new microsoft office word document

4
Penglihatan Terhad Pengenalan Penglihatan terhad ialahkeadaan di mana penglihatan menjadi kabur dan/atau keluasan medan penglihatan mengecil dan tidakdapat dibantumelalui rawatan perubatan, pembedahan, penggunaan cermin mata ataupun kanta sentuh pada kedua- dua mata. Mereka yang mempunyai penglihatan terhad adalah tidak sama d mereka yang mengalami kebutaan, dimana mereka dengan peglihatan terhad mempunyai sedikit tahap penglihatan yang berguna. Walaubagaimanapun penglihatan terhad biasanya akan mengganggu kelancaran perjalanan aktiviti harian se seperi memandu atau membaca. Di Malaysia, Kajian Mata Kebangsaan 1996 menganggarkan terdapat seramai 540,000 orang berpenglihatan terhad dan kira-kira 50,000 orang buta.Prevalenmasalah penglihatan terhad meliputi 2.44% dan buta ialah 0.3%. Apakah definasi penglihatan terhad? Penglihatan terhad adalah keadaan di mana individu mempunyai tahap peng kurang daripada 6/18 hingga 3/60 atau medan penglihatan kurang daripada 20 darja pada kedua-dua mata dengan pembetulan terbaik. Apabila tahap penglihatan kurang daripada 3/60, keadaan ini dikenali seb Buta didefinasikan sebagai tahap penglihatan kurang dari 3/60 atau kelu penglihatan seluas 10 darjah atau kurang pada kedua-dua mata dengan pe terbaik. Seseorang dengan tahap penglihatan 6/18 bermaksud individu berpenglihatan hanya mampu melihat objek dari jarak 6 meter manakala individu normal boleh meli objek yang sama dari jarak 18 meter. Apakah penyebab utama penglihatan terhad? Penyebab utama penglihatan terhad ialah: Katarak yang tidak dirawat Rabun yang tidak dapat dibetulkan Age Related Macular Degeneration (ARMD) Retinopati diabetik Glaukoma Apakah tanda-tanda saya mengalami penglihatan terhad? Kesukaran untuk mengenalpasti pada jarak jauh Kesukaran untuk membezakan warna dalam tona yang sama Kesukaran untuk melihat dekat (membaca atau memasak)

Upload: amirtha-chennappen

Post on 09-Oct-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

vision

TRANSCRIPT

Penglihatan terhad ialah keadaan di mana penglihatan menjadi kabur dan/atau keluasan medan penglihatan mengecil dan tidak dapat dibantu melalui rawatan perubatan, pembedahan, penggunaan cermin mata ataupun kanta sentuh pada kedua- dua mata. Mereka yang mempunyai penglihatan terhad adalah tidak sama dengan mereka yang mengalami kebutaan, dimana mereka dengan peglihatan terhad masih mempunyai sedikit tahap penglihatan yang berguna. Walaubagaimanapun penglihatan terhad biasanya akan mengganggu kelancaran perjalanan aktiviti harian seseorang seperi memandu atau membaca.
Di Malaysia, Kajian Mata Kebangsaan 1996 menganggarkan terdapat seramai 540,000 orang berpenglihatan terhad dan kira-kira 50,000 orang buta. Prevalen masalah penglihatan terhad meliputi 2.44% dan buta ialah 0.3%.
Apakah definasi penglihatan terhad?
Penglihatan terhad adalah keadaan di mana individu mempunyai tahap penglihatan kurang daripada 6/18 hingga 3/60 atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah pada kedua-dua mata dengan pembetulan terbaik.
 Apabila tahap penglihatan kurang daripada 3/60, keadaan ini dikenali sebagai buta. Buta didefinasikan sebagai tahap penglihatan kurang dari 3/60 atau keluasan medan penglihatan seluas 10 darjah atau kurang pada kedua-dua mata dengan pembetulan terbaik.
Seseorang dengan tahap penglihatan 6/18 bermaksud individu berpenglihatan terhad hanya mampu melihat objek dari jarak 6 meter manakala individu normal boleh melihat objek yang sama dari jarak 18 meter.
Apakah penyebab utama penglihatan terhad?
Penyebab utama penglihatan terhad ialah:
  Katarak yang tidak dirawat 
  Retinopati diabetik
  Kesukaran untuk membezakan warna dalam tona yang sama
  Kesukaran untuk melihat dekat (membaca atau memasak)
  Kombinasi tahap penglihatan yang rendah dan medan penglihatan yang mengecil
Pandangan individu berpenglihatan normal   Pandangan individu berpenglihatan
terhad akibat rabun yang tidak dibetulkan 
Pandangan individu berpenglihatan terhad akibat retinopati diabetik  
Pandangan individu berpenglihatan terhad akibat katarak  
Pandangan individu berpenglihatan terhad akibat ARMD 
Pandangan individu berpenglihatan terhad akibat glaukoma 
Bagaimanakah mengesan sekiranya saya mengalami penglihatan terhad?
Pengesanan boleh dilakukan melalui:
  Pemeriksaan penglihatan berkala kepada pesakit kronik seperti diabetes mellitus dan hipertensi
Apakah bantuan yang boleh dicadangkan sekiranya saya mengalami penglihatan terhad?
Bantuan yang boleh dicadangkan ialah rehabilitasi penglihatan terhad iaitu melibatkan:
  Peralatan optikal contoh: kanta pembesar, teleskop
  Peralatan bukan optikal contoh: penggunaan cahaya tambah, tiposkop, buku bercetakan besar, panduan menulis, jam bernombor besar, keyboard berhuruf besar
  Peralatan elektronik contoh: television litar tertutup (CCTV), alat elektronik mudah alih
  Modifikasi persekitaran
Contoh pelbagai peralatan optikal kanta  pembesar untuk membaca dan teleskop
bagi melihat objek jauh
 
Contoh menggunakan peralatan elektronik CCTV
Contoh modifikasi persekitaran yang boleh dilakukan
Contoh penggunaan cahaya tambah dan tiposkop
Contoh menggunakan peralatan elektronik mudahalih
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mengalami penglihatan terhad?
Sekiranya dirasakan anda mengalami penglihatan terhad, sila dapatkan rehabilitasi penglihatan terhad dari Hospital Negeri, Hospital Daerah dengan pakar, Hospital Universiti, sesetengah Hospital swasta dan Klinik Penglihatan Terhad di Jabatan Optometri, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang mempunyai perkhidmatan rehabilitasi penglihatan terhad.
Apakan agensi-agensi lain yang boleh membantu?
 Agensi-agensi lain yang boleh membantu:
  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
  Lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan
o  St. Nicholas Homes Centre
o  Pertubuhan Bagi Orang-Orang Buta Sabah (SSB)
o  Pertubuhan Bagi Orang-Orang Buta Sarawak (SKSB)
Rujukan :
1. Arthur S., 1999. A Review of Current Research on the Effect of Diabetes Mellitus on the Eye. Cli & Exp Optom. 82(3): 84-97.
2. Barry L.C., 1999. Optometry, Public Health and Diabetes. Cli & Exp Optom. 82(3) 40-42.
3. Chaudhry, M., 2006. Low Visions Aids. New Delhi: Jaypee Brothers Medical Publishers (P) Ltd.
 
5. Dickinson, C., 1993. A step-by step guide to low vision practice. Optician 5424(206):26-33.
6. Grosvenor T., 2007. Primary Care Optometry: Care of the Vision-impaired Patient Chapter 19. Ed ke-5. Butterworth Heinemann Elsevier. China: 435-455.
7. Leat, S.J. & Karadsheh, S., 1991. Use and non-use of low vision aids by visually impaired children. Ophthal. Physiol. Opt. 11(1): 10-15.
8. Keeffe, J., Vision Assessment and Prescription of Low Vision Devices. Community Eye Health. 17(49): 3-5.
9. Omar, R., Knight, V.F., & Mohammed, Z., 2009. Effectiveness of Low Vision Devices in a Special Education School. Sains Malaysiana 38(5): 799 –804.
10. Omar, R., Knight, V.F., & Mohammed, Z., 2008. The Causes of Low Vision and Pattern of Prescribing at UKM Low Vision Clinic. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. 6(2): 55-64.
11. Pararajasegaram, R., 2004. Low Vision Care: The Need to Maximise Visual Potential. Community Eye Health. 17(49): 1-3.
12. Robyn, G., 2003. Review the Genetics of Age-related Macular Degeneration Cli & Exp Optom. 84(4):182-190.
13. WHO. 2001. Classification, Assessment, Surveys, and Terminology Team. ICIDH-2: International Classification of Functioning, Disability and Health: Final Draft, Full Version, 10th revision. Geneva, Switzerland: World Health organization.
14. Zainal, M., Ismail, S.M., Ropilah, A. R., Elias, H., Arumugam, G., Alias, D., Fathilah, J., Lim, T. O., Ding, L. M. & Goh, P. P., 2002. Prevalence of Blindness and Low vision in Malaysian Population: Results from the National Eye Survey 1996. Br J Ophthalmol. 86: 951 –956.
15. Omar, R. 2010. Low vision rehabilitation can improve quality of life. Jurnal Kebajikan Masyarakat Vol.36 Edisi Jun 2010 (in press)
Semakan  Akhir
Penyemak : Dr. Rosniza Ab. Razak