modul bola sepak spts
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
2
KANDUNGAN
1. BAB ILatar Belakang 11.1 Pengenalan 21.2 Tujuan 21.3 Objektif Sukatan 3
2. BAB IISukatan Latihan 52.1 Penguasaan Kemahiran 62.2 Perkembangan Pengetahuan 72.3 Pembentukan Moral 82.4 Kecergasan Fizikal 8
3. BAB IIIPersediaan Rancangan Latihan 93.1 Strategi – Organisasi 103.2 Peralatan 113.3 Sesi Latihan 13
4. BAB IVRancangan Latihan 174.1 Penggal 184.2 Contoh Sesi Latihan 244.3 Contoh Aktiviti Kemahiran 25
ISI KANDUNGAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
3
5. BAB VPenilaian 735.1 Objektif 745.2 Subjektif 745.3 Ujian Kemahiran Bobby Charlton 755.4 Borang Pemarkahan 80
6. Penilaian / Ujian Kecergasan Fizikal 85
7. Kem Orientasi Tahunan 111
8. Penutup 113
ISI KANDUNGAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
4
LATAR BELAKANG
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
5
LATAR BELAKANG
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
6
LATAR BELAKANG
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
7
BAB II
KURIKULUM –SUKATAN LATIHAN
- PENGUASAAN KEMAHIRAN - PENGEMBANGAN PENGETAHUAN - PEMBENTUKAN MORAL - KECERGASAN FIZIKAL
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
8
2. SUKATAN LATIHAN
Sukatan latihan projek ini merangkumi aspek berikut:
a. Penguasaan kemahiranb. Pengembangan pengetahuanc. Pembentukan fizikald. Sikap dan nilai
2.1 Penguasaan kemahiran: i. Hantaran- Jarak dekat- Jarak sederhana- Jarak jauh- Menyokong
ii. Sepakan- Leret- Tinggi- Lencongan- ‘voli’
iii. Kelecek- Berlari dengan bola- Tipu helah- Menukar arah- Gerak keliru
KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
9
iv. Tandukan- Hantaran- Jaringan- Pertahanan
v. Penjagaan gol- Tangkapan- Menangkis- Menubuk
Menyepak- Sepak lambungan- Sepak separuh ‘voli’- Sepakan gol
Membaling- Leret- Tinggi
vi. Jaringan- Jarak dekat- Jarak jauhvii. Kawalan- Bola leret- Bola rendah- Bola tinggi
viii. Aktiviti Kumpulan Kecil – dihubungkan dengan pengajaran kemahiran
KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
10
- 2 lawan 2- 3 lawan 3 Hubungkait dengan pengajaran- 4 lawan 4 Kemahiran- 5 lawan 5
2.2 Pengambaran Pengetahuan
Pelatih perlu disedarkan tentang apa dan mengapa sesuatu aktiviti yang dilaku-kan itu berlandaskan kepada sains sukan.
- Sistem tuas- Projektil- Imbangan- Pemindahan & penyerapan daya- Gravity dan kestabilan- Kuasa
Hendaklah juga digabungkan dengan ilmu fisiologi – mengenali
- Otot-otot pada betis- Otot-otot pada paha- Jantung- Otot abdomen serta fungsinya
Pengetahuan mengenai sejarah bolasepak Malaysia
- Pertandingan Bolasepak Malaysia- Pertandingan Bolasepak Piala Razak- Pertandingan Bolasepak Piala Presiden
KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
11
-Pertandingan Bolasepak Piala Rahman-Pertandingan Bolasepak Piala Merdeka-Tokoh Bolasepak Tempatan-Kejohanan Antarabangsa - Peringkat Tenggara Asia- Peringkat Asia- Piala Dunia-Undang-undang Asas Bolasepak- 9 kesalahan- Pakaian Pemain- Kesalahan Teknikal
2.3 Pembentukan MoralPelatih perlu dipupuk dengan nilai-nilai murni yang Berjaya dalam konteks perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum:
- Berhemah tinggi- Bebudi pekerti- Bekerjasama- Kepimpinan- Kejujuran- Hormat menghormati- Bertanggungjawab- Berdedikasi- Berkewibaan- Menghormati undang-undang / arahan- Tolak ansur- Toleransi- Perpaduan
KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
12
2.4 Kecergasan Fizikal
- Pecutan- Daya tahan kardiovaskular- Kekuatan- Pelatih didedahkan kepada aktiviti untuk membentuk kompenen ke-cergasan menerusi latihan pencapaian teknik.
KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
13
BAB III
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
- STRATEGI - ORGANISASI - PERALATAN - SESI LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
14
3. PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
3.1 Strategi – Organisasi
Beberapa pertimbangan perlu diambil kira oleh jurulatih untuk persediaan lati-han. Berikut disenaraikan soalan-soalan yang perlu diambil perhatian.
i. Pelatih
- Berapakah umur pelatih yang hendak diajar?- Apakah tahap kemahiran yang ada?- Berapakah bilangan pelatih yang hendak diajar?- Apakah jurulatih perlukan untuk latihan itu?
ii. Tempat Latihan
- Dimanakah hendak menjalani latihan?- Berapakah keluasannya?- Adakah terdapat grid latihan?- Adakah kemudahan yang terdapat itu perlu dikongsi?
iii. Peralatan
- Berapakah bilangan bolasepak yang ada?- Berapakah penanda yng hendak digunakan?- Perlukah bip?- Bagaimana alatan itu didapati?
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
15
iv. Masa
- Berapakah jangkamasa latihan berjalan?- Berapa bilangan sesi latihan yang perlu?
v. Kandungan Latihan
- Adakah persediaan dinyatakan?- Adakah tujuan latihan dikenalpasti?- Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan?- Adakah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sesuai?
vi. Organisasi
- Adakah organisasi itu pantas dan teratur?- Adakah pelatih memahami organisasi itu?- Adakah keluasan latihan memadai?- Adakah pasukan atau individu bibezakan melalui jersi atau bip?- Adakah semua alatan terletak di tempat yang sesuai?vii. Kedudukan jurulatih
- Bolehkan jurulatih mengawasi pelatih keseluruhannya?- Bolehkah pelatih melihat dan memahami jurulatih?- Dapatkah mereka mendengar arahan jurulatih?- Bolehkah jurulatih mengadakan tunjukcara untuk kemahiran yang hendak diajar?
viii. Corak latihan
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
16
- Adakah corak latihan dapat menggerak dan mengaitkan pelatih?- Adakah arahan terlalu cepat?- Adakah pelatih memahami arahan yang diberi?- Adakah jurulatih menjelaskan butir latihan mengikut logik dan tepat pada waktunya?
3.2 Peralatan
1. Bolasepak
a. Setiap pusat perlu mendapatkan bolasepak dengan kadar sebiji bola bagi setiap pelatih. Pemberian dan pengawasan yang baik dapat mengatasi kehilangan bola. Menulis nombor pada bola adalah satu cara mengelakkan kehilangan.b. Jika boleh catatkan nama pelatih pada bola jagaanya.c. Bolasepak atau bola yang sesuai digunakan untuk latihan ini.d. Bergantung kepada pelatih – maka saiz bola hendaklah diambil kira.
2. Penanda
a. Kon adalah ideal untuk membuat penanda.b. Sebagai gentian – boleh juga digunakan tiang kayu, skitel atau lain ba-han yang selamat.
3. Bip
a. Bip adalah ideal untuk mengenalpasti dua kumpulan / pasukan.b. Bilangan bip yang berlainan warna perlu berlandaskan kepada bilangan pelatih yang ada.
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
17
4. Pakaian
a. Galakkan pakaian yang sesuai untuk permainan bolasepak seperti yang terdapat di dalam peraturan dan undang-undang.b. Pelatih diingatkan untuk memperolehi satu rupa pakaian yang ‘stand-ard’.
5. Gol
a. Sepasang gol perlu untuk latihan ini.b. Jika boleh dapatkan beberapa pasang gol yang berlainan saiz.c. Gol-gol tersebut hendaklah mudah dibawa / ubah.
6. Latihan Grid
a. Untuk memudahkan latihan adakan grid latihan. Latihan dapat dikawal dalam “grid latihan”.b. Saiz grid latihan 60m x 40m adalah memadai.c. Setiap satu kotak ialah 10m x 10m.d. Mudah ditandakan kawasan latihan. (Rajah 1)
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
18
Rajah 1: Kotak Grid – dilakarkan di atas kawasan latihan
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
19
3.3 Sesi Latihan
Untuk Projek Tunas Cemerlang Bolasepak ini, jurulatih-jurulatih dikehendaki mengadakan 3 sesi latihan seminggu. Setiap sesi latihan itu memakan masa 2 jam. Adalah diharapkan jurulatih-jurulatih akan menjalankan 12 sesi pada setiap bulan.
Setiap sesi latihan itu dicadangkan mengandungi aspek berikut:
i. Objektif latihan
ii. Pengenalan kepada latihan
iii. Perkembangan teknik asas dimajukan dari aktiviti elemetari ke aktiviti kompleks dan seterusnya ke aktiviti pemainan sebenar.
iv. Gerakerja kumpulan
v. Permainan kecil
vi. Penutup
i. Objektif Latihan
Jurulatih hendaklah menyatakan objektif latihan dengan jelas. Biarlah objektif latihan itu dapat diukur. Objektif tingkah laku (Behavioural Objectives) adalah menepati dan mudah dikesan.
Contoh: Kemahiran Hantaran
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
20
a. Objektif Psikomotor
Adalah diharapkan pelatih-pelatih dapat membantu hantaran dalam jarak 30m – tepat pada sasaran dengan kadar 8/10 kali.
b. Objektif Kognitif
Adalah diharapkan pelatih-pelatih dapat mengenalpasti konsep daya untuk menggerakkan bola dari satu kedudukan tepat ke arah sasarannya.
c. Objektif Sosial
Adalah diharapkan pelatih-pelatih akan bekerjasama melakukan aktiviti latihan.
ii. Pengenalan Kepada Latihan
Pengenalan latihan hendaklah aktif, mengandungi aktiviti mudah dan meny-eronokkan. Tujuannya untuk memanaskan badan. Galakkan pelatih mencabar dengan mengajukan kemahiran yang berunsur imaginatif. Gerakerja kerengan-gan hendaklah diadakan bersama.
iii. Perkembangan Teknik Asas
Fasa ini pelatih didedahkan kepada kemahiran yang hendak diajar berdasarkan kepada objektif latihan. Pelatih diajar untuk melakukan kemahiran dengan jelas dan tepat. Perlu juga ia diberitahu ‘cara’ melakukan dan ‘mengapa’ ia dilakukan.
Tunjukcara dan arahan yang jelas hendaklah dinyatakan. Ansurmaju aktiviti itu
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
21
perlu diadakan. Pembetulan yang mana-mana perlu hendaklah dilakukan dan diikuti dengan tunjukcara yang betul. Adakah aktiviti yang mudah terdahulu dengan beransur kepada aktiviti yang mencabar – bersesuaian kepada permain-an yang diingini oleh jurulatih.
Jurulatih pasti mencipta dan memilih aktiviti-aktiviti yang menggalakkan per-lakuan dan ini dapat menghasilkan latihan berkesan.
Untuk kejayaan aktiviti ini perlu mengalami sesi latih tubi yang berkesan. Den-gan ini saja dapat meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan.
Lanjutan dari aktiviti itu hendaklah ditingkatkan lagi ke arah penggunaan ke-mahiran itu dalam situasi permainan.
Jurulatih hendaklah menggalakkan penglibatan pelatih sepenuhnya. Jika aktiviti itu berkumpulan hendaklah kumpulan itu kecil supaya setiap pelatih dapat me-nyentuh bola dengan kerap.
iv. Gerakerja Kumpulan
Pemain dikumpulkan mengikut saiz dan tahap kemahiran.
Pengalaman dan rakan sebaya dapat digalakkan.
v. Permainan Kecil
Jurulatih dapat menghabiskan sesi ini dengan mengadakan permainan kecil. Sesuai jika ia digunakan sebagai menilai objektif latihan sesi tersebut.
Aktiviti kompleks dimajukan kepada aktiviti permainan sebenar adalah sesuai
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
22
bagi mengukuhkan penggunaan kemahiran yang telah dipelajari.
Kawasan permainan hendaklah cukup untuk pergerakan dan ditanda dengan jelas.
vi. Penutup
Jurulatih boleh menamatkan sesi latihan itu dengan berbagai cara. Gerak kerja kendur dapat dilakukan. Boleh juga mengemukakan beberapa soalan yang ber-hubungan dengan permainan bolasepak atau dengan latihan yang dilakukan.
Di samping melatih dengan cara yang betul, pelatih akan belajar lebih lagi dengan cara ia ‘melakukannya’ dan digalak menggunakannya dalam permainan apabila dinyatakan oleh jurulatih.
Kadar jangkamasa untuk melatih fasa tersebut boleh dijalankan seperti berikut:
Fasa I Pengenalan latihan 15 – 20 min Fasa II Perkembangan latihan 35 – 40 min Fasa III Gerakerja kumpulan 15 – 20 min Fasa IV Penutup 5 – 10 min
Intensi latihan hendaklah dipertimbangkan. Jika didapati pelatih penat, maka eloklah diberi peluang mereka berehat. Adalah sesuai jika rehat itu dalam ben-tuk ‘rehat aktif ’. Dalam masa yang sama juga sebarang penjelasan, arahan, butir latihan dapat diulangi lagi.
Sebarang teguran dan pembetulan hendaklah dilakukan dengan tertib. Ada dua cara membuat pembetulan:-
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
23
a. Membuat pembetulan untuk semua:-
Jika ramai pelatih yang melakukan kesalahan, kumpulkan mereka dan jurulatih memberi penerangan atau tunjuk cara kepada semua pelatih.
b. Membuat pembetulan individu:-
Jika sering sahaja melakukan kesalahan dan memerlukan pembetulan, maka ia seorang sahaja yang patut diberi perhatian dan penerangan. Pelatih yang lain boleh terus melakukan aktiviti tanpa diganggu.
PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
24
BAB IV
RANCANGAN LATIHAN
- PENGGAL - CONTOH SESI LATIHAN - CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
25
Adalah diingatkan bahawa objektif rancangan Penggal hendaklah dinyatakan. Untuk ini jurulatih perlu membuat tinjauan pada tahap pencapaian peserta yang ada. Cadangan masa latihan untuk kemahiran sebulan.
PENGGAL I – 20 MINGGU (60 SESI)
1. Hantaran - 2 minggu – 6 sesi -Jarak Dekat -Jarak Sederhana
2. Sepakan - 2 minggu – 6 sesi -Leret (drive) -Tinggi
3. Kawalan - 2 minggu – 6 sesi -Bola leret -Bola rendah
4. Penjagaan Gol - 1 minggu – 3 sesi -Tangkapan -Sepak lambung 5. Jaringan - 2 minggu – 6 sesi -Jarak sederhana
6. Penilaian - 1 minggu – 3 sesi
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
26
PENGGAL II – 20 MINGGU (60 SESI)
1. Hantaran - 2 minggu – 6 sesi -Jarak Sederhana -Jarak Jauh -Hantaran dan menyokong - 2 minggu – 9 sesi dalam permainan 2. Sepakan - 1 minggu – 3 sesi -Tinggi -Voli - 1 minggu – 3 sesi -Lencong 3. Penjagaan Gol - 2 minggu – 6 sesi -Menangkis -Membaling -Sepak separuh voli 4. Hantaran dan menyokong - 3 minggu – 9 sesi 5. Kelecek - 2 minggu – 6 sesi -Gerak keliru -Tukar arah -Larian dengan bola - 2 minggu – 6 sesi -Tukar arah 6. Jaringan - 1 minggu – 3 sesi -Jarak dekat 7. Tandukan - 2 minggu – 6 sesi -Pertahanan -Hantaran depan
8. Penilaian - 1 minggu – 3 sesi
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
27
Adalah diingatkan bahawa objektif rancangan Penggal hendaklah dinyatakan. Untuk ini jurulatih perlu membuat tinjauan pada tahap pencapaian peserta yang ada. Cadangan masa latihan untuk kemahiran sebulan.
1 sesi – 120 minit 1 minggu – 120 x 3 = 360 minit 1 bulan – 360 x 4 = 1440 minit Hantaran Jarak Dekat = 25% (360 minit) Hantaran Jarak Jauh = 25% (360 minit) Jaringan = 20% (288 minit) Kelecek = 20% (288 minit) Timang = 10% (144 minit)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
28
RANCANGAN LATIHAN
PENGGAL I:
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
29
PENGGAL II:
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
30
PENGGAL III
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
31
4.2 CONTOH SESI LATIHAN
TARIKH : 17.12.1989 TEMPAT : STADIUM ITM TAJUK : KEMAHIRAN HANTARAN TAHAP LATIHAN
INTENSI : 65% - 80% FREKUENSI : 8 – 9 ULANGAN INTERVAL : 1 – 2 MINIT MASA : 2 – 5 MINIT
OBJEKTIF
(i) Pada akhir latihan pelatih dapat membuat hantaran jarak dekat tepat pada sasaran dengan kadar 7 daripada 10 percubaan.
(ii) Pelatih dapat mengenalpasti arah daya masa membuat hantaran tepat.
(iii) Pelatih bekerjasama antara satu sama lain dalam aktiviti hantaran.
PERALATAN
Bola : 10 – 20(1 bola – 2 peserta)Kon = 16
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
32
(Semua aktiviti dijalankan dalam kawasan grid 60m x 40m).
CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN:-AKTIVITI I : Gerakerja(i) Gerakerja Regangan (stretching) dilakukan selepas atau semasa bebera-pa aktiviti kelonggaran.
(Setiap aktiviti di atas dilakukan selama 10 saat)Rajah 5
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
33
(ii) Gerakerja Memanaskan badan
a) Berdua - tampar lututb) Berdua - tampar tangan - berkeadaan tekan tubic) Berdua - timbang garamd) Berlari ulang alik jarak lOm dengan isyarati. Nombor ganjilii. Nama buahiii. Gerakejae) Membawa bola berdua - 1 bola hantar-menghantar aiitara I
(Gerakerja (i) & (ii) boleh dilakukan berselang-seli)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
34
AKTIVITI II : Kemahiran Hantaran
(i) Hantaran bola dalam kawasan 20m X 20m - Berdua
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
35
Tumpuan:
- Elakkan berlanggar- Angkat kepala - mata melihat arah sasaran (Rehat antara aktiviti - gu-nakan gerakerja regangan)
(ii) Hantaran dalam grid 10m x 10m - Berdua - keadaan statik
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
36
Tumpuan:
- Mata ke arah sasaran.- Kaki dikejapkan di bahagian buku semasa menyentuh bola- Gunakan bahagian dalam kaki
(iii) Hantaran dalam grid - berdua dalam pergerakan A1 membuat hantaran kepada sudut gridA2 berlari untuk mendapatkan bola.A2 membuat hantaran ke sudut grid untuk A1 mendapatkan bola. (hantaran ke ruang)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
37
Tumpuan:
- Gunakan kaki kiri & kaki kanan.- Bahagian dalam & luar kaki- Kelajuan bola
(iv) Hantaran dalam grid berdua - pergerakan dan sudut grid (Rajah 9)
A1 membawa bola memusingkan kon dan bergerak ke belakang. Apabila A1 sampai ke kon hadapan,membuat hantaran ke A2 dan melalukan aktiviti yang serupa.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
38
Tumpuan:
- Kelajuan bola- Mata ke arah sasaran- Angkat kepala
(v) 3 lawan 1 dalam grid 10m x 10m (Rajah 10)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
39
Tumpuan:- Gerakeliru dalam hantaran- Sudut hantaran - Kelajuan bola- Ketepatan- Sambung kepada 4 Iawan 2
AKTIVITI III - Gerakerja Kumpulan – Kumpulan Berenam
Kumpulan I
Latihan hantaran bola. Hantaran ikut tertib nombor yang diberikan 1-2-3-4-5-6 dalam grid 20m x 10m. Rajah 11
(Semua peserta hendaklah bergerak)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
40
Kumpulan II
Latihan sepak bola leret. Berdua berhadapan dengan sasaran 2 kon dalam jarak 1.5m. Menyepak ke arah kawan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki. (Rajah 12)
Rajah 12Kumpulan III
Latihan mengawal bola tinggiBerdua. A melambung bola ke B untuk dikawal dengan berbagai-bagai baha-gian kaki.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
41
Bergerak dalam grid 10m x 10m. B mengawal bola ke kiri atau kanan sebelum menghantar semula ke A. Selepas lima percubaan A menggantikan tempat B.
Rajah 13
Kumpulan IV
Latihan menanduk bolaBerdua berhadapan - A melambung bola untukB menanduk ke A semula - grid 10m x 10m (Rajah 14)Setelah 5 percubaan A menggantikan tempat B.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
42
Rajah 14
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
43
Kumpulan-kumpulan bertukar tempat dari I -> II -> III -> IV -> I setelah men-dapat arahan dan jurulatih.
Rajah 15
AKTIVITI IV : Permainan Kecil
Empat kumpulan – Lari berganti-ganti dengan bola Jarak 20m.
1. Mula dengan berjalan – 2 kaki2. Larian – 2 kaki3. Berlari – sebelum pindahkan bola timbang 5 kali dengan kaki4. Berlari – sebelum pindahkan bola tandukan antara satu sama lain se-banyak 5 kali.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
44
PENUTUP
I. Lari anakII. Regangan (stretching)III. Tarik nafas dan hembus nafasIV. Analisa
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
45
4.3 CONTOH AKTWITI-AKTIVITI KEMAHIRAN
Contoh latihan berikut adalah sebagai panduan kepada jurulatih. Jurulatih digal-akkan mengikuti sesi latihan bersesuaian dengan kehendak pemain berdasarkan kepada kebolehan dan tahap umur mereka.
1. KEMAHIRAN HANTARAN
Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ini mempunyai tahap kerja seperti berikut:
Intensiti : Sederhana (50% - 70%)Rehat : Rehat aktifMasa : 2-3 minitUlangan : 7-10 ulangan
AKTIVITI I
Latihan Hantaran Jarak Dekat
Organisasi: Berdua berhadapan dengan menggunakan sebiji bola dalam ruang grid 10m x 10m.Latihan: Bola statik, A menghantar bola ke B dan sebaliknya. Berulan-gan.(Rajah 16)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
46
Cuba membuat hantaran dengan menggunakan kaki kiri dan kanan.
Tumpuan:- Ketepatan dan arah- Sentuhan pada bola dengan bahagian dalam kaki- Kejapkan kaki semasa menyentuh bola
(Jika kegunaan bahagian dalam kaki sudah dikuasai maka boleh diteruskan dengan bahagian luar kaki pula dan seterusnya dengan menggunakan berbagal bahagian kaki).Aktiviti tersebut boleh dimajukan dengan pergerakan. Bola bergerak dan pe-main berlari untuk membuat hantaran. Kawalan bola leret boleh diperkenalkan.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
47
Pergerakan itu boleh dilakukan pada hadapan atau pada sisi.
Rajah 17: Menolak bola ke sisi sebelum hantaran.
AKTIVITI II
Organisasi:Bertiga dengan menggunakan sebiji bola.Bergerak dalam kawasan grid 10m x 10m.
Latihan:A menghantar bola ke B. B mengawal bola dan berpusing menghantar ke C. A dan C berada di penjuru grid. B berada di tengah grid.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
48
Tumpuan:- Sama seperti aktiviti I- Mata tumpu pada bola
Rajah 18: Hantaran dan kawalan bola leret.
Aktiviti itu boleh dimajukan dengan pergerakan aktif. A, B dan C berada di luar grid. Selepas A membuat hantaran kepada B, A berlari ke arah garisan grid yang kosong A1. Selepas B membuat hantaran pada C ia pun berlari ke grid yang kosong B1 dan seterusnya.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
49
Rajah 19: Membuat hantaran dan berlari ke tempat kosong.
Tumpuan:
- Mata hendaklah memandang pada bola- Gerak keliru semasa membuat hantaran- Cubakan aktiviti mi dengan 2 sentuhan satu mengawal dan 1 membuat hantaran.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
50
AKTIVITI III
Organisasi:4 lawan 1. 4 pemain berada di luar garisan grid. Seorang pemain berada di ten-gah grid. Sebiji bola digunakan.
Latihan:4 pemain yang di luar garisan grid ‘menyimpan’ bola sesama sendiri dengan membuat hantaran. Pemain yang berada ditengah grid cuba merebut bola.
4 pemain luar hendaklah berada di luar garisan sentiasa. Jangan masuk ke dalam grid.
Rajah 20: Hantaran 4 lawan 1
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
51
Tumpuan:
- Menyokong dengan betul selepas membuat hantaran- Ketepatan hantaran- Kelajuan bola- Gerak keliru semasa buat hantaran
Kemahiran hantaran jarak dekat boleh dimajukan dalam aktiviti permainan ke-cil. 3 lawan 2, 4 lawan 4, 5 lawan 5 dan seterusnya mengikut kehendak jurulatih.Hantaran:
Terdapat beberapa teknik untuk membuat hantaran:
1. Bahagian dalam kaki – Bila membuat hantaran dengan bahagian dalam, kaki dicuding seperti dalam rajah:
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
52
Kilaskan kaki arah sisi sehingga mengarah ke hadapan. Kaki diangkat dan diha-yun kebahagian tengah bola. Kaki penyokong diletakkan kira-kira 6” di sisi bola mengarah ke arah hantaran.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
53
2. Hantaran bahagian luar kaki:-
Bila melakukan teknik hantaran bahagian luar kaki, kaki dicuding kebawah seperti dalam rajah 22(a):-
Rajah 22(a)
Dalam kedudukan seperti di atas, tendang bola ke hadapan dengari mengguna-kan pergerakan di bahagian lutut. Badan hendaklah bongkok ke hadapan sambil membuat hantaran dan berat badan di bawa ke kaki penyokong. Teknik mi digunakan untuk hantaran jarak dekat ataupun sambil berlari dan dapat dilaku-kan dengan pantas.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
54
Rajah 22(b)
3. Hantaran lambang:
Bagi melakukan teknik hantaran lambong bola ditendang dengan bahagian kekuda kaki. Sambil berlari dan bila hampir dengan bola, kaki penyokong hendaklah berada kira-kira 6” di sisi bola dan jauh sedikit dari garis kedudukan bola seperti dalam rajah. Bola hendaklah disentuh di bahagian bawah. Pastikan lutut kaki penyokong dan kaki yang menendang berada di belakang bola seperti dalam rajah.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
55
Rajah 23
4. Hantaran “Chip’:
Kaki penyokong diletakkan jauh dari bola. Hayunan tendangan bermula di bahagian lutut. Bola ditendang di bahagian bawah. Lihat rajah. Bahagian hujung kaki menyentuh bola.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
56
Rajah 24
5. Hantaran tumit:
Hantaran dilakukan ke arah belakang pemain. Kaki yang menendang dihayun melintasi bola dan kemudian dihayun ke arah belakang sambil meluruskan bahagian kaki di bahagian lutut. Bola disentuh dengan tumit di kawasan tengah. Selepas sentuhan kaki dibengkokkan.Kaki menendang tidak menyentuh tanah sewaktu melakukan teknik mi. Kaki penyokong hendaklah berada di hadapan sewaktu melakukan teknik ini. Lihat rajah 25:-
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
57
Rajah 25
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
58
2. KEMAHIRAN KAWALAN
Tahap kerja untuk aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:
A. Latihan KawalanIntensiti : Sederhana (50% - 70%)Rehat : Rehat aktifMasa : 2 – 3 minitUlangan : 7 – 10 ulangan
AKTIVITI I
Organisasi: Berdua berhadapan dalam grid lOm x lOm. menggunakan sebiji bola.Latihan: A melambung bola ke B. B mengawal bola dengan kaki - meng-gunakan teknik kawalan yang dipelajari terdahulu.
Tumpuan:- Mata pada bola- Menuju ke arah bola
Rajah 26
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
59
Setelah jurulatih membuat perkembangan pemain, lakukan beberapa tunjuk-cara mengawal bola dengan bahagian badan seperti:- Kawalan menggunakan tapak kaki- Kawalan menggunakan bahagian dalam kaki- Kawalan menggunakan bahagian luar kaki- Kawalan dengan betis (shin)- Kawalan dengan peha- Kawalan dengan dada- Kawalan dengan kepala
Tahap pencapaian pelajar hendaklah diambilkira sebelum mengenalkan kema-hiran kawalan seterusnya.Aktiviti I boleh dilanjutkan dengan A menyepak lambung kepada B untuk membuat kawalan.
AKTIVITI II
Organisasi:Bertiga dengan seorang pemain berada di tengah dalam kawasan grid lOm x 20m.Kon boleh diletakkan dekat pemain tengah.
Latihan:A sebagai pengumpan (server) membuat hantaran kepada B. B mengawal bola berpusing mengeliingi kon dan hantar kepada C. C menghantar semula kepada B.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
60
Rajah 27: Kawalan bola dan hantaran
Tumpuan:Sama seperti aktiviti I.- Gerak keliru semasa menerima bola dan pengumpan.- Hantaran tepat
(Latihan ini boleh dimajukan dengan mengadakan oposisi di belakang B. Opo-sisi ini hendaklah pasif - sehingga B dapat keyakinan). Mulakan aktiviti dengan kawalan bola leret dan maju kepada bola tinggi.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
61
Mengawal bola dengan bahagian tapak:-
Mengawal bola dengan bahagian tapak. Sesuai untuk mengawal bola tinggi yang datang lurus. Kaki mengawal diangkat dan bersedia hingga bola jatuh dan kemudian memerangkap bola dengan tapak ke tanah. Berat badan hendaklah berada pada kaki penyokong dan bola dikawal dengan cermat “cushien” sambil menarik bola ke belakang.Mengawal bola dengan bahagian dalam kaki (Rajah 29):-
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
62
Kaki diangkat ke atas. Bahagian bawah kaki dicondongkan supaya dapat mena-han bola. Bahagian dalam kaki digunakan untuk memerangkap bola. Pergera-kan dikawal bila bola menuju arah kaki. Sebaik-baik bola dikawal tarik kaki dan bola berada dalam kawalan. Jika kaki kiri digunakan untuk mengawal bola, bola akan digerakkan ke arah kiri.
Mengawal bola dengan bahagian luar kaki (Rajah 30):-
Kaki yang digunakan untuk mengawal bola menyilang kaki penyokong. Kaki yang digunakan diangkat dan dicuding ke arah dalam. Sewaktu bola dikawal dengan bahagian luar kaki, berat badan berada di kaki penyokong.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
63
Mengawal bola dengan betis (Rajah 31):-
Rajah 31
Berat badan di bahagian hujung kaki. Pemain berdiri berhadapan haluan bola. Pusat graviti ke hadapan dengan membengkok lutut. Tumit kaki diangkat.Bahagian badan condong ke hadapan. Pandangan ditumpu ke arah haluan bola.Bola yang melantun akan ditahan dengan tulang kering (shin).
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
64
Mengawal bola dengan bahagian paha (Rajah 32):-
Rajah 32
Pemain berhadapan dengan arah datang hola. Berat badan berada di kaki penyokong dan kaki tersebut dihengkokkan. Kaki yang akan mengawal bola diangkat, lutut dibengkokkan dengan kedudukan 50-60 dengan betis. Bola yang dat akan dikawal denganbahagian paha. Kaki dijatuhkan sebaik-baik bola dapat dikawal dengan paha.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
65
Mengawal bola dengan dada (Rajah 33 (a) (b) (c)):-
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
66
Mengawal bola dengan kepala (Rajah 34):-
Rajah 34
Mengawal bola dengan kekura kaki (Rajah 35 (a) (b) (c)):-
Rajah 35 (a) Rajah 35 (b)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
67
Rajah 35 (c)
3. KEMAHIRAN KELECEK
Tahap kerja aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:-Intensiti : Sederhana (50%-70%)Rehat : Rehat aktifMasa : 2 - 3 minitUlangan : 7 10 ulangan Kemahiran mengelecek / berlari dengan bola.
AKTIVITI I
Organisasi:Berlari dengan bola dengan cara susur benang di antara kon yang dibariskan dengan jarak 2m antara 1m (pergi dan balik).
Tumpuan:
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
68
- Mata pandang hadapan 2m dan bola- Gunakan bahagian dalam dan luar kaki- Gunakan kaki kin dan kanan- Imbangan badan
RAJAH 36:Mengelecek antara kon
Rajah 36
Aktiviti mi boleh dimajukan lagi iaitu berlari dengân bola kepada kon yang ter-letak di hadapan barisan dalam jarak 5-lOm. Pada kon itu pemain dikehendaki membuat pusingan.
RAJAH37:Selepas mengelecek antara kon pemain berlari dengan bola ke kon di hadapan dan membuat pusingan.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
69
Jurualatih hendaklah menekankan kepada perlakuan yang betul. Boleh dimula-kan dengan kelecek menggunakan bahagian dalam kaki kanan dahulu, diikuti kaki kiri pula, sebelum dijalankan dalam satu perlakuan.AKTIVITI II
Organisasi:Berdua berhadapan menggunakan sebiji bola.
Latihan:A mengelecek bola dengan menggunakan bahagian dalam, luar dan tapak kaki di hadapan B yang berada di sebelah garisan. A mengelecek bola tetapi tidak boleh melintasi garisan B. Jika melintasi garisan, B merebut bola dan mula mengelecek.
Tumpuan:- Menggunakan tapak kaki untuk menarik bola.- Kawal bola berhampiran dengan kaki.
RAJAH 38: Mengelecek berseorangan 1 Iwn 1 (pasif)
Rajah 38
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
70
AKTIVITI III
Organisasi:Bola seorang sebiji dan berlari dalam satu kawasan 15m x 15m. Letakkan be-berapa kon dalam kawasan itu.
Latihan:Pemain berlari dengan bola dalam kawasan dengan tiada berlanggar antara satu dan juga kon. Tukar arah dengan menggunakan tapak kaki untuk mematikan bola, bila mendengar isyarat dari jurulatih (Rajah 38).
Tumpuan:- Imbangkan badan dengan baik- Mata pandang ke hadapan – elak berlanggar- Tukar rentak (isyarat dan jurulatih)Mengelecek dalam kawasan terhad
Rajah 39
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
71
Contoh Tambahan Kelecek Bola
Kelecek bola:-
Rajah 40
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
72
A. Bola ditolak dengan kaki kiri menuju bahagian dalam kaki kanan. Bola lantunan itu dibawa ke arah kiri (Rajah 41).
B. Acah untuk menendang dengan kaki kanan. Tetapi bola dibawa dengan bahagian luar kaki kanan (Rajah 42).
C. Acah untuk menendang tetapi memusingkan bola dengan bahagian dalam kaki yang sama dan bergerak maju (Rajah 41).
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
73
D. Acah untuk menendang-tolak bola dengan bahagian dalam kaki yang sama melalui kangkang dan mainkan bola dengan kaki kin seperti dalam rajah di atas (Rajah 42).
E. Langkah atas bola kemudian mainkan dengan bahagian dalam kaki kiri. (Rajah 43).4. KEMAHIRAN SEPAKAN
Tahap kerja aktiviti-aktiviti berhubung dengan kemahiran itu ialah
Intensiti : Sederhana (50% - 70%)Rehat : Rehat AktifMasa : 2 – 3 minitUlangan : 7 – 10 ulangan
Kemahiran sepakan leret dan sepakan lencong (bend)
AKTIVITI I
Organisasi:
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
74
Berdua dengan 3 biji bola. Berhadapan pada jarak 30m dalam kawasan grid. 2 kon dengan jarak 3m diletakkan di antara mereka.
Latihan:Menyepak leret atau lencong menerusi sasaran (2 kon) kepada kawan. A sepak kesemua bola dahulu ke B.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
75
RAJAH 45: Menyepak bola lencong
Tumpuan:
(i) Imbangan badan(ii) Kederasan lari landas(iii) Kederasan segmen betis(iv) Sentuhan bola pada bahagian kaki atas (kekura kaki) di tengah gravity bola(v) Untuk sepakan lencong – sepak menyisi dari gravity bola
Setelah pemain mencapai kecekapan yang diperlukan, majukan dengan meng-gerakkan bola ke hadapan dan ke sisi. Tambahan juga seorang untuk membuat umpanan dari hadapan dan sisi.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
76
Organisasinya sama untuk sepakan ‘chip’. Daripada kon adakan seorang pemain ditengah.
Tumpuan:(i) Sepak di bawah gravity bola(ii) Kesan ‘kejutan’ semasa menyentuh bola(iii) Kejapkan sendi buku lali
Organisasi sama juga untuk sepakan tinggi atau hantaran jarak jauh. Jarak antara pemain A dan B dibesarkan sehingga 40m.
Tumpuan:(i) Imbangan badan(ii) Kaki yang tidak menyepak berada belakang sedikit dari bola(iii) Sentuhan Kaki menyepak di bawah gravity bola(iv) Arah ketepatan
Contoh Sepakan
Tendang lambong (Rajah 46):
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
77
Rajah 47
Perhatian – tendang lambong (Rajah 47):
1. Kaki penyokong dibelakang bola dan kearah sisi bola.2. Kaki tendangan dihayun jauh ke belakang.3. Badan dicondongkan ke belakang sewaktu tendangan.4. Bola ditendang di bawah sekali.5. Selepas tendangan, kaki hendaklah dilajakkan terus kearah sasaran.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
78
Tendangan Leret Rajah 48
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
79
1. Bahagian yang digunakan ialah instep kekuda kaki. (Rajah 49 & 50)2. Untuk memastikan bola rendah kaki penyokong selari dengan bola dan hujung kaki menghala arah sasaran3. Berat badan pada kaki penyokong.4. Bahagian badan berada dalam keadaan atas bola.5. Lutut berada dalam keadaan atas bola sewaktu tendangan dibuat.6. Tendangan hendaklah pada bahagian tengah bola.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
80
5. KEMAHIRAN SEPAKAN ‘VOLI’
AKTIVITI I
Organisasi:Bertiga. Berdiri berhadapan dan menggunakan tiga biji bola.
Latihan:A melampung bola ke B. B membuat sepakan voli ke C. aktiviti dalam grid 10m x 10m. Bergiliran selepas 7 – 10 sepakan.
Tumpuan:
(i) Imbangan badan(ii) Sepak bahagian dalam kaki dan luar kaki.(iii) Mata pada bola(iv) Kejapkan (kuncikan) sendi kaki semasa sentuhan bola
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
81
Boleh dimulakan dengan B berada dalam kawasan duduk panjang. Kemudian dalam keadaan dirian. Organisasi yang sama boleh digunakan untuk sepakan ‘ basikal’. Lambungan bola dari A mesti diawasi.
Sepakan Voli
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
82
1. Digunakan sewaktu membuat serangan ataupun bertahan (Rajah 53).2. Bola ditendang sewaktu bola berada dalam lambongan.
Teknik:
1. Berdiri bertentangan dengan bola.2. Badan dipusing dan dikilas kea rah tendangan.3. Kaki tendangan diluruskan. Tendangan dilakukan di paras pinggang untuk mendapatkan kelajuan pada tendangan.
Perhatian:
Melompat ke arah tendangan dan melakukan tendangan, lebih baik daripada berpusing dengan berlandaskan hujung kaki.
6. KEMAHIRAN TANDUKAN Tahap kerja aktiviti-aktiviti kemahiran tandukan ialah:-
Intensiti : Sederhana (50% - 70%)Rehat : Rehat AktifMasa : 2 – 3 minitUlangan : 7 – 10 ulangan
KEMAHIRAN MENANDUK BOLA
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
83
AKTIVITI I:
Organisasi:Berdua dalam jarak 5m.Gunakan 1 biji bola.
Latihan (i):A memegang bola dihadapan dan menarik kearah dahi untuk membuat tandu-kan ke D.
Tumpuan:
(i) Gunakan dahi(ii) Lentingkan leher ke belakang(iii) Mata buka dan pandang bola
Latihan (ii):A lambung bola dan menanduk bola ke B.
Latihan (iii):B melambung bola ke A untuk ditanduk kea rah B semula. (Boleh dilakukan ber-tiga dalam kotak grid 10m x 10m – A lambung ke B untuk ditanduk ke C)
Latihan (iv):Tanduk-menanduk diantara 1 – Berdua,bertiga dan berempat.
AKTIVITI II
Organisasi:Bertiga. Seorang mengumpan bola untuk ditanduk.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
84
Latihan:A melambung bola kea rah B dan C. B berdiri dihadapan C seperti seorang pe-nyerang. C datang dari belakang B dan menanduk bola tinggi ke arah C. Lam-bungan bola dari A hendaklah diawasi.
Tumpuan:(i) Tanduk tinggi kea rah sasaran(ii) Buka mata(iii) Lompat tinggi dari penyerang B
Tandukan Statik (Rajah 54):
1. Bola ditanduk dengan bahagian dahi.2. Bahagian tengkok dikemaskan dan dagu ditarik kea rah dada.3. Bahagian abdomen dilengkong ke belakang.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
85
Tandukan Statik: (Rajah 54)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
86
Tandukan Sambil Melompat (Rajah 55):
1. Lompatan hendaklah tinggi kea rah bola.2. Jangan melompat ke 3. arah bola dari bawah kerana bola akan ditanduk dengan bahagian atas kepala.4. Lompatan dengan berlandaskan satu kaki.5. Kedua-dua kaki dibengkokkan ke belakang.6. Badan dilengkong ke belakang untuk mendapatkan daya tandukan yang padu.
Tandukan Sambil Melompat: (Rajah 55)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
87
Tandukan Sambil Melompat (Rajah 56):
1. Tangan digunakan untuk dapat ketinggian dalam lonjakan.2. Belakang lengkung.3. Bahagian belakang dihayun ke depan.4. Tengkok dikemaskan.5. Tandukan ke arah tepi - untuk jaringan (Rajah 57)- hantaran6. Teknik sama – Cuma memusingkan bahagian ke arah mana bola hen-dak dihantar.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
88
7. KEMAHIRAN PENJAGAAN GOL
Tahap kerja aktiviti-aktiviti ini adalah:Intensiti : Sederhana (50% - 70%)Rehat : Rehat aktifMasa : 3 – 4 minitUlangan : 7 – 10 ulangan
(i) KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA TINGGI
AKTIVITI I
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
89
Organisasi:Seorang sebiji bola, lambung dan tangkap.
Latihan:Lambung bola dan tangkap menggunakan 2 tangan dan memeluk bola ke badan.
Tumpuan:(i) Mata pada bola(ii) Lompat dan tangkap bola (iii) Bawa bola ke ‘dalam’ badan
AKTIVITI II
Organisasi: Berdua berdiri berhadapan dalam jarak 5m – 7m. Gunakan 1 biji bola.
Latihan:A membaling bola ke B. B menangkap bola tersebut. Kemudian baling semula ke A.
Tumpuan:(i) Baling paras perut, dada dan tinggi(ii) Pergi menemui bola dahulu(iii) Tangkap bola dan bawa masuk ke perut
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
90
AKTIVITI III
Organisasi:Berdua berhadapan. Penjaga gol berdiri melutut dalam jarak 5m.
Latihan:A baling bola ke B (penjaga gol). B memungut bola di hadapan badannya den-gan membongkok atau separuh melutut.(ii) KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA LERET
Latihan:A menggolek bola ke B (penjaga gol). B memungut bola dihadapan badannya dengan membongkok atau separuh melutut.
Penjaga Gol:
Menangkap bola rendah:-
Kedudukan tangan sewaktu menangkap bola rendah. (b)
Lengan dan kaki dijadikan pengadang untuk menahan bola. (a)
Satu gaya menangkap bola rendah. Lutut jadi pengadang.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
91
Menangkap bola tinggi:-
Menangkap bola tinggi – badan berada di arah kedatangan bola. (a)
Kedudukan tangan sewaktu menangkap bola tinggi. Jari tangan meliputi bola. (b)
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
92
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
93
Kedudukan menangkap bola paras perut atau dada. Badan ditunduk bagi mengu-rangkan kuasa tendangan.
Rajah 60
Menyelamatkan bola yang datang dari arah tepi. Badan dijatuhkan ke sisi dan tangan diluruskan sejauh yang boleh.
Rajah 61
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
94
Tumpuan:1. Memungut bola dengan tangan secara ‘mengaut’.2. Bola dihadapan.3. Bola dibawa ke perut
(iii) KEMAHIRAN SEPAK LAMBUNG
Organisasi:Berdua berhadapan dengan jarak 40m. 1 biji bola digunakan.
Latihan:A menyepak lambung ke B. B ulang sepak ke A. Bermula dengan dirian dan beransur kepada larian perlahan sebelum sepakan.
Tumpuan:1. Lambungan hendaklah di hadapan sedikit.2. Sepak dengan bahagian kura kiri.3. Ketepatan.4. Bukan ketinggian yang dikehendaki tetapi jarak.5. Imbangan badan.6. Koordinasi.
Organisasi untuk kemahiran menggolek/membaling adalah sama.Latihan yang berkesan boleh dijalankan di kawasan gol itu sendiri.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
95
AKTIVITI KUMPULAN KECIL
Beberapa contoh permainan kecil diterangkan berikutnya. Jurulatih hendak-lah mengenalpasti objektif latihan/permainan kecil ini dimainkan. Biasanya ia diadakan untuk mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari.
Permainan kecil ini banyak faedahnya. Di antaranya ialah:-1. Mudah dikawal2. Penyertaan agak menyeluruh3. Menyeronokkan4. Konsep pertandingan dijelaskan5. Ruang kecil6. Mudah membuat pembetulan / teguran7. Mudah pemerhatian8. Menepati objektif pengajaran9. Organisai mudah dan pantas10. Relevan kepada permainan bola sepak sebenar.
Biasanya permainan kecil ini dimulakan dari:1 lwn 12 lwn 23 lwn 34 lwn 4dan seterusnya. Boleh diperkenalkan gerakan taktikal jika perlu.
Kawasan pergerakannya pula adalah bergantung kepada bilangan pemain mengambil bahagian. Tahap kerja aktiviti ini:-Intensiti : 85% - 100%Rehat : Rehat sepenuh
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
96
Masa : 10 – 15 minitUlangan : 2 – 3 ulangan
AKTIVITI I
Organisasi:Bermain di kawasan grid. Keluasannya bergantung kepada bilangan pemain yang mengambil bahagian. (Jika 5 lawan 5, kawasan grid yang diperlukan ialah 40m X 20m). Bermain ke arah 2 gol seluas 2m.
AKTIVITI II
Organisasi:Bermain dalam kawasan 30m x 30m. Tiga kon gol diadakan. 1 penjaga gol yang diperlu untuk permainan ini. Boleh bermain antara 5 lawan 5, 6 lawan 6, 8 la-wan 8. Jaringan boleh dilakukan dari mana-mana arah. Penjaga gol boleh baling bola ke mana arah yang disukai.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
97
AKTIVITI III
Organisasi:Bermain kepada 2 gol. Boleh dijaringkan dari mana-mana arah yang boleh. Pasu-kan A mengawal 1 gol dan pasukan B mengawal 1 gol. Keluasan bermain juga berasaskan kepada bilangan pemain mengambil bahagian.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
98
AKTIVITI IV
Organisasi:Gol diadakan di tengah kawasan permainan. Boleh dijaringkan dari arah mana yang diberi peluang. Pemain-pemain mesti berada di separuh padang masing-masing. Hantaran kepada kepada kawan boleh dilakukan.
AKTIVITI V
Organisasi:Untuk menjaringkan gol (mata) bola hendaklah dibawa melepasi garisan lawan di antara kon. (Sesuatu untuk pertahanan untuk pulang ke tempat sendiri dan member rintangan).
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
99
AKTIVITI VI
Organisasi:Penjaga gol berdiri sisi kon, bersedia untuk menangkap bola. Jika dapat tang-kap, 1 mata diperolehi. 2 pasukan yang bermain boleh menggunakan balingan, tandukan dan diarahkan kepada penjaga golnya. Sepakan ‘voli’ boleh diguna-kan.
AKTIVITI VII
Organisasi:Bermain dengan 4 gol. 2 gol untuk dikawal oleh pasukan A dan 2 gol di kawal oleh pasukan B. luas padang 30m x 30m.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
100
AKTIVITI VIII
Organisasi:5 penyokong menentang 3 pasukan dalam separuh padang.Pemain-pemain itu tidak dibenarkan berlari ke separuh padang yang berlawanan mereka. Guna gol sebenar dan kawasan permainan ialah 20m x 40m. Tiap pasukan boleh membuat hantaran kepada kawasan mereka.
Jurulatih boleh menyatakan beberapa syarat di samping undang-undang dan peraturan permainan yang dijalankan. Syarat seperti menggunakan kaki kiri sahaja, menanduk untuk jaringan, mencipta hantaran dinding sebelum jarin-gan dan sebagainya digalakkan. Ini boleh mengukuhkan penguasaan kemahi-ran pelajar.
Sayugia diingatkan bahawa semua permainan yang dijalankan hendaklah ber-sesuaian dengan objektif latihan pada sesi tersebut.
Permainan-permainan yang diadakan semasa kelas Pendidikan Jasmani di-fikirkan sesuai boleh juga dimasukkan.
RANCANGAN LATIHAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
101
BAB V
PENILAIAN
- OBJEKTIF - SUBJEKTIF - FOMATIF - SUMMATIF
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
102
PENILAIAN
Jurulatih sekarang sudah dalam rangka melatih pelajar-pelajar Tunas Cemer-lang permainan bola sepak. Untuk mengetahui pencapaian pelajar-pelajar tersebut maka satu penilaian perlu dibuat. Dengan berbuat demikian jurulatih dapat mengukur, menyukat dan menguji.
Data-data ini dapat digunakan sebagai maklum balik untuk mendapatkan satu gambaran bermakna tentang pencapaian pelajar-pelajar. Bukan sahaja itu yang didapati, juga mengenai keberkesanan pengajaran/latihan jurulatih dikenal-pasti.
Dalam hal ini alat pengukuran yang digunakan nanti dapatlah dengan jelas member gambaran yang sah dan tepat. Untuk ini jurulatih mestilah mempun-yai satu alat sah atau pun ujian yang sah yang boleh mengukur dan mendapat maklum balik dengan jelas.
Ujian yang baik:i. Sistematikii. Alat ukuran yang sah dan “standard”iii. Menepati apa yang hendak diukuriv. Objektifv. Boleh dibuat secara amali, teori atau lisan
Setelah mendapat data-data dan maklum balas, maka dapatlah jurulatih mem-proses, menganalisa dan membanding dan itulah dimaksudkan dengan penila-ian.
PENILAIAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
103
Penilaian yang ringkas akan menghasilkan gambaran yang ringkas dan cetek. Penilaian yang terperinci akan menghasilkan maklumat yang mendalam ten-tang prestasi pelatih-pelatih yang diajar.
Keseluruhannya penilaian dapat member:i. Pengetahuan prestasi sebenarii. Kesan kualiti-pelajar & pelajar-pelajar (pengajaran & pembelajaran)iii. Kemudahan untuk pengkelasaniv. Motivasi v. Kegunaan kajiselidik
6.1 Penilaian objektifPenilaian ini dapat menyukat dengan tepat dan sah. Member gambaran yang jelas tentang pencapaian setiap kemahiran. Contohnya seperti menguji sepak penalti. Tiap satu gol, diberi lima (5) mata, jika lima (5) gol maka peserta itu memperolehi 25 mata.
6.2 Penilaian SubjektifPenilaian subjektif berdasarkan kepada pemerhatian tingkahlaku pelatih semasa ia bermain ataupun melakukan sesuatu kemahiran. Ia lebih menitik beratkan tentang ikutan perlakuan (teknik) yang sesuai dikehendaki dalam situasi per-mainan itu. Dalam hubungan ini, permarkahan seorang jurulatih dengan yang lain mungkin terdapat perbezaan.
Ada penilaian dilakukan selepas jurulatih mengajar beberapa sesi latihan yang mengandungi satu kemahiran. Penilaian yang dibuat dengan segera itu dipang-gil Penlaian Formatif.
Terdapat juga penilaian yang dibuat pada penghujung latihan, seperti akhir
PENILAIAN
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
104
penggal atau akhir tahun. Penilaian mi dipanggil Penilaian Summatif.
Ujian untuk mengenalpasti pencapaian kemahiran peserta, dicadangkan juru-latih melihat set ujian yang ditunjukkan oleh Bobby Charlton semasa kursus beliau kepada guru-guru pada 6-10 September, 1988.
Masa menilai
Penilaian hendaklah dijalankan tiga kali dalam satu penggal/semester, seperti berikut:a. Ujian i - minggu ke 3 selepas pendaftaranb. Ujian ii - minggu ke 6 selepas pendaftaranc. Ujian iii - minggu akhir semester
PENILAIAN
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
105
PENUTUP
BOLA SEPAKSPTSSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK
106
PENUTUP
BOLA SEPAKSPTSModul Latihan SPTS Untuk Jurulatih
107
Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia