ms 15 sidang kemuncak keusahawanan global ms 7 1met

20
Bilangan 5 September-Oktober 2013 Sambutan Hari Inovasi & Integriti JANM 2013 ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET Bootcamp KLCC ms 5 BAJET 2014

Upload: lamtruc

Post on 12-Jan-2017

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

Bilangan 5September-Oktober 2013

Sambutan Hari Inovasi & IntegritiJANM 2013ms 15

Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7

1MET Bootcamp KLCCms 5

BAJET2014

Page 2: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

Perutusan KSP

PENASIHATYBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar AbdullahKetua Setiausaha Perbendaharaan

KETUA PENGARANGAmidah Hamim

EDITORNorhaidah Md EsaNorshuhada Mansor

DITERBITKAN OLEHUnit Komunikasi KorporatKementerian Kewangan Malaysia

Buletin KhazanahUnit Komunikasi Korporat,Aras 2, Perbendaharaan 2,Kompleks Kementerian Kewangan,No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 Putrajaya.

Tel: 03-8890 6438 Faks: 03-8890 6515 E-mail: [email protected] [email protected] [email protected]

Dicetak oleh:Absolute Master Printers Sdn. Bhd.

Terima kasih diucapkan kepada bahagian dan

agensi yang telah menyumbang artikel dan bahan

untuk penerbitan buletin ini.

Sidang Pengarang Buletin Khazanah

mengalu-alukan sumbangan berita/rencana.

Kesinambungan Buletin Khazanah adalah

kejayaan kita bersama. Jangan lupa hantarkan

sumbangan anda kepada:

Sidang Pengarang

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Syukur Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat izin, limpah kurnia dan

makbul-Nya, kita masih meneruskan tanggungjawab dan amanah sebagai penjawat awam di Perbendaharaan dan terus melangkah di akhir suku tahun 2013 ini.

Bulan Oktober merupakan detik penting kepada kita di mana Pembentangan Bajet 2014 menjadi fokus utama bukan sahaja warga Kementerian Kewangan tetapi juga rakyat di seluruh Negara. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan yang telah bertungkus-lumus dalam menyiapkan Bajet 2014. Lima teras utama yang mengandungi 100 inisiatif telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri untuk merealisasikan tema kali ini iaitu “MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI”.

Pengenalan GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 bagi menggantikan dua jenis cukai iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan telah menarik perhatian pelbagai pihak. GST yang diperkenalkan pada tahap 6% merupakan cukai yang lebih telus dan sistematik.

Pada awal bulan Oktober, Kementerian Kewangan telah dipertanggungjawabkan menjadi penganjur bagi 4th Global Entrepreneur Summit (GES 2013) di mana Malaysia merupakan tuan rumah pertama di Asia. John Kerry, Setiausaha Negara US telah hadir menggantikan Presiden Barrack Obama. Bersempena GES 2013 ini, YAB Perdana Menteri juga telah melancarkan 1Malaysia Entrepreneurs (1MET) yang telah mengumpulkan 5000 usahawan/para peserta bootcamps (NBOS 9) anjuran Kementerian Kewangan.

Akhir kata, saya berharap warga Perbendaharaan akan sentiasa mempertingkatkan pengurusan kewangan dan usaha bagi memantapkan ekonomi untuk kebaikan rakyat dan negara. Kita mahu negara kita makmur dan maju serta rakyat hidup aman sejahtera.

Sekian, terima kasih.

YBHG. TAN SRI DR. MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

Page 3: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

3

25 Oktober 2013 – Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah membentangkan Bajet 2014 di Dewan Persidangan, Parlimen bermula pada jam 4 petang.

Pembentangan Bajet 2014 pada kali ini adalah bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”.

Bajet 2014 telah memberikan lima fokus utama iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengungguli modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta mensejahtera kehidupan rakyat. Ia telah melibatkan peruntukan berjumlah RM264.2 billion meliputi RM217.7 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46.5 billion bagi perbelanjaan pembangunan.

Antara insentif telah diberikan melalui Bajet 2014 ini adalah kemudahan rakyat seperti meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah & menengah bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan, meningkatkan akses pemilikan rumah(223 ribu unit), pemberian BR1M ditingkatkan dan diperluaskan serta pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 untuk penjawat awam.

Pembentangan ini selesai kira-kira jam 6.30 petang.

2014BAJET

Page 4: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

4

Malam Tinjauan Bajet 2014

24 Oktober 2014 – YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama isteri YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor telah menghadiri Malam Tinjauan Bajet 2014 yang diadakan di Aras 10, Kompleks Kementerian Kewangan.

Malam Tinjauan Bajet 2014 dilaksanakan bagi meninjau proses akhir penyediaan Ucapan Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada keesokan harinya di Parlimen Malaysia pada pukul 4.00 petang.

Pada malam tersebut, turut hadir YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan

Kedua, YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan.

Sepanjang malam tersebut, Perdana Menteri meluangkan masa meninjau aktiviti pegawai-pegawai Perbendaharaan yang terlibat dalam proses penyediaan draf ucapan Bajet 2014 serta meneliti dan menyemak semua draf ucapan yang akan dibentangkan.

16 Oktober 2013 – Malam Tinjauan Akhir Laporan Ekonomi 2013/2014 telah diadakan di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB). YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama-sama dengan pengurusan kanan Perbendaharaan telah berada di PNMB bagi menyemak kerja-kerja penulisan, carta dan jadual dalam setiap bab yang terkandung di dalam Buku Laporan Ekonomi 2013/2014.

Semakan yang teliti perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap pruf yang dicetak mengandungi maklumat dan data yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Semasa proses ini YBhg Tan Sri KSP akan menandatangani slip sign off Laporan Ekonomi tersebut untuk proses seterusnya iaitu percetakan dokumen rasmi Kerajaan.

Malam Tinjauan dan Sign Off Laporan Ekonomi

Page 5: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

11 Oktober 2013 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan John Kerry, Ketua Setiausaha Amerika Syarikat telah hadir meraikan Malaysia Entrepreneurs Bootcamps (1MeT) di KLCC.

Perjumpaan bersama 5000 peserta 1Met Bootcamps ini dikumpulkan melalui 22 siri bootcamps merupakan satu program pengukuhan keusahawanan di Malaysia.

Pada majlis tersebut semua peserta diberikan peluang untuk berkomunikasi dan soal jawab berkaitan keusahawanan bagi golongan belia bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan John Kerry, Ketua Setiausaha Amerika Syarikat.

1MET juga merupakan inisiatif kesembilan di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju dan sejahtera.

5

1MALAYSIA ENTREPRENEURS

(1MET) BOOTCAMPS 2013

Page 6: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

6

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT MENTERI KEWANGAN II

KUNJUNGAN HORMAT TYT SRI LANKA KE PEJABAT MKII

TARIKH : 26 SEPTEMBER 2013

KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BESAR KEDAH KE PEJABAT MK II

TARIKH : 13 SEPTEMBER 2013

KUNJUNGAN HORMAT MENTERI KEWANGAN UK KE PEJABAT MKII

TARIKH : 24 SEPTEMBER 2013

Page 7: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

11 Oktober 2013 – Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2013 (GES 2013) yang diadakan di KLCC pada 11-12 Oktober 2013.

Kementerian Kewangan sebagai hos GES 2013 ini telah berjaya menganjurkan acara ini yang julung kalinya diadakan di Asia. Malaysia turut mencatatkan sejarah sebagai negara Asia pertama dipilih menjadi tuan rumah sidang kemuncak itu.

Hampir 4,000 usahawan, pemimpin perniagaan dan penggubal dasar dari lebih 100 negara berhimpun selama dua hari bagi menghadiri GES 2013.

Sidang kemuncak yang bertemakan Memperkasa dan Menghubungkan Usahawan telah dirasmikan Perdana Menteri,YAB Dato’ Sri Mohd Najib Razak Bin Tun Abdul Razak.

Turut hadir, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang menggantikan Presiden Barack Obama menyampaikan ucaptama mengenai kepentingan keusahawanan terutama dalam kalangan belia bagi memacu kemajuan ekonomi sesebuah negara.

Sepanjang persidangan selama dua hari itu, ia akan dibahagikan kepada empat sesi yang masing-masing membabitkan dua sesi perbincangan mengenai memperkukuhkan keusahawanan dan dua sesi mengenai menghubungkan usahawan.

Antara tajuk perbincangan ialah Membina Ekosistem Keusahawanan, Mewujudkan Perubahan Strategi Perniagaan, Arah Aliran Baru dan Perhubungan Untuk Pertumbuhan.

7

Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES 2013)

Page 8: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

Majlis Penyampaian AnugerahPerkhidmatan CemerlangPerbendaharaan 201210 Oktober 2013 – Seramai 200 orang pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Malaysia telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 yang telah di sampaikan YB. Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua di Dewan Utama, Kementerian Kewangan.

YB. Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dalam ucapannya menyeru agar APC ini menjadi pencetus semangat untuk pegawai dan kakitangan Perbendaharaan untuk bekerja dengan penuh wawasan, tanggungjawab dan menjadi contoh serta ikutan kepada warga Perbendaharaan amnya.

Antara kriteria penerima APC 2012 adalah seperti berikut :a) Calon penerima dipilih daripada gred 1 hingga 54;b) Calon penerima telah berkhidmat bagi tempoh

genap setahun penuh pada hari terakhir tahun penilaian 2012;

c) Calon penerima adalah bebas dari hukuman tatatertib atau kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

d) Calon-calon yang layak dipertimbangkan untuk APC memperoleh markah LNPT 85 peratus dan ke atas; dan

e) Calon-calon adalah terdiri anggota Perbendaharaan daripada lantikan tetap, sementara atau kontrak perkhidmatan (contract of service) yang mengisi jawatan.

8

Page 9: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KEPIMPINAN ORGANISASI BERPRESTASI TINGGI (HPO)

Majlis Perasmian National Bussiness Zakat Symposium 20138 Oktober 2013 – YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua merasmikan Majlis National Business Zakat Symposium 2013 di Kuala Lumpur.

Majlis anjuran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Malaysia Institute of Accountants (MIA) itu turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Prof. Ir. Dr. Ibrahim Hussein, Deputy Vice Chancellor, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), YBrs En. Johan Idris, Presiden Malaysian Institute of Accountants (MIA)

Temanya bagi symposium tersebut adalah Application of Accounting for Business Zakat: Philosophy, Principles and Practice.

20 Oktober 2013 –YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan telah merasmikan Seminar Kepimpinan Organisasi Berprestasi Tinggi bertempat di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka.

Seminar ini merupakan kesinambungan kepada Program Transformasi Kerajaan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Inisiatif seminar ini diadakan sebagai salah satu langkah proaktif AKMAL dalam usaha membentuk JKDM menjadi agensi berprestasi tinggi dalam membantu menukar landskap sektor awam yang lebih cekap untuk memenuhi kehendak rakyat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Dato’ Haji Zainul Abidin Taib, Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia, YBrs. Puan Dayang Fatimah Johari, Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia, Pengarah-pengarah Kastam Negeri, dan Pegawai-pegawai Kanan Kastam.

9

Page 10: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

16 OKTOBER 2013 24 OKTOBER 2013 24 OKTOBER 2013

23 OKTOBER 2013 24 OKTOBER 2013

10

MALAM SIGN OFF LAPORAN EKONOMI

2013/2014

PENYERAHAN TEKS UCAPAN BAJET 2014

OLEH YBHG KSP KEPADA YAB MK

TAKLIMAT KEPADA KETUA-KETUA EDITOR OLEH YAB MK DI MOF

EDARAN LAPORAN EKONOMI KEPADA

WAKIL-WAKIL MEDIA

MALAM TINJAUAN AKHIR BAJET 2014 DI

MOF

R O A D M A P

BAJET

Page 11: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

24 OKTOBER 2013 25 OKTOBER 2013 25 OKTOBER 2013

24 OKTOBER 2013 25 OKTOBER 2013

11

YAB MK BERLEPAS KE PARLIMEN

EDARAN TEKS UCAPAN BAJET 2014 KEPADA

WAKIL MEDIA (SEJURUS SELEPAS YAB MK

MEMBENTANGKAN UCAPAN BAJET 2014)

YAB MK MENANDATANGANI

KERTAS KABINET BAJET 2014 (PENYERAHAN BUKU ANGGARAN

PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2014 DAN

LAPORAN EKONOMI 2013/2014 KEPADA YAB MK)

PEMBENTANGAN UCAPAN BAJET 2014

OLEH YAB PM

R O A D M A P

BAJET 2014

Page 12: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

12

Touch Points Bajet 2014“MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI”

Meningkat Pelaburan1. Pelaburan swasta (RM189 bilion) & awam (RM106 bilion)2. Projek pelaburan utama: Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping (316 km) Pembinaan landasan keretapi berkembar Ipoh-

Padang Besar dan kemudiannya ke Johor Bahru Pelaburan Petronas: a Projek Rapid di Pengerang, Johor a Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang a Projek loji regasifikasi di Lahad Datu, Sabah3. Wilayah Koridor Ekonomi – RM1.6 bilion

Sektor Perkhidmatan, Logistik dan Industri Penerbangan4. Merangka Pelan/Dasar: a Sektor Perkhidmatan a Sektor Logistik a Penerbangan Nasional5. Dana Pembangunan Maritim – RM3 bilion6. Sistem pengurusan trafik udara Meningkatkan pergerakan trafik udara dari 68

kepada 108 pergerakan setiap jam melalui 3 landasan Meningkatkan kecekapan masa pelepasan &

ketibaan7. Menaik taraf Lapangan Terbang

Sektor Pelancongan8. Tahun Melawat Malaysia (2014) dan Year of Festival (2015)9. Galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Disember 201610. Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan (RM2 bil- subsidi kadar faedah 2%)

Meluaskan Akses Internet11. Fasa Kedua Projek HSBB - kelajuan capaian internet sehingga 10Mbps12. 1,000 menara pemancar telekomunikasi di luar bandar13. Kabel dasar laut – Sabah & Sarawak

Pasaran Kewangan & Persaraan14. Memperkenalkan Akta Penyelesaian (Netting Act)15. Memperkenalkan Rangka Kerja Sukuk Pelaburan Tanggungjawab Sosial (Sukuk SRI) dan indeks persekitaran, sosial dan tadbir urus (Indeks ESG)16. Skim Persaraan 1Malaysia - sumbangan Kerajaan ditingkatkan sekali ganda kepada 10 peratus@ RM120 setahun17. PRS - Insentif RM500 secara one-off kepada pencarum yang menyertai skim PRS dengan minimum pelaburan terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun

Sektor Pertanian18. Menubuhkan Food and Agro Council for Export (FACE) bertujuan meningkatkan eksport produk pertanian tempatan19. Menyediakan cold room di KLIA20. Membuka tambahan 60 pasar tani, 50 pasar ikan, 50 karavan tani, serta memperluas 100 gerai buah- buahan segar21. Subsidi/Insentif pertanian-RM2.4 bilion (baja, padi, beras dan nelayan)22. RM243 juta : Program tanaman semua getah, kelapa sawit, koko dan ladang hutan23. Projek ternakan lobster @ udang kara di Semporna, Sabah24. Program Bioeconomy Community Development bagi membangunkan tanah-tanah terbiar melalui penanaman kontrak.

Pembangunan Entrepreneurship dan PKS25. Menjadikan Malaysia sebuah Entrepreneurial Nation:

National

Entrepreneur

Development

Office

merancang

serta menyelaras

aktiviti

pembangunan

entreprenur

Pusat Inovasi &

Kreativiti Global

Malaysia (MaGIC)

sebagai pusat sehenti

bagi memajukan

entreprenur

apusat inkubator,

pendaftaran,

pembiayaan, padaan

perniagaan, bimbingan

latihan

asebagai pengkalan

data entrepreneurship

bersepadu

Program

1Malaysia

Entrepreneurs

(1MeT)

melatih 5,000

entreprenur

muda

26. Tabung Usahawan Siswazah - RM50 juta (subsidi kadar faedah 2%)27. Insentif PKS: a Gaji minimum: bayaran perbezaan gaji diberi potongan cukai tambahan a Green lane policy: subsidi kadar faedah, insentif cukai dan perolehan28. Pakej bersepadu peningkatan produktiviti PKS - RM120 juta a Dana pinjaman mudah automasi PKS a Program peningkatan kapasiti & latihan PKS 29.Skim Usahawan Pasar Malam – RM100 juta (maks. RM30,000 & subsidi kadar faedah 2%) Pengurusan Fiskal30. Komited melaksanakan konsolidasi fiskal: a Pengurangan defisit - sasaran 2014, 3.5% KDNK a Memastikan hasil sentiasa melebihi belanja mengurus a Meningkatkan kecekapan & penjimatan perbelanjaan a Memastikan paras hutang kekal rendah, dibawah 55% KDNK a Rasionalisasi subsidi a Pengauditan semasa pelaksanaan bagi projek melebihi RM100 juta31. Potongan cukai bulanan (PCB) sebagai cukai muktamad a Pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang cukai kerana PCB dianggap sebagai cukai muktamad32. Tindakan tegas ke atas salahlaku di dalam Laporan Ketua Audit Negara

Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST)33. Tujuan GST: Menambah baik sistem percukaian sedia ada Bukan cukai baru - mengganti cukai jualan (5%

dan 10%) dan cukai perkhidmatan (6%) sedia ada Meningkat kecekapan & ketelusan ke atas rekod &

transaksi perniagaan Satu sistem percukaian yang berkesan dan saksama

(160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST)34. Pelaksanaan GST: Kadar GST ditetapkan sebanyak 6% Tarikh berkuat kuasa mulai 1 April 2015 Cukai kepenggunaan - dikenakan ke atas barang &

perkhidmatan35. Pakej GST: Pengguna (berkuat kuasa tahun 2015)

a Tidak dikenakan GST ke atas barang makanan asas (seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, sayuran segar, daging lembu dan kambing, makanan laut, ayam, itik, susu bayi, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu dan belacan)

a Tidak dikenakan GST ke atas bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik a Tidak dikenakan GST ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah a Dikecualikan GST ke atas perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan a Dikecualikan GST jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih a Bantuan tunai secara one-off sebanyak 300 ringgit kepada penerima isi rumah BR1M a Pengurangan (1%-3%) & penstrukturan cukai pendapatan individu Peniaga

a Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan a Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016 a Pengurangan cukai pendapatan syarikat dan SME tahun taksiran 2016 a Pengurangan cukai pendapatan koperasi (1% - 2%) mulai 2015 a Geran latihan GST RM100 juta & perisian perakaunan RM150 juta a Potongan cukai – fi kesetiausahaan & pemfailan cukai mulai 2015

Meningkat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan36. Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) : Menambah 93 bilangan prasekolah di Sekolah

Rendah Kebangsaan Program pemantapan profesion guru –

menumpukan kpd tugas mengajar, meningkatkan kaedah pengajaran serta kemahiran BM & BI Memperluas akses internet di sekolah kawasan luar

bandar Membina 33 sekolah baru & menaik taraf sekolah

37. Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah Membaik pulih, penyelenggaraaan, pembelian

peralatan dan pembinaan blok tambahan bangunan sekolah (RM450 juta)

RM100 juta

RM50 juta setiap jenis sekolah

Sekolah Kebangsaan

SRJK(C), SRJK(T), Sek. Mubaligh, SBP, MRSM, Sek. Agama Bantuan Kerajaan & Sek. Agama Rakyat

Bantuan Persekolahan dan Baucar Buku38. Menerus bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah & menengah bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan39. Program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai RM250 kepada setiap pelajar

Pendidikan Tertiari40. Memperkasakan IPT untuk melahirkan graduan berkualiti & memenuhi permintaan pasaran kerja: Meningkatkan status universiti bertaraf

penyelidikan Menyediakan geran penyelidikan (RM600 juta) Program MyBrain15 (RM110 juta) - pembiayaan

yuran pengajian di peringkat pasca ijazah, khususnya golongan eksekutif di sektor swasta41. Menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagi meningkatkan penerbitan ilmiah tempatan & membantu penerbitan artikel dalam jurnal antarabangsa Memperkukuh Latihan Kemahiran

Page 13: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

13

42. Melaksanakan single tier kursus SKM Tahap 1 hingga 3 di ILP (1½ tahun)43. Dana pinjaman latihan kemahiran PTPK (RM330 juta)44. Menaik taraf & melaksanakan kaedah latihan dua syif di IKBN (RM200 juta)45. Syarikat dibenarkan melatih apprentice & future worker menggunakan Tabung HRDF46. Melaksanakan Flexible Work Arrangements (FWA) – Perbelanjaan latihan & konsultasi yang ditanggung oleh majikan diberi potongan cukai tambahan

Meningkatkan kesejahteraan bandar & luar bandar47. National Blue Ocean Strategy (NBOS)

UTC

4 UTC (Sarawak, Johor, Terengganu & Perlis)

RTC

3 RTC (Sabah, Sarawak & Neg. Sembilan)

Mobile CTC

menambah bilangan bas serta van

48. Infrastruktur asas luar bandar (RM4.1 bilion):

Jalan &

Lebuhraya

menaik

taraf 437km

jalan (RM980

juta)

Pan Borneo

(RM500 juta)

Bekalan Air

8,000 rumah

(RM457 juta)

Tangki air

di Sarawak

(RM75 juta)

Elektrik

16,000

rumah

(RM865 juta)

mengukuh

sistem

penjanaan

dan

penghantaran

(RM265 juta

Mengatasi

Masalah

Banjir

Tebatan

Banjir

(RM659

juta)

mendalam

kuala

sungai

(RM79 juta)

Pembangunan

Masyarakat

Orang Asli

Ekonomi &

Infra (RM109

juta)

Keusahawanan

Program

Rural Business

Challenge

(RM20 juta)

Baik pulih

Rumah

20,000

rumah rakyat

miskin

(RM179 juta)

Tanah Adat

pengukuran

tanah &

pengesahan

hak

pemilikan

tanah adat

(RM50 juta)

49. Membina & menaiktaraf empangan serta loji rawatan air - RM1.2 bilion50. Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di setiap PBT Pengangkutan Awam51. Menambahbaik pengangkutan awam

Landasan (RM2.9 bil)

landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan Gemas- Johor Bahru

Membaik pulih tren Electric Multiple Unit (EMU)

Bas & Teksi (RM105 juta)

Membina hentian akhir bandar

kemudahan drop & ride

kemudahan park and ride di stesen LRT, komuter & ERL

Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat

Subsidi (RM182 juta)

Subsidi pengangkutan udara luar bandar Sabah Sarawak

Subsidi perkhidmatan keretapi di laluan Wilayah Timur

Indeks Kesejahteraan Malaysia52. Menunjukkan tahap kesejahteraan rakyat meningkat sejajar dengan tren pertumbuhan ekonomi dalam tempoh 2000 -2012 khususnya komponen perumahan, pengangkutan, komunikasi dan pendidikan Pemuliharaan Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber53. Penubuhan Tabung Amanah Konservasi Nasional - RM10 juta54. Program Pelaporan Karbon Kebangsaan (MyCarbon) oleh sektor korporat55. Pelaksanaan audit tenaga, memasang retrofit & solar panel di setiap kementerian56. Peruntukan RM40 juta mendalamkan dan melebar Sungai Bertam, Cameron Highland.57. Elaun Cukai Pelaburan & pengecualian cukai pendapatan ke atas pembelian perlatan dan penggunaan perkhidmatan berteknologi hijau.

Pembangunan Wanita dan Keluarga58. Program Pengarah Wanita dengan melatih wanita untuk diketengahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat59. Program keusahawanan Purple DNA seperti ‘’Purple Licious’’ iaitu kiosk makanan bergerak60. Penubuhan Akademi Inovasi Wanita61. Menaikkan kadar wang saku kanak-kanak & warga emas di institusi JKM Kanak-kanak bersekolah: RM1.50 kepada RM3.00

sehari Kanak-kanak tidak bersekolah: RM0.50 kepada

RM1.00 sehari Warga emas: RM10 kepada RM30 sebulan

62. Bantuan & subsidi yuran TASKA Menaikkan kelayakan pendapatan bulanan

isirumah penjawat awam kepada RM5,000 sebulan untuk menerima subsidi RM180 sebulan Bantuan sebanyak RM250 sebulan kepada

keluarga berpendapatan tidak melebihi RM900 sebulan63. Pemberian percuma alat bantuan sokongan prosthesis luaran payudara dan coli khas kepada pesakit kanser payudara (RM1,200/set)64. 4 buah bas khas untuk pelaksanaan Pusat Keluarga Bergerak Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti65. Menyediakan perkhidmatan kesihatan & perubatan terbaik (RM22.1 bilion)

Membina & menaik taraf

Hospital Tanjung Karang, Jeli, Kuala Lipis & Queen Elizabeth

50 klinik 1Malaysia & 30

Perkhidmatan rawatan

Bekalan ubat dan alatan perubatan (RM3.3 bilion)

Menambah 6,800 jururawat

Meluaskan perkhidmatan kardiotorasik di Hospital Ipoh, Terengganu, Kuantan & Kuching

Kit CAPD (RM19,000 seunit) percuma kepada pesakit buah pinggang tahap akhir

Perumahan untuk Rakyat66. Meningkatkan akses pemilikan rumah (223 ribu unit):

JPN a 17,073 unita Kos rendah & disewa/dimiliki

PRIMA a 80,000 unitaMampu milik (20% rendah dari harga pasaran)

SPNB a 26,122 unitaMampu milik (Subsidi RM 15k - RM20k)

MyHome a 10,000 unita Kos rendah & sederhana (Subsidi RM30k)

Swasta a 90,000 unit

67. Memastikan harga rumah stabil dan mengekang aktiviti spekulasi Mengkaji semula RPGT Meningkatkan ketelusan harga rumah Melarang kaedah DIBS

Tempoh RPGT

Individu Syarikat

3 tahun pertama 30% 30%

Tahun ke-4 20% 20%

Tahun ke-5 15% 15%

> 6 Tahun 0 5%

Contoh Ketelusan Harga

Harga jualan diiklan (termasuk) RM500k

Diskaun/rebat

Yuran guaman percuma

Pengecualian duti setem

Hadiah

Lain-lain (sila nyatakan)

RM15k

RM9k

RM9k

RM5k

RM2k

Harga sebenar RM460k

68. Dana Mudahcara (RM1 bilion) Geran 10% kos projek sebagai tipping point untuk

projek baharu Mematuhi syarat ditetapkan seperti harga &

spesifikasi69. Penyelenggaraan rumah kos rendah & membaik pulih rumah terbengkalai Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (RM100 juta) Memulihkan 8,197 rumah terbengkalai (RM82

juta)70. Penubuhan Majlis Perumahan Negara Merangka strategi & pelan tindakan serta

menyelaras aspek perundangan dan mekanisma harga hartanah

Pemerkasaan Bumiputera86. Dana Ekuiti Bumiputera (EquiBumi) sebanyak RM300 juta - kemudahan pinjaman kepada syarikat Bumiputera yang berwibawa untuk mengambil alih syarikat tersenarai atau syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia87. Dana RM200 juta disediakan oleh SME Bank bagi kemudahan pinjaman untuk program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik88. Dana RM30 juta untuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)89. Pengukuhan program pembangunan vendor iaitu potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat anchor90. Meningkatkan pengambilan pelajar UITM kepada 250,000 pelajar91. Kemudahan pembiayaan pinjaman mudah: AIM: RM300 juta TEKUN: RM700 juta Pembangunan Masyarakat

India (RM100 juta)92. Program pendidikan awal melibatkan 176 pra- sekolah Tamil93. Program meningkatkan pencapaian pelajaran dan latihan kemahiran94. Program i-Sinar iaitu peningkatan prestasi pelajar melalui kaunseling, motivasi dan tuisyen kepada 45 sekolah ladang Tamil95. Skim Pembiayaan Usahawan Muda India (SPUMI) di bawah TEKUN dan pinjaman di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia Menghargai Perkhidmatan Awam96. Melaksanakan pelan transformasi di setiap Kementerian97. Penubuhan Unit Pengurusan Integriti yang dianggotai oleh SPRM98. Menambahbaik 81 skim perkhidmatan dari pelbagai peringkat yang melibatkan 613,743 kakitangan awam99. Bayaran khas kewangan sebanyak RM250 kepada pesara100. Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500

Page 14: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

SAMBUTAN HARI INOVASI & INTEGRITIJANM 201321 Oktober 2013 – JANM telah menganjurkan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Tahun 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Aras 7, JANM Putrajaya.

Tema sambutan pada tahun ini adalah “Inovasi & Integriti Merealisasi Perakaunan Akruan” dan telah dirasmikan oleh YB. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif( KIK), Mencipta Tema Hari Inovasi dan Mencipta Sajak serta anugerah Pekerja Inovatif dan Kreatif.

Sambutan pada kali ini amat bermakna di mana JANM menerima Sijil ISO/IEC 27001:2005 dan

MS ISO/IEC 27001:2007 (bagi pengoperasian dan penyelenggaraan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia) serta Sijil MS ISO 9001:2008 (sistem pengurusan kualiti proses bayaran merangkumi bayaran pukal kecuali bayaran gaji bagi semua jabatan dibawah seliaan pejabat perakaunan) dari pihak SIRIM.

JANM juga turut menerima Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC). Penerimaan sijil ini membuktikan bahawa JANM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti di dalam prosedur kerja melalui pematuhan piawaian atau standard antarabangsa yang telah ditetapkan serta mempraktikan persekitaran kerja yang kondusif, kemas dan ceria.

14

PROGRAM TURUN PADANG KSN, KSU DAN KP KE UTC MELAKA10 Sept 2013 – Program “Turun Padang” dianjurkan bersempena Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bil 9/2013 yang diadakan bertempat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka. Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” yang telah diperkenalkan oleh YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Program ini juga merupakan pendekatan yang berkesan di mana penjawat awam “memasang telinga dan membuka mata” bagi mengetahui sendiri permasalahan yang dihadapi oleh penjawat awam dan rakyat di peringkat akar umbi dan mengambil tindakan dengan secepat mungkin.

Seramai 42 orang Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Perkhidmatan (KP) daripada pelbagai Kementerian dan Jabatan yang terlibat. KSU dan KP akan membuat penilaian berdasarkan borang penilaian yang disediakan serta akan menemu bual pelanggan bagi mendapatkan maklum balas mengenai kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Page 15: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

15 Oktober 2013 – Kelab Perbendaharaan buat julung kalinya telah menganjurkan Majlis Korban sempena Hari Raya Qurban yang disambut oleh umat Islam. Majlis telah diadakan berhampiran Blok Utara Bangunan Kompleks Kementerian Kewangan.

YBhg Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah telah turut serta menunaikan ibadah Qurban ini. Setiausaha Kehormat Kelab Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Bukhari Hasan telah mengetuai majlis ini bersama-sama ahli kelab Perbendaharaan.

Sebanyak enam ekor lembu telah ditumbangkan dan diagihkan kepada ahli Kelab Perbendaharaan yang hadir pada majlis tersebut.

18 September 2013 – YBhg Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah merasmikan “TTP Support Staff Fiesta” yang diadakan bertempat di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung antaranya Laungan Transformasi, kuiz Transformasi, Poster Transformasi, Pengucapan Awam, Video Transformasi, TTP Photo Booth, Derma Darah dan lain-lain lagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan sokongan Perbendaharaan untuk turut serta di dalam Program Transformasi yang dijalankan di Perbendaharaan selain untuk merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan kakitangan kumpulan sokongan.

TTP SUPPORT STAFF FIESTA

Majlis Korban Perbendaharaan 2013

15

Page 16: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

16

Pelan Media BAJET 2014

PROGRAM: RADAR, RADIO 24TARIKH : 28 OKTOBER 2013TETAMU : PASUKAN BAJET

PROGRAM: MALAYSIA HARI INI, TV3

TARIKH : 28 OKTOBER 2013TETAMU : YB DATUK HJ AHMAD HJ MASLAN, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

PROGRAM: TAKLIMAT BAJET 2014 BERSAMA MEA, BUKIT KIARA

TARIKH : 28 OKTOBER 2013 TETAMU : YBHG TAN SRI DR MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH, KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

PROGRAM: SLOT ASSALAMUALAIKUM, TV AL HIJRAH

TARIKH : 26 OKTOBER 2013TETAMU : YBHG DATO’ MAT NOR NAWI, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN (DASAR)

PROGRAM: SELAMAT PAGI 1MALAYSIA, RTM 1

TARIKH : 27 OKTOBER 2013TETAMU : YBHG TAN SRI DR MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH, KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

PROGRAM: AGENDA AWANI, ASTRO

TARIKH : 28 OKTOBER 2013TETAMU : YBHG DATO’ MAT NOR NAWI, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN (DASAR)

Page 17: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

17

Pelan Media BAJET 2014

PROGRAM: DIALOG PASCA BAJET, RTM

TARIKH : 29 OKTOBER 2013TETAMU : YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN II

PROGRAM: NEWS ONLINE , RTM

TARIKH : 29 OKTOBER 2013TETAMU : YB DATUK HJ AHMAD HJ MASLAN, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

PROGRAM: TAKLIMAT BAJET 2014 KEPADA PEGAWAI PENERANGAN

TARIKH : 30 OKTOBER 2013TETAMU : PASUKAN BAJET

PROGRAM: RUANG BICARA, BERNAMA TV

TARIKH : 31 OKTOBER 2013TETAMU : YBHG TAN SRI DR MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH, KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

PROGRAM: KL FM

TARIKH : 31 OKTOBER 2013TETAMU : PASUKAN BAJET

PROGRAM: SLOT HELLO MALAYSIA, RTM 1

TARIKH : 13 SEPTEMBER 2013TETAMU : YBHG. TAN SRI DR MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH, KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

Page 18: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

LAWATAN & CERAMAH BULANAN

LAWATAN DARI PELAJAR SMK ULU SAPI, SANDAKAN SABAH

TARIKH : 13 SEPTEMBER 2013 TEMPAT : BILIK MESYUARAT UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

LAWATAN DELEGASI THAILAND

TARIKH : 4 SEPTEMBER 2013TEMPAT : BILIK MESYUARAT, ARAS 1

LAWATAN KORPORAT KE PENJARA SUNGAI BULOH

TARIKH : 5 SEPTEMBER 2013TEMPAT : PENJARA SUNGAI BULOH

CERAMAH BULANAN PEKERJA CEMERLANG

TARIKH : 26 SEPTEMBER 2013TEMPAT : AUDITORIUM, ARAS 1

CERAMAH PELABUR BESTARI OLEH SURUHANJAYA SEKURITI

TARIKH : 29 OKTOBER 2013TEMPAT : BILIK TAKLIMAT, ARAS 1

TAKLIMAT KESELAMATAN ICT

TARIKH : 31 OKTOBER 2013TEMPAT : AUDITORIUM, ARAS 1

18

Page 19: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

KERATAN AKHBAR

19

Page 20: ms 15 Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ms 7 1MET

20

Kayuhan Pra Pelancaran PSKK 201329 Oktober 2013 – YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan telah menyempurnakan “flagged off” bagi Kayuhan Pra Pelancaran Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke 39 Tahun 2013.

YBhg Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengetuai kayuhan Pra Pelancaran tersebut. Kayuhan yang bermula di perkarangan Kompleks Kementerian Kewangan turut disertai oleh beberapa agensi yang menyertai Kejohanan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Tahun 2013 antaranya dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), Bank

Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan juga dari Perbendaharaan Malaysia.