modul buli

38
1 TENTATIF PROGRAM PPSDM ANTI BULI MASA AKTIVITI OBJEKTIF PERSONALIA 7.30 hingga 8.00 pagi Pendaftaran peserta AJK PENGELOLA 8.00 hingga 8.15 pagi Taklimat program GBK PENGELOLA 8.15 hingga 9.00 pagi Ice breaking / Pembahagian kumpulan GBK 1: Noorzila bt Abu Bakar (SMK Suai) 9.00 hingga 10.00 pagi LDK 1 Kenali diri GBK 2: Norhisyam (SMK LBM) 10.00 hingga 10.30 pagi REHAT GBK PENGELOLA 10.30 hingga 12.30 tengah hari LDK 2 Kemahiran komunikasi GBK 3 & 4 (SMK Subis) 12.30 hingga 2.00 petang REHAT, MAKAN TENGAH HARI & SOLAT GBK PENGELOLA 2.00 hingga 4.00 petang Team Building Kerjasama kumpulan, kemahiran berfikir kreatif & kritis, kemahiran menyelesai masalah. GBK 5: Keretie Ballih (SMK Bekenu) GBK 6: Rega Dhevi Marimuthu (SMK Bakong) 4.00 hingga 4.30 petang Program Khas (Kejutan Hari Lahir Pelajar) GBK 7: Siti Hazirah bt Abu Bakar (SMK Subis) 4.30 hingga 5.00 petang Penilaian & Rumusan program GBK PENGELOLA 5.00 petang Bersurai Lagu tema : Sahabat (Najwa Latif) dan Gemuruh Jiwa (Faizal Tahir)

Upload: mohd-fadzli-nazari

Post on 11-Oct-2015

469 views

Category:

Documents


43 download

DESCRIPTION

buli

TRANSCRIPT

TENTATIF PROGRAM PPSDM ANTI BULI

MASAAKTIVITIOBJEKTIFPERSONALIA

7.30 hingga 8.00 pagiPendaftaran pesertaAJK PENGELOLA

8.00 hingga 8.15 pagiTaklimat programGBK PENGELOLA

8.15 hingga 9.00 pagiIce breaking / Pembahagian kumpulanGBK 1: Noorzila bt Abu Bakar (SMK Suai)

9.00 hingga 10.00 pagiLDK 1Kenali diriGBK 2: Norhisyam (SMK LBM)

10.00 hingga 10.30 pagiREHATGBK PENGELOLA

10.30 hingga 12.30 tengah hariLDK 2Kemahiran komunikasiGBK 3 & 4 (SMK Subis)

12.30 hingga 2.00 petangREHAT, MAKAN TENGAH HARI & SOLATGBK PENGELOLA

2.00 hingga 4.00 petangTeam BuildingKerjasama kumpulan, kemahiran berfikir kreatif & kritis, kemahiran menyelesai masalah.GBK 5: Keretie Ballih (SMK Bekenu)GBK 6: Rega Dhevi Marimuthu (SMK Bakong)

4.00 hingga 4.30 petangProgram Khas (Kejutan Hari Lahir Pelajar)GBK 7: Siti Hazirah bt Abu Bakar(SMK Subis)

4.30 hingga 5.00 petangPenilaian & Rumusan programGBK PENGELOLA

5.00 petangBersurai

Lagu tema : Sahabat (Najwa Latif) dan Gemuruh Jiwa (Faizal Tahir)

LERAI BEDUNGAN (ICE BREAKING) AKTIVITI 1

Tajuk:Duit Oh Duit

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. menyedari bahawa manusia mempunyai nilai harga diri yang tinggi.

2. memahami bahawa manusia saling memerlukan antara satu sama lain.Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:Contoh duit (Lampiran 1), Double-sided tape dan sampul surat.

Langkah:

1. Peserta diminta untuk mengeluarkan sambul surat yang telah diberikan semasa pendaftaran.2. Fasilitator meminta setiap peserta membuka sampul surat yang diberi dan melihat nilai wang diperoleh.3. Peserta menampal nilai wang tersebut di sebelah kiri dada.

4. Peserta diminta membentuk kumpulan mengikut nilai wang yang diarahkan oleh fasilitator.5. Semua peserta bergerak membina kumpulan dengan nilai yang dinyatakan.- Contoh : 90 SEN, RM1.45, RM2.83, RM4.92 dan RM5.006. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.

Falsafah:

1. Murid tahu bahawa, sekecil mana pun potensi manusia itu, ia adalah penting sebagai pelengkap kehidupan.

LERAI BEDUNGAN (ICE BREAKING) AKTIVITI 2

Tajuk : Saya kata Buat ini, buat ituObjektif : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. menyedari bahawa pentingnya untuk memberi fokus di dalam sesuatu perkara.

2. cuba melakukan yang terbaik dengan menggunakan potensi yang ada

Sasaran : Murid-murid terlibat dengan buli

Masa : 10 minitBahan : Tiada

Langkah :1. Semua peserta diminta berdiri, berselerak dan menghadap fasilitator.2. Fasilitator memberi arahan :i. Apabila disebut Saya kata buat ni diikuti dengan aksi/pergerakan tertentu, semua peserta perlu ikutnya.ii. Apabila disebutkan Saya kata buat itu dan ubah pergerakan baru , peserta tidak boleh ikutnya tetapi masih terus membuat pergerakan sebelumnya.iii. Mereka yang salah ikut arahan, keluar dari kumpulan dan akan dikenakan denda.iv. Aktiviti dijalankan sehingga dapat beberapa pemenang.

Falsafah :Peserta perlu mendengar dengan teliti dan peka kepada arahan yang disampaikan sambil bertindak dengan cepat.

LERAI BEDUNGAN (ICE BREAKING) AKTIVITI 3

Tajuk:BINGGO

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Mengenali lebih ramai kenalan baru

2. Membina hubungan lebih mesra sesama rakan dan lebih menghormati hak rakan-rakan lainSasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:BINGGO (Lampiran 2), dan pen

Langkah:

1. Peserta diberikan sehelai kertas BINGGO.

2. Di dalam masa 5 minit, semua peserta hendaklah memenuhkan kertas BINGGO mereka dengan nama rakan-rakan yang mempunyai cirri-ciri yang dinyatakan.

3. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta dengan cara memanggil beberapa peserta yang berjaya memenuhkan kad BINGGO mereka dan meminta mereka memanggil rakan-rakan BINGGO mereka untuk diperkenalkan kepada ahli-ahli lain di dalam kumpulan besar.

Falsafah:

1. Semua manusia mempunyai kehendak, keperluan dan minat berbeza yang perlu kita hormati.

LERAI BEDUNGAN (ICE BREAKING) AKTIVITI 4

Tajuk:Aku Juara

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. menyedari bahawa manusia mempunyai rasa untuk menang atau menguasai sesuatu perkara 2. memahami bahawa manusia perlu mempunyai strategi dan perancangan untuk berjaya di dalam sesuatu perkaraSasaran:Murid-murid terlibat dengan gejala buli

Masa:10 minit

Bahan:Belon, tali raffia, wisel

Langkah:

1. Semua peserta diberikan sebiji belon dan seutas tali rafia.2. Semua peserta diarahkan meniup belon dan mengikat pada kaki masing - masing.3. Apabila Fasilitator meniup wisel, para peserta diarahkan untuk cuba memecahkan belon kawan-kawan dan pada masa yang sama menyelamatkan belon yang ada pada kaki mereka dari dipecahkan oleh rakan-rakan lain.

4. Setelah tamat masa permainan, Fasilitator memanggil beberapa pelajar untuk mengupas perasaan mereka apabila belon mereka pecah, berjaya memecahkan belon kawan dan sebagainya.5. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.

Falsafah:

1. Murid tahu kepentingan merancang strategi memastikan matlamat yang dirancang dapat dicapai.

LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1) AKTIVITI 1

Tajuk:Rantai Nama

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Mengenali semua ahli kumpulan.

2. Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan semua ahli

3. Membina hubungan jelekit antara semua ahli.

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:15 minit

Bahan:Tiada

Langkah:

1. Fasilitator dan semu ahli peserta berkumpul dalam satu bulatan kecil (fasi juga duduk di dalam bulatan bersama peserta).2. Fasilitator memperkenalkan diri dengan menyatakan nama penuh, nama panggilan dan dari sekolah mana. Selepas itu peserta di sebelah kanan fasilitator pula menyatakan nama penuh, nama panggilan dan dari sekolah mana. Peserta menyebut semula maklumat diri fasi dan dirinya sendiri.3. Peserta seterusnya melakukan perkara yang sama (memperkenalkan diri dan menyebut rantaian nama peserta sebelumnya).4. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.

Falsafah:

1. Semua manusia diberikan nama yang baik dan bermakna oleh ibu dan bapa masing-masing. Kita hendaklah menghormati nama orang lain dan tidak mengejek atau memperlekehkan nama orang lain.

LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1) AKTIVITI 2

Tajuk:Gunting Dan Buang

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Meneroka permasalahan sebenar yang menjadi punca tekanan2. Berpeluang meluahkan segala permasalahan yang terpendam dalam diri selama ini.3. Membantu ahli melepaskan tekanan yang dihadapi.4. Membantu peserta mengurus tekanan yang dihadapinya.

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:20 minit Bahan: Kertas A4, gunting dan pen

Langkah:1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada ahli-ahli.2. Fasilitator meminta setiap ahli dalam kelompok menulis serta menyenaraikan setiap kerungsingan, kebimbangan, perkara yang belum diselesaikan, permasalahan serta kesusahan dalam diri masing-masing di atas kertas yang disediakan.3. Masa yang diberikan ialah 10 minit.4. Fasilitator meminta ahli-ahli berkongsi tekanan yang dialami dalam hidup mereka.5. Kemudian, fasilitator meminta ahli-ahli menggulung kertas tersebut sambil merasai tekanan yang dialami.6. Selepas itu, Fasilitator mengedarkan gunting kepada setiap ahli kelompok dan mereka boleh menggunting kertas yang tertulis dengan tekanan menjadi cebisan kecil.7.Fasilitator memberi peluang kepada ahli-ahli yang ingin berkongsi tentang perasaan mereka daripada awal sehingga selepas membuang tekanan tersebut dalam tong sampah.

Falsafah: 1. Setiap manusia mempunyai masalah atau tekanan. Namun begitu semua masalah dan tekanan perlu diatasi dengan bijak agar tidak memberi impak negatif kepada diri kita.

LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1) AKTIVITI 3

Tajuk:Menguji Tahap Stres Anda

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Melihat secara skor untuk tahap stres ahli.2. Berpeluang meluahkan segala permasalahan yang terpendam dalam diri selama ini.3 Membantu ahli melepaskan tekanan yang dihadapi.4 Membantu peserta mengurus tekanan yang dihadapinya.

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:20 minitBahan: Soal selidik stress (Lampiran 3) dan penLangkah:1. Fasilitator mengedarkan kertas soal selidik kepada ahli-ahli.2. Fasilitator meminta setiap ahli dalam kelompok menjawab dengan menanda YA atau TIDAK.3. Masa yang diberikan ialah 10 minit.4.Fasilitator akan menganalisis skor berdasarkan panduan skor.5. Fasilitator meminta ahli-ahli berkongsi tekanan yang dialami dalam hidup mereka.6.Fasilitator memberi peluang kepada ahli-ahli yang ingin berkongsi dapatan ujian stress mereka dan tentang perasaan mereka melalui skor yang diperolehi.

Falsafah:Tahap stress boleh diuji untuk melihat skornya. Mengetahui skor ujian membolehkan peserta mengendalikan diri serta mengawal stress masing-masing. Stress yang tidak dikawal dan ditangani dengan bijak boleh membawa kepada gejala tidak baik termasuk membuli.

LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 (LDK 2) AKTIVITI 1

Tajuk:PENGURUSAN EMOSIObjektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Faham dan mengetahui keburukan emosi marah. 2. Tahu cara-cara menguruskan emosi, terutamanya emosi marah. Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:60 minit Bahan: Lampiran 4 , crayon / pensil warna dan penLangkah:1. Murid duduk dalam kumpulan kecil.2. Fasilitator meminta setiap ahli dalam kelompok berkongsi pengalaman tentang perasaan marah yang pernah mereka alami.3. Fasilitator mengedarkan Lampiran 3 dan 4 batang crayon / pensil warna yang berlainan warna kepada setiap kumpulan.4.Fasilitator meminta ahli-ahli kumpulan menandakan tahapperasaan pada jangka suhu yang mewakili setiap tahap perasaanmereka iaitu perasaan gelisah, sedih, marah dan perasaan takut sejak awal pendaftaran program hingga sekarang.5. Selepas itu, peserta juga diminta mewarnakan badan manusia dengan Crayon / pensil warna yang berlainan warna mengikut empat jenis perasaan yang berlainan berdasarkan soalan-soalan yang ditanyakan oleh fasilitator, contohnya Kalau anda marah, di manakah letaknya fokus perasaan anda itu?. Warnakan perasaan itu pada anggota badan yang dirasakan mempunyai gerak balas atas perasaan ituCadangan warna: Gembira Warna Kuning Sedih - Warna Hitam Marah -Warna Merah Takut -Warna Biru6.Setelah tamat aktiviti mewarna, fasilitator berbincang dengan peserta berdasarkan hasil gambar yang diwarnakan.7. Fasilitator menerangkan hasil gambar itu berdasarkan bahagian/tempat anggota badan yang diwarnakan khasnya untuk perasaan marah. Adalah lebih baik manusia menyalurkan perasaan negatif itu melalui tindakbalas anggota badan pada bahagian-bahagian tubuh manusia yang sesuai berbanding dengan semua bertumpu pada bahagian hati atau pemikiran sahaja, ia akan memberi kesan yang negatif kepada kita.8. Pada akhir sesi, fasilitator berbincang bersama ahli kumpulan tentang :

i.Apa itu marah ?ii.Apakah keburukan kalau kita selalu berperasaan marah?iii.Cara-cara pengurusan emosi marah.

Falsafah: 1.Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Emosi perlu dikawal dengan baik kerana emosi yang tidak stabil akan menyebabkan banyak perkara negatif dan akibat buruk akan terjadi.LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 2) AKTIVITI 2

Tajuk:Bola Asertif

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Melatih sifat asertif.

2. Mewujudkan keyakinan dalam berkomunikasi

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:60 minit

Bahan:Surat khabar lama

Langkah:

1. Setiap kumpulan diberikan beberapa naskah surat khabar lama dan diarahkan membina sebiji bola dari surat khabar (fasi tidak menyatakan sebesar mana dan sebagainya).2. Selepas bola itu siap, semua ahli berdiri dan membuat satu bulatan. 3. Peserta diminta berdiri dalam bulatan. Fasilitator menerangkan bahawa peserta mengajak/ memujuk/ mendesak/ meminta rakan untuk membuat sesuatu dengan memenuhi peraturan-peraturan berikut : peserta yang memegang bola sahaja yang dibenarkan bercakap. peserta boleh memberi bola itu kepada peserta lain sama ada diisyaratkan ataupun tidak. peserta boleh mendapatkan bola tersebut secara memberi isyarat tanpa lisan. apabila memegang bola ahli harus menjawab / berkata sesuatu walaupun sekadar bersetuju ataupun tidak dengan pendapat peserta yang memberi bola kepadanya. Bola tidak harus jatuh ke lantai, sekiranya hal ini berlaku, peserta dikeluarkan.

4. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta (mengenai perasaan jika ada yang menjatuhkan bola, lambat memberi respon dan sebagainya)

Falsafah:

1. Kemahiran berkomunikasi sangat penting di dalam kehidupan. Kita juga perlulah menggunakan kemahiran asertif di dalam kehidupan agar semua perkara dapat diselesaikan secara win win situation.

TEAM BUILDING ( 8 STESEN) DUA KUMPULAN DIGABUNG MENJADI SATU, 10 AHLI SATU KUMPULAN

TEAM BUILDING STESEN 1

Tajuk:Gelung Ajaib

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. tahu bagaimana untuk member fokus kepada sesuatu perkara2. mengekalkan tahap fokus tersebut sehingga selesai sesuatu perkara

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:Straw , straw yang dijadikan gelung (gelung ajaib) dan mangkukLangkah:

1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil. 2. Semua peserta beratur satu barisan. Semua peserta diberikan satu batang straw setiap seorang.3. Fasilitator mengarahkan peserta pertama untuk datang ke hadapan dan cuba mengambil satu gelung straw dan passing kepada peserta kedua dan seterusnya sehingga kepada peserta terakhir meletakkan gelung straw di dalam mangkuk.4. Semasa passing , tidak dibenarkan menggunakan tangan atau apa-apa anggota lain, kecuali mulut dan straw sahaja.5. Setelah gelung straw diletakkan ke dalam mangkuk oleh peserta terakhir, peserta pertama mengulangi langkah yang sama untuk mengambil gelung straw yang seterusnya. Apabila masa tamat, fasilitator mengira bilangan gelung yang Berjaya dikumpulkan oleh kumpulan itu.6. Jika gelung straw terjatuh di tengah jalan, mesti mula semula dari hadapan.

Falsafah:

1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.

TEAM BUILDING STESEN 2

Tajuk:Kandang Gozilla

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah2. bekerjasama dalam menyelesaikan masalah secara muafakat

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:Kertas A4 dan sebilah gunting

Langkah:

1. Kumpulan dibekalkan dengan satu helai kertas A4 dan sebilah gunting.

2. Fasilitator mengarahkan semua ahli kumpulan berfikir dan berbincang bagaimana hendak memasukkan semua ahli kumpulan ke dalam kertas A4 tersebut.

3. Kumpulan itu dikira berjaya semua ahli berjaya masuk ke dalam kertas A4 tanpa kertas A4 itu koyak atau terputus.

Falsafah:

1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.

TEAM BUILDING STESEN 3

Tajuk:SMELL, SMELL, SMELL !!!

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Menghargai pancaindera yang telah Allah kurniakan dan gunakan ke jalan yang baik2. Bersyukur dengan nikmat dan kesihatan yang Allah berikan

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:2 Kain penutup mata, botol air mineral, meja, 4 bahan makanan berbeza (dibungkus dalam uncang hitam), pen dan kertas.

Langkah :1 Fasilitator menerangkan cara-cara menjalankan aktiviti ini.2 Seorang peserta akan dikeluarkan untuk menjadi pencatat dan penunjuk arah kepada para peserta.3 Para peserta disusun seperti gambarajah. 2 orang peserta akan berjalan serentak ke arah meja dengan mata tertutup dan tidak melanggar halangan iaitu botol-botol air mineral yang telah disusun. 4 Tugas penunjuk arah adalah untuk memberitahu peserta bagaimana hendak mengelakkan halangan dan tidak melanggar botol air mineral. Jika peserta terlanggar botol air mineral, maka peserta hendaklah berpatah balik ke garisan permulaan dan memulakan semula perjalanan dari tempat permulaan.5 Sampai di meja, para peserta dikehendaki menghidu bau 4 jenis bahan makanan dan meneka apakah nama bahan makanan terdapat di dalam uncang tersebut. Pencatat akan mencatat jawapan setiap peserta.6 Pencatat akan mengambil penutup mata dari peserta tersebut dan memberikannya kepada dua peserta seterusnya.7 Dua peserta seterusnya akan mengulangi perkara yang sama seperti peserta yang sebelum mereka.8 Setelah kesemua peserta tamat dan memberikan jawapan masing-masing, semua ahli kumpulan boleh berbincang dan membuat keputusan muktamad apakah 4 bahan makanan di dalam uncang.

Falsafah :1 Kerjasama teras kejayaan kumpulan.

X-pencatat & tunjuk arahX XXXpesertabotol air mineralGambarajah susun atur permainan

A

B

C

D

TEAM BUILDING STESEN 4

Tajuk:Hoki Ping Pong

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Memberi fokus dan mengikut peraturan yang ditetapkan sebaik mungkin.2. Kita hendaklah sentiasa berfikiran rasional, matang dan berfikir panjang di dalam sesuatu perkara atau hal.

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:Sebiji bola ping pong, dua sudu plastik dan botol air mineral.

Langkah langkah :1 Fasillitator menerangkan proses permainan kepada semua peserta2 Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.3 Dua kumpulan ini beratur di dalam keadaan bertentangan tetapi ditengah tengah mereka di susun botol-botol air mineral seperti gambarajah.4 Apabila permainan dimulakan, dua orang peserta akan bergerak bersama dan saling passing bola ping pong antara satu sama lain dan menggunakan sudu plastik sebagai kayu hoki. (seperti laluan di dalam gambarajah di bawah).5 Dua peserta ini akan membawa bola dalam keadaan passing hingga ke kumpulan lawan tetapi bola ping pong tidak boleh kena atau terlanggar botol mineral.6 Jika terkena botol mineral, dikira batal dan pasangan itu mesti mulakan semula passing bola dari tempat permulaan.7 Permainan ini diteruskan sehingga semua peserta telah melengkapkan task passing bola ping pong menggunakan sudu plastik seperti permainan hoki.

Falsafah : 1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.

XX X Xbotol air mineral X laluan peserta pesertaGambarajah susun atur permainan

TEAM BUILDING STESEN 5

Tajuk:Konsentrasiku

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Memberi fokus dan mengekalkan fokus dengan konsisten.2. Sebelum melakukan sesuatu aktiviti dalam kumpulan perlu ada perbincangan dan atur strategi.3. Biasanya kerja yang susah kalau dibuat bersama ianya akan menjadi mudah.Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:Kapas dan straw setiap peserta

Langkah langkah :a. Fasillitator menerangkan proses cara-cara menjalankan aktiviti ini.b. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulanc. Kedudukan kedua-dua kumpulan dijarakkan (untuk aktiviti bergilir-gilir).d. Setiap peserta akan bergilir-gilir membawa kapas kepada rakan sampai habis kesemua peserta (Jika kapas terjatuh sebelum sampai kepada rakan yang satu lagi, peserta tersebut kena ulang semula).

Falsafah

1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.

TEAM BUILDING STESEN 6

Tajuk:Inilah Caraku

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Meningkatkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah.2. Tidak mementingkan diri.Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:Surat khabar lama

Langkah langkah :

1 Fasillitator menerangkan proses permainan.2 Jadikan dua kumpulan (lelaki/perempuan) - Jika peserta bercampur jantina3 Semua peserta berdiri di atas sekeping surat khabar.4 Fasilitator akan menarik/koyakkan sedikit demi sedikit kertas tersebut.5 Peserta akan memastikan semua ahli akan sentiasa berada di atas kertas.6 Markah akan diberi berdasarkan berapa kecilnya surat khabar yang boleh menampung semua ahli kumpulan

Falsafah :1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.

TEAM BUILDING STESEN 7

Tajuk:Air Dalam Kaca

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. menanamkan rasa tanggungjawab di dalam kumpulan.

2. mewujudkan semangat kerjasama di kalangan ahli

3. mengambil berat tentang peranan masing-masing.

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:Kertas A4 , 2 gelas kaca dan air mineral

Langkah:

1. Peserta berkumpul dalam dua kumpulan kecil dan melantik seorang ketua menjadi pengarah dalam setiap kumpulan.2. Fasilitator meminta peserta mengisi air dalam cawan dan meletakkan di atas 3 helai kertas.3. Fasilitator mengarahkan semua peserta memegang menggunakan 2 belah tangan dan mengangkat secara serentak serta bergerak ke hadapan bersama- sama tanpa menumpahkan air.4. Ketua kumpulan berperanan membuat arahan yang baik bagi memastikan air tidak tumpah dan ahli peserta faham dengan arahan sehingga akhir. Dua kumpulan kecil ini mesti bergerak dan berjalan bersama-sama mengikut ke mana arah fasi minta.5. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.

Falsafah:

1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.

TEAM BUILDING STESEN 8

Tajuk:Mesin Manusia

Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:

1. Mencari idea kreatif (teori) dan menzahirkan dengan cara perbuatan (praktikal)

2. Berfikir luar dari kotak (out of the boxes)

Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli

Masa:10 minit

Bahan:Tiada

Langkah:

1. Dua peserta menjadi sukarela untuk meneka apa yang dilakukan oleh 8 orang rakan yang lain. Mereka diletakkan jauh dari 8 rakan lain (diasingkan).2. 8 ahli lain berbincang dan hendaklah memilih satu jenis mesin yang ada dalam kehidupan seharian manusia.3. Semua ahli berbincang dan bersama-sama melakonkan tanpa suara dan tugas 2 ahli yang sukarela menjadi peneka adalah untuk meneka apakah nama mesin yang sedang dilakonkan oleh kumpulan tersebut.4. Jika peneka tidak dapat meneka dengan tepat nama mesin yang dilakonkan, semua ahli kumpulan akan didenda

Falsafah:

1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.

UJIAN PRA DAN POST

PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN MURIDBULI

UJIAN PRA

Sila jawab dengan jujur kenyataan no.1 hingga 12 dengan membulatkan. Mengikut skala berikut:

1. TIDAK SETUJU2. KURANG SETUJU3. TIDAK PASTI4. SETUJU5. SANGAT SETUJU

BILKENYATAANSKALASKOR

1.Saya tahu apa itu buli.12345

2.Saya tahu apa yang patut dilakukan jika saya dibuli12345

3.Buli menyeronokkan saya, saya akan terus membuli.12345

4.Saya rasa ingin berkuasa.12345

5.Saya ingin popular.12345

6.Saya mesti mendapat apa yang saya mahu.12345

7.Saya mengenali diri saya yang sebenar.12345

8.Saya tahu akan kelebihan diri saya12345

9.Saya tahu akan kelemahan diri saya12345

10.Saya menghargai diri sendiri.12345

11Saya menghargai orang lain12345

12Saya mempunyai hala tuju kehidupan yang jelas12345

SKOR KESELURUHAN60

*Ujian ini dijalankan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling

1

PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN MURIDBULI

UJIAN POST

Sila jawab dengan jujur kenyataan no.1 hingga 12 dengan membulatkan. Mengikut skala berikut:

1. TIDAK SETUJU2. KURANG SETUJU3. TIDAK PASTI4. SETUJU5. SANGAT SETUJU

BILKENYATAANSKALASKOR

1.Saya tahu apa itu buli.12345

2.Saya tahu apa yang patut dilakukan jika saya dibuli.12345

3.Buli menyeronokkan saya, saya akan terus membuli.12345

4.Saya rasa ingin berkuasa.12345

5.Saya ingin popular.12345

6.Saya mesti mendapat apa yang saya mahu.12345

7.Saya mengenali diri saya yang sebenar.12345

8.Saya tahu akan kelebihan diri saya12345

9.Saya tahu akan kelemahan diri saya12345

10.Saya menghargai diri sendiri.12345

11Saya menghargai orang lain12345

12Saya mempunyai hala tuju kehidupan yang jelas12345

SKOR KESELURUHAN60

*Ujian ini dijalankan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling

BORANG PEMANTAUAN

INSTRUMEN PEMANTAUAN OLEH GURU DISIPLINNAMA SEKOLAH

KES (BULI)

(KESOPANAN)

NAMA MURID

TINGKATAN

NAMA GURU DISIPLIN

BILKENYATAANTANDAKAN ( / )

YATIDAK

1.Murid ini selesa berjumpa dengan guru disiplin.

2.Murid ini mahu melakukan perubahan dengan nasihat guru dan rakan.

3.Rakan sekelas memberi maklum balas yang positif terhadap perubahan sikap pelajar.

4.Guru kelas telah memberi respon yang baik terhadap kelakuannya di dalam kelas.

5.Ibu bapa sering menghubungi atau datang ke sekolah untuk mengetahui perihal anaknya.

6Prestasi akademik meningkat berdasarkan ujian dan peperiksaan di dalam sekolah.

7Murid ini sudah pandai berkomunikasi dan membentuk personaliti diri yang positif.

8Murid ini telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif.

9Murid masih perlu menghadiri sesi kaunseling susulan bagi memantapkan JERIS murid.

10Murid ini masih perlu diberi perhatian.

Jumlah

Skorskor10Perubahan tingkahlaku

0-3Rendah

4-6Sederhana

7-10Tinggi

T/laku

Selepas mengikuti program didapati murid ini ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(Tandatangan Guru Disiplin)LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN MURID ( FOKUS BULI ) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIANAMA SEKOLAH: DAERAH: NEGERI: 1. Dapatan Ujian Pra dan Pos (Dilengkapkan oleh Guru Kaunseling)

Bil

Nama

Nilai diri

Ujian PraUjian PosPerubahanPositif/Negatif

2. Dapatan Instrumen Pemantauan (Dilengkapkan oleh Guru Disiplin )BilNamaNilai Diri

3. Maklumat penglibatan pelajar dengan kes buli selepas hadir program (Dilengkapkan oleh Guru Disiplin)BilNamaTarikh

Kesalahan

Disediakan oleh :Disahkan oleh :

()() Guru DisiplinPengetua

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2B I N G G ONama :______________________________ Sekolah : ______________

Saya suka minum Nescafe

Nama:T.tgn :Menggunakan HP jenama Sony Ericson

Nama:T.tgn :

Suka menyanyi

Nama:T.tgn :

Suka bersukan

Nama:T.tgn :

Suka Justin Bieber

Nama:T.tgn :

Suka warna biru

Nama:T.tgn :

Anak sulung

Nama:T.tgn :

Suka main video game

Nama:T.tgn :

Menggunakan HP jenama Samsung

Nama:T.tgn :Hobi memancing

Nama:T.tgn :

Suka menonton drama TV

Nama:T.tgn :

Suka makan nasi lemak

Nama:T.tgn :

Anak bongsu

Nama:T.tgn :Suka memasak

Nama:T.tgn :Suka dengar Sinar FM

Nama:T.tgn :

Suka warna hijau

Nama:T.tgn :

LAMPIRAN 3Nama : ___________________________________ Sekolah : ________________Menguji Tahap Stress AndaPanduan: Dalam soal selidik ini, tiada jawapan yang betul dan salah. Anda perlu menjawabnya dengan jujur dan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh rakan-rakannya yang lain.

Tandakan (/) pada YA sekiranya pernyataan tersebut menggambarkan diri anda dan tandakan (x) pada TIDAK sekiranya pernyataa ntersebut tidak menggambarkan diri anda.

BILITEMYaTidak

1.Saya sukar hendak tidur

2.Saya sentiasa rasa risau

3.Saya sentiasa memikirkan sesuatu yang negatif

4.Saya makan banyak

5.Saya tiada selera makan

6.Saya tidak dapat member perhatian sepenuhnya

7.Saya selalu rasa hendak muntah

8.Saya selalu mengalami kesakitan di bahagian bahu

9.Saya selalu rasa sakit kepala

10.Saya cepat berasa letih

11.Saya selalu rasa cemas

12.Saya kerap kali cirit- birit

13.Saya sukar menyiapkan kerja

14.Saya sentiasa dalam ketakutan

15.Saya sering menangis sendiri

16.Saya selalu merasa kesakitan di bahagian dada

17.Badan saya sering menggeletar

18.Saya selalu merasa tidak bertenaga

19.Saya suka bersendiri

20.Saya tidak yakin pada diri sendiri

Jumlah untuk jawapan Ya= .

Panduan aktiviti ini .Jawab soal selIdik ini dengan jujur untuk membantu diri anda mengesan tahap stress yang anda sedang alami.SKOR DAN PENTAFSIRANNYA

Baca dan tafsirkan skor anda berdasarkan panduan penskoran yang diberikan seperti berikut:Pemarkahan:Setiap jawapan Ya mewakili satu markah, dan untuk jawapan tidak, tiada markah diberikan.

Jika anda menjawab Ya dengan skor:

0 5Skor ini menunjukkan tahap stess anda adalah rendah .Tahniah!!

6 10Skor ini menunjukkan tahap tekanan anda adalah sederhana. Anda perlu menguruskan dengan sebaik mungkin agar tidak memberi kesan yang lebih serius pada diri anda.

11 15Skor ini menunjukkan tahap stress anda adalah tinggi. Pengurusan stress yang segera perlu diberikan untuk membantu anda mengurangkan tekanan yang ada pada diri anda.

16 20Skor ini menunjukkan tahap stress anda adalah sangat tinggi .Anda dicadangkan untuk mengikuti aktiviti mengurangkan stress atau berjumpa dengan kaunselor anda untuk pertolongan segera.

LAMPIRAN 4Nama : ________________________________________ Sekolah : _________________

GembiraSedih

Sila dapat gambarajah luaran manusia.MarahTakutLAMPIRANMaksud Marah: Suatu emosi serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal

Perasaan/Emosi marah telah menjadi satu masalah kalau ia: Selalu berlaku pada diri anda Terlalu melampau Berpanjangan Mempunyai unsur mengancam Mengganggu pekerjaan dan perhubungan dengan orangKeburukan Perasaan Marah: Mendorong bertindak secara ganas-membahayakan diri dan orang lain. Masalah keluarga Perhubungan social Pekerjaan KesihatanCara-cara Menangani Perasaan / Emosi Marah:

Meluahkannya Memukul dan menconteng pada tempat-tempat yang disediakan khas Relaxation- Tarik nafas Imagery gambaran pengalaman/ memori yang menyeronokkan. Senaman ringan/yoga- relax muscles Mengubah cara pemikiran positif take it easy, getting angry make you feel worse.. Mengatasi masalah, cari jalan penyelesaian Memperbaiki kemahiran berkomunikasi Guna unsur humour Tukar suasana/tempat Ahli Fokus

LIRIK GEMURUH (FAIZAL TAHIR)

Bila bertalu rentak dikalbuHasrat yang tersirat semakin kuburu Bila bergema laungan gempita Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbuHasrat yang tersirat semakin kuburuBila bergema laungan gempita Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpiSegalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membaraDari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipanMenyerlah jauh dari yang biasa Menyerlah jauh dari yang biasa

LIRIK SAHABAT (NAJWA LATIF)

Kau ada di kala ku sukaDi kala ku dukaSetiap tangisan dan juga ketawaKau ada di kala ku perluSetia menemanikuPegang erat tanganku Bila aku jatuh

Kau lah yang selaluSelalu menemanikuMendengar kisah Pahit manis hidupkuKaulah yang di situSetia menunggu kuKaulah yang satuMenjadi sahabatkuHoooooooo

Ku tahu ku kan selalu adaAda dirimuDan ku harap kau juga rasa begituKau lah yang selaluSelalu menemanikuMendengar kisah pahit manis hidupkuKau lah yang di situ Setia menunggu kuKau lah yang satuMenjadi sahabatkuHoooooo 38