mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · web viewmenurut a.aziz...

112
BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Menurut A.Aziz Deraman dan Wan Muhammad (1995:6-8), amalan pantang larang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu lama. Namun begitu, senario sebegini masih lagi wujud dalam kehidupan masyarakar Melayu pada dekad moden ini. Amalan pantang larang ini merupakan suatu disiplin yang disampaikan secara lisan oleh masyarakat Melayu. Disiplin secara lisan ini diwarisi secara turun temurun dan ada beberapa pantang larang yang masih lagi diamalkan oleh sesetengah ahli masyarakat pada masa kini. Mereka mengamalkan amalan pantang larang yang tidak bertentangan dengan nilai keagamaan. Walaupun pada dasarnya, ada sesetengah pihak yang menganggap amalan pantang larang yang menjadi warisan budaya ini tidak sesui digunakan pada alaf baharu, namun adalah suatu kerugian jika 1

Upload: vanthien

Post on 30-Jan-2018

302 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Menurut A.Aziz Deraman dan Wan Muhammad (1995:6-8), amalan pantang larang

begitu sinonim dengan masyarakat Melayu lama. Namun begitu, senario sebegini masih lagi

wujud dalam kehidupan masyarakar Melayu pada dekad moden ini. Amalan pantang larang ini

merupakan suatu disiplin yang disampaikan secara lisan oleh masyarakat Melayu. Disiplin secara

lisan ini diwarisi secara turun temurun dan ada beberapa pantang larang yang masih lagi

diamalkan oleh sesetengah ahli masyarakat pada masa kini. Mereka mengamalkan amalan

pantang larang yang tidak bertentangan dengan nilai keagamaan.

Walaupun pada dasarnya, ada sesetengah pihak yang menganggap amalan pantang larang

yang menjadi warisan budaya ini tidak sesui digunakan pada alaf baharu, namun adalah suatu

kerugian jika pantang larang ini dipinggirkan. Hal ini memandangkan asal usul kejadian pantang

larang itu sendiri dikatakan mempunyai animisme. Setelah kedatangan agama Islam, corak

pemikiran masyarakat Melayu telah berubah. Agama Islam menjadi kukuh dan merupakan

tunjang kehidupan masyarakat Melayu sehingga mampu menyesuaikan pantang larang dengan

menyerapkam unsur yang tidak bertentangan dengan nilai keagamaan dan kebudayaan

masyarakat Melayu.

1

Page 2: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Sebenarnya, dalam masyarakat Melayu terdapat begitu banyak pantang larang, tetapi

hanya sedikit sahaja yang tercatat dalam buku ilmiah. Kredit akademik wayar diberikan kepada

sesiapa sahaja yang dapat menghasilkan penulisan ilmiah tentang pantang larang yang pernah

atau masih lagi menjadi amalan kepada masyarakat Melayu pada hari ini untuk memastikan

bahawa khazanah budaya masyarakat Melayu tidak dibiarkan dan pupus begitu sahaja. Dengan

demikian, amalan pantang larang yang kian suram kerana dianggap tidak releven dan

menghambat kemajuan akan kekal dipraktikkan hingga kini. Amalan pantang larang ini

merupakan satu proses dalam mendidik seseorang supaya dapat mengawal tindakan demi

kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

Hubugan sesama ahli masyarakat yang akrab dalam komuniti menyebabkan setiap ahli

masyarakat berperanan dalam mengawal atau menjaga tingkah laku diri sendiri dan ahli

masyarakat supaya tidak menimbulkan suasana yang tegang dalam masyarakat. Amalan pantang

larang ini, bukan semuanya tidak boleh diterima oleh akal memandangkan implikasi positif yang

diterima oleh masyarakat, terutama dalam membentuk struktur kehidupan yang sempurna.

Menurut Nor Partinee Ghafar (1996:78-80), konsep amalan pantang larang ini dapat

dilihat daripada dua aspek iaitu pantang larang dalam perbuatan dan pantang larang daripada

penggunaan bahasa tabu. Bahasa yang ternyata dapat membimbing ahli masyarakat dalam

mengawal tindakan supaya kekal dengan kesopanan dan kesantunan masyarakat Melayu. Hal ini

kerana, masyarakat Melayu memang terkenal dengan keperibadian yang bersopan santun.

Menerusi perbuatan didapati ada beberapa pantang larang yang menejah atau melarang ahli

masyarakat daripada melakukan perbuatan yang dianggap boleh menjejaskan keharmonian

dalam masyarakat. Sebagai contoh, anak gadis dilarang menyanyi didapur. Larangan ini

bertujuan untuk mendidik anak gadis supaya fokus dengan aktiviti yang dilakukan di dapur. Jika

2

Page 3: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

terlalu leka menyanyi, masakan yang dimasak berkemungkinan akan hangus dan rumah boleh

terbakar dan situasi ini pasti menyebabkan huru-hara dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

Begitu juga dngan perbuatan menjahit pakaian ada waktu malam. Sekiranya jarum jahitan itu

tercucuk pada jari orang yang menjahit pakaian itu, pasti menimbulkan masalah untuk mendapat

rawatan pada malam hari.

Selain itu, amalan pantang larang ini juga dapat dilihat daripada aspek bahasa yang

dipertuturkan. Kebanyakkan pantang larang yang ada begitu mementingkan penggunaan bahasa

yang bersifat halus. Sebagai contoh, bagi sesiapa yang memasuki hutan atau ke laut, penggunaan

bahasa yang tertentu wajar digunakan. Bahasa yang digunakan mestilah elok dan tidak sesekali

celupar. Contohnya perkataan “datuk” yang digunakan sebagai panggilan bagi penunggu di

hutan atau di laut. Jika tidak disebut, hal ini dikhuatiri akan menyebabkan seseorang yang

bermulut celupar itu akn sesat dan tidak dapat mencari jalan pulang.

Kejadian atau perlakuan yang luar biasa boleh membawa padah, petanda atau alamat

sesuatu sama ada alamat baik atau alamat buruk. Oleh itu, ada sesetengah pihak yang akan

menangguhkan perjalanan jika bersua dengan biawak yang sedang melintas jalan. Mereka

beranggapan petanda itu akan membawa kecelakaan jika perjalanan diteruskan. Begitu juga,

dengan adanya burung murai yang berkicau dihalaman rumah yang bermaksud ada orang jauh

yang bakal tiba dirumah itu. Lantaran itu, tuan rumah dapat membuat persediaan bagi

menyambut kedatangan tetamu ke rumah. Disamping itu, ada juga beberapa pantang larang yang

mengandungi unsur yang menakutkan ahli masyarakat. Sebagai contoh, jika berjalan malam,

pulangnya berkawan (ada makluk lain yang akan ikut pulang). Bagi kaum ibu yang mengandung

pula, tidak dibenarkan sama sekali kerana menganiaya binatang kerana dikhuatiri bayi yang

3

Page 4: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

bakal dilahirkan itu cacat. Ibu yang mengandung mesti menjaga tingkah laku yang bersopan agar

bayi yang dilahirkan kelak berperagai baik.

Pelbagai pantang larang yang diperturunkan itu semestinya berunsur positif supaya ahli

masyarakat dapat mengawal diri daripada melakukan perbuatan yang boleh merugikan diri

sendiri dan masyarakat setempat. Sebagai salah satu disiplin lisan, kita dapati masyarakat

Melayu lama seboleh-bolehnya mematuhi pantang larang ini demi kesejahteraan diri, keluarga

dan masyarakat.

Secara tuntasnya, menerusi amalan pantang larang, nilai luhur atau nilai murni

masyarakat Melayu terserlah. Kebijaksanaan orang tua dalam menyampaikan nasihat yang

berguna secara halus menerusi pantang larang amat terpuji dan bertepatan sekali untuk dijadikan

panduan dalam mengawal tindakan agar tidak dipandang serong oleh ahli masyarakar.

Pantang larang yang diwujudkan oleh masyarakat Melayu ini berkait rapat dengan dua

situasi iaitu kejadian spontan yang memerlukan cara bijak untuk mengatasinya. Sebagai contoh

pantang larang yang menegah seseorang duduk di atas bantal. Pada zaman dahulu hanya ada

bantal kekabu sahaja yang biasa digunakan oleh masyarakat Melayu. Jadi siuasi ini pasti

menimbulkan masalah yang kurang elok jika bantal yang digunakan sebagai alas kepala untuk

tidur dijadikan tempat duduk. Sarung bantal akan koyak dan kekabu akan bertaburan.

Seterusnya, pantang larang yang ditimbulkan akibat kepercayaan karut masyarakat

melayu zaman dahulu . Zaman yang kurang maju daan kekurangan daripada perbagai aspek telah

menjadi pencetus pelbagai pantang larang.situasi ini bersesuaian dengan situasi dialami pada

masa dahulu, sebelum merdeka contohnya,kawasan tempat tinggal masyarakat melayu biasa nya

4

Page 5: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

di kawasan kampung yang jauh dari pusat Bandar. Oleh itu kawasan kampung sudah tentu

mempunyai pelbagai kekurangan terutamanya dari segi kemudahan infranstuktur.

Ketiadaan bekalan elektrik akan menyebabkan suasana malam menjadi bertambah gelap.

Hal sebegini boleh mengundang pelbagai kejadian yang tidak diingini. Sekiranya berlaku

kejadiaan seperti hilang, disamun, ancaman binatang buas dan sebagainya ternyata boleh

mengugat ketenteraman masyarakat Melayu pada masa itu. Oleh sebab itu, timbul lah pantang

larang yang melarang ahli masyarakat pulang lewat malam. Jika seserang itu pulang lewat

malam ada hantu atau makhluk lain yang akan mengikutnya pulang dan mengganggu seisi

rumah.

Rentetan itu, pantang larang ini diwujudkan dengan tujuan dapat mendidik ahli

masyarakat supaya mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai murni ini

akan dapat dicapai menerusi amalan tindakan dalam mengawal diri supaya tidak melakukan

perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman ahli masyarakat lain. Selain itu, pantang larang

ini merupakan salah satu cara bagi masyarakat dahulu kala menyampaikan nasihat dan

pengajaran secara bersopan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.sekiranya berlaku

persengketaan ahli masyarakat, suasana harmoni tidak akan di nikmati.

Menurut Nor Hayati Mohd Shaharin (2008:134), pantang larang atau tabu ini

sebagaimana adat, memainkan peranan penting. Sekiranya sesuatu pantang larang atau tabu di

langgar, sama ada dari segi perkataan atau perbuatan,akan mendatangkan akibat yang buruk

keatas diri individu berkenaan atau masyarakat keseluruhannya.selain itu, pantang larang juga

merupakan alat kawalan sosial sesebuah masyarakat itu, sewajarnyalah golongan muda

menjadikan pantang larang ini sebagai pemberi ilmu yang bolh diamalkan untuk kebaikan

5

Page 6: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

manakala golongan tua menjadikan pantang larang ini berkekalan dengan menurunkan apa jua

pantang larang yang diiketahui kepada anak mereka.

Amalan dan kepercayaan terhadap pantang larang, begitu berpengaruh dalam kehidupan

anggota masyarakat dan merangkumi segenap aspek kehidupan. Terdapat pelbagai faktor yang

mempengaruhi dan mendorong masyarakat menerima pantang larang misalnya,ketakutan

menerima akibat sekiranya sesuatu pantang larang itu dilanggar,pelbgai ikutan dan kadang kala

dikehendaki oleh orang-orang untuk berbuat demikian. Masyarakat berpegang teguh dengan adat

dan pantang larang amat dihormati masyarakat lain.setiap masyarakat memelihara adat dan

mematuhi pantang larang mereka.

Daripada adat, lahirlah pantang larang yang menjadi kawalan sosial sesuatu masyarakat

dan seakan-akan peraturan hidup yang dapat membantu memastikan keharmonian dan tatasusila

masyarakat masa dahulu agar masyarakat tidak melakukan perkara yang ditegah. Kesimpulanya,

kepercayaan masyarakat Melayu lama ini bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya

generasi muda agar dapat membawa nilai murni dalam kehidupan. Pantang larang yang

diperturunkan secara mudah ini dapat dikongsi bersama-sama dalam menempuh cabaran.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Seperti yang telah dinyatakan pada bahagian awal kajian ini, iaitu masyarakat Melayu

kaya dengan adat dan pantang larang yang diwarisi secara turun temurun dan masih ada beberapa

pantang larang yang masih diamalkan sehingga kini. Pantang larang merupakan satu warisan

budaya melayu tradisional yang amat tinggi nilainya. Ungkapan yang terkandung dalam pantang

larang terpantul nilai luhur murni masyarakatnya dan merangkumi pelbagai aspek

6

Page 7: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

kehidupan.pantang larang merupakan khazanah budaya dan warisan bangsa yang terbina

daripada pengalaman hidup yang lalu.pengalam ini tidak semestinya tidak berguna. Paling tidak

pengalam tersebut boleh dijadikan contoh tauladan dalam kehidupan masyarakat pada masa kini.

Pantang larang yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang merupakan satu

disiplin lisan yang terkandung dan diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu. Selain

daripada itu, terdapat berbagai-bagai nilai murni dalam pantang larang yang boleh memberikan

pendidikan secara langsung atau secara tidak langsung untuk kesejahteraan masyarakat

umunnya. Justeru, penulis merasakan kajian ini perlu dibuat untuk mengekalkan warisan budaya

ini agar tidak hilang lenyap dan agar nilai murni didalamnya dapat dijadikan panduan dan ikutan

generasi hari ini dan pada masa akan datang.

Generasi pada hari ini tidak banyak mengetahui nilai yang tersirat dan terkandung dalam

pantang larang, apatah lagi untuk mengamalkan pantang larang tersebut. Senario hari ini

menyaksikan betapa penghayatan nilai murni dalam kalangan generasi muda pada hari ini

khasnya dalam kalangan remaja semakin terhakis. Lantaran itu, kajian tentang nilai murni dalam

pantang larang perlu diketengah kan agar dapat dijadikan panduan dan dapat memberi ilmu

pengetahuan kepada generasi hari ini untuk bersama-sama menghayati nilai murni dan dapat

mempraktikannya dalam kehidupan seharian. Pengkaji merasakan satu kerugian yang besar

seandainya pantang larang yang merupakan khazanah dan warisan bangsa ini luput dan

dilupakan begitu sahaja.

Penulis mendapati sememangnya terdapat unsur nilai murni yang terkandung dalam

pantang larang terhadap kaum perempuan. Unsur nilai murni yang ditemukan seperti bersopan

santun, hormat menghormati, bersabar, berhati-hati, berwspada, kasih sayang dan menjaga

7

Page 8: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

kebersihan fizikal dan mental ini mampu menjadi wadah perungkai masalah yang mempengaruhi

kehidupan mayarakat khususnya terhadap kaum wanita hari ini. Hal ini demikian kerana, dewasa

ini terlalu banyak masalah atau gejala sosial yang disebabkan sebahagian besar berpunca

daripada golongan wanita.

Penulis juga mendapati sememangnya terdapat kesan positif dan negatif dalam pantang

larang terhadap kaum perempuan yang perlu diketahui pembaca. Didapati kesan positif pantang

larang juga mampu menjadikan individu, institusi keluarga dan masyarakat sentiasa berada

dalam situasi yang harmoni dan sejahtera. Selain itu yang ditemukan kesan negatif dalam kajian

ini seperti berlakunya pemesongan akidah masyarakat Melayu juka meletakkan kepercayaan

seratus peratus tehadap benda dan kuasa ghaib yang terdapat dalam amalan pantang larang.

Atas kesedaran inilah penulis merasakan amat perlu dilakukan kajian yang menyeluruh

dalam segala hal yang bersangkutan dengan nilai murni yang terkangdung dalam pantang larang

masyarakat melayu agar ianya terus dijadikan panduan dan rujukan generasi akan datang dan

tidak akan terus luput ditelan arus permodenan zaman.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

Mengenal pasti jenis pantang larang terhadap kaum perempuan .

Membincangkan aspek nilai murni dalam pantang larang terhadap kaum perempuan.

Menganalisis kesan positif dan negatif dalam pantang larang terhadap kaum perempuan.

8

Page 9: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Penulis memikirkan bahawa kajian ini perlu dibuat dengan tujuan merakamkan pantang

larang yang pernah atau masih diamalkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Seharusnya

pantang larang yang diwarisi daripada datuk nenek moyang dahulu haruslah dikekalkan sehingga

sekarang khasnya untuk memberikan panduan kepada generasi muda pada hari ini agar tidak

melupkan pantang larang dan masih tetap mengamalkanya dan mengambil nilai murni yang

terdapat dalam pantang larang untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup.

Kajian ini amat bermakna kepada penulis sendiri dan setiap lapiasan masyarakat kerana

sebagai perempuan,penulis dapat mengenali lebih mendalam daripada nenek moyang terdahulu.

Kajian ini juga amat penting kepada generai hari ini dan dalam kalangan masyarakat Melayu

kerana dibimbangi pada suatu masa nanti segala pantang larang tersebut akan terus pupus dibawa

arus permodenan zaman. Walaupun kita berada di tengah-tengah arus permodenan zaman akibat

wujudya pertembugan pelbagai bentuk dan nilai budaya baru, namun nilai-nilai budaya

tradisional hendaklah dipertahankan sebagai warisan budaya dan bangsa yang mencerminkan

akal budi pemiliknya.

Adalah diharapkan kajian ini juga akan memberikan manfaat atau panduan kepada para

ibu bapa amnya dan kaum wanita khasnya dalam mendidik dan membesarkan anak agar tidak

meminggirkan nilai murni dan tatasusila yang tedpat dalam pantang larang yang diperoleh tuun

temurun daripada nenek moyang mereka dahulu. Begitu juga diharapkan agar kajian ini dapat

memberi imput,pengetahuan dan maklumat yang berguna kepada para pelajar,remaja dan

9

Page 10: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

generasi akan datang agar dapat menghayati nilai murni dan mengamalkan dalam kehidupan

harian.

Adalah menjadi harapan agar ada pihak yang berminat,contohnya pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia,mengambil inisiatif untuk menjadikan bahan kajian ini sebagai

penambahbaikkan kepada subjek pendidikan moral dan memasukkan unsur nilai murni yang

terdapat dalam pantang larang masyarakat Melayu dalam topik pembelajaran.

1.4 BATASAN KAJIAN

Menyedari betapa luasnya skop tentang aspek pantang larang yang hendak dikaji, penulis

merasakan tidak mampu untuk mengkaji kesemuanya atas alasan kekangan masa dan

keterbatasan waktu kudrat dan kewangan. Justeru, batasan perlu dibuat untuk memberikan hasil

yang terbaik dan memuaskan serta bersesuaian dengan keterbatasan waktu yang ada.

Kajian ini akan meghuraiakn jenis pantang larang terhadap kaum perempuan dalam

kalangan masyarakat Melayu dan ditumpukan khususnya kepada aspek nilai murni yang terdapat

dalam pantang larang terhadap kaum perempuan dan kesan positif dan negatif yang boleh

dikupas dalam pantang larang masyarakat Melayu yang masih diamalkan khususnya oleh kaum

perempuan sehingga kini.

Oleh itu, kajian ini dilakukan secara mendalam supaya kita dan generasi pada hari ini dan

akan datang khususnya kaum wanita dapat mengetahui unsur nilai murni dan kesan positif dan

negatif dalam amalan pantang larang masyarakat melayu dan dapat menilai kepentingan dan

10

Page 11: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

keunikkan pantang larang yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini sebagai

salah satu warisan bangsa.

1.5 KAEDAH KAJIAN

Dalam penyelidikan ini, penulis mengunakan dua jenis kaedah, iaitu kaedah kepustakaan

dan analisis kandungan. Rujukan kepustakaan seperti melakukan rujukan ke Perpustakaan

Sulatan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Rujukan dilakukan keatas pelbagai jenis buku,

jurnal, majalah, penulisan ilmiah, penulisan kreatif, keratan akhbar dan melayari internet untuk

mencari bahan yang berkaitan yang telah dikaji oleh pengkaji terdahulu dalam memperkatakan

niali murni dalam pantang larang.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

Beberapa istilah atau konsep dalam kajian ini perlu diberi definisi agar tidak

menimbulkan kekeliruan konsep dan untuk memudahkan pemahaman isi kandungan kajian.

1.6.0 NILAI

Nilai ialah idea yang dikongsi bersama oleh manusia dalam sesuatu masyarakat tentang

sesauatu yang penting dan amat berguna. Nilai merupakan prinsip umum yang menyediakan

anggota masyarakat dengan satu ukuran untuk membuat pengadilan dan pemilihan mengenai

tindakan dan matlamat yang tertentu.

11

Page 12: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Nilai bukanya objek, oleh sebab itu nilai tidak mempunyai sifat-sifat objektif seperti

bentuk dan warna. Nilai adalah suatu konsep, suatu pembetukan mental yang dirumuskan

daripada tingkah laku manusia. Nilai juga dalah anggapan yang mustahak, baik dan dihargai.

Nilai juga adalah tanggapan mengenai perkara yang baik atau buruk dalam sesebuah masyarakat.

Apa yang ditegaskan oleh kebudayaan yang berlainan adalah berbeza-beza, dan dalam jangka

panjang, pengertian tentang apa yang baik atau buruk mempengaruhi tingkah laku ( seminar

kefahaman budaya 1991).

Nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan

harga ( Worth ) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkahlaku, kejadian dan keadaan sama

benar, baik, berguna, tidak berguna dan dibenci ( Hashim Musa,2001-55 ).

Ting Chiew Pen ( 1985:84 ) telah memetik pendapat Clyde Klucichohn tentang definisi

nilai. Nilai ialah satu standard yang agak berkekalan dari segi masa atau dalam pengertian yang

luas satu standard yang mengatur satu sistem perlakuan. Nilai juga merupakan satu keutamaan,

iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat

lain sama ada sesuatu tindakan itu diperlukan, dihargai atau sebaliknya.

Menurut Noraliza Selat dan Zainal Abidin Borhan ( 1996 : 27 ) nilai ialah gagasan

tentang “yang diingini” atau :yang dimahukan”,memilih mana yang bernilai dan gagasan ini

hadir (eksplisit) dan tidak nyata atau terpendam (implisit). Nilai berfungsi untuk menggerak

tangapan (perpepsi) dan menggerak dorongan (motivasi). Nilai dan sistem nilai itu

disosialisasikan ke dalam diri individu, kelompak, komuniti, masyarakat dan budaya.

Menurut Sidi Gazalba ( 1974 : 22 ) menyatakan ‘nilai’ merupakan sesuatu yang bersifat

abstrak dan tidak dapat dipersepsikan oleh pancaindera. Sesuatu yang bernilai iaitu sesuatu yang

12

Page 13: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

berharga. ‘Nilai’ juga menyangkut perasaan, fikiran dan tanggapan. ‘Nilai’ dalam agama Islam

bersifat tersendiri yang ditentukan oleh yang Maha Pencipta, disampaikan melalui al-Quran

kepada semua umat manusia untuk menjamin kehidupan yang lebih baik.

Oleh itu, ‘nilai’ sebagai sesuatu yang relatif sifatnya dan bergantung kepada tafsiran

individu dan masyarakat untuk menentukan tingkah laku mereka dalam kehidupan.

1.6.1 NILAI MURNI

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila

individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan hutan. Ini selaras dengan

pendapat Wan Mohd Zahid Mohd Noordin ( 2003:6 ) yang mengatakan bahawa, nilai murni

merupakan tanggapan berkenaan perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi

kriteria atau ukuran. Nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasakan kepada agama. Memang

menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan

berakhlak mulia.

Nilai murni sering dikaitkan dengan budi pekerti luhur dan akhlak mulia. Budi pekerti

luhur tidak akan wujud tanpa kepercayaan terhadap agama terutama tentang kewujudan dan

kekuasaan Allah. Sementara akhlak yang mulia pula lahir daripada amalan dan didikan agama

yang menyeluruh. Gabungan akhlak mulia dan budi pekerti luhur akan dapat mewujudkan

masyarakat yang harmonis, jiwa yang tenang, keyakinan yang kukuh dan tidak mudah

terpengaruh dengan sebarang ancaman ( Nik Azis Nik Pa, 1990:162-163 ).

13

Page 14: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Seterusnya Idris Zakaria ( 1991 : 164 ) mendefinisikan akhlak sebagai nilai yang

berpengaruh dalam Islam. Akhlak murni amat dituntut oleh Islam seperti yang diamalkan oleh

Nabi Muhammad S.A.W . Islam menggesa umatnya mengamalkan nilai makruf atau kebaikan

dan menolak kemungkaran. Nilai positif seperti jujur, amanah, ikhlas, kerjasama, rajin dan

dedikasi serta menjauhi hal yang tidak berfaedah perlu diamalkan untuk membersihkan diri dan

membentuk motivasi yang tinggi dalam kehidupan.

Sebagai kesimpulannya, bolehlah diperkatakan bahawa, nilai murni sememangnya

bersifat universal dan amat sinonim dengan nilai moral dan nilai kemanusiaan. Nilai murni yang

memupuk kesempurnaan hidup bermasyarakat wajar dijadikan panduan dan amalan untuk

membentuk masyarakat yang berbudi luhur, berakal budi dan berakhlak mulia. Manakala dalam

Islam, nilai murni lebih sesuai dikaitkan dengan segala pekerti yang mulia atau akhlak yang

terpuji. Amalan kehidupan ini meliputi semua aspek baik seperti tutur kata yang sopan,

perbuatan yang tidak melanggar peraturan sosial mimik muka ceria, penampilan diri yang sesuai

dengan semua majlis, sifat mulia dan niat yang baik. Dari segi sifat pula, nilai murni amat

bertentangan sekali dengan perlakuan negatif seperti sombong, kejam, khainat, bermuka-muka

dan mementingkan diri sendiri.

1.6.2 PANTANG LARANG

Pantang larang merupakan kata majmuk yang berasal daripada perkataan pantang dan

larang. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008:340-341 ), pantang bermaksud tegahan daripada

melakukan sesuatu kerana dipercayai akan membawa akibat yang buruk. Oleh itu, kita dapati

14

Page 15: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

pelbagai pantang dalam masyarakat Melayu yang melarang melakukan perbuatan yang tidak

elok dan bersopan.

Beliau berpendapat, larang pula bermaksud tegahan daripada melakukan sesuatu kerana

kuat kuasa undang-undang atau peraturan, sama ada yang bertulis atau tidak. Hal ini dapat dilihat

dengan adanya larangan rakyat memakai pakaian berwarna kuning pada masa dahulu kerana

warna kuning hanya dikhaskan untuk golongan diraja. Sekiranya rakyat ingkar, maka hukuman

dan denda akan dikenakan. Namun, kita sering dapati bahawa kedua-dua perkataan ini

digabungkan sekali bagi mewujudkan satu istilah kata majmuk. Masyarakat kini seolah-olah akur

dengan perkataan pantang larang tanpa perlu membezakan kedua-dua perkataan itu. Yang pasti,

konsep pantang larang itu yang menjadi pencetus pemikiraan masyarakat Melayu dalam

mendisiplinkan ahli masyarakatnya.

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan walaupun terdapat perbezaan semantik bagi kedua-

dua perkataan, iaitu pantang dan larang tetapi kedua-dua perkataan itu telah menjadi istilah kata

majmuk yang bermakna peraturan atau sesuatu yang diterima walaupun tidak secara bertulis.

Amalan pantang larang ini telah menjadi kebiasaan setelah dipraktikkan sekian lama dalam

kehidupan masyarakat Melayu.

Abu Akhmadi, di dalam Antropologi Budaya ( 1990:18 ), memberikan definisi bahawa

pantang larang atau taboo boleh meninggalkan dua akibat yang berlawanan antara satu sama

lain:

Pantang larang dapat memberi berkat atau manfaat kepada orang-orang yang

mematuhinya

Boleh membawa malapetaka bagi mereka yang mengabaikannya.

15

Page 16: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Mircea Elida ( 1987:233 ) mendefinisikan tabu sebagai satu larangan atau batasan sosial

yang dipersetujui oleh masyarakat keseluruhan. Tabu wujud sama ada dalam perhubungan

sesama manusia atau dari kuasa alam semesta. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa tabu ditentukan,

sama ada oleh kuasa Tuhan atau dari kepercayaan animisme. Mereka akan dihukum jika

melanggar peraturan ini.

Beattie John ( 1994:64 ), mengatakan bahawa perkataan taboo ini berasal dari bahasa

Polenesia yang bermaksud pantang larang, sekiranya dilanggar sesuatu pantang larang itu,

individu berkenaan akan menerima ‘isbat’ iaitu sejenis akibat yang dipercayai timbul semata-

mata kerana melakukan perbuatan yang terlarang itu.

Trudgill ( 1984:35 ) mengatakan bahawa tabu sebagai satu kecenderungan kepada

perlakaun yang ditegah atas dasar unsur supernatural atau dianggap tidak beradab serta tidak

sesuai. Beliau turut menyorot aspek kata tabu dan kesopanan berbahasa. Perlakuan bahasa

dipengaruhi oleh pantang larang atau tabu yang banyak merujuk perkara yang tidak boleh

disebut. Bahasa tabu digunakan dalam situasi yang terhad sahaja dan mempunyai batas yang

tertentu. Jenis perkataan yang menjadi tabu dalam sesuatu bahasa member gambaran tentang

sistem dan nilai kepercayaan sesuatu masyarakat itu.

The Oxford Encyclopedia English Dictionary ( 1991:112 ), mendefinisikan taboo

sebagai:

A system or act of setting a person or thing apart as secred or accused.

A prohibition or restriction by social custom.

16

Page 17: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Pendekatan pantang larang ini adalah suatu tradisi pendidikan secara langsung dan tidak

langsung untuk kesejahteraan masyarakat umunnya. Kewujudan pantang larang berkait rapat

dengan dua situasi, iaitu yang terhasil daripada kejadian spontan dan memerlukan satu

mekanisma untuk mengatasinya. Situasi yang wujudnya pantang larang ialah akibat kepercayaan

karut masyarakat dahulu tengtang sesuatu perkara atau kejadiaan. Masyarakat beranggapan

bahawa pantang larang ini sebagai satu adat istiadat yang penuh erti yang wajib dilakukan.

Menurut Ismail Hamid ( 1995 ), kepercayaan, umumnya kepercayaan terhadap pantang

larang selalunya dikaitkan dengan kuasa-kuasa atau kekuatan ghaib seperti semangat penuggu,

hantu atau jin, tempat-tempat keramat dan atau sebagainya. Namun begitu, ada juga pantang

larang yang dikaitkan dengan kuasa ghaib ini. Menurutnya lagi tabu atau pantang larang

terbentuk daripada kepercayaan mereka terhadap kuasa ghaib. Terdapat persamaan tabu atau

pantang larang dalam kalangan penduduk Polinesia.

Selain itu, dapatlah dikatakan bahawa pengetahuan, amalan dan kepercayaan terhadap

pantang larang dapat ditinjau dari berbagai-bagai faktor dan dimensi sama ada masih kekal

dipercayai atau sebaliknya, bergantung pada diri seseorang individu disamping faktor lain yang

mempengaruhinya. Mengenai perkara yang baik atau buruk dalam sesebuah masyarakat apa

yang ditegaskan oleh kebudayaan yang berlainan yang berbeza-beza, dan dalam jangka panjang

pengertian tengtang apa yang baik atau buruk mempengaruhi tingkah laku.

Kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa pantang larang dalam masyarakat Melayu

adalah warisan kepercayaan lama yang menyerupai prinsip pantang larang yang ditetapkan

taboo, di polinesia. Pantang larang yang terdiri dari pantang larang perbuatan dan bahasa

17

Page 18: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

sebenarnya, adalah merupakan peraturan yang mesti diikuti dan seandainya dilanggar pasti

mendapat musibah. Walaupun zaman telah berubah seiring dengan pemodenan kemajuan sains

dan teknologi, namun pantang larang yang diwarisi sejak turun temurun ini haruslah dikekalkan

kerana melambangkan idea pemikiran masyarakat Melayu yang kreatif dan imaginatif dalam

merangka satu peraturan hidup dalam kalangan masyarakatnya.

18

Page 19: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat melayu

zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah

bertujuan mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Apa yang

disebut bukan di percayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang

yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Kehidupan masyarakat Melayu tidak boleh terlepas daripada peraturan dan tindakan

sosial yang perlu dipatuhi. Hal ini menyebabkan orang melayu sangat popular dengan peraturan

dan nilai yang terpaksa dipatuhi dalam sesebuah masyarakat. Peraturan dan nilai ini diadakan

dan dijelmakan dalam bentuk pantang larang semata-mata untuk memastikan anggota

masyarakat terutama kaum perempuan agar dapat membentuk tingkah laku yang lebih sempurna.

Anggota masyarakat membina nilai masyarakatnya sendiri berdasarkan nilai yang dikongsi

bersama.

Nilai murni wajar dijadikan panduan dan amalan untuk membentuk masyarakat yang

berbudi pekerti luhur, berakal budi, berakhlak mulia, membina jiwa yang murni, mental yang

matang dan mewujudkan masyarakat berilmu. Kalau tiada nilai murni, maka rosaklah tingkah

laku masyarakat kita. Kerosakannya bukan hanya menyentuh aspek kesihatan atau kecacatan

jiwa, bahkan menular ke pembangunan fizikal. Justeru itu, nilai murni yang menjadi amalan dan

19

Page 20: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

budaya hidup akan membina ahli masyarakat yang bertamadun khususnya kaum perempuan agar

sama-sama dapat menyumbang kea rah dan pembangunan Negara.

Dalam konteks ini jelas menunjukkan bahawa, pantang larang terhadap kaum perempuan

telah membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu khasnya kepada

golongan wanita. Ternyata pantang larang ini mempunyai implikasi yang positif dan negatif

dalam membentuk disiplin ahli masyarakat. Pantang larang yang tidak relevan dengan nilai

keagamaan telah mengalami proses penyesuaian dan berlaku sedikit tranformasi mengikut

konteks pada hari ini. Secara totalnya pantang larang yang diwujudkan oleh generasi terdahulu

ini membawa kesejahteraan dalam masyarakat Melayu khususnya terhadap kaum perempuan dan

tidak rugi jika amalan nilai murni yang terkandung di dalamnya terus dijadikan amalan.

Tinggi rendahnya kebudayaan dan adat menunjukkan tinggi rendahnya peradaban sesuatu

bangsa. Peradaban dan kebudayaan dibentuk dari tata nilai yang luhur dan suci oleh lembaga

masyarakat setempat. Nilai luhur dan suci ini diwariskan turun temurun daripada generasi

kepada generasi berikutnya. Peradaban yang tercermin dalam tata kehidupan masyarakat

terbentuk daripada nilai luhur dengan menjunjung tinggi martabat bangsa dalam kehidupan

masyarakat. Peradaban dalam masyarakat berkembang sesuai dengan kemajuan teknologi tanpa

meniggalkan unsur pokok. Unsur pokok inilah yang perlu kita jaga kelestariannya dan

dikembangkan kearah kebaikan. Kini, berbagai-bagai usaha telah diambil unuk membuat kajian

tengtang adab dan pantang larang seterusnya membukukan adab dan pangtang larang yang

semakin dilupakan ini.

Kajian tentang aspek nilai murni yang terdapat dalam pantang larang masyarakat Melayu,

didapati masih belum banyak dilakukan oleh para pengkaji tempatan. Namun, aspek ini tetap

20

Page 21: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

menarik minat penulis untuk mengkajinya secara ilmiah. Kebanyakan kajian yang dilakukan

lebih tertumpu kepada jenis pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Begitu

juga pengkajian terhadap nilai murni yang hanya terbatas kepada kajian nilai murni yang dikaji

hanya dalam novel, cerpen, filem dan drama.

2.1 Kajian tentang Pantang Larang

Edward Sapir ( 1949:34 ) dalam kajiannya menjelaskan bahawa terdapat pelbagai corak

bahasa yang menjadi bahan kajiannya seperti keupayaan penutur menghasilkan perkataan dan

jenis tabu. Bagi masyarakat primitif, tabu bukan hanya digunakan pada nama seseorang tetapi

juga sebarang perkataan yang mendatangkan rasa malu kepada penutur. Hasil kajiannya

mendapati bahawa masyarakat Red Indian di Oklahama, Amerika Syarikat misalnya mengelak

menggunakan beberapa perkataan daripada bahasa asal mereka. Contohnya, Fa’kki (tanah)

kerana mempunyai persamaan bunyi dengan perkataan mencarut four letter word dalam bahasa

Inggeris.

Safian Mohamad ( 1987 ), dalam kajiannya tentang pantang larang dalam Adat Perpatih

mendapati bahawa pantang larang yang paling utama dalam Adat Perpatih ialah berkahwin

sesama suku. Ini kerana setiap suku itu merupakan satu ikatan keluarga dengan semua anggota

atau anak buahnya terikat oleh pertalian darah antara satu sama lain. Maka mereka menjalankan

dan melazimkan hidup seperti dijalankan dan dilazimkan dalam kalangan adik beradik dan anak

beranak. Beliau merumuskan bahawa setelah diteliti secara terperiinci didapati, setiap adat

istiadat dalam Adat Perpatih itu secara tidak langsung juga ada kaitannya dengan pantang larang.

21

Page 22: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Menurut Asmad ( 1990 ), percaya kepada kuasa ghaib, baik disebut sebagai semangat

ataupun apa sahaja namanya adalah sifat semulajadi manusia pada semua zaman. Sebelum

manusia menganut dan beriman kepada sesuatu agama, percaya pada semangat yang disebut

sebagai fahaman animisme merupakan teras kepada beberapa aspek kehidupan mereka

berasaskan animisme itu tidaklah terhakis semuanya dengan serta merta. Sebahagiannya terus

dipakai tetapi dijiwai dengan akidah dan ajarann agama. Beliau mengatakan bahawa kepercayaan

kepada kuasa ghaib dan semangat animisme ada kaitan dengan kepercayaan terhadap pantang

larang.

Falsafah hidup yang serba sederhana membatasi diri mereka daripada melakukan sesuatu

atau bertindak secara kasar atau ganas seperti menentang apa sahaja perbuatan mencabar

kewibawaannya dan mengancam kepentingan kehidupan mereka. Berasaskan falsafah hidup

yang dinamakan pangtang larang. Pantang larang yang diwarisi boleh dikatan menyeluruh untuk

kepentingan semua golongan masyarakat dan juga untuk semua peringkat dalam beberapa

keadaan yang tertentu. Bagaimanapun ada pula ciri pantang larang yang ditujukan kepada

sesuatu golongan sahaja.

Nilai murni merangkumi apek moral, akhlak, nilai agama dan segala perlakuan yang

boleh diteladani oleh masyarakat. Nilai murni pada prinsip asasnya hendaklah berdasarkan

penerimaan kumpulan dan menjadi rujukan kepada kumpulan serta mempunyai nilai yang

diterima oleh kumpulan. Segala contoh perbuatan yang baik hendaklah dicontohi dan diikuti

kerana perbuatan ini terkandung nilai murni yang membentuk tingkah laku dan peradaban.

Seterusnya terdapat juga kajian keatas penggunaan bahasa tabu dalam bahasa Melayu

yang dikenali sebagai pantang larang bahasa atau ‘taboo’. Hassan Baseri (1991) mengkaji

22

Page 23: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

penggunaan bahasa tabu dan cuba menerangkan konsep kepatuhan dalam nilai masyarakat

melayu tradisi yang dipengaruhi oleh adat dan undang-undang yang disebut juga sebagai pantang

larang. Hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam dianggap sebagai adab

yang memberikan suatu penegasan khusus melalui sikap, perbuatan dan cara wujud pelbagai

pantang larang yang menjadi pendukung kepada kehidupan masyarakat pada masa itu.

Masyarakat Melayu pada zaman animism percaya kewujudan makhluk ghaib dan percaya

kepada kesan yang buruk jika melanggar unsur tabu dalam masyarakat. Mereka kerap

menggunakan ungkapan yang merendah diri dengan panggilan cucu dan menggelarkan kuasa

ghaib itu dengan panggilan tuk atau nenek. Hasilnya lahir ungkapan seperti “tabik tuk, anak cucu

tumpang lalu” dan “cucu tumpang buang air besar”.

Beliau juga mengatakan bahawa dalam aktiviti memburu binatang, nama binatang seperti

harimau, buaya dan ular tidak boleh disebut. Sebaliknya digantikan dengan kata-kata lain seperti

Pak Belang Kayu Lingkar dan Batang Hanyut yang lebih lembut dan tidak mendatangkan sial.

Masyarakat Melayu Kelantan pula tidak dibenarkan menyebut perkataan ular pada malam hari

dan menggunakan perkataan cewe untuk menggelakkan daripada didekati dan diganggu oleh

binatang tersebut.

Perbuatan menyumpah binatang juga amat dilarang. Menyumpah tikus sial atau tikus

celaka di dalam rumah dipercayai akan mendatangkan bencana kepada penuturnya. Perkataan

yang lebih lembut digunakan dengan anggapan binatang tersebut tidak memahaminya.

Antaranya ialah seperti Cik Siti, Mak Menti dan orang malam. Masyarakat Melayu melarang

perbuatan menghina orang lain dengan menggunakan kata-kata yang buruk sehingga

23

Page 24: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

menyinggung perasaan mereka. Contohnya orang buta dipanggil tidak Nampak, orang pekak

dipanggil orang berat telinga dan orang yang tidak siuman dipanggil tidak cukup akal.

Perkataan yang dianggap biasa juga boleh menjadi perkataan yang menghina apabila

digunakan sebagai gelaran tertentu. Contohnya, mat tiarap untuk askar, minah karan untuk

pekerja kilang dan mat bon untuk polis. Sebagai dapatan hasil kajiannya, Hassn Baseri telah

mengatakan bahawa tabu dan pantang larang seandainya dilanggar akan mendatangkan akibat

yang buruk atau kecelakaan kepada orang yang melakukannya.

Wong Khek Seng ( 1993 ), mengkaji bahasa tabu dalam masyarakat Lundu di Sarawak

mengatakan bahawa penggunaan bahasa tabu dalam aspek kesopanan berbahasa berdasarkan

situasi atau sesuatu tempat peristiwa. Beliau menggunakan istilah pemalian bahasa bagi

menggantikan istilah bahasa tabu. Masyarakat Lundu lebih berhati-hati dan menitikberatkan

kesopanan tutur kata semasa berbahasa. Beliau mendapati pemalian bahasa dalam masyarakat di

daerah Lundu, Sarawak adalah berkaitan dengan peristiwa malang, binatang dan kebersihan.

Bahasa tabu yang berkaitan dengan nasib malang dalam masyarakat Lundu di Sarawak

boleh ditemukan dalam peristiwa kematian. Masyarakat Lundu kurang senang terhadap

penggunaan mati dalam kehidupan mereka. Kejadian malang ini lazimnya disebut ninggal dunia

( meninggal dunia ) atau dah sik ada agik ( sudah tiada lagi ).

Bahasa pantang larang yang berkaitan dengan kebersihan diri biasanya dikaitkan dengan

sesuatu yang menjijikkan sepeti perkataan kencing dan berak. Masyarakat di Lundu tidak suka

mengungkapkan perkataan tersebut secara langsung sebaliknya meilih ungkapan eufemisme

kemeh yang bermaksud buang air kecil. Bahasa tabu yang melibatkan wanita juga dianggap

24

Page 25: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

ensitif untuk diucapkan. Misalnya ungkapan datang haid jarang disebut secara terbuka. Orang-

orang tua di Lundu menggunakan ungkapan tang kain atau datang kotor.

Nor Partinee Ghafar ( 1996 ), pula mengkaji penggunaan bahasa tabu dalam penulisan

kreatif dalam kalangan penulis Melayu. Beliau telah memilih karya lima orang penulis lelaki dan

empat orang penulis perempuan untuk kajiannya. Menurut beliau, terdapat beberapa bentuk tabu

bahasa, antaranya yang berkaitan dengan tandas, gelaran, nama, kematian, anggota badan,

pekerjaan dan seks. Beliau mendapati penulis Melayu sering mengutarakan penggunaan tabu

dalam bentuk ayat menyumpah sepeti laknat, babi, celaka dan setan. Penulis kreatif juga didapati

turut menggunakan ungkapan eufemisme seks. Hasil kajian penulis mendapati bahawa penulis

kreatif lelaki sering menggunakan bahasa tabu dalam bentuk menyumpah, seks dan gelaran

berbanding dengan wanita yang lebih sopan dan sering menggunakan eufemisme agar kelihatan

lebih manis dibaca.

Paulina Bagu ( 1996 ), telah mengkaji penggunaan bahasa tabu dalam kalangan

masyarakat Kadazan di Sabah. Menurut beliau, kewujudan tabu linguistik berhubung rapat

dengan situasi sosiobudaya masyarakat tersebut berdasarkan sistem kepercayaan dalam

masyarakat tersebut. Masyarakat Kadazan dusun di Sabah mempercayai bahawa tuhan yang

mencipta segala yang ada di muka bumi ini ialah ‘Kinorohingan’ yang bertitik tolak daripada

kepercayaan wujudnya semangat baik dan semangat jahat. Manusia perlu sentiasa berhati-hati

dan memohon kepada ‘Kinorohingan’ agar terpelihara dari segala gangguan semangat yang

jahat. Dalam kajian beliau abu bahasa dalam masyarakat Kadazan Dusun di Sabah ditemukan

dalam aktiviti penanaman padi, berburu dan semasa berlakunya kilat dan guruh. Manakala dalam

keluarga masyarakat Kadazan Dusun pula terdapat tabu isteri, tabu anak lelaki dan tabu anak

perempuan.

25

Page 26: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Nik Aida Nik Yusuf ( 1997 ), mengkaji penggunaan bahasa tabu dalam masyarakat

penanaman padi di daerah Pasir Mas Kelantan. Kajianya mendapati bahawa masyarakat petani

tidak berani menggunakan kata-kata negative ketika menjalankan aktiviti penanaman padi kerana

takut semangat padi hilang. Mereka tidak boleh menyebut padi hampa atau padi tidak

mengeluarkan hasil kerana faktor di atas.

Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanapi Dollah ( 1999 ), telah menulis di dalam

bukunya yang bertajuk Pantang Larang Orang Melayu Tradisional. Beliau telah mengatakan

bahawa pantang larang merupakan salah satu warisan budaya Melayu tradisional yang amat

tinggi nilainya dan mengandungi ungkapan yang terpatul nilai luhur masyarakatnya dan

merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Dalam bukunya, beliau telah menghuraikan kepercayaan

masyarakat Melayu yang berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang dan

mendapati kebanyakan adat dan budaya ini diperturunkan secara mudah dan ringkas bagi

mengenalkan semula adat dan budaya ini kepada generasi sekarang agar tak lapuk dek hujan dan

tak lekang dek panas.

Noor Aina Dani ( 2002 ), telah mengkaji tabu dalam kalangan masyarakat Melayu di

Sarawak. Dalam kajiaannya, beliau telah merumuskan bahawa tabu terdapat dalam semua

masyarakat manusia di dunia walaupun bentuk dan cara pnggunaan berbeza-beza, namun tujuan

dan kesan tabu tetap sama, iaitu sama ada positif atai negatif. Bagi masyarakat Melayu di daerah

Serian Sarawak, tabu merupakan kesinambungan falsafah pemikiran masyarakat terdahulu yang

patut dikekalkan.

Beliau mendapati penggunaan tabu membuktikan bahawa masyarakat melayu di daerah

serian, Sarawak masih mementingkan kesantunan bahasa. Penutur lebih senang menggunakan

26

Page 27: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

kata-kata yang halus, yang tidak menjatuhkan maruah orang lain. Kepercayaan masyarakat

tersebut pada alam lahiriah yang mempunyai semangat menyebabkan wujudnya tabu. Tutur kata

yang tidak terkawal bagi menyatakan keadaan tumbu-tumbuhan, alam dan haiwan dipercayai

boleh menimbulkan musibah kepada masyarakat amnya kerana alam lahiriah mempunyai

hubungan yang rapat dengan kehidupan manusia.

Kajian Nor Hayati Mohd Shaharim ( 2008 ) pula lebih tertumpu hanya kepada pantang

larang masyarakat Jawa di Selangor. Dalam kajiannya, beliau telah melihat sejauh mana peranan

adat dan pantang larang dalam merencanakan kehidupan masyarakat Jawa di Selangor. Pada

akhir kajiannya, beliau mendapati bahawa masyarakat Jawa di Selangor. Pada akhir kajiannya,

beliau mendapati bahawa masyarakat Jawa memandang serius tentang adat dan pantang larang

yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka terdahulu seterusnya adat dan pantang

larang yang diamalkan memang mempunyai nilai kebaikan dan kepentingan dari segi

kepercayaan agama, ekonomi dan pentadbiran masyarakat Jawa di Selangor.

2.2 Kesimpulan

Pantan larang atau kata sinonimnya tabu, menjelaskan kepercayaan masyarakat Melayu

berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adat dan budaya ini

diperturunkan secara mudah dan ringkas bagi mengenalkan semula adat dan budaya ini kepada

generasi sekarang dan akan datang. Terdapat juga adat dan budaya yang bertentangan dengan

ajaran agama Islam dan norma masyarakat sekarang. Ini menyebabkan transformasi berlaku

sedikit demi sedikit dan amalan tersebut telah dipinda sesuai dengan perubahan zaman dan

pegangan agama masyarakat. Budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni yang

terdapat dalam pantang larang bukan sekadar perlu dipertahankan bahkan perlu diperkayakan

27

Page 28: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

lagi agar tidak mengalami kepupusan serta sentiasa berkesinambungan untuk diwarisi daripada

generasi kepada generasi seterusnya. Nilai murni harus dipraktikkan dalam setiap aspek

kehidupan agar keindahan nilai tradisi warisan dan kesucian dan kemurnian dalam ajaran Islam

itu akan memberi kesan baik yang menyeluruh terhadap sesebuah masyarakat.

Berdasarkan penelitian terhadap kajian terdahulu, terdapat perbezaan kajian di antara

pengkaji terdahulu dengan kajian yang dijalankan oleh penulis. Ternyata kajian oleh pengkaji

terdahulu banyak mengkaji tentang pantang larang umum yang terdapat dalam kehidupan

masyarakat dan juga pantang larang berkaitan dengan taboo yang banyak menyentuh tentang

pantang larang bahasa. Setelah diteliti, kajian tentang pantang larang atau taboo tidak sedikit pun

menyentuh tentang nilai murni yang terdapat di dalam pantang larang tersebut.

Kajian yang dijalankan oleh penulis ternyata berbeza dari kajian yang dijalankan oleh

pengkaji terdahulu kerana, penulis mengkaji pantang larang dalam kalangan masyarakat Melayu

khusus merujuk kepada pantang larang terhadap kaum perempuana daripada golongan gadis

hingga ke golongan wanita. Di samping itu, melalui pantang larang ini penulis telah

menganalisis tentang nilai murni dlam pantang larang terhadap kaum perempuan dan

membincangkan kesan posotif dan negatif yang boleh didapati melalui pantang larang terhadap

kaum perempuan. Adalah menjadi harapan penulis agar, kajian ini dapat member manfaat dan

panduan kepada gegerasi hari ini terutama kaum perempuan dalam menjalani kehidupan

seharian.

28

Page 29: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

BAB 3

NILAI MURNI DALAM MASYARAKAT MELAYU

1.0 Pengenalan

Menurut Idris Zakaria ( 1991:6 ), nilai murni merujuk kepada perkara yang positif yang

diamalkan oleh seseorang individu itu nilai ini turut beriringan dengan normal budaya negara

yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang dalam erti kata lain, nilai murni

sering dikaitkan dengan budi pekerti luhur dan akhlak yang mulia. Penghayatan nilai murni

terkandung dalam setiap ajaran agama yang wujud didunia. Masyarakat Melayu sememangnya

nilai murni yang amat tinggi. Sekiranya nilai murni dalam masyarakat dihayati satu persatu maka

masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan

budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung

bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Setiap perilaku dan pemikiran manusia yang kompleks dipengaruhi oleh sistem nilai yang

menjadi nadi kepada kehidupan manusia. Secara tidak langsung nilai yang telah bertapak kukuh

dalam kosmologi pemikiran masyarakat, telah distrukturkan sama ada melalui pemikiran atau

diperakui oleh sistem sosiologi manusia dan diiktiraf sebagai normal yang diraikan serta

dihormati oleh sesuatu masyarakat. Nilai murni pula merupakan aspek penting dalam pembinaan

sahsiah individu.

Menurut Hashim Musa ( 2008:33-39 ), dalam masyarakat Melayu keperibadian dan

pembetukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik,

29

Page 30: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

beragama, berakhlak dan berbudi. Pelbagai bentuk ejen yang membentuk struktur kemasyarakatn

dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu. Keluarga pula merupakan ejen sosialisasi

utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang berat ini. Tujuannya ialah

supaya keluarga dapat mendidik dan mengajar anak menjadi anggota masyarakat yang

mempunyai keperibadian yang luhur dan suci serta terhindar dari yang tidak sihat. Pembetukan

jati diri generasi muda dari awal usia remaja adalah penting. Oleh sebab itu, nilai murni mestilah

diterapkan dengan sempurna kepada generasi muda pada hari ini agar mereka tidak terus hanyut

dalam harus kehidupan moden.

Jika dilihat senario pada hari ini, ramai remaja zaman ini sudah mula melupakan nilai

murni. Sebagai contoh nilai murni menghormati ibu bapa sudah lama terhakis dalam diri remaja

kita. Mereka mengangap ibu bapa terutama yang sudah tua sebagai satu bebanan yang tidak

harus dipikul oleh mereka. Semakin ramai anak yang menghantar ibubapa mereka kerumah

orang tua dengan alasan tidak mampu untuk mengjaga makan minum mereka. Oleh itu,nilai

murni menghormati ibu bapa harus dipupuk semula demi keharmonian kehidupan sesebuah

masyarakat.

Seperti yang telah dijelaskan dalam bab terdahulu, nilai murni merupakan perlakuan yang

baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan

tuhan. Dalam erti kata lain, nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara yang dihajati

dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai murni sesuatu masyarakat

biasanya diasas kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama untuk membentuk

kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia. Justeru, nilai murni sebagai

bentuk amalan hidup yang bertatasusila, baik dan harmoni dapat melahirkan insan yang sentiasa

mengamalkan peraturan hidup tanpa melanggar batas kesopanan dan kesusilaan. Dalam kalangan

30

Page 31: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

masyarakat Malaysia, usaha untuk menerapkan nilai murni terutama kepada golongan remaja

amat perlu dan sejajar dengan espirasi negara untuk mewujudkan generasi berilmu, bersopan

santun dan bertangungjawab seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Secara keseluruhannya, nilai murni merupakan nilai yang positif yang boleh diterima

oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara

rasminya diberi penekanan ialah melalui Laporan Kabinet 1989. Semasa Datuk Seri Anwar

Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan, beliau telah membuat kenyataan mengenai

Falsafah Pendidikan Negara dan KBSM yang mana menyelitkan isu nilai murni untuk diterapkan

kepada pelajar dan guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari

segi intelik, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Falsafah pendidikan Negara menjurus kearah mencirikan insan dan warga negara yang

baik dengan mengemukakan ciri seperti percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan Negara, serta

memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat

dalam falsafah pendidikan Negara ini akan dapat dicapai jika nilai murni ini dapat direalisasikan

melalui kurikulum supaya ilmu pengetahuan akan dapat dikembangkan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau selaku Menteri Pendidikan, pernah menyeru

agar falsafah pendidikan Negara menjadi teras dan tunjang kepada Sistem Pendidikan

Kebangsaan dalam melaksanakan prinsip dan nilai yang hendak dicapai. Justeru, usaha dan

kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir, membentuk dan

melaksanakan hasrat falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman,

berakal, berketerampilan dan berakhlak mulia.dalam konteks ini, kesedaran tentang penanaman

31

Page 32: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan

mempersembahkan diri mereka, berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka

ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna nilai yang baik. Bab kata pepatah,

“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Pendidikan di rumah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri. Rasullullah S.A.W

menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah, iaitu pada peringkat keluarga lagi. Sabda

baginda yang bermaksud “ Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Hanya ibu bapa

yang menjadikan anak itu sama da Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Dalam konteks ini, jelas

menyatakan bahawa nilai murni hendaklah diterapkan kepada anak melalui asuhan sejak mereka

lahir hinggalah meningkat dewasa agar dapat mempraktikkanya dalam menjalani kehidupan

seharian.

Justeru, permulaan yang baik adalah bermula daripada institusi keluarga yang

menekankan tanggungjawab memberi pendidikan berdasarkan autoriti ibu bapa kepada anak.

Permulaan daripada kelompok keluarga adalah lebih berkesan dan lebih sesuai dijadikan sebagai

tempat berkesinambungannya penerapan nilai murni dalam kalangan masyarakat. Nilai murni

boleh disemai dan dipupuk oleh kedua ibu bapa yang sentiasa menunjukkan sifat, tingkah laku

serta contoh yang baik kepada anak mereka.

3.1 Elemen Nilai Murni

Terdapat banyak elemen nilai murni yang boleh dipraktikkan oleh generasi kita pada hari

ini khasnya para remaja sama ada secara disedari atau tidak. Dalam kalangan masyarakat

Malaysia kini, telah ada usaha untuk menyemai beberapa elemen etika yang utama bagi

32

Page 33: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

memupuk dan menyuburkan sifat yang membentuk nilai murni dalam diri manusia, para remaja

dan masyarakat Malaysia melalui proses pendidikan moral di sekolah. Elemen moral dan nilai

murni itu boleh dirangkum dan disenaraikan seperti berikut:

3.1.0 Kasih Sayang

Menurut Alias Ismail (2004 : 34 ) sifat kasih dan sayang kepada sesama manusia

(keluarga, sahabat handai, jiran, orang lain). Menyayangi dan melindungi makhluk, alam sekitar,

harta benda sendiri dan orang awam, cinta kepada Negara dan keamanan.

3.1.1 Sopan Santun

Menurut Alias Ismail (2004 : 34 ) sopan santun ialah berbudi bahasa dan berpekerti

mulia, sopan, lemah lembut, tidak kasar, tidak biadab dan kurang ajar dalam tindakan, bersopan

santun dalam pergaulan, berkelakuan baik dan terpuji.

3.1.2 Hormat Menghormati

Menurut Alias Ismail (2004 : 34 ) hormat menghormati dapat memuliakan orang yang

lebih tua dan berpangkat daripadanya, dan juga para tetamu dengan memberi layanan yang baik,

menghormati hak, keperluan asasi dan maruah manusia dan individu, menghormati kepercayaan,

budaya, adat resam dan keturunan yang berbeza-beza, menghormati undang-undang dan

33

Page 34: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

peraturan yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang Negara, menghormati dan

bertanggungjawab terhadap golongan minority dan yang kurang upaya.

3.1.3 Berdikari

Menurut Alias Ismail (2004 : 34 ) berdikari ialah berfikiran bebas, yakin dengan diri

sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain, penuh inisiatif, jaya diri dan daya usaha sendiri,

sanggup memikul tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan

melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

3.1.4 Berhemah Tinggi

Menurut Alias Ismail (2004 : 35 ) berhemah tinggi ialah menjaga kedudukan, maruah dan

kehormatan diri sendiri dan masyarakat serta Negara dan bangsa, agama dan kemanusian sejagat,

mesra dan peramah dalam pergaulan dan tidak menyendiri secara angkuh, dapat menerima

teguran yang membina dan mengakui kesalahan dan kelemahan dii sendiri demi

memperbaikinya.

3.1.5 Kebersihan Fizikal dan Mental

Menurut Alias Ismail (2004 : 35 ) kebersihan fizikal dan mental ialah menjaga kebersihan

diri, alam sekitar dan kesihatan diri, mementingkan kelakuan sopan, emosi dan pemikiran

sihat.bersih jasad,hati kalbu dan fikiran daripada sebarang kekotoran, najis, penyakit, kejahatan,

34

Page 35: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

kedurjanaan, buruk sangka, hasad dengki, dendam kesumat, niat dan angkara buruk terdapat

sesiapa pun.

3.1.6 Rajin

Menurut Alias Ismail (2004 : 35 ) rajin ialah sentiasa berusaha secara berterusan,

berdedikasi, tekun dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi matlamat, sasaran dan cita-cita

demi mencapai kejayaan.

3.1.7 Kesederhanaan

Menurut Alias Ismail (2004 : 35 ) kesederhanaan ialah tidak keterlaluan dalam membuat

tindakan dan pertimbangan sama ada dalam pemikiran, perlakuan, keputusan dan peraturan;

mengutamakan kesepakatan dan persetujuan bersama, tidak melampaui batas kesopanan, tidak

menyinggung perasaan orang lain dan menoimbulkan kemarahan orang lain.

3.1.8 Bersyukur dan Mengenang Budi

Menurut Alias Ismail (2004 : 35 ) bersyukur dan mengenang budi ialah menghargai dan

menyanjung tinggi sebarang sumbangan, pemberian dan khidmat bakti daripada sesiapa jual;

sikap sentiasa mengiktiraf kemanfaaatan dan kenikmatan yang kita peroleh hasil suatu

sumbangan dan jasa baik mana-mana pihak supaya timbul rasa keinsafan dan kemesraan hidup

bersama dalam sebuah komuniti, masyarakat dan Negara bangsa.

35

Page 36: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

3.1.9 Berkerjasama dan Semangat Kemasyarakatan

Menurut Alias Ismail (2004 : 35 ) berkerjasama dan semangat kemasyarakatan ialah

bermuafakat, bergotong royong dan bergaul mesra berdasarkan tolak ansur, persefahaman,

perpaduan, saling hormat menghormati dan mengelakan persengketaan tanpa mengira bangsa,

keturunan dan agama dalam melaksanakan tanggungjawab, kepentingan dan kebajikan bersama

dalam suasana kejiranan, komuniti dan kemasyarakatan; perasaan kekitaan dan kemasyarakatan

yang kukuh untuk menyelesaikan sebarang masaalah bersama demi menjaga kebajikan bersama.

3.1.10 Baik Hati

Menurut Alias Ismail (2004 : 36 ) baik hati ialah mempunyai timbang rasa terhadap

perasaan dan kedudukan orang lain, bersimpati terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain

dan bermurah hati untuk membantu dan menyumbang dalam bentuk kebendaan dan sokongan

moral terhadap mereka, sedia memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam terhadap

mereka.

3.1.11 Keberanian

Menurut Alias Ismail (2004 : 36 ) keberanian ialah berani dalam menuntut kebenaran dan

menentang kesalahan, tabah, kuat dan tidak takut menghadapi cabaran, berpegang kepada

perinsip dan membuat keputusan dan tindakan yang benar dan hak, bersedia mempertahankan

kebenaran dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

36

Page 37: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

3.1.12 Benar, Waras dan Rasional

Menurut Alias Ismail (2004 : 36 ) benar, waras dan rasional ialah betul dan sahih

berdasarkan ilmu yang benar berlandaskan hujahan dan akal fikiran yang waras, rasional dan

saintifik, membuat pertimbangan dengan logikal dan terbuka.

3.1.13 Keadilan

Menurut Alias Ismail (2004 : 37 ) keadilan ialah mematuhi undang-undang, peraturan,

kebenaran, bertindak seimbang, setimpal, saksama, tidak berat sebelah dan tidak terpengaruh

oleh emosi, sangkaan, perasaan, nafsu dan sebagainya dalam membuat keputusan dan tindakan.

3.1 14 Kejujuran

Menurut Alias Ismail (2004 : 37 ) kejujuran ialah mempunyai sifat telus dan tulus,

bercakap benar, ikhlas hati, setia dan dapat diharap dan dipercayai. Dalam erti kata sebenar,

kejujuran merujuk kepada sifat jujur terhadap diri sendiri dan individu lain.

3.1.15 Kebebasan

Menurut Alias Ismail (2004 : 37 ) kebebasan ialah memahami kebebasan tertakluk

peraturan dan undang-undang mengamalkan sistem demokrasi, minda dan hati budi yang tidak

37

Page 38: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

terbeban oleh penjajahan dan dominasi oleh pihak asing sama ada secara fizikal,mental,

emosional dan intelektual; setiap individu, masyarakat dan Negara bangsa bebas untuk membina

dan membangunkan segala potensi, bakat dan masa depan nya mengikut visi, misi dan normal

yang disepakati bersama oleh komuniti, masyarakat dan Negara bangsa itu.

3.1 16 Patriotisme

Menurut Alias Ismail (2004 : 37 ) patriotisme ialah semangat patriotisme merangkumi

taat setia kepada aja dan Negara, menghormati lambing Negara, sanggup berkorban untuk

Negara, cinta dan berbangga kepada negar, patuh kepada pemimpin, ketua dan majikan yang

dipilih dah dilantik secara sah.

3.1.17 Tabah dab Sabar

Menurut Alias Ismail (2004 : 37 ) tabah dan sabar ialah teguh, tekal dan berterusan dalam

memperjuangkan yang benar dan hak, tidak mudah putus asa dan mengalah, sanggup

menanggung kesusahan dan pengorbanan dalam perjuangan demi kebenaran dan kebaikkan

bersama.

3.118 Pemurah dan Belas Kasihan

Menurut Alias Ismail (2004 : 37 ) pemurah dan belas kasihan ialah bersikap murah hati

dan bain hati kepada semua manusia dan makluk, bersedia untuk membantu, bekerjasama,

38

Page 39: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

berderma, bergaul, berkunjung dan dan bermuafakat, bertolak ansur, bertimbang rasa dan

bermaaf-maafan.

3.1.19 Bertoleransi

Menurut Alias Ismail (2004 : 37 ) bertoleransi ialah menerima dan menghormati

perbezaan dan kepelbagaian kepercayaan, keturunan, adat resam dan budaya, bahasa dan bangsa

tanpa mengorbankan nilai, prinsipa dan hak pegangan dan pendirian diri sendiri, berkerjasa

mencari titik persefahaman bersama khususnya dalam bidang khidmat social dan kebajikan

masyarakat, mengelakkan diri daripada berbahas tentang perbezaan idealogi, prinsip, pendirian

masing-masing dan mengaibkan satu sama lain.

3.2 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, bolehlah diperkatakan bahawa elemen dan nilai murni yang

dihuraikan diatas merupakan asas yang bersifat universal demi menyemai, memupuk,

membangunkan keuntuhan moral, etika, akhlak dan adab yang mulia dan membina hati budi

yang luhur dalam kalangan orang melayu bahkan setiap lapisan rakyat jelata Malaysia dan umat

manusia sejagat. Keutuhan moral, etika, akhlak, dan adab mampu membentuk manusia dan

masyarakat melayu dengan hati budi yang mulia. Nilai murni yang memupuk kesempurnaan

hidup bermasyarakat wajar dijadikan panduan dan amalan untuk membentuk masyarakat yang

berbudi pekerti luhur,berakal budi, berakhlak mulia, membina jiwa yang murni, mental yang

matang dan mewujudkan masyarakat berilmu.

39

Page 40: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Menurut Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan ( 1996 : 34 ), penghayatan terhadap

nilai murni haruslah dipupuk dalam apa jua konteks situasi agar dapat menjadikan seseorang

individu dalam sesebuah masyarakat itu, menjalani kehidupan berlandaskan peraturan yang telah

ditetapkan bersandarkan amalan dan tingkah laku yang terpuji. Dalam konteks ini, ibu bapa

haruslah sentiasa member contoh teladan yang baik dalam segala gerak laku perbuatan terhadap

anak mereka agar terhindar daripada melakukan perbuatan yang sumbang dan tidak bermoral.

Justeru, berdasarkan kajian ini penulis seterusnya akan membincangkan tentang nilai murni

dalam pantang larang masyarakat Melayu, khasnya nilai murni yang terdapat dalam pantang

larang terhadap kaum perempuan.

40

Page 41: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

BAB 4

NILAI MURNI DALAM PANTANG LARANG

TERHADAP WANITA MELAYU

4.0 Pengenalan

Menurut Nor Hayati Mohd Shaharim ( 2008 : 68 ) bahawa dalam kehidupan masyarakat

Melayu ada seribu satu jenis pantang larang. Tidak semua pantang larang itu dapat diterima akal,

namun tetap indah dan berseni, terutama dalam membentuk struktur kehidupan yang sempurna.

Walaupun ramai yang beranggapan pantang larang tidak sesuai digunakan terutama dalam

menghadapi kehidupan alaf baru, tiada tanda pantang larang akan dipinggirkan begitu sahaja.

Yang pasti masa beredar, agama Islam menjadi kukuh dan tunjang kehidupan masyarakat

Melayu mampu mengubah pantang larang agar lebih bersesuaian dengan cara hidup masyarakat

beragama. Hanya pantang larang yang berunsur animisme warisan lama, perlahan-lahan terhakis

dan ditolak tepi.

Kata beliau lagi, pantang larang yang diwarisi daripada masyarakat Melayu lama boleh

dikatakan menyeluruh untuk kepetingan semua golongan masyarakatdan juga untuk semua

peringkat dalam beberapa keadaan tertentu. Bagaimanapun ada pula ciri pantang larang yang

ditujukan khas kepada sesuatu golongan. Tidak banyak dipersoalkan orang tentang kewujudan

pantang larang itu. Pada umumnya, sekali pun fikiranya membantah namun secara sedar atau

tidak sedar beberapa mungkin pantang larang itu dipatuhi. Sebenarnya sebahagian daripada

pantang larang itu merupakan satu pengajaran atau peringatan yang baik bagi diri dan kehidupan

41

Page 42: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

manusia dan sesuai dipakai di sepanjang menjalani kehidupan seharian. Ternyata banyak nilai

murni yang boleh diperhatikan melalui amalan pantang larang ini. Sebagaimana yang diketahui

salah satu agen kepada pemupukan nilai yang ketara kepada anggota masyarakat ialah keluarga.

Justeru dalam masyarakat Melayu, ibu napa memainkan peranan yang penting dalam memupuk

nilai kepada anak sejak anak masih kecil. Menentukan anak berusaha mematuhi nilai murni

merupakan tanggungjawab ibu bapa. Penyelewengan kelakuan anak ynag bercanggah dengan

nilai murni secara langsung menyatakan kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak. Justeru, ibu

bapa sebagai agen sosialisasi perlu berusaha member tunjuk ajar terutama dalam memupuk nilai

murni yang dijelmakan melalui beberapa pantang larang yang mesti diikuti.Bagi kaum

perempuan,terutama dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai pantang larang yang dititipkan

oleh ibu bapa dan nenek moyang terdahulu.

Daripada seoarang perempuan bergelar gadis sehinggalah bergelar wanita ada pantang

larang yang tertentu untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian kaum perempuan dalam

menjalani kehidupan seharian. Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran

tetapai bertujuan untuk menjaga tatatusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang

sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.

Maka itu diadakan pantang larang supaya ia dapat dikekalkan sehingga generasi yang akan

datang sebagai warisan peninggalan turun temurun. Pantang larang terhadap kaum perempuan

boleh dilihat daripada pelbagai dimensi. Pantang larang kaum perempuan akan dibahagikan

kepada zaman “gadis” dan zaman “wanita”. Kesemua pantang larang yang dititipkan

mengandungi nilai murni dan pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup yang sejahtera

dan harmoni. Sebagai contoh, dalam pantang larang yang dikenakan terhadap wanita yang

42

Page 43: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

sedang mengandung dan wanita selepas bersalin, banyak dititipkan nilai kebaikan dalam pantang

larang semata-mata demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan kaum wanita.

4.1 Jenis Pantang Larang dan Nilai Murni

4.1.0 Pantang Larang Terhadap Gadis

Menurut Wan Ramli Wan Muhhammad dan Hanapi Dollah ( 1999 : 23 ), dunia orang

muda, iaitu golongan gadis dan teruna merupakan zaman pancaroba dalam hidupnya. Ddalam

kalangan masyarakat Melayu, orang tua-tua Melayu dahulu mengadakan pantang larang bagi

teruna dan dara dengan tujuan memelihara kesempurnaan rohani dan jasmani anak-anak muda

mereka. Melanggar pantang larang terutamanya dalam kehidupan bermasyarakat dipandang

serong oleh orang ramai. Masyarakat ialah wadah budaya. Masyarakat membentuk kebudayaan

dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Justeru, hubungan kebudayaan dengan

masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah cara, iaitu cara berfikir, cara berinteraksi, cara

merasa dan cara berpelakuan masyarakat. Rentetan daripada senario ini, lahirlah pemikiran

kreatif masyarakat Melayu terdahulu dalam menetapkan adat dan pantang larang yang sarat

dengan nilai murni yang perlu dipatuhi oleh anak gadis mereka.

Gadis dilarang duduk di muka pintu, makan nasi atau telur yang terdapat dalam perut

ayam yang disembih dan dilarang juga tidur hingga meninggi hari. Jika pantang larang tersebut

sengaja dilanggar, alamatnya si gadis akan lambat mendapat suami. Demikian juga si gadis

dilarang menyaksikan mak andam mengandam pengantin kerana boleh menyebabkan gadis itu

akan lambat dipinang orang. Membuang alis dilarang juga kerana perbuatan tersebut akan

menghilangkan seri wajah ketika menjadi pengantin kelak.

43

Page 44: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Nilai murni atau pengajaran yang boleh didapati daripada pantang larang ini adalah

mendidik anak gadis supaya sentiasa bersopan santun dan hormat menghormati iaitu mereka

perlu menghormati pesanan dan pantang larang yang di muka pintu memanglah tidak wajar bagi

seorang gadis kerana itu merupakan perbuatan yang tidak sopan dan tidak manis. Malah lebih

dari itu perbuatan membuang alis sememangnya pebuatan yang tidak elok dan hukumnya haram

disisi Islam.

Anak gadis juga dilarang menyanyi di dapur, berbual di tangga dan mencari kutu di

tangga. Dikatakan anak gadis akan memperoleh suami tua seandainya menyanyi di dapur

khususnya ketika sedang memasak. Seterusnya, pantang larang berbual dan mencari kutu di

tangga adalah kerana dipercayai si gadis akan dipinang orang di serambi rumah sahaja manakala

mencari kutu di tangga akan dipinang oleh orang tua. Jika diteliti ternyata pantang larang

sebegini ada nilai murninya yang tersendiri. Nilai murni seperti sopan santun didapati dalam

pantang larang seumpama ini. Rasionalnya anak gadis dididik menjadi insane berakhlak baik dan

bersopan santun dalam masyarakatnya agat tetap dipandang mulia dan dipandang tinggi serta

akan sentiasa dihormati.

Selain itu, anak gadis dilarang menyapu nasi pada waktu malam. Jika melakukan

perbuatan itu, dikatakan akan kurang menerima rezeki. Jika disoroti dalam konteks sebenar,

pantang larang itu sebenarnya menyelitkan nilai murni seperti bertanggungjawab. Si gadis

dididik agar lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang makanan begitu sahaja. Jika

dibuang pada waktu siang, lebihan nasi itu boleh dimakan oleh haiwan ternakan dan peliharaan.

Seterusnya si gadis juga dilarang dan ditegah meletakkan pinggan di atas tapak tangan atau

menatang pinggan ketika makan. Perbuuatan seperti itu dianggap bakal merampas suami orang

apabila berkahwin kelak.

44

Page 45: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Nilai murni yang boleh dilihat daripada pantang larang ini ialah, nilai bersopan santun.

Perbuatan menatang dan meletak pinggan di atas tapak tangan adalah tidak sopan bagi seorang

gadis yang sememangnya terkenal dengan ciri kelembutan dan sifat kewanitaan justeru

seandainya pinggan terjatuh dan pecah tentulah tidak manis dipandang orang malahan tangan

mereka juga boleh terluka akibat terkena pinggan yang pecah.

Seterusnya terdapat juga pantang larang yang menegah si gadis mengerat kuku pada

waktu malam, bercelak dan bersolek pada waktu malam dan mencucuk jarum pada waktu

malam. Dikatakan demikian kerana mengerat kuku pada waktu malam akan didatangi sial

manakala bercelak dan bersolek pada malam hari dipercayai rupa paras akan menjadi hantu dan

mencucuk jarum pada waktu malam akan menjadi mata rabun. Ternyata biarpun pantang larang

ini seakan tidak munasabah diterima oleh akal kita namun rasionalnya banyak terselit nilai murni

yang tersirat yang boleh menjamin kesejahteraan massyarakat Melayu ketika itu. Nilai murni

yang boleh didapati daripada pantang larang ini ialah mengajar manusia supaya sentiasa berhati-

hati dan sentiasa bersifat sabar. Perbuatan mengerat kuku haruslah berhati-hati dan seeloknya

dilakukan pada waktu siang hari untuk menjaga keselamatan, mengelakkan dari kecederaan dan

luka dijari sewaktu memotong kuku. Bergitu juga larangan ketika bercelak dan mencucuk jarum

pad waktu malam ditakuti akan mencederakan mata dan jari.

Pantang larang seterusnya, gadis tidak dibenarkan makan leher ayam dan tidak

dibenarkan memakai baju basah. Jika makan leher ayam apabila bersanding di pelamin leher

gadis itu akan senget atau teleng. Manakala larangan memakai baju basah dikatakan seluruh

tubuh gadis itu akan ditumbuhi kurap.

45

Page 46: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Jika diteliti pantang larang ini sebenarnya mempunyai nilai murni yang tersendiri iaitu

sebagai satu peringatan bagi gadis supaya berhati-hati ketika makan leher ayam kerana mungkin

akan tercekik tulang. Begitu juga larangan memakai baju basah adalah nasihat dan panduan

kepada gadis agar menjaga kesopanan dan tingkah laku berpakaian kerana baju yang basah akan

menampakkan susuk tubuh dan tidak manis dipandang orang. Dalam hal ini, Islam telah

menegaskan aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan.

Selain itu, jika memakai baju atau pakaian yang basah tentu akan menjejaskan penampilan dan

dikatakan tidak menjaga kebersihan fizikal.

4.1.1 Pantang Larang Meminang Gadis

Menurut Nor Hayati Mohd Shaharim ( 2008 : 74 ), pantang larang ini timbul kerana pada

zaman dahulu, pilihan untuk bersuami atau beristeri dilakukan tanpa mengenali antara satu sama

lain. Kaum lelaki yang berkenan akan seseorang gadis akan segera menhantar rombongan

meminang ke rumah si gadis bagi mendapatkan persetujuan keluarga. Perkahwinan masyarakat

Melayu pada zaman itu kebanyakkan diatur oleh kaum keluarga.

Sekiranya hendak meminang didapati si gadis sedang membakar sampah, bermakna

membawa alamat gadis itu seorang yang panas baran. Kalu gadis itu dipilih menjadi isteri, dia

akan cepat marah dan pasti menimbulkan kesulitan kepada suami jika tidak ada tolak ansur

dalam kehidupan berumah tangga. Sekiranya gadis yang hendak dilamar itu sedang mandi, itu

menandakan bahawa gadis itu seorang yang penyabar dan lemah lembut.

Jika semasa hendak meminang anak gadis itu sedang menumbuk tepung, hal itu

menandakan bahawa anak gadis itu tidak lama menjadi isteri. Setelah berkahwin, anak gadis itu

46

Page 47: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

dikatakan akan pendek umur. Andai kata ketika itu tiba rombongan meminang didapati anak

gadis itu sedang menjemur pakaian, hal itu menandakan si pemuda bakal mendapat seorang isteri

yang rajin. Oleh itu, pihak lelaki bolehlah mempertimbangkan semasak-masaknya keinginannya

itu supaya tidak silap percaturan dalam memilih bakal isteri dan menyesal pada kemudian hari.

Selain daripada itu, setelah dipinang dan bertunang, pantang larang perlu diikuti ialah si

gadis tidak dibenarkan keluar rumah. Apatah lagi tujuan ia keluar untuk bertemu tunangnya

selalu. Dikatakan demikian kerana, teruna dan dara yang sudah bertunangan mempunyai darah

yang manis iaitu sesuatu kejadian yang tidak diingini mudah berlaku apabila keluar berdua.

Sebenarnya, pantang larang meminang gadis ini, adalah suatu perkara yang begitu

subjektif. Ia sekaligus mencerminkan pemikiran masyarakat Melayu terdahulu yang sarat dengan

nilai dan falsafah yang mendidik ahli masyarakatnya agar sentiasa membuat tindakan dan

keputusan yang terbaik. Apa yang ingin disampaikan oleh pantang larang ketika meminang gadis

ini, mempunyai mesej yang tersendiri dan jelas membawa nilai murni yang antara lainnya ialah,

mengajar masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan atau

keputusan terutamanya keputusan berkatan dengan pemilihan jodoh.

Seandainya membuat keputusan memilih calon isteri terburu-buru pastinya belum tentu

itu pilihan yang terbaik dan belum tentu perkahwinan itu kekal berpanjangan. Selain itu, nilai

murni yang boleh dilihat melalui pantang larang ketika bertunangan, iaitu tidak dibenarkan si

gadis keluar berjumpa dengan tunangnya jelas membawa nilai murni seperti bersabar, bersopan

santun dan mengamalkan amalan dan adab kesopanan yang baik. Nilai murni seumpama ini

mengajar dan mendidik teruna dan dara agar beradab, sentiasa menjaga batas pergaulan dan

47

Page 48: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

kelakuan yang bermoral, iaitu tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan

masyarakat.

4.1.2 Pantang Larang Wanita

Penulis akkan membincangkan nilai muni dalam pantang larang wanita berdasarkan dua

kategori, iaitu kajian ke atas wanita hamil dan wanita lepas bersalin atau melahirkan anak. Orang

Melayu pada zaman lampau masih kuat mengamalkan pantang larang dalam kehidupan seharian.

Begitu juga dalam hal kelahiran, mereka memperkenalkan beberapa pantang larang tertentu

untuk diamalkan. Mereka menganggap bahawa pantang larang ini sebagai satu adat istiadat

penuh erti dan wajib dilakukan. Bagaimanapun memandangkan kini ramai kaum wanita sudah

mendapat taraf pendidikan yang tinggi, maka amalan ini semakin berkurangan dan

sesetengahnya tinggal menjadi sejarah sahaja. Namun begitu amalannya banyak memberikan

impak dan nilai murni yang sungguh berkesan kepada wanita, para ibu dan nenek moyang

terdahulu.

4.1.3 Pantang Larang Wanita Hamil

Menurut A.Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Muhammad ( 1995 : 80 ), apabila

seseorang wanita didapati hamil, beberapa upacara pantang larang terpaksa dilalui. Secara

umumnya upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu

dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan makhluk halus. Dalam kalangan

masyarakat Melayu pada umumnya mengatakan wanita yang sentiasa gembira akan melahirkan

48

Page 49: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

bayi yang riang, sihat dan terhindar dari segala kecelakaan. Justeru itu, wanita hamil dilarang

daripada mndengar, melihat dan bercakap serta melakukan perkara-perkara yang buruk dan keji

di samping larangan mencaci sesamam makhluk.

Menurut A.Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Muhammad ( 1995 : 88 ) lagi, dalam

pantang larang wanita hamil, ibu mengandung dilarang memakan sotong. Jika ibu mengandung

memakan sotong, hantu boleh mencekik bayi dalam kandungan kerana sotong mempunyai

banyak janggut. Kebanyakkan ibu mengandung memang akur dengan pantang larang ini kerana

bimbang andai kata anak yang dilahirkaan itu tidak sempurna atau cacat. Nilaai murni yang

boleh dilihat dalam pantang larang ini nilai kebersihan fizikal dan mental. Ternyata, masyarakat

Melayu terdahulu amat menitik beratkan tentang nilai kebersihan, kesihatan fizikal dan mental

wanita hamil. Rasionalnya, jika ibu mengandung terlalu banyak makan sotong dibimbangi

terlebih asid uric dalam badannya. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

ibu dan juga bayi dalam kandungan. Nilai moralnya ialah, ibu hendaklah sentiasa memakan

makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan tubuh badan dalam keadaan yang baik

dan sihat semasa menjalani tempoh kehamilan.

Selain itu, wanita hamil dilarang mencaci atau bercerita mengenai seseorang yang cacat

kepada orang lain atau tidak digalakkan melihat orang cacat. Jika tidak, anak yang bakal

dilahirkan juga cacat anggotanya. Pada peringkat permulaan mengandung pula, wanita hamil

tidak boleh pergi ke tempat yang tidak elok, tidak boleh menegur perkara yang tidak elok,

melihat perkara yang tidak elok kerana dipercayai kelakuan anak yang bakal dilahirkan akan

menjadi seperti yang kita lakukan. Nilai murni yang boleh didapati berdasarkan pantang larang

ini ialah, diharapkan agar wanita yang hamil sentiasa menjaga adabnya, melakukan amalan baik

49

Page 50: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

dalam apa jua bentuk pekerjaan, sentiasa bertimbang rasa terhadap perasaan dan kedudukan

orang lain.

Wanita mengandung juga dilarang bergaduh dengan ibu mertua. Wanita yang berbuat

demikian akan menghadapi kesulitan apabila melahirkan anak. Pantang larang ini mempunyai

nilai murni seperti hormat menghormati bagi membolehkan individu diterima dalam masyarakat,

seseorang individu itu perlu bersedia dengan berkelakuan mengikut nilai yang telah ditetapkan

dan dikongsi masyarakat dan dengan ini dapat mengekalkan keharmonian dalam kehidupan

bekeluarga. Dalam hal ini, ibu mertua perlu dihormati agar tidak menjejaskan hubungan

kekeluargaan dan kesejahteraan sesebuah rumah tangga.

Orang Melayu melarang wanita hamil duduk di muka pintu atau anak tangga dan ditegah

duduk di atas bendul dan berjuntai kaki kerana perbuatan ini boleh mendatangkan kecelakaan

kepada ibu ketika hendak melahirkan anak dan susah untuk bersalin. Mereka dikatan

menghadapi kesakitan yang amat sangat, tumpah darah dan mungkin maut. Secara rasionalnya

bagi wanita hamil perbuatan duduk di muka pintu adalah perbuatan yang tidak sopan. Nilai

murni dalam pantang larang ini sebenarnya mengajar seseorang itu supaya menjaga tingkah laku

dan sentiasa bersopan serta melakukan amalan yang baik. Seharusnya, wanita hamil menjaga

kesihatan dan keselamatan di sepanjang tempoh kehamilan dan mengisi masa dengan membaca

al-Quran dan mendengar alunan zikir munajat agar dapat membentuk anak didalam kandungan

berperibadi mulia. Seterusnya wanita hamil tidak dibenarkan duduk di atas rumput tanpa melapik

tikar atau kertas terlebih dahulu, ditakuti bayi yang akan lahir nanti mungkin melekat di dalam

rahm seperti akar yang susah di tarik keluar. Selain itu wanita yang hamil dilarang membelah

kayu kerana di takuti mendapat anak yang sumbing bibir. Jika diteliti, larangan ini membawa

50

Page 51: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

nilai murni agar wanita mengandung sentiasa berwaspada dan berhati-hati di dalam melakukan

sesuatu perkara dan tindakan agar tidak di timpa sebarang masaalah atau musibah.

4.1.4 Pantang Larang Makanan Wanita Hamil

Menurut Nor Hayati Mohd Shaharim ( 2008 : 46 ), setiap makanan yang mungkin

diidamkan oleh wanita hamil dan ketika kelahirannya, mesti ada hak dan pantang larangnya.

Makanan ini dikatakan ada baik dan buruknya kepada ibu dan anak yang bakal dilahirkan.

Makanan itu disenaraikan sebagai memanaskan, menyejukkan, tajam, berangin dan mungkin

beracun pada kandungan serta menjejaskan kesihatan bayi dan ibu. Makanan sejuk adalah sayur-

sayuran, sesetengah buah-buahan, the dan herba Cina, air tebu, air tenbikai, air nanas dan betik.

Jika banyak dimakan, boleh menyebabkan kembung dan angin.

Menurut beliau lagi, sesetengah orang tua melarang ibu bersalin memakan makanan sejuk

kerana ini boleh melemahkan kandungan, kesihatan ibu dan mungkin menyebabkan keguguran.

Sesetengah kaum pula menjauhi makan ini dan melarang memakannya. Makan panas pula ialah

daging (lembu dan kambing), rempah, sesetengah buah-buahan tempatan seperti durian,

beberapa jenis herba Cina seperti Korean Ginseng, arak dan coklat. Walaupun makanan tersebut

tidak dilarang ketika mengandung, ramai percaya memakan makanan begini boleh menyebabkan

anak kerdil dan kesulitan ketika melahirkan anak.

Makanan lain dielakkan atau mungkin dilarang oleh orang tua-tua kerana mempunyai

kepercayaan berkaitan dengan jenis makanan itu. Misalnya durian tidak digalakkan kerana boleh

menyebabkan anak mendapat bisul di kepala setiap kali musin durian. Selain itu, binatang

bersisik atau berkulit kasar pula boleh menyebabkan anak berkulit kasar dan mempunyai

51

Page 52: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

masaalah kulit. Sotong pula boleh menyebabkan anak tercerut sewaktu dalam kandungan atau

ketika dilahirkan. Walau bagaimanapun, pantang larang ini akan berkurangan sewaktu wanita

bersalin melalui tempoh pantangnya selama 20 hingga 44 hari. Masa inilah sesetengah daripada

mereka digalakkan memakan makanan panas kerana boleh membantu para ibu memulihkan

badannya dengan cepat selepas bersalin.

Jika diteliti pantang larang makanan yang ditetapkan keatas wanita hamil, sebenarnya

banyak terselit nilai murni yang membawa kebaikan bagi kesihatan wanita hamil. Realitinya,

semua pantang larang makanan ini mempunyai kebaikan untuk memastikan kesihatan fizikal dan

mental ibu mengandung dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang sihat. Selain itu,

kesabaran dan menyayangi diri dan keluarga juga terselit melalui pantang larang ini pantang

larang makanan bagi wanita hamil ini memang diamalkan oleh masyarakat Melayu terdahulu

sehinggalah hari ini, biarpun pada zaman serba moden ini telah wujud pusat rawatan dan

kemudah perubatan yang canggih. Semuanya adalah kerana untuk mengjaga kesejahteraan dan

keharmonian sesebuah rumah tangga.

4.1.5 Pantang Larang Wanita Selepas Bersalin

Seseorang wanita akan dijaga selama 44 hari selepas bersalin. Masa ini juga dikenali

sebagai masa pantang iaitu ibu akan dikenakan beberapa pantang larang. Pada masa ini juga,

kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Jika dikaji dalam hal makanan, ada beberapa kategori

mmakanan yang tidak boleh dimakan oleh wanita yang baru melahirkan anak.

Wanita selepas bersalin tidak boleh makan makanan yang boleh menyebabkan gatal dan

merebak luka seperti udang, sotong, telur, ayam dan lain-lain lagi. Mereka juga tidak dibenarkan

52

Page 53: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

makan makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan makanan yang berasam. Makanan yang

berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu juga hendaklah dielakkan. Begitu juga makanan

yang beracun atau dikatakan membahayakan tempat peranakan seperti pisang, jenis ikan yang

dikatakan berbisa, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sebagainya.

Jika dilihat dalam konteks pemakanan bagi wanita lepas bersalin, banyak terdapat nilai

murni yang boleh diambil sebagai pengajaran. Nilai murninya ialah menanam sikap sabar dan

menyayangi diri sendiri. Sebagaimana yang diketahui, wanita lepas bersalin hendaklah sentiasa

bersabar dan menjaga pemakanan agar tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama yang

menyusukan anak. Seandainya wanita tidak mempunyai sifat sabar dalam menahan nafsu

makannya, maka kesihatannya akan terjejas kerana sesetengah makanan boleh menyebabkan

kebas, pening, sakit urat, sakit sendi, kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

Bagi makanan yang berminyak pula, ia boleh menyebabkan ‘batu merian’ berada dalam

keadaan yang tidak betul. Ini kerana selepas bersalin, keadaan tempat peranakan masih lagi

kembang dan jika makanan tidak dijaga ‘batu merian’ akn turun dan menjadikan ibu itu berada

dalam keadaan tidak selesa. Dalam hal ini, wanita yang baru lepas bersalin haruslah berhati-hati

dalam memilih makanan dan mereka haruslah menanamkan semangat sayang dan cinta kepada

diri sendiri demi menjaga kesihatan tubuh badan dan memastikan kualiti hidup pada masa akan

datang sihat dan sejahtera.

Seterusnya wanita lepas bersalin dilarang mengangkat benda yang berat kerana ditakuti

memudaratkan tempat peranakan ibu itu. Benda berat ini juga ditakuti menimpa ibu jari kaki. Ini

kerana urat dari ibu jari kaki bersambungan sampai ke paha dan seterusnya ke dalam rahim ibu.

Kalau terkena ibu jari, darah akan ‘tumpah’. Darah yang berterusan keluar akan membawa maut.

53

Page 54: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Begitu juga sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh di

langkah tetapi dipijak di atasnta. Ini kerana ditakuti ibu jari akan tersepak bendul dan boleh

menyebabkan turun darah dan tersungkur. Dalam konteks ini, nilai murninya ialah setiap wanita

yang masih dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam

segala gerak langkahnya. Mereka hendaklah sentiasa mendengar nasihat dan mengamalkan

langkah penjagaan kesihatan yang baik. Semua pantang larang ini adalah semata-mata untuk

mengelakkan wanita dalam pantang menjadi ‘bentan’ dan boleh menyebabkan terkena penyakit

‘gila meroyan’

Si ibu apabila keluar dari tempat khas yang didudukinya, kenalah membawa sejenis besi

misalnya kacip. Ini adalah untuk melindunginya daripada hantu syaitan. Besi dikatakan berkai

rapat dengan manusia kerana badan yang lemah akan terpelihara dengan memegang besi. Selain

daripada itu juga, wanita yang dalam pantang bersalin dilarang keluar rumah, nanti ditakuti akan

disampuk oleh hantu syaitan. Mereka juga tidak dibenarkan mempelawa orang yang datang

menziarahi naik ke rumah, ditakuti turut mempelawa hantu syaitan dan orang yang ingin

menziarahi pula tidak dibolehkan melawat pada waktu senja kala kerana ditakuti akan membawa

hantu syaitan.

Ternyata pantang larang dan kepercayaan di atas masih ditakuti dan diamalkan hingga

kini. Walaupun ia mempunyai unsur animisme dan bertentangan dengan ajaran agama Islam,

namun tetap mengandungi nilai murni yang dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian

hidup. Nilai murni dilihat dalam mendidik wanita agar sentiasa bertanggungjawad, berwaspada,

berhati-hati menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan juga bayi. Sebenarnya wanita dalam

pantang, perlukan istirahat yang cukup agar dapat mengembalikan tenaga dan memulihkan

54

Page 55: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

kesihatan semula. Wajarlah wanita dalam pantang larang keluar rumah untuk mengelakkan dari

terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini terhadap dirinya dan bayi yang masih kecil itu.

4.3 Kesan Positif dan Kesan Negatif dalam Amalan Pantang Larang

Menurut Ismail Hamid ( 1995 : 100 ), orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan

anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang orang tua. Melanggar pantang larang

samalah ertinya tidak mendengar nasihat yang baik. Peribahasa Melayu mengingatkan, “tak

mendengar kata orang tua-tua kalau tak patah tiat ”. Maksudnya orang yang sengaja melanggar

nasihat yang baik sedikit sebanyak akan menerima akibat buruknya.

Sesungguhnya jika diteliti, banyak pantang larang orang tua itu mengandungi pengajaran

atau ingatan serta nasihat yang baik bagi membina sifat peribadi yang mulia seperti bertatatertib,

beradab sopan dan sebagainya. Dalam pergaulan masyarakat, jika mengikut pantang larang yang

baik terutamanya yang ada hubungan dengan orang lain, akan mewujudkan suasana harmoni,

hormat menghormati dan perhubungan antara anggota masyarakat akan terjalin dengan mesra.

Jika diteliti dan diamati sebaik mungkin didapati bahawa, sebahagian besar pantang

larang yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu lama itu tidak sesuai lagi dengan

kehidupan pada zaman sains dan teknologi yang serba canggih ini kerana system nilai

kebudayaan telah banyak berubah. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa sesuai dengan

keadaan kehidupan di zaman lampau, ciri pantang larang yan wujud dalam kehidupan

masyarakat Melayu lama itu banyak meninggalkan kesan baik atau positif dalam kehidupan

peribadi masyarakat Melayu terdahulu. Bagi masyarakat sekarang, pantang larang yang nyata

bertentangan dengan akidah agama Islam tidaklah harus diteruskan lagi. Namun demikian

55

Page 56: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

beberapa pantang larang yang baik dan sesuai dengan kehidupan boleh dijadikan panduan dalam

kehidupan kita sepanjang zaman.

Menurut Nor Hayati Mohd Shaharim ( 2008 : 53 ), nilai sesuatu budaya termasuk juga

ciri pantang larang dan kepercayaan bukan kerana baru atau lamanya tetapi ia dinilai dari segi

manfaatnya kepada diri dan kehidupan masyarakat. Masyarakat bangsa yang telah maju

sekalipun, baik di Barat atau di Timur, tetap berpegang kuat kepada beberapa pantang larang

yang bernilai yang diwarisi daripada kebudayaan lama mereka. Justeru, beberapa pantang larang

masyarakat Melayu yang telah dibincangkan menerusi bab empat ini, khasnya pantang larang

terhadap kaum perempuan ternyata banyak meninggalkan kesan yang positif yang boleh

dimanfaatkan untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian dalam menjalani kehidupan.

Ternyata, pantang larang yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu telah memberi

impak yang berkesan dalam mendidik dan menjadikan masyarakat Melayu agar sentiasa

mengikut peraturan hidup dan undang-undang yang telah ditetapkan walaupun pantang larang itu

jelas merupakan hanya satu disiplin yang disampaikan secara lisan dan diwarisi secara turun

temurun. Dalam konteks ini, minda mereka seperti telah dididik agar patuh kepada peraturan dan

pantang larang dan seandainya dilanggar pasti akan mendapat balasan atau musibah. Bagi kaum

perempuan khasnya wanita hamil dan wanita lepas bersalin, pantang larang dan peraturan yang

telah ditetapkan sebahagian besarnya masih lagi diamalkan sehingga kini. Penulis tidak

menafikan bahawa sebagai wanita yang pernah hamil dan melahirkan anak, penulis memang

mengamalkan dan berpegang kepada pantang larang yang ditetapkan oleh nenek dan ibu

sehinggalah tamat 44 hari tempoh pantang melahirkan. Suatu pengalaman yang penuh bermakna

dan ia memang memberikan banyak manfaat serta kebaikan bagi kesihatan fizikal dan mental

diri penulis sendiri.

56

Page 57: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Selain itu, kesan positif seterusnya daripada pantang larang ini ialah menjadikan

masyarakat sentiasa mengamalkan adab sopan, tingkah laku dan akhlak yang baik. Akhlak yang

mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, benar dan patut yang

menghasilkan kebaikan kepada diri si pelaku dan juga insan serta makhluk yang lain di dunia ini.

Dalam hal ini, pantang larang terhadap kaum wanita secara tidak langsung dapat membentuk

masyarakat yang berakhlak mulia dan lebih bermoral. Gadis. Umpamanya tidak manis

melakukan perkara yang sumbang di mata masyarakat dan seharusnya menjaga maruah diri dan

keluarga. Bagi wanita mengandung pula mereka seharusnya menjaga peribadi, akhlak dan moral

sewaktu mengandung agar dapat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Oleh itu, segala

perlakuan, tindak-tanduk dan sebarang aktiviti yang membantu kea rah menepati dan memenuhi

dua status serta peranan manusia itu, dianggap sebagai baik, benar dan patut. Diikuti dengan nilai

penuh bermoral yang akan membawa kebaikan dan kesejahteraan.

Seterusnya, kesan positif dalam pantang larang ialah dapat mempertahankan khazanah

bangsa dan warisan budaya daripada nenek moyang terdahulu. Dalam hal ini, pantang larang

terhadap wanita bersalin tetap diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu pada zaman

ini. Justeru, generasi hari ini tidak akan melupakan amalan pantang larang yang diwarisi

daripada nenek moyang terdahulu dan dapat menjadikan contoh dan teladan dalam menjalani

kehidupan seharian. Ternyata tiada kerugian jika amalan itu masih di praktikkan untuk selama-

lamanya. Amalan pantang larang dapat membantu memberi ilmu pengetahuan dan input yang

berguna dalam kaedah dan rawatan semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini boleh membantu

wanita untuk memilih cara penjagaan kesihatan sama ada menggunakan kaedah perubatan

moden atau tradisional.

57

Page 58: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Di samping itu, kesan positif amalan pantang larang ini menjadikan seseorang individu

itu sentiasa berfikir dalam melakukan tindakan, tidak mementingkan diri sendiri dan bertindak

mengikut pertimbangan. Hal ini dijelmakan melalui pantang larang meminang gadis umpamanya

sebelum menjodohkan anak, sebagai ibu bapa kita haruslah berfikiran terbuka dalam menerima

pilihan menantu seadanya dan tidak bertindak mengikut kata hati demi menjamin kebahagiaan

dan kerukunan rumah tangga yang bakal dibina. Begitu juga dalam soal ibu hamil yang dapat

menahan nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga keselamatan bayi di

dalam kandungan.

Seterusnya kesan positif dalam amalan pantang larang terhadap kaum perempuan ini

boleh menjadikan individu, institusi keluarga dan masyarakat sentiasa berada dalam situasi yang

harmoni, terkawal dan sejahtera kerana hidup berlandaskan kepada kepatuhan undang-undang

dan peraturan yang telah digariskan dan sememangnya dijadikan amalan.

Selain kesan positif, terdapat juga kesan negatif yang boleh dilihat melalui amalan

pantang larang ini. Pantang larang terhadap wanita selepas bersalin misalnya boleh membawa

kesan negatif jika amalannya tidak dilakukan dengan niat semata-mata untuk kebaikan.

Contohnya, larangan keatas wanita bersalin keluar rumah pada waktu senja kononnya dikatakan

akan disampuk oleh hantu syaitan. Begitu juga dengan orang yang ingin menziarahi, tidak

dibolehkan melawat pada waktu senja kala kerana ditakuti akan membawa bersama hantu

syaitan. Kepercayaan ini boleh membawa kesan negatif malah boleh memesongkan akidah umat

Islam kerana tidak percaya dan tidak takut kepada kekuasaan Allah, sebaliknya takut kepada

hantu syaitan yang memang tugasnya mengganggu dan merosakkan anak Adam di dunia ini.

58

Page 59: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Selain itu, kesan negatif amalan pantang larang terhadap wanita boleh menjadikan

seseorang individu itu berfikiran kolot, sempit dan jumud serta tidak mampu untuk

memperkembangkan kreativiti minda. Dalam hal ini, tanggungjawab wanita dalam institusi

keluarga, masyarakat dan Negara dikatakan mampu menyumbang tenaga, kepakaran dan

pandangan demi mencapai sesuatu kemajuan seperti kata pepatah ‘tangan yang menghayun

buaian itu boleh menggoncangkan dunia’. Justeru, diharapkan kesan negatif ini tidaklah sampai

menghalang kemajuan dan kemampuan minda untuk berfikir.

Seterusnya amalan pantang larang ini boleh membawa kesan negatif yang menyebabkan

seseorang individu itu, menolak rawatan perubatan moden dan masih teguh berpaksikan rawatan

perubatan tradisional kerana minda mereka telah pun disogokkkan dengan peraturan pantang

larang yang mesti diikuti dan seandainya dilanggar, seseorang itu pasti mendapat musibah atau

bencana. Dalam hal ini, perubatan tradisional hanyalah merupakan alternative kerana dalam

zaman sains dan teknologi kini, rawatan moden lebih mendominasi dan menjadi pilihan utama

disebabkan faktor kecanggihan teknologinya.

Menurut Nor Hayati Mohd Shaharim ( 2008 : 71 ) lagi, Dalam pantang larang sewaktu

meminang gadis misalnya, boleh membawa kesan negatif pandangan jejaka terhadap gadis.

Tidak semua pantang larang ketika meminang gadis itu membawa maksud yang benar, kerana itu

Cuma andaian orang tua terdahulu dalam melahirkan pemikiran yang begitu kreatif dan

imaginatif. Dalam hal ini, Islam telah member garis panduan bagaimana untuk memilih jodoh

kerana perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.

Kepercayaan yang menebal terhadap pantang larang boleh menyebabkan kepercayaan

karut animisme yang merupakan suatu ciri utama dalam kepercayaan masyarakat Melayu terus

59

Page 60: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

diikuti dan diamalkan. Kepercayaan karut ini boleh membawa implikasi yang negatif. Animisme

ini berlandaskan kepada kepercayaan bahawa di samping manusia yang menghuni di dunia ini,

terdapat juga makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali oleh orang yang

mempelajari ilmu ghaib yang dikenali sebagai ilmu pawang atau ilmu perbomohan. Dalam

kepercayaan masyarrakat Melayu, makhluk halus ini dikenali dengan berbagai-bagai jenis dan

nama seperti semangat, penunggu, hantu dan lain-lain.

Menurut Hassan Baseri (1991 : 39 ), ternyata kepercayaan yang bercorak animisme yang

mempercayai kewujudan makhluk halus ini terus dipegang oleh orang Melayu walaupun telah

menganuti agama Islam. Ini adalah kerana kepercayaan kepada animisme itulah yang menjadi

asas kepada kebudayaan semua bangsa di dunia ini pada zaman lampau. Keadaan ini berlaku

kerana agama Islam sendiri mengakui kewujudan sejenis makhlus halus yang menghuni dunia ini

yang dipanggil sebagai jin. Justeru, kepercayaan adat dan pantang larang yang diamalkan dalam

kalangan masyarakat Melayu terdahulu telah mempengaruhi pembentukan nilai dalam

masyarakat.

Menurut beliau lagi, walaupun kepercayaan dan amalan yang berkaitan dengannya tidak

lagi menjadi perhatian yang penting, tetapi kesan dan nilai tersebut masih wujud dan terdapat

dalam pemikiran. Antaranya ialah kepercayaan kepada makhluk alam ghaib lagi terpendam

dalam pemikiran generasi muda hari ini.

4.4 Kesimpulan

Sebagai rumusannya bolehlah diperkatakan bahawa, terdapat begitu banyak nilai murni

yang boleh dilihat melalui pantang larang umumnya dan terhadap kaum wanita khasnya. Dalam

60

Page 61: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

konteks ini, pantang larang masyarakat Melayu yang diwarisi secara turun temurun daripada

nenek moyang terdahulu, merupakan satu cara memperbaiki, mengajar dan mengasuh generasi

muda dalam tingkah laku, tutur kata, pekerjaan dan sebagainya supaya berjalan dengan baik

selaras dengan peraturan hidup dalam kalangan masyarakat. Selain itu, pantang larang juga

merupakan satu jawapan bagi sesuatu hal yang telah, sedang dan akan berlaku. Oleh itu, dapat

mengurangi masa ganjil dan janggal bagi mereka yang melihatnya kerana perkara ini sering

berkait dengan kepercayaan dan juga sumpah yang dibuat.

Setelah diteliti pantang larang terhadap kaum perempuan sejak gadis, wanita hamil dan

wanita selepas bersalin semuanya terkandung nilai murni yang baik dan perlu diikuti dan

diteladani oleh generasi pada hari ini. Pantang larang yang membawa pengaruh besar dalam

kehidupan masyarakat Melayu mempunyai implikasi yang positif dalam membentuk disiplin ahli

masyarakat. Kesan yang positif akan dapat merangka satu pemikiran yang relevan tergadap apa

jua perbuatan dan tindakan yang hendak dilakukan. Justeru, masyarakat pada umumnya sudah

dapat menerima takrif nilai murni sebagai bentu amalan hidup yang bertatasusila atau tingkah

laku yang syumul, baik dan harmoni.

Lantaran itu, tidak keterlalauan diperkatakan bahawa pantang larang yang diwujudkan

oleh generasi terdahulu ini, membawa kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Melayu

khususnya dan tidak rugi jika amalan pantang larang ini terus dijadikan amalan dan panduan

hidup, biarpun dalam zaman kemajuan sains dan teknologi ini banyak di antara pantang larang

tersebut tidak lagi diikuti, diamalkan atau dipercayai kerana unsur alam telah banyak dikuasai

oleh manusia. Memotong kuku pada waktu malam tidak menjadi bahaya lagi dengan adanya

lampu elektrik yang terang begitu juga dngan bantuan periuk elektrik, nasi akan masak sendiri

dan tidak akan hangus walaupun gadis yang memasak asyik menyanyi.

61

Page 62: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Rumusan

Perbincangan nilai murni dalam pantang larang masyarakat Melayu, berjaya melahirkan

insan yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, mempunyai jati diri dan bersemangat juang

yang kental. Masyarakat Melayu terdahulu bukan sahaja mempunyai semangat dan keyakinan

yang tinggi, malahan berupaya berfikir, membuat pertimbangan dan keupayaan secara rasional

dan memahami norma kehidupan masyarakatnya serta mengamalkan perlakuan terpuji dalam

kehidupan seharian.

Membicarakan aspek nilai murni dalam pantang larang masyarakat Melayu, khususnya

nilai murni dalam pantang larang terhadap kaum perempuan, merupakan satu kajian yang

penting dan amat menarik. Setiap golongan masyarakat mempunyai cara hidupnya berlainan

daripada golongan yang lain. Alam kehidupan kanak-kanak adalah berbeza dengan kehidupan

anak muda demikian juga dengan golongan yang lain. Peribadi seorang gadis tidak sama dengan

watak seorang teruna. Pada umumnya tugas serta keperluan hidup orang lelaki berbeza dengan

orang perempuan. Maka itulah sebabnya pantang larang yang dikenakan kepada golongan

tersebut sebahagiannya adalah berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri.

Secara keseluruhannya melalui kajian ini penulis telah dapat mengenal pasti jenis

pantang larang terhadap kaum perempuan iaitu, pantang larang ke atas gadis, pantang larang

meminang gadis, pantang larang wanita, pantang larang wanita hamil, pantang larang makanan

62

Page 63: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

wanita hamil dan pantang larang wanita lepas bersalin. Ternyata semua pantang larang itu

merupakan nasihat, peringatan dan pengajaran yang amat berguna untuk kaum perempuan. Lebih

daripada itu, pantang larang berfungsi sebagai bimbingan atau pendidikan yang bertujuan untuk

menerapakan nilai murni dalam kalangan masyarakat Melayu.

Tujuan utama bagi sesuatu pantang larang ialah untuk menghindari sesuatu yang tidak

baik yang mungkin menimpa diri. Pantang larang juga memberi kesan dalam membendung diri

daripada melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik atau tidak sopan. Justeru, jelaslah

kebaikan yang tersembunyi dalam pantang larang terhadap kaum perempuan banyak

meninggalkan kesan yang baik dalam masyarakat terdahulu dan dalam kehidupan manusia

sepanjang masa.

Melalui kajian ini juga, penulis mendapati sememangnya terdapat unsur nilai murni yang

terkandung dalam pantang larang terhadap kaum perempuan. Unsur nilai murni yang ditemukan

seperti sopan santun, hormat menghormati, bersabar, berhati-hati, berwaspada, kasih sayang dan

menjaga kebersihan fizikal dan mental ini mampu menjadi wadah perungkai masalah yang

mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya terhadap kaum wanita pada hari ini. Hal ini

demikian kerana, dewasa ini terlaulu banyak masalah atau gejala sosial yang berlaku yang

berlaku disebabkan sebahagian besar berpunca daripada golongan wanita.

Gejala buang bayi, penagihan najis dadah dan terlibat dengan kegiatan tidak bermoral

sekurang-kurangnya boleh dielakkan seandainya penghayatan nilai murni diamalkan kalangan

masyarakat Melayu terutama generasi muda hari ini. Fenomena ini berlaku kerana ramai wanita

zaman ini tidak lagi mengamalkan pantang larang diwarisi daripada ibu bapa serta nenek

moyang terdahulu dan tidak dapat menghayati nilai murni yang terdapat dalam pantang larang

63

Page 64: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

tersebut. Dengan adanya pantang larang terhadap kaum perempuan dapat memeberi gambaran

yang jelas bahawa, kaum perempuan adalah kaum yang perlu dijaga dan dilindungi serta

diangkat martabatnya dalam kalangan keluarga mahupun masyarakat.

Apa yang jelas, nilai murni dalam pantang larang masyarakat Melayu khususnya pantang

larang tehadap kaum perempuan, mempunyai hubungan langsung dengan cara hidup, amalan

budaya dan kepercayaan beragama dalam masyarakat. Kehidupan yang rencam dan pelbagai

ragam ini menjadi idea atau ilham masyarakat Melayu terdahulu memanfaatkan pantang larang

menyampaikan idea dan pandangan serta menyelikkan unsur nilai murni untuk menjadikan

panduan, teladan dan pengajaran kepada masyarakat dan generasi akan datang dalam menjalani

kehidupan seharian,

Menurut Safian Mohamad ( 1987 : 134 ), walaupun pantang larang itu lahir daripada

pengalaman hidup dan adat, tetapi Islam tetap menerimanya selagi tidak bertentangan dengan

akidah umat Islam. Hal ini disebabkan nilai murni amalan budi yang ditetapkan oleh Islam itu

bersifat kebaikan mutlak, kebaikan sejagat, mudah, mantap, mudah dipatuhi dan pengawasan

yang menyeluruh. Islam tidak menolak semua nilai murni dan amalan pantang larang dan tidak

juga menerima semuanya. Penerimaan atau penolakan sesuatu adat atau amalan pantang larang

ditentukan oleh aqidah, syarat dan ikhlas. Sifat yang baik akan diterima, manakala amalan yang

bertentangan akan dihapuskan.

Melalui kajian pantang larang terhadap kaum perempuan ini, banyak nilai murni yang

diperolehi seandainya amalan pantang larang ini terus diamalkan dan dikekalkan. Nilai murni

bersopan santun dan berakhlak mulia yang ditemukan dalam pantang larang ke atas gadis, boleh

dijadikan teladan dan panduan bagi generasi muda hari ini dalam mengharungi kehidupan yang

64

Page 65: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

penuh cabaran. Selain itu, nilai murni hormat menghormati juga perlu dijadikan contoh dan

teladan bagi mendidik generasi muda hari ini agar tahu menunjukkan rasa hormat terhadap ibu

bapa, pemimpin dan orang yang lebih tua daripada mereka.

Berdasarkan kajian ini, penulis juga mendapati sememngnya terdapat kesan positif dan

kesan negatif dalam pantang larang tehadap kaum perempuan. Kesan positif amalan pantang

larang misalnya, akan menjadikan masyarakat Melayu sentiasa mengikut peraturan hidup dan

undang-undang yang telah ditetapkan. Selain itu, masyarakat Melayu akan sentiasa

mengamalkan adab sopan, tingkah laku dan akhlak yang baik serta melakukan segala bentuk

perbuatan dengan tertib dan berhati-hati, sentiasa berfikir dalam melakukan tindakan, tidak

mementingkan diri sendiri dan bertindak mengikut pertimbangan. Didapati kesan positif dalam

pantang larang juga menjadikan individu, institusi keluarga dan masyarakat sentiasa berada

dalam situasi yang harmoni dan sejahtera.

Disamping kesan positif, terdapat juga kesan negatif yang ditemukan dalam kajian ini

seperti berlakunya pemesongan akidah masyarakat Melayu jika meletakkan kepercayaan seratus

peratus terhadap benda dan kuasa ghaib yang terdapat dalam amalan pantang larang. Selain itu,

kesan negatif amalan pantang larang terhadap wanita boleh menjadikan seseorang individu itu

berfikiran kolot, sempit dan jumud serta tidak berkeupayaan untuk memperkembangkan

kreativiti minda mereka. Dalam pantang larang meminang gadis pula, terdapat kesan negatif

pandangan jejaka terhadap gadis, kerana tidak semua pantang larang ketika meminang gadis itu

membawa maksud yang benar.

Dalam konteks ini jelas menunjukkan bahawa, pantang larang terhadap kaum perempuan

telah membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu khasnya kepada

65

Page 66: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

golongan wanita. Ternyata paantang larang ini mempunyai implikasi yang positif dan negatif

dalam bentuk disiplin ahli masyarakat. Pantang larang yang tidak relevan dengan nilai

keagamaan telah mengalami proses penyesuaian dan berlaku sdikit tranformasi mengikut

konteks pada hari ini. Secara totalnya pantang larang yang diwujudkan oleh generasi terdahulu

ini membawa kesejahteraan dalam masyarakat Melayu khususnya terhadap kaum perempuan dan

tidak rugi jika amalan nilai murni yang terkandung di dalamnya terus dijadikan amalan.

Menurut Idris Zakaria ( 1991 : 101 ), sebagaimana yang diketahui penghayatan nilai

murni terkandung dalam setiap ajaran agama yang wujud di dunia. Masyarakat Melayu

sememangnya mempunyai nilai murni yang amat tinggi. Sekiranya nilai murni dalam masyarakat

dihayati satu per satu maka masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Penghayatan nilai murni

dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan

secara tidak langsung bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam

masyarakat.

Kesimpulannya, nilai murni yang terkandung dalam pantang larang terhadap kaum

perempuan sebagaimana yang telah dibincangkan sememangnya banyak membawa manfaat dan

telah Berjaya memupuk kesempurnaan hidup bermasyarakat. Nilai murni wajar dijadikan

panduan dan amalan untuk membentuk masyarakat yang berbudi pekerti luhur, berakal budi,

berakhlak mulia, membina jiwa yang murni, mental yang matang dan mewujudkan masyarakat

berilmu serta syumul. Kalau tiada nilai murni, maka rosaklah tingkah laku masyarakat kita.

Kerosakannya bukan hanya menyentuh aspek kesihatan atau kecacatan jiwa, bahkan menular ke

pembangunan fizikal. Justeru ini, diharapkan nilai murni yang menjadi amalan dan budaya hidup

akan membina ahli masyarakat yang bertamadun khususnya kaum perempuan agar sama-sama

menyumbang kearah kemajuan dan pembangunan Negara.

66

Page 67: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

5.1 Cadangan

Dalam mengharungi era globalisasi yang antaranya boleh menjejaskan jati diri dan

warisan bangsa, usaha untuk terus memperkukuhkan nilai jati diri bangsa Melayu perlu diberikan

perhatian yang serius. Nilai positif dalam pantang larang masyarakat Melayu terdahulu perlu

dijadikan benteng untuk menghadapi cabaran dan penghakisan budaya murni perlu dimantapkan.

Masyarakat Melayu terutama generasi muda hari ini perlu disedarkan betapa pentingnya

penghayatan nilai murni dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan demi mengekalkan salah

satu ciri jati diri dan warisan bangsa yang perlu dipertahankan.

Dalam usaha mengekalkan pantang larang yang menjadi khazanah warisan terdahulu

sejak tutun temurun, langkah yang drastic haruslah diambil untuk terus memastikan bahawa

pantang larang ini masih kekal dihayati oleh generasi hari ini. Dalam hal ini, Dasar Kebudayaan

Kebangsaan perlu dijadikan satu landasan untuk membentuk, mewujudkan dan mengekalkan

identiti dan warisan bangsa agar terus kekal terpelihara.

Berdasarkan kenyataan tersebut, peranan badan bukan kerajaaan seperti Istana Budaya

yang bertanggungjawab ke atas pementasan drama dan teater diharapkan dapat mementaskan

drama dan teater yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu dan pantang larang yang

diwarisi. Melalui saluran ini diharapkan nilai murni dalam pantang larang masyarakat Melayu

dapat diketengahkan dan mesejnya dapat disampaikan kepada penonton. Sesungguhnya langkah

ini dapat memelihara dan mengetegahkan keunikan kebudayaan pantang larang masyarakat

Melayu dan secara tidak langsung dapat membantu untuk meneruskan warisan budaya dan

khazanah bangsa yang telah lama wujud agar tidak terus tersirna ditelan arus pemodenan zaman.

67

Page 68: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Nilai murni merupakan aspek penting dalam pembinaan sahsiah individu. Pembentukan

jati diri generasi muda dai awal usia remaja adalah pening. Dengan ini nilai murni mestilah

diterapkan dengan sempurna kepada generasi muda pada hari ii agar mereka tidak terus hanyut

dalam kemodenan semata-mata. Dalam konteks ini, peranan guru di sekolah adalah diharapkan

untuk menyemai dan memupuk nilai murni dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Para pelajar

hendaklah diterapkan dengan amalan nilai murni serta jati diri yang mantap dan kukuh dalam

menghadapi arus globalisasi yang kian mencabar.

Usaha untuk menerapkan nilai murni yang menuju kearah pembentukan generasi

berperibadi mulia dan satu bangsa mestilah dirancangkan serta dilaksanakan diperingkat instutisi

pendidikan pada semua peringkat dari sekolah rendah hingga universiti. Usaha ini mesti

menggabungkan dua kaedah yang saling melengkapi, iaitu pengajaran dalam bilik darjah dan

dewan kuliah serta kegiatan diluar bilik darjah. Oleh itu peranan Kementerian Pelajaran

Malaysia diharapkan dapat menjadikan subjek nilai murni dalam pantang larang masyarakat

Melayu sebagai salah satu subjek khusus di sekolah.

Selain itu, pihak Arkib Negara, Muzium Negara, Muzium Negeri contohnya Perbadanan

Muzium Negeri Melaka (PERZIM), Perpustakaan dan pihak yang berkaitan perlu mengambil

inisiatif untuk mengumpulkan segala bentuk bahan yang boleh dijadikan rujukan kepada

masyarakat umum yang ingin mengetahui tentang adat dan pantang larang masyarakat Melayu.

Usaha membukukan adat dan pantang larang boleh dibantu oleh parabudayawan yang arif dalam

bidang ini seperti Datuk Aziz Tapa, Profesor Madya Dr.Abd Latif bin Bakar dan ramai lagi.

Buku, majalah dan bahan bacaan lain haruslah dikumpul dan ditempatkan di perpustakaan agar

masyarakat mudah untuk membaca dan membuat penyelidikan.

68

Page 69: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Tanpa usaha dan sikap prihatin terhadap kepentingan penghayatan nilai murni,

masyarakat Melayu akan mudah terpengaruh dengan nilai dan cara hidup yang tidak bersopan,

bermaruah dan mungkin akan mewujudkn satu masyarakat yang menghadapi komflik identity.

Justeru itu, penelitian terhadap unsur yang mengandungi nilai murni dalam pantang larang

masyarakat Melayu perlu diteruskan, disebarluaskan dan sewajarnya dibukukan untuk tatapan

generasi akan datang.

Seterusnya, peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan haruslah

diketengahkan untuk menggalas tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pantang larang

wariisan bangsa turun temurun dikekalkan dan dihayati oleh setiap individu dan segenap lapisan

masyarakat. Di samping itu, usaha Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan ini boleh

menarik minat para pelancong dalam dan luar Negara untuk mengetahui khazanah pantang

larang masyarakat Melayu yang merupakan salah satu kaum terbesar di Negara ini.

Selain itu, peranan media massa, media cetak dan media elektronik serta penggunaan ICT

haruslah digunakan secara meluas untuk menyalurkan maklumat dan informasi tentang keunikan

pantang larang dalam sesebuah masyarakat yang berbilang bangsa. Hal ini adalah untuk

menjamin agar pantang larang yang diwarisi oleh sesuatu bangsa itu dapat dijadikan rujukan dan

panduan dari semasa ke semasa. Di samping itu, nilai murni yang terkandung dalam pantang

larang ini akan dijadikan contoh teladan hingga ke anak cucu.

Sesungguhnya pantang larang masyarakat Melayu terdahulu mengandungi banyak nilai

murni yang tersirat. Adalah menjadi satu kerugian jika pantang larang tersebut terus dilupakan.

Justeru, adalah menjadi harapan penulis agar pengkaji pada masa akan datang dapat meneruskan

kesinambungan dalam membuat kajian dan penyelidikan tentang nilai murni dalam pantang

69

Page 70: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

larang masyarakat Melayu dari sudut dan dimensi yang lain pula demi menelusuri dan

menyelongkar serta mempertahankan khazanah warisan bangsa yang tiada ternilai.

70

Page 71: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

BIBLIOGRAFI

A.Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Muhammad. (1995). Adat dan Pantang Larang Orang Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

A.Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Akhmadi. (1990). Antropologi Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Alias Ismail. (2004). Nilai Murni Dalam Timulak Kapal Perang dlm. Pelita Bahasa hal: 34-35.

Asmad (1990). Kebudayaan Secara Umum. Kuala Lumpur: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

Beattie John. (1994). Other Cultures London: Cohen and West Ltd.

Edward Sapir. (1949). Language: An Introduction To Study Of Speech. New York. Ensiklopedia Malaysia. (1996). Kuala Lumpur: Anzagain.

Hassan Baseri. (1991). Kata Pantang Larang dan Euphemism Dalam Bahasa Melayu dlm. Pelita Bahasa hal: 3-12.

Hashim Musa. (2001). Falsafah, Lojik, Teori Nilai dan Etika Melayu, Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Adab Ke-21. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

H.M. Sidin. (1964). Asal Usul Adat Resam Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Idris Zakaria. (1991). “Penghayatan Nilai-nilai Islam Dalam Kehidupan”. Islam: Cabaran dan isu-isu semasa. Peny. Ismail Abdul Rahman & Mohd Nasir Omar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid. (1995). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maniyamin Ibrahim. (2009). Konteks Sastera dan Kebudayaan Melayu. Shah Alam Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mircea Elida. (1987). Taboo The Encyclopedia Of Religon. New York: Mac Milan Company.

Mok Soon Sang. (1991). Pedagogi 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

71

Page 72: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

Nik Aida nik Yusuf. (1997). Penggunaan Bahasa Tabu Dalam Kalangan Masyarakat Penanam Padi: Satu Tinjauan Di Daerah Pasri Pasir Mas Kelantan. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Azis Nik Pa (1990). Program Pendidikan Pelajar Pintar Cergas: Teori dan Praktik Kajian: Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam.

Nor Hayati Mohd Shaharim. (2008). Pemikiran Melayu Dalam Adat dan Pantang Larang. Latihan Ilmiah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Noor Aina Dani. (2002). Tabu Dalam Masyarakat Melayu Sarawak dlm. Monograf Bil : 7. Julai hal : 21-27.

Nor Partinee Ghafar. (1996). Penggunaan Bahasa Tabu Dalam Kalangan Penulis Melayu: Kajian Berdasarkan Karya Kreatif. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Paulina Bagu. (1996). Tabu Linguistik Dalam Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Robiah Sidin dan juriah Long. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safian Mohamad. (1987). Islam dan Kebudayaan. Kuala Lumpur. Dewan Budaya.

Seminar Kefahaman Budaya. (1999). Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Kuala Lumpur. Percetakan Asni Sdn Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Teo Kok Seong. (1996). Tabu Bahasa: Kedudukannya Dalam Masyarakat dlm. Pelita Bahasa hal : 41-43.

Ting Chiew Peh. (1985). Konsep Asas Sosioligi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( Terjemahan Nik Safiah Karim).

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (2003). Peranan Pendidikan Islam Dalam Falsafah Pendidikan Negara. Dlm Suzalie Mohamed (Ed), Memahami Isu-isi Pendidikan Islam di Malaysia hal: 15-30. Kuala Lumpur: IKIM.

Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanapi Dollah. (1999). Pantang Larang Orang Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Wong Khek Seng. (1993). Pemalian Bahasa Di Kalangan Masyarakat Di Daerah Lundu: Satu Tinjauan Awal dlm. Jurnal Dewan Bahasa hal: 3-9.

72

Page 73: mysugar.weebly.commysugar.weebly.com/uploads/2/0/2/9/20291925/isi.docx  · Web viewMenurut A.Aziz Deraman dan Wan ... nafsu makan makanan yang dilarang ketika hamil demi menjaga

http://kitalah.forumotion.com/history-myth-legends-snd-horror-f7/pantang-larang-orang ( capaian 28 Januari 2013)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_Melayu ( capaian 1 Febuari 2013)

http://www.mail-archive.com/[email protected]/mgs01298.html ( capaian 23 Mac 2013)

http://sarjana.tripod.com/nilai3.html ( capaian 23 Mac 2013 )

http://www.djz.edu.my ( capaian 1 April 2013 )

73