negar aku

5
Lagu Negaraku merupakan lagu kebangsaan negara Malaysia. Lagu ini diubah suai daripada lagu negeri Perak iaitu “Terang Bulan”. Pada zaman yang serba moden ini, lagu Negaraku sudah tidak dianggap penting. Setakat mengetahui lirik lagu ini, sudah tentu semua rakyat Malaysia tahu. Namun, kebanyakan rakyat Malaysia tidak memahami lirik lagu ini. Bagi mereka, lagu ini sudah ketinggalan zaman dan tidak wajar dinyanyikan lagi. Sebenarnya, persepsi ini salah. Lagu Negaraku merupakan lambing negara Malaysia. Dalam setiap majlis antarabangsa, lagu inilah yang mewakili rakyat Malaysia dan aspirasi kita untuk mencapai pembangunan yang menyeluruh. Sekiranya lirik lagu ini dianalisis dan dihayati, sudah tentu rakyat Malaysia yang cemerlang dapat dilahirkan. Persoalannya, apakah rasional di sebalik penghayatan lagu yang sudah berusia hampir 50 tahun ini? Antara sebab lagu Negaraku perlu dihayati adalah kerana lagu ini merupakan wadah yang efektif untuk menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Lagu ini memaparkan beberapa keistimewaan negara kita seperti rakyat yang bersatu padu dan keadaanya yang maju. Ini sudah tentu dapat mewujudkan rasa bangga dan cinta kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Apabila ini berlaku, semangat untuk memajukan negara akan terdetik dalam kalangan rakyat tempatan. Mereka akan sanggup mengorbankan sesuatu temasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara. Prinsip ini amat penting dalam usaha melahirkan

Upload: dhiraj-singh

Post on 24-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdac

TRANSCRIPT

Page 1: Negar Aku

Lagu Negaraku merupakan lagu kebangsaan negara Malaysia. Lagu ini diubah suai daripada lagu negeri Perak iaitu “Terang Bulan”. Pada zaman yang serba moden ini, lagu Negaraku sudah tidak dianggap penting. Setakat mengetahui lirik lagu ini, sudah tentu semua rakyat Malaysia tahu. Namun, kebanyakan rakyat Malaysia tidak memahami lirik lagu ini. Bagi mereka, lagu ini sudah ketinggalan zaman dan tidak wajar dinyanyikan lagi. Sebenarnya, persepsi ini salah. Lagu Negaraku merupakan lambing negara Malaysia. Dalam setiap majlis antarabangsa, lagu inilah yang mewakili rakyat Malaysia dan aspirasi kita untuk mencapai pembangunan yang menyeluruh. Sekiranya lirik lagu ini dianalisis dan dihayati, sudah tentu rakyat Malaysia yang cemerlang dapat dilahirkan. Persoalannya, apakah rasional di sebalik penghayatan lagu yang sudah berusia hampir 50 tahun ini?

Antara sebab lagu Negaraku perlu dihayati adalah kerana lagu ini merupakan wadah yang efektif untuk menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Lagu ini memaparkan beberapa keistimewaan negara kita seperti rakyat yang bersatu padu dan keadaanya yang maju. Ini sudah tentu dapat mewujudkan rasa bangga dan cinta kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Apabila ini berlaku, semangat untuk memajukan negara akan terdetik dalam kalangan rakyat tempatan. Mereka akan sanggup mengorbankan sesuatu temasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara. Prinsip ini amat penting dalam usaha melahirkan negara maju. Oleh itu, masyarakat harus menghayati lirik lagu ini yang berkonsepkan falsafah hidup salah seoranmg Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln. Falsafahnya berbunyi demikian: “Jangan asyik tanya sumbangan negara anda kepada anda, sebaliknya sekali-sekala cubalah tanya apa yang telah anda buat untuk negara anda”. Tuntasnya, penghayatan lagu Negaraku penting untuk melahirkan masyarakat yang patriotik.

Selain itu, lagu Negaraku harus dihayati kerana lagu ini menekankan perpaduan rakyat. Dalam sebuah negara yang semakin gagah mengorak langkah di arena antarabangsa, perpaduan rakyatlah yang menjadi kunci kejayaan negara. Sekiranya rakyat bersatu padu, pembangunan ekonomi negara dapat dilakukan dengan lebih mantap. Untuk mewujudkan rakyat yang bersatu padu, amalan saling menghormati dan toleransi harus dititikberatkan. Sekiranya kita

Page 2: Negar Aku

mengimbau kembali sejarah negara kita, kepentingan perpaduan telah diketengahkan dengan jelas. Contohnya, semasa penjajahan British, pihak British telah menyerapkan dasar polarisasi dalam kalangan masyarakat tempatan. Kesannya, perpaduan rakyat sukar terjalin dan ini mengukuhkan kedudukan penjajah British. Penjajah British ini telah dapat disingkirkan, namun komponen penting dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara adalah perpaduan kaum. Oleh itu, penghayatan lagu Negaraku akan mengukuhkan perpaduan rakyat dan ini dapat mengelakkan rusuhan kaum seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 berulang.

Bukan itu sahaja, lagu Negaraku akan dapat mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia. Ini dapat mengikis rasa rendah diri rakyat tempatan terhadap negara-negara asing. Ini berlaku apabila kita sedar bahawa negara kita sebenarnya sudah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain. Selain itu, pengukuhan jati diri dapat mendorong remaja untuk mengekalkan identiti negara. Dalam era globalisasi pada hari ini, budaya kuning semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi udan. Impaknya, tradisi-tradisi warisan bangsa dan nilai-nilai ketimuran semakin terhakis. Oleh itu, pengukuhan jati diri dalam kalangan remaja penting untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan melindungi warisan bangsa meskipun negara kita kini meniti ambang kemajuan. Ini adalah kerana untuk membangunkan sebuah negara contoh, pembangunan lahiriah dan rohaniah masyarakatnya penting. Kita tidak mahu rakyat kita berkelakuan seperti rakyat negara Barat yang seolah-olah telah melupakan unsur rohaniah dalam kehidupan harian mereka. Justeru, untuk menyuburkan semangat jati diri, lagu Negaraku harus dihayati oleh rakyat Malaysia.

Akhirnya, lagu Negaraku juga mendorong pembelajaran sejarah negara kita. Ini adalah kerana untuk memahami dan menghayati lirik lagu ini, pengetahuan asas dalam bidang sejarah tempatan amat penting. Pembelajaran sejarah amat penting dalam kalangan generasi pascamerdeka kerana hanya menerusi sejarah, mereka dapat menghayati pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh nasionalis tempatan dalam usaha membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Generasi pascamerdeka pada hari ini kemudiannya akan bersyukur kerana berkat perjuangan barisan nasionalis ini, kita dapat hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, menerusi pembelajaran sejarah, terutamanya tentang

Page 3: Negar Aku

kesan-kesan akibat penjajahan kuasa asing, generasi muda akan terdorong untuk mengekalkan kedaulatan negara. George Santayana, seorang sejarawan Barat pernah berkata, “Sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”. Dengan ini, jelaslah bahawa dengan mempelajari sejarah, generasi muda akan medapat ikitibar supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka agar pisang tidak berbuah dua kali.

Oleh itu, jelaslah bahawa lagu Negaraku harus dihayati oleh setiap rakyat tempatan. Lagu ini memaparkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Tanggungjawab yang harus digalas oleh setiap rakyat Malaysia juga diselitkan dalam lagu ini. Ini adalah seiring dengan peranan lagu ini sebagai lambang negara Malaysia. Oleh itu, semua lapisan masyarakat, tidak kira yang tua ataupun yang muda, harus menghayati lagu ini. Seruan tersirat lagu ini kepada semua rakyat Malaysia harus dijawab. Dalam meniti arus pemodenan, rakyat Malaysia harus melindungi lagu ini. Adakah patut kerana pembangunan, identiti dan warisan bangsa kita pupus? Sudah tentu tidak. Justeru, apabila setiap satu daripada kita menyanyikan lagu Negaraku, nyanyilah dengan kuat, nyanyilah dengan bangga dan yang paling penting, nyanyilah dengan penuh rasa cinta!