereka terlalu bersikap fanatik dan taksub kepada adat dan tradisi lama nenek moyang mereka. Kecaman Allah kepada mereka jelas menunjukkan bahawa manusia perlu menilai dan memikirkan secara positif terhadap sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka selaras dengan pembangunan pemikiran dan ilmu pengetahuan yang di kurniakan Allah kepada manusia, asalkan tindakan mereka tidak terkeluar daripada dasar kebenaran yang di tentukan oleh Allah. Rasulullah juga pernah menegaskan bahawa manusia lebih mengetahui tentang masalah mereka, maksudnya segala sesuatu yang berhubung dengan kehidupan keduniaan, haruslah di kaji dan di bangunkan sesuai dengan falsafah ajaran Allah SWT.

 

 

 

7.0 KESIMPULAN

Jika dilihat secara keseluruhannya, Teori Modenisasi adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan tentang kemajuan atau proses perubahan. Ia termasuklah dari berbagai-bagai aspek kehidupan dalam masyarakat. Hasilannya ia mengujudkan klasifikasi masyarakat iaitu tradisional dan

Page 13: Modernisasi Diartikan Sebagai Perubahan

moden. Selain itu Modenisasi juga tidak dapat dipisahkan dari istilah Transformasi di mana Modenisasi tidak akan ujud tanpa berlakunya Transformasi. Inilah antara alasan mengapa Teori Modenisasi ini hanya sesuai diapplikasikan oleh negara sedang membangun. Bagi negara sedang membangun ia memerlukan satu proses perubahan yang secara langsung mempunyai kaitan dengan Teori Modenisasi itu sendiri.

Barat telah mengelirukan masyarakat dunia dengan menggambarkan betapa pentingnya Teori Modenisasi sehingga mengenepikan soal-soal keagamaan dan kerohanian serta nilai-nilai murni. Secara tidak langsung akan menghasilkan masyarakat yang maju atau moden tetapi mengujudkan berbagai-bagai masalah sosial. Proses modenisasi di Malaysia berlaku secara tidak sengaja dimana kedatangan Barat dalam cuba meluaskan kolonielnya telah mengakibatkan proses ini berlaku. Sungguhpun begitu kesempatan yang diambil oleh Barat amat merugikan masyarakat Malaysia khasnya yang ketika itu kaya dengan hasil bumi. Tamadun Timur yang sedia ada telah bertembung dengan Tamadun Barat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan Teori Modenisasi. Hasilan dari pertembungan ini maka ujudlah dua hala kesan pengaruh Budaya dan Tamadun yang secara tidak langsung telah menyerap ke dalam masyarat Barat sendiri. Nilai-nilai murni yang diperolehi dari masyarakat Timur telah sedikit sebanyak menular kedalam masyarat Barat. Inilah yang dikatakan atau diistilahkan sebagai Pertembungan Tamadun. Apapun alasannya Modenisasi Model Islam adalah yang tertua dan telah ujud sejak abad ke 18 dan 19 lagi. Mementingkan Al-Quran dan Sunnah dalam membentuk kemodenan merupakan alasan yang unik dan istimewa kerana Islam itu sendiri adalah kesempurnaan. Modenisasi Model Islam menekankan bahawa kemodenan yang hendak dicapai perlukan seiring dengan perkembangan diri atau sahsiah diri yang mulia. Tidak bererti kemodenan masyarakat itu jika sekiranya keruntuhan akhlak menjadi ‘santapannya’