motif dan pakaian pada etnik murut
DESCRIPTION
KENALI ETNIK MURUT.. :)TRANSCRIPT
Murut adalah istilah yang digunakan oleh beberapa penulis yang merujuk kepada
mereka yang tinggal di tanah tinggi di utara Sarawak dan kawasan pedalaman Sabah.
Murut merupakan kaum peribumi kedua terbesar mendiami Sabah (Foong,200:47).
Beberapa kajian etimologi telah dijalankan untuk memahami asal ‘murut’ berasal
daripada perkataan ‘belud’ ataupun bukit dalam bahasa Bajau (Rutter,1922:51;
Langup,1987:30). Namun, secara logiknya perkataan ‘murut’ dan ‘belud’ tidak begitu
sinonim. Oleh hal yang demikian, St. John pada tahun 1856 telah membuat kesimpulan
tentang perkara ‘Murut’ adalah membawa makna bukit, iaitu merujuk kepada Gunung
Murud yang terletak di Tanah Tinggi Kelabit. Umumnya, Langup (1987:31) merujuk
kepada suku kaum yang tinggal di kawasan persekitaran gunung tersebut.
Di Sabah kumpulan masyarakat Murut ini tidak seragam kerana mereka mengamalkan
bahasa dan adat yang berbeza. Berdasarkan bahasa dan adat inilah yang
mengklasifikasikan mereka kepada kumpulan-kumpulan kecil. Pertama dataran tanah
rendah seperti Murut Nabai dan Murut Timogon yang mendiami kawasan tanah rata
Keningau dan Murut dataran tanah tinggi seperti Tahol, Paluan, Dalit, Sapulut,
Sumambu, Alumbis, Kolor dan Salalir (Pretice, 1972; Appell, 1968 :10-12).
Kajian ini berfokus kepada Murut Tahol. Istilah Tagal, Tagol dan Tagul adalah istilah
yang digunakan oleh Murut Paluan dan Murut Timugon bagi membezakan identiti
mereka yang berasal dari penempatan Sungai Tagul. Namun ada dalam kalangan
Murut yang tidak bersetuju dengan istilah “tagal’ sebaliknya lebih selesa dengan istilah
“Tahol’. Menurut penulisan awal yang dibuat oleh Harrisson,1967 Murut Tahol dikenali
sebagai golongan pemburu kepala dan hidup secara nomad serta berkelompok dan
telah membuat penempatan di sekitar Lembah Padas.
Murut Tahol kebanyakannya tinggal di kawasan barat daya Sabah hingga ke bahagian
selatan Kalimantan, Inonesia, Tomani dan Sepitang. Menurut Harrisson (1967:111) ,
kawasan ini merupakan “Tahol Country”. Mereka tinggal di sekitar sungai Tagol, sungai
Sebungali dan sungai saliu. Perkataan “Tahol” merujuk kepada nama sungai yang
diduduki iaitu sebagai Tagul. Selain itu, kumpulan ini lebih dikenali kerana kaya dengan
pantang larang serta mengamalkan kehidupan secara tradisi sehingga campu tangan
North Borneo Chartered Company (NBC). Kedatangan Syarikat (NBC) yang ditubuhkan
pada tahun 1881 telah mengakhiri cara hidup tradisi mereka. Campur tangan pihak
British dalam urusan kehidupan mereka seperti pembahagian kawasan penempatan
dianggap melanggar adat resam yang telah diamalkan sejak sekian lama sehinggakan
telah membangkitkan penentangan terhadap British yang di ketuai olah Antanom
bersama pahlawan lain seramai 1000 orang dengan bantuan orang Iban.
Antara fokus kedua dalam kajian ini ialah jenis, motif dan corak pada pakaian Murut
Tahol. Walau bagaimanapun pakaian kaum Murut Tahol tidak mempunyai beza dengan
kumpulan Murut yang lain kerana hanya istilah yang digunakan yang dapat
membezakan istilah-istilah tersebut.
Sebelum dan pada peringkat kedatangan British, iaitu sekitar tahun 1900-an pakaian
suku kaum Murut merupakan satu komposisi pakaian yang mudah. Golongan wanita
hanya menutup bahagian badan dari aras pinggang ke bawah dan tidak mengenakan
sebarang kain pada bahagian atas badan dari aras pinggang ke bawah dan tidak
mengenakan sebarang bahagian dari bawah pusat hingga ke atas lutut. Kebanyakan
mereka menghasilkan pakaian daripada kulit kayu. Catatan pengembaraan Whitehead
pada tahun 1890-an merujuk kepada pakaian Murut di Tenom seperti yang berikut :
The object of my admiration was a tall handsome Murut, naked all but his lion-cloth or
‘cawat’ his hair was long, hanging below the shoulder, his forehead looked higher from
the fact that the hair had been shaved of about an inch… .The man were dresses in
the chawat or lion cloth. The women, old and young, wore only one garment, a short
petticoat, it is dyed blue and made of native cloth. This completes the costume of a
Murut Women, with the exception of curious red jacket that is worn on special
occasions only.
(Whitehead,1893; 1991:68-69)
Perubahan kepada cara berbudaya adalah melalui beberapa tahap, apatah lagi mereka
telah sebati dengan budaya peninggalan nenek moyang. Namun begitu, perubahan
caran berpakaian mengalami proses yang lebih cepat apabila kawasan pedalaman
dikunjungi oleh pendatang dan pedagang dari kawasan luar. Perasaan malu mula
menular ke dalam diri, khususnya golongan wanita untuk tidak mendedahkan anggota
badan mereka. Pengaruh daripada luar ini memberi satu input kepada perubahan cara
berpakaian suku kaum ini.
Pakaian tradisi merujuk kepada set pakaian yang dipakai dalam sesuatu upacara.
Pakaian ini boleh merujuk kepada satu set uniform yang menampakkan keseragaman
pada setiap orang ketika menghadirkan diri dalam sesuatu upacara atau aktiviti rasmi.
Upacara dan aktiviti rasmi ini merujuk kepada upacara perkahwinan, kelahiran,
kematian, pesta menuai dan aktiviti lain yang diperlukan oleh kelompok tersebut.
Pakaian tradisi ini telah mengalami evolusi dari segi reka bentuk dan aksesori yang
diperagakan sejak masyarakat ini mula mengenali erti pakaian rasmi. Seawal tahun
1900-an, segelintir masyarakat ini mula mengenakan pakaian tradisi dalam sesuatu
upacara. Hal ini dipaparkan melalui koleksi foto yang diambil oleh penulis Barat seperti
Woodley di kawasan Tenom.
Pakaian tradisi
yang
digunakan oleh golongan lelaki dan wanita selepas pertapakan British menampilkan
ciri-ciri yang mudah dari segi struktur reka bentuk dan corak. Mereka mula
menggunakan kain kapas sepenuhnya, namun ciri-ciri pakaian asasnya, iaitu
pemakaian cawat tetap ada, khususnya bagi kaum lelaki.
(Pakaian lelaki dan wanita Murut sekitar tahun 1915. Sumber : Koleksi Woolley )
(Pakaian rasmi Murut semasa menghadiri Tamu Besar Tenom 1965. Sumber :
Muzium Murut Tenom )
Kulit kayu menjadi bahan utama suku kaum Murut untuk menghasilkan jaket. Jaket
adalah salah satu komponen yang menjadi kepastian dalam pakaian tradisi Murut.
Jaket kulit kayu juga dianggap sebagai perisai bagi melindungi badan semasa berlaku
peperangan antara kelompok. Ketika upacara menyambut kepulangan pahlawan dari
peperangan, penghuni rumah panjang akan mengenakan pakaian serbah lengkap
termasuklah jaket kulit kayu.
Whitehead (1893:1991:69) menyatakan : In these house I noticed some of the women busy
making back coats. The bark is peeled of a tree in broad strips and ia very united and flexible; it
is then hammered all over with a heavy wooden instrument, which has a flat surface on one side
cut in deep cross line like a file ;this breaks up the harder tissues of the bark and reduces it to a
very pliant though by no means united texture. The bark being full of rents and holes, this
difficulty is overcome by transverse darning : one of these coats now before me has no fewer
than 270 transverse strings on the back alone, each thread penetrating the outer surface only,
and assist to work out a cross pattern for ornamentation.
Pakaian tradisi Murut kini telah mengalami banyak perubahan dan pengubahsuaian
selaras dengan perkembangan zaman. Bermula dengan pakaian yang diperbuat
sepenuhnya daripada sumber kulit kayu kini telah bertukar kepada pakaian yang
diperbuat daripada kain dan baldu yang mudah didapati di pasaran. Namun demikian,
pakaian tradisi moden ini masih menampakkan ciri-ciri pakaian asal masyarakat Murut.
Pakaian sebegini tetap digunakan dalam sesuatu upacara adat tertentu sebagai
pakaian rasmi.
Pakaian wanita Murut mempunyai pelbagai hiasan dan kebanyakan kaum Murut
menggunakan pakaian tradisi berwarna hitam. Keunggulan warna hitam mendasari
pakaian serta dengan sulaman motif-motif flora yang berwarna-warni. Berbagai-bagai-
bagai ornamen yang diperbuat daripada bahan semula jadi dijadikan hiasan untuk
menyerlahkan lagi komposisi pada pakaian tradisi wanita Murut. Namun , kini terdapat
ornamen yang boleh didapati di pasaran.
Pakaian wanita Murut disebut sebagai Pinongkoloh ( Rajah 1.1) yang merangkumi
baju berlengan pendek dikenali sebagai sampayau dan sarung yang disebut sebagai
tapi’. Tapi tidak mempunyai fesyen potongan khas. Ia hanyalah sekeping kain yang
dilubangkan di bahagian tengah untuk memasukkan kepala. Di bahagian kiri dan kanan
rusuk disematkan simpulan supaya mudah dipakai atau dibuka. Pakaian tradisi ini
hanya lengkap setelah dihiasi dengan beberapa aksesori dan hiasan manik.
Sapulu
Rarangkol
Lalaku
Tinawak
Pipirot
Sinikot
Rajah 1 : Aksesori yang digunakan ketika memakai baju pinongkolo (bahagian hadapan)
Sulou
Golong Kalayam
Rajah 1.1 : Aksesori yang digunakan ketika memakai baju pinongkolo (bahagian
belakang)
Rarangkol
Tiniwak
Sampayau
Sinikot taun
Tapi’
Pipirot
Sulou
Sinikot surai
NAMA PENERANGAN
Pinongkolo Baju yang berlengan pendek dan dikenali sebagai sampayau. Baju ini
di hiasi dengan manik-manik yang cantik dengan motif yang tersendiri.
Baju ini dipasangkan dengan kain sarung yang dipanggil ‘tapi’.
Pipirot Pipirot merupakan rangkaian hiasan pada bahagian pinggang wanita
yang diperbuat daripada duit perak yang mempunyai saiz yang
sederhana besar dan dipanggil pipirot linggit
Salupai Salupai merupakan gelang yang berada di atas kepala. Salupai ini
terdiri daripada gabungan manik yang disusun secara melintang dan
akan menghasilkan corak pada salupai.
Sinikot Sinikot merupakan hiasan kepala. Hiasan yang berjuntai di belakang
tengah kepala dipanggil Sinikot. Tataun dan sanggul 2 yang berada di
tepi kepala dipanggil sinikot surai.
Rarangkol Rarangkol merupakan hiasan di bahagian leher iaitu sebagai rantai
yang terdiri daripada bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, dan
olod.
Golong Hiasan pada tangan ataupun di pergelangan kaki yang terdiri daripada
kulit siput laut yang diselangi dengan manik yang disebut golong
sulou,
Sulou Sulou merupakan loket yang berada di belakang rarangkol iaitu di
belakang leher dan sulou juga berada di hadapan Tinawak.
Tiniwak Tiniwak adalah gabungan beberapa jenis sulaman manik untuk
menghiasi bahagian pinggang wanita tersebut dan terdiri daripada
kinapalur dan olod yang digabungkan untuk menjadi penghias pada
pinggang.
Sinikot Surai Hiasan yang berjuntai di kiri dan kanan yang terdiri daripada manik
yang disulam menjadi panjang sehingga sampai di bahu wanita yang
memakainya.
Gambar 1 : Pinongkolo
Pakaian dan aksesori pada wanita Murut
Pinongkolo merupakan pakaian wanita suku kaum Murut (Gambar 1) yang
merangkumi baju yang hanya berlengan pendek dan dikenali sebagai ‘sampayau’ yang
Bahagian hadapan sampayau pinongkolo
Bahagian hadapan tapi pinongkolo
Bahagian belakang sampayau pinongkolo
Bahagian belakang tapi pinongkolo
membawa maksud baju. ‘sampayau ni dipasangkan dengan kain sarung yang
dipanggil tapi’. Tapi’ tidak mempunyai fesyen potongan khas. Ia hanyalah sekeping
kain yang berwarna hitam di bahagian kiri dan kanan rusuk disematkan simpulan
supaya mudah dipakai dan dibuka. Sampayau dan tapi’ ini harus dilengkapi dengan
hiasan manik yang mempunyai pelbagai corak yang cantik.
Antara aksesori yang digunakan apabila memakai sampayau pinongkolo ini seperti
‘pipirot’ atau lebih dikenali sebagai pipirot linggit. Menurut sumber kajian ini Puan
Kamisah Kumalu seorang wanita Murut tulen yang berasal daripada Nabawan pipirot
merupakan digunakan oleh wanita murut sebagai tali pinggang kerana pipirot
digunakan dibahagian pinggang bagi menahan tapi’ daripada longgar kepada wanita
yang memakainya. Namun begitu, pipirot ini juga sebagai perhiasan yang semestinya
ada apabila memakai sampayau pinongkolo ini walaupun tapi’ yang dipakai tidak
longgar. Hal ini kerana pipirot dianggap sebagai perhiasan yang sangat penting kepada
wanita yang memakainya.
Gambar 2 : Pipirot Linggit
Selain itu, aksesori lain seperti salupai juga digunakan oleh wanita suku kaum Murut.
Salupai merupakan perhiasan yang diletakkan di atas kepala dan menutupi atas kepala
yang diperbuat daripada rangkaian manik kecil dan besar. Gabungan manik yang
disusun secara melintang akan menghasilkan corak pada salupai tersebut. Salupai
yang dihasilkan oleh suku kaum ini dalam pelbagai corak atas cita rasa yang disukai
oleh wanita yang memakainya. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pelbagai corak
Salupai yang dapat dilihat sehingga sekarang. Contoh salupai seperti dalam gambar 3
Gambar 3 : Salupai
Sinikot turut digunakan oleh kaum wanita Murut iaitu sebagai hiasan
penutup kepala yang merujuk kepada objek yang berjurai yang
disangkut pada salupai (Gambar 4). Hiasan ini mengandungi dua
set, iaitu sinikot taun sinikot surai. Selain itu, hiasan ini biasanya
diperbuat daripada sulaman manik. Bagi sinikot taun, hiasan ini
terletak di bahagian belakang dan berjuntai hingga ke bahagian
bahu, manakala juraian sebelah disebut sinikot surai.
Rarangkol juga merupakan hiasan pada bahagian leher. Hiasan ini merupakan
gabungan daripada manik bulat yang dikenali sebagai rorongkol pumpung.
Rarangkol yang menghiasi leher mengandungi beberapa rangkai dan loketnya (sulou)
diletakkan pada bahagian belakang badan. Sulou yang biasa digunakan ialah yang
diperbuat daripada kimo, iaitu sejenis cengkerang laut atau pasis yang diperbuat
daripada tulang babi.
Gambar 5 :Hiasan yang menghiasi leher disebut rarangkol. Loketnya diperbuat daripada cangkerang laut yang disebut kimo.
Gambar 4 : Sinikot
Tiniwak di antara hiasan yang digunakan semasa memakai pinongkolo. Tiniwak
adalah gabungan beberapa jenis sulaman manik untuk menghiasi bahagian pinggang
seperti kinapalur dan olod yang digabungkan untuk menjadi penghias pada bahagian
pinggang. Tinawak juga disebut sebagai Bungkas yang diperbuat daripada gabungan
sejenis manik kecil berwarna putih.
Selain itu, hiasan pada pergelangan kaki dan pergelangan tangan dinamakan Golong
( holong ). Di samping itu, selempang yang diperbuat daripada kulit siput laut yang
diselangi dengan manik disebut holong sulou. Kadangkala, pembuatan selempang
ini menggunakan pipirot ringgit.
Hiasan yang terakhir dinamakan sebagai
sulampoi (tidak terdapat pada rajah 1 dan
1.1 ) iaitu selendang yang diperbuat
daripada manik pelbagai warna, disulam dan
disangkutkan pada bahu wanita yang
memakainya.
Gambar 6 :Penghias pinggang disebut tinawak atau bungkas
Motif dan konsep pembentukan corak permukaan sampayau wanita Murut ialah
pakaian yang diperagakan oleh golongan wanita Murut adalah baju yang ditenun
daripada kapas berwarna hitam dan dihiasi dengan sulaman benang yang beraneka
warna. Pakaian wanita juga dihiasi dengan sulimpuk, iaitu manik-manik yang beraneka
warna. Motif –motif yang diperagakan adalah motif –motif yang diilhamkan daripada
elemen flora, fauna dan geometri.
Pakaian dibentuk daripada gabungan bahagian-bahagian kecil yang terdiri daripada
beberapa satah bahagian yang merangkumi bahagian lengan, kaki, bahagian depan,
bahagian leher, bahagian pinggang dan bahagian belakang. Gabungan beberapa satah
ini menghasilkan bentuk atau fesyen sesebuah pakaian.
Baju wanita Murut menampilkan susunan motif dan corak yang menimbulkan kesan
garis berstruktur pada permukaan baju. Keseluruhan corak yang terbentuk pada
permukaan baju ini dihasilkan melalui teknik sulaman. Struktur reka bentuk baju Murut
agak mudah kerana bentuknya hanya berteraskan bentuk segi empat dan bulat.
Struktur reka bentuk baju terbahagi kepada dua atau tiga satah; biasanya bahagian
depan terdapat satu atau dua satah ( Rajah 1.1 )
Rajah 1.1 Struktur sampayau
Bahagian satah depan dan belakang baju dihiasi dengan corak. Corak sempadan, iaitu
zigzag dan potongan wajik boleh dilihat pada keseluruhan baju secara berurutan
membentuk satu pusingan. Selain itu, motif zigzag dan potong wajik diletakkan di
bahagian tengah baju secara memanjang (Rajah 1.2) , Manakala motif-motif disusun
secara imbangan simetri antara kiri dan kanan bahagian depan baju.
Rajah 1.2 Komposisi motif
Baju wanita Murut tidak memperagakan corak yang jelas, hanya motif dominan
diletakkan dan disusun dalam tiga keadaan, iaitu imbangan simetri, simetri lepas dan
motif dominan (Rajah 1.3).
Rajah 1.3 Simetri Simetri lepas Imbangan simetri Motif dominan
Pengkategorian motif dominan pada sempayau pada keseluruhannya, motif flora
mengungguli hiasan pada permukaan sampayau. Motif seperti busak (bunga), tataun
(pokok renek), raun (daun), talantar (tunas) adalah motif-motif yang diambil secara
rawak daripada persekitaran, dihasilkan tanpa skema khusus. Pemerhatian pada
permukaan baju mendapati motif-motif lebih bersifat singular (tersendiri dan tidak
bergantung pada motif lain) disusun secara bebas tetapi masih memikirkan komposisi
imbangan simetri antara kiri dan kanan bahagian baju.
Rajah 1.6 menunjukkan motif – motif seperti butitin (bintang), orou (matahari), dan
pinansit (cangkuk) kelihatan berselang-seli dengan motif flora yang lain . selain itu,
motif-motif ini disusun secara semetri lepas pada permukaan baju. Rajah 1.6 pula
menunjukkan terdapatnya motif berunsur fauna seperti bulu tuou (burung merak ),
ayat-ayat (kupu-kupu), anggagait (kala jangking), lipos (lipas), batol (ulat bulu), lawa
(labah-labah) dan kalam (tikus).
Rajah 1.4 Motif dominan yang bertemakan flora
Rajah 1.5 Motif dominan yang bertemakan objek
Rajah 1.6 Motif dominan yang bertemakan zoomorph
Rajah 1.7 Motif sempadan
Motif sempadan juga digunakan sebagai motif dominan dalam menghasilkan corak
pada sampayau. Rajah 1.7 (i) merupakan garisan bengkang-bengkok Rajah 1.7 (ii)
yang dibentuk secara pantulan dan seterusnya menghasilkan garis potong wajik.
Rajah 1.7 (vii) pula adalah garis separuh bulat yang disusun secara translasi imej, iaitu
secara positif dan negatif di atas garisan mendatar. Tambah lagi, susunan positif dan
negatif dapat menyerlahkan motif bulan sabit baru terbit. Sementara itu, Rajah 1.7 (iii)
merupakan garis chevron yang dibentuk secara pantulan imej dan disusun secara
memanjang mengikut garisan. Rajah 1.7 (iv dan vi) pula merupakan garis potong wajik
dan Rajah 1.7 (v) ialah garisan bengkang-bengkok.
Corak dan motif pada tapi’ pula ialah tapi’ merupakan kain sarung wanita yang
diperbuat daripada tenunan benang kapas. Ia disulam daripada benang dan manik
untuk menghasilkan motif bunga-bungaan. Kepanjangan tapi’ adalah dari aras
pinggang hingga ke bawah lutut. Ia dihiasi dengan motif seperti iyup-iyup, sulimpok,
sinusu atau pinapan. Kesemua corak yang digunakan diperbuat daripada manik-
manik. Selain itu, tapi’ juga dihias dengan beberapa biji kinalingan, iaitu butang-
butang betawi yang diperbuat daripada tembaga. Kinalingan akan mengeluarkan bunyi
apabila pemakainya bergerak.
Gred dan struktur pada tapi’ wanita Murut mempunyai struktur yang berbentuk garis
lintang dan garis tegak. Garisan tegak dan lintang dibentuk daripada sulaman benang
yang bercirikan motif tulang ikan dan potong wajik ( Rajah 1.8 ). Terdapat tiga jenis
struktur pada kain, iaitu struktur empat garis, dua garis, dan struktur tiga garis. Hiasan
motif –motif hiasan ini disusun dalam kedudukan simetri lepas.
Rajah 1.8 Struktur tapi’
Pengkategorian motif dominan pada tapi’ pula merupakan bersumberkan flora, fauna
dan objek menjadi hiasan pada permukaan baju dan sarung wanita Murut. Motif flora
(Rajah 1.9 ) diperagakan secara dominan pada permukaan kain menggunakan teknik
sulaman dan tampalan. Motif ini tidak berpaksikan kepada ketepatan geometri
sebaiknya dihasilkan secara simetri lepas di atas permukaan. Penggunaan warna-
warna seperti kuning, biru, merah dan hijau dapat menimbulkan kesan kontra pada
permukaan warna hitam. Garisan yang terbentuk daripada teknik jahitan dan
sulaman merupakan asas kepada pembentukan motif ini.
Motif cangkuk atau pinansit begitu dominan dan sering menghiasi permukaan kain.
Tambahan pula, bentuk-bentuk potongan wajik dan zigzag seolah-olah menjadi
pengiring motif pinansit. Rajah 1.10 menunjukkan pinansit yang dihasilkan dalam
beberapa bentuk.
Rajah 1.11 pula menunjukkan motif-motif yang berunsurkan alam fauna yang
digunakan sebagai corak pada kain. Motif-motif ini diambil daripada ikon bulu merak
(tuou), kupu-kupu (ayat-ayat), labah-labah (lawa), anggip (binatang yang mempunyai
sepit), sinaraman (daun pokok saraman ), kepala naga yang terkenal di Sarawak yang
dipanggil sebagai binatol iaitu sejenis ulat besar dan monyet (kala atau basuk).
Rajah 1.9 Motif dominan yang bermotifkan flora
Rajah 1.10 Motif dominan yang bermotifkan objek
Rajah 1.11 Motif dominan yang bermotifkan zoomorph
Pakaian tradisi
lelaki Murut
Pakaian tradisi lelaki Murut pula terdiri daripada sut kulit kayu pakaian tradisi lelaki
Murut yang dipakai oleh seorang pahlawan. Pakaian ini juga digunakan semasa
sesuatu upacara adat dijalankan. Pakaian tradisi moden menggunakan kain kapas
sepenuhnya. Sut ini disebut batik lumayau (Gambar 1). Pakaian tradisi lelaki Murut
terdiri daripada 2 jenis iaitu pertama baju lalandau dan kedua baju batik lumayou.
Gambar 1 : Baju Lalandau
Gambar 2 : Batik lumayou
Baju Lalandau ( Gambar 1) adalah lalandau yang diperbuat daripada kulit kayu dan
dihiasi dengan taring babi hutan. Pembuatan lalandau tidak terhad kepada
penggunaan bahan kulit kayu sahaja, namun bahan lain juga digunakan seperti
anyaman mengkuang dan kain. Hiasan yang digunakan untuk lalandau ialah bulu
burung merak (tuon) aksesori pada bahagian leher adalah sisikot yang diperbuat
daripada rangkaian kulit siput dan tulang.
Selain itu, aksesori lain seperti timoh, iaitu sejenis gelang yang diperbuat daripada akar
kayu diletakkan di lokasi bahagian atas lengan. Timoh dipercayai mampu memberikan
kekebalan kepada pemakainya. Pada lokasi bahagian atas siku, satu lagi gelang
disebut tinurisak, dan gelang tangan yang disebut lalaku, sandaki atau cawat yang
pada asalnya menggunakan kulit kayu dan papakol yang merupakan gelang untuk
hiasan kaki diperbuat daripada urat rotan polor. Cara untuk menghasilkan papakol
adalah dengan memintal halus dan menghimpunkan urat rotan polor agar menjadi
serangkai gelang.
Bahagian yang agak penting dan banyak diberikan perhatian adalah bahagian puputul
(jaket). Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai fesyen jaket yang dihiasi dengan
motif yang dilukis untuk ditampal menggunakan objek seperti kulit siput, manik dan lain-
lain.
Gambar 3 :
Papakol Tinurisak
Gambar 3 : Pakaian tradisi lelaki Murut.
Bulu Tuou
Paputul
Tinurisak
Timoh
lalaku
Sandaki
Papakol
Sisihot
Lalandau
Kayu Pupuntul merupakan sumber utama dalam menghasilkan jaket. Bahagian dalam
kulit pokok, iaitu bahagian kulit halus diambil, manakala bahagian luarnya yang agak
kasar dibuang. Dalam pembuatan jaket, ukuran saiz kulit mentah yang diperlukan
adalah kira-kira dua jengkel, iaitu kaki setengah manakala panjangnya mengikut saiz
yang diperlukan. Kulit kayu kemudiannya diketuk menggunakan alat pengetuk sehingga
menjadi nipis dan lebar . proses ini dilakukan sewaktu kulit kayu belum kering, iaitu
biasanya pada waktu selepas diambil daripada pokok. Setelah selesai diketuk, kulit
kayu akan dikeringkan dan dipotong. Seterusnya, jaket akan dijahit menggunakan
benang yang boleh didapati daripada kulit pokok terap hutan ataupun daripada daun
pokok nanas. Kulit pokok yang biasa digunakan untuk membuat jaket adalah daripada
kulit pokok timbangan, tikalong dan kayu Ipoh (palih).
Gambar 5 : Kulit kayu puputul
i
Gambar 6 menunjukkan jaket kulit kayu yang telah siap dijahit. Struktur reka
bentuknya agak muda, berbentuk segi empat dan diwarnakan. Kulit kayu hanya dilipat
untuk membentuk bahagian belakang [ Gambar 6 (ii) ] dan depan [ Gambar 6 (i) ]
serta diikat pada bahagian sisi. Selain itu, corak pada bahagian depan dihiasi dengan
bentuk geometri dan diletakkan secara simetri pada bahagian kiri dan kanan jaket
secara pantulan imej. Namun, bahagian leher baju dihiasi dengan motif berbentuk kelok
‘s’ [ Rajah 6 (iv) ]. Bahagian belakang baju pula diletakkan motif primer iaitu tengkorak
dan beberapa sekunder seperti bulan, tumbuhan renek dan bentuk bintang.
Jaket pada Gambar 7 menampilkan ciri-ciri pembuatan yang menarik. Permukaan kulit
kayu menampakkan tekstur benang berbentuk zigzang dan hiasan bijirin. Kulit kayu
kelihatan berlapis dan terdapat struktur daripada benang pada bahagian dalam. Pada
permukaan depan jaket hanya dihiasi dengan buah-buahan kering dari hutan dan
disusun secara teratur manakala pada bahagian dalam jaket dibuat kain pelapik untuk
menyerlahkan lagi kehalusan pembuatannya. Pada bahagian lengan dibuat bentuk
separa bulatan dan bahagian bawah satah depan disambung dengan kulit yang
berjuraian.
Gambar 7 : Adaptasi bentuk jaket lelaki
Gambar 8 :
Adaptasi bentuk untuk jaket lelaki
Cara pembuatan jaket kelihatan mudah (Gambar 8 ). Pembuatannya hanya
menggunakan sekeping kulit kayu yang dilipat kepada dua bahagian. Di samping itu,
bahagian leher dipotong mengikut potongan ‘ v ‘ dan disambung dengan bahagian
lengan yang dibentuk secara separa bulatan.
Menurut informasi, jaket ini diperbuat daripada kulit babi hutan. Jaket ini kelihatan lebih
mantap, keras dan sesuai digunakan semasa berperang untuk pertahanan tubuh.
Gambar 9 (ii) adalah bahagian depan jaket yang menampakkan satu panel yang
menutup bahagian dada dan dihiasi dengan kulit siput secara memanjang. Pasis
(tulang babi) diletakkan tepat pada bahagian pusat. Menurut informan, sekiranya
pasis diletakkan pada bahagian pusat, ia mampu memberikan kekebalan kepada si
pemakai semasa berperang. Satah kulit pada bahagian belakang jaket lebih lebar dan
mampu menutupi bahagian belakang pemakai. Menurut informan juga “belakang kita
tidak nampak, senang disumpit, depan kita nampak”. Gambar 3 menunjukkan kulit
siput menghiasi kedua-dua panel belakang jaket yang disusun dengan bentuk kelok
“X’.
i iiiii
Gambar 9 : Adaptasi bentuk jaket lelaki
The Murut were furnished with war jackets and helmets. The former were well padded, and thickly covered over with cowrie shell; the letter was of the same material, with flag hanging, so as to protect the wearer’s neck from poisoned arrows.
(Roth, 1896 : 129)
Gambar 10 memaparkan teknik pembuatan ang mudah menggunakan kulit kayu yang
tebal dan keras. Kulit kayu dilipat kepada dua bahagian dan dipotong pada bahagian
leher. Kemudian, bahagian kiri dan kanan diikat untuk kelihatan lebih kemas. Selain itu,
corak yang dilukis juga agak kompleks. Pada bahagian depan jaket kelihatan kelok ‘j’
yang dibuat secara simetri pantulan imej dan diselangi dengan beberapa motif flora
dalam keadaan simetri lepas. Terdapat juga dibentuk “s” [ Gambar 10 (iv) ] dan pada
bahagian belakang jaket memaparkan motif seperti motif Gunung Kinabalu, motif
kepala dan garis diagonal.
i ii iii iv
Gambar 10 : Adaptasi bentuk jaket lelaki
Gambar 11 : Adaptasi bentuk jaket lelaki
Jaket pada gambar 11 diperbuat daripada kulit kayu lembut dan tidak
berwarna .hiasan pada permukaan jaket dibuat secara fizikal, iaitu menggunakan kulit
siput yang bersaiz besar dan kecil yang disusun untuk menampakkan corak. Kulit siput
yang disusun membentuk garisan lintang, meliputi bahagian hadapan jaket sehingga
ke belakang. Susunan corak dibuat secara simetrikal berdasarkan garis zigzag .
bahagian dalam jaket pula dilapis menggunakan kain kasa agar si pemakai berasa
selesa ketika memakainya.
Jaket dalam gambar 12 menampilkan kehalusan seni pembuatannya. Hal ini demikian
kerana kulit ayu digarap dengan begitu halus dan teliti. Corak dihasilkan dengan
menggunakan pewarna dan warna yang dihasilkan seolah-olah menunjukkan kesan
cetak di atas permukaan. Pada bahagian bawah coraknya agak kompleks jika
dibandingkan dengan bahagian atas. Selain itu, motif kalang aso (naga dan anjing )
mendominasi corak jaket ini. motif dominan jaket Murut dibentuk berdasarkan teknik
lukis, jahit dan tampal menggunakan bahan-bahan seperti kulit siput, kerang, tali,
benang dan bijirin serta manik.
Baju tradisi Murut yang kedua ialah batik lumayou. Sehingga kini baju tradisi moden
masyarakat Murut masih menekankan konsep pemakaian cawat. Baju kemeja yang
dipanggil batik lumayou ini memaparkan jalinan pada permukaan baju melalui teknik
tampalan sulaman dan jahitan. Baju ini menggunakan warna hitam sebagai warna
dasar dan reka bentuk yang agak mudah.
Gambar 12 : Adaptasi bentuk jaket lelaki
Baju ala kemeja moden ini beraneka ragam hiasan dipakai bersama sandaki untuk
menggantikan pemakaian seluar pada bahagian bawah. Sandaki merupakan kain
panjang yang diikat pada bahagian pinggang dan dibiarkan berjunaian pada bahagian
depan adalah adaptasi moden bagi menggantikan cawat yang diperbuat daripada kulit
kayu. Sandakai diperbuat daripada kain kapas yang berwarna merah, putih dan biru
serta dihiasi dengan motif sinusu melalui jahitan secara melintang pada bahagian
bawah. Hiasan pada kepala adalah lalandau yang mempunyai dekorasi corak yang
sama dengan bahagian baju. Keseluruhan bahagian hadapan baju dihiasi secara sulam
dengan pelbagai motif campuran daripada elemen zoomorph dan flora yang dibuat
secara simetri lepas.
Lalandau
Batik lumayou
Sandakai
Gambar 13 : Baju tradisi – Batik lumayou Murut
Terdapat beberapa ragam bentuk batik lumayou yang dipaparkan pada gambar 14.
Gambar 14 (i) merupakan baju seakan baju kemeja biasa yang mempunyai lengan dan
kolar leher. Bahagian depan kolar disediakan tali agar boleh diikat untuk tujuan
pengetatan. Gambar 14 (ii) mempamerkan struktur yang mudah, bahagian leher dan
bahagian lengan dibentuk menggunakan potongan “ V “ serta mempunyai butang dari
atas ke bawah yang berbentuk empat segi. Gambar 14 (iii) pula merupakan baju yang
mempunyai lengan tetapi tidak mempunyai kolar, namun bahagian leher dibentuk
mengikut potongan “V” secara menirus panjang ke bawah secara tidak mempunyai
butang. Baju ini juga menggunakan tali untuk mengetatkan nya. Sementara itu, gambar
14 (iv), baju mempunyai kolar separuh, berlengan dan mempunyai butang.
i
i
Batik lumayou dihias dengan motif-motif yang dihasilkan melalui cantuman, sulaman
dan jahitan daripada bahan-bahan seperti manik dan kulit siput. Gabungan bahan-
bahan ini memberi kesan timbulan dan berjalin. Gambar 15 (I dan xv) dibentuk hasil
cantuman kulit siput dan kerang laut manakala gambar 15 (ii, iii, vii dan xiii) merupakan
motif organik yang mempunyai ikon objek daripada alam flora. Gambar 15 ( viii,ix, x, xi
dan xiv) pula membentuk bunga dan gambar 15 (xii) membentuk kupu-kupu. Gambar
15 (iv hingga vi) membentuk garis zigzag yang biasa dibuat pada bahagian tepi baju.
xi
Berdasarkan kupasan dan huraian kepada struktur, reka bentuk an motif-motif yang
menghiasi pakaian wanita dan lelaki Murut, beberapa perkara dapat disimpulkan iaitu,
Pakaian tradisi Murut dihasilkan untuk dipakai ketika menghadiri sesuatu upacara adat.
Pakaian ini merupakan pakaian-pakaian yang diperagakan sejak zaman awal
kedatangan British dan telah melalui proses transformasi, khususnya pada reka bentuk
pakaian. Selain itu, pakaian tradisi ini menggunakan warna hitam sebagai warna latar
dan diperbuat daripada kain kapas. Malah, kebanyakan baju Murut mempunyai struktur
yang begitu mudah dan hiasan motif dibuat menggunakan teknik sulaman, jahitan dan
tampalan daripada bahan-bahan dari sumbar alam seperti kerang laut. Di samping itu,
aktiviti jahitan dan sulaman yang menggunakan benang adalah bertujuan untuk
menghasilkan corak. Tambahan lagi, kebanyakan paparan motif adalah dalam
komposisi simetri lepas. Walau bagaimanapun, susunan motif mempengaruhi struktur
baju. Terdapat banyak motif yang berdasarkan grid garis zigzag, terutamanya pada
bahagian satah yang disambung seperti bahagian tegah dan bahagian depan secara
memanjang, bahagian rusuk kiri dan kanan secara memanjang dan mengelilingi
bahagian leher dan depan lengan.
Baju wanita kelihatan lebih simetrikal dan terkawal dari segi susunan motif-motif,
terutamanya pada bahagian depan, iaitu di antara bahagian dada kiri dan dada kanan,
manakala bahagian belakang dibuat dalam keadaan komposisi simetri lepas. Komposisi
motif pada baju lelaki adalah dalam keadaan simetri lepas pada semua bahagian.
Selain itu, peragaan motif baju lelaki dan wanita diperbuat dalam bentuk garis,
menjurus kepada grid bengkang-bengkok, piramid (chevron), potong wajik, segi tiga,
sisik ikan, separuh bulat dan bulan terbit.
Kain sarung wanita Murut mempunyai struktur membentuk susunan motif dalam grid ‘H’
pada bahagian depan dan belakang baju. Grid ‘H’ ini dibentuk oleh sulaman motif
tulang ikan. Motif-motif yang pelbagai ragam kebiasaannya dihimpunkan dalam ruang
pada bahagian atas dan bawah grid ‘H’. Menuruti informan, garis lintang yang
membentuk ‘H’ menggambarkan status wanita sama ada sudah berkahwin atau belum.
Dua atau lebih garis lintang akan menunjukkan pemakainya sudah berkahwin.
Analisis motif pada bahagian wanita dan lelaki Murut mendapati bahawa kebanyakan
motif bersumberkan elemen flora seperti motif binusak, tataun, raun dan talantar.
Terdapat juga motif yang bersumberkan objek seperti pinansit yang dipersembahkan
dalam kepelbagaian ragam dan gaya. Di samping itu, terdapat beberapa motif yang
bersumberkan ciri-ciri zoomorph seperti bulu tuou (burung merak), ayat-ayat (kupu-
kupu), anggagait(kala jengking), lipos (lipas), bato (ulat), lawa (labah-labah), dan kalam
(tikus).
Jaket kulit kayu lelaki Murut hanya digunakan ketika sesuatu upacara diadakan atau
semasa mereka pergi berperang. Terdapat dua jenis bahan yang digunakan ketika
sesuatu upacara diadakan atau semasa mereka pergi berperang. Terdapat dua jenis
bahan yang digunakan untuk menghasilkan jaket, iaitu daripada kulit kayu dan kulit
binatang. Jaket ini diperbuat berdasarkan struktur yang mudah iaitu bentuk segi empat
yang kemudiannya dilipat kepada dua bahagian dan dilubangkan pada bahagian
kepala. Motif dihasilkan dalam tiga keadaan, iaitu menjahit, menyulam, mewarnai dan
tampalan. Motif tampalan dihasilkan daripada kerang seperti kulit siput yang dijahit
untuk membentuk pelbagai corak. Teknik jahitan mudah digunakan bertujuan untuk
mengukuhkan struktur bentuk dan dijadikan penghubung antara satah-satah. Jahitan
juga membentuk motif seperti garis bengkang-bengkok, garis piramid (chevron),
potongan wajik, segi tiga, garis sisik ikan, garis separuh bulat dan garis bulan terbit.
Selain itu, peragaan motif juga menjurus kepada elemen flora dan objek.
Kesimpulannya, pakaian wanita dan lelaki Murut mempunyai aksesori dan motif yang
tersendiri. Oleh itu, apabila seorang wanita dan seorang lelaki memakai baju tradisi
sumpayau pinongkolo, batik lumayou dan baju lalandau hendaklah memakai aksesori
yang bertepatan dengan baju tradisi yang dipakai. Hal ini kerana, baju tradisi Murut
haruslah dipakai lengkap agar menampakkan ciri-ciri tradisi Murut dan corak-corak
yang terdapat pada baju yang dipakai. Namun begitu, baju tradisi ini juga telah di
adaptasi mengikut peredaran zaman kerana dahulunya , baju jaket lelaki diperbuat
daripada kulit babi hutan namun begitu, pada zaman sekarang pembuatan baju ini
hanya menggunakan kulit kayu pokok timbangan, tikalong dan kayu Ipoh (palih) saha
MOTIF PADA PAKAIAN
TRADISIONAL MURUT
MOTIF PADA PAKAIAN TRADISIONAL MURUT
Motif / Tema Deskripsi
Pokok renek persepsi terhadap alam
melahirkan ikon-ikon bebas yang
menggambarkan pokok-pokok
hutan. Selain itu, ikon
menggambarkan pelbagai jenis
tumbuhan pokok renek.
Motif / Tema Deskripsi
Daun Persepsi terhadap persekitaran
juga menghasilkan motif yang
menggambarkan pelbagai jenis
daun yang boleh dijadikan ubat
dan pucuk-pucuk hutan yang
boleh dimakan.
Motif Deskripsi
Pucuk bertunas Pucuk bertunas dijadikan motif utama pada
kebanyakan kraf Murut seperti paku pakis
dan bunga padi. Di samping itu, pucuk ini
dibentuk menyerupai ‘pinansit’ yang
berasaskan kelok ‘j’ dan dihasilkan dalam
banyak ragam.
Motif Deskripsi
Cangkuk
Nama lain :
Anggip
Pinansit seperti yang digambarkan banyak
menyampaikan ikon kepada objek seperti
alat untuk mengambil buah-buahan. Motif
ini berasaskan tema bengkok kepala dan
ada juga yang berikonkan mata hantu.
Motif Deskripsi
Potong wajik Bentuk potong wajik dan garis
piramid dalam kelok ‘V’ adalah
motif-motif tradisi yang
sememangnya banyak didapati
pada motif –motif dekorasi primitif.
Motif Deskripsi
Bintang Objek daripada alam semula jadi
dijadikan sumber untuk menghiasi
pakaian mereka. Objek seperti
butitin (bintang) yang mempunyai
banyak pecahan dijadikan motif.
Motif Deskripsi
Motif Zoomorph
Nama Lain :
Angangait
Ayat-ayat
Tuou
Lipos
Batol
Lawa
Kalam
Terdapat elemen zoomorph daripada
persekitaran yang dijadikan hiasan seperti
bulu burung merak, kupu-kupu, labah-labah,
lipas, kala jengking dan tikus. Selain itu,
sesetengah yang dihasilkan dengan gaya
abstrak.
Motif Deskripsi
Garis zigzag Motif sepadan atau bingkai corak ini
dihasilkan untuk mengukuhkan struktur tepi.
Di samping itu, garis zigzag yang pelbagai
ragam membentuk garis potong wajik dan
garis piramid.
Motif Deskripsi
Potong wajik
Separa bulat
Motif-motif seperti ini
sememangnya berpengaruh
dan merentasi semua kraf
Murut. Tambahan pula, motif
ini dijadikan struktur dan
merupakan motif dominan
dalam semua hiasan pada
baju.
Motif Deskripsi
Tulang ikan Motif ini dipengaruhi oleh
media yang menghasilkannya,
iaitu benang. Garisan yang
dinamik membentuk ikon
tulang ikan.
Motif Deskripsi
Bunga-bungaan
hutan
Motif bunga dipersembahkan dalam
kepelbagaian ragam dan gaya. Di
samping itu, beberapa ragam bunga
menggambarkan kepelbagaian jenis
bunga yang mempunyai kelopak
berasaskan bunga pecah tiga, bunga
pecah empat, bunga pecah lapan dan
bunga pecah seribu. Terdapat juga
bentuk bunga hasil cetusan tempelan
daripada kulit siput.
Organisasi sosial masyarakat Murut mengutamakan kesamaan dan perkongsian hidup
kerana faktor keharmonian dan keseimbangan merupakan faktor utama yang
membentuk hubungan mereka dengan alam sekitar, alam roh serta antara mereka
sendiri. Dalam masyarakat Murut corak yang menonjol biasanya diletakkan di bahagian
belakang pakaian. Ini disebabkan masyarakat Murut sangat menghargai sistem nilai
kerendahan hati dan kesetaraan masyarakat. Mereka tidak suka menunjuk-nunjuk dan
merupakan satu sikap sombong. Seorang Murut yang baik adalah orang yang tahu
bertingkah laku setara dengan orang lain. Dengan cara ini keharmonian dalam
masyarakat dipelihara. Penyusunan corak pada pakaian tradisi Murut mempamerkan
nilai-nilai budaya yang penting.
RUMUSAN
R U M U S A N
Penggunaan warna hitam sebagai warna dasar pakaian Murut memberi kesan kontra
kepada warna-warna yang digunakan untuk menghasilkan motif. tambah pula, warna-
warna benang seperti merah, kuning, putih dan hijau memberikan satu adunan yang
kontra, sesuai dengan latar warna hitam. Baju wanita dan lelaki Murut mempunyai
keunikan yang tersendiri dengan aksesori yang tersendiri yang menarik, cantik dan unik
hasil kekreatifan kaum Murut tersebut untuk membuat baju daripada hasil hutan.
Setiap aksesori yang digunakan apabila memakai baju tradisi ini mempunyai nama
yang tersendiri dan bahan yang unik bagi menghiasi pemakai baju tersebut. Begitu juga
dengan corak pada baju yang dipanggil sumpayau wanita dan lelaki mempunyai corak
yang tersendiri dan mempunyai motif yang tersendiri menurut pemahaman kaum Murut
itu sendiri. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghiasi baju tradisi ini merupakan
bahan yang diperbuat sendiri dengan kreativiti sendiri namun mempunyai motif yang
tersendiri.
Dari segi komposisi motif dapat dirumuskan bahawa bahagian depan baju, motif
dihasilkan secara imbangan simetri antara bahagian kiri dan kanan manakala pada
bahagian belakang baju, motif-motif disusun secara simetri lepas. Kepelbagaian ragam
dan gaya persembahan motif memberi kesukaran untuk mengkategorikan nama-nama
motif secara khusus. Di samping itu, gaya dan ragam bunga yang dipersembahkan
menampilkan banyak kelopak yang bermula dari pecah tiga, empat, lapan dan seribu
(seribu, menjurus kepada kelopak yang melebihi angka lapan).
Penyusunan motif-motif bebas secara simetri lepas pada permukaan baju khususnya
dan perubahan saiz tela menyukarkan pengklasifikasian dibuat pada motif-motif
pakaian. Ada kalanya motif yang diperagakan mempunyai saiz yang besar dan sukar
untuk mengkategorikan motif-motif dominan dan motif sekunder. Di samping itu, ketiga-
tiga motif ini saling berubah peranannya apabila menghiasi permukaan lain.
Terdapat juga motif-motif yang bertindak sebagai struktur baju, iaitu motif yang
dihasilkan secara memanjang merentasi bahagian depan dari leher hingga ke bawah di
sepanjang posisi butang baju. Sesetengah motif juga begitu dominan hingga
menampakkan unsur gambar x-ray (satu gambaran yang boleh dilihat secara lut sinar),
iaitu dalam satu motif terdapat beberapa motif kecil yang lain. Tambahan pula, kesan
penggunaan bahan, iaitu benang yang disulam memberi dua fungsi pertama, sulaman
untuk mengukuhkan struktur tepi. Kesan daripada aktiviti pengukuhan ini mewujudkan
motif-motif seperti zigzag, garis piramid, titik, garis segi tiga, seperuh bulatan dan garis
potong wajik.
Pinansit adalah motif yang amat unggul dalam kalangan masyarakat Murut. Motif yang
banyak menggunakan istilah ini dihasilkan dalam pelbagai ragam translasi sehingga
mencetuskan ikon-ikon lain. Ikon inilah yang mencetuskan kepelbagaian istilah dalam
kalangan Murut. Selain itu, motif zoomorph merupakan motif kepelbagaian ragam dan
seni abstrak. Penghasilan motif-motif tertier adalah untuk memenuhi ruang permukaan
menyebabkan motif-motif ini menjadi satu motif yang wajib dalam pakaian mereka.
Perkara yang menarik perhatian adalah reka bentuk pada bahagian kain sarung wanita.
Garis melintang dan memanjang yang menguasai permukaan kain pada bahagian
depan dan belakang membentuk ‘H’ . Sementara itu, pada ruang di antara palang yang
membahagikan ruang atas dan bawah ‘H’ dihimpunkan kepelbagaian motif, khususnya
pada bahagian bawah, ia merupakan satu identiti pakaian Murut yang menggambarkan
status sama ada sudah berkahwin atau belum berkahwin.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa baju tradisi kaum Murut mempunyai keunikan yang
tersendiri dan kepelbagaian bahan yang digunakan membuatkan baju tradisi ini
mempunyai nilai yang tersendiri dan menampakkan ciri-ciri kaum itu sendiri selain
menampakkan kecantikan baju itu tersebut.