mohd dasuqkhi bin mohd sirajuddin

Upload: utrujjah11

Post on 11-Feb-2018

368 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    1/206

    METODOLOGI KRITIKAN RIWAYAT DI

    DALAM KITABNAYL AL-AWTAR;TUMPUAN TERHADAP KITAB AL-HUDUD

    MOHD DASUQKHI BIN MOHD SIRAJUDDIN

    JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH

    AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2009

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    2/206

    METODOLOGI KRITIKAN RIWAYAT DI

    DALAM KITABNAYL AL-AWTAR;TUMPUAN TERHADAP KITAB AL-HUDUD

    MOHD DASUQKHI BIN MOHD SIRAJUDDIN

    DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUKMEMENUHI IJAZAH SARJANA

    USULUDDIN BAHAGIAN II

    (SECARA BERKURSUS DAN DISERTASI)

    JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH

    AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2009

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    3/206

    i

    ABSTRAK

    Kajian ini cuba meneliti aplikasi metodologi kritikan riwayah (Naqd

    al-Riwayah) di dalam sebuah karya hadith ahkam berjudul Nayl al-Awtar

    tulisan Muhammad bin Ali al-Syawkani (1255H). Sebagaimana kritikan

    terhadap al-sanad dan al-matan hadith, metodologi ini amat sesuai bagi

    menangani keperluan menyaring maklumat di bidang lain seperti tafsir, fiqh,

    sejarah, falsafah atau apa jua bidang yang diwarisi melalui metode riwayah.

    Metodologi ini terbina daripada dua konsep asasi di dalam disiplin riwayah,

    iaitu kritikan rangkaian perawi (al-Sanad) dan kritikan terma-termapemindahan riwayah (al-Tahammul wa al-Ada). Konsep kritikan pertama (al-

    Sanad) melibatkan dua syarat kesahihan iaitu keadilan (al-Adalah) dan

    ketelitian (al-Dabt) perawi. Manakala konsep kritikan kedua pula melibatkan

    lapan bentuk terma dalam metode pemindahan riwayah iaitu; kedengaran (al-

    Simai), penulisan (al-Kitabah), penemuan (al-Wijadah), pemberian (al-

    Munawalah), pesanan (al-Wasiyyah), makluman guru (Ilam al-Syaikh),

    pemberian keizinan (al-Ijazah), dan bacaan di hadapan guru (al-Qiraah Ala

    Syaikh). Menjadikan 237 riwayah daripada topik al-Hudud sebagai subjek,

    kajian ini secara tidak langsung mengkaji bentuk-bentuk riwayah yang

    dikritik, meneliti sebab-sebab wujudnya kritikan terhadap sesebuah riwayah,

    serta keistimewaan dan keunikan metodologi ini dalam menghuraikan hadith-

    hadith, athar, fatwa dan pandangan para ulama berkenaan hukum-hakam yang

    dipindahkan catatannya melalui metode riwayah.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    4/206

    ii

    ABSTRACT

    This research attempts to verify the application of riwayas critique

    methodology in a hadith ahkam book entitled; Nayl al-Awtar, written by

    Muhammad Ali al-Syawkani (1255H). As the critique of the al-sanadand al-

    matn of hadith, this methodology precisely overcomes the need to verify the

    information in other disciplines such as tafsir, fiqh, history, philosophy and

    also other fields that narratively transferred by riwayas method. This

    methodology consists of dual basic structures based on riwayas discipline i.e;

    critique of al-Sanad and critique of riwaya transmission terms (kayfiyah al-

    Tahammul wa al-Ada). The first critique concept (al-Sanad) includes two

    conditions of riwayas thruthfulness i.e; justice (al-Adalah) and

    conscientiousness (al-Dabt) of the narrator (al-Rawi). The another concept is

    the terms ofriwaya transmission (al-Tahammul wa al-Ada) and it includes;

    audition (al-Simai), writing (al-Kitabah), discovery (al-Wijadah), gift (al-

    Munawalah), wills (al-Wasiyyah), teachers information (Ilam al-Syaikh),

    permission (al-Ijazah), and recitational-reading (al-Qiraah AlaSyaikh). By

    using 237 ofal-Hudud textual riwayas as the subject, this research indirectly

    examines various and reasons behinde the critisms of riwaya, the significants

    and uniqueness of this methodology in elaborating hadith ahkam, athar and

    Islamic legal opinions (fatwa) that were transcriptly derived through riwayas

    method.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    5/206

    iii

    PENGHARGAAN;

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekelian alam, puji-

    pujian buat rasul junjungan, Muhammad SAW, para sahabat, salaf al-saleh

    dan sekelian orang mukmin yang menjunjung tinggi ketaqwaan kepada Allah

    SWT. Syukur kepada Allah, kerana limpah rahmatNya, dapat disiapkan

    disertasi ini. Mudah-mudahan inilah di antara amal baktiku untuk Islam.

    Terima kasih yang pertama sekali diungkapkan buat ibu tercinta

    Ramlah Bt Awang, atas didik asuhnya yang penuh ikhlas dan gigih

    menghadapi mehnah hidup. Juga buat allahyarham ayahanda yang dikasihi,

    Mohd Sirajuddin Hj. Che Teh yang sudah terdahulu dijemput tuhan, doa

    sentiasa kupanjatkan untukmu sepanjang hayatku. Buat isteri yang dikasihi,

    Syafawati Mohd Nor, yang sanggup berkongsi susah senang hidup ini, tidak

    ada mahar paling berharga buat seorang isteri melainkan redha seorang suami.

    Juga buat kesemua ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat dan

    dorongan, itulah bekalan dan pedomanku sepanjang usaha ini.

    Barisan guru-guru yang dikasihi, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman

    yang sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar, Prof. Dato Dr. Zulkifli

    Yusof, Prof. Madya Dr. Ishak Sulaiman, Prof. Madya Dr. Mustafa Abdullah,

    dan Prof. Madya Dr. Abd Rashid Ahmad, Dr. Faisal Ahmad Shah, Allah pasti

    membalas usaha dan keikhlasan kalian. Jutaan terima kasih juga buat sesiapa

    yang menghulurkan bantuan dan khidmat samaada secara langsung mahupun

    tidak. Syukran Jazilan.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    6/206

    iv

    ISI KANDUNGAN

    a)- Abstrak; i-iib)- Penghargaan; iii

    c)- Isi Kandungan; iv-v

    d)- Senarai Ilustrasi; vi

    e)- Senarai Simbol dan Kependekan; vif)- Pandual Transliterasi; vii-ix

    BAB; PENDAHULUAN __

    a) Pengenalan; 2b) Latarbelakang Masalah Kajian; 2c) Pernyataan Masalah; 8d) Objektif Kajian; 13e) Kepentingan Kajian; 13f) Skop Kajian; 14g)

    Definisi Tajuk; 15h) Sorotan Kajian (Literature Review); 18

    i) Metodologi Kajian; 23BAB 1; METODOLOGI KRITIKAN RIWAYAT____________________

    1.1- Pengenalan Ilmu Kritikan Riwayat; 31

    1.1.1- Definisi Kritikan (al-Naqd); 31

    1.1.2- Definisi Riwayat (al-Riwayah); 331.2- Sejarah Perkembangan Ilmu Kritikan Riwayat; 44

    1.2.1- Bentuk-Bentuk Kritikan di zaman Rasulullah SAW; 49

    1.2.2- Kritikan Riwayat di zaman sahabat RA; 55

    1.2.3- Kritikan Riwayat di zaman Tabien dan salaf; 61

    1.3- Bentuk-Bentuk dan Pembahagian Ilmu Kritikan Riwayat; 661.3.1- Kritikan Perawi Hadith (Naqd al-Sanad); 661.3.2- Kritikan Kaedah Penerimaan dan Penyampaian

    (Kayfiyat al-Tahammul wa al-Ada); 801.3.3- Contoh Aplikasi; 911.3.4- Kesimpulan; 94

    BAB 2;NAYL AL-AW R; KIT B AL- UD D __

    2.1- Biodata PengarangNayl al-Awtar; 962.1.1- Latar Belakang Keilmuan; 972.1.2- Ketokohan Dan Sumbangan Imam al-Syawkani; 1002.1.3- Komentar Para Ilmuan Islam Terhadap Imam

    al-Syawkani dan Riwayah Syiah; 1022.2- Ulasan KitabNayl al-Awtar; 1072.3- Analisis Riwayah al-HududDi dalamNayl al-Awtar; 110

    2.3.1- Analisis Kuantiti dan Kualiti; 114

    2.4- Kesimpulan; 116

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    7/206

    v

    BAB 3; APLIKASI KRITIKAN RIWAYAT DI DALAMNAYL

    AL-AW R;

    3.1- Kritikan sanad; sifat al-Adalah danal-Dabt; 119

    3.1.1- Metod 1 1203.1.1.1- Metod 1.1 121

    3.1.1.2- Metod 1.2 123

    3.1.1.3- Metod 1.3 1253.1.1.4- Metod 1.4 129

    3.1.2- Metod 2 131

    3.1.2.1- Metod 2.1 1343.1.2.2- Metod 2.2 137

    3.1.3- Metod 3 139

    3.1.4- Metod 4 141

    3.1.4.1- Metod 4.1 143

    3.1.4.2- Metod 4.2 1453.1.4.3-Metod 4.3 148

    3.1.5- Metod 5 1513.1.6- Metod 6 153

    3.1.6.1-Metod 6.1 158

    3.2- Kritikan konsep al-Tahammul dan al-Ada; 1603.2.1- Metod 1 1603.2.2- Metod 2 163

    3.2.3- Metod 3 166

    3.2.3.1- Metod 3.1 1693.2.4- Metod 4 171

    3.2.4.1- Metod 4.1 172

    3.2.4.2- Metod 4.2 174

    3.2.4.3- Metod 4.3 1783.2.5- Metod 5 179

    3.3- Kesimpulan 183

    BAB 4; KESIMPULAN ___

    4.1- KitabNayl al-Awtar; 1864.2- Metodologi kritikan riwayat; 186

    4.2.1- Kritikan rangkaian perawi (al-Sanad); 186

    4.3- Keistimewaan metodologi kritikan riwayat; 1874.3.1- Menyaring riwayat; 188

    4.3.2- Mengenalpasti sebab dan alasan

    status sesuatu riwayat; 188

    4.3.3- Menyelidiki kekuatan dan kelemahan riwayat; 188

    4.5- Cadangan dan Saranan; 189j)- Bibliografi; 191

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    8/206

    vi

    SENARAI ILUSTRASI;

    Bil. Ilustrasi Halaman

    1. Jadual 1.1; Menunjukkan Bentuk-Bentuk Lafaz al-Jarhdan al-Tadilserta Kedudukannya;

    73-75

    2. Jadual 2; Menunjukkan Bilangan Bab YangTerkandung Di Dalam Empat Buah Topik Besar al-

    Hudud.

    111-114

    3. Carta 2.1; Menunjukkan Peratusan Riwayat Yang

    Sahih, Hasan Dan Da`ifdi Dalam Topikal-Hudud Naylal-Awtar.

    115

    4. Graf 2.1; Menunjukkan kuantiti dan kualiti riwayah-

    riwayah yang terdapat di dalam topikal-Hududdi dalamkitabNayl al-Awtar.

    115

    SENARAI KEPENDEKAN/MAKSUD;1. Ibid. =Ibidem (Seperti Rujuk Sebelumnya)2. Op.cit = Rujukan yang telah diselangi rujukan lain.3. TTP = Rujukan Tanpa Tempat Terbitan.4. TP = Rujukan Tanpa Penerbit.5. t.t. = Rujukan Tanpa Tarikh (Tahun) Terbitan6. Dr./Drs. = Doktof Falsafah.7. Ibn. = Ibnu (anak).8. Bt. = Binti (anak perempuan).9. SAW. = Salla Allah Alayh wa Sallam.10.SWT. = Subhanahuwa Taala.11.KWJ = Karrama Allah wajhah.12.RA. =Radiya Allah Anh.13.Juz. = Juzuk.14.Hlm.@hlm. = Halaman.15.m/s = Muka Surat.16.K.L/K.Lumpur= Kuala Lumpur17.UM = Universiti Malaya.18.SDN.BHD. = Sendirian Berhad.19.Bil/BIL. = Bilangan.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    9/206

    vii

    JADUAL TRANSLITERASI

    BIL. HURUF ARAB TRANSKIPSI CONTOH TRANSLITERASI

    KONSONAN

    - a akbarb basir

    t Tilawah

    th Thabit

    j Jaiz

    h Halawah

    Kh Khutbah

    d Dunya

    dh Dhawq

    r Ruh

    z Zaytun

    s Surah

    sh Shaytan

    s Sirat

    d Dabt

    t Taah

    z Zalim

    Alim

    gh Ghulam

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    10/206

    viii

    f Falaq

    q Qalqalah

    k Kiswah

    l Lut

    m Masjid

    n Nar

    w Waraqah

    h Haiwan

    y Yatim

    h Taqah

    VOKAL PENDEK1. (Fathah) a Qanata

    2. (Kasrah) i Salam

    3. (Dammah)u

    Juila

    VOKAL PANJANG1. / a / Kubra/ Bab2.

    iWakil

    3.

    u

    Surah

    DIFTONG1. aw Qaw

    2. ay Khayr

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    11/206

    ix

    3. uww Quwwah

    4. Iy/i Arabiy

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    12/206

    1

    BAB;

    PENGENALAN

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    13/206

    2

    METODOLOGI KRITIKANRIWAYAT DI DALAM KITABNAYL

    AL-AWTAR; TUMPUAN KEPADA KITAB AL-HUDUD;

    a)- Pengenalan;

    Menyorot kembali sejarah perkembangan ilmu hadith1, samaada

    dari segi penulisan, pembukuan, dan penyusunan melalui kajian-kajian

    terdahulu mahupun semasa menampakkan ilmu hadith sememangnya

    terlalu unik dan disiplin yang komprehensif, terutamanya keterikatannya

    dengan al-Quran yang umpama isi dengan kuku yang mustahil untuk

    direnggangkan biarpun seinci. Justeru, masih terlalu luas lautan disiplin

    ilmu ini yang perlu diterokai khususnya bagi pencinta ilmu dan kebenaran.

    Atas dasar inilah penulis terpanggil untuk meneliti salah satu dari bidang

    pengajian al-Hadith, iaitu bidang huraian (syarh) yang menumpukan

    perbahasan khusus terhadap hadith-hadith hukum di dalam sebuah karya

    berjudul Nayl al-Awtar oleh Muhammad bin Ali bin Muhammad al-

    Shawkani.

    b)- Latarbelakang Kajian;

    Jika diteliti disiplin ilmu hadith secara menyeluruh, kita akan

    dapati terlalu banyak bidang-bidang kecil yang melingkunginya. Sebagai

    jelmaan praktikal terhadap al-Quran, al-Hadith sarat dengan perbahasan

    yang cukup tersirat yang secara umumnya menurut Ibn. al-Akfani di

    dalam karyanya Irshad al-Qasid ila al-Asna al-Matalib,

    mengklasifikasikan pengajian al-Hadith kepada dwi topik utama iaitu Ilmu

    1

    Segala yang disandarkan kepada Nabi SAW dari segi perkataan, tindakan, pengakuan,sifat samaada sebelum kebangkitannya [menjadi rasul] atau selepasnya- Lihat Ibn.Taymiyyah (t.t),Majm Fat w , Riyad,Dar al-Ita, juz. 18, hlm. 10-11.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    14/206

    3

    HadithRiwayah danDirayah2 yang di bawah pembahagian itu terkandung

    pula puluhan topik perbahasan yang lain. Antara lainnya ilmu yang

    berkaitan perkataan Nabi SAW, perbuatannya, periwayatannya,

    penghafazan, penulisan, ilmu yang mampu mencungkil kedudukan

    individu yang meriwayatnya (perawi), syarat-syaratnya, jenis-jenisnya,

    kedudukannya, keadaan perawi serta syarat-syaratnya3. Berdasarkan

    bidang pengajian tersebut, para ulama hadith giat memulakan

    penyusunan, kajian, serta penulisan karya-karya mereka sekitar topik

    berkenaan berdasarkan kepakaran masing-masing. Lahirlah kemudiannya

    karya-karya tersusun berdasarkan sepuluh bentuk utama sebagaimana

    yang dijelaskan oleh Muhammad Nur al-Din Itr di dalam bukunya

    Manhaj al-Naqd fiUlum al-Hadith iaitu;

    i- Kitab yang ditulis mengikut bab-bab fiqh tertentu yang umum. Misalnya

    kitab-kitab al-Jawami; seperti Sahih al-Bukhari, Muslim, kitab-kitab al-

    Sunan; seperti Sunan al-Tirmidhi, Ibn.Majah, al-Nasai, kitab-kitab al-

    Musannafat; seperti Musannaf Abd al-Razaq al-Sanani dan Musannaf

    Abi Bakr Ibn. Abi Syaybah, kitab-kitab al-Mustadrakat; seperti; al-

    Mustadrak li al-Hakim al-Naysaburi, dan kitab-kitab al-Mustakhrajat;

    seperti al-MustakhrajatAlaal-Sahihayni.

    ii- Kitab yang dikarang berdasarkan tertib nama sahabat R.A; misalnya

    kitab-kitab al-Masanid seperti; Musnad Imam Ahmad Ibn. Hanbal,

    Musnad Imam al-SyafiidanMusnad AbiYalaal-Muwassali, Kitab-kitab

    Atrafseperti; Tuhfat al-Asyraf bi Marifah al-Atraf li al-Hafizal-Mizzidan

    Dakhair al-Mawarith fial-Dilalah alaMawadial-Hadith.

    2

    Jalal al-Din Abd al-Rahman Ibn. Abi Bakr al-Suyuti (2002), Tadrb al-R f Syar Taqrb al-Nawaw , Beirut,Daral-Kutub al-Ilmiah, jld.1, hlm.8.3Ibid.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    15/206

    4

    iii- Karya-karya al-Mujam; iaitu karya hadith yang disusun mengikut

    nama sahabat, nama negeri, nama guru atau mengikut huruf abjad seperti

    al-Mujam al-Kabir li al-Hafizal-Tabarani.

    iv- Kitab yang disusun berdasarkan perkataan awal matan al-hadith (kutub

    al-Atraf) seperti kitab-kitab al-Majami dan kitab hadith-hadith yang

    masyhur (masyhuralaalsinah) misalnya kitab al-Maqasid al-Hasanah fi

    al-Ahadith al-Musytahirah ala alsinah oleh Imam al-Hafiz al-Sakhawi

    (902H), Kasyf al-Khafa wa Mazil al-Ilbas amma Usytuhira min al-

    Hadith alaAlsinah al-Nas oleh Imam al-Ajluni (1162H).

    v- Kitab-kitab yang hadith-hadithnya disusun berdasarkan sumber-sumber

    asalnya; seperti kitabJamial-Usul li Ahadith al-Rasul oleh Imam Ibn. al-

    Athir (606H), kitab Kanz al-Ummal fiSunan al-Aqwal wa al-Afal oleh

    Imam Ali Bin Hasan al-Hindi (957H) , Jam al-Jawami oleh Imam al-

    Suyuti (911H) dan seumpamanya.

    vii- Kitab-kitab Zawaid yang merupakan karya hadith-hadith tambahan

    kepada kitab hadith yang sedia ada; misalnya kitabMajmaal-Zawaid wa

    Manbaal-Qawaidoleh al-Hafiz al-Haythami (807H) dan al-Matalib al-

    Aliyah bi Zawaid al-Masanid al-Thamaniyah oleh Imam al-Hafiz Ibn.

    Hajar al-Asqalani (852H).

    viii- Kitab-kitab al-Takhrij yang mengumpulkan hadith beserta sanaddan

    status kesahihannya; misalnya kitab Nasb al-Rayah li Ahadith al-Hidayah

    oleh Imam al-Zaylai (762H), Talkhis al-Khabir fiTakhrij Ahadith al-Rafi

    al-Kabir oleh Imam Ibn. Hajar dan al-Mughni an Haml al-Asfar fi al-

    Asfar fiTakhrij ma fial-Ihyamin al-Akhyaroleh Imam al-Iraqi (684H).

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    16/206

    5

    ix- Kitab al-Ajza; iaitu kitab yang mengumpulkan hadith-hadith yang

    diriwayatkan daripada seorang lelaki samada dari kalangan para sahabat

    atau perawi selepas generasi mereka. Misalnya kitab Juz Hadith Abi

    BakrdanJuzHadith Malik.

    x- Kitab-Kitab al-Masyikhat4; Umpamanya kitab al-Irad liNabzat al-

    Mustafad min al-Riwayah wa al-Isnad dan Fihrasat al-Imam Abi Bakr

    Muhammad Ibn. Khayr.

    xi- Kitab-Kitab al-Ilal5; umpamanya kitab al-Jamili Akhlaq al-Rawiwa

    Adab al-Samioleh al-Khatib al-Baghdadi (463H). 6

    Begitu juga karya-karya di dalam bidang ulum hadith, yang

    membariskan tokoh-tokoh terkemuka umpamanya, Ibn. Solah (643H)

    dengan Muqaddimahnya, al-Qasimi dengan karyanya Qawaid al-

    Tahdith min fann Mustalah al-Hadith, Ibn. Kathir (774H) dengan

    Ikhtisar Ulum al-Hadith, Ibn. Qutaybah al-Dinawari dengan kitabnya

    Takwil Mukhtalaf al-Hadith, Tadrib al-Rawi oleh Imam al-Suyuti dan

    lainnya. Perkembangan yang menakjubkan juga, berlaku dalam bidang

    syarh atau huraian hadith terutamanya kepada karya-karya teks (al-matn).

    Umpamanya karya yang cukup bernilai oleh Imam Ibn. Hajar al-

    Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, kitab al-Minhaj

    syarah kepada Sahih Muslim, oleh Imam al-Nawawi, Awn al-Mabud

    Syarh Sunan Abi Dawud oleh Syams al-Haqq al-Abadi, Tuhfat al-

    4Al-Masykh t; kitab yang mengumpulkan di dalamnya guru-guru para Muhaddithin dan

    apa-apa yang diterima samaada dalam bentuk kitab-kitab atau hadith-hadith dengansanad-sanadnya yang di sandarkan kepada penulis kitab-kitab tersebut yang di terima.

    Lihat Muhammad Nur al-Din Itr (1997), Manhaj al-Naqd f Ulm al- adth, Beirut,Dar al-Fikr al-Muasir, ctkn 3, hlm. 209-210.5 Il l; Kitab yang menghimpunkan hadith-hadith yang mempunyai kecacatan yang

    disertai dengan keterangan yang jelas tentang kecacatan tersebut dengan kajian danpenelitian yang mendalam.Lihat Nur al-Din Itr,Ibid, hlm.210.6Ibid, hlm.197-210.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    17/206

    6

    Ahwadhi fi Syarh Sunan al-Tirmidhi oleh al-Mubarakfuri, Syarh al-

    ZarqanialaMuwatta Imam Malik oleh al-Zarqani , dan lainnya.

    Dalam pada itu, bidang ini juga jika diteliti, mempunyai ruang

    lingkupnya yang tersendiri. Umpamanya huraian teks (al-matn) secara

    umum, huraian berdasarkan topik-topik atau tema-tema tertentu, huraian

    hadith-hadith hukum secara khusus dan seumpamanya. Penulis dengan ini

    menumpukan kajian, kepada karya huraian teks-teks hadith hukum. Secara

    umumnya para muhaddithin7

    memaknakannya sebagai;

    Kitab-kitab yang meliputi hadith-hadith hukum sahajayang diambil oleh penulis-penulisnya daripada karya-

    karya hadith asal [Masdar Asliyah] yang kemudiannyadisusun mengikut bab-bab fiqh

    8

    Karya-karya dalam kelompok ini amat penting dan berguna bagi

    tujuan rujukan masalah fiqh daripada sumber kedua selepas al-Quran, iaitu

    al-Sunnah. Antara karya yang terkenal dalam kelompok ini ialah;

    I. Kitab al-Ahkam al-Kubra karya al-Asybili yang terkenal dengangelaran Ibn. al-Kharrat (581H), yang terdapat di dalam enam jilid

    dan menurut Muhammad Matar al-Zahrani belum ada naskhah

    yang dicetak (sehingga tarikh komen beliau ini)9.

    II. Kitab al-Ahkam al-Wusta juga oleh Abd al-Haqq al-Asybili

    setebal dua jilid daripada pengarang yang sama.

    7Menurut Ibn. Sayd al-Nas (734H) muhaddith ialah ilmuan yang bergelumang dengan

    hadith dari aspek riwayah dan dirayahnya, mengumpulkan [maklumat] para perawi,menguasai majoriti [maklumat] perawi serta riwayahnya di zamannya, serta [mampu]

    membezakannya sehingga kepada catatannya, serta terkenal dengan ketelitiannya-Lihat

    muqaddimah al-Suyuti (2002), Tadrb al-R , f Syar Taqrb al-Nawaw , Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, juz.1, hlm.15.8

    Muhammad bin Matar al-Zahrani (1996), al-Sunnah al-Nabawiyah; Nasyatuh waTaawwaruh , Riyad, Dar al-Hijrah li al-Nasyr Wa al-Tawzi,hlm.212.9Ibid.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    18/206

    7

    III. Kitab al-Ahkam al-Sughra oleh juga oleh al-Asybili setebal satujilid.

    10

    IV. Umdat al-Ahkam an Sayd al-Anam karya Taqqiy al-Din AbiMuhammad Abd al-Ghani Abd al-Wahid al-Maqdisi al-Jamaili

    (600H) yang terdapat dalam dua jilid yang telah pun dicetak dan

    telah disyarahkan oleh Ibn. Daqiq al-Id (702H), al-Hafiz

    Muhammad bin Ahmad bin Marzuq dan al-Hafiz Siraj al-Din al-

    Mulaqqan (804H), dan al-Fayruz Abadi al-Syirazi (817H)11.

    V. al-Ahkam al-Kubra oleh Majd al-Din Abd al-Salam bin AbdaLlah bin Taymiyah al-Hazani (653H).

    VI. al-Muntaqamin Akhbar al-MustafaS.A.W juga oleh Majd al-DinIbn. Taymiyah yang menurut Ibn Rajab al-Hanbali (653H)

    merupakan ringkasan kepada al-Ahkam al-Kubra12. Karya ini

    banyak dihuraikankan oleh para muhaddithin antaranya;

    a) Al-Imam Muhammad bin Ahmad bin Abd al-Hadi al-Maqdisi(744H).

    b) Al-Allamah Siraj al-Din Umar bin Ali al-Mulaqqan (804H).Namun beliau tidak sempat menyiapkannya.

    c) Abu al-Abbas Ahmad bin al-Muhsin al-Qadi al-Hanbali(771H). Beliau juga tidak sempat menyempurnakannya.

    d) Al-Qadi Muhammad bin Ali al-Shawkani (1255H) yangbeliau namakannya Nayl al-Awtar Syarh Muntaqa al-

    Akhbar. Kitab ini telah pun dicetak beberapa kali dan menurut

    10Muhammad Bin Jafar al-Kattani (1987), al-Ris lah al-Mustarafah, Beirut, Dar al-

    Basyair al-Islamiah, Juz 1, ctkn 4, hlm.178.11

    Mustafa bin Abd aLlah al-Qastantini al-Rumi al-Hanafi (1992), Kasy al- un n,Beirut, Dar al-Kutub Ilmiah, juz.2, hlm. 1164.12 Muhammad bin Matar al-Zahrani,op.cit, hlm.213.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    19/206

    8

    Matar al-Zahrani juga, kitab ini banyak bergantung dari sudut

    huraiannya, kepada kitab Fathal-Bari dan dari sudut takhrij

    hadithnya kepada kitab Talkhis al-Khabir oleh Ibn Hajar al-

    Asqalani13.

    VII. al-Ilmam fiBayan Adillah al-Ahkam karya Izz al-Din Abd al-Salam (660H).

    VIII. al-Ilmam fiAhadith al-Ahkam yang dikarang oleh Taqy al-DinAbi al-Fath Muhammad bin Daqiq al-Id (702H).

    IX. al-Muharrar fi Ahadith al-Ahkam oleh al-Hafiz Syams al-DinMuhammad bin Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi (744H).

    X. Taqrib al-Masanid wa Tartib al-Asanid oleh Zayn al-Din al-Iraqi (804H).

    XI. Bulugh al-Maram min Ahadith al-Ahkamoleh Imam al-Hafiz IbnHajar al-Asqlani (852H)14.

    c)- Pernyataan Masalah Kajian;

    Di dalam bidang huraian (syarh) ini, para sarjana Islam dahulu

    mahupun kini, berpegang kepada dua metodologi huraian utama iaitu

    huraian (syarh) teks (al-Matn) dan rangkaian perawi (al-Sanad). Konsep

    huraian ini memiliki elemen pengembangan idea, kritikan, ulasan, tafsiran

    dan seumpamanya. Huraian teks merangkumi proses penelitian makna

    kalimah atau perkataannya (tahrir al-Alfaz), huraian makna kalimah yang

    jarang digunapakai (gharib al-hadith), latar belakang riwayah teks (asbab

    al-Wurud), serta ulasan teks dari aspek fiqh, sejarah, sirah dan selainnya

    13Ibid. 214.

    14Ibid, hlm.212-215.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    20/206

    9

    berdasarkan kandungannya. Huraian al-sanad pula meliputi proses

    menjejaki kedudukan teks dalam karya-karya utama (takhrij al-Hadith),

    kajian sanadnya (dirasah al-Asanid), komentar baik atau buruk kepada

    perawi (al-Jarh wa al-Tadil), yang diakhiri dengan meletakkan status

    kesahihan hadith berkenaan (al-Hukm ala al-Hadith). Namun begitu,

    disiplin ini lazimnya hanya diaplikasikan kepada al-hadith, al-athar, atau

    seumpamanya sahaja sedangkan terdapat banyak karya-karya bidang ilmu

    lain seperti fiqh, sirah nabawi, sejarah, falsafah, dan banyak lagi yang

    maklumatnya tercatat di dalam khazanah ilmu Islam menggunakan metode

    riwayah melalui rangkaian perawi sepertimana konsep al-Hadith. Situasi

    ini dapat diteliti melalui kenyataan Muhammad Ibn. Sad (230H) di dalam

    karyanya al-Tabaqat al-Kubrayang menyebut;

    ...

    Ertinya;

    ..kemudiannya datang [generasi] tabien selepas

    [generasi] sahabat dari kalangan anak-anak golongan

    Muhajirin dan Ansar dan selain mereka yang di antaramereka ada golongan fuqaha dan ulama yang mereka

    memiliki riwayah hadith, athar, fiqh, dan fatwa.

    Kemudiannya muncul pula selepas mereka kelompok demi

    kelompok yang lain sehinggalah ke zaman kita ini dan kami

    telah susun serta perjelaskannya15

    15Muhammad bin Sad al-Zuhri (t.t),al- abaq t al-Kubr , Beirut,Dar al-Sadir, juz. 2,

    hlm.378.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    21/206

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    22/206

    11

    Oleh itu, menjadikan kritikan sebagai asas kajian, penulis

    beranggapan perlu mengetengahkan konsep yang sedia wujud dalam

    disiplin ilmu hadith ini, bagi menangani keperluan tersebut. Sebagaimana

    kritikan dapat dilakukan dalam disiplin al-hadith yang melalui teks (al-

    Matn) dan rangkaian perawi (al-Sanad), konsep kritikan yang sama juga

    perlu apabila berhadapan dengan bidang ilmu lain seperti fiqh, yang

    didatangkan dalam khazanah ilmu Islam dalam bentuk riwayah seperti

    yang telah dinyatakan. Bermatlamatkan objektif yang sama, iaitu

    menyaring dan meneliti maklumat yang sahih daripada yang selainnya,

    kritikan al-Riwayah adalah konsep terbaik bagi tujuan itu. Berbekalkan

    upaya konsep al-Riwayah itu sendiri -yang merangkumi dua metode utama

    iaitu penggunaan konsep al-Sanad dan kaedah-kaedah penerimaan dan

    penyampaian sesuatu maklumat riwayah itu (kayfiyah al-Tahammul wa al-

    Ada)- kritikan terhadap dua item dalam konsep al-Riwayah itu, jelas

    mampu meneliti dan menyaring segala maklumat yang dibawa di dalam

    riwayah berkenaan bagi membezakan maklumat yang sahih, pasti dan

    tepat daripada yang palsu, samar dan menyeleweng.

    Kesimpulannya, penulis merasakan amat perlu mengkaji secara

    lebih mendalam berkenaan konsep kritikan ini yang merupakan salah satu

    metode asasi dalam bidang huraian hadith (syarhal-Hadith). Kritikan di

    sini bukanlah dengan makna ulasan atau huraian semata-mata, tetapi

    penelitian dan analisis mendalam yang kritis bertujuan menyaring sesuatu

    fakta, maklumat atau idea bagi menghasilkan keputusan lebih jitu, pasti

    dan diyakini benar. Manakala al-Riwayah pula, bukanlah dengan maksud

    Ilmu Hadith Riwayah, tetapi memfokuskan kepada konsep al-Riwayah

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    23/206

    12

    itu sendiri yang menyangkut makna proses pemindahan sesuatu maklumat

    (kayfiyah al-Tahammul wa al-Ada) yang menggunakan metodologi

    rangkaian perawi (al-Sanad). Jelas makna riwayah itu bukan terbatas

    kepada hadith, atharatau khabar sahaja, bahkan apa jua bentuk maklumat

    daripada apa jua bidang ilmu samada hadith, fiqh, sejarah, falsafah atau

    apa sahaja ilmu yang mengunapakai metode itu. Huraian lebih panjang

    lebar terhadap makna, konsep dan metodologi kritikan riwayah ini penulis

    muatkan di dalam bab 1 kajian ini. Apa yang penulis maksudkan dengan

    metodologi kritikan riwayah ialah bagaimana ulasan yang kritis

    terhadap hadith-hadith, athar, dan fatwa-fatwa di dalam kitab Nayl al-

    Awtar, yang memfokuskan kepada proses, kaedah-kaedah periwayatannya

    dan rangkaian sanadyang terlibat.

    Sehubungan itu, pemilihan subjek kajian juga ada signifikannya.

    Melihat kepada ruang lingkup konsep al-Riwayah yang meliputi bukan

    sahaja hadith dan athar, bahkan apa juga maklumat ilmu yang didatangkan

    dalam bentuk riwayah, Nayl al-Awtar memiliki kelebihan tersebut. Ia

    bukan sahaja memuatkan hadith dan athar, bahkan juga fatwa-fatwa dan

    pandangan para muhaddithin dan fuqaha yang di datangkan dalam bentuk

    riwayah atau menggunakan konsep al-Sanad. Justeru, penulis memilih

    kitab Nayl al-Awtar fiSyarhal-MuntaqaSayd al-Akhyar karya Imam al-

    Shawkani. Hasil daripada penelitian yang dibuat, penulis menyifatkannya

    sebagai kitab yang cukup sempurna dari sudut persembahan metodologi

    syarahannya dan amat sesuai bagi kajian ini. Nayl al-Awtarbukan sahaja

    memuatkan hadith dan athar, bahkan jua fatwa, dan pandangan para

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    24/206

    13

    fuqaha dan muhaddithin yang disusun berdasarkan tajuk-tajuk fiqh secara

    pukal.

    d)- Objektif Kajian;

    Bagi menyempurnakan kajian ini, penulis telah mensasarkan

    beberapa objektif penting iaitu;

    1) Mengenalpasti aplikasi metode ini di dalam kitabNayl al-Awtar.2) Mengkaji bentuk-bentuk riwayah yang dikritik.3) Meneliti sebab-sebab wujudnya kritikan terhadap sesebuah

    riwayah.e)- Kepentingan Kajian;

    Dalam rangka menyiapkan kajian ini, penulis bertitik tolak

    daripada beberapa perkara yang amat penting iaitu;

    1- Memperkenalkan konsep dan metodologi kritikan riwayah yang

    amat membantu dalam mengukur kesahihan dan kekuatan dalil hadith,

    athar, dan pandangan atau fatwa para tabien yang di datangkan dalam

    bentuk riwayah yang bertaburan di dalam karya-karya hadith hukum.

    2- Menonjolkan ketokohan Imam al-Shawkani melalui karya beliau

    ini sekaligus meletakkan beliau pada kedudukan dan kategori muhaddith

    yang juga memiliki kepakaran tersendiri walaupun hidup pada zaman

    yang agak jauh daripada zaman salaf al-Soleh.

    3- Kajian ini juga penting dalam meneliti kaedah metodologi para

    muhaddithin dalam mengukur kedudukan dan status sesebuah riwayah

    yang meliputi hadith, athar, dan fatwa-fatwa sebelum menghurai, serta

    mengistinbatkan sesuatu hukum.

    4- Kajian ini juga penting bagi mendalami metodologi kritikan

    riwayah yang menjadi panduan kepada ilmuan Islam apabila berinteraksi

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    25/206

    14

    dengan hadith-hadith, athar, dan fatwa dan pandangan para fuqaha secara

    lebih kritis.

    5- Pemilihan Kitab al-Hududdi dalam kajian ini juga mempunyai

    signifikan tersendiri khususnya dalam menilai kedudukan riwayah-

    riwayah al-Hudud. Penumpuan ini juga membolehkan kajian dikhususkan

    secara tidak langsung kepada isu-isu penting di dalam topikal-Hududbagi

    meneliti perbincangan para muhaddithin terhadap riwayah-riwayah hudud

    yang boleh dianalisis serta dibandingkan dengan bentuk-bentuk huraian

    para fuqaha.

    6- Sebagai salah satu rangka memperkenalkan kitab ini sebagai salah

    satu rujukan utama huraian dalam bidang hadith hukum yang kadang-kala

    dipandang serong akibat tohmahan ideologi Syiah terhadap Imam al-

    Shawkani.

    f)- Skop Kajian;

    Dalam rangka menyiapkan kajian ini juga, penulis telah

    menggariskan skop kajian agar penulisan terarah kepada tajuk yang di

    pilih. Skop atau ruang lingkup yang dimaksudkan ialah;

    I. Metodologi kritikan riwayah Imam al-Shawkani di dalamkitabnya Nayl al-Awtar dengan penumpuan khusus kepada

    kitab al-Hudud.

    II. Bentuk-bentuk riwayah yang dikritik oleh pengarangnya.III. Sebab-sebab kritikan berkenaan.IV. Kaedah aplikasi metodologi ini di dalam Nayl al-Awtar oleh

    Imam al-Shawkani.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    26/206

    15

    g) Definisi Tajuk;Metodologi Kritikan RiwayatDi Dalam Kitab Nawl al-Awtar; Tumpuan

    Kepada Kitab al-Hudud

    1 -Metodologi;

    Metodologi yang lafaz Arabnya "manhaj", membawa maksud

    sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang jelas20

    yang digunakan

    dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya21

    . Perkataan metodologi

    ini juga sinonimnya adalah terjemahan kepada perkataan "manhaj" di

    dalam Bahasa Arab yang di dalam kajian ini, penulis merujuk kepada

    metodologi Imam al-Shawkani dalam mengemukakan kritikan beliau

    terhadap riwayah-riwayah yang dihuraikan di dalamNayl al-Awtar.

    2- "Kritikan Riw yat" :

    Kritikan membawa maksud analisis, penilaian dan ulasan terhadap

    sesuatu karya sastera dan lain-lain22. Kalimah Arab yang sinonim dengan

    perkataan ini ialah "al-Naqd" yang bermaksud akurasi yang sesuai dan

    "Naqidu" bermaksud perbincangan sesuatu topik23 manakala

    penggunaannya di dalam Bahasa Inggeris memberi makna ulasan dan

    proses ujian yang mendalam sesuatu topik. Sorotan dari penggunaannya di

    dalam Melayu, Inggeris dan Arab memberi makna menyaring sesuatu

    yang bukan dari unsur asalnya, pertimbangan yang akurat24

    serta analisis

    20 Muhammad bin Mukrim bin Manzur al-Ifriqi al-Misri (t.t), Lis n al-Arab, Beirut, al-Barnamij al-Muhaddith al-Majani, Juz. 2, hlm.383.21

    Fauziah bt. Abd Kahar, Siti Meriam bt.Ismail & Azni Yatul Shima bt. Abd Kadir

    (1994),Kamus Dewan Edisi Ke-3, Kuala Lumpur, DBP; hlm.887.22Ibid, hlm. 712-713.23

    Muhamamad bin Abi Bakr al-Razi (1993),Mukht r al- i ah, Lubnan, MaktabahLubnan, ctkn.3, hlm.281.24Ibid.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    27/206

    16

    yang teliti terhadap sesuatu topik. Manakala riwayat adalah perkataan

    jama (plural) kepada riwayah yang maksud asalnya ialah

    "meriwayatkan"25, "menyampai", atau "menceritakan"26 sesuatu

    maklumat. Kebiasaannya diaplikasikan untuk memberikan maksud teknik

    pemindahan syair, kisah-kisah, hadith27

    dan seumpamanya yang

    melibatkan rangkaian pemindahan dari generasi ke suatu generasi yang

    lain. Secara istilahnya, riwayah ialah pemindahan al-Sunnah

    menggunakan sandaran sanad yang melalui kaedah-kaedah pemindahan

    (kayfiyah al-Tahammul wa al-Ada) yang khusus28.

    3- Imam al-Shawk " ;

    Beliau ialah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Abd Allah

    al-Shawkani al-Sanani29. Dilahirkan pada hari Isnin, 18 Zu al-Qadah

    1172 Hijrah di Syawkan, salah sebuah kampung al-Sahamiah yang

    merupakan salah satu daripada tempat Qabilah Khawlan30. Merupakan

    bekas seorang mufti dan pernah diamanahkan jawatan Qadi di Sana,

    Yaman setelah kematian pengganti Qadi besar kepada al-Mansur Ali bin

    25 Abd. Rauf Dato Hj. Hasan, Abdul Halim Salih, Khairul Amin Moh Zain (2005)

    Kamus; Bahasa Melayu- Bahasa Arab, Bahasa Arab- Bahasa Melayu, Selangor,

    Oxford Fajar Sdn. Bhd, , hlm.170.26 Ibn. Al-Manzur al-Ifriqi,op.cit, juz. 14, hlm. 345, al-Razi,op.cit, hlm. 111.27Ibid.28

    Jalal al-Din al-Suyuti (2002), Tadrb al-R ; f Syar Taqrb al-Nawaw , ctkn.3,Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, hlm.9.29 Lihat Muqaddimah al-Tahqiq- Muhammad bin Ali al-Shawkani (1655H), Nayl al-

    Aw r f Syar Muntaq al-Akhbar min A dth Sayd al-Akhy r, Beirut, Dar al-Wafa,juz.1, hlm 9.30Ibid.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    28/206

    17

    al-Madi al-Abbas31. Beliau meninggal dunia pada malam hari Rabu 27

    Jamad al-Akhir pada tahun 1255 Hijrah32

    .

    4-Kitab Nayl al-Aw r;

    Judul asal kitab ini ialah Nayl al-Awtar fi Syarh Muntaqa al-

    Akhbar min Ahadith Sayd al-Akhyar yang merupakan huraian Imam al-

    Shawkani kepada kitab Muntaqaal-Akhbar min Ahadith Sayd al-Akhyar

    karangan Imam Ibn. Taimiyah R.H (728H).

    5- Kit b al- udd;

    Kitab di sini dengan maksud topik atau bab major yang disusun oleh

    pengarang sesebuah karya. Al-Hudud pula merujuk kepada maksud

    asalnya iaitu pemisah diantara dua perkara iaitu yang halal dan haram33

    di dalam syariat Islam. Dalam konteks ini, al-Shawkani tidak

    menghimpunkan hadith-hadith di bawah satu topik sahaja bahkan beliau

    muatkan kesemuanya berdasarkan susunan asal karya al-Muntaqa, di

    dalam enam topik utama kitab ini iaitu; Topik (Kesalahan Yang

    Menumpahkan) Darah-Darah (Kitab al-Dima) mengandungi 25 bab,

    Topik hukum-hukum had (Kitab al-Hudud) meliputi 17 bab, Topik

    (hukuman) potong dalam (kes) kecurian (kitab al-Qat fi al-Sirqah)

    mengandungi 8 bab, topik hukuman had(kes) minum arak (kitab Hadd al-

    Syurb al-Khamr) dengan 8 bab, dan topik hukum-hakam (kes) murtad

    (kitab ahkam al-Riddah) 5 bab.

    31

    Ibid, hlm.1232Ibid. hlm.14

    33 Ibn. Al-Manzur al-Ifriqi al-Misri,op.cit. juz. 3, hlm.140.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    29/206

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    30/206

    19

    berkenaan prinsip, langkah-langkah serta disiplin-disiplin ilmu naqd

    al-Riwayah yang digunakan.

    2) Al-Dars al-Usuli wa Atharihi fiFiqh al-Hadithy; Kitab Nayl al-AwtarNamuzijan, (1995) oleh al-Tayyib Kariban, disertasi sarjana Universiti

    Muhammad al-Khamis. Kajian ini menjadikan Nayl al-Awtar sebagai

    bahan kajian. Walaubagaimanapun, kajian oleh sarjana ini, memfokuskan

    kepada teori "Usul al-Hukm" serta kesannya terhadap pengolahan fiqh al-

    Hadith yang diaplikasikan oleh Imam al-Shawkani di dalam karyanya itu.

    Kajian yang lebih menjurus kepada disiplin fiqh al-Hadith ini, menjadikan

    olahan dan syarahan Imam al-Shawkani di dalam kitab ini sebagai subjek

    utama bagi meneliti bagaimana teori Usul al-Hukm itu diaplikasikan oleh

    al-Shawkani serta kesannya terhadap syarahan fiqh al-Hadithnya. Kajian

    di atas (1) dan (2), satu-satunya kajian Sarjana Muslim yang penulis temui

    yang membahaskan secara khusus metodologi Imam al-Shawkani di

    dalamNayl al-Awtar. Dari sudut biografi Imam al-Shawkani pula, terdapat

    satu kajian yang dilakukan oleh sarjana Barat iaitu;

    3) Revival And Reform In Islam; the Legacy Of Muhammad al-Shawkani,oleh Haykel, Bernard daripada University Of Cambridge, United Kingdom

    yang akhirnya dibuku dan diterbitkan pada tahun 2003 oleh Cambrige

    Universiti Press34

    . Tesis ini memfokuskan idea pembaharuan di dalam

    Islam, menjadikan Imam al-Shawkani sebagai subjek kajian dengan

    mengangkat keunikan idea-idea pembaharuan Islamnya yang di sifatkan

    sebagai (legacy) "amanat", khususnya dari sudut hukum-hakam. Di

    samping itu, kajian ini mendedahkan latarbelakang akademik Imam al-

    34 Haykel, Bernard (2003),Revival And Reform In Islam; the Legalcy Of Muhammadal-Shawk , United Kingdom, University Of Cambridge, Cambridge Press, hlm. Vi.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    31/206

    20

    Shawkani dengan mengambilkira iklim politik serta pengaruh keilmuan

    zaman itu yang membentuk keilmuan serta keperibadiannya. Jelasnya,

    kajian ini berbentuk biografi-histografi yang membongkar keperibadian

    ilmu imam al-Shawkani semata-mata tanpa mengkaji mana-mana karya

    atau metodologi hadithnya.

    Kajian berkenaan metodologi "Kritikan riwayah" atau "Manhaj al-

    Naql al-Riwayah" secara khusus pula, penulis telah meneliti beberapa

    buah kajian yang telah dilakukan oleh sarjana Islam. Kajian-kajian

    daripada sarjana-sarjana Muslim ini meliputi sejarah perkembangan

    metode kritikan riwayah atau hadith, aplikasi metode ini di dalam

    beberapa karya klasik (turath) oleh pengarang, kepentingan serta

    perhatian para muhaddithin terhadap kaedah ini serta prinsip-prinsip asas

    di dalam disiplin ini. Ianya sepertimana berikut;

    4) Al-Naqd ind al-Muhaddithin; Nasyatuhu wa Manahajuh, (1392H)oleh Abdullah Ali Ahmad Hafiz yang merupakan disertasi sarjana,

    Universiti Umm al-Qura, Makkah. Kajian bersifat "historis" ini lebih

    menjurus ke arah sejarah perkembangan ilmu "kritikan" yang

    diaplikasikan oleh para muhaddith sepanjang zaman. Tanpa menjadikan

    karya atau individu khusus sebagai subjek kajian, Abdullah Ali dalam

    kajiannya ini lebih meneliti perkembangan disiplin ilmu secara khusus,

    serta bentuk-bentuk perubahan dan "pematangan" ilmu ini. Ia juga

    membahaskan metodologi dan disiplin yang dilalui oleh para muhaddithin

    ketika mengplikasikan metode ini dalam menyaring kedudukan hadith-

    hadith Nabawi.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    32/206

    21

    5) Ihtimam al-Muhaddithin bi Naqd al-Hadih Matnan wa Sanadan, waDahsMazaim al-Mustasyriqin wa Atbauhum (1404H) oleh Muhammad

    bin Luqman al-Salafi. Tesis PHD, Universiti al-Imam Muhammad bin

    Suud al-Islamiyah. Berdasarkan tajuknya, sarjana ini membahaskan

    keprihatinan para muhaddithin terhadap metode kritikan riwayah dari segi

    sanad dan matannya, serta jawapan balasan kepada kritikan-kritikan

    orientalis di dalam topik ini. Kajian ini cuba mengangkat keunggulan

    metode ini di dalam menyaring ketulenan hadith. Ia memberikan fokus

    terhadap keprihatinan para muhaddithin sepanjang zaman terhadap metode

    ini serta hujjah-hujjah yang terkandung di dalamnya terhadap segala

    tohmahan golongan orentalis. Namun begitu, kajian ini tidak menjadikan

    mana-mana karya, tokoh, sebagai subjek kajian. Namun ianya suatu kajian

    yang amat baik bagi menjelaskan kepentingan metode ini di dalam

    pengajian hadith.

    6) Usul al-Zahirah al-Naqdiyyah ind al-Muslimin, (1994) oleh IbrahimAba Muhammad. Tesis PHD dari Universiti Muhammad al-Khamis ini

    lebih memberikan fokusnya kepada prinsip-prinsip asas dalam teori

    kritikan yang diaplikasikan dalam bentuk yang lebih umum dan meluas.

    Terma "ind al-Muslimin" (..di kalangan Umat Islam..) menjelaskan

    bahawa skop kajian beliau meliputi penggunaan teori kritikan ini di

    kalangan umat Islam. Justeru kajian ini lebih menjurus ke arah

    penggunaan teori ini yang kebiasaan atau lazimnya diaplikasikan oleh

    umat Islam di semua peringkat samada para sarjana Islam dan ulama,

    dahulu mahupun yang terkemudian, dan dalam apa jua lapangan ilmu.

    Tanpa menjadikan bahan, karya, individu, disiplin ilmu atau subjek

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    33/206

    22

    tertentu sebagai bahan kajian, ianya bersifat umum yang hanya menyentuh

    kerangka teoritikal dan prinsip-prinsip asas dalam kritikan menurut kaca

    mata individu Muslim.

    7) Naqd al-Ruwat ind al-Muhaddithin fi al-Qarn al-Thalathah al-Ula;Dirasah Tatawur al-Naqd wa Manahijuh. Oleh Tahlujai Almi, Tesis

    PHD, Universiti Muhammad al-Khamis. Sarjana Muslim ini juga dalam

    kajiannya ini, membahaskan berkenaan teori kritikan riwayah yang

    diaplikasikan oleh para muhaddithin pada kurun yang ketiga Hijrah yang

    pertama dengan memfokuskan kepada perkembangan teori serta prinsip-

    prinsip asas di dalam teori berkenaan. Ia lebih mendasari prinsip-prinsip

    yang ditakuti oleh para muhaddithin di kurun tersebut, serta

    perkembangan ilmiah yang berlaku terhadap disiplin ini secara khusus.

    Beliau sepertimana pengkaji yang sebelum ini, tidak menjadikan mana-

    mana karya, individu tertentu sebaliknya meneliti secara umum aplikasi

    teori ini oleh para muhaddithin pada kurun ketiga Hijrah yang pertama.

    8) Al-Manhaj al-Naqd al-Hadith ind Ibn. Al-Kathir fi Kitabihi al-Bidayah wa al-Nihayah, (1998) oleh Ayman Mahmod Salim al-Umry.

    Disertasi sarjana dari Universiti al-Urduniyyah ini adalah salah satu kajian

    berkenaan metodologi naqdal-HadithImam Ibn. Kathir (774H) di dalam

    karyanya al-Bidayah wa al-Nihayah. Kajian ini khusus meneliti

    metodologi kritikan terhadap hadith-hadith di dalam karya tersebut yang

    memperlihatkan bagaimana metode ini diaplikasikan oleh Imam Ibn.

    Kathir (774H) dalam menyaring riwayat-riwayat yang dimuatkan di dalam

    karyanya itu. Ia memfokuskan secara terperinci berkenaan langkah-

    langkah, disiplin, bentuk-bentuk kritikan hadith yang meliputi sanaddan

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    34/206

    23

    matn, serta keunikan metode ini dalam menyaring kedudukan sesebuah

    riwayat. Namun begitu, sememangnya terdapat perbezaan dari sudut

    persembahan metodologi berkenaan oleh al-Shawkani berbanding Ibn.

    Kathir. Perbezaan jarak masa juga memungkinkan berlakunya 'revolusi

    keilmuan' terhadap disiplin ini setelah melalui 'proses pematangan' ilmu

    sehinggalah zaman al-Shawkani.

    Kesimpulannya, setelah meneliti kesemua kajian-kajian ini, masih

    ada ruang yang luas bagi penulis mengkaji kitab Nayl al-Awtar.

    Memandangkan kajian-kajian yang lalu hanya berlegar di sekitar

    metodologi umum al-Shawkani, biografinya, dan manhaj al-Naqd secara

    khusus, metodologi kritikan riwayah oleh Imam al-Shawkani di dalam

    karyanya Nayl al-Awtar masih belum diteliti oleh para sarjana baik

    Muslim mahupun sarjana Barat.

    i)- Metodologi Penyelidikan;

    Frasa di atas boleh difahami dengan maksud ia adalah suatu

    susunan aktiviti pengumpulan, analisa, dan penafsiran data35

    yang

    dirancang dengan teliti dengan kata lain bersifat sistematik36

    untuk

    mendapatkan dan memperkembangkan ilmu pengetahuan37

    . Justeru bagi

    menghasilkan kajian yang komprehensif, bermutu dan bersifat akademik,

    ianya memerlukan metodologi yang sesuai dan tersusun. Justeru penulis

    telah mengaplikasikan kaedah penyelidikan yang sesuai dengan konsep

    35Abd. Halim Mat Diah (1986), Falsafah Pendidikan Islam (Disertasi Untuk

    Memperoleh Gelaran DR. Pendidikan Islam), Institut Agama Islam Negeri Yogyakarta,

    hlm.111.36

    S.Hadibroto (1965),Method Research, (T.P),(t.t.p), hlm.5.37Mohd. Majid Konting (1990) Kaedah Penyelidikan Pendidikan, K.Lumpur, DBP,

    hlm.1.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    35/206

    24

    kajian ini iaitu kaedah penyelidikan berbentuk Kajian Perpustakaan.

    Kaedah ini adalah dengan mengaplikasikan penelitian secara khusus

    terhadap sumbangan tokoh-tokoh terdahulu. Ia melalui penggunaan bahan-

    bahan bercetak atau bahan-bahan yang dikeluarkan oleh badan-badan

    berkaitan38

    . Penulis kemudiannya menggunakan beberapa metodologi

    yang lebih spesifik bagi mengkaji secara lebih mendalam dan menepati

    konsep kajian perpustakaan. Metodologi yang dimaksudkan ialah;

    i- Metode Penentuan Subjek;

    Metode ini digunakan ketika penulis menentukan konsep kajian

    yang bakal dijalankan bagi memastikan pemahaman ke atas bentuk kajian

    yang melibatkan pembacaan buku-buku, makalah, perbincangan atau

    penelitian ke atas isu-isu39

    yang berkaitan. Penulis dengan ini memilih

    kitab Nayl al-Awtar sebagai subjek40 utama kajian yang ditumpukan

    penelitian terhadap metodologi naqd al-Riwayahpengarangnya, Imam al-

    Shawkani secara khusus. Secara lebih khusus, penulis memilih 4 bab

    utama dalam topik perundangan Islam iaitu; Kitab al-Dima, Kitab al-

    Hudud, al-Qat fi al-Sirqah, Hadd Syurb al-Khamr serta Ahkam al-

    Riddah. Melalui penelitian ini, penulis juga menyingkap secara tidak

    langsung kehebatan, keilmuan dan ketokohan Imam al-Shawkani sebagai

    salah seorang muhaddith yang terkenal.

    38 Sivachandralingam Sundara Raja (2001), Pemikiran Dan Penulisan Ilmiah,

    K.Lumpur , Utusan Publications Distribution, SDN. BHD, hlm. 24.39

    Kamarudin Ngah & Roslim Mat Akhir (1990), Kaedah Penyelidikan; Paduan Mudah

    Kerja Luar, Petaling Jaya; Fajar Bakti, hlm.10.40

    Subjek; Adalah kelompok orang atau benda yang hendak dikaji .-Lihat KannethD.Bailey (1984), Kaedah Penyelidikan Sosial, (Terj; Hashim Awang, DBP,KualaLumpur). hlm.12.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    36/206

    25

    ii- Metode Pengumpulan Data;

    Proses yang melibatkan metodologi ini adalah proses pengumpulan

    data yang bersifat historis yang penulis susuli dengan dua metode utama

    Kajian Perpustakaan iaitu Metode Historis dan Metode Dokumentasi.

    i. Metode Historis;Proses ini termasuklah menguji (kebenaran) dan menganalisa

    secara kritis rakaman dan peninggalan masa lalu41

    . Penulis dengan ini,

    meneliti secara khusus kitab Nayl al-Awtar, serta buku-buku, kajian-

    kajian ilmiah, makalah, kertas kerja serta segala sumber yang

    mengandungi perspektif sejarah42

    yang berkaitan tajuk43

    daripada mana-

    mana individu, institusi pengajian, badan atau pertubuhan tertentu yang

    mengeluarkan, atau menulis karya-karya yang menyentuh tajuk kajian

    penulis.

    ii. Metode Dokumentasi;

    Pengaplikasian metode ini adalah dengan cara pengumpulan data

    dan melakukan penelitian atau studi44

    terhadap dokumen-dokumen yang

    mempunyai hubungan dengan permasalahan kajian45

    . Ianya termasuklah

    kumpulan hukum, peraturan, keputusan, pengadilan, gambar, potret-potret

    dan sebagainya46

    . Justeru, sepanjang proses pengumpulan data dibuat,

    penulis mengaplikasikan sepenuhnya dua kaedah ini bagi mendapatkan

    41 Louis Gottscholk (1975), Mengerti Sejarah, Nugrononotosusanto (Terj.) Jakarta,

    Yayasan Penerbit Universitas Indonesia, hlm.32.42

    Sidi Ghazalba (1981), Pembimbing Latihan Ilmiah DanTesis, K.Lumpur, Pustaka

    Antara, hlm.77.43 Wasty Soemanto M.Pd. (1996), Pedoman Teknik Penulisan Skripsi (Kajian Ilmiah),Ctkn.3, Jakarta, Bumi Aksana, hlm.14.44

    Abd. Halim Mat Diah (1987), Suatu Contoh Huraian Metodologi, Fakulti Usuluddin,

    APIUM, hlm. 117.45 Gerald S.Ferman & Jack Levin (1975), Social Science Research, USA;Halsted Press,

    hlm.63.46Imam Barnadib (1982),Arti Dan Metode Sejarah Penyelidikan, Yogyakarta, Yayasan

    FIP-KIP, hlm.51.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    37/206

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    38/206

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    39/206

    28

    c)- Metode Komparatif;

    Metode ini mempunyai pengertian yang luas termasuk

    membandingkan antara dua unsur yang berkaitan, antara dua sumber yang

    berlainan bagi fakta yang sama, atau maksud yang sama tetapi istilah yang

    berlainan53

    . Penulis menggunakan metode ini sepenuhnya ketika

    merangka dan menyusun fakta-fakta pada bab yang kedua, ketiga dan

    keempat. Secara umumnya bab-bab ini menyentuh berkenaan biografi

    Imam al-Shawkani, sejarah perkembangan ilmu mustalah hadith54

    khususnya ilmu huraian (syarah) karya-karya tekstual (kutub al-mutun)

    hadith, pandangan para ulama berkenaan peribadi dan keilmuan Imam al-

    Shawkani serta metodologinya kritikan riwayahnya secara lebih khusus di

    dalam kitab Nayl al-Awtar. Penulis melakukan perbandingan fakta-fakta

    atau maklumat (data-data) yang ditemui dan menyaringnya melalui proses

    penelitian, perbandingan serta pemilihan data-data yang sesuai yang

    akhirnya disusun mengikut kronologi serta sub-sub topik kajian. Akhirnya,

    dengan mengaplikasi kesemua metode-metode di atas, serta dengan

    mengambilkira hasil-hasil kajian terdahulu, penulis telah memilih untuk

    mengkaji metodologi kritikan riwayah (naqd al-Riwayah) Imam al-

    Shawkani di dalam karyanyaNayl al-Awtar.

    53 Idris Awang (t.t), Kaedah Penyelidikan; Suatu Review, K.Lumpur, APIUM, hlm.32-

    33.54Ilmu berkenaan istilah-istilah hadith yang disepakati penggunaannya dikalangan para

    muhaddithin.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    40/206

    29

    BAB 1;METODOLOGI

    KRITIKAN RIWAYAT

    (NAQD AL-RIWAYAT)

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    41/206

    30

    METODOLOGI KRITIKAN RIWAYAT

    (MANHAJNAQD AL-RIW Y T);

    Keunggulan ilmu hadith terletak pada keunikan sistem sanadyang

    menurut para muhaddithin, kalaulah tidak kerana sanad- yang berperanan

    menyaring ketulenan dan kesahihan hadith-hadith Rasulullah S.A.W-,

    nescaya sesiapa sahaja akan berbicara tentang agama menurut hawa

    nafsunya semata-mata55

    . Ketulenan sanad ini walaubagaimanapun

    terpaksa melalui kaedah-kaedah dan metodologi analisisnya yang

    tersendiri. Ia melalui proses al-Naqd (kritikan) yang meliputi sanad dan

    matan. Kajian sanad(dirasat al-Asanid)56, komentar buruk atau baik (al-

    Jarh wa al-Tadil), yang diakhiri dengan klasifikasi hukum terhadap

    sesebuah hadith, adalah di antara elemen penting dalam disiplin Naqd al-

    Riwayah.

    Justeru, bab ini cuba memperincikan teori Naqd al-Riwayah

    sebelum melihat aplikasinya di dalam karya Imam al-Shawkani yang

    menjadi subjek kajian ini. Bab ini akan memberikan pengenalan khusus

    berkenaan teori kritikan riwayah (naqd al-Riwayah) yang penulis mulakan

    dengan pembahagian ilmu hadith, perbezaan antara Ilmu Hadith

    Riwayah dan konsep al-Riwayah, item-item utamanya, sejarah

    perkembangan disiplin kritikan (naqd al-Riwayah), bentuk dan

    pembahagiannya, kepentingannya serta metodologi kritikan (naqd al-

    Riwayah) menurut para muhaddithin.

    55 Lihat-Muqaddimah Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyayri al-Naysaburi (1997), a Muslim Beirut, Dar Ihya al-Turath, al-Arabi, bab;5; Bayan Anna al-Isnad min al-Din,hlm. 51, Muhammad Ibn. Hibban al Basti (t.t), Kit b al-Majr n, Halab, Dar al-Wayi,bab; al-Kuna, juz. 3, hlm. 145.56

    Kajian sanad bermaksud; Penelitian terhadap para perawi dengan merujuk kepadamaklumat setiap orang daripada mereka. Lihat Mahmud Tahhan (1996), U l al-Takhrjwa Dir s t al-As nid, al-Riyad, Maktabah al-Maarif li al-Nasyr wa al-Tawzi, hlm.137.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    42/206

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    43/206

    32

    ulasan terhadap sesuatu karya sastera dan lain-lain62

    . Gabungan maksud

    ketiga-tiga bahasa itu memberikan kefahaman terhadap perkataan "al-

    Naqd" yang boleh disimpulkan dengan tiga maksud utama iaitu

    mengasingkan sesuatu yang bukan daripada unsur asalnya, pertimbangan

    yang akurat serta analisis yang teliti terhadap sesuatu topik. Jelasnya,

    kritikan bukan sahaja ulasan, huraian, atau pengembangan idea semata-

    mata, tetapi ia adalah penelitian, kajian, atau ulasan yang bersifat kritis,

    yang mampu membezakan sesuatu yang asli, sahih dan jitu daripada

    sesuatu yang berbaur tiruan, samar, dan kabur. Ia juga memberi makna

    menyaring sesuatu maklumat, idea atau data bagi menatijahkan keputusan

    yang pasti dan diyakini benar.

    ii- Definisi istilah;Dari segi istilah hadithnya ilmu kritikan (al-Naqd) ialah ilmu

    yang berkenaan metodologi bagi membezakan hadith-hadith sahih

    daripada yang daif atau bermasalah63, serta meletakkan hukum kepada

    para perawinya melalui metode al-Jarh dan al-Tadil dengan lafaz-lafaz

    tertentu serta petunjuk-petunjuk yang diketahui oleh pakar-pakar64

    dalam

    bidang berkenaan.Al-Jarhbermaksud tuduhan (al-Tan) kepada para rawi

    oleh sebab kecacatan sifat adalahnya, atau kurang ketelitiannya (al-

    62

    Ibid.63Asam Ahmad al-Bashir (1996), U l Manhaj al-Naqdind al-Mu addithn, Lubnan,

    Muassasah al-Rayyan, ctkn.11, hlm. 7.64Yahya bin Muayn al-Ghatfani al-Baghdadi (1979), al-Trikh, Jamiah al-MalikAbd

    al-Aziz, Markaz al-Bahth al-Ilmi, juz.1, hlm.5

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    44/206

    33

    Dabt) yang mengakibatkan ia dihukum sebagai lemah (daif)65, palsu

    (mawdu), menyembunyikan sesuatu (tadlis) dan seumpamanya.

    Manakala al-Tadil pula menyifatkan seseorang perawi berdasarkan sifat

    adalah dan ketelitiannya (al-Dabt) dengan maksud menerima

    riwayahnya66

    .

    b) Pengertian () ;i- Definisi dari aspek bahasa;

    Kalimah ri-wa-yah merupakan kata terbitan (verbal noun) kepada

    kata kerja ra-wa 67 yang maksud asalnya ialah mengairi68 ( (,

    meriwayatkan69,menyampai, atau menceritakan

    70sesuatu

    maklumat. Kebiasaannya diaplikasikan untuk memberikan maksud teknik

    pemindahan syair, kisah-kisah, hadith71

    dan seumpamanya yang

    melibatkan rangkaian pemindahan dari generasi ke suatu generasi yang

    lain. Dengan kata lain, al-Riwayah boleh difahami sebagai satu

    metodologi pemindahan maklumat yang melibatkan kaedah yang khusus

    antara individu-individu sehinggalah antara generasi-generasi yang

    65

    Asam Ahmad al-Bashir, op.cit, hlm. 17, Abd al-Aziz Abd al-Latif (1412H),aw bi al-Jar wa al-Ta'dl, Madinah; Nasyr al-Jamiah al-Islamiyah bi al-Madinah al-Munawwarah, hlm.30.66Ibid, hlm.11.67 CE. Bosworth, E. Donzel, W.P Heinrichs, G.Lecomte (1995), The Encyclopedia Of

    Islam, E.J. Brill, Leiden, Netherlands, jld. VIII, hlm. 545.68Dr. Ibrahim Unays, Atiyyah al-Sawalihi, Dr. Abd al-Halim Muntasar, MuhammadKhalf Allah Ahmad,op.cit, hlm. 407, Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin,Moh Fuad Moh Isa (2007)al-Mift h; A Modern Arabic-Malay-English Dictionary,Negeri Sembilan, al-Azhar Media Enterprise, jld.1, hlm. 892.69

    Abd. Rauf Dato Hj. Hasan, Abdul Halim Salih, Khairul Amin Moh Zain (2005)

    Kamus; Bahasa Melayu- Bahasa Arab, Bahasa Arab- Bahasa Melayu, Selangor,

    Oxford Fajar Sdn. Bhd, , hlm.170.70

    Ibn. Al-Manzur al-Ifriqi,op.cit, juz. 14, hlm. 345, al-Razi,op.cit, hlm. 111.71 CE. Bosworth, E. Donzel, W.P Heinrichs, G.Lecomte,op.cit.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    45/206

    34

    mampu menjamin ketepatan maklumat yang dipindahkan. Ketepatan itu

    walaubagaimana pun tertakluk kepada konsep dan metodologi yang

    digunakan dalam proses pemindahan itu bagi menjamin kesahihannya.

    ii- Definisi Ilmu Hadith Riw yah dan al-Riw yahSerta Perbezaannya;

    Secara asasnya, pembahagian ilmu hadith memiliki dua kelompok

    utama iaitu ilmu hadith riwayah dan ilmu hadith dirayah72. Polemik

    berkenaan dua klasifikasi utama ilmu hadith ini akan disentuh pada

    nokhtah (III) di bawah. Penulis dengan ini, mengemukakan beberapa

    pengertian al-riwayah daripada imam-imam muhaddithin dalam bidang

    berkenaan;

    Ibn.Solah (643H) mengatakan;

    "Al-Riwayah bermakna seseorang yang bertungkus-lumuspadanya [bidang berkenaan], yang meliputi [aktiviti]

    penelitian lafaz-lafaz [hadith], serta berterusan

    melaksanakannya dengan susah payah. [Ilmu] berkenaan,

    tidak terdapat [secara langsung] di dalam helaian-helaian

    kertas dan kitab-kitab itu".73

    Ibn. al-Akfani (749H) menjelaskan;

    "Ilmu berkenaan pembawaan perkataan-perkataan Nabi

    SAW, perbuatannya, periwayatannya, penyalinan dan

    penelitian lafaz-lafaznya"74.

    Imam al-Suyuti (911H);

    "Hakikat riwayat adalah pembawaan al-Sunnah [naql al-

    sunnah] dan yang semaksud dengannya, serta isnad

    72Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (t.t.), al-Wa f Ulm wa Musal al-

    adth, Qaherah; Dar al-Fikr al-Arabi, hlm.24.73 Siraj al-Din Umar bin Ruslan al-Bulqini (1999), Ma sin al-I il f Ta mn Ibn.

    ol , Beirut, Dar al-Kutub alIlmiyah, hlm.189.74 Jalal al-Din Abd al-Rahman al-Suyuti (2002), Tadrb al-R , ctkn.3, Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiyah, juz. 1, hlm.8.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    46/206

    35

    kepadanya [pembawaan sunnah] itu, adalah kepada siapa

    disandarkan kepadanya [riwayah itu], melalui pertuturan,atau perkhabaran dan selainnya... "

    75

    Haji Khalifah (1067H) pula menyatakan;

    "Ia adalah ilmu yang membahaskan tentang bagaimana

    bersambungnya [kayfiyah al-Ittisal] hadith-hadithRasulullah SAW dari sudut ketelitian, adalah paraperawinya dan juga dari segi bersambung atau terputusnya

    sanad berkenaan [kayfiyah al-sanad] dan selainnya"76

    .

    Ibn. Solah (643H) membawa penakrifan yang agak umum. Namun

    begitu, beliau menyelitkan satu nokhtah penting dalam konsep ilmu

    riwayah iaitu ...yang tidakterdapat (secara langsung) di dalam helaian-

    helaian kertas dan kitab-kitab itu... yang menurut penelitian penulis ialah

    ilmu al-Jarh wa al-Tadil di sebalik sanad. Haji khalifah (1067H) juga

    cuba menonjolkan dua unsur penting dalam definisinya, iaitu kayfiyah al-

    Ittisaldari segi sifat al-Dabtdan al-Adalah para perawi, serta kayfiyah

    al-Sanad yang menumpukan aspek bersambung atau tidaknya sanaditu.

    Ibn. al-Akfani pula menekankan unsur-unsur yang sama ditekankan oleh

    para muhaddith yang telah dinyatakan iaitu penerimaan atau periwayatan

    hadith melalui ...periwayatannya... Manakala Imam al-Suyuti (911H)

    menekankan dua nokhtah penting bagi maksud riwayah iaitu; pembawaan

    sunnah [naql al-Sunnah)], dan karektor keagamaan individu atau perawi-

    perawi yang menerima khabar itu. Jika diteliti, kesemua definisi ini

    mengandungi dua maksud utama al-Riwayah iaitu; proses pembawaan

    sesuatu khabar dan penelitian terhadap individu-individu [perawi] yang

    terlibat dalam meriwayatkannya.

    75 Jamal al-Din al-Qasimi (1999), Qaw id al-Ta dth min Fun n Mu al al- adth,

    Beirut; Dar al-Kutub al-Imiyah, hlm. 75, al-Suyuti,op.Cit, hlm. 9.76Haji Khalifah (1992),Kasyf al- un nan Us my al-Kutub wa al-Fun n, Beirut, Daral-Kutub al-Ilmiyah juz.1, hlm. 635.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    47/206

    36

    Penulis dengan ini juga menukilkan pandangan para sarjana hadith

    yang terkemudian berkenaan maksud ilmu hadith riwayah sepertimana

    berikut;

    Nur al-Din Itr:Maka [takrif] yang terpilihberkenaan takrif ilmu

    riwayah- ialah ilmu yang meliputi perkataan-perkataan

    Nabi SAW dan perbuatan, pengakuan dan sifatnya, serta

    periwayatannya, penulisannya dan penelitian lafaz-

    lafaznya77

    .

    Muhammad Ujjaj al-Khatib;

    Ilmu yang terdiri daripada apa-apa [sahaja] bawaan

    [periwayatan] yang disandarkan kepada Nabi SAW(samaada) perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat

    fizikal atau kelakuan baginda [SAW], dengan pembawaan

    yang terperinci78

    Syarf Mahmud al-Qudah;

    Para penulis ulum al-hadith juga pernah menyatakanilmu al-Hadith memiliki dua bahagian iaitu; Ilmu hadith

    dirayah-yang telah kitab takrifkan sebelum daripada ini-dan Ilmu Hadith riwayah, dan setelah diteliti saya dapatiitulah juga [ilmu] hadith Nabawi. Dan apa jua riwayah di

    dalamnya [hadith Rasulullah SAW], serta jalan-jalan

    riwayahnya itu, termasuk di dalam ilmu hadith dirayah,maka tidak perlulah kepada kepada pembahagian ini

    79

    Al-Riwayah pula menurut Nur al-Din Itr, para muhaddithin,

    memaknakannyasepertimana berikut;

    Penerimaan [haml] sesuatu hadith, yang mana-pembawaan tersebut, serta isnadnya-, adalah kepadaindividu yang disandarkan itu, dengan bentuk-bentuk lafaz

    pemindahan [sighah al-ada']...80

    77 Nur al-Din Itr (1997), Manhaj al-Naqd f Ulm al- adth. Dimasyq, Dar al-Fikr,hlm.31.78

    Muhammad Ujaj al-Khatib (2003), U l al-Riw yah; Ulumuh wa Mu al uh ,Beirut, Dar al-Fikr, hlm. 6.79

    Syarf Mahmud al-Qudah (2003), al-Manhaj al- adth f Ilm al- adth, KualaLumpur, Muassasah al-Bayan, hlm. 22.80 Nur al-Din Itr,op.cit, hlm.188.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    48/206

    37

    Menurut beliau lagi, konsep haml atau al-Tahammul, merujuk

    kepada metode penerimaan sesuatu hadith atau al-khabar81

    , manakala al-

    Ada pula merujuk kepada konsep pemindahannya kepada individu atau

    perawi seterusnya82

    . Dalam erti kata yang lain, sesiapa yang tidak

    menyampaikan sesuatu yang diterimanya, tidak dinamakan perawi. Begitu

    juga jika seseorang perawi menyampai sesuatu hadith tanpa

    menyandarkan kepada penuturnya, ia tidak dinamakan riwayah83.

    Kelompok orientalis dalam kajian mereka juga mengemukakan maksud

    yang sama dengan para muhaddithin. Di dalam The Encyclopedia Of

    Islam mereka menjelaskan;

    Riwaya generally means transmision through the spokenword, including purely oral retelling as well as recitation

    from note and books. With the use of writing for the

    preservation of knowledge, riwayacame to meanin practicethe transmission of a written text through oral expression

    84

    Jika diteliti takrif ini, ia dikemukakan dalam dua bentuk iaitu

    secara teori asasi dan praktikalnya. Menurut kelompok orientalis ini,

    riwayah secara teorinya, ialah pemindahan sesuatu maklumat melalui

    ucapan (transmision through the spoken word) melalui proses penceritaan

    atau pembacaan semula maklumat catatan atau buku (including purely

    oral retelling as well as recitation from note and books). Menjadikan

    tulisan sebagai agen perkembangan ilmu, riwayah secara pratikalnya pula

    membawa maksud pemindahan maklumat yang tercatat melalui lisan (the

    transmission of a written text through oral expression). Sebagai

    81Kamal al-Din Abd al-Ghani al-Mursi (2003), Ilm al- adth al-Nabaw; Riw yatan

    wa Naqdan, (t.t.t), Dar al-Marifah al-Jamiah, hlm.9.82 Nur al-Din Itr,op.cit.18883

    Ibid.84CE. Bosworth, E. Donzel, W.P Heinrichs, G.Lecomte (1995), The Encyclopedia Of

    Islam, E.J, Brill, jld.VII, hlm.546.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    49/206

    38

    ulasannya, kelompok orientalis ini juga mengakui bahawa segala

    maklumat yang dipindahkan melalui metode ini, tetap dipengaruhi

    kesahihannya oleh perawi dan sandaran (isnad) riwayah berkenaan85.

    Konsep yang persis diutarakan oleh Kamal al-Din Abd al-Ghani

    al-Mursi dengan lebih ringkas dan padat apabila menakrifkan riwayah al-

    Hadith di dalam sebuah bukunya, Ilm al-Hadith al-Nabawiy; Riwayatan

    wa Naqdan menyatakan;

    Yang dimaksudkan dengan riwayah al-Hadith ialahpemindahan [sesuatu] khabar [naql al-Khabar] yang

    diterima daripada Nabi SAW samada perkataan,perbuatan, pengakuan atau sifat.."

    86

    Frasa Pemindahan (sesuatu) khabar.. menunjukkan konsep al-

    Ada, manakala ..khabar yang diterima (al-Khabar al-Warid)... pula

    menunjukkan konsep al-Tahammul yang telah dijelaskan maksud kedua-

    duanya. Justeru, takrifan para muhaddithin yang diulas oleh Nur al-Din

    Itr merupakan konsep asasi bagi maksud al-Riwayah, manakala takrifan

    al-Mursi pula merupakan aplikasi yang lebih praktikal. Sebagai

    kesimpulannya, takrif yang lebih konkrit ialah apa yang telah dinyatakan

    oleh al-Suyuti apabila menjelaskan konsep al-Dirayah, beliau

    memperincikan makna al-Riwayah sebagaimana berikut;

    ...::

    ::

    Ertinya;

    85Ibid.

    86 Kamal al-Din Abd al-Ghani al-Mursi,op.cit.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    50/206

    39

    ...maka hakikat riwayah adalah pembawaan al-Sunnah

    [naql al-Sunnah] dan yang semaksud dengannya, serta

    isnad kepadanya [pembawaan sunnah] itu, adalah kepada

    siapa disandarkan kepadanya [riwayah itu], dengan

    ucapan, perkhabaran dan selainnya. Syarat-syaratnya;

    perawinya membawa riwayah yang diterima dengan salahsatu daripada bentuk [kaedah] pembawaan seperti

    mendengar [sendiri], atau pembentangan, atau ijazah dan

    seumpamanya. Jenisnya [pula], ialah [riwayah] yang

    bersambung atau [riwayah] yang terputus dan

    seumpamanya. Hukumnya pula ialah; [riwayah] yang

    diterima atau ditolak [kesahihannya].87

    Jika diteliti definisi ini, ia mengandungi makna al-Riwayah itu

    sendiri iaitu pembawaan al-Sunnah (Naql al-Sunnah), konsepnya iaitu

    sandaran (isnad dhalik ilaman Ghuzziya ilayh), serta metode aplikasinya

    iaitu (bitahdith aw ikhbar..). Definisi ini terkandung konsep al-Riwayah

    beserta aplikasi pemindahannya yang dikemukakan dengan contoh metode

    pemindahan maklumat riwayah tersebut. Lengkap dengan syarat-syarat

    dan bentuk-bentuk kaedah pembawaan (al-Tahammul), al-Suyuti juga

    meletakkan objektif utama disiplin al-Riwayah, iaitu; klasifikasi (al-Naw)

    serta hukumnya (al-Hukm) yang masing-masing bertujuan mengukur

    bersambung atau tidak dan diterima atau ditolak sesuatu riwayah itu. Oleh

    yang demikian, perkara asasi yang menunjangi konsep al-Riwayah

    meliputi adab-adab, ketelitian penerimaan (kayfiyah al-Tahammul),

    penulisan (kayfiyah al-Kitabah), dan pemindahan (Kayfiyah al-Ada)

    hadith atau khabar berkenaan88

    . Kesemua item-item ini adalah berkait

    rapat dengan perawi yang terlibat dan metodologi pemindahan riwayah

    atau hadith berkenaan.

    87Al-Suyuti,op.cit, hlm.9.

    88 Nur al-Din Itr,op.cit.189

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    51/206

    40

    Ilmu hadith Riwayah pula dari sudut mustalah hadithnya,

    merujuk kepada ilmu yang meliputi perkataan nabi SAW, perbuatannya,

    pengakuannya (taqrir), sifatnya serta periwayatannya, penulisan dan

    penelitian lafaz-lafaznya (tahrir al-alfaz)89. Dalam hubungkait "al-

    Riwayah" dengan Ilmu Hadith Riwayah ia bukanlah sekadar ilmu

    berkaitan intipati hadith semata-mata, tetapi melibatkan metodologi

    pemindahan riwayahnya yang penuh teliti, jitu dan amanah, termasuk

    pengertian lafaz-lafaz hadith tersebut. Apa yang membezakan di antara

    Ilmu Hadith Riwayah dan al-Riwayah ialah dari aspek disiplin ilmu,

    kandungan utama disiplin itu serta kegunaannya. Disiplin Ilmu Hadith

    Riwayah terfokus kepada perkataan-perkataan nabi SAW, perbuatan,

    pengakuan dan sifatnya, serta periwayatannya, penulisannya dan

    penelitian teksnya (tahrir al-Alfaz), sebaliknya disiplin al-Riwayah pula

    tertumpu kepada proses periwayatan itu sendiri yang menyangkut dua

    subjek utama iaitu perawi atau lebih umumnya sanad, dan metodologi

    pemindahan maklumat riwayah itu. Ia juga berbeza dari aspek kegunaan

    disiplin kedua-duanya. Bagi Ilmu Hadith Riwayah-berdasarkan

    kegunaan para muhaddithin-, ia hanya dikhususkan kegunaannya apabila

    berinteraksi dengan hadith atau sunnah nabi SAW, athar sebaliknya

    disiplin al-Riwayah pula boleh diperluaskan aplikasinya samaada kepada

    hadith nabi, atharpara sahabat, syair, fakta-fakta sejarah, fatwa atau apa

    sahaja maklumat yang membabitkan pemindahan maklumat dari individu

    kepada individu lain. Dengan kata lain, disiplin ilmu hadith riwayah -

    berdasarkan istilah muhaddithin-, hanya tertumpu di bidang hadith atau

    89Ibid, hlm.31.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    52/206

    41

    sunnah sahaja, manakala displin al-riwayah lebih universal aplikasinya

    yang boleh digunapakai dalam apa jua bidang samaada hadith, fiqh,

    sejarah (tarikh), aqidah, sastera asalkan membabitkan pemindahan

    maklumat yang menggunakan metode sanad.

    Sebagai konklusinya, "ilmu hadith riwayah" merupakan disiplin

    kecil dalam konsep al-Riwayah. Al-Riwayah itu sendiri mengandungi

    dwisubjek utama sebagai asasnya iaitu para perawi (al-Ruwat) yang

    terlibat atau lebih umum lagi sanadnya, dan metodologi penerimaan serta

    pemindahan (kayfiyat al-Tahammul wa Kayfiyat al-Ada). Dua komponen

    ini merupaskan asas utama dalam menentukan kesahihan sesuatu khabar.

    iii- Polemik definisi antara ilmu hadith riw yah dandir yah;

    Kebanyakan para sarjana hadith dahulu mahupun terkemudian,

    berkomentar bahawa kedua-dua ilmu ini memiliki keterikatan yang

    kukuh90

    . Anologi yang diberikan bagi menjelaskan keterikatan itu ialah

    sebagaimana hubungan di antara ilmu fiqh dan usul al-fiqh, di antara ilmu

    tatabahasa Arab (al-Nahw) dan ulasannya (al-Irab)91. Mustahil lahirnya

    fiqh tanpa kaedah-kaedah dan metodologi istinbatal-hukm yang khusus

    dan begitulah juga mustahil wujudnya metodologi irab tanpa ilmu al-

    Nahw. Anologi ini dilihat cukup signifikan bagi menjelaskan keterikatan

    tersebut. Justeru, kebanyakan para muhaddithin menakrifkan ilmu hadith

    dirayah dengan terma-terma seperti ; himpunan kaedah-kaedah, undang-

    undang (qanun), dan permasalahan yang dengannya dapat diselidiki

    90Ibid.

    91 Nur al-Din Itr,op.cit. hlm.34.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    53/206

    42

    maklumat berkenaan sanad dan matan sesebuah hadith seperti menurut

    definisi oleh Ibn. Hajar92.

    Dalam pada itu, menurut seorang ilmuan Islam semasa, Syarf

    Mahmud al-Qudah, pada asasnya kedua-dua ilmu ini tidak perlu kepada

    pembahagian, berhujahkan bahawa kedua-duanya merupakan ilmu

    berkenaan hadith al-Nabawi93

    . Bahkan Muhammad Ujjaj al-Khatib

    menjelaskan, bahawa ilmu hadith dirayah pada hakikatnya lebih umum

    daripada ...kaedah-kaedah, metodologi atau undang-undang (qanun)....

    Menurutnya lagi, sebahagian besar para muhadithin yang terdahulu

    mahupun semasa, mengaplikasikannya dalam aspek memahami sesebuah

    periwayatan, proses mengeluarkan hukum-hakam serta makna-

    maknanya94

    yang kesemuanya itu terkandung di dalam ilmu hadith

    riwayah. Bahkan dalam konteks ini juga, Imam al-Nawawi menegaskan

    bahawa ilmu hadith bukan sahaja proses mendengar dan menulis hadith

    sahaja, malahan meliputi penelitian dan perbahasan tentang makna teks

    (al-matn) yang tersembunyi termasuklah penelitian terhadap sanadnya95

    .

    Komentar al-Nawawi itu jelas menunjukkan keterikatan ilmu riwayah dan

    dirayah sememangnya saling berkait antara kedua-duanya.

    c) Kesimpulan;Justeru, apa yang penulis maksudkan dengan kritikan riwayah

    ialah bagaimana sesuatu riwayah itu dikritik dengan maksud memberikan

    ulasan yang kritis terhadapnya dengan tujuan mencari, menyaring dan

    membezakan maklumat riwayah yang sahih, tepat dan diyakini benar

    92Muhammad Ujaj al-Khatib,op.cit, hlm. 7-8.

    93 Syarf Mahmud al-Qudah,op.cit.94

    Muhammad Ajaj al-Khatib,op.cit.95 Yahya bin Syarf al-Nawawi (1996), al-Minh j f Syar al-Muslim bin al- ajj j,Beirut. Dar al-Fikr, ctkn.3, hlm. 107.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    54/206

    43

    daripada yang selainnya. Hampir kesemua riwayah dalam sesuatu topik

    diulas, dikupas dan dihurai, namun, tidak semuanya yang dikritik oleh

    sebab konsep kritikan itu sendiri hanya terarah kepada riwayah-riwayah

    yang bermasalah atau memiliki kelemahan tertentu atau paling tidak

    bertujuan mencari riwayah yang lebih pasti dan jitu. Riwayah pula

    merujuk kepada kesemua hadith, athar, pandangan dan tindakan para

    sahabat dan tabien serta fatwa-fatwa para fuqaha dan muhaddithin yang

    terkandung di dalam Nayl al-Awtar yang disusun dengan metode al-

    riwayah.

    Oleh yang demikian, metodologi kritikan riwayah (naqd al-

    Riwayah) yang penulis jadikan landasan teori bagi kajian ini, adalah

    metodologi kritikan riwayah-riwayah hadith, athar, pandangan dan

    tindakan para sahabat dan tabien serta fatwa-fatwa yang dihuraikan oleh

    Imam al-Shawkani di dalam karya beliau Nayl al-Awtar. Lebih tepat lagi,

    ia melibatkan kritikan terhadap dua aspek utama dalam konsep al-riwayah,

    iaitu rangkaian perawinya (al-Sanad) serta metodologi penerimaan dan

    pemindahannya (kayfiyat al-Tahammul wa al-Ada). Menggunakan upaya

    konsep kritikan al-riwayah, kajian ini merangkumi perkara-perkara

    berikut;

    I. Bagaimana Imam al-Shawkani mengaplikasikan metodologitersebut dalam membezakan riwayah-riwayah yang sahih

    daripada yang daifatau bermasalah,

    II. Bagaimana beliau meletakkan hukum kepada riwayat sertapara perawinya melalui metode al-Jarhdan al-Tadil,

    III. Apakah sebab-sebab kritikan tersebut.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    55/206

    44

    1.2- Sejarah Perkembangan Ilmu Kritikan (Naqd);

    Sebagaimana topik-topik yang lain, konsep kritikan juga boleh

    didapati secara teoritikalnya di dalam al-Quran. Sebagai panduan yang

    paling asasi di dalam syariat Islam, al-Quran juga memberikan interpretasi

    tersendiri yang bersifat konsep asasi kritikan yang memberikan manfaat

    kepada manusia. Antara lain galakan al-Quran dalam konteks ini ialah;

    a) Menyelidiki kesahihan sesuatu maklumat;

    ()Maksudnya;

    Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada

    kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka

    selidikilah [untuk menentukan] kebenarannya, supaya

    kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara

    yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu

    [mengenainya] - sehingga menjadikan kamu menyesali apa

    yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat; 49; 6)

    Menurut Imam Ibn. Kathir, tokoh qiraat terkenal Imam Hamzah

    dan Kisai membaca kalimah ( ) dengan ( ) yang bermaksud

    ...maka tentukanlah (kesahihannya)..96

    . Perintah ini menurut Ibn.

    Kathir, agar orang-orang beriman sentiasa berhati-hati dengan maklumat

    individu-individu fasiq, agar tidak diterima sebagai satu keputusan yang

    pasti yang mengakibatkan penipuan dan kesalahan maklumat berkenaan97

    .

    Bahkan Imam al-Shawkani menambah bahawa ) ) yang dimaksudkan

    ialah tindakan mengenalpasti dan menyiasat manakala ) ) pulapenelitian mendalam tanpa kegopohan, dengan mengambil kira keadaan

    96

    Ismail bin Umar bin. Kathir al-Dimasyqi (1401H), Tafsr al-Qurn al-A m,Beirut; Dar al-Fikr, juz. 4, hlm.209.97Ibid.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    56/206

    45

    semasa serta maklumat yang terima sehingga terang dan jelas

    kesahihannya98

    . Al-Qurtubi juga dalam mengulas maksud ayat ini,

    menekankan kepentingan menyelidiki dan menyiasat maklumat seorang

    yang fasiq99

    . Bahkan beliau menegaskan hukum terbatalnya berita seorang

    yang telah jelas kefasikannya secara ijmak para ulama100

    . Kesemua

    maksud ini menambahjelaskan kandungan ayat tersebut yang memberikan

    gambaran asas konsep kritikan dalam hal-hal dan maklumat-maklumat

    keagamaan.

    b) Meneliti keperibadian penyampai dan pemegang maklumat;Al-Quran juga menggesa umat Islam agar meneliti keperibadian,

    akhlak dan darjah keagamaan seseorang individu yang membawa,

    memegang, menyampaikan atau apa jua tindakan yang melibatkan amanah

    keagamaan. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang melibatkan hukum-

    hakam. Antara lain situasi yang dimaksudkan ialah firman Allah SWT;

    (:282)Ertinya;

    Dan bersaksilah dengan dua orang saksi di kalangankamu, jika tiada dua orang lelaki maka [ambillah] seorang

    lelaki [beserta] dua orang perempuan yang kamu redhai

    [agamanya] di kalangan saksi-saksi itu..

    (Surah al-Baqarah;2; 282)

    98Muhammad Bin Ali al-Shawkani (t.t), Fat al-Qadr; al-Jmi' bayna Fann al-

    Riw yah wa al-Tafsr, Misr, Maktabah Mustafa al-Bab al-Halabi, juz.5, hlm.60.99

    Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Qurtubi (1372H),J mi al-Bay n f Tafsr al-Qurn, Qaherah; Dar al-Syu'b, juz. 16, hlm. 312.100Ibid.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    57/206

    46

    Imam al-Tabari ketika menafsirkan ayat ini berkomentar bahawa

    yang dimaksudkan ayat berkenaan ialah sifat adil yang diredhai agama dan

    kebaikan mereka101

    di dalam persoalan hutang-piutang. Sebagaimana

    Allah memerintahkan wujudnya pertimbangan aspek "keperibadian

    agama" dan akhlak seseorang dalam persoalan harta benda, maka lebih-

    lebih lagi menjadi kewajipan bagi umat Islam mengambil kira aspek ini

    dalam persoalan-persoalan agama yang lainnya. Demikianlah juga

    terdapat beberapa ayat-ayat yang lain yang mendokong maksud yang sama

    dalam mementingkan konsep amanah, jujur dan benar dalam mendengar,

    membawa dan menyampaikan amanah-amanah keagamaan.

    c) Beriltizam dengan sifat adil dan amanah dalam perkataanatau membuat keputusan;

    Dalam mendokong maksud memelihara amanah keagamaan juga,

    al-Quran menegaskan agar manusia sentiasa beriltizam dengan sifat adil,

    amanah serta jujur dalam segala tindakan, pertuturan atau dalam

    memutuskan sesuatu keputusan. Apa jua lapangan hidup, umat Islam perlu

    menitikberatkan sifat ini apatah lagi ketika "berinteraksi" dengan hadith-

    hadith Rasulullah SAW. Antara lainnya Allah memerintahkan;

    {

    [ }:135]Ertinya;

    101Muhammad Bin Jarir bin Yazid bin Khalid al-Tabari (1405H),al-Jmial-Bay n an

    Tawil ya al-Qurn, Beirut; Dar al-Fikr, juz. 3, hlm.124.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    58/206

    47

    Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu

    menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan,

    lagi menjadi saksi [yang menerangkan kebenaran] kerana

    Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa

    dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang [yang didakwa]

    itu kaya atau miskin [maka janganlah kamu terhalangdaripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran

    disebabkan kamu bertimbang rasa], kerana Allah lebih

    bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah

    kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak

    menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-

    balikkan keterangan ataupun enggan [daripada menjadi

    saksi], maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui

    dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    (Surah al-Nisa;4; 135)

    (8)()Ertinya;

    Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

    semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan

    keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan

    jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum

    itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

    Hendaklah kamu berlaku adil [kepada sesiapa jua] kerana

    sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah

    kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui

    dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    (Surah al-Maidah;5;8)

    {}(:18)Ertinya;

    Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat

    apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil,

    sekalipun orang itu ada hubungan kerabat [dengan

    kamu] (Surah al-Anam; 6;152)

    Jelas sekali ketiga-tiga ayat di atas menyeru agar umat Islam

    sentiasa menegakkan yang benar dan menyatakannya walaupun

    melibatkan keaiban diri sendiri, guru atau sanak saudara terdekat. Konsep

    ini jelas dapat dilihat aplikasinya di dalam disiplin al-Jarhdan al-Tadil

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    59/206

    48

    dalam teori kritikan sanad, di mana ia menguji keupayaan para perawi

    membawa riwayat yang benar-benar sahih daripada Rasulullah SAW

    walaupun terpaksa membelakangkan kepentingan peribadi, keluarga, guru

    atau sesiapa sahaja.

    d) Larangan menerima maklumat, penyaksian, atau apa-apamaklumat daripada individu yang cacat keperibadiaannya;

    Firman Allah menjelaskan;

    ()Maksudnya;

    Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan [zina]

    kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,

    kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,

    maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan

    janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-

    lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq

    (Surah al-Nur;24; 4)

    Ayat ini jelas melarang menerima persaksian daripada seseorang

    yang telah sengaja menuduh muslimah yang beriman dengan perbuatan

    zina tanpa bukti dan saksi yang kukuh. Larangan ini disertakan dengan

    kenyataan hukuman yang jelas kepada golongan ini. Dengan jelas Allah

    meletakkan status "fasiq" kepada individu berkenaan akibat tuduhan

    melulunya. Kefasikan yang dinyatakan merupakan sebab utama larangan

    penerimaan sebarang maklumat daripada golongan ini. Demi menjaga

    ketulinan sanad dan matan yang benar-benar sahih, seseorang perawi

    perlu membelakangkan kepentingan-kepentingan di atas. Perbuatan

    seumpama penipuan (al-Kadhb), pemalsuan (al-Wad), pengubahsuaian

    (al-tadlis), penambahan kalimah tertentu di dalam teks (ziyadah al-Matn),

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    60/206

    49

    adalah antara lain kesan-kesan pengaruh kepentingan yang bersifat

    peribadi dalam meriwayatkan hadith yang sekaligus mencacatkan

    kesahihan dan ketulinan hadith berkenaan.

    Justeru, kesimpulan umum bagi nokhtah-nokhtah di atas,

    memberikan dua konsep asas di dalam prinsip-prisip kritikan di dalam

    keagamaan iaitu; penerimaan maklumat daripada individu yang adil,

    dipercayai agama dan akhlaknya merupakan proses tadil baginya.

    Sebaliknya penolakan maklumat daripada individu-individu yang fasik,

    munafik, atau buruk akhlaknya merupakan proses tajrih kepadanya102.

    Konsep al-Tadil dan al-Tajrih inilah merupakan prinsip utama di dalam

    disiplin al-Naqd(kritikan) yang memiliki peranan yang besar dalam ilmu

    hadith seperti yang telah dinyatakan.

    1.2.1- Bentuk-Bentuk Kritikan di zaman Rasulullah SAW;

    Jika diteliti sirah baginda SAW, kita tidak akan menemukan

    bentuk-bentuk kritikan yang secara langsung terhadap mana-mana hadith

    baginda SAW, dari segi sanad mahupun matannya. Namun begitu,

    terdapat unsur-unsur kritikan secara konseptualnya di dalam beberapa

    buah riwayat hadith. Bentuk-bentuk kritikan yang diucapkan oleh baginda

    SAW adalah bersifat umum, namun terkandung unsur-unsur kritikan yang

    menjadi asas prinsip kritikan kepada para muhaddithin. Bentuk-bentuk

    kritikan tersebut adalah seperti berikut;

    a) Kritikan peribadi tertentu;

    102Asam Ahmad al-Bashir, op.cit. hlm. 23.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    61/206

    50

    Umpamanya sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-

    Bukhari (256H) berkenaan sabdaan baginda SAW ketika beliau

    memberikan komen tentang dua orang munafik sabda baginda;

    Maksudnya;

    Aku tidak menyangka [menganggap] kedua-dua sifulan

    dan sifulan [ini], mengetahui tentang agama kita yang kita

    anuti sekarang103

    (Diriwayatkan Oleh al-Bukhari)

    Kritikan ini walaubagaimanapun hanya dalam skop yang agak

    kecil yang hanya dalam bentuk kewaspadaan baginda terhadap

    keperibadian individu berkenaan yang dibimbangi oleh baginda dalam

    persoalan keagamaan. Dalam maksud memberikan kritikan ini juga,

    terdapat beberapa riwayat yang lain yang menjelaskan kepentingan

    meneliti keperibadian seseorang individu serta memperkatakannya di

    kalangan khalayak bagi tujuan mendapat pengajaran serta kewaspadaan.

    Umpamanya hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang

    menceritakan tentang seorang Arab yang menzahirkan Islamnya tetapi

    akhirnya murtad. Aisyah meriwayatkan;

    103

    Muhammad bin Ismail bin al-Bardidhbah al-Bukhari (1987), a al-Bukh , al-Yamamah, Dar Ibn. Kathir, Kitab; al-Adab, Bab ma Yajuz min al-Zann. ctkn.3, juz.5,hlm.2254.

  • 7/23/2019 Mohd Dasuqkhi Bin Mohd Sirajuddin

    62/206

    51

    Ertinya;

    Daripada Aisyah RA bahawa seorang lelaki telah

    meminta izin [bertemu Rasulullah SAW], Rasulullah SAW.

    Sabda Nabi SAW; Berilah keizinan kepadanya, [tetapi

    dia] adalah seburuk-buruk anak sebuah keluarga

    [qabilah],-atau [dialah] seburuk-buruk lelaki [dalam]sebuah keluarga [qabilah]- Apabila dia datang (bertemu

    Rasulullah SAW), dia melembutkan kata-kata [terhadap

    Nabi SAW]. Kata [Aisyah]; "Lalu aku berkata; Wahai

    Rasulullah SAW, sudah kukatakan kepadamu!, Kemudian

    kamu [masih] berlemah-lembut kata dengannya!? Jawab

    Rasulullah SAW; Wahai Aisyah sesungguhnya seburuk-

    buruk kedudukan manusia di sisi Allah pada hari kiamat

    nanti, ialah orang yang dibiarkan oleh manusia, atau

    ditinggalkan oleh manusia [lain] kerana ditakuti

    kejahatannya104

    Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan

    hukum keharusan al-Ghibah105

    dalam konteks ini bagi tujuan

    kewaspadaan orang ramai terhadap kejahatan dan kefasikan seseorang106

    khususnya dalam persoalan keagamaan. Justeru hadith ini jelas

    menunjukkan komentar Nabi SAW kepada individu berkenaan serta

    meletakkan kritikan baginda SAW yang bersifat wahyu, yang mana lelaki

    berkenaan akhirnya menzahirkan kemurtadannya107

    .Dalam konteks ini

    juga, kisah yang masyhur berkenaan Fatimah bint Qays dipinang oleh dua

    orang sekaligus Muawi