muhamad hasri bin mohd hashim - fp.utm.my · serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan...
TRANSCRIPT
MAKLUM BALAS MURID TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI DI KALANGAN GURU PELATIH SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL) SESI 2005/2006
MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
`
Tarikh: ___ ___________ Tarikh: __ ____________ ________________ 17 APRIL 2006 _______________ 17 APRIL 2006
___ ___ Nama Penyelia ______________________________ 48300 RAWANG, SELANGOR
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. * * Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(HURUF BESAR)
________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap:
_ _______ ____________________________ M-4-35 APT. KENANGA,
____________________________________ TMN. BUNGA RAYA BKT. BERUNTUNG, ________ ___ _________________________ENCIK YUSOF BIN BOON
Saya ______ ______ _______________________________________________________MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM ( 801114-14-6439 )
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
_______________________________________________________________
____
SESI PENGAJIAN: ___ ____
MAKLUM BALAS MURID TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
PEDAGOGI DI KALANGAN GURU PELATIH SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN ( KEJURUTERAAN MEKANIKAL ) SESI 2005/2006
____________2005 / 2006 / 2
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”
Tandatangan : ................................................
Nama Penyelia : ENCIK YUSOF BIN BOON
Tarikh : 17 APRIL 2006
iii
MAKLUM BALAS MURID TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
PEDAGOGI GURU PELATIH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
SESI 2005/2006
MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .........................................................................
Nama Penulis : MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM
Tarikh : 17 APRIL 2006
v
DEDIKASI
Teristimewa buat...
En Mohd Hashim B. Ujang dan Pn Siti Khotijah Bt Dimyati
Kelahiran ku ke muka bumi Tuhan ini amat ku hargai
Namun memiliki ayahanda dan bonda seperti kalian amat anakanda syukuri
Sesungguhnya... Jasa, dorongan dan sokongan kalian
Meneguhkan anakanda di pentas kehidupan ini
Terima kasih ayahanda dan bondaku...
Zahrina Bt. Hanif
Kehadiran diri mu sebagai suri dalam hidupku
Bagaikan menjadi sumber inspirasi dan kekuatan nadiku
Buat anakanda yang bakal lahir ke dunia yang fana ini
Moga menjadi anak yang soleh dan patuh serta berguna
Pada agama, bangsa dan negara...
Muhamad Yusri, Muhamad Saari, Muhamad Nazri, Muhamad Fitri,
Seri Idayu, Seri Afiza dan Seri Nazua
Kekanda dan adinda tersayang yang banyak memberi dorongan
Serta membantu dalam merintis kejayaan ku
Dalam mengejar impian dan cita-citaku..
‘Sejambak kasih dan penghargaan di atas segala dorongan
dan sokongan yang kalian curahkan.
Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan manis buat kita bersama...”
vi
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim...
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dan juga selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya maka
dapatlah saya menyiapkan laporan tesis ini dengan jayanya.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya buat Encik Yusof Bin Boon
yang bertindak selaku pensyarah pembimbing di atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan
nasihat berguna dalam saya menyiapkan projek sarjana muda saya ini.
Ribuan terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan,
Fakulti Pendidikan, UTM kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk
menyediakan penulisan ilmiah ini serta tidak dilupakan kepada Ketua Jabatan PTK, Dr
Muhammad Shukri Bin Saud, Penasihat Akademik, Dr Baharin Bin Abu, pensyarah-
pensyarah dan warga kerja Fakulti Pendidikan.
Tidak dilupakan rakan-rakan sekursus yang banyak memberikan komen yang
bernas serta dorongan bukan saja sepanjang menyiapkan penulisan ilmiah ini tetapi
sepanjang pengajian saya di UTM ini. Akhir sekali buat ayahanda, bonda, isteri tercinta
dan keluarga yang memberi dorongan dan restu kalian amat dihargai. Sesungguhnya
hanya Allah sajalah yang dapat membalasnya. Sekian, wassalam…
vii
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran mengajar di
kalangan guru pelatih Sarjana Muda Tekonologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal) sesi 2005/2006. Data bagi penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dan
diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 360 orang pelajar
tingkatan empat di sembilan buah sekolah teknik dan empat buah sekolah menengah
kebangsaan beraliran teknikal yang dipilih berdasarkan kepada penempatan guru-guru
pelatih ketika menjalani latihan mengajar. Soal selidik yang dikumpulkan dianalisis
dengan kaedah perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS Ver.12) dan
segala data yang diperolehi dianalisis mengikut kaedah peratusan dan min. Dapatan
kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa guru pelatih SPJ mempunyai
pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang baik di mana mereka mempunyai empat
aspek penting dalam menjadikan mereka sebagai seorang guru yang bersedia untuk
mengajar iaitu penguasaan mata pelajaran yang hendak diajar (min 4.04), pengetahuan
terhadap psikologi murid (min 4.0), kemahiran menyampaikan pengajaran (min 4.03)
serta memiliki sahsiah yang baik (min 4.31).
viii
ABSTRACT
The purpose of this research is to observe the level of teaching skills among
teacher trainees of Bachelor of Technology with Education (Mechanical Engineering)
2005/2006 session. The data for this research is be descriptive form and distribution of
questionnaires to 360 form four students of nine technical schools and four technical
streamed secondary schools, based on the placement of the teacher trainees during their
practical training. The questionnaires gathered were analyzed using Statistical Packages
for Social Science (SPSS Ver. 12) and all data had achieve then analyzed according to
their percentage and min. Findings indicate that in overall, Bachelor of Technology with
Education (Mechanical Engineering) 2005/2006 teacher trainees possess knowledge and
pedagogical competence based on four aspects, which are, the mastery of the subject
content (mean 4.04), knowledge of students’ psychology (mean 4.0), delivery skills and
good conduct (mean 4.03) and disposition (mean 4.31).
ix
KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN TESIS i
PERAKUAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PERAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
x
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Kemahiran 10
1.8.2 Pengajaran 10
1.8.3 Guru Pelatih 11
1.8.4 Latihan Mengajar 11
BAB II SOROTAN PENULISAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Penguasaan Isi Mata Pelajaran Yang 14
Hendak Diajar
2.3 Pengetahuan Mengenai Psikologi Pelajar 14
2.4 Kemahiran Menyampaikan Pengajaran 16
2.4.1 Pengenalan 17
2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19
2.4.2.1 Kaedah Kuliah 23
2.4.2.2 Kaedah Penemuan 24
2.4.2.3 Kaedah Demonstrasi / Tunjuk 24
Cara
2.4.2.4 Kaedah Simulasi 25
2.4.2.5 Kaedah Socrates 25
2.4.2.6 Kaedah Latih Tubi 26
2.4.3 Penutup 26
2.5 Sahsiah Yang Baik 27
xi
BAB III METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka bentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 33
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Prosedur Kajian 36
3.8 Analisis Data 37
3.9 Penutup 37
BAB IV ANALISIS DATA 39
4.1 Pengenalan 39
4.2 Penganalisaan Bahagian A 40
- Biodata Responden
4.3 Penganalisaan Bahagian B 43
- Analisis Persoalan Kajian
4.4 Min Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 53
xii
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 55
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 55
5.2 Perbincangan 56
5.2.1 Penguasaan Guru Pelatih Mengenai Isi 56
Mata Pelajaran Yang Hendak Diajar
5.2.2 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap 57
Psikologi Murid
5.2.3 Kemahiran Guru Pelatih 59
Menyampaikan Pengajaran
5.2.4 Sahsiah Guru Pelatih 61
5.3 Kesimpulan 63
5.4 Cadangan 64
5.4.1 Guru Pelatih 65
5.4.2 Universiti Teknologi Malaysia 65
5.4.3 Sekolah 66
5.5 Kajian Lanjutan 66
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN 70
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Skala Likert 34
3.2 Taburan Item Dalam Borang Soal Selidik 35
3.3 Pekali Alfa Cronbach 35
4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 40
Sekolah
4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 41
Jantina
4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 42
Agama
4.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 42
Bangsa
xiv
4.5 Taburan Kekerapan Responden Terhadap 44
Penguasaan Isi Mata Pelajaran Oleh Guru
Pelatih
4.6 Taburan Kekerapan Responden Terhadap 46
Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap Psikologi
Murid
4.7 Taburan Kekerapan Responden Terhadap 48
Kemahiran Guru Pelatih Menyampaikan
Pengajaran
4.8 Taburan Kekerapan Responden Terhadap 52
Sahsiah Guru Pelatih
4.9 Min Persoalan Kajian 54
xvi
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
STP - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteran Mekanikal)
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteran Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteran Elektrik)
SPSS - Statistical Package Of Science
PTK - Pendidikan Teknik Kejuruteraan
ABM - Alat Bantu Mengajar
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan adalah begitu penting dan besar peranannya di dalam kehidupan
seorang manusia samada pada masa kini atau pun masa depan. Pendidikan menurut
Hutchins (1972) ialah satu harapan masyarakat kerana melalui sistem pendidikan akan
memberi sesuatu kemajuan yang ideal kepada generasi akan datang tanpa melakukan
apa-apa revolusi atau kecacatan. Syed Muhamad Naquid (1980) melihat pendidikan
sebagai …the process of instilling something into human being… . Oleh itu, kandungan
pendidikan ialah ilmu dan proses pendidikan merujuk kepada perintisan ilmu ke dalam
diri manusia. Menurut Hadzri (1999), pendidikan diertikan seperti berikut :
Pendidikan itu adalah mempersiapkan seseorang supaya ia dapat hidup dengan
sempurna, bahagia, cinta kepada tanah airnya, kuat jasmaninya, sempurna budi
pekertinya, sistematik pemikirannya, halus perasaannya, cekap dalam karyanya dan
bekerjasama dengan orang lain.
2
Ini bermaksud tujuan pendidikan ialah untuk memupuk dan membentuk sahsiah
yang bersifat lengkap dan menyeluruh. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang bertujuan melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
Sekolah adalah merupakan suatu institusi yang berfungsi untuk mengembangkan
sosialisasi dalam nilai, intelektual dan kemahiran fizikal para pelajar sebagaimana yang
diperlukan oeh masyarakat. Guru pula adalah bertindak sebagai pendokong kepada
peranan ini. Ini sejajar dengan pernyataaan Mok (1995), bahawa guru adalah pendidik
yang berilmu pengetahuan, dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi
tugas untuk menyampaikan ilmu kepada muridnya.
Guru merupakan tunjang dan pelaksana yang paling utama untuk menjayakan
reformasi pendidikan, pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Negara.
Peranan pendidikan tidak lagi ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran
tenaga manusia semata-mata. Sebaliknya peranan pendidikan turut ditumpukan kepada
pembentukan peribadi insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan ( Wan Mohd.
Zahid, 1994). Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi :
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara individu dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Menurut Mok (1995), seorang guru terlatih hendaklah mempunyai pengetahuan
yang luas, kemahiran dan teknik penyampaian pengajaran yang cekap serta mempunyai
3
sahsiah yang baik. Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan
guru yang cemerlang. Guru perlu mengetahui dengan mendalam mata pelajaran yang
hendak diajar. Guru yang kurang pengetahuan tentang isi pelajaran yang hendak diajar
akan mendatangkan rasa tidak percaya kepada dirinya dan berasa bimbang dan
seterusnya akan menghilangkan kepercayaan murid terhadap guru.
Dengan hanya mempunyai banyak pengetahuan dalam mata pelajaran yang
hendak diajar juga tidak mencukupi kerana kita seringkali terdengar bahawa seorang
guru itu benar-benar tahu mata pelajaran yang hendak diajarkan tetapi tidak berjaya
menyampaikannya dengan baik. Maka ini menunjukkan di samping pengetahuan
tentang mata pelajaran yang hendak diajar, guru juga perlu menguasai kaedah
penyampaian pengajaran supaya dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru. Di
samping itu, guru mestilah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
dicontohi oleh murid.
Sahsiah guru termasuklah tingkah laku dan sikap yang baik, bersabar, bermurah
hati dan sentiasa bersifat tenang (Mok, 1995). Kebanyakan kualiti kecerdasan dan
sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru
menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan ini termasuk kefahaman
terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran (Mok dan Lee, 1988).
Pendidikan Perguruan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertujuan untuk
membolehkan guru melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran profesional keguruan bagi melahirkan guru yang efisyen bagi menghasilkan
pengajaran yang berkesan yang mencakup aspek-espek psikologi dan kemahiran
mengajar yang betul.
4
Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (STP) di UTM telah
dimulakan pada sesi 1986/1987 sewaktu berada di Kuala Lumpur. Kursus STP ini
terbahagi kepada tiga bidang iaitu Kejuruteraan Mekanikal (SPJ), Kejuruteraan Awam
(SPA) dan Kejuruteraan Elektrik (SPE).
Secara amnya, kursus ini dilaksanakan untuk mengeluarkan bakal guru yang
berdaya saing, berpengetahuan tinggi dalam bidang teknikal, berketrampilan dan
berteknologi tinggi serta berkemahiran dalam bidang masing-masing mengikut
perkembangan teknologi yang canggih, di samping memiliki sahsiah yang baik.
Dalam bidang ikhtisas, guru pelatih didedahkan dengan teori pengajaran dan
pembelajaran. Manakala dari segi amali pula, pengajaran mikro dan latihan mengajar di
bawah penyeliaan pensyarah yang mahir diadakan sewaktu mengikuti kursus perguruan.
Bagi membina sahsiah pula diadakan seminar dan bengkel. Semua ini bertujuan untuk
membina kemahiran, sahsiah dan pengetahuan asas perguruan yang kukuh meliputi
aspek teori dan praktikum (Omardin, 1996).
Dalam pendidikan perguruan ini, pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal (SPJ) dikehendaki mengambil
mata pelajaran umum (wajib universiti), mata pelajaran asas pendidikan, mata pelajaran
teras Pendidkan Teknik Kejuruteraan (PTK), mata pelajaran Teknologi Pendidikan dan
Teknologi Maklumat serta mata pelajaran pengkhususan Kejuruteraan Jentera.
Di UTM, Pengajaran Mikro telah diadakan bagi semua guru pelatih sebelum
mereka keluar manjalani latihan mengajar (Khyasudeen, 1989). Format yang digunakan
dalam pengajaran mikro ini adalah sama seperti dalam Latihan Mengajar. Setiap pelajar
dikehendaki membuat persediaan pelajar untuk satu waktu iaitu kira-kira 40 minit.
5
Pensyarah akan membuat penilaian dari segi penilaian mengajar dan juga penyampaian
isi pelajaran. Pada ahkir sesi pengajaran mikro, pensyarah akan memberi komen dari
segi tingkah laku dan kemahiran penyampaian pengajaran.
Latihan Mengajar merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah kepada
pelajar yang mengikuti program pendidikan. Dalam Buku Tahunan Ke-43 Persatuan
Guru Pelatih (1964) di USA, jelas dinyatakan konsep Latihan Mengajar (Ismail, 1989)
yang antara lain menyebut :
The student teacher is trying to put into practice the teory that he has learned in
education courses and he needs individual help in applying (emphasis added) his
knowledge to the situation in which he finds himself.
Matlamat umum Latihan Mengajar di UTM ialah supaya guru pelatih dapat
menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, kemahiran dan nilai yang
diperlukan oleh seorang guru yang profesional di dalam dan di luar bilik darjah selain
membantu perkembangan potensi guru pelatih supaya mempunyai ketabahan diri dalam
menghadapi pebagai suasana. (Kertas Kerja Untuk Pertimbangan Senat, 1995/1996).
Latihan mengajar akan digunakan oleh guru pelatih untuk mempraktikkan segala
teori, kaedah mengajar, kefahaman dan kemahiran yang teklah dipelajari di bilik kuliah
ke dalam suasana sebenar bilik darjah. Menurut Goh (1988), latihan mengajar bertujuan
menanamkan keyakinan diri kepada guru pelatih melalui latihan sebenar.
6
1.2 Latar Belakang Masalah
Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang
menawarkan kursus pendidikan di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah.
Penubuhan Fakulti Pendidikan pada Ogos 1993 sehingga kini telah menawarkan tiga
program Ijazah Sarjana Muda dalam beberapa bidang pengkhususan seperti Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan, Sarjana Muda
Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fakulti Pendidikan, 1999).
Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan telah dimulakan pada sesi
1986/87 semasa kampus induknya berada di Kuala Lumpur dengan kerjasama daripada
Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan
Elektrik. Kini program pengajian Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan terbahagi
kepada empat bidang pengkhususan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(STP) diberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan bakal guru
mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion
perguruan. Kurikulum yang didedahkan kepada pelajar terdiri daripada empat
komponen yang utama iaitu mata pelajaran Wajib Universiti, Pengkhususan, Profesional
dan Teknologi Maklumat dan Multimedia Dalam Pendidikan. Selain itu bakal guru juga
dikehendaki menjalani latihan mengajar selama 15 minggu dan dijalankan di sekolah
yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan (Panduan Akademik Ijazah Sarjana Muda
Fakulti Pendidikan, 1998).
7
Semasa mengikuti latihan mengajar ini, guru pelatih dikehendaki mengamalkan
segala teori dan kaedah mengajar yang telah dipelajari untuk diaplikasikan di sekolah.
Selain itu bakal guru juga perlu mengikuti kuliah pengajaran mikro bagi memastikan
guru pelatih mempunyai kemahiran mengajar dan mendidik selaras dengan keperluan
etika perguruan sebagai persediaan sebelum menjalani latihan mengajar. Robiah (1994),
dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Di Malaysia Cabaran Untuk Masa Depan”
berpendapat bahawa kualiti guru bergantung kepada kerelevanan dan keberkesanan
kurikulum yang digunakan dalam program latihan.
Menurut Ibrahim (1990), memandangkan pelbagai perubahan dan cabaran
dalam pendidikan guru, penyelidikan yang terus-menerus harus dilakukan mengenai
semua aspek pendidikan guru. Ini adalah penting untuk meningkatkan mutu pendidikan
yang diterima oleh bakal guru yang bakal mencorakkan kehidupan masyarakat.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dikenal pasti, pengkaji ingin
menyelidik dan mengenal pasti sama ada guru pelatih SPJ lulusan Universiti Teknologi
Malaysia yang menjalani laihan mengajar pada sesi 2005/2006 mempunyai pengetahuan
dan kemahiran pedagogi merangkumi empat aspek penting iaitu penguasaan isi mata
pelajaran yang hendak diajar, pengetahuan terhadap psikologi murid, kemahiran
menyampaikan pengajaran serta memiliki sahsiah yang baik atau sebaliknya.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mandapatkan maklum balas daripada murid sama ada
guru pelatih SPJ yang menjalani latihan mengajar pada sesi 2005/2006 mempunyai
pengetahuan serta kemahiran pedagogi. Berikut adalah objektif kajian berdasarkan
pernyataan masalah yang diberi :
i. Mengenal pasti penguasaan guru pelatih mengenai isi mata pelajaran yang
hendak diajar.
ii. Mengenal pasti pengetahuan guru pelatih terhadap psikologi murid.
iii. Mengenal pasti kemahiran guru pelatih menyampaikan pengajaran.
iv. Mengenal pasti sahsiah guru pelatih.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut adalah soalan kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan
maklumbalas daripada murid mengenai pengetahuan dan tahap kemahiran pedagogi
yang terdapat pada guru pelatih SPJ yang menjalani latihan mengajar bagi sesi
2005/2006 :
i. Adakah guru pelatih menguasai isi mata pelajaran yang hendak diajar kepada
pelajar?
ii. Adakah guru pelatih mempunyai pengetahuan terhadap psikologi murid?
iii. Adakah guru pelatih mempunyai kemahiran menyampaikan pengajaran?
iv. Adakah guru pelatih mempunyai sahsiah yang baik?