modul rbt 3105

58
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI RBT 3105 KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Upload: jxhuang1992

Post on 07-Aug-2015

642 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul RBT 3105

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RBT 3105

KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUSEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Page 2: Modul RBT 3105

Cetakan Jun 2010 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: Modul RBT 3105

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 4: Modul RBT 3105

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Kandungan ii

Kata Alu-aluan iv

Panduan Pelajar v

Pengenalan vii

Agihan Tajuk ix

Tajuk 1 Perancangan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 1

Sinopsis 1

Hasil Pembelajaran 1

Kerangka Konsep 1

1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester 2

1.2 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian 4

1.3 Penyediaan Rancangan Tahunan dan Semester 6

1.4 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian 11

- Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 11

- Penulisan Objektif Pembelajaran 17

- Pemilihan Isi Pelajaran 18

- Pemilihan Strategi, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 19

- Aplikasi Kemahiran Generik 20

- Penerapan Nilai 22

Aktiviti 1 28

Tajuk 2 Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi 29

Sinopsis 29

Hasil Pembelajaran 29

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: Modul RBT 3105

ii

Kerangka Konsep 29

2.1 Jenis dan Contoh Bahan Bantu Mengajar 30

2.2 Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 34

2.3 Penggunaan dan Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar 35

2.4 Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 36

Aktiviti 2 41

Rujukan 42

Panel Penulis Modul 43

Panel Pemurnian Modul 44

Page 6: Modul RBT 3105

iv

Page 7: Modul RBT 3105

v

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

PANDUAN PELAJAR

Page 8: Modul RBT 3105

vi

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami

pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-

bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 9: Modul RBT 3105

vii

RBT 3105 Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pengenalan :

Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT3105

Kaedah Mengajar Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Ia

meliputi tajuk Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah; dan

Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi. Tajuk ini diambil daripada Pro

Forma Kursus RBT3105 iaitu Tajuk 3, dan Tajuk 4.

Rangka Isi Pelajaran:

Modul ini terbahagi kepada dua tajuk berikut;

Tajuk 1: Perancangan Pengajaran Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah; dan

Tajuk 2: Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi.

SINOPSIS

Tajuk 1: Menjelaskan perancangan perancangan Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah yang meliputi rancangan pengajaran tahunan/semester; rancangan

pengajaran dan pembelajaran harian; penyediaan rancangan tahunan dan

semester; dan penyediaan rancangan pengajaran harian. Seterusnya,

menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran.

Tajuk 2: Menghuraikan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran

termasuk sumber berasaskan ICT dan bagaimana mengintegrasikannya ke

dalam pengajaran. Huraian adalah meliputi jenis dan contoh bahan bantu

Page 10: Modul RBT 3105

viii

mengajar; bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar; dan bahan bantu

mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Page 11: Modul RBT 3105

ix

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

1 Teori Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

• Pendekatan objektivisme - Konsep pendekatan objektivisme - Objektivisme dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah • Pendekatan konstruktivisme - Konsep pendekatan

konstruktivisme - Konstruktivisme dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah • Pendekatan pembelajaran secara

kontekstual

• Pendekatan pembelajaran berasaskan projek

• Perubahan konsep dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

• Kajian Masa Depan

• Pembelajaran berasaskan ketrampilan (Competency Based Learning (CBL))

• Pembelajaran psikomotor dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

6 6

Page 12: Modul RBT 3105

x

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam) Modul (jam)

Jum. Jam

2 Strategi, kaedah dan teknik pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

• Definisi strategi, kaedah dan teknik

• Strategi pengajaran dan pembelajaran - Berpusatkan guru - Berpusatkan murid - Berpusatkan bahan/aktiviti

• Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan murid

- Simulasi - Lawatan - Projek - Permainan - Pembelajaran aktif/perbincangan - Pembelajaran secara kooperatif - Pembelajaran Masteri

• Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan guru

- Syarahan/kuliah - Demonstrasi/tunjuk cara - Bercerita • Kaedah dan teknik pengajaran

pemusatan bahan - Modul - Carta - Slaid - Pita rakaman - Perisian kursus pembelajaran (courseware) - Laman Web/Internet - Peralatan/bahan

• Kemahiran menyoal dalam pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

- Teknik-teknik menyoal - Aras-aras soalan

12 12

Page 13: Modul RBT 3105

xi

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam) Modul (jam)

Jum. Jam

3 Perancangan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

• Rancangan pengajaran tahunan/semester

• Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian

• Penyediaan rancangan tahunan dan semester

- Menyediakan rancangan tahunan - Menyediakan rancangan

semester

• Penyediaan rancangan pengajaran harian

- Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

- Penulisan objektif pembelajaran - Pemilihan isi pelajaran

- Pemilihan strategi,kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

- Aplikasi kemahiran generik

- Penerapan nilai

7 7

4 Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi

• Jenis dan contoh bahan bantu mengajar

• Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

• Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar

• Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

8 8

Page 14: Modul RBT 3105

xii

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam) Modul (jam)

Jum. Jam

5 Pengajaran mikro

• Perlaksanaan kemahiran-kemahiran mengajar tertentu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah:

- Kemahiran set induksi - Kemahiran menggunakan papan tulis

- Variasi rangsangan - Kemahiran penyoalan - Kemahiran pengukuhan - Kemahiran menerangkan - Kemahiran penggunaan sumber - Kemahiran penutup

6 6

6 Pengajaran makro

• Perlaksanaan semua kemahiran mengajar bermula dari set induksi hingga kepada penutup bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

6 6

JUMLAH

30

15

45

Page 15: Modul RBT 3105

 

TAJUK 1 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sinopsis Menghuraikan penyediaan pengajaran tahunan/semester, rancangan pengajaran dan

pembelajaran harian, penyediaan rancangan tahunan dan semester, dan penyediaan

rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Membincangkan bagaimana mengaplikasikan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dalam

perancangan dan penyediaan rancangan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah

Hasil Pembelajaran:

1. Mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan;

2. Menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran.

3. Memindahkan kemahiran mengajar dalam pelbagai situasi sebenar.

Kerangka Konsep

Perancangan Pengajaran

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Rancangan pengajaran tahunan/semester

Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian

Penyediaan rancangan tahunan dan semester

Penyediaan rancangan pengajaran harian

Page 16: Modul RBT 3105

 

1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester

Seseorang guru perlu peka terhadap kehendak kurikulum bagi Matapelajaran

Kemahiran hidup. Oleh itu anda sebagai seorang guru perlu merancang pengajaran untuk

memastikan kehendak kurikulum dipenuhi. Setiap guru sama ada berpengalaman ataupun tidak,

perlu membuat perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaaan dalam pengajarannya.

Bincangkan bersama rakan, perancangan pengajaran yang baik membantu dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan dengan

menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran serta mengaitkan pengalaman murid

dengan apa yang diajar, menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah,

menggunakan pelbagai bahan bantuan mengajar dalam media alam semula jadi, bahan

maujud, media cetak dan media elektronik.

Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwin minggu persekolah. Guru

perlu menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi

persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P. Rancangan Pengajaran

Semester/Tahunan perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu

sesi persekolahan bermula.

Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu tahun

atau satu semester bagi satu-satu mata pelajaran. Rancangan tahunan merangkumi :

• Skop kemahiran bagi setahun yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan keluaran

Unit Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Senarai kemahiran-kemahiran.

• Skop pelajaran yang perlu untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.

• Rujukan sukatan pelajaran.

Page 17: Modul RBT 3105

 

Rancangan ini penting untuk:

• Panduan guru.

• Pencegahan pemesongan topik.

• Memastikan susunan topik-topik teratur.

• Memudahkan guru pengganti mengambil alih tugas.

• Penyelarasan untuk ujian bulanan dan semester.

• Semakan topik lalu dan akan datang adalah mudah.

Proses penyediaan perancangan mengajar adalah sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 1.1

+

Rajah 1.1 Aliran proses penyediaan rancangan mengajar

Sukatan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Takwim Sekolah Huraian Sukatan Kemahiran Hidup Sekolah

Rancangan Tahunan/ Semester

Rancangan Pengajaran Harian

Page 18: Modul RBT 3105

 

1.2 Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran-

pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan

melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:

• Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam

• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai

• Merancang pengajarannya

• Menentukan strategi P&P

• Menyediakan bahan bantu pengajaran

• Menyediakan penilaian

Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah

• Menentukan objektif pengajaran tercapai.

• Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

• Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.

• Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.

• Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.

• Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.

• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.

• Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn

dan bersistem.

Page 19: Modul RBT 3105

 

Komponen-komponen dalam RPH dapat diringkaskan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2 Komponen-komponen dalam RPH dapat diringkaskan seperti ditunjukkan dalam

Rancangan Pengajaran Harian

Set Induksi Butiran Am Penyampaian Penutup

• Tarikh, masa, darjah, tahun, bilangan murid

• Topik • Objektif P&P • Pengetahuan

Sedia Ada • Sumber P&P • KBSB • KMD

• Langkah- langkah

• Isi Pelajaran • Strategi • Penerapan Nilai • KBSB • Penggunaan

Sumber (ABM/BBM)

• Jenis-jenis penutupan

• Rumusan • Aktiviti

susulan • Penilaian

Objektif

Page 20: Modul RBT 3105

 

1.3 Penyediaan rancangan tahunan dan semester

Contoh format rancangan pengajaran tahunan/semester adalah sepertimana

ditunjukkan dalam Jadual 1.1a dan Jadual 1.1b:

Jadual 1.1a

Contoh Rancangan Tahunan/Semester Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4

Semester

Minggu Topik Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

SATU

1 Keselamatan dan

Organisasi

Bengkel

Mengamalkan

langkah

keselamatan

semasa

menjalankan tugas.

Menyediakan

struktur organisasi

tempat kerja.

1

2 Kreativiti

Mengenal pasti

bentuk asas reka

bentuk

1

3 Kreativiti

Melakar bentuk

asas

1

4 Kreativiti

Membina bentuk

asas secara 3D

1

5 Reka Cipta

Menghubungkaitkan

bentuk dengan

fungsi produk

1

6 Reka Cipta

Memasang model

yang lebih

1

Page 21: Modul RBT 3105

 

Semester

Minggu Topik Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

SATU

kompleks

berpandukan

manual

7 Reka Cipta

Mengenal pasti

jenis dan fungsi

pengikat dan

penyantum

1

8 Pendokumentasian

Mengumpul dan

merekod maklumat

1

9

Pendokumentasian

Mempersembahkan

pendokumentasian

1

10 Reka bentuk dan

Penghasilan

Projek

Menentukan projek

berpandukan kad

kerja

1

11 Reka bentuk dan

Penghasilan

Projek

Menentukan jenis

bahan dan kuantiti

1

12 Reka bentuk dan

Penghasilan

Projek

Mengukur,

menanda dan

memotong

bahan projek

1

13 Reka bentuk dan

Penghasilan

Projek

Memasang

komponen projek

1

Page 22: Modul RBT 3105

 

Semester

Minggu Topik Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

14 Reka bentuk dan

Penghasilan

Projek

Mereka bentuk dan

membuat projek

berdasarkan minat

murid

1

15 Pengenalan

Elektrik

Mengenal pasti

nama, fungsi dan

simbol komponen

1

16 Pengenalan

Elektrik

Membezakan di

antara litar siri dan

litar

selari

1

17 Pengenalan

Elektronik

Membaca dan

menterjemah

lukisan

litar

1

18 Pengenalan

Elektronik

Memintal dan

mengikat wayar

pada

tamatan komponen

1

Jadual 1.1b

Contoh Rancangan Tahunan/Semester Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 (Semester Dua)

Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

1 Baik Pulih dan

Penyenggaraan

Mengenal pasti

bahan dan agen

pembersih

1

Page 23: Modul RBT 3105

 

Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

DUA

Meminyak untuk

tujuan

perlindungan

dan perlinciran

2 Pengenalan

Tanaman Hiasan

Mengenal

beberapa jenis

tanaman

hiasan

2

3 Pemilihan Biji

Benih

Menyemai biji

benih pokok

bunga

semusim

2

4 Penanaman Menyediakan

bekas

penanaman

2

5 Penjagaan Menjaga

tanaman hiasan

dalam bekas

2

6 Barang Jualan Mengkelas

barang

mengikut

keperluan,

kesukaan dan

yang mampu

dibeli oleh

murid dan guru

1

Page 24: Modul RBT 3105

10 

 

Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

7 Sumber Jualan Mengumpul

maklumat cara

mendapatkan

bekalan

1

8 Membuat

Rancangan

Jualan

Mengenal pasti

cara

mendapatkan

modal

1

9 Menyediakan

barang jualan

Menentukan

tujuan

membungkus

dan

melabel barang

jualan

1

10 Mempromosi

Jualan

Membungkus

barang untuk

tujuan

promosi barang

jualan

1

11 Mengurus Jualan Menunjukkan

cara layanan

yang baik

dan cekap

1

12 Merekod Jualan Merekod barang

jualan

1

13 Mengira untung

dan rugi

Menyediakan

rekod

pendapatan dan

perbelanjaan

jualan

1

Page 25: Modul RBT 3105

11 

 

Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

14 Minggu Jualan Menjual barang-

barang yang

dikenal

pasti

1 hari

1.4 Penyediaan rancangan pengajaran harian

a) Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah

Penyediaan rancangan pengajaran harian oleh guru-guru dilakukan mengikut sukatan

pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Sehubungan itu, contoh format rancangan

pengajaran harian adalah seperti berikut:

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup

Kelas : 5 Bestari

Tarikh : 6 Jun 2010

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Bilangan Murid : 24 orang

Topik/Tajuk : Ikan Hiasan

Sub Topik : Penyediaan Bekas/ Akuarium

Kemahiran : Murid dapat memilih bekas/akuarium dan aksesori yang

sesuai dan menyedia serta menghias akuarium. Murid juga

dapat mereka letak dan menyusun aksesori untuk mendapatkan

pemandangan yang cantik.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat jenis-jenis ikan hiasan

dan memelihara ikan hiasan.

Page 26: Modul RBT 3105

12 

 

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:

1. Menyebut 6 daripada 9 aksesori bekas akuarium

dengan betul.

2. Menyatakan 6 daripada 9 langkah-langkah menyedia

dan menghias bekas akuarium dengan betul.

3. Menyusun dengan tepat 3 urutan teknik memasukkan

ikan hiasan ke dalam bekas/akuarium.

4. Melakukan amali penyediaan bekas/akuarium ikan

hiasan dangan aksesori yang dibekalkan dengan

sekurang-kurangnya 80% pencapaian lengkap dengan

betul.

Niali-nilai Murni : Kerjasama, bersih, bertanggungjawab, jimatkan air,

menyayangi haiwan peliharaan dan estetika.

Kemahiran Berfikir : Menjana idea, Membuat Inferens, Membuat

gambaran mental, Mengingat kembali,

Menyusun mengikut keutamaan urutan yang betul.

Bahan Bantu Mengajar : Video, power point, akuarium, pam, penapis, batu, pasir,

tumbuhan akuatik asli dan tiruan, arang diaktifkan,

gegelang bio, kayu buruk, poster, model, lampu

akuarium, ikan hiasan, kad nama, papan tulis, marker pen,

pemadam.

Pendidikan Alam Sekitar : Tumpahan minyak dan pencemaran air yang

sering berlaku.

Kajian Masa Depan : Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca

pendapatan sampingan

Page 27: Modul RBT 3105

13 

 

Contoh rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah adalah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1.2

Jadual 1.2

Contoh rancangan pengajaran harian (RPH)

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi (5 minit)

Pengenalan kepada

topik penyediaan

bekas/akuarium

1. Murid melihat rakaman

video mengenai situasi dalam

sebuah akuarium yang

dipenuhi dengan batu karang

dan ikan hiasan yang

berwarna-warni.

2. Rakaman mengandungi

muzik dan dialog antara dua

ekor ikan .

3. Ikan-ikan tersebut

menceritakan tentang

terseselamatnya mereka dari

situasi air laut yang tercemar

oleh tumpahan minyak.

4. Guru memperkenalkan

tajuk pengajaran hari ini:

Penyediaan bekas/akuarium

BBM: Pemain video

Kemahiran Berfikir: Membuat inferens,

menjana idea

Nilai-nilai murni:

Menyayangi haiwan

peliharaan

PAS: Tumpahan minyak

dan pencemaran

yang sering berlaku

menakibatkan

hidupan air mati

Langkah1 (10 minit)

Memilih aksesori

bekas/akuarium

1. Aksesori

akuarium asas:

i) pam

ii) penapis

1. Murid melihat tayangan

power point sambil mendengar

penerangan guru mengenai

langkah-langkah penyediaan

bekas/akuarium ikan hiasan.

2.Murid melihat tayangan

BBM: Power point,

tayangan video, pam,

batu, pasir,

tumbuhan akuatik

asli dan tiruan, kayu

Page 28: Modul RBT 3105

14 

 

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

2. Aksesori

tambahan:

i) batu

ii) pasir

iv) tumbuhan

akuatik asli dan

palsu

v) kayu buruk

vi) poster

vii) model

viii) lampu

akuarium

video mengenai penyediaan

bekas/akuarium yang lengkap

dengan aksessori tambahan

berserta dengan muzik dan

suara latar.

buruk, poster, model,

lampu akuarium

Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran

mental, mengingat

kembali

Langkah 2

(15 minit)

Langkah-langkah

menyedia dan

menghias bekas

akuarium.

i) Letakkan akaurium di

lokasi pilihan, pastikan

ada pendawaian

elektrik dan bekalan

air.

ii) Membersihkan dan

bilas bahan hiasan

seperti batu, pasir dan

kayu.

iii) Letakkan arang

diaktifkan dan

gegelang bio di dasar

akuarium.

iv) Masukkan batu,

pasir dan kayu buruk.

1.Wakil kumpulan akan

mengambil segala peralatan

dan aksesori akaurium yang

akan dipasang di meja kerja

mereka .

2. Murid mengikut langkah

penyediaan bekas akuarium

secara amali dalam kumpulan

setelah di terangkan oleh guru.

3. Murid diingatkan tentang

keselamatan dan kerjasama

berkumpulan.

BBM: Ikan hiasan, kad

nama, bekas

akuarium, tumbuhan

akuatik.

Kemahiran Berfikir: Menyusun mengikut

keutamaan,

membuat gambaran

mental

Nilai-nilai Murni: Keselamatan,

kerjasama, jimatkan

air, estetika, bersih,

bertanggungjawab.

Page 29: Modul RBT 3105

15 

 

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

v) Tanamkan

tumbuhan akuatik

vi) Masukkan penapis

dalaman dan letakkan

pada dinding akaurium.

vii) Masukkan air yang

telah dinyah klorin ke

dalam akuarium.

viii) Hidupkan

penapisan dalaman

dan nyalakan lampu

ix) Masukkan ikan.

Pemilihan aksesori

bergantung kepada

spesis ikan yang

hendak dipelihara.

Langkah 3

(15 minit)

Teknik memasukkan

ikan hiasan ke dalam

bekas/akuarium

i) Letakkan beg ikan

hiasan ke dalam

akuarium selama 20

hingga 30 minit.

ii) Masukkan sedikit air

akuarium ke dalam beg

plastik.

iii) Biarkan ikan keluar

bersama air daripada

beg plastik.

1.Murid melihat tayangan

video dan melaksanakan kerja

amali selepas tayangan

berkenan.

2. Murid memasukkan ikan ke

dalam akuarium dan

melabelkannya dengan kad

kumpulan.

Page 30: Modul RBT 3105

16 

 

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Penilaian

(10 minit)

Kuiz Berkumpulan 1.Setiap kumpulan diberi

papan tulis, marker pen dan

pemadam.

2. Murid diberi taklimat

mengenai syarat

pertandingan.

3. Murid dikehendaki

menjawab secara bertulis

dengan memaparkan jawapan

pada papan tulis.

4. Murid yang menjawab

dengan betul akan diberi gula-

gula.

5. Kumpulan yang menang

akan diberi hadiah pensil.

Nilai-nilai Murni:

Kerjasama

BBM:

Papan tulis, marker

pen, pemadam, gula-

gula, pensil.

Penutup

(5 minit)

Rumusan:

1. Penyediaan

bekas/akuarium.

a) Memilih aksesori

yang sesuai untuk

bekas /akuarium.

b) Langkah-langkah

penyediaan

bekas/akuarium.

c) Teknik memasukkan

ikan hiasan ke dalam

bekas, akuarium.

1. Murid dibimbing untuk

membuat rumusan.

2. Murid menonton tayangan

video ikan hiasan sambil

bersoal-jawab dengan guru.

Tugasan susulan

Murid dikehendaki melakar

ajuarium yang canggih untuk

tahun 2020.

Kemahiran Berfikir:

Membuat rumusan.

Kajian Masa Depan:

Komersialkan

peliharaan ikan

hiasan sebagai

punca pendapatan

sampingan.

Page 31: Modul RBT 3105

17 

 

b) Penulisan objektif pembelajaran

Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat

murid-murid. Objektif pelajaran sepatutnya merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu situasi, tingkah

laku murid dan tingkat pencapaian murid.

Objektif boleh dalam bentuk:

• Objektif implisit

Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti:-

- memahami

- mengetahui

- atau menghargai sesuatu yang telah diajar

• Objektif eksplisit

Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti:-

- menyeranaikan

- menjelaskan

- memberikan contoh

- menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

Menurut Mager, tiga kriteria yang perlu diikuti semasa menulis objektif eksplisit iaitu:

1. Menggunakan kata kerja tindakan yang khusus yang menerangkan niat guru.

2. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh dilihat.

3. Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkahlaku yang boleh dinilai.

Pilih satu topik dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Bincangkan objektif pembelajaran yang baik dan senaraikan.

Page 32: Modul RBT 3105

18 

 

c) Pemilihan isi pelajaran

Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau maklumat yang

disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Di peringkat mata pelajaran, isi pelajaran

diperingkatkan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia

manakala di peringkat topik, pemeringkatan isi pelajaran dilakukan oleh pihak guru.

Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru hendaklah menyeranaikan semua topik yang

hendak diajar. Kemudian guru harus memikirkan topik dan isi yang perlu diawalkan dan yang

boleh diajar kemudiannya. Pemeringkatan isi pelajaran lazimnya dibuat mengikut prinsip-prinsip

tertentu seperti bermula daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit

kepada yang abstrak dan daripada fakta kepada teori. Guru perlu menyatakan segala isi

pelajaran yang akan disampaikan , selaras dengan objektif pengajaran. Isi pelajaran yang

disediakan perlu sesuai dengan topik dan disusun mengikut tertib perkembangan pelajaran. Isi

pelajaran yang sesuai juga perlu dirancang untuk pendidikan pemulihan dan pengayaan.

Dalam pemilihan isi pelajaran, guru seharusnya pertimbangkan perkara-perkara berikut :

1. Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif pelajaran.

2. Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur,

mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal.

3. Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada

murid kepada pengalaman baru murid.

4. Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan

5. Isi pelajaran mencakupi masa yang diperuntukkan.

6. Kemaskini dan mengikut perkembangan semasa

Berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, bincangkan

bagaimana anda memilih isi pelajaran.

Page 33: Modul RBT 3105

19 

 

d) Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan

merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah

ditetapkan. Pemilihan strategi yang baik menjamin keberkesanan P&P.

Berikut ialah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran,

iaitu:

• dapat meningkatkan lagi keberkesanan P&P.

• dipelbagaikan agar dapat mengekalkan minat murid-murid.

• berpusatkan murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti.

• berupaya menimbulkan suasana P&P yang bermakna, mendorong dan

menyeronokkan.

• mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca,

mengira, menulis dan melukis.

• berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan

penerapan nilai-nilai murni.

Kaedah ialah suatu tindakan guru yang sistematik dan berurutan serta bertujuan

mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah mengajar juga bererti

cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur.

Contoh-contoh Kaedah :

1. Simulasi

Merupakan situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan

sama dengan situasi sebenar. Jenis simulasi adalah:

a) sosiodrama

b) main peranan

Page 34: Modul RBT 3105

20 

 

2. Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Tunjuk cara merupakan situasi pembelajaran dengan guru menunjukkan cara

melakukan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih seorang murid yang

berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki.

Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah.

Teknik merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Guru hendaklah

menggunakan teknik yang dapat menimbulkan minat atau memotivasikan murid-murid dalam

P&P. Contohnya dalam kaedah Tunjuk Cara membuat tanggam kayu, guru boleh

menggunakan pelbagai teknik seperti menyoal tentang jenis tanggam, teknik mencari

pemasangan tanggam yang ada pada bahagian-bahagian perabot dan meneka jenis tanggam

yang digunakan pada cantuman bahagian perabot. untuk menjadikan tunjuk caranya menarik

dan memotivasikan murid.

Dengan melayari internet atau buku rujukan dapatkan maklumat berkaitan Strategi, Kaedah dan Teknik pengajaran dan aplikasi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah Rendah

e) Aplikasi kemahiran generik

Kemahiran generik adalah kemahiran am, kualiti, pengetahuan dan sikap yang dipunyai

oleh seseorang untuk berjaya dalam pembelajaran dan kerjayanya. Kemahiran generik

berunsurkan kemahiran, kecekapan dan ketrampilan. Kemahiran boleh didefinisikan sebagai

kecekapan dan kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. Kecekapan boleh didefinisikan

sebagai kemampuan atau kebolehan melakukan sesuatu dengan cepat dan sempurna,

berkemahiran, kepandaian dan kepantasan membuat sesuatu. Ketrampilan pula dijelaskan

sebagai kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah.

Guru yang berkualiti adalah guru yang mempunyai kemahiran-kemahiran generik dan

dapat membimbing murid-muridnya ke arah kecemerlangan dalam pendidikan, kerjajaya dan

hidup mereka nanti.

Page 35: Modul RBT 3105

21 

 

Secara umumnya kemahiran generik mempunyai elemen-elemen seperti :

a. Kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan kerjaya dan personal.

b. Kemahiran utama penting untuk penglibatan diri dalam dunia pekerjaaan dan

organisasi kerja. Ia berfokuskan kepada keupayaan

menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan.

c. Kemahiran yang boleh digunakan atau dipindahkan secara am di tempat kerja

dan bukannya kemahiran teknikal dan khusus.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia kemahiran generik adalah kemahiran utama yang

perlu ada di kalangan pelajar sebagai persediaan dalam melaksanakan tugas dengan

sempurna dalam pelbagai situasi alam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Dalam konteks sistem persekolahan di Malaysia, kemahiran generik yang dikenal pasti

perlu untuk pelajar meneroka ruang-ruang ilmu adalah seperti berikut:

• KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Bertutur - fasih, perbendaharaan kata luas, intonasi sesuai, bahasa badan, guna

pengetahuan, guna istilah sesuai, bahasa tepat dan jelas, kemuka soalan dan

menjawab jelas dan tepat.

Mendengar - dengar idea dan pandangan, faham idea yang disampaikan, menakkul,

menolak atau menerima idea.

Menulis - menulis jelas dan tepat, guna tanda baca, buat catatan, buat laporan,

intepretasi maklumat, buat rumusan, isitilah tepat, laras bahasa sesuai dan mengalih

idea ke bahasa lain.

Membaca - menganalisis, bertindakbalas tepat dan berkesan, aplikasi teknik baca,

faham dan intepretasi dengan tepat.

Bertertib & Sopan - guna bahasa ikut suasana, kata panggilan yang sesuai.

Penggunaan Teknologi - mengendali alat teknologi (OHP, komputer, alat siaraya),

menyediakan alat (slaid poster, gambarajah), penyampaian dengan bantuan alat.

Page 36: Modul RBT 3105

22 

 

• KEMAHIRAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Menggunakan alat ikut prosedur dan proses - memahami arahan buku manual,

faham cara operasi dan kendali alat, mengenali bahagian dan fungsi, memahami simbol,

kendali ikut prosedur.

Mengendali, menyelenggara dan baiki alat teknologi - kenal pasti bahagian dan

fungsi, selenggara dengan sempurna dan yakin, peka terhadap peralatan baik pulih,

baiki kerosakan kecil dan mudah.

Menggunakan sumber dengan cekap – boleh mengimbang jumlah pengeluaran

dengan kos, menghasilkan keluaran menepati masa, menepati jumlah pengeluaran ikut

sasaran, mengawal kualiti produk.

Memahami isu dan tren dalam teknologi - mengenalpasti teknologi baru, berupaya

memilih teknologi mengikut tren semasa, terjemah keperluan berdasarkan teknologi

baru, peka terhadap isu semasa.

Mereka bentuk dan mencipta teknologi baru - mengubahsuai teknologi sedia ada

supaya lebih cekap, meneroka dan menghasilkan teknologi baru.

• KEMAHIRAN MERANCANG DAN MENGELOLA AKTIVITI

Kebolehan membuat persediaan dalam merancang aktiviti - mengenalpasti

matlamat dan objektif, membuat anggaran kos, menentukan kumpulan sasaran dan

bilangannya, membuat jadual tugasan induk.

Melaksanakan program/aktiviti - menyediakan senarai tugasan, membuat pelan

tindakan, carta tugasan (carta Gantt), merancang alternatif sekiranya berlaku halangan,

memilih strategi ikut keutamaan, berpengetahuan mengenai aktiviti dan prosedur,

membuat penyesuaian, memisah dan memilih keutamaan.

Cekap dalam pengurusan masa - bekerja ikut spesifikasi masa yang ditentukan,

bekerja secara sistematik, menyelesaikan masalah dalam jangka masa terhad.

Keberkesanan penggunaan sumber - menentukan sumber berkaitan aktiviti,

mengurus sumber, berupaya memaksimum output dengan sumber terhad, pengelolaan

Page 37: Modul RBT 3105

23 

 

sistematik, penilaian, membuat refleksi, menggunakan maklumbalas sebagai rujukan

aktiviti akan datang dan bertindak positif.

• KEMAHIRAN BEKERJA DENGAN ORANG LAIN DAN DALAM KUMPULAN

Berkomunikasi dengan orang lain dan dalam kumpulan - mendengar dengan baik,

memberi perhatian, memahami bahasa, gaya dan intonasi pertuturan, menggunakan

‘body language’ yang sesuai, memahami maksud yang tersurat dan tersirat, menulis

arahan dengan baik, memahami persekitaran.

Berbincang secara kumpulan - mengetahui peranan dalam kumpulan, mengetahui

halangan dalam komunikasi dan cara terbaik mengatasinya, menggunakan bahasa yang

sesuai dengan situasi, berpengetahuan mengenai topik yang dibincangkan, membuat

persediaan maklumat yang cukup, menggunakan santun bahasa semasa

berkomunikasi.

Menerima ahli kumpulan lain - memahami sahsiah setiap ahli kumpulan, bersikap

toleransi, menyesuaikan diri mengikut konteks dan situasi, memberi dan menerima

teguran dan tunjuk ajar, bersikap terbuka dan menghormati idea ahli.

Mempunyai semangat kekitaan - sanggup berkorban, bertanggungjawab atas

tindakan/keputusan yang dibuat, bekerja sebagai satu pasukan, menghormati hak orang

lain, memberi kerjasama dalam melaksanakan tugas, mengetahui dan menjalankan

peranan, tolong menolong dan muafakat, menghasilkan keputusan yang sepakat.

Memahami objektif bekerja secara kumpulan - mentafsir dan mengenalpasti objektif

kumpulan, boleh menjelaskan tujuan bekerja secara kumpulan, membuat pertimbangan

atas cadangan dan pendapat, memberi pendapat dan cadangan, menyusun prosedur

dan jangka masa untuk mencapai objektif.

• KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

Mengenalpasti masalah - meneroka masalah/menceritakan masalah, menyelidik

masalah untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Menganalisis punca masalah - diri sendiri (sikap, sifat diri, keyakinan, ketabahan,

proaktif dan reaktif), keadaan persekitaran (masyarakat, rakan sebaya dan keluarga),

Fizikal (ruang, wang, prasarana dan masa), sosio ekonomi (latar belakang, keluarga,

Page 38: Modul RBT 3105

24 

 

keseimbangan pendapatan dengan keperluan, pengurusan sumber) budaya (nilai-nilai

masyarakat norma dan amalan hidup tren masyarakat).

Memperolehi maklumat - mengenalpasti dan memperoleh sumber maklumat (diri

sendiri, rakan sebaya, masyarakat, bahan rujukan, menilai dan memilih maklumat yang

relevan (tapis maklumat).

Membuat alternatif/pilihan - menyenaraikan tindakan yang boleh menyelesaikan

masalah, menilai tindakan melalui kriteria yang telah ditetapkan.

Membuat keputusan - mengkaji semula matlamat, memilih dan membuat keputusan,

mengkaji keberkesanan keputusan.

Membuat penilaian semula - menilai semula keputusan yang telah dibuat, memilih

alternatif lain, semua masalah dikaji.

• KEMAHIRAN MENGURUS, MEMILIH DAN MENGANALISIS MAKLUMAT

Mancari maklumat - mengenalpasti sumber (buku, orang, alam sekitar, internet, iklan),

membaca dan mengakses maklumat (memahami wacana, menguasai perbendaharaan

kata, membaca, menterjemah, mentafsir, mencatat).

Memilih maklumat - mengenalpasti kegunaan/keperluan (membuat rujukan,

mencerakin, membuat pengkelasan), mencatat (mencari isi penting, meringkas,

merumus, membuat kesimpulan).

Menganalisis maklumat - memeriksa maklumat untuk ketepatan dan kesempurnaan,

menilai kualiti dan kebolehpercayaan, mengkategorikan maklumat, menyusun

maklumat.

Menyusun maklumat/penulisan - merangka format (membuat jadual, graf, carta,

laporan bertulis, memo, kertas kerja/cadangan), menyunting laporan.

Menyimpan maklumat - kaedah menyimpan maklumat dalam bentuk fail (klasifikasi,

katalog, nombor fail, bilangan surat, kaedah menyimpan dalam perisian komputer

(disket, hard disk), menyimpan maklumat dalam buku log, diari, kad dan lain-lain.

Mengguna dan menyebar maklumat - mengenalpasti pelbagai kaedah sebaran

maklumat (poster, memo, buletin, media masa/cetak, multimedia).

Page 39: Modul RBT 3105

25 

 

• KEMAHIRAN MENGGUNAKAN IDEA DAN TEKNIK MATEMATIK

Mengukur kuantiti dengan menggunakan unit ukuran - melakukan 4 operasi asas,

mengenal pasti unit ukuran, tahu teknik mengukur, boleh menukar unit ukuran,

menyelesaikan masalah secara congak, membuat anggaran.

Menyusun dan menggunakan nombor untuk menghurai kuantiti dan kualiti -

menyusun nombor ikut urutan, menyatakan perkaitan nombor dengan abjad, menyusun

data.

Menggunakan unit matematik dalam mengintepretasikan jawapan untuk

menyelesaikan masalah - menggunakan penukaran unit ukuran dan harga, membaca

papan tanda (senarai harga barang, pasaran saham dan lain-lain), membaca meter,

menggunakan data untuk menyelesaikan masalah.

Menggunakan carta dan menterjemah carta, graf - membaca dan memahami

maklumat dalam graf/carta, membuat pengiraan, membuat analisis, membuat ramalan

merangka strategi.

Membuat penilaian menggunakan teknik matematik - menggunakan teknik

pengiraan dalam membuat penilaian, membanding dan membezakan untuk membuat

pemilihan.

• KEMAHIRAN MEMAHAMI BUDAYA

Menghayati nilai murni - memahami nilai asas untuk berinteraksi dengan masyarakat

(memperkenalkan diri secara bersopan, bergaul dengan mesra dalam pelbagai situasi

dan konteks, penggunaan laras bahasa yang tepat mengikut status dan situasi),

menghormati pelanggan, mewujudkan sikap prihatin dan gigih terhadap pekerjaan,

mengamal sikap jujur, berterus terang dan amanah.

Menghayati dan sentiasa mewujudkan kemesraan dengan rakan, jiran dan

masyarakat - ambil berat terhadap kebajikan orang lain, memberi layanan, menghargai

orang lain, memupuk sikap penyayang.

Menghayati norma dan tren masyarakat - memahami perbezaan nilai masyarakat

merentasi agama dan kaum, menghormati semua lapisan masyarakat, mewujudkan

persekitaran yang kondusif.

Page 40: Modul RBT 3105

26 

 

Memahami profil organisasi - mewujudkan rasa setia kawan, mematuhi peraturan,

undang-undang dan perlembagaan, mengalamlkan prinsip/nilai-nilai hidup masyarakat.

Mempunyai semangat patriotik - melahirkan rasa bangga dengan sumbangan yang

diberi, mengenang jasa, mencintai negara.

Pada umumnya kemahiran-kemahiran generik yang dikenalpasti memang sudah

terdapat dalam kurikulum persekolahan yang sedia ada. Penekanan dan fokus yang lebih jitu

bagi kemahiran-kemahiran ini perlu diberi keutamaan. Ini boleh dilakukan seperti berikut :

• Proses pengajaran dan pembelajaran mesti berfokuskan kepada penglibatan aktif

semua pelajar. Mereka digalakkan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah

dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat.

• Pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja berfokus kepada subjek sebaliknya perlu

dikembangkan dan diberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran seperti

asas komunikasi, interpersonal, membuat keputusan dan etika.

• Pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan amalan praktis dalam kumpulan

dan pembinaan semangat pasukan.

• Proses pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan kaedah-kaedah seperti

penyelidikan dan penemuan. Pelajar perlu dilatih untuk menyelidik dan mengkaji

sesuatu masalah sama ada secara individu atau dalam kumpulan.

.

Page 41: Modul RBT 3105

27 

 

f) Penerapan Nilai

Pengajaran Kemahiran Hidup juga menekankan penerapan nilai-nilai murni yang di

tegaskan oleh FPN. Justeru itu, dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu

masukkan aspek nilai-nilai murni tersebut. Malah aspek Keselamatan adalah antara kaitan nilai

murni kasih sayang yang perlu diperhatian oleh semua guru Kemahiran Hidup terutama sekali

dalam waktu pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktivi amali. Keutamaan keselamatan ini

merupakan salah satu ciri Bengkel Kemahiran Hidup yang penting supaya bengkel menjadi

tempat yang sesuai dan kodusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Satu papan tanda yang mesti dipamerkan di dalam

Bengkel Kemahiran Hidup

UTAMAKAN KESELAMATAN

Page 42: Modul RBT 3105

28 

 

Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Anda telah mempelajari beberapa strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada kaedah tersebut ada diminta menyediakan satu kaedah/teknik pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan di dalam kelas. Kriteria adalah seperti berikut:

a. Kerja dilakukan dalam kumpulan b. Berdasarkan topik Kemahiran Hidup Sekolah Rendah c. Masa 10-15 min d. Bincangkan kelebihan mengapa anda memilih kaedah tersebut

2. Berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KHSR, rancangkan:

a. Satu rancangan kerja tahunan bagi tahun 4 atau tahun 5 atau 6 berdasarkan takwim sekolah. Rancangan kerja hendaklah merangkumi rancangan semester.

b. Berpandukan rancangan kerja tahunan dan semester yang anda bina, rancangkan satu rancangan pengajaran harian (Pilih tajuk mengikut bidang dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah)

Page 43: Modul RBT 3105

29 

 

Sinopsis Menghuraikan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran termasuk sumber berasaskan

ICT dan bagaimana mengintegrasikannya ke dalam pengajaran. Huraian adalah meliputi jenis

dan contoh bahan bantu mengajar; bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar; dan bahan bantu mengajar berasaskan

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Hasil Pembelajaran:

4. Mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan;

5. Menghuraikan pelbagai sumber termasuk sumber berasaskan ICT dan

mengintegrasikannya ke dalam pengajaran.

Kerangka Konsep Tajuk

TAJUK 2 BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI

Bahan bantu mengajar

berasaskan teknologi

Jenis dan contoh bahan bantu mengajar

Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar

Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

Page 44: Modul RBT 3105

30 

 

2.1 Jenis dan contoh Bahan Bantu Mengajar

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Bahan Bantu Mengajar?

Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk

menyampaikan pengajaran. Peralatan mengajar adalah tidak terhad kepada buku-buku teks,

papan hitam, kapur dan gambar-gambar malah turut meliputi sebarang benda yang digunakan

dalam pengajaran yang melibatkan semua panca indera iaitu melihat, mendengar, rasa, hidu

dan sebagainya.

Atan Long (1982) mengatakan bahawa bahan bantu mengajar merupakan alat yang

menyokong penyampaian dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar terdiri daripada bentuk

buku, carta atau slaid yang dipancarkan kepada layar. Ringkasnya di sini , bahan bantu

mengajar itu boleh juga dikategorikan kepada media elektronik dan media bukan elektronik.

Bahan bantu mengajar merupakan alat yang digunakan oleh guru, fasilitator atau tutor bagi

tujuan berikut:

• Membantu pelajar memperbaiki kemahiran membaca dan kemahiran-kemahiran lain

• Ilustrasi atau mengukuhkan kemahiran, fakta atau idea; dan

• Mengurangkan kebimbangan, kerisauan atau kebosanan pelajar.

Berdasarkan beberapa definisi bahan bantu mengajar, cuba anda rumuskan definisi

bahan bantu mengajar dari perspektif pengajaran dan pembelajaran Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah.

Page 45: Modul RBT 3105

31 

 

Apakah kaitan antara bahan bantu mengajar dan media pengajaran?

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut perkaitan antara bahan bantu mengajar

dan media pengajaran, mari kita fikirkan tentang media pengajaran. Ada dua elemen utama

bagi media pengajaran iaitu “media” dan “pengajaran”.

Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan

Latin yang bermaksud perantara. Media digunakan untuk membantu proses komunikasi

(Heinich, 2002) Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai

kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar

foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

Definisi asal tentang media menekankan bentuk atau cara fizikal yang membolehkan

mesej pengajaran disampaikan. Ini bermakna yang menjadi fokus ialah peralatan yang

membawa mesej dan mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan yang

menggerakkan dan memberi kesan kepada manusia ialah mesej.

Dari segi pengajaran, Heinich (2002) berpendapat bahawa jika media membawa mesej

tentang pengajaran, maka media itu merupakan media pengajaran. Ringkasnya, media

pengajaran ialah bahan-bahan audio visual dan bahan-bahan berkaitan dengannya yang

berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran. Oleh itu, media pengajaran adalah segala

sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada

penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian

pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran. Apakah contoh media

pengajaran yang akan anda gunakan untuk mengajar Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah ?

Page 46: Modul RBT 3105

32 

 

a) Pengkelasan jenis bahan bantu mengajar Pada asasnya, pengkelasan jenis bahan bantu mengajar berdasarkan Rajah 2.1. Nilai

bahan bantu mengajar bergantung kepada tahap realisme bahan itu. Semakin tinggi tahap

realismenya maka semakin tinggi nilai bahan tersebut. (Hoban dan Zissman, 1937) Oleh itu,

para pengkaji telah mencipta konsep penyusunan hirarki kaedah pengajaran berasaskan

tahap realisme. Salah satu usaha dilakukan oleh Edgar Dale (1946) dan dikenali sebagai Kon

Pengalaman Dale.

Rajah 2.1 Kon Pengalaman Dale

Kon Pengelaman Dale menekankan pengalaman konkrit pelajar berlaku apabila mereka

terlibat secara langsung dalam aktiviti itu. Pengalaman konkrit akan semakin berkurangan

Page 47: Modul RBT 3105

33 

 

apabila pelajar menjadi pemerhati. Pengalaman abstrak akan berlaku jika simbol visual dan

verbal digunakan untuk mewakili peristiwa. Oleh itu, kon ini menyusun media bermula daripada

media yang konkrit di tapak. Semakin ke atas ialah media visual dan di mercu kon ialah media-

media yang abstrak.

Brunner (1966) menafsirkan Kon Pengalaman Dale kepada tiga jenis pengalaman iaitu

pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengamalan simbolik. Pengalaman enaktif

merupakan pengalaman secara langsung atau pengelaman sebenar. Pengalaman ikonik

menggunakan simbol-simbol visual untuk mewakili satu perkara. Pengalaman simbolik atau

digital menggunakan perkataan semata-mata. Oleh itu, Brunner mencadangkan pengajaran

harus bermula daripada pengalaman enaktif. Ini disebabkan pelajar tidak dapat belajar jika

media yang digunakan tidak sesuai. Jadi, jika pelajar tidak faham akan konsep yang abstrak

maka mereka cuma menghafal sahaja tanpa memahami konsep.

Bahan bantu mengajar juga dikelaskan kepada (a) Bahan Maujud; (b) Bahan

Separa Maujud; dan (c) Bahan Abstrak. Nyatakan contoh-contoh dan bincangkan

perbezaannya!

Jika kita amati kefahaman tentang perkataan “bahan bantu mengajar” dan “media

pengajaran”, didapati istilah “media pengajaran” lebih meluas penggunaannya pada

masa kini. Mengapa? Bincangkan !

Bincangkan kriteria pemilihan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan

pembelajaran Kkemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Page 48: Modul RBT 3105

34 

 

2.2 Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Bahan bantu mengajar boleh direka bentuk dan dibangunkan secara khusus untuk

pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Walau bagaimanapun, bahan bantu mengajar

perlulah bersesuaian dengan topik yang diajar. Antara topik yang boleh disokong dengan

bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

ialah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 2.1

Jadual 2.1

Bidang Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Bidang Reka Bentuk & Teknologi

Keselamatan dan organisasi bengkel

Kreativiti dan reka cipta

Reka bentuk dan penghasilan projek

Elektrik dan elektronik

Baik pulih dan penyenggaraan

Tanaman Hiasan

Bidang Perniagaan dan Keusahawanan

Barang jualan

Merancang dan menyediakan jualan

Mempromosi jualan

Mengurus jualan

Merekod jualan

Fikirkan bahan bantu mengajar bagi bidang dan topik untuk mata pelajaran

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Page 49: Modul RBT 3105

35 

 

2.3 Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar

Tujuan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran ialah :

• Menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran;

• Mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid-murid;

• Menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus;

• Meneguhkan ingatan pelajar terhadap pengajaran guru;

• Menghasilkan pembelajaran yang lebih konkrit;

• Memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar;

• Memudahkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru;

Bincangkan kepentingan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar bukanlah berlaku secara automatik.

Oleh itu, seseorang guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar mengikut garis panduan

penggunaan bahan bantu mengajar. Secara umumnya, panduan penggunaan bahan bantu

mengajar adalah sepertimana berikut:

• Bahan bantu mengajar perlu diletakkan pada tempat yang sesuai;

• Bahan bantu mengajar hanya ditunjukkan pada masa yang perlu sahaja;

• Arahan yang jelas perlu diberikan sebelum bahan bantu mengajar digunakan;

• Bimbingan diberikan kepada murid-murid dalam membincangkan perkara, fakta

atau konsep yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang digunakan;

• Bahan bantu mengajar perlu disimpan dengan baik di tempat yang khusus

setelah selesai digunakan; dan

• Bahan bantu mengajar hanyalah berperanan memudahkan pembelajaran pelajar

dan bukannya menggantikan peranan guru.

Page 50: Modul RBT 3105

36 

 

Bagi membolehkan bahan bantu mengajar boleh digunakan secara optimum, ianya

perlu diurus dengan baik. Selepas digunakan ianya perlu disimpan di tempat yang sesuai.

Kaedah penyimpanan bahan bantu mengajar ialah sepertimana berikut:

• Menggunakan almari khas – Bahan 2D dan 3D

• Menggunakan Fail-fail Khas.

• Gambar-gambar disimpan dalam album plastic

• Bahan-bahan 3D boleh disimpan di dalam kotak

• Bahan 2D boleh disimpan dalam Rak Gantungan

Bincangkan tiga kaedah penyimpanan bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah.

2.4 Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi khususnya teknologi

maklumat dan komunikasi perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Pengunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) telah berkembang dengan pantas. Dalam dunia industri dan pembuatan,

TMK telah menukar cara sesuatu produk itu direkabentuk dan dihasilkan. Dalam pengajaran

dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi, penggunaan TMK meliputi:

• Reka bentuk perisian, 2D dan 3D

• Lukisan dan seni pembungkusan

• Perisian grafik

• Perisian CAD/CAM

• Pangkalan data

• Hamparan kerja

• Pemprosesan perkataan

Page 51: Modul RBT 3105

37 

 

• Penerbitan meja

• Perisian kawalan dan sistem

Melalui penggunaan pelbagai program dan aplikasi, TMK boleh membantu

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran melalui :

• Memberikan akses kepada maklumat untuk penyelidikan

• Membantu kreativiti dalam reka bentuk

• Mempercepatkan aspek proses pembuatan

• Memperbaiki kualiti kerja

• Membantu murid memahami urusan dan kegunaan industri

a) Perancangan untuk menggunakan TMK

Perancangan menggunakan TMK adalah bergantung kepada :

• Bilangan komputer

• Lokasi komputer dan sumber TMK lain

• Sambungan komputer kepada peralatan lain

• Rangkaian komputer

Menurut Owen-Jackson dan Davies (2002), guru perlu memastikan murid telah tahun

dan boleh menggunakan TMK sebelum bahan bantu mengajar berasaskan TMK digunakan.

Guru perlu mengambilkira tahap perbezaan kemahiran dan kebolehan murid-murid. Walau

bagaimanapun, guru harus mencuba merancang bagi meningkatkan kemajuan bagi setiap

pelajar dalam pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah khususnya bidang reka bentuk

dan teknologi dan penggunaan TMK.

Penggunaan internet juga boleh dipraktikkan dalam pembelajaran reka bentuk dan

teknologi. Antara kelebihan dan kekurangan penggunaan internet ialah sepertimana jadual 2.1

di bawah:

Page 52: Modul RBT 3105

38 

 

Jadual 2.2

Penggunaan TMK: Kelebihan dan Kekurangan

Kaedah Kelebihan Kekurangan

Guru mencari maklumat, mencetak, membuat salinan dan mengedarkan kepada murid.

Guru membuat keputusan tentang apa yang dilihat oleh murid, tidak perlu menunggu di komputer dan kos yang rendah.

Bahan tidak direka bentuk untuk setiap individu murid. Murid tidak membangunkan kemahiran mengendalikan maklumat. Kurang menarik bagi murid-murid.

Guru mencari maklumat dan memuat turun bahan ke komputer, menyunting dan mengedarkan kepada murid.

Maklumat berpadanan dengan keperluan kumpulan murid-murid. Boleh menyediakan bahan yang terkini.

Bahan tidak direka bentuk untuk setiap individu murid. Murid tidak membangunkan kemahiran mengendalikan maklumat. Kurang menarik bagi murid-murid.

Guru memuat turun laman web dan memberikan murid mencapai laman web tersebut.

Murid-murid mula mempelajari sendiri bagaimana mengakses maklumat. Tiada kos dalam talian.

Murid-murid memiliki capaian yang terbatas dan tidak b oleh menghubungkannya dengan sebarang lamanyang ditunjukkan.

Guru menyediakan senarai laman web memastikan murid hanya mencapai laman web tersebut sahaja.

Murid-murid mula mempelajari bagaimana mencari maklumat.

Kerja murid-murid akan terbatas kepada laman web yang dipilih oleh guru sahaja

Guru menyediakan senarai laman web yang lebih banyak dan membenarkan murid memilih untuk mengaksesnya.

Murid-murid mempunyai kebebasan mencari maklumat

Kerja murid-murid akan terbatas kepada laman web yang dipilih oleh guru sahaja

Murid diajar menggunakan enjin carian dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Murid-murid boleh mengakses jumlah maklumat yang banyak, boleh membangunkan kemahiran mengendalikan maklumat dan membuat keputusan.

Perlu mengawasi pelajar supaya fokus kepada kerja mereka (tidak terpesong). Juga melibatkan kos penggunaan internet dalam talian.

Page 53: Modul RBT 3105

39 

 

b) TMK dan Reka bentuk Reka bentuk boleh dihasilkan oleh murid-murid menggunakan Computer-Aided Design

(CAD) dan pakej-pakej lukisan. Kelebihannya ialah reka bentuk boleh diubahsuai tanpa

melukis semula atau melakar semula. Murid-murid juga boleh meneroka dan membuat

eksperimen berkaitan idea reka bentuk. Ini dapat membantu murid-murid yang tidak mempunyai

kemahiran melukis. Selain itu, CAD juga menyediakan murid-murid peluang menghasilkan imej,

lebih memahami produk dan bagaimana produk itu dihasilkan.

c) TMK dan pemodelan Pemodelan merupakan proses kreatif pada peringkat paling penting reka bentuk dan

pembuatan (Davies, 1999). Pemodelan membolehkan murid-murid :

• Mencuba idea sama ada ianya berfungsi atau sebaliknya

• Berfikir tentang cara memperbaiki idea

• Visualisasi idea

• Membangunkan idea sebelum membuat keputusan akhir.

Pemodelan menggunakan TMK menyediakan peluang kepada murid-murid peluang

menganalisis bahan, prosedur, struktur dan proses dalam usaha mendapatkan kefahaman

konseptual yang lebih baik (Owen-Jackson & Davies, 2002).

c) TMK dan pembuatan Secara tradisionalnya, reka bentuk dan teknologi melibatkan murid-murid menghasilkan

sesuatu produk secara ”hand-made’ dan berbentuk ”one-off” dengan jumlah yang

sedikit. ”One-off” merujuk kepada penghasilan prototip. Dengan adanya TMK, proses

penghasilan produk oleh pelajar boleh dilakukan dalam kuantiti yang lebih besar. Perisian

Computer Aided Drafting (CAD) boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran reka

bentuk dan teknologi. Selain itu, terdapat program atas meja dan grafik yang boleh membantu

murid-murid menghasilkan pembungkusan dan promosi bahan untuk produk yang dihasilkan

oleh mereka. Manakala penerbitan atas meja dan program pemprosesan perkataan juga boleh

digunakan untuk menghasilkan lembaran arahan yang disertakan bersama produk.

Page 54: Modul RBT 3105

40 

 

d) TMK, penilaian dan persembahan Penilaian boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang murid-murid melakukan aktiviti

mereka bentuk dan menghasilkan produk. Ianya melibatkan pengujian bahan, pengumpulan

data, modifikasi reka bentuk, perancangan atau produk. TMK boleh digunakan dalam proses ini.

Sebagai contoh, melaksanakan ujian pada komputer, merekod keputusan ujian, dan

menganalisis data. Penggunaan pakej penerbitan meja dan program pemprosesan perkataan

membolehkan murid-murid memuatkan rajah, jadual dan gambar dalam laporan mereka.

Persembahan merupakan aktiviti yang sukar bagi murid-murid. Kebiasaannya, murid-murid

akan menulis apa yang ingin diperkatakan di atas kertas dan membacanya kepada rakan-rakan

dalam kelas. Penggunaan TMK, daripada yang paling mudah iaitu Projektor OHP sehingga

kepada alat persembahan multimedia yang canggih seperti Powerpointmembolehkan murid-

murid menghasilkan persembahan dengan jadual, rajah, model dan gambar yang boleh

menyokong teks.

e) TMK dan pembelajaran murid-murid Penggunaan TMK seharusnya memberikan impak kepada pembelajaran murid-murid.

Ini merupakan tugas guru mempastikan apa yang telah dipelajari oleh murid-murid. Ini

bermakna, guru perlu mempertimbangkan semula cara pengajaran mereka apabila

menggunakan TMK. Apabila murid-murid menggunakan komputer secara kumpulan atau

berpasangan, guru perlu melihat sumbangan setiap murid dan bagaimana mereka berinteraksi.

Kemajuan pembelajaran murid-murid boleh dikenalpasti oleh guru-guru melalui cetakan hasil

kerja mereka.

Penggunaan TMK boleh membantu guru membezakan kerja murid-murid. Sebagai

contoh, pelajar kemampuan tinggi akan bergerak lebih pantas sepanjang program dan meminta

lebih tugasan untuk dilakukan. Komputer boleh membantu ramai murid-murid mengambil

bahagian dalam reka bentuk dan aktiviti-aktiviti teknologi. Selain itu, murid-murid boleh

dimotivasikan melalui penggunaan TMK yang lebih menarik dan menyeronokkan.

Page 55: Modul RBT 3105

41 

 

Aktiviti 2

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Terangkan kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar KHSR

2. Nyatakan fungsi bahan bantu mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

3. Dengan bantuan grafik, buat perbandingan antara bahan bantu mengajar bercetak

dan bahan bantu mengajar tidak bercetak?

4. Berikan garis panduan menggunakan BBM/ABM dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran KHSR

5. Sebagai guru terangkan ciri-ciri umum yang boleh dijadikan panduan dalam menilai sesuatu sumber dari internet.

6. Berikan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 56: Modul RBT 3105

42

Rujukan

Davies, D., & Howe, A. (2003). Teaching science and design and technology in the early years , London: David Fulton Publisher.

Grabe, M., & Grabe, C. (2006). Integrating technology for meaningful learning.

New York: Houghton Mifflin Co. Jonassen, D., Peck, K., & Wilson, B. (1999). Learning with technology: A

constructivist perspective. Upper Saddle River: Prentice Hall. Hope, G. (2004). Teaching Design and Technology 3 – 11: The essential guide

for teachers. Great Britain: Antony Rowe Ltd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat Dan Misi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 6. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Owen-Jackson, G., & Davies, L. (2002). ICT in design and technology. In Gwyneth, O – J. (ed.). Aspects of teaching secondary design and technology, London: Routledge Falmer.

Ritchie, R. (2001). Primary design and technology: A process for learning (2nd

Edition), London: David Fulton Publishers. Roblyer, M. D., & Edwards, J. (2000). Integrating educational technology into

teaching (2nd Edition). NJ: Prentice Hall. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2006).

Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Kuala Lumpur: PTS Professional.

Schunk, D. H. (2000). Learning theories: A educational perspective. New Jersey:

Prentice-Hall.

Page 57: Modul RBT 3105

43 

 

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH)

NAMA KELAYAKAN Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

Hj Rosehan b. Hashim Penolong Pengarah Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. [email protected]

Kelulusan: M Ed (Tech. & Voc. Edu.), UTM B.Tech with Educ. Hons (Civil), UTM, Diploma BTEC Civil Engineering (UK), Sijil Perguruan (Binaan Bangunan), MPTKL Pengalaman: Penolong Pengarah, Unit Dasar, BPG. Penolong Pengarah, Unit Kurikulum BPG.

Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah, Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. [email protected] [email protected]

Kelulusan: Ph.D (Multimedia Education & IT), USM M.Ed (Curriculum Studies), USM B.Tech. with Educ. Hons (Mechanical Engineering), UTM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Ipoh, Perak (3 Tahun) Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur (3 Tahun), Penolong Kanan HEM (1 Tahun) Guru Kanan Teknik & Vokasional (2 Tahun) Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (2 Tahun) Guru Sekolah Menengah Teknik (10 Tahun)

En. Tan Beng Tiam Pensyarah, Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. [email protected]

Kelulusan: M.Sc.(IT), USM B.A. Hons (Geografi/Ekonomi), USM Sijil Guru MPI (B) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh (3 tahun) Guru Sekolah Menengah (16 tahun) Ketua Panitia Kemahiran Hidup (12 Tahun) Guru Sekolah Rendah (13 Tahun)

Page 58: Modul RBT 3105

44 

 

PANEL PEMURNIAN MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah, Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. [email protected] [email protected]

Kelulusan: Ph.D (Multimedia Education & IT), USM M.Ed (Curriculum Studies), USM B.Tech. with Educ. Hons (Mechanical Engineering), UTM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Ipoh, Perak (3 Tahun) Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur (3 Tahun), Penolong Kanan HEM (1 Tahun) Guru Kanan Teknik & Vokasional (2 Tahun) Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (2 Tahun) Guru Sekolah Menengah Teknik (10 Tahun)

En. Tan Beng Tiam Pensyarah, Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. [email protected]

Kelulusan: M.Sc.(IT), USM B.A. Hons (Geografi/Ekonomi), USM Sijil Guru MPI (B) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh (3 tahun) Guru Sekolah Menengah (16 tahun) Ketua Panitia Kemahiran Hidup (12 Tahun) Guru Sekolah Rendah (13 Tahun)