modul bhn kemasan, jenis paku dan skru

16
Bahan Kemasan Kemasan kayu merupakan proses menghias dan melindungi permukaan bahan kayu. Kecacatan atau lubang bekas paku pada permukaan boleh dilindungi dan dihias dengan menggunakan bahan kemasan seperti tepung penyumbat, varnis, timbertone dan stain. 3.1 Jenis bahan kemasan Sampang (Varnis) Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atai sembur. Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa selama 12 hingga 24 jam. Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

Upload: anizavina-mohd-esa

Post on 12-Jan-2016

255 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

Bahan Kemasan

Kemasan kayu merupakan proses menghias dan melindungi permukaan bahan

kayu. Kecacatan atau lubang bekas paku pada permukaan boleh dilindungi dan

dihias dengan menggunakan bahan kemasan seperti tepung penyumbat, varnis,

timbertone dan stain.

3.1 Jenis bahan kemasan

Sampang (Varnis)

Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri)

atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering

(linseed, tung) dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan

spirit supaya mudah digunakan secara sapu atai sembur.

Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil

masa selama 12 hingga 24 jam.

Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai

digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

Page 2: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

Venier Kayu

Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada

permukaan kayu.

Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada

permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.

Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:

a. Kayu Cengal

b. Kayu Nyatoh

c. Kayu Balau

d. Kayu Meranti

e. Kayu Sepetir

Page 3: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

Timbertone (tona kayu)

Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu

asal.

Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek

yang terdiri dari pelbagai jenis dan warna kayu.

Kelebihannya adalah tahan lasak. Maka timbertone sesuai digunakan

untuk menghias perabot rumah.

Page 4: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

Stain

Bahan yang digunakan untuk mengeluarkan kotoran permukaan dan

membangkitkan serta menonjolkan kecantikan urat kayu.

Satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan warna yang

dikehenaki sebelum kemasan dibuat.

Stain yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan

mengikut pelarutnya.

Terdiri dari pelumur air, spirit atau minyak

Page 5: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

3.2 Jenis-jenis paku

Paku biasa (common nail) – berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam

pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak

dan pembinaan am.

Paku kotak (box nail) – serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih

kecil.

Paku kemasan (finishing nail) – digunakan untuk kerja-kerja kemasan

seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak

memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan

boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam

paku.

Page 6: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

Paku panel (casing nail) – sejenis paku dawai yang halus, kepalanya

berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada

kayu.Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai

digunakandalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu.

Paku venir – Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan

kadang-kadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai

dan bahan-bahan yang nipis.

Paku payung – kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam

pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang

kebocoran di tempat yang dipakukan.

Paku berkepala dua – mempunyai dua kepala, digunakan dalam

pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama

terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan

tukul berkuku.

Page 7: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

Paku konkrit – diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan

kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang

pendakap dan sebagainya.

Paku bergelugur (berangkai) – sejenis paku nipis berbentuk segiempat

bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk

menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.

Page 8: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

3.3 Jenis skru

Skru kepala rata (countersunk) – diperbuat daripada keluli lembut

bergalvani, tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang

dengan cermat kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang

memerlukan kepala skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk

pemasangan meja, kerusi, engsel dan selak.

Skru kepala bulat – mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian

bawahnya rata. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau tembaga dan

digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian kayu dan Nampak sebagai

hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu. Biasanya

digunakan untuk meleketkan kayu nipis dan logam nipis pada kayu.

Kepalanya timbul sebagai hiasan

Page 9: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

Skru kepala timbul – Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat,

diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru

kepala bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di

mana kekuatan dan kecantikan diutamakan.

Skru kepala segiempat – merupakan sejenis skru yang kuat yang

diperbuat daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu

diketatkan dengan menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja

kasar seperti dalam pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu

pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.

Page 10: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

3.4 Soalan objektif:

1. Rintangan cuaca

Tahan air

Bahan kemasan yang manakah mempunyai sifat-sifat di atas?

A. Syelek

B. Varnis

C. Timbertone

D. Venier kayu

2. Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:

i Kayu Cengal

ii Kayu Nyatoh

iii Kayu Balau

iv Kayu Meranti

A. i, ii, dan iii

B. i, ii, dan iv

C. ii, iii, dan iv

D. Semua di atas

3. Gambar di bawah menunjukkan

A. Paku payung C. Paku Panel

B. Paku konkrit D. Paku Kotak

Page 11: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

4. Gambar di bawah menunjukkan

A. Skru kepala rata

B. Skru kepala timbul

C. Skru kepala bulat

D. Skru kepala segiempat

5. Bahan yang digunakan untuk mengeluarkan kotoran permukaan dan

membangkitkan serta menonjolkan kecantikan urat kayu.

Bahan kemasan di atas ialah

A. Stain

B. Cat

C. Timbertone

D. Varnis

Page 12: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

3.5 Soalan struktur:

1. Senaraikan 5 jenis paku.

-paku kotak

-paku konkrit

-paku panel

-paku kemasan

-paku payung

2. Senaraikan 4 jenis skru.

-skru kepala bulat

-skru kepala rata

-skru kepala timbul

-skru kepala segiempat

3. Senaraikan 3 jenis bahan kemasan.

-varnis

-syelek

-stain

Page 13: Modul Bhn Kemasan, Jenis Paku Dan Skru

3.6 Soalan esei:

1. Terangkan sifat dan kegunaan tona kayu (timbertone).

Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu

asal.

Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek

yang terdiri dari pelbagai jenis dan warna kayu.

Kelebihannya adalah tahan lasak.

Maka timbertone sesuai digunakan untuk menghias perabot rumah.

2. Terangkan sifat dan kegunaan stain.

Bahan yang digunakan untuk mengeluarkan kotoran permukaan dan

membangkitkan serta menonjolkan kecantikan urat kayu.

Satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan warna yang

dikehenaki sebelum kemasan dibuat.

Stain yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan

mengikut pelarutnya.

Terdiri dari pelumur air, spirit atau minyak

3. Terangkan persamaan dan perbezaan antara paku biasa dan paku kotak.

Persamaan: berkepala bulat, sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat

seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am.

Perbezaan: tolok paku kotak lebih kecil daripada paku biasa.