msyarakat malaysia

11
1.0 PENGENALAN Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar yang berlaku dan menyebabkan berlakunya proses asimilasi daripada perkahwinan campur dengan masyarakat tempatan sehingga melahirkan beberapa kaum peranakan yang sehingga kini menetap di Malaysia serta melahirkan pelbagai bentuk adat resam dan kebudayaan yang boleh diterima pakai oleh masyarakat asal. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu dan berkahwin perempuan tempatan menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat pelbagai kaum seperti peranakan masyarakat Baba dan Nyoya dan Cina Muslim. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial masyarakat Melayu. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Kemasukkan Migran India ke Tanah Melayu yang berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras menghasilkan peranakan Jawi Peranakan dan kelompok Chitty yang berketurunan India yang begitu terkenal di Pulau Pinang. Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub- kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok 1

Upload: sweet1991

Post on 18-Feb-2015

61 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pembentukan masyarakat majmuk di malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: msyarakat malaysia

1.0 PENGENALAN

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu

didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Migrasi daripada luar yang berlaku dan menyebabkan berlakunya proses asimilasi daripada

perkahwinan campur dengan masyarakat tempatan sehingga melahirkan beberapa kaum

peranakan yang sehingga kini menetap di Malaysia serta melahirkan pelbagai bentuk adat

resam dan kebudayaan yang boleh diterima pakai oleh masyarakat asal. Kemasukkan

masyarakat Cina ke Tanah Melayu dan berkahwin perempuan tempatan menunjukkan

bermulanya proses pembentukan masyarakat pelbagai kaum seperti peranakan masyarakat

Baba dan Nyoya dan Cina Muslim. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah

mengubah corak dan sistem sosial masyarakat Melayu. Wujudnya golongan baru ini

membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan

keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Kemasukkan Migran India ke Tanah Melayu

yang berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras menghasilkan

peranakan Jawi Peranakan dan kelompok Chitty yang berketurunan India yang begitu

terkenal di Pulau Pinang. Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok

dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan. Asimilasi bangsa

juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka

wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan,

kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah

kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. Pelbagai bentuk

kebudayaan yang turut sama dibawa dari Negara asal seperti Peranakan Siam (Samsam).

Tidak kecuali dari aspek makanan, pakaian serta adat perkahwinan yang disesuaikan dengan

masyarakat tempatan.

1

Page 2: msyarakat malaysia

2.0 JENIS-JENIS PERANAKAN.

Peranakan Siam (Samsam).

Menurut Dr. Sohaimi Abdul Aziz dan Omar Yusoff (2010) yang mengatakan bahawa

Peranakan Siam atau dikenali sebagai masyarakat Samsam adalah hasil daripada perkahwinan

campur di antara masyarakat Siam dengan Melayu, Siam dengan Cina dan Siam dengan India.

Masyarakat Samsam terbahagi kepada dua iaitu Samsam Islam dan Samsam Buddha dimana

kaum Samsam Islam ialah mereka yang beragama Islam, manakala kaum Samsam Buddha pula

beragama Buddha. Kaum Peranakan Samsam Melayu-Islam ialah kaum Peranakan minoriti

Melayu-Islam yang berketurunan Siam atau sekarang ialah Thailand yang telah di sini semenjak

abad ke-18 lagi . Penghijrahan mereka ke Kedah mereka disebabkan oleh masalah tekanan

ekonomi dan juga faktor pemerintahan. Pada tahun 1831 berlaku krisis ekonomi di Songkla

yang menyebabkan terjadi penghijrahan penduduk Siam ke kawasan-kawasan subur di sempadan

Kedah dan Siam.

Masyarakat Samsam ini dipandang serong oleh masyarakat setempat kerana keislaman mereka

diragui dan dipercayai mengamalkan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Walaubagaimanapun pada umumnya, identiti mereka ini telah berubah apabila terjadi asimilasi

dengan masyarakat tempatan semenjak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970-an.

Ciri-ciri utama masyarakat Samsam ini adalah kaum peranakan Samsam Islam di utara Kedah

boleh berbahasa Siam seperti bahasa Mong Thai (dialek Thai Selatan) atau bahasa Thai tinggi

dan beragama Islam. terdapat dua kaum di utara Kedah yang boleh bertutur di dalam bahasa

Siam. mereka yang beragama Islam atau Melayu-Islam. mereka yang beragama Buddha yang

dikenali sebagai masyarakat Siam (Siamese)1. Kita boleh mengenali kaum Samsam melalui dua

perkara penting yang boleh menunjukkan identiti kaum peranakan Samsam Islam iaitu,

berbahasa Siam dan beragama Islam. Kemampuan berbahasa Siam ini bukan bermaksud mana-

1 Keiko Kuroda (2008) .The Siamese in Kedah under nation-state making.

2

Page 3: msyarakat malaysia

mana orang Melayu yang boleh berbahasa Siam diterima sebagai kaum peranakan Samsam

Islam.

Kaum Melayu tempatan menganggap kaum peranakan Samsam Islam ini kurang keislamannya

atau kurang pengetahuan dan amalan agama Islam kerana mereka masih dipengaruhi dengan adat

resam Siam yang berbaur dengan agama Buddha yang bertentangan dengan Islam. Mereka

dianggap sebagai kaum peranakan Samsam Islam mempunyai imej yang negatif kerana

sungguhpun mereka Islam, mereka mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan

Islam dan adat resam kaum Melayu-Islam. Kaum peranakan Samsam Islam cuba untuk

mengasimilasi ke dalam kaum Melayu-Islam dengan membuang ciri-ciri negatif yang terpalik

semenjak dahulu seperti meninggalkan amalan-amalan atau adat resam yang bertentangan

dengan Islam dan Perkahwinan dengan kaum Melayu juga satu pilihan untuk kaum peranakan

Samsam Islam mengasimilasikan diri mereka ke dalam kaum Melayu-Islam tempatan2. Cara

terbaik yang mereka lakukan adalah melalui Penguasaan bahasa Melayu yang merupakan

strategi penting untuk tujuan kaum peranakan Samsam Islam mengasimilasikan diri mereka ke

dalam kaum Melayu-Islam. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu yang cuba dikuasai belum

benar-benar berjaya kerana pengaruh Bahasa Siam masih menebal khususnya aspek sebutannya.

Dengan ini Menyedari hakikat ini maka kaum peranakan Samsam Islam cuba untuk mengikis

identiti negatif mereka ini bagi menjadi muslim yang sejati supaya diterima ke dalam kaum

Melayu-Islam tempatan.

kaum Cina Peranakan.

Manakala masyarakat kaum Cina Peranakan ialah komuniti Cina peranakan atau Baba dan

Nyonya boleh didefinisikan melalui etnik, budaya, geografi dan sejarah. Peranakan bermaksud

keturunan.Baba merujuk kepada lelaki dan Nyonya merujuk kepada perempuan.Peranakan, Baba

Nyonya dan ‘Straits Chinese’ digunakan untuk keturunan imigran China yang terawal di

Nusantara yang telah mengamalkan budaya Melayu seterusnya berasimilasi dengan masyarakat

tempatan. Menurut Ishak Saat (2009), Baba dan Nyonya adalah satu golongan keturunan kaum

Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan

Tanah Melayu khususnya di negeri Melaka.Mereka memanggil diri mereka sebagai Baba atau

Peranakan kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai

2 Kuroda, Keiko. 2008. The Siamese in Kedah under nation-state making.

3

Page 4: msyarakat malaysia

unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap

suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur

yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi

seterusnya memanggil mereka sebagai Baba. Dari segi anutan agama, kebanyakannya masih

mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau

Kristian. Setelah bermastautin di Tanah Melayu dan menjiwai kebudayaan Melayu akhirnya

mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu.

Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabot unik, porselin dan pinggan mangkuk,

cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya

memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat

daripada perak atau emas.

Peranakan India Kaum (Chetti).

Peranakan yang seterusnya ialah Kaum India peranakan. Definisi kaum India peranakan atau

Kaum Chetti ialah komuniti ini terbentuk hasil perkahwinan campur antara pedagang India

Selatan dengan wanita tempatan di Melaka pada abad ke-16. Dalam hal ini, pedagang dari India

Selatan, khususnya pedagang Tamil beragama Hindu yang datang ke Asia Tenggara pada sekitar

abad ke-16 itu telah berkahwin atau tinggal bersama-sama perempuan tempatan, seperti Melayu,

Jawa, Batak atau Cina3. Menurut Noriah Mohamed (2009), bagi masyarakat umum, Chetti

bermakna orang India Selatan daripada kasta Chettiar yang menetap di Kampung Keling, Melaka

yang menjalankan kegiatan meminjam wang. Namun dari sudut yang lain, terdapat masyarakat

Chetti yang tiada kaitan dengan golongan peminjam wang. Mereka ini ialah golongan Peranakan

Hindu Melaka yang juga disebut Hindu Peranakan atau Indian Babas. Masyarakat Chetti telah

wujud di Melaka sejak tahun 1500 lagi, iaitu ketika zaman kesulatanan Melayu Melaka.

Dari segi amalan kehidupan, masyarakat ini boleh disamakan masyarakat Baba Melaka,

lantaran terlalu kuat mengamalkan budaya tempatan dan hanya menggunakan istilah bahasa

Tamil untuk kegunaan khusus membabitkan soal agama.Masyarakat ini mengamalkan ajaran

Siva Hindu yang agak ortodoks. Seperti kaum Baba Nyonya, ia tidak jauh berbeza kerana

wanitanya memakai kebaya labuh atau pendek dengan kerongsang dan bersanggul, manakala

lelakinya berkain pelikat, berbaju cekak musang, sehelai selempang di bahu kiri dan memakai

3 Noriah Mohamed . (2009). Bahasa Melayu Kreol Chetti Melaka.

4

Page 5: msyarakat malaysia

talpa (sapu tangan). Bagaimanapun, cara berpakaian ini sudah semakin sukar dilihat kecuali

dalam kalangan warga tua, itupun bukan menjadi pakaian harian, mungkin pengaruh dunia

moden yang bukan sekadar merubah cara hidup masyarakat Chetti Melaka, malah membabitkan

pelbagai kaum dan bangsa di dunia ini.

Peranakan Jawi .

Kaum Peranakan yang seterusnya adalah kaum Definisi Jawi Peranakan oleh Pada hakikatnya,

istilah ini adalah lebih eksklusif di Pulau Pinang. Ia dikatakan hanya digunakan sebagai rujukan

kepada sebuah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara wanita

Melayu tempatan dengan lelaki Arab, India-Muslim, Bengali, Punjabi, Gujerat dan Afghani. Ada

juga pihak yang menyatakan istilah ini hanya digunakan sebagai rujukan kepada wanita Melayu

tempatan yang berkahwin campur dengan lelaki yang datang daripada Benua India sahaja4.

Menurut Jawi Peranakan juga dikenali dengan pelbagai gelaran iaitu Jawi Pekan, Jawi Pukan dan

Jawi Bukan. Jawi membawa maksud Melayu dan istilah yang digunakan sebelum ini adalah

untuk memberi gambaran masyarakat itu bukan Melayu dan bukan Keling5. Meskipun

kewujudan masyarakat Jawi Peranakan turut dikaitkan dengan perkahwinan campur antara

wanita Melayu dengan lelaki Arab, Benggali, Punjabi dan Acheh, namun di PulauPinang, ia

lebih sinonim dengan masyarakat India Muslim akibat penghijrahan rakyat dari India ke negeri

selat itu sejak awal 1700. Lantaran mewarisi aktiviti perniagaan yang dimulakan nenek moyang

mereka ketika berhijrah ke Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, kebanyakan masyarakat Jawi

Peranakan terkenal dengan kekayaan dan hidup mewah sekali gus menjadi antara sebab mereka

pernah dikenali sebagai Jawi Pekan, iaitu Melayu yang hidup di pekan6.

Bahasa pertuturan seharian masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang ialah dialek Melayu

Pulau Pinang (DMPP). Dialek ini bukan sahaja digunakan oleh mereka di khalayak ramai malah

dalam institusi kekeluargaan. DMPP yang dituturkan oleh masyarakat ini tidak begitu berbeza

jika dibandingkan dengan dialek Melayu yang dituturkan oleh orang Melayu lain yang menetap

di Pulau Pinang. Bentuk keluarga dalam kalangan generasi lama Jawi Peranakan ialah keluarga

luas. Apabila anak lelaki sudah berumah tangga, biasanya mereka akan tinggal dengan ibu bapa.

4Omar Yusof. (2005). Kaum Jawi Peranakan: isu-isu budaya dalam konteks pembentukan masyarakat di Malaysia.

5 Keling merujuk kepada kaum India yang datang dari India Selatan.6 Brown, H. M. (1977). The South Indian Muslim community and the evolution of the Jawi Peranakan in Penang up to 1948.

5

Page 6: msyarakat malaysia

Bagi generasi sekarang, bentuk keluarga seperti ini tidak lagi dipertahankan. Keluarga

asas merupakan bentuk keluarga mereka kini dan apabila anak lelaki mereka sudah berkahwin

biasanya mereka akan memulakan hidup cara sendiri dan tidak lagi tinggal bersama ibu bapa.

Agama yang dianuti oleh Jawi Peranakan bagi generasi lama dan sekarang ialah Islam. Agama

ini merupakan agama yang dianuti oleh orang India Islam dan Melayu di Pulau Pinang.

Walaupun rata-rata orang India Islam menganut agama Islam tetapi fahaman mazhab mereka

tidak sama dengan orang Melayu di Pulau Pinang dan Jawi Peranakan. Bagi India Islam, mereka

berfahaman mazhab Hanafi. Jawi Peranakan dan orang Melayu di Pulau Pinang pula, rata-rata

berfahaman mazhab Hambali7.

Antara kepercayaan keagamaan yang tidak lagi dipertahankan oleh generasi sekarang ialah

pesta mandi Safar, berkunjung ke tempat keramat, seperti keramat Nagor, Tok Koya dan Mak

Amma dengan tujuan untuk memohon sesuatu, ahli keluarga yang meninggal dunia pada hari

Selasa dipercayai membawa petanda yang tidak baik, membakar kemenyan pada malam Jumaat

dengan tujuan agar Malaikat membawa rezeki kepada keluarga mereka dan kepercayaan lain.

Justeru, perayaan keagamaan yang disambut oleh masyarakat ini sama dengan orang Melayu di

Pulau Pinang, seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Awal Muharam dan perayaan lain.

7Omar Yusoff. 2005. Kaum Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Isu-isu budaya dalam konteks pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

6

Page 7: msyarakat malaysia

3.0 KESIMPULAN

Walaupun secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa kewujudan kepelbagaian

masyarakat yang terdiri dari kalangan masyarakat peranakan yang telah menjadi sebahagian

daripda masyarakat Malaysia pada masa kini, permuafakatan yang erat seisi anggota

masyarakat di negara ini memakan masa yang agak lama, namun begitu peranan yang telah

dimainkan oleh pelbagai pihak amat penting untuk memastikan konsep perpaduan dan

permuafakatan dapat terus diamalkan di negara kita walaupun berbeza agama dan cara

hidup. Hakikatnya permasalahan, krisis serta pengorbanan yang bermula dari detik inilah

yang menjadi titik permulaan ke arah keharmonian serta perpaduan yang kita nikmati di

tanah air sekarang ini. Jika kita tinjau kembali sejarah perkembangan masyarakat di

Malaysia terutamanya merupakan antara negara yang mengamalkan konsep hidup

permuafakatan dalam setiap aspek kehidupan. Sikap memahami antara masyarakat adalah

penting bagi mengelakkan masalah yang melibatkan masalah yang melibatkan masyarakat

termasuklah masyarakat peranakan itu sendiri. Kejayaan atau kegagalan dalam setiap

perancangan dan prinsip yang dicadangkan harus diambil sebagai pengajaran untuk

menempuh liku-liku perjuangan hidup permuafakatan yang lebih matang. Hakikatnya inilah

yang perlu kita imbas kembali pengajaran daripada peristiwa 13 Mei yang berpunca dari

ketidakfahaman kaum. Oleh itu, wujud masyarakat peranakan dan masyarakat yang

berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini

menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar

berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan

negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Sejarah kewujudan masyarakat yang

mempunyai kelainan yang boleh menjadi satu tarikan pelancong ke Malaysia selain dapat

meningkatkan ekonomi negara di bidang pelancongan.

7