modul guru penyayang melaka 1
TRANSCRIPT
STRATEGI PINTU PAGAR SEKOLAH
MODUL 1 SELAMAT PAGI SAYANG
MASA /TEMPOH : Waktu pagi / petang / 20 minit
OBJEKTIF : 1. Rasa dihargai dan diterima.2. Dapat membina harga diri positif.3. Memupuk perasaan sayang kepada guru dan
sekolah. SASARAN : Semua Murid-murid BAHAN / ALATAN :
1. CD lagu ‘ Selamat Pagi Sayang’ 2. Lagu ‘Senyum Selalu’
KAEDAH : Simulasi1. Guru bertugas mingguan berada di pintu pagar sebelum
waktu persekolahan bermula.2. Guru berkenaan mengucapkan salam/ ucap selamat/ kata- kata positif dan bersemangat
Contoh: -“Assalamualaikum/selamat pagi putera puteriku/anak-anakku”
“Selamat datang ke sekolah sayang” “Bonda harap anakanda gembira hari ini di sekolah” “ Selamat menimba ilmu daripada guru-guru tersayang” Bersalaman / peluk Murid-murid. RUMUSAN / FALSAFAH:
Penerimaan tanpa syarat
MODUL 2SELAMAT DATANG
SAYANGKU
MASA /TEMPOH: Waktu pagi / petang / 20 minit
OBJEKTIF : 1. Murid-murid rasa ceria dan bersemangat
hadir ke sekolah.2. Murid-murid rasa dihargai dan diterima.3. Murid-murid dapat membina jati diri dan
harga diri positif.4. Murid-murid rasa sayang kepada guru dan
sekolah.
SASARAN : Semua Murid-murid
BAHAN /ALATAN : Kain rentang
KAEDAH : Simulasi
1. Kain rentang digantung di pintu masuk
sekolah
Contoh :
◦Selamat Datang ke Sekolah Penyayang
◦Terima kasih/ tahniah kerana hadir awal ke sekolah
2. Guru bertugas di pintu pagar dengan wajah
ceria dan senyuman manja menunggu
kehadiran murid-murid
RUMUSAN /FALSAFAH:
Penerimaan tanpa syarat
MODUL 3 PULANG DENGAN SELAMAT
INGAT YANG DISAYANG
MASA /TEMPOH: Waktu pulang sekolah / 5
minit
OBJEKTIF :
1. Murid-murid rasa dihargai dan diterima.
2. Mewujudkan kemesraan antara guru dan murid-
murid.
3. Murid-murid rasa sayang kepada guru dan sekolah.
4. Menggalakkan Murid-murid untuk hadir ke sekolah
pada keesokan hari
SASARAN : Semua murid
BAHAN /ALATAN : Tiada
KAEDAH : Simulasi ( pintu pagar
)
1. Guru bertugas akan berada 10 minit awal
sebelum loceng tamat persekolahan.
2. Guru berkenaan mengucapkan salam/ ucap selamat/ kata-kata positif dan bersemangat.
Contoh : ◦- “jumpa lagi esok”◦- “cikgu doakan kamu selamat sampai di rumah”.◦- “ Jangan lupa ulang kaji/kerja rumah”◦- “ Selamat berjumpa dengan keluarga di rumah”◦- “ Moga anda juga ceria di rumah”◦- “Bersalaman / peluk murid-murid sama jantina”
RUMUSAN / FALSAFAH:1. Penerimaan tanpa syarat2. Pengiktirafan 3. Kemesraan dan kesepunyaan terhadap sekolah.
STRATEGI KANTIN / KAFETERIA
JOM SANTAI CERIA
MODUL 1 “Sapaan Manja”
OBJEKTIF :
1. Memupuk kemesraan antara guru dengan
murid-murid.
2. Mewujudkan rasa selamat dan dihargai
dalam kalangan murid-murid.
3. Meningkatkan penghargaan kendiri ( self
esteem).
SASARAN : Semua murid
MASA/TEMPOH : Waktu rehat ( 5 – 10 minit )
KAEDAH :
1. Guru menyapa Murid-murid semasa
waktu rehat di pondok rehat. *Contoh:
-“macam mana belajar hari ini?”-“anda sihat hari ini ?”-“nampak cantik / kacak hari ini?”-“hujung minggu lepas pergi mana?” -“hujung minggu lepas buat apa?”
RUMUSAN/FALSAFAH :
1. Kemesraan antara guru dan murid-
murid.
2. Keprihatinan guru terhadap murid-
murid.
3. Murid-murid disayangi guru dihormati
JOM SANTAI CERIA
MODUL 2 “Sapaan Mesra”
OBJEKTIF : 1. Memupuk kemesraan antara guru dengan semua murid.
2. Mewujudkan rasa selamat dan dihargai dalam kalangan murid-murid.
3. Meningkatkan penghargaan kendiri ( self esteem).
SASARAN : Semua murid
MASA/TEMPOH : Waktu rehat ( 5 – 10 minit )
KAEDAH: 1. Guru menyapa murid-murid semasa waktu rehat di kantin
Contoh :- “makan apa hari ini ?”- “sedap tak makanan ni?”- “makanan ni, beli ke atau mama bekalkan?”-“Nampak bersemangat je makan…”- “cikgu nak kongsi makan sikit boleh?”
Falsafah:
1.Kemesraan antara guru dan murid- murid.2.Keprihatinan guru terhadap murid- murid.3. Murid-murid disayangi, guru dihormati
STRATEGI DI BILIK DARJAH
MODUL 1 I’M THE BEST YOU ARE THE
BEST
MASA/TEMPOH: 5 minit
BAHAN/ALATAN : Tiada
SASARAN : Semua Murid-murid
OBJEKTIF : 1. Berkongsi kehebatan
potensi seorang guru
2. Membina potensi kehebatan
murid-murid
KAEDAH
1. Guru melaungkan kata-kata perangsang / motivasi contoh: Best! Best! Best!
2. Contoh gerak kerja :
* Guru akan melaungkan ayat “ You are the “ Murid-murid akan menyahut
laungan itu dengan jeritan best! best! best!
*Jeritan best! best! best itu disertai dengan kedua-kedua belah tangan diangkat
ke atas manakala ibu jari kedua dua tangan dibuat seperti lambang
kacang “ngan yin” dan dihenjut sebanyak 3 kali.
Catatan: Aktiviti ini sesuai dijalankan di awal waktu pembelajaran atau ketika
Murid-murid kelihatan kurang motivasi.
RUMUSAN /FALSAFAH1. Jika guru berusaha menunjukkan kehebatan
sebagai seorang guru, maka Murid-murid-Murid-murid juga akan berusaha membina
kehebatan diri mereka”. 2. 9P – Pengiktirafan, persefahaman,
permuafakatan perpaduan dan penyayang 5K – Kemesraan, keseronokan dan kepuasan.
MODUL 2 10 AGENDA BERTINDAK
MASA/TEMPOH : 5 minit
BAHAN/ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
1. Mengenalpasti 5 perkara positif yang perlu dibuat dan 5 perkara negatif yang perlu ditinggalkan. 2. Mewujudkan rasa kasih sayang kepada diri sendiri.
3. Menterjemahkan semangat baru dalam bentuk pergerakan tangan SASARAN : Semua murid
KAEDAH
1. Guru mencatat 5 perkataan positif dan 5 perkataan negatif
di papan putih. Contoh perkataan seperti : sembahyang,
salam, sopan, hormat, rajin ,kerja bertangguh , nakal,
malas, bohong dan mencuri.
* Contoh aktiviti : tepuk tangan 3 kali dan menepuk meja 2
kali sambil menyebut perkataan-perkataan seperti di atas.
RUMUSAN / FALSAFAH1. Perkara positif perlu diamalkan sementara
perkara negatif perlu ditinggalkan. 2. 9P – penerimaan, prihatin, persefahaman,
permuafakatan dan perpaduan.3. 5K - kemesraan, kepuasan, keseronokan
dan kesabaran.
MODUL 3 KASIH DIRAYU SAYANG
DIPADU
MASA/TEMPOH : 5 minit
BAHAN/ALATAN : Tiada
SASARAN : Semua murid
OBJEKTIF:
1. Menyuburkan kasih sayang antara guru dan murid dan sesama
mereka
.
KAEDAH
1. Guru dan murid bersalaman yang sama jantina
( permulaan / pertengahan / akhir ) pengajaran dan
pembelajaran.
2. Ketua kelas akan mengetuai ucapan “Saya sayang
cikgu” dan diikuti oleh semua murid.
3. Cadangan aktiviti : Semasa aktiviti ini dijalankan,
bolehlah diiringi lagu-lagu motivasi.
RUMUSAN / FALSAFAH1. More you give and more you get
2. 9P – Penyayang, penerimaan, penghormatanpersaudaraan, perpaduan, prihatin dan persefahaman
3. 5K – Kesepunyaan, kepuasan, kemesraan dan
kesabaran.
MODUL 3 DI MANAKAN KU CARI GANTI
MASA/TEMPOH: 5 minit BAHAN/ALATAN : TiadaSASARAN : Semua murid OBJEKTIF
1. Menyuburkan kemesraan dan kasih
sayang antara guru dan murid.2. Menyemai sikap prihatin dan
penerimaan murid terhadap rakan sebaya.3. Meningkatkan nilai permuafakatan dan persaudaraan antara murid-murid
.
KAEDAH1. Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung guru digalakkan bertanya tentang ketidakhadiran murid atau sebab-sebab tidak hadir.
2. Guru membuat mimik muka sedih dan sayu sambil berkata “di manakan ku cari ganti….”
3. Guru memberi perkaitan kesan ketidakhadiran itu kepada diri, keluarga dan masa depan murid.
RUMUSAN / FALSAFAH1. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali kepada mereka yang saling ingat mengingati, dan berpesan-pesan.
2. 9P – Penyayang, penerimaan, penghormatan, persaudaraan, perpaduan, prihatin dan persefahaman.
STRATEGI PERHIMPUNAN PAGI
MODUL 1LAMBAIAN KASIH
(Digunakan ketika warga sekolah mengadakan program / aktiviti ketika
perhimpunan pagi).
MASA/TEMPOH : 5 minitOBJEKTIF : 1. Memupuk kasih sayang antara guru dan
warga sekolah 2. Meningkatkan komunikasi dalam kalangan guru dan murid. 3. Penyampaian maklumat dengan menggunakan bahasa lunak dan merdu4. Menarik minat murid hadir ke sekolah.
SASARAN:Semua Murid-murid dan semua guru (warga sekolah)
BAHAN/ALATAN :PA System, CD, Multimedia ( Cth: Lagu-lagu motivasi : Senyum , Selamat Pagi Sayang , Baik-baik Sayang, dll ),
KAEDAH :
1.Guru memperdengarkan irama/lagu yang bersesuaian dengan pelbagai nilai-nilai murni (cth: Senyum, Bahasa Budaya Bangsa dll) sambil murid-murid menyanyikan bersama-sama.2.Semua guru membuat ` lambaian kasih’ sambil mengucapkan kata-kata semangat kepada murid- murid. (Cth: Selamat pagi sayang, Kemasnya awak hari ini, Belajar rajin-rajin, Selamat berjaya, jadi anak yang baik dll)3.Guru mata pelajaran pada waktu pertama mengiringi murid-murid masuk ke bilik darjah.
FALSAFAH:
1. Menerap dan mengamalkan budaya kasih
sayang dan prihatin terhadap murid-murid
2. Memberi penghormatan dan pengiktirafan
kepada semua warga sekolah
3. Menimbulkan kemesraan dan keseronokan
hadir ke sekolah
3. 9P: Penyayang, prihatin, penghormatan, pengiktirafan4. 5K: Keseronokan & kemesraan. Lampiran:Senikata lagu yang berkenaan
MODUL 2 NAMA AKTIVITI : TITIAN KASIH
( Dewan) (Digunakan ketika warga sekolah mengadakan program / aktiviti ketika perhimpunan pagi).
MASA/TEMPOH : 5 minit
MODUL 2TITIAN KASIH (Dewan)
(Digunakan ketika warga sekolah mengadakan program / aktiviti ketika
perhimpunan pagi).
OBJEKTIF :
1. Memupuk kasih sayang antara guru dan warga sekolah 2. Meningkatkan komunikasi dalam kalangan guru dan murid-murid3. Penyampaian maklumat dengan menggunakan bahasa lunak dan menyegarkan4. Menarik minat murid-murid hadir ke sekolah
MASA / TEMPOH : 5 minitSASARAN : Warga sekolahPERALATAN :
PA System, CD, Persembahan Multimedia ( Cth: klip video iklan / nilai-nilai murni seperti Selamatkan Sungai Kita, Hormati orang tua, Senyum dll)
KAEDAH :
1.Guru menayangkan klip video yang bersesuaian dengan pelbagai nilai-nilai murni (cth: Senyum, Bahasa Budaya Bangsa dll) sambil murid-murid menyanyikan bersama-sama.2.Guru bertugas berkomunikasi dengan lemah lembut .3.Guru mata pelajaran pada waktu pertama berbaris di hadapan kelas masing- masing4.Semua guru membuat ` lambaian kasih’ sambil mengucapkan kata-kata semangat kepada murid-murid. (Cth: “Selamat pagi sayang”, “Kemasnya awak hari ini”, “Belajar rajin-rajin”, “Selamat berjaya”, “jadi anak yang baik” dll)5.Guru mata pelajaran pada waktu pertama menjemput murid- murid masuk ke bilik darjah.
FALSAFAH:
1.Menerap dan mengamalkan budaya kasih sayang dan prihatin terhadap Murid-murid.2.Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada semua warga sekolah3. Mendapat pengajaran daripada klip video yang ditayangkan4. 9P / 5K: penyayang, prihatin, penghormatan, pengiktirafan, kemesraan, dan keseronokan. Lampiran: klip-klip video yang bersesuaian.
MODUL 3BISIKAN HATIKU
(Digunakan ketika warga sekolah mengadakan program / aktiviti
ketika perhimpunan pagi).
MASA/TEMPOH :5 minitMinggu ke 4 setiap bulan
OBJEKTIF :1.Memupuk kasih sayang sesama Murid-murid dan warga sekolah.2.Penyampaian maklumat dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan menarik.3.Menyemai sifat kesepunyaan dan persaudaraan dalam kalangan Murid-murid dan warga sekolah.
SASARAN: Semua Murid-murid dan semua guru (warga sekolah)PERALATAN: PA System dan audio.
KAEDAH :
1.Guru bertugas harian menjemput barisan kepimpinan seperti PRS/
PENGAWAS/ PENGAWAS PSS/ KETUA TINGKATAN dan lain-lain untuk
naik ke pentas.
2.Murid berkenaan menyampaikan `bisikan hati’ (cth: cerita kisah benar,
motivasi diri, perkongsian pengalaman, impian dan harapan dll).
Setelah selesai persembahan guru bertugas membuat ulasan ringkas / falsafah
persembahan tersebut.
3.Semua guru membuat ` lambaian kasih’ sambil mengucapkan kata-kata
semangat kepada murid-murid. (Cth: Selamat pagi sayang, Kemasnya awak
hari ini, Belajar rajin-rajin, Selamat berjaya, jadi anak yang baik dll)
4.Guru mata pelajaran pada waktu pertama mengiringi murid-murid masuk ke
bilik darjah.
RUMUSAN /FALSAFAH :
1.Menghormati rakan sebaya dalam elemen persaudaraan, perpaduan dan keprihatinan.2.Membina keberanian dan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid3.Melatih murid-murid cara berkomunikasi berkesan 4.Mendapat pengajaran daripada cerita dan teks yang diperdengarkan.
9P: penerimaan, persefahaman, persaudaraan, perpaduan, & prihatin
5K: kesepunyaan, kepuasan, keseronokan, & kesabaran Lampiran:Teks kisah-kisah benar, kisah tokoh-tokoh permimpin, cerita-cerita moral dan nilai-nilai murni dll.
MODUL 4AKU ADA BAKAT
(Digunakan ketika warga sekolah mengadakan program – contoh : Bulan Bahasa /minggu kerjaya)
MASA/TEMPOH : 10 minit
OBJEKTIF:•Memupuk kasih sayang sekolah dan warganya.•Menghargai dan mengagumi bakat rakan sebaya•Menyemai sifat kesepunyaan dan persaudaraan dalam kalangan Murid-murid dan warga sekolah.•Murid-murid seronok hadir ke perhimpunan rasmi sekolah.
SASARAN:
1.Semua Murid-murid dan semua guru (warga sekolah)
PERALATAN: PA System dan audio, LCD dll yang berkaitan.
KAEDAH :
1.Guru bertugas menjemput murid-murid menyampaikan persembahan ~ Contoh “AKU ADA BAKAT” .- sajak/pantun/syair dll. yang bertemakan kasih sayang2.Semua guru mempraktikkan aktiviti ` Lambaian Kasih’ / ‘Titian Kasih’
FALSAFAH:
1.Suka dan seronok menghadiri perhimpunan rasmi mingguan.2.Menghormati rakan sebaya dalam elemen persaudaraan, perpaduan dan keprihatinan.3.Membina keberanian dan keyakinan diri dalam melahirkan bakat sedia ada.4.Melatih Murid-murid cara berkomunikasi berkesan.
ELEMEN: 9P:
penyayang, penerimaan, pengiktirafan, permuafakatan, & persefahaman
5K: kesepunyaan, kemesraan, kepuasan, keseronokan, kesabaran. Lampiran:Kenal pasti Murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk membuat persembahan.
`AKU ADA BAKAT’
STRATEGI PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
MODUL 1 KEIBUBAPAAN“Mesra Waris”
MASA / TEMPOH : 4 Jam ( Hari Bertemu Pelanggan)OBJEKTIF : 1. Memupuk tanggungjawab terhadap diri dan keluarga.2. Mewujudkan kasih sayang antara semua warga sekolah.3. Dapat memenuhi tuntutan emosi dan psikologi bagi mendorong Murid-murid mencapai kejayaan.
SASARAN : Waris dan Murid-muridBAHAN/ALATAN :
1. LCD 2. Kertas mahjong 3. Pen marker
LAMPIRAN : Pelunjuran/keputusan peperiksaan
KAEDAH : Ceramah Sesi konsultasi guru/ibu bapa
dan Murid-murid
RUMUSAN/FALSAFAH:
1. Mewujudkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak, waris dan sekolah.
2. Permuafakatan dalam kalangan warga sekolah bersama masyarakat.
MODUL 2KEIBUBAPAAN
Tajuk :SECANGKIR TEH SEMANIS SENYUMAN”
AKTIVITI DICADANGKAN: I Program Jaya Waris ii Program Permataku iii Program Elit iv Program-program yang bersesuaian
MASA / TEMPOH :Bergantung kepada kesesuaian sekolah OBJEKTIF : 1. Memupuk keprihatinan ibu bapa terhadap keperluan anak.2. Menjalin kemesraan antara ibu bapa, anak dan guru-guru.3. Membina sikap keterbukaan dan penerimaan ibu bapa dengan keadaan anak.4. Menimbulkan keinsafan kepada Murid-murid berbakti kepada ibu bapa.
SASARAN : Waris , murid-murid dan guru-guru BAHAN /ALATAN : Bergantung kepada program LAMPIRAN : Tiada KAEDAH : 1. Pilih lokasi program / waktu mengikut kesesuaian.2. Minum teh bersama Guru/Pengetua/ Pentadbir3. Membuat rumusan / falsafah
RUMUSAN/FALSAFAH:1. Penerimaan tanpa syarat 2. Menghargai dan memberi pengiktirafan kepada anak
MODUL 3KEIBUBAPAAN
“Lestari Kehijauan”
MASA / TEMPOH : 4 Jam ( SEKOLAH DALAM TAMAN)OBJEKTIF :
1. Mewujudkan kasih sayang antara semua warga sekolah.
2. Dapat memenuhi tuntutan emosi dan psikologi bagi mendorong Murid-murid dan ibu bapa sayangkan sekolah.
3. Menimbulkan rasa kekitaan dan kesepunyaan terhadap sekolah SASARAN : Waris dan Murid-murid
BAHAN/ALATAN : 1. Kelengkapan gotong royong
LAMPIRAN :Pembahagian kerja (Pelan sekolah dalam taman)
KAEDAH : 1. Program gotong-royong guru/ibu bapa dan Murid-muridContoh aktiviti : Taman Orkid, Taman Peribahasa, Taman Ilmu, English Garden dan lain-lain.
RUMUSAN/FALSAFAH:
1. Mewujudkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak, waris dan sekolah. 2. Permuafakatan dalam kalangan warga sekolah bersama masyarakat.