nfo @ utm ipf · biro komunikasi & dokumentasi ipf 2015 ... sentiasa menjaga kebersihan diri 3....
TRANSCRIPT
Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2015 Institusi Pembangunan Felo UTM
Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM dengan kerjasama Kolej 9 & 10 telah berjaya
menganjurkan Malam Citra Aspirasi IPF 2015. Program yang pertama kali dianjurkan ini telah
diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM. Program ini telah
bermula pada jam 8.00 malam dengan nyanyian lagu Keunggulan Terbilang dan Bakti Felo.
Program ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang warga IPF dari pelbagai kolej-kolej kediaman di
UTM. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menghargai jasa-jasa warga IPF bagi
tahun 2014. Dalam majlis ini juga, warga IPF telah dihiburkan dengan nyanyian lagu yang
bersemangat oleh warga IPF yang berbakat. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib
Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz.
Program ini diakhiri dengan anugerah Prom King & Queen yang telah dianugerahkan kepada
En. Rosnizam bin Maarof dari Kolej Tuanku Caselor dan Cik Atikah binti Nawawi dari Kolej Tun
Razak.
nfo @ UTM IPF
Edisi 4/2015 Institusi Pembangunan Felo UTM http://www.utm.my/ipf
MENARIK EDISI INI
Malam Citra Aspirasi IPF
Boling Ria IPF
Kolokium Penulisan Jurnal
Tazkirah
8 Sunnah Cara Rasulullah
Menjaga Kesihatan Diri
SIDANG REDAKSI
Ketua Editor: En. Azizul bin Azman
Jurugambar: En. Hadafi Fitri bin Mohd Latiff En. Nor Mohd Afif bin Osman
Wartawan: Pn. Siti Aishah binti Abdul Hamid Pn. Nurul Na’immah binti Hamdan Pn. A. Rafidah binti A. Mohd Yunos En. Mohd Fadthul Ikmal bin Misnal
Pereka Grafik: En. Mohammed bin Mohd Hasni Dr. Nor Fasiha binti Mohd Yusof Dr. Noorfa Haszlina bte Mustaffa
Tugas-tugas Khas: Cik Siti Marsilawati binti Mohamed
Esivan
1
FAKTA NOMBOR
Jumlah Penduduk Malaysia (2016)
31 131 680
RM43550.62
Purata Pendapatan Per Kapita (2015)
Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2015 Institusi Pembangunan Felo UTM
Edisi 4/2015 Institusi Pembangunan Felo UTM http://www.utm.my/ipf
2
TAZKIRAH...
Allah mengajar orang-orang yang beriman
dengan suatu adab yang baik iaitu adab
pergaulan sesama mereka dengan firman-Nya
yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberikan
penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat
(seperti memberi salam) maka balaslah
penghormatan itu dengan yang lebih baik
daripadanya atau balaslah dia (dengan cara
yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa
menghitung akan tiap-tiap sesuatu." (Surah
an-Nisa': 86)
Pendapat yang lebih kuat - yang dimaksudkan
dengan hormat di sini ialah memberi salam
walaupun ada ulama yang menjelaskan
bahawa termasuk dalam ayat ini Tasymitul
'Atisy (berzikir ketika seseorang bersin) dan
membalas orang yang 'Musyamit'. Ertinya
apabila seseorang itu bersin, dia berkata 'al-
hamdulillah' dan yang berada di sisinya
menjawab 'Yarhamukallah'. Ini adalah diantara
perkara yang diajar oleh Rasulullah
shallaAllahu `alaihi wa sallam tetapi yang lebih
kuat dimaksudkan ayat ini ialah memberi
salam.
Menjadi ijma' di kalangan para ulama bahawa
memulakan salam itu disunatkan dan sangat
digalakkan manakala menjawab salam
diwajibkan.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila
kamu diberi hormat dengan suatu
penghormatan (salam) maka kamu hendaklah
menghormatinya (menjawab salam itu)."
(Surah an-Nisa': 86)
Ulama' berkhilaf dalam masalah sama ada
menjawab salam itu wajib kifayah atau fadhu
ain. Di sisi Imam Malik dan Imam Syafie,
menjawab salam itu menjadi fardhu kifayah
(wajib secara umum). Sekiranya ada orang
yang menjawab salam di kalangan kumpulan
yang ramai maka lepaslah tanggungjawab
yang lain (yang tidak menjawab salam di
kalangan mereka).
Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.my/
Adab Seorang Muslim
Boling Ria IPF
Biro Sukan & Rekreasi IPF yang diketuai oleh En. Roslan bin Abd Ghani telah berjaya
menganjurkan Pertandingan Boling Ria IPF bagi tahun 2015. Pertandingan ini telah diadakan di
Danga Bowl, Danga City Mall, Johor Bahru. Pertandingan ini telah disertai oleh wakil-wakil bagi
setiap kolej yang telah mendaftarkan diri sebelum hari pertandingan. Pertandingan ini telah
bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Pertandingan pada kali ini
telah terbahagi kepada beberapa kategori seperti Mata Tertinggi (Lelaki & Perempuan), Kolej
Terbaik dengan mengambil jumlah 3 mata tertinggi bagi sesuatu kolej, Penyertaan Terbanyak bagi
Kolej dan Peserta paling Sporting. Pertandingan ini telah diakhiri dengan mengambil gambar
beramai-ramai bersama semua peserta.
8 SUNNAH CARA RASULULLAH
MENJAGA KESIHATAN DIRI
1. Selalu bangun sebelum Subuh
2. Sentiasa menjaga kebersihan diri
3. Makan secukupnya dan berhenti
sebelum kenyang
4. Gemar berjalan kaki
5. Menjaga sifat marah
6. Optimis dan Istiqamah
7. Menjauhi sifat yang buruk
8. Menjadi pemaaf
Biro Pembangunan dan Budaya Ilmu IPF telah menganjurkan Kolokium Penulisan
Jurnal pada 7 Disember 2015 bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, UTM yang
diketuai oleh Dr. Jasrul Jamani bin Jamian. Kolokium ini diadakan bagi memberikan
penerangan dan panduan kepada ahli-ahli IPF terutamanya ahli-ahli IPF yang bukan dalam
bidang akademik untuk membuat kertas kerja berkaitan aktiviti dan pembangunan mahasiswa
dan dihantar ke persidangan-persidangan yang bersesuaian terutamanya Persidangan
Pembangunan Mahasiswa Kebangsaan (NASDEC). Penerangan ini telah disampaikan oleh PM.
Dr. Yahya bin Buntat dari Kolej Dato’ Onn Jaafar dan PM. Dr. Mohd Khata bin Jabor dari Kolej
Tun Hussein Onn. Dalam kolokium ini juga, Biro Sukan dan Rekreasi IPF telah mengambil
peluang untuk menyampaikan hadiah kemenangan bagi Pertandingan Boling Ria IPF yang
telah diadakan. Kolokium telah berakhir pada jam 11.00 malam.