newsletter sekitar jpa edisi 4 bagi 16-30 april 2015 sekitar jpa kupasan perjalanan transformasi jpa...

12
1 S ekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS …... 2 Seminar Kelestarian Keselamatan Negara..5 Sesi Amanat KPPA Bersama Jawatankuasa PUSPANITA Tahun 2015-2017....... 6 Bengkel Media Baharu JPA4U ...................... 8 PAHANG, 16 APRIL 2015 – Hari Terbuka Psikologi JPA4U Peringkat Negeri Pahang Tahun 2015 telah diadakan sebagai usaha untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui perkongsian maklumat serta memberi peluang kepada pelanggan untuk memperoleh maklumat berhubung pelbagai perkhidmatan yang disediakan Kerajaan. Program ini juga merupakan jaringan kerjasama strategik antara agensi awam, NGO dan swasta dalam usaha mengeratkan perkongsian sumber serta kepakaran demi kesejahteraan dan manfaat bersama. Pemilihan tema Hari Terbuka Psikologi iaitu “Transformasi Diri Di Era Globalisasi” adalah bertepatan dengan senario masa kini memandangkan transformasi perkhidmatan awam di era globalisasi menuntut setiap penjawat awam untuk melakukan transformasi diri bagi mencapai visi nasional ke arah negara berpendapatan tinggi, inklusif dan lestari. Menyedari akan kepentingan kepada pembangunan modal insan yang cemerlang ini, pewujudan perkhidmatan psikologi dalam perkhidmatan awam dilihat sebagai satu langkah yang wajar bagi menjamin kesejahteraan psikologi penjawat awam agar berada dalam keadaan yang optimum bagi menghasilkan produktiviti yang tinggi. Kesedaran tentang pentingnya perkhidmatan psikologi di kementerian dan jabatan telah menampakkan hasil apabila semua kementerian telah mempunyai pegawai psikologi bermula tahun 2008. Di Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pengurusan Psikologi memainkan peranan penting dalam menggubal dasar dan merancang perkhidmatan psikologi, menjadi pakar rujuk serta melaksana perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang serta sekretariat Jabatan Perkhidmatan Awam kerana berjaya menganjurkan Program Hari Terbuka ini. HARI TERBUKA PSIKOLOGI JPA4U PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2015

Upload: dangdan

Post on 06-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

1

Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015

MENARIK DI DALAM

Mesyuarat Jawatankuasa

Pemandu HRMIS …... 2

Seminar Kelestarian

Keselamatan Negara..5

Sesi Amanat KPPA Bersama

Jawatankuasa PUSPANITA

Tahun 2015-2017 ....... 6

Bengkel Media Baharu

JPA4U ...................... 8

PAHANG, 16 APRIL 2015 – Hari Terbuka Psikologi JPA4U Peringkat Negeri Pahang Tahun 2015 telah diadakan sebagai usaha untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui perkongsian maklumat serta memberi peluang kepada pelanggan untuk memperoleh maklumat berhubung pelbagai perkhidmatan yang disediakan Kerajaan. Program ini juga merupakan jaringan kerjasama strategik antara agensi awam, NGO dan swasta dalam usaha mengeratkan perkongsian sumber serta kepakaran demi kesejahteraan dan manfaat bersama.

Pemilihan tema Hari Terbuka Psikologi iaitu “Transformasi Diri Di Era Globalisasi” adalah bertepatan d e ng an s en a r i o m as a k in i memandangkan trans formasi perkhidmatan awam di era globalisasi menuntut setiap penjawat a w a m u n t u k m e l a k u k a n transformasi diri bagi mencapai visi n a s i o n a l k e a r a h n e g a r a berpendapatan tinggi, inklusif dan lestari.

Menyedari akan kepentingan kepada pembangunan modal insan

yang cemerlang ini, pewujudan perkhidmatan psikologi dalam perkhidmatan awam dilihat sebagai satu langkah yang wajar bagi menjamin kesejahteraan psikologi penjawat awam agar berada dalam keadaan yang optimum bagi menghasilkan produktiviti yang tinggi.

Kesedaran tentang pentingnya p e r k h i d m a t a n p s ik o l o g i d i kementerian dan jabatan telah menampakkan hasil apabila semua kementerian telah mempunyai pegawai psikologi bermula tahun 2008. Di Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pengurusan Psikologi memainkan peranan penting dalam menggubal dasar dan merancang perkhidmatan psikologi, menjadi pakar rujuk serta melaksana perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan.

T a h n i a h d a n s y a b a s d i u c a p k a n k e p a d a P e j a b a t Setiausaha Kerajaan Pahang serta sekretariat Jabatan Perkhidmatan Awam kerana berjaya menganjurkan Program Hari Terbuka ini.

HARI TERBUKA PSIKOLOGI JPA4U

PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2015

Page 2: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

2

Pada 20 April 2015, telah diadakan Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan April anjuran Bahagian Pengurusan Psikologi. Tema perhimpunan bulanan pada kali ini ialah “Bersama Melestarikan Transformasi.” Tema ini dipilih kerana ia merupakan kesinambungan dari tema perhimpunan bulan lepas. Nilai kebersamaan, kerja berpasukan dan rasa sepunya berdasarkan kepelbagaian perspektif amat penting bagi membentuk kelakuan organisasi yang positif dan seterusnya melestari transformasi agar terus kekal relevan.

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menuntut agar warga JPA berani melakukan perubahan, menyusun strategi baru dan memperbaiki kaedah bekerja agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Proses tersebut perlu dimulakan dengan mendayaupayakan anggota penjawat awam dengan pemikiran dan sikap yang betul, istiqamah serta mempunyai kemahiran dan semangat bekerja yang tinggi. Kerjasama, persefahaman dan kekuatan ahli adalah kunci utama kejayaan.

Dalam Perhimpunan pada kali ini, Logo JPA4U dirasmikan dengan meriahnya kepada warga JPA. Logo JPA4U merupakan simbol perpaduan dan kemasyarakatan yang dimiliki oleh setiap warga dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. Selain itu, Manual Kesihatan Mental dan Program Psikogeriatrik 1Pesara telah dilancarkan buat panduan dan manfaat penjawat awam.

PERHIMPUNAN BULANAN JPA

Pada 21 April 2015 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bilangan 1 Tahun 2015 yang merupakan mesyuarat berkala anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Mesyuarat telah diadakan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ini telah dihadiri oleh 160 orang ahli terdiri daripada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri; Ketua-ketua Perkhidmatan dan Ketua-ketua Pengarah Agensi yang dikenakan KPI HRMIS, Pengurusan Tertinggi JPA serta

pegawai-pegawai kanan BPM dan juga JPA.

Mesyuarat ini merupakan satu platform perbincangan dalam kalangan pegawai pengurusan atasan dan wakil-wakil agensi yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan terhadap strategi pelaksanaan HRMIS serta menilai laporan kemajuan pelaksanaan HRMIS di peringkat agensi.

Antara perkara utama yang diberi perhatian dalam mesyuarat tersebut ialah tentang kepentingan data yang berintegriti dalam HRMIS serta penguatkuasaan penggunaan eGL di hospital dan klinik-klinik kerajaan.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU HRMIS

"Talent wins games, but teamwork and intelligence win championships." Michael Jordan

Page 3: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

3

Pada 18 April 2015, telah diadakan Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Bagi Pekerja-pekerja Sains dan Teknologi (S&T) dalam Kumpulan Pelaksana Bilangan 1 Tahun 2015 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. Mesyuarat ini bertujuan untuk mencapai persetujuan bersama berhubung perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Pre-Council MBK pada 17 April 2015. Turut hadir ialah Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Encik Adnan Mat, Pengerusi Pihak Pekerja MBK S&T, Pegawai-pegawai Kanan JPA serta ahli-ahli Mesyuarat Pihak Pegawai.

Kerajaan telah mewujudkan forum Majlis Bersama Kebangsaan ini sebagai satu pendekatan dalam membentuk permuafakatan ke arah perhubungan majikan-pekerja yang harmonis. Melalui forum ini perkongsian pintar disuburkan melalui proses perbincangan bersama dan sepakatan dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh penjawat awam. Pihak Pekerja perlu berfungsi sebagai pelengkap kepada usaha Kerajaan untuk melaksanakan transformasi dalam Perkhidmatan Awam dan negara. Hubungan majikan-pekerja sektor awam perlu kekal harmonis dan bersifat dinamik supaya sentiasa dilihat relevan kepada rakyat.

Sehubungan itu, Pihak Pekerja adalah digalakkan untuk mengusulkan cadangan penambahbaikan dari segi sistem penyampaian dan peningkatan produktiviti tanpa melibatkan implikasi kewangan yang tinggi.

MESYUARAT MBK BAGI PEKERJA-PEKERJA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM

KUMPULAN PELAKSANA BILANGAN 1 TAHUN 2015

“Innovation distinguishes between a leader and a follower.”

- Steve Jobs

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT KPPA SEMPENA URUSAN PEMANGKUAN

PEGAWAI GUNASAMA PERSEKUTUAN

Pada 20 April 2015, telah berlangsung Majlis Penyampaian Amanat KPPA Sempena Urusan Pemangkuan Pegawai Gunasama Persekutuan bertempat di Dewan Mezzanine Jabatan Perkhidmatan Awam, Blok C1 Kompleks C Putrajaya.

Majlis ini melibatkan seramai 146 orang yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan gred. Dalam ucapan beliau, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menyatakan bahawa penjawat awam yang mementingkan mutu kerja yang baik mampu meningkatkan mutu pencapaian yang lebih efektif dan berkesan. Kepercayaan yang diberikan ini seharusnya digalas dengan penuh rasa tanggungjawab sejajar dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu penjawat awam perlu sentiasa mengamalkan sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI).

“Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap.” - Al-Ghazali Bayruni

Page 4: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

4

LAWATAN TKPPA (P) BERSAMA CUEPACS KE HOSPITAL UMUM SARAWAK

LAWATAN TKPPA (O) KE CONTENT MALAYSIA PITCHING CENTER

Pada 20 April 2015, telah diadakan lawatan kerja yang dinamakan Ziarah Transformasi ke Content Malaysia Pitching Centre, Platinum KL Sentral. Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan disertai oleh Pengarah Bahagian Transformasi Sektor Awam (BTSA) dan empat orang pegawai BTSA.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat amalan terbaik dalam menjayakan Transformasi Perkhidmatan Awam agar dapat dikongsi bersama. Content Malaysia Pitching Centre merupakan sebuah pusat sehenti (one-stop centre) yang ditubuhkan untuk merangsang percambahan kandungan kreatif di Malaysia. Diseliakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), pusat ini berperanan untuk menyediakan penggiat seni kreatif dengan pembiayaan yang bersesuaian, memadankan pembeli dan saluran pengedaran yang betul, mengadakan bengkel dan program kelas lanjutan serta acara komuniti kreatif kepada penggiat seni kreatif.

Hasil daripada lawatan ini, JPA mengesyorkan agar aktiviti pitching centre boleh dipelbagaikan melalui program lain seperti seminar, bengkel, hari terbuka serta kolaborasi bersama pemain industri dan institut pengajian tinggi untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

Pada 30 April 2015, Dato’ Jalil Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan lawatan ke Hospital Umum, Kuching Sarawak. Beliau dan para delegasi JPA turut disertai oleh Dato’ Azih Muda, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta wakil-wakil Persatuan. Lawatan ke Hospital Umum, Sarawak ini diadakan bersempena Sambutan Hari Pekerja 2015 yang diadakan pada 1 Mei 2015 di Borneo Convention Centre.

JPA bersama CUEPACS mengambil kesempatan untuk melawat para pesakit di hospital yang rata-ratanya merupakan penjawat awam untuk mendapatkan maklum balas mengenai kualiti penyampaian perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hospital. Di samping itu, para kakitangan hospital juga berpeluang untuk memberikan maklum balas dan cadangan penambahbaikan mengenai kebajikan penjawat awam.

Program sebegini merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi turun padang pihak JPA dan wakil kesatuan untuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat mengenai penyampaian perkhidmatan perkhidmatan awam.

Kakitangan hospital yang ditemui memberikan maklum balas positif terhadap kehadiran pihak JPA dan CUEPACS yang membuktikan keprihatinan mereka dalam menjaga kebajikan penjawat awam.

“Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.” - Confucius

Page 5: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

5

Pada 16 April 2015 telah diadakan Seminar Kelestarian Keselamatan Negara dengan tema “Cabaran Fahaman Radikal dan Ekstremisme Terhadap Keselamatan Negara”. Seminar ini merupakan yang julung-julung kalinya diadakan secara bersa-ma antara Institut Tadbiran Awam Negara, INTAN dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah hadir untuk merasmikan Seminar ini. Penganjuran seminar ini merupakan respon strategik kepada perkembangan semasa dunia berkaitan keganasan yang memberi pengaruh negatif kepada rakyat Malaysia, termasuk penjawat awam. Pengaruh gerakan radikal dan kumpulan militan yang disebarkan menerusi internet dan media sosial telah sedikit sebanyak berhasil memesongkan pemikiran sebahagian anggota masyarakat, terutamanya generasi muda di negara ini.

Melalui pelaksanaan seminar ini, INTAN dengan kerjasama JAKIM berhasrat memberikan penjelasan komprehensif berhubung kefahaman radikal dan ekstrem, yang berhubung kait dengan ancaman keselamatan negara. Semoga penganjuran seminar ini akan dapat menjernihkan kekeliruan penjawat awam mengenai konsep jihad dan dalam masa yang sama memperbetulkan persepsi buruk masyarakat umum yang mengaitkan Islam dengan aktiviti keganasan, radikal dan ekstrem.

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KELESTARIAN KESELAMATAN NEGARA

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN

Pada 19 April 2015, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Majlis ini diadakan sebagai satu penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga universiti yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan dan yang lebih penting, memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan serta rakyat.

Dalam ucapan perasmian beliau, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal melihat peranan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sebagai penyumbang kepada penghasilan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang dan bertindak sebagai nadi penggerak dalam membantu merealisasikan agenda negara.

Seramai 167 warga universiti yang cemerlang bagi tahun 2014 orang telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berpesan agar para penerima mengamalkan konsep�’Merakyatkan Perkhidmatan Awam’’ dalam usaha melahirkan penjawat awam yang sentiasa prihatin kepada keperluan rakyat dan sentiasa terbuka kepada maklum balas. Penjawat awam pada masa yang sama harus menjadi agen transformasi yang berkesan iaitu sebagai penyampai maklumat yang sahih, jelas, tepat dan mudah difahami rakyat. Para penerima seharusnya menjadi contoh dan role model yang boleh dijadikan teladan kepada rakan sekerja, ahli keluarga dan masyarakat amnya.

Page 6: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

6

SESI AMANAT KPPA BERSAMA JAWATANKUASA PUSPANITA

TAHUN 2015-2017

Pada 21 April 2015 telah diadakan Sesi Amanat KPPA bersama-sama Jawatankuasa PUSPANITA JPA Tahun 2015-2017 di Dewan Mezzanine, JPA. Sesi ini dihadiri oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Puan Sri Asmahan Ismail, Pengerusi PUSPANITA JPA, serta ahli-ahli Jawatankuasa PUSPANITA JPA bagi penggal 2015-2017.

Dalam amanat beliau, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menyatakan bahawa PUSPANITA adalah satu kejayaan kepada anggota wanita dan suri rumah. Hal ini kerana apabila dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa, ia memerlukan penglibatan aktif dan komitmen yang tinggi daripada pihak anggota wanita dan suri rumah bagi menjayakan program-program yang dirancang di samping tanggungjawab rasmi di pejabat mahu pun di rumah. Peranan PUSPANITA akan lebih berkembang bagi melahirkan wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran dan berketrampilan. Dengan persatuan seperti PUSPANITA, ia boleh djadikan sebagai platform untuk kaum wanita memenuhi keperluan dalam suasana “kebersamaan” bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menambahkan ilmu pengetahuan, memberi pendedahan baru dan untuk menjadi sebahagian daripada suatu kelompok atau komuniti dengan mengeratkan silaturrahim sesama ahli khususnya dan bersama masyarakat secara amnya.

INTAN SPECIAL LECTURE BY PROFESSOR W. CHAN KIM.

On 24 April 2015, INTAN Bukit Kiara organised an INTAN Special Lecture delivered by Professor W. Chan Kim, Co-Director of the INSEAD Blue Ocean Strategy Institute and a renowned expert in Blue Ocean Strategy (BOS). Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Director-General of Public Service, JPA in his welcoming remarks expressed his gratitude and appreciation to Professor W. Chan Kim for coming to INTAN and share his areas of expertise, particularly on strategy and organisational performance to public service officers. This programme serves as the intellectual avenue for the government leaders and managers to get some insights on how to move strategically in doing our business and most importantly is to forever stay relevant in the eyes of the people or rakyat.

Malaysia has embarked on the ambitious journey of BOS since 2010, started with its introduction during the National Blue Ocean Strategy, short for NBOS Summit in 2009. Ever since NBOS inception, various government organisations - ministries and agencies have broken down their silos, joined forces and pooled their resources in developing and implementing initiatives of BOS by utilising creative approaches, enhanced innovation and demand driven programmes and projects. NBOS has aided the government to deliver more tangible results that matter to the people or rakyat.

It is Tan Sri’s aspiration that the public service officers will always be dynamic, agile and anticipative despite the great complexities faced. Tan Sri strongly believes that with strong emerging leaders and enabling environment for capabilities building and talent acceleration, will move public service towards the right direction of dynamic governance - ever ready to face the fast changing world. Tan sri sincerely hopes that all of public service officers will continue to pursue their efforts in this noble NBOS journey towards excellence in the civil service.

Page 7: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

7

Pada 23 April 2015 telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri (JPM)2014 yang bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Majlis ini merupakan suatu penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga JPM yang telah mempamerkan perkhidmatan cemerlang pada tahun 2014. Anugerah kecemerlangan yang diterima oleh penjawat awam ini perlu digalas sebagai amanah dan cabaran untuk terus memberikan mutu kerja yang lebih baik pada masa hadapan.

Dalam ucapan Tan Sri Dr. Ali Hamsa, beliau menegaskan bahawa anugerah ini hanyalah sebagai satu langkah permulaan dan penjawat awam perlu bergerak seiring dengan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, kecekapan tadbir urus yang baik dan mengutamakan budaya kerja cemerlang. Tambah beliau, kecemerlangan individu sahaja tidak memadai bagi menjamin kejayaan sesebuah organisasi malah penjawat awam perlu menerapkan budaya kerjasa-ma dalam pasukan selari dengan nilai ‘Cepat, Tepat dan Integriti’ dan prinsip ‘Produktiviti, Kreatif dan Inovasi’ yang telah diperkenalkan sejak tahun 2012.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

JABATAN PERDANA MENTERI

LAWATAN REPUBLIK KYRGYZ KE JPA

Pada 20 April 2015, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, JPA telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Zuura Baiamanova, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan, Republik Kyrgyz serta para delegasi daripada Republik Kyrgyz seramai 11 orang.

Kunjungan hormat serta lawatan korporat ke JPA ini diadakan bagi tujuan bertukar-tukar buah fikiran dan berkongsi pengalaman dari segi pembangunan dan pengurusan sumber manusia di negara masing-masing.

Di pihak JPA, taklimat korporat oleh para Pengarah Bahagian telah diadakan dengan menjelaskan mengenai sejarah pembentukan, proses perubahan dan penambahbaikan serta transformasi perkhidmatan awam yang dijalankan oleh JPA.

Sementara itu, di pihak Republik Kyrgyz mereka juga berkongsi mengenai transformasi yang mereka sedang jalankan di Negara mereka. Sesi pertanyaan dan perkongsian idea antara para pegawai berlaku dengan rancak.

Di akhir lawatan, pihak JPA telah membawa para delegasi Republik Kyrgyz untuk melawat sekitar bangunan JPA Blok C1 untuk melihat transformasi yang telah dijalankan. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua Negara memperoleh manfaat yang akan membuahkan hasil kepada kecemerlangan perkhidmatan awam.

“Penjawat awam perlulah sentiasa siap siaga dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan berupaya menterjemah perubahan trend semasa kepada tindakan.” - Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sewaktu Majlis

Perasmian Hari Terbuka Psikologi Tahun 2015 pada 16 April 2015

Page 8: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

8

BENGKEL MEDIA BAHARU JPA4U

Pada 27 April 2015 hingga 28 April 2015 telah diadakan Bengkel Media Baharu JPA4U anjuran Pasukan Komunikasi dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Perandangan dan Dasar di Tech Mahindra, MDeC, Cyberjaya. Bengkel ini di-adakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada peserta bengkel mengenai pengendalian media baharu. Bengkel ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada warga JPA dari pelbagai gred dan bahagian di JPA. Sepanjang sesi bengkel diadakan, peserta telah didedahkan dengan pengenalan media baharu dan revolusi media baharu di dunia dan Malaysia khususnya. Antara topik yang telah dibentangkan adalah seperti peruntukan undang-undang berkaitan komunikasi dan multimedia, etika penjawat awam semasa mengendalikan sosial media, peranan media sosial terhadap pengurusan organisasi dan perkhidmatan yang berkesan, evolusi dan cabaran semasa media sosial dan pengu-rusan isu dan menangani persepsi melalui media baharu. Peserta turut didedahkan dengan asas metodologi untuk menganalisis isu semasa yang sedang hangat (trending) menerusi laman Google Trends, Tweetstats, Meltwater dan Social Mention.

Penganjuran bengkel ini amat bermakna sekali kerana Ketua Pengarah Jabatan Jabatan Penerangan Malaysia, Dato' Haji Ibrahim bin Abdul Rahman telah sudi hadir untuk berkongsi pengalaman beliau bersama peserta-peserta bengkel berkenaan tajuk 'Pengurusan Isu dan Menangani Persepsi Melalui Media Baharu'.

Secara keseluruhannya bengkel berjalan dengan lancar dan semua peserta lebih jelas tentang peranan dan tugas mere-ka semasa mengendalikan sosial media.

MINI KARNIVAL MAKSAK MALAYSIA 2015

Pada 24 April 2015 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Mini Karnival Sukan MAKSAK Malaysia 2015 di Kompleks Sukan Educity Nusajaya, Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohammad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Timbalan Yang Dipertua MAKSAK Malaysia selaku wakil kepada Tan Sri Ketua Setiausaha Negara yang juga merupakan Yang Dipertua MAKSAK Malaysia.

Sukan MAKSAK Malaysia 2015 ini melibatkan sebanyak 1800 orang atlet dan pegawai yang terdiri daripada 18 badan gabungan MAKSAK. Temasya sukan ini juga mempertandingkan lima acara sukan iaitu olahraga, sepak takraw, bowling, petanque dan hoki dewan. Penganjuran sukan MAKSAK ini bertujuan untuk mengasah dan mengembangkan bakat ahli gabungan sama ada pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Bakat yang lahir daripada MAKSAK ini juga menjadi bukti bahawa kakitangan awam cemerlang bukan sahaja dalam kerjaya namun dalam aktiviti sosial.

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Mohammad Zabidi Zainal menyatakan bahawa temasya MAKSAK ini merupakan antara usaha transformasi yang akan mencetus inspirasi kepada semua agensi Kerajaan pelbagai peringkat untuk membudayakan aktiviti sukan. Tambahnya lagi, sukan MAKSAK ini akan memberikan peluang kepada atlet Perkhidmatan Awam untuk meningkatkan prestasi demi membawa nama Perkhidmatan Awam Malaysia ke mata dunia.

Page 9: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

9

PROGRAM-PROGRAM JPA SEPANJANG 16—30 APRIL 2015

MESYUARAT MBK S&T BIL.1/2015

18 APRIL 2015

LAWATAN TKPPA (O) KE FINAS CONTENT MALAYSIA

20 APRIL 2015

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG UTHM 2015

19 APRIL 2015

PERHIMPUNAN BULANAN JPA

20 APRIL 2015

KUNJUNGAN HORMAT REPUBLIK KYRGYZ

20 APRIL 2015

MAJLIS PEMANGKUAN PEGAWAI GUNASAMA

PERSEKUTUAN - 20 APRIL 2015

SEMINAR KELESTARIAN KESELAMATAN NEGARA

16 APRIL 2015

HARI TERBUKA PSIKOLOGI

16 APRIL 2015

Page 10: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

10

PROGRAM-PROGRAM JPA SEPANJANG 16—30 APRIL 2015

INTAN SPECIAL LECTURE BY PROFESSOR W. CHAN KIM

24 APRIL 2015

LAWATAN TKPPA (P) BERSAMA CUEPACS KE HOSPITAL

UMUM SARAWAK—30 APRIL 2015

BENGKEL PENGURUSAN STRATEGIK MEDIA BAHARU JPA4U- 27 APRIL 2015

MINI KARNIVAL MAKSAK MALAYSIA 2015 24 APRIL 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU HRMIS

21 APRIL 2015

AMANAT KPPA BERSAMA JAWATANKUASA PUSPANITA

TAHUN 2015-2017—21 APRIL 2015

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, JPM

23 APRIL 2015

Page 11: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

11

MERANCANG KEDUDUKAN KEWANGAN SIHAT

Anda tidak boleh mencapai kedudukan kewangan yang sihat jika anda tidak merancang.

Bagaimana caranya untuk mengetahui jika anda mempunya kedudukan kewangan yang sihat atau tidak. Berikut adalah ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai panduan.

1. Kebolehan untuk hidup tanpa bergantung kepada hutang pengguna

Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai hutang pengguna. Kebanyakannya mungkin mempunyai kad kredit (bukan satu, malah beberapa!), dan sesetengahnya pula menanggung hutang yang tertunggak dari satu bulan kepada satu bulan yang lain. Kereta yang dibeli melalui sewa beli juga adalah satu jenis hutang.

Hutang pengguna didefinasikan sebagai proses meminjam wang untuk sesuatu yang nilainya akan berkurangan selepas membelinya. Golongan muda yang baru bekerja akan menggunakan kemudahan hutang pengguna untuk membeli peralatan rumah yang baru atau kereta. Terdapat juga golongan pekerja yang bergantung kepada hutang untuk menyara hidup sehingga akhir bulan kerana masalah kewangan. Oleh sebab terlalu berganting kepada hutang pengguna mengakibatkan mereka menghadapi kegawatan kewangan.

2. Keupayaan memiliki rumah bebas hutang sebelum bersara

Anda hidup pada zaman yang berbeza daripada zaman nenek moyang anda. Begitu juga dengan cara untuk memiliki rumah adalah berbeza. Pada hari ini, dengan membayar 10 peratus sebagai wang pendahuluan (sesetengah tidak mengenakan pendahuluan langsung), anda sudah boleh memiliki rumah. Sepatutnya bayaran ansuran rumah habis dibayar semasa bersara, tetapi sekarang institusi kewangan mungkin akan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga anda berumur 75 tahun! Kemudahan ini mungkin menyebabkan jumlah ansuran bulanan semakin rendah, tetapi ini juga bermakna anda tidak boleh bersara sehingga anda mencapai usia 75 tahun!

Keadaan kewangan seseorang berada pada tahap optimum apabila ia tidak perlu lagi membayar hutang rumah selepas bersara. Pilihan lain ialah anda mempunyai dana yang boleh menjana pendapatan yang boleh membayar ansuran bulanan semasa bersara. Walau apapun caranya, anda dapat bersara tanpa hutang.

3. Keupayaan untuk menikmati persaraan yang terjamin dan dihormati

Kajian menunjukkan kurang daripada 5 peratus individu yang mempunyai kebebasan kewangan semasa bersara. Sebahagian daripadanya akan mengalami keadaan kewangan yang mengecewakan! Oleh itu menabunglah duit sebanyak boleh ketika anda masih boleh manjana pendapatan. Seperti kata pepatah “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian!”

4. Keupayaan untuk memberi pelajaran anak-anak yang menjamin pekerjaan

Anak-anak dan cucu-cucu anda memerlukan persediaan untuk mendapatkan pekerjaan yang akan menjamin masa hadapan mereka. Oleh itu, anda perlu melabur dengan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada keluarga anda agar ia dapat memberikan pulangan yang baik pada masa hadapan.

Graduan universiti boleh menjana pendapatan lebih daripada dua kali ganda pendapatan seumur hidup seorang lepasan SPM dan empat kali ganda pendapatan seumur hidup bagi mereka yang berhenti sekolah tanpa sebarang kelulusan. Sebaik-baiknya anda telah menyediakan dana apabila kegunaannya diperlukan. Anda patut melatih anak-anak anda supaya mereka mampu memilih jalan yang boleh membawa kepada kehidupan yang baik.

5. Keupayaan untuk bertahan ketika menghadapi kecemasan

Kebanyakan kegawatan kewangan bersifat jangka pendek. Keluarga yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh mempunyai persedian sekurang-kurangnya enam bulan perbelanjaan mereka daripada “dana kecemasan”. Kehilangan pekerjaan, dibuang kerja atau diturunkan taraf kerja adalah sesuatu yang di luar jangkaan, dan ia tidak sepatutnya boleh menggugat kehidupan anda.

Sesebuah keluarga mungkin boleh ditimpa kemalangan, mala petaka semula jadi atau krisis kewangan yang teruk. Keluarga yang mempunyai keadaan kewangan yang sihat boleh mengharungi cabaran ini.

Sumber: http://www.akpk.org.my/

Page 12: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 16-30 April 2015 Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 6: 16—30 April 2015 MENARIK DI DALAM Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

12

HOW TO LOSE WEIGHT: 10 EASY TIPS

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Pasukan Komunikasi | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA

Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000

You know the drill when it comes to losing weight: take in fewer calories, burn more calories. But you also know that most diets and quick weight-loss plans don't work as promised. If you're trying to drop a few pounds fast, these expert tips will make it easy for you to lose the weight quickly.

1. Write down what you eat for one week and you will lose weight.

2. After breakfast, stick to water if you feel hungry.

3. Eat three fewer bites of your meal.

4. Watch one less hour of TV (keep active).

5. Spend 10 minutes a day walking up and down stairs.

6. Don’t buy any prepared food. Keep it fresh!

7. Throw out your “fat” clothes for good.

8. Bulk up your meals with veggies.

9. Eat cereal for breakfast five days a week.

10. Snack on a small handful of nuts.

Source: Reader’s Digest Online