mr 253: varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/mr 253...

9
23 Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 23–31 MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit karah dan sesuai ditanam di tanah bermasalah (MR 253: New rice varieties resistant to blast disease and suitable for planting on marginal soil) Elixon Sunian @ Sulaiman, Azlan Shaari, Zainudin P.M.D. Hussain, Saad Abdullah, Alias Ismail, Othman Omar, Muhammad Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad Najib Mohamad Yusof, Nurkhairani Abu Bakar, Amirrudin Mokhtar, Maisarah Mohamad Saad, Shahida Hashim dan Siti Norsuha Misman Pengenalan Pada ketika ini, varieti MR 219 ialah varieti yang paling meluas diterima pakai oleh petani di Malaysia. Penanaman varieti ini dan MR 220 telah meliputi lebih 90% kawasan pengeluaran utama sejak beberapa musim yang lalu. Varieti MR 219 dan MR 220 tidak mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit karah, terutamanya karah tangkai (Gambar 1). Sejak tahun 2003, serangan penyakit karah tangkai terhadap varieti MR 219 dan MR 220 telah dikesan. Penanaman MR 219 dan MR 220 yang mempunyai sumber keturunan genetik yang sama dalam skala yang luas serta jangka masa yang lama akan menimbulkan risiko yang tinggi sekiranya berlaku wabak terhadap penyakit ini. Risiko ini boleh dikurangkan dengan menanam varieti padi yang lebih rintang terhadap penyakit karah tangkai seperti varieti MR 253. Varieti padi baharu MR 253 adalah sederhana rintang terhadap penyakit karah tangkai, walaupun tujuan asal menghasilkan varieti ini adalah untuk kerintangan terhadap benah perang. Penggunaan varieti ini sebagai pilihan selain MR 219 dan MR 220, terutama di kawasan yang terdapat serangan penyakit karah yang serius, akan dapat melestarikan pengeluaran padi negara. Kos pengeluaran dapat dikurangkan untuk pengurusan wabak berkenaan di samping kesan sampingan penggunaan racun terhadap petani dan alam sekitar dapat dielakkan. Pembiakbakaan MR 253 MR 253 dihasilkan melalui kaedah kacukan berulang antara varieti baka penderma PTB 33 dengan baka ulangan (recurrent parent) SPM 92 (Rajah 1). Kacukan berulang dilakukan dua kali atas baka SPM 92. Tujuan utama kacukan ini adalah untuk menghasilkan varieti yang berhasil tinggi dan rintang terhadap benah perang. Baka PTB 33 mempunyai sumber gen rintang terhadap benah perang iaitu gen bph 2 dan bph 3. Baka ini diperoleh dari IRRI melalui program International Network for Genetic Evaluation of Rice (INGER). SPM 92 ialah baka mutan yang dihasilkan melalui kaedah mutasi aruhan terhadap baka Y 1150. Baka Y 1150

Upload: lykhue

Post on 02-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/MR 253 varieti padi rintang... · Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad

23

  Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 23–31

MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit karah dan sesuai ditanam di tanah bermasalah(MR 253: New rice varieties resistant to blast disease and suitable for planting on marginal soil)

Elixon Sunian @ Sulaiman, Azlan Shaari, Zainudin P.M.D. Hussain, Saad Abdullah, Alias Ismail, Othman Omar, Muhammad Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad Najib Mohamad Yusof, Nurkhairani Abu Bakar, Amirrudin Mokhtar, Maisarah Mohamad Saad, Shahida Hashim dan Siti Norsuha Misman

PengenalanPada ketika ini, varieti MR 219 ialah varieti yang paling meluas diterima pakai oleh petani di Malaysia. Penanaman varieti ini dan MR 220 telah meliputi lebih 90% kawasan pengeluaran utama sejak beberapa musim yang lalu. Varieti MR 219 dan MR 220 tidak mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit karah, terutamanya karah tangkai (Gambar 1). Sejak tahun 2003, serangan penyakit karah tangkai terhadap varieti MR 219 dan MR 220 telah dikesan. Penanaman MR 219 dan MR 220 yang mempunyai sumber keturunan genetik yang sama dalam skala yang luas serta jangka masa yang lama akan menimbulkan risiko yang tinggi sekiranya berlaku wabak terhadap penyakit ini. Risiko ini boleh dikurangkan dengan menanam varieti padi yang lebih rintang terhadap penyakit karah tangkai seperti varieti MR 253. Varieti padi baharu MR 253 adalah sederhana rintang terhadap penyakit karah tangkai, walaupun tujuan asal menghasilkan varieti ini adalah untuk kerintangan terhadap benah perang. Penggunaan varieti ini sebagai pilihan selain MR 219 dan MR 220, terutama di kawasan yang terdapat serangan penyakit karah yang serius, akan dapat melestarikan pengeluaran padi negara. Kos pengeluaran dapat dikurangkan untuk pengurusan wabak berkenaan di samping kesan sampingan penggunaan racun terhadap petani dan alam sekitar dapat dielakkan.

Pembiakbakaan MR 253MR 253 dihasilkan melalui kaedah kacukan berulang antara varieti baka penderma PTB 33 dengan baka ulangan (recurrent parent) SPM 92 (Rajah 1). Kacukan berulang dilakukan dua kali atas baka SPM 92. Tujuan utama kacukan ini adalah untuk menghasilkan varieti yang berhasil tinggi dan rintang terhadap benah perang. Baka PTB 33 mempunyai sumber gen rintang terhadap benah perang iaitu gen bph 2 dan bph 3. Baka ini diperoleh dari IRRI melalui program International Network for Genetic Evaluation of Rice (INGER). SPM 92 ialah baka mutan yang dihasilkan melalui kaedah mutasi aruhan terhadap baka Y 1150. Baka Y 1150

Page 2: MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/MR 253 varieti padi rintang... · Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad

24

terhasil daripada kacukan antara baka Burma E 30-42 dengan MR 84. Kerintangan terhadap penyakit karah mungkin telah disumbangkan oleh varieti MR 84 yang sehingga kini masih rintang terhadap penyakit tersebut. Kacukan PTB 33 dan SPM 92 dilakukan pada Luar Musim 1997 dan diikuti dengan kacukan ulangan sebanyak dua musim Carta alir 1. Selepas 11 musim pemilihan baka-baka yang rintang terhadap benah perang dan menjalani pemilihan serta penilaian awal hasil dilakukan, satu baka telah dipilih dan dinamakan Y 1505. Baka ini diuji dalam Percubaan Hasil Lanjutan di MARDI Seberang Perai selama dua musim (Musim Utama 2004/05 dan Luar Musim 2005). Pada musim berikutnya, Y 1505 dimajukan ke peringkat Percubaan Penyesuaian dan dinamakan MR 253.

Ciri-ciri agronomi MR 253Morfologi pokok padiMR 253 diklasifikasikan sebagai varieti matang awal (Jadual 1). Ia matang dalam tempoh 100–104 hari selepas tabur, bergantung pada musim tanaman. MR 253 matang 5–8 hari lebih awal daripada MR 219. Bentuk pokok adalah tegak dan padat dengan daun pengasuh yang tegak dan pendek (Gambar 2). Pokok MR 253 adalah rendah, tegap dan tahan rebah, dengan ketinggian batangnya 69–74 cm, iaitu 14 cm lebih rendah daripada MR 219.

Tangkai dan biji padiMR 253 mempunyai panjang tangkai yang hampir sama iaitu 23.8 cm berbanding dengan panjang tangkai MR 219 (24.5 cm) (Jadual 1). Biji padi tersusun dengan lebih padat di atas tangkai MR 253 dan mengandungi lebih banyak biji padi setangkai berbanding dengan MR 219 (Jadual 1 dan Gambar 3). Tiada

BURMAE30–42 MR84

Y1150

PTB33 SPM92

FIRU7243

Kacukanberulang

FIRU7482 } MR253

Rajah 1. Salasilah pembiakbakaan varieti padi MR 253

Page 3: MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/MR 253 varieti padi rintang... · Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad

25

Kacukan Luar musim 1997 Kacukan antara Baka PBT 33 dengan SPM 92. Ulang kacukan 1 Musim utama 1997/98 Ulang kacukan pertama atas SPM 92. Ulang kacukan 2 Luar musim 1998 Ulang kacukan kedua atas SPM 92.Pembiakan pokok (BC2F1) Musim utama 1998/99 Pembiakan benih generasi F1 daripada ulang

kacukan kedua.Saringan populasi pokok Luar musim – musim utamakhusus terhadap benah 1999/2000perang (BC2F2-BC2F3) Buat saringan khusus pemilihan atas baka-baka

yang rintang terhadap benah perang.Pemindahan, pemilihan Luar musim 2000 – musim utamapokok dan saringan 2002/03perosak (BC2F4-BC2F9) Saringan kerintangan terhadap semua perosak

dan penyakit utama padi. Pemilihan secara visual berasaskan ciri-ciri morfologi pokok yang dikehendaki.

Percubaan Hasil Awal dan Luar musim 2003 – luar musim 2005Lanjutan (BC2F10-BC2F14) Percubaan hasil awal secara menanam dan

penilaian hasil lanjutan secara tabur terus. Penilaian kerintangan perosak dan penyakit. Penilaian fizikal dan kimia ke atas biji dan beras.

Percubaan Penyesuaian Baka Musim utama 2005/06 – musim(BC2F15-BC2F17) utama 2006/2007 Penilaian kesesuaian di MADA, PBLS,

Seberang Perai, Seberang Perak dan KADA (39 persekitaran).

Percubaan Penentusahan Luar musim 2007 – luar musim 2009Setempat (BC2F18-BC2F19) Penilaian prestasi hasil di PBLS, FELCRA, Kerian,

MADA, KADA, SPU dan Sabah (18 persekitaran).

Carta alir 1. Pembiakbakaan varieti MR 253

perbezaan ketara pada saiz biji padi antara kedua-dua varieti ini. Oleh itu, berat 1000 biji MR 253 adalah lebih kurang sama dengan MR 219 (Jadual 1 dan Gambar 4).

Ketahanan terhadap penyakit karah dan penyakit utama padiBerdasarkan ujian saringan penyakit karah, MR 253 dikenal pasti rintang terhadap penyakit karah daun (Gambar 5). Namun begitu, varieti ini sederhana rintang terhadap karah tangkai (Jadual 1). Tahap kerintangan MR 253 terhadap 13 patotip kulat Pyricularia oryzae yang menyebabkan penyakit karah adalah setanding dengan varieti MR 232, tetapi jauh lebih baik jika dibandingkan dengan varieti MR 211 dan MR 219. MR 253 juga sederhana rintang kepada benah perang, penyakit hawar daun bakteria dan penyakit merah virus, tetapi rentan terhadap penyakit hawar seludang. Meskipun tahap kerintangan MR 253 terhadap serangan benah perang tidak sebaik Rathu Heenati, namun begitu tahap kerintangannya jauh lebih baik berbanding dengan varieti MR 219. Tindak balas 9 patotip Xanthomonas oryzae Malaysia (MXO) terhadap varieti MR 253 dan varieti-varieti popular semasa yang

Page 4: MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/MR 253 varieti padi rintang... · Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad

26

terpilih menunjukkan peratusan panjang bintik kerosakan pada varieti MR 253 adalah jauh lebih baik daripada varieti MR 84 dan setanding dengan varieti MR 219. Saringan ketahanan terhadap penyakit bintik perang yang telah dilakukan di kawasan tanah Organic Clay Muck (OCM) pula mendapati varieti MR 253 adalah yang terbaik dari segi ketahanannya (Rajah 2). Oleh itu, semasa penanaman, pemantauan dan pencegahan awal terhadap penyakit-penyakit tersebut masih perlu dilakukan. MR 253 juga sesuai digunakan sebagai baka penderma rintang karah.

Gen kerintangan penyakit karahPengenalpastian kehadiran salah satu gen kerintangan terhadap

penyakit karah iaitu Pi-ta dalam varieti MR 253 dan varieti induk Burma E 30-42, MR 84 dan PTB 33 telah dilakukan menggunakan penanda DNA molekul. Gen Pi-ta merupakan antara gen yang sangat penting yang digunakan oleh kebanyakan negara dalam proses pembiakbakaan untuk kerintangan terhadap penyakit karah. Amplifikasi tindak balas rantaian polimerase (PCR) penanda DNA bagi gen Pi-ta dilakukan menggunakan pasangan pencetus spesifik YL100 dan YL102 (Jadual 2). Varieti MR 253 yang rintang terhadap semua patotip P. oryzae didapati mempunyai gen kerintangan Pi-ta. Varieti

Jadual 1. Sifat dan ciri varieti padi MR 253 dan MR 219

Sifat/Ciri MR 253 MR 219Umur matang (hari) 100–104 105–112Tinggi batang (cm) 69.0–74.0 83.0–87.0Panjang tangkai (cm) 23.8 24.5Panjang biji (mm) 10.12 10.04Lebar biji (mm) 2.25 2.27Bil. biji bernas (%) 88.1 80.7Bil. hampa (%) 34.2 34.7Berat 1000 biji (g) 28.5 27.10Perolehan beras putih (%) 65.8 65.0Kepala beras (%) 80.9 72.0Panjang beras (mm) 6.9 6.9Lebar beras (mm) 1.9 2.1Kandungan amilosa (%) 21.6 20.1Kerintangan terhadap karah daun Rintang Sed. rintangKerintangan terhadap karah tangkai Sed. rintang RentanKerintangan terhadap hawar daun bakteria Sed. rintang Sed. rentanKerintangan terhadap PMV Sed. rintang Sed. rintangKerintangan terhadap benah perang Sed. rintang Sed. rintangKerintangan terhadap hawar seludang Rentan Sed. rentan

1009080706050403020100

Inde

ks p

enya

kit

MR 253 MR 219 MR 220 MR 232

Varieti

Rajah 2. Perbandingan indeks penyakit bintik perang 4 varieti utama di tanah OCM

Page 5: MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/MR 253 varieti padi rintang... · Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad

27

Gambar 1. Kesan serangan karah tangkai pada tangkai padi rentan karah

Gambar 2. Morfologi pokok varieti padi MR 253

Gambar 3. Tangkai padi varieti a) MR 253, b) MR 219 danc) MR 211

Gambar 4. Bentuk biji padi varieti a) MR 253 dan b) MR 219

Gambar 5. Kesan serangan penyakit karah daun pada daun padi

induk iaitu Burma E 30-42, MR 84 dan PTB 33 juga dikenal pasti mempunyai gen Pi-ta yang menunjukkan bahawa MR 253 mewarisi gen Pi-ta daripada salah satu varieti induknya. Varieti MR 219 didapati mempunyai gen kerintangan Pi-ta seperti mana MR 253. Namun MR 253 menunjukkan corak kerintangan yang berbeza terhadap 13 patotip P. oryzae berbanding dengan MR 219. Ini menunjukkan terdapat gen kerintangan lain yang memainkan peranan dalam tindak balas penyakit karah pada MR 253.

Kualiti pengilangan dan berasPerolehan pengilangan untuk beras putih adalah sama dengan MR 219, iaitu sekitar 65%. Bagaimanapun, perolehan kepala beras MR 253 adalah lebih tinggi manakala panjang dan lebar biji beras adalah sama berbanding dengan MR 219. Kandungan amilosa MR 253 pula hampir sama dengan MR 219 dan kedua-dua varieti mempunyai tekstur nasi yang lembut.

Prestasi hasilPrestasi hasil Percubaan Penyesuaian Baka varieti MR 253 telah dinilai pada empat musim iaitu Musim Utama 2005/06, Luar Musim 2006, Musim Utama 2006/07 dan Luar Musim 2007 di lima kawasan pengairan utama penanaman padi iaitu MADA,

(a)

(b)

(c)

(a) (b)

Page 6: MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/MR 253 varieti padi rintang... · Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad

28

Seberang Perai, Barat Laut Selangor, KADA dan FELCRA Seberang Perak. Jumlah purata hasilnya ialah 6.0 t/ha iaitu 3.19% lebih tinggi berbanding dengan hasil varieti MR 219 (Rajah 4). Dengan menggunakan amalan agronomi dan kawalan penyakit yang cekap, varieti ini mampu mencapai potensi hasil yang lebih baik lagi. Prestasi hasil Percubaan Penentusahan Setempat di enam kawasan penanaman padi iaitu PBLS, FELCRA, Kerian, MADA, KADA dan SPU mendapati varieti MR 253 memberikan purata hasil yang lebih tinggi iaitu 5.6 t/ha berbanding dengan 5.2 t/ha bagi varieti MR 219. Varieti MR 253 mempunyai kelebihan yang unik iaitu mampu menonjolkan prestasi hasil yang lebih tinggi di kawasan yang mempunyai masalah kesuburan tanah contohnya di PBLS, FELCRA, Kerian dan KADA. Namun begitu, bagi kawasan penanaman padi dengan jenis tanah bermineral, hasil purata MR 253 adalah kurang berbanding dengan varieti MR 219 (Rajah 5). Selain ditanam di kawasan pengairan utama, MR 253 juga sesuai ditanam di kawasan tanah gambut dan berasid. Masalah ketidakcekapan pengambilan nutrien menyebabkan varieti lain yang ditanam di kawasan ini rentan terhadap penyakit bintik perang. Berdasarkan Percubaan Hasil Luar Musim 2008, Musim Utama 2008 dan Musim Luar 2009 di kawasan tanah berasid di Sawah Sempadan, Barat Laut Selangor, didapati MR 253 tidak diserang penyakit bintik perang dan memberikan hasil purata sekitar 4.6 t/ha. Rajah 6 menunjukkan kestabilan varieti MR 253 berbanding dengan MR 219. Didapati MR 253 kurang sensitif dengan perubahan persekitaran berbanding dengan MR 219. Penanaman MR 253 adalah lebih baik daripada MR 219 untuk kawasan tanah yang kurang subur.

KesimpulanPrestasi hasil varieti MR 253 adalah lebih tinggi berbanding dengan varieti MR 219 semasa peringkat Percubaan Penyesuaian Baka di 39 persekitaran (lokasi dan musim) dengan purata hasil iaitu 6.0 t/ha. Percubaan Penentusahan Setempat di 18 lokasi juga menunjukkan purata hasil varieti MR 253 adalah lebih tinggi berbanding dengan purata hasil varieti MR 219 iaitu 5.6 t/ha. Kelebihan ini dipercayai disumbangkan oleh faktor kerintangannya yang lebih baik terhadap serangan penyakit karah dan ciri morfologinya yang lebih rendah, tahan rebah dan lebih padat berbanding dengan MR 219. Selain itu, MR 253 juga kurang sensitif terhadap persekitarannya berbanding dengan MR 219. Oleh itu, penanaman MR 253 adalah lebih baik daripada MR 219

Jadual 2. Jujukan pencetus untuk penanda DNA bagi gen Pi-ta

Gen Pencetus Jujukan (5’-3’) Suhu Saiz produk penyepuhan (°C) PCR (bp)

Pi-ta  YL100 CAATGCCGAGTGTGCAAAGG 65 403  YL102 TCAGGTTGAAGATGCATAGC

Page 7: MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/MR 253 varieti padi rintang... · Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad

29

Rajah 3. Profil elektroforesis gel agarosa (1.5%) menunjukkan hasil PCR penanda DNA bagi gen Pi-ta. Lajur 1-MR 219, 2–kawalan negatif, 3–MR 253, 4-Burma E 30-42, 5-MR 84, 6-PTB 33. Lajur M-Penanda DNA 1 kb; Lajur M1-Penanda DNA 100bp

Rajah 4. Perbandingan prestasi hasil varieti MR 253 dan MR 219 dalam Percubaan Penyesuaian Baka di kawasan penanaman padi utama

7.5

7.0

6.5

6.0

5.5

5.0

4.5

4.0MADA(14)

S/PERAI(8)

Lokasi

PBLS (3) KADA(11)

S/PERAK(3)

Purata(39)

Has

il (t/

ha)

MR 253MR 210

Rajah 5. Perbandingan prestasi hasil varieti MR 253 dan MR 219 dalam Percubaan Penentusahan Setempat di kawasan penanaman padi utama

8.0

7.0

6.0

5.0

4.0

Has

il (t/

ha)

1.0

2.0

3.0

0

MR 253MR 219

Kawasan jelapang padi utama

PBLS (3) FELCRA (3)

KERIAN (2)

MADA (3)

KADA (3)

SPU (4) Purata (18)

Page 8: MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/MR 253 varieti padi rintang... · Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad

30

di kawasan penanaman yang kurang subur. MR 253 dicadangkan sebagai varieti pengganti yang lebih rintang kepada penyakit karah serta sederhana rintang kepada benah perang, penyakit hawar daun bakteria dan penyakit merah virus. Di samping itu, MR 253 juga merupakan varieti yang tahan kepada penyakit bintik perang dan sesuai untuk ditanam di kawasan padi bertanah organik dan berasid.

PenghargaanUcapan terima kasih dan penghargaan kepada penolong pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik En. Mohd. Rosli Ismail, Hj. Saad Shuhud, En. Zulkepli Shamsudin, Mat Aripin Taha, Puzi Aziz, Zamilah Abdullah, Abdul Halim Jusoh, Mohd Abu Bakar, Naimah Abdul Halim, Zakaria Abdullah, Siti Aminah Abu Bakar, Suriyaty Shamshudin, Han Teng Siew, Baharudin Abas dan staf Program Pembiakbakaan, Agronomi dan Sistem Pengeluaran dan Pengurusan Perosak dan Penyakit MARDI Seberang Perai yang telah membantu menjayakan penyelidikan ini.

BibliografiAlias, I., Mohamad, H., Othman, O., Saad, A., Azlan, S., Lim K.H. dan

Guok, H.P. (2001). Pembentukan dan prestasi varieti padi baru MR 219. (Laporan MARDI No. 196). Serdang: MARDI

Filippi, M.C. dan Prabhu, A.S. (1997). Integrated effect of host plant resistance and fungicidal seed treatment on rice blast control in Brazil. Plant Diseases 41 (4): 351–355

Jia, Y., Wang, Z. dan Singh, P. (2002). Development of dominant Rice blast Pi-ta resistance gene marker. Crop Sci. 42: 2145–2149

Ram, T., Majumder, N.D., Mishra, B., Ansari, M.M. dan Padmavathi, G. (2006). Intogression of broad-spectrum blast resistance gene (s) into cultivated rice (Oryza sativa ssp. indica) from wild rice O. rufipogon. Current Science 92(2): 225–230

Russell, G.E. (1978). Plant breeding for pest and disease resistance, m.s. 110–112. Butterworth: Butterworth and Co Publishers Ltd.

Wang, Z., Jia, Y, Rutger, J.N. dan Xia, Y. (2007). Rapid survey for presence of a blast resistance gene Pi-ta in rice cultivars using the dominant DNA markers derived from portions of the Pi-ta gene. Plant Breeding 126: 36–42

Rajah 6. Kestabilan varieti MR 253 berbanding dengan varieti MR 219

y = 0.9318x + 663.79R2 = 0.9011 (MR 253)

y = 1.2575x – 800.01R2 = 0.8259 (MR 219)

100020003000400050006000700080009000

2000 3000 4000 5000 6000 7000 8000

MR 253MR 219

Purata hasil persekitaran

◆ ◆ ◆◆◆ ◆ ◆◆◆

◆ ◆◆ ◆◆◆◆

◆◆◆

■ ■

■■

■■

■■■

■■

■■■

■■

Pura

ta h

asil

varie

ti

Page 9: MR 253: Varieti padi baharu rintang terhadap penyakit ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/MR 253 varieti padi rintang... · Naim Fadzli Abd Rani, Muhamad Harun, Asfaliza Ramli, Mohamad

31

RingkasanPenyakit karah merupakan penyakit utama padi yang memberi kesan kerugian yang teruk pada hasil pengeluaran padi dan peningkatan kos input racun. Pendekatan untuk penghasilan varieti yang rintang penyakit karah merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk menangani masalah tersebut. MR 253 merupakan varieti padi baharu yang rintang kepada penyakit karah juga sesuai digunakan sebagai induk penderma bagi gen rintang penyakit karah. Ia juga sederhana rintang kepada benah perang, penyakit hawar daun bakteria dan penyakit merah virus. MR 253 ialah varieti yang matang awal (100–104 hari) dan mempunyai morfologi pokok yang padat, rendah dan tahan rebah. Prestasi hasil varieti MR 253 adalah lebih tinggi berbanding dengan varieti MR 219 semasa peringkat Percubaan Penyesuaian Baka dengan purata hasil 6.0 tan/ha. Percubaan Penentusahan Setempat juga menunjukkan purata hasil varieti MR 253 yang lebih tinggi berbanding dengan purata hasil varieti MR 219 iaitu 5.6 t/ha. Selain itu, MR 253 juga sesuai ditanam di kawasan tanah bermasalah seperti kawasan gambut dan asid yang tinggi dengan potensi hasil sekitar 4.6 t/ha.

SummaryBlast is one of major rice diseases that causes critical losses to rice yield and increases the cost of pesticide used. Development of blast resistant variety is one of the appropriate approaches to overcome this problem. MR 253 is a new rice variety which is resistant to blast and suitable to be used as a donor parent. It is also moderately resistant to brown plant hopper, bacterial leaf blight and Tungro. MR 253 is an early mature variety (100–104 days), morphologically compact in shape, dwarf and resistant to lodging. Results on adaptability trial and local verification trial showed that yield potential of MR 253 was higher than MR 219 with average yield of 6.0 t/ha and 5.6 t/ ha respectively. MR 253 also suitable to be cultivated on marginal soil such as peat and high organic soil with yield potential of 4.6 t/ha.

PengarangElixon Sunian @ SulaimanStesen MARDI Seberang Perai, Beg Berkunci No. 203,Pejabat Pos Kepala Batas, 13200 Kepala Batas, Pulau PinangE-mel: [email protected] Shaari (bersara), Zainudin P.M.D. Hussain, Saad Abdullah (bersara),Alias Ismail (bersara), Othman Omar, Asfaliza Ramli, Amirrudin Mokhtar, Maisarah Mohamad Saad, Shahida Hashim dan Siti Norsuha MismanStesen MARDI Seberang Perai, Beg Berkunci No. 203,13200 Kepala Batas, Pulau PinangMuhammad Naim Fadzli Abd Rani dan Muhamad Harun (bersara)Stesen MARDI Tanjung Karang, Parit Satu, Sungai Sireh,45500 Tanjung Karang, SelangorMohamad Najib Mohamad YusofStesen MARDI Bukit Raya, Peti Surat No.1,Pejabat Pos Pendang, 06707 Pendang, KedahNurkhairani Abu BakarStesen MARDI Telong, 16310 Bachok, Kelantan