nora ku

Upload: mazlina85

Post on 30-May-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 NORA KU

    1/7

    NORA KU

    "Encik Johan, mak encik perlu banyak-banyak berehat. Jangan biarkan dia buat kerja-kerja berat.Keadaannya makin tenat. Kalau tak dikawal, dia mungkin menemui maut. Dia perlukan perhatian yanglebih daripada encik. Kalau boleh, bawalah dia tinggal bersama. Satu lagi, pastikan dia mengambil ubat-ubatan secara konsisten dan berterusan.. .".

    Itulah pesan doktor kepadanya beberapa bulan yang lalu. Bunyinya tampak mudah sahaja....tapi. ..,untukmelaksanakannya. ..aduh, hanya Tuhan yang tahu. Hanya Tuhan sahaja yang memahami gelodak dihatinya. Dan...hanya Tuhan sahaja yang mengerti gelora di jiwanya. Setinggi ombak menggulung disamudera luas, seganas badai menghempas tepian pantai, begitulah jua yang dirasakan di lubuk hatinyakini....

    Johan dilahirkan dalam keluarga yang cukup susah. Dia anak jati desa. Dia dibesarkan dalam serbakekurangan. Ibu dan ayahnya hanyalah pesawah. Sawah miliknya takpun sampai sekangkang kera. Diamembesar bersama lumpur dan pacat. Kerbau-kerbau itu temannya, malah, bertemu ular sawah punbukan lagi perkara asing baginya. Pantang ada sahaja waktu terluang, dia akan melompat, meredahlumpur sawah untuk mencari ikan laga. Dia gemar bermain ikan laga. Kakinya itu juga sudah biasa

    bersalut lumpur. Penuh dengan parut-parut kesan gigitan nyamuk dan pacat. Kulitnya hitam berkilatdibakar terik mentari. Apabila tiba musim menuai, dia akan turut sama membantu ibu bapanya di sawah.Setiap hari dia membanting tulang empat keratnya. Dia lakukan ini semua demi meringankan beban ibudan ayahnya. Dia sayangkan kedua-dua mereka.

    Memang Johan anak yang baik. Ah, anak bandar takkan sama dengan anak desa sepertinya. Anak bandartak pernah mengenal erti kemiskinan. Anak bandar tak pernah mengenal rasa susah seperti yang dia rasa.Baginya, hendak makan pun susah. Kata orang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Keranaitu Johan amat menghargai kemewahan yang dinikmatinya kini. Kesenangan ini rezeki Tuhan buatdirinya. Berkat doa ibu ayahnya dan usahanya yang berdikit-dikit, dia mampu membina empayar yangagung dalam bidang perniagaan. Dia kini ahli perniagaan tersohor di ibu kota .

    Namun demikian, dia bukanlah seorang yang lupa diri. Dia tak mahu jadi seperti kacang lupakan kulit.

    Dia tahu asal usulnya. Dia tahu dia anak desa. Anak orang miskin. Inilah dia Johan, anak yang suatuketika dulu pernah bergelumang dalam lumpur. Berkat asuhan keluarganya yag taatkan agama, dia tampilsebagai seorang insan yang berani, keras bak besi waja. Dia gemarmembaca kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Malah, sejak kecil lagi dia cukup mengagumikepahlawanan Salahuddin al-Ayyubi, yang dikatakan singa di siang hari, sufi di malam hari. Kerana itudia menjunjung cita-citanya sebagai mujahid. Dia ingin sekali syahid. Syahid dalam jihad fisabilillah. .....

    Johan mengalihkan pandangannya ke wajah wanita yang usianya hampir 100 tahun itu. Itu Mak Lijah,ibunya. Perempuan itu sudah terlalu tua. Garis-garis kedut kian jelas di wajahnya. Kulitnya banyak yangsudah kendur dan berkedut-kedut. Kalau kanak-kanak kecil melihatnya pasti mereka akan menangis.Terasa ngeri menatap wajahnya.

    Johan mengalihkan buah-buah tasbih yang terselit di celah jari-jemari ibunya. Walaupun terlantar sakit,ibunya tidak pernah culas membilang biji-biji tasbih, tunduk mengingati Tuhan. Inilah yangmenambahkan lagi sayang Johan kepada ibunya. Dia bangga beribukan Mak Lijah. Walaupunmiskin, dia kaya agama dan budi bahasa. Johan lantas menggenggam erat tangan wanitayang telah lama kematian suami itu. Tangan itu terlalu banyak berjasa kepadanya. Tangan itulah yangmenyuapkan nasi ke mulutnya. Tangan itulah yang mendodoikannya tika tapak kakinya masih sebesardua jari.

    Trriiiiittt. ...!...Trrrriiii it..!!! Johan tersentak oleh deringan handsetnya. Lamunannya terhenti.

  • 8/14/2019 NORA KU

    2/7

    "Assalamualaikum." Johan memulakan. Salam diberi pembuka bicara.

    " Waalaikumussalam. Abang.....ini Nora. Abang di mana sekarang ni?!" Satu suara perempuan membalas.Agak keras bunyinya.

    "Oh.....Nora. Maafkan abang, sayang....Abang terlupa nak beritahu Nora. Abang kini berada dihospital....". Jawab Johan pula. Ada sedikit rasa bersalah pada nada suaranya.

    "Di hospital?! Buat apa abang ke sana ..?!! Tanya perempuan itu ingin tahu. Agak tinggi juga bunyinya.

    " Bukannya apa...Nora. Mak abang sakit tenat. Abang terpaksa jaga dia hari ini. Abang janji, lusa abangakan pulang....hmm? ?" Dia menjawab mesra, takut terguris hati si isteri.

    " Oh....tak mengapalah. Assalamualaikum." Tup! Enggan bertanya lanjut, perempuan itu lekas mematikantalian. Tak sempat Johan bertanyakan hal-hal di rumah. Terkulat-kulat dia dibuatnya.

    Perempuan itu tadi isterinya, Nora. Baginya, Nora adalah orang kedua selepas ibunya. Pun begitu, dia

    amat menyayangi isterinya. Dan anak-anaknya. Dia masih ingat lagi, perkenalannya dengan Norabermula di bangku universiti. Nora adalah juniornya. Dia mula tertarik hati kepada Nora ketika merekasama-sama menerajui sebuah badan agama di situ. Nora begitu cekap mengendalikan tugasnya. Diabegitu matang dalam menyelesaikan masalah. Dia juga adalah bunga yang tak mudah goyang pabiladihinggapi sang kumbang. Kerana itu Johan terpikat padanya. Kerana itu gadis yang lengkap bertudunglabuh dan berjubah itu cukup menyenangkan pandangan kali pertamanya.

    Dia mahukan isteri yang mampu menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya, sepertimana ibunya sendiri.Memang dia memandang gadis itu dengan hasrat untuk dijadikan isteri. Bukan sekadar untuk suka-suka.Bukan juga sekadar untuk main-main. Seingatnya belum pernah dia melirikkan anak matanya kearahanak gadis orang semata-mata untuk memuaskan nafsu. Dalam tak sedar dia terlupa gadis manis pilihanibunya di kampung. Orangnya bukan setakatlemah lembut, malah pandai pula memasak, pujuk ibunya

    suatu ketika dahulu. Ah, tak mengapalah. Hatinya labih terpaut pada Nora. Mungkin dah tersuratjodohnya memang di situ.

    Sebagai anak muda yang berperibadi tinggi, dia tak mahu dibelenggu fitnah. Dia tak mahu terjerat dengandosa seperti kebanyakan pemuda lain. Seboleh-bolehnya dia mahu mendapatkan Nora melalui wasilahyang baik, yang tidak melanggar batas-batas syariat. Lantas disuarakan hasrat murninya itu kepadaseorang ustazah yang mengajar di situ. Kalau-kalau ustazah itu bolehbertanyakan Nora bagi pihaknya. Alhamdulillah. ...rupa-rupanya Johan tidak bertepuk sebelah tangan.....

    Perkahwinannya dengan Nora memberi izin padanya untuk menyemai benih cinta buat kali pertama.Sebelum ini dia tidak pernah bercakap dengan perempuan selain ibunya seandainya tiada keperluan.Bukannya bermakna dia takutkan perempuan, cuma....dia tak mahu melampaui batas-batas adat danagama. Dia cukup sensitif tentang soal dosa dan pahala. Baginya, agama bukanlah sesuatu yang boleh

    diperjudikan, malah, agama itulah penyinar masa hadapan.

    Di awal-awal usia perkahwinannya, kehidupannya sebagai sepasang suami isteri banyak mengundangkebahagiaan. Keceriaan. Juga kedamaian. Oh, kasihan sungguh si ibu tua! Johan tak bermaksudmelukakan hati ibunya. Baginya, Nora adalah pilihannya. Dia yakin Nora jugalah pilihan anak-anaknyananti!

    Jelas Nora seorang isteri yang baik. Noralah suri hidupnya. Noralah setiausahanya yang paling bijak.Noralah yang bersusah payah menyediakan kopi panas setiap kali dia bangun bertahajud. Noralah yang

  • 8/14/2019 NORA KU

    3/7

    tak jemu-jemu mengejutkannya untuk solat Subuh setiap pagi. Noralah yang menyediakan pakaiannya,makan minumnya dan tempat tidurnya. Noralah yang melahirkanzuriatnya, malah Nora sanggup melepaskan jawatan tinggi yang disandangnya demi dia dan wira-wirakecil mereka yang tiga orang itu. Nora terlalu banyak berkorban untuknya dan anak-anak. Rumahnya itusyurga dunia baginya.

    Sesungguhnya perempuan yang solehah lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya. Kini dia mamputersenyum puas. Teringat dia akan kisah cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Cukup romantis. Ya,memang tak dinafikan ada kalanya dia berselisih faham dengan Nora. Tak sependapat. Tak sehaluan.Akibatnya, masing-masing tunduk membisu tatkala bersua muka.Tapi....lekas- lekas dia teringatkan kisah sahabat nabi Umar al-Khattab r.a. Umar sendiri pun pernahbermasalah dengan isteri. Umar pun pernah dileteri isteri. Namun, berkat benteng iman yang kukuh,pemuda segagah Umar mampu membina tiang kesabaran. Menyemai kembali benih perpaduan.Mengingatkan itu, perlahan-lahan dia mendekati isterinya. Berusaha memenangi hatinya semula.Dia tahuNora penat saban hari melayan kerenah dia dan anak-anak.

    Kasihan Nora.....Nora. ...kaulah isteri yang aku sanjungi...Syurgala h tempatmu nanti..! Getus Johandalam hati. Aaahhh..!!! Itu bukan masalahnya! Itu bukan perkara yang menyemakkan benaknya tika ini.

    Yang menjadi masalahnya ialah Nora bukan gadis pilihan ibunya! Nora bukan kehendak hati ibunya!Nora itu pilihannya! Sungguh Johan tak menyangka perbuatannya menikahi Nora terkesan di hati ibunya.Sungguh Johan tak tahu. Ibunya terlalu mengharapkan dia menikahi gadis sekampungnya. Apa nak buat,hatinya tiada pada gadis itu. Maafkanlah Johan, bu....rintih Johan dalam hati.

    Memang sejak dari dahulu lagi hubungan Nora dengan mentuanya agak renggang. Bukannya dia takpernah cuba memenangi hati mentuanya, tapi mentuanya itu yang mudah berjauh hati. Entahlah.... Diasendiripun kurang pasti. Mentuanya, atau dirinya sendiri yang terlalu sensitif? Entahlah...kedua- duanyabarang kali.

    Kini Mak Lijah pula kerap jatuh sakit. Kali ini sakitnya bertambah tenat. Johan tahu sebagai anak lelakitunggal, dia mempunyai tanggungjawab yang lebih berat terhadap ibunya. Sebab itulah bagaimana sibuksekalipun, dia harus pulang menjenguk ibunya di kampung. Sebagai anak lelaki, syurganya di bawah

    telapak kaki ibunya. Redha ibunya, maka redhalah Tuhannya. Tak gunakalau dia menabur seribu bakti sekalipun andainya ibunya murka padanya. Habis......bagaiman a pulaisterinya? Takkan nak ditinggalkannya terlalu lama?! Tambah memeningkan kepala, doktor menasihatkanagar ibunya dibawa tinggal bersama. Kalau berita ini disampaikan kepada ibunya, Johan pasti ibunyaberkeras untuk tinggal tetap di situ. Dia mahu berkubur di situ.

    Seribu satu alasan akan diberikannya. Dan.....kalau berita ini disampaikan kepada Nora pula, sudah pastiisterinya itu diam membatu, sepi seribu bahasa, walhal jauh di sanubarinya dia sebenarnya berkecil hati.Alah, Johan faham sangat perangai isterinya itu. Dia isteri yang setia.Seboleh-bolehnya dia tak mahu menolak permintaan Johan, jauh sekali mengingkari arahansuaminya.

    Johan buntu. Dia kini tersepit di tengah-tengah persimpangan dilema. Ditelan mati emak, diluah matibapak. Kedua-duanya adalah permata yang bertakhta di hatinya. Dia perlu menunaikantanggungjawabnya sebagai anak dan suami. Syurganya di bawah telapak kaki ibunya. Syurga isterinyapula di bawah telapak kakinya. Dia perlu lakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.Namun, dia tak mahu ada jiwa yang terguris. Bak kata pepatah, ibarat menarik rambut dalam tepung,rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

    Akhirnya Johan mengambil keputusan nekad. Dia bersedia berulang-alik bergilir-gilir dari rumahnya kekampung. Dia sedar antara Kuala Lumpur dengan Kedah bukanlah suatu jarak yang dekat, namun....dia

  • 8/14/2019 NORA KU

    4/7

    tiada pilihan. Dia perlu berkorban untuk orang-orang yang telah banyak berkorban untuk dirinya selamaini. Kini tibalah masanya untuk dia membuktikan kasih sayangnya kepada kedua-duanya sekali. Kasihsebagai suami dan anak. Kerja-kerja di ofis pun telah siang-siang diserahkannya kepada rakan kongsinyabulat-bulat. Benar-benar dia mengharapkan pertolongan sahabatnya itu. Mujur, rakannya sediamembantu.

    Sejak itu, dia kerap meninggalkan isterinya. Dia lebih kerap pulang menjenguk ibunya di kampung.Namun, demi kasihnya pada si isteri, dia tetap pulang ke bandar bila tiba masanya. Sebagai lelaki, diarindukan belaian manja seorang isteri. Sebagai ayah, dia rindukan suara riang dan pelukcium jundi-jundinya yang masih kecil.Seingatnya juga, sejak itulah Nora mula berubah sikap. Setiap kalidia pulang, Nora seakan-akan ingin lari daripadanya. Tiada lagi layanan mesra daripadanya. Tiada lagisenyuman manis terukir di bibirnya. Tiada lagi jelingan manja di matanya. Bukan setakat itu, Nora jugadiperhatikannya sudah pandai bergaya. Dari tudung labuh dia beralih ke tuding singkat, jelasmenampakkan dadanya. Malah kadangkala diaseolah-olah sudah biasa tidak bertudung tatkala berada di luar rumah. Rumah dijadikannya seperti hotel.Nora sudah berani keluar sesuka hati.

    Nafkah zahir batin Johan usah diceritakan lagi. Semuanya diuruskannya sendiri. Oh, begitu cepat manusia

    berubah. Mak Timah, pembantu rumah merekalah yang menyampaikan berita itu kepadanya. Johanbenar-benar terluka. Entah angin apa yang menyapa isterinya, dia sendiri tidak tahu. Mak Timah puntidak tahu. Siapa sangka wanita yang dulunya taat beragama, tapikini.....ah! Dia tak berani membuat andaian kosong. Membuat tuduhan melulu. Yang pasti, hatinya makinlama makin hancur dan berdarah. Panas terbakar, hangat mendidih. Terasa sebak jiwanya. Isteri yangdisanjungnya satu ketika dahulu sudah mula berpaling tadah. Sudah mula bertukar arah. Hanya anak-anaklah pengikat kasih mereka.

    Ya Allah....Bala apakah yang menimpa keluargaku? Sungguh, terasa maha hebat dugaan yangKauberi...rintih Johan dalam hati.

    Pun begitu, kasih Johan kepada isterinya tak pernah luntur. Tak pernah kurang. Sebusuk-busuk daging.....,direbus.. ..,dicincang. ...,dimamah jua. Bukanlah perceraian yang diharapkan daripada perkahwinannya

    dengan Nora. Nora masih lagi isterinya yang sah. Dia tak pernah kenal wanita lain selain Nora. Dia perlubersikap adil. Dia perlu bersemuka sendiri dengan Nora. Perhitungan perlu dibuat!! Kalau dibiarkanlama-lama ia akan menjadi nanah yang membusuk dalam jiwanya.! Dia bukan lelaki dayus..!!!!

    Johan mula berkira-kira untuk pulang ke rumahnya lebih awal daripada hari yang dijanjikan. Sengajatidak mahu diberitahunya kepada Nora. Mak Timah pun dah seminggu pulang bercuti. Belum pun balik-balik lagi. Jadi, mudahlah untuk Johan berbicara dari hati ke hati dengan isterinya nanti. Kepada MakLijah, ibunya, diucapkannya selamat tinggal. Dikucupnya dahi ibunya mesra. Dia perlu pulang untukmenyempurnakan tugasnya sebagai suami. Dia tetapakan pulang pada hari itu juga...!

    Johan sengaja memberhentikan keretanya agak jauh dari rumahnya. Perlahan-lahan dia mengorak langkah

    menuju ke pekarangan mahligainya, The Blue Mansion. Ada sebuah kereta besar di pinggir jalan sana .

    Ah, kereta jiran sebelah barang kali, pujuk Johan dalam hati. Sesampainya dia di pintu rumah, matanyaterbeliak besar. Buntang merenung sesuatu. Dia pasti itu bukan miliknya. Sepasang kasut lelakiberjenama Alain Delon. Hatinya berdebar-debar. Degup jantungnya kian terasa. Dia mula mengesyakisesuatu. Fikirannya berkecamuk memikirkan sesuatu yang buruk akan berlaku.

    Ditolaknya daun pintu rumah perlahan. Takut didengari isterinya. Langkahnya diatur kemas menghala kebilik wira sulungnya di tingkat bawah.

  • 8/14/2019 NORA KU

    5/7

    "Anak abah sayang....Umi mana?" Soalnya sebaik sahaja pintu terkuak.

    "Umi ada kat atas, dengan uncle". Tenang sahaja bunyi jawapan daripada anak kecil berusia lima tahunitu. Seolah-olah tiada apa yang pelik baginya.

    "Dengan uncle??!!!" Balas Johan. Hampir terjojol biji matanya mendengar jawapan anaknya. Dia pantasmendaki tangga ke tingkat atas. Dari jauh dia seakan-akan dapat menangkap binyi rintihan. Juga suara-suara yang tak berapa jelas biji butirnya.

    Hatinya benar-benar terbakar. Panas membara. Dipercepatkan lagi langkahnya. Didapatinya daun pintutidak terkatup rapat. Maka perlahan-lahan dia menguak daun pintu biliknya. Menggigil-gigil tangannyamenahan marah. Bergetar dadanya menahan sabar.

    Dan.....

    Johan mengangkat muka. Di hadapan matanya kini dua merpati sedang memadu kasih. Tak seuratbenangpun lekat di tubuh kedua-duanya.

    Ya Allah, sungguh mereka berperangai seperti binatang. Mereka hanyut dibawa arus dosa. Dibuaikeseronokan yang amat sangat, hinggakan kehadiran Johan pun tak disedari. Johan terasa hatinya panasmenggelegak. Kelelakiannya mula tercabar.

    "Noraaaaaa... .!!!!!" Tempik Johan. Tersentak pasangan kekasih itu dibuatnya. Masing-masing cubaberselindung di bawah selimut tebal. Tergamam sungguh Nora. Terasa seakan mahu gugur jantungnya.Tidak disangkanya Johan akan pulang pada hari itu. Ketakutan mula meresapi jiwanya.

    "Oh....isteri apa engkau ini Nora. Ibu apa engkau ini. Di hadapan aku kau berselindung di sebalikkelembutanmu. ...tapi di belakang aku kaulah singa yang rakus membaham mangsa! Patutlah selama inikau sentiasa ingin berjauhan dariku. Patutlah selama ini kau mula berubah sikap.

    Nora...bukankah kau isteriku yang sah?! Apa tak cukupkah selama ini nafkah yang kuberi?!Mahligai yang kubina?! Tubuhmu yang kusaluti emas?! Apalagi yang tak cukup Nora....cakaaaaappppp!!!" Johan bersuara lantang buat kali pertama.

    Bersusah payah dia berbicara dalam menahan ratap sendu yang amat hiba. Setabah-tabah dirinya, menitisjua air matanya. Tak disangkanya wanita yang dahulunya disanjung dan dipuja kini berlaku curangterhadapnya. Sungguh dia tak pernah menyangka wanita yang dulunya taatkan Allah dan Rasul bolehberbolak-balik hatinya. Sia-sia sahaja kepercayaan yang dicurahkan kepada isterinya selama ini. Keranakepercayaan yang tak berbelah bahagi itulah dia beranimeninggalkan isterinya. Oh, Tuhan....Mungkinkah dia yang bersalah?! Ya, mungkin dia yang bersalahkerana kerap meninggalkan isterinya dahulu. Membiarkannya sepi tanpa suami di sisi....tapi....mungkinkah dia juga yang bersalah andainya ingin menabur bakti pada ibu di kala usia merangkak

    senja?! Johan sendiri tidak pasti.

    "Abang....ampunkan Nora bang....Nora mengaku Nora yang bersalah..."kata Nora dalam esak tangisnya.Dia meluru ke arah Johan dalam keadaan berselimut. Air matanya bercucuran keluar. Barulah dia tersedarakan dosa yang dilakukannya. Tak mustahil manusia berilmu sepertinya, kalau tak kukuh benteng iman,bisa kalah dengan godaan syaitan. Remuk-redam hati Nora mendengar kata-kata suaminya. Seremuk-remuk hatinya remuk lagi hati Johan. Dia memeluk kaki suaminya, mengharapkan simpati yang takpasti.....

  • 8/14/2019 NORA KU

    6/7

    Johan kaku. Dia nekad. Cukuplah setakat ini hatinya disakiti. Cukuplah setakat ini jiwanya dilukai. Diatakkan menyentuh lagi perempuan yang kotor itu. Perempuan itu kini terlalu jijik baginya. Perempuan itusanggup menggadaikan maruahnya. Perempuan itu tak layak menjadi ibu kepada anak-anaknya. Bukanlahini perempuan yang dicari-carinya! Teringat pula dia akan ibunya di kampung. Dia bersyukur kerana diamasih ada perempuan itu.

    Di situlah syurganya. Di bawah telapak kaki perempuan itulah letaknya syurganya. Dia mahu mencariredha ibunya, kerana dia sebenarnya ingin mencari redha Ilahi....Dia mahu meniti jalan-jalan syurga yangsuci...Dia mahu jadi hamba Allah yang sejati.....kerana itu, dia sudah nekad kini....

    Johan merentap kasar kakinya yang berada dalam pelukan isterinya. Ditinggalkannya isterinya ituterkapai-kapai. Lemas dalam lautan dosa. Dia pantas membimbing ketiga-tiga anaknya masuk ke perutkereta. Dia sudah bertekad, biar dia yang menanggung jerit perih membesarkan anak-anaknya. Dia takmahu anak-anaknya membesar di sisi seorang pelaku maksiat.

    Johan ingin segera berlalu dari situ. Sedikitpun tidak ingin dia menoleh ke belakang. Pantas diamemasukkan gear dan menekan pedal minyak. Diluncurkan keretanya laju menghala ke jalan besar tanpa

    menoleh kiri dan kanan. Tiba-tiba... ..

    Duummmm....! !!!! Satu letupan kuat kedengaran. Letupan itu sahaja cukup untuk menggegarkan DesaPermai dan seluruh isinya. Letupan itu sahaja cukup untuk meragut nyawa seorang ayah bersama tigajundi-jundinya sekaligus. Dari tingkap kaca rumahnya, berjejeran airmata Nora melihat mayat suaminyabersama tiga anaknya bergelimpangan di atas jalan. Darah berhamburan di sana-sini. Dilihatnya jugasebuah treler panjang terbaring lesu di bahujalan. Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian....

    Kini telah seminggu Nora meratapi pemergian suami dan anak-anak tercinta. Tanah kuburpun masihmerah dan basah. Setiap hari dia menabur bunga di kubur mereka....Terasa sayu hatinya..... Ah, sesaldahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sudah seminggu juga dia tak lalu makan dan minum.Seakan-akan mahu sahaja rasanya dituruti langkah-langkah mereka. Kalau boleh, dia ingin kembali kemasa lalu. Ke saat bahagia bersama suami dan anak-anak. Ke masa lampau di mana dia disanjung sebagaiisteri. Ke masa dia belum lagi mengenal erti dosa besar. Air mata yang diempangnya tak henti-hentimengalir. Hatinya benar-benar hiba. Hatinya benar-benar terharu tatkala membaca warkah suaminya yangditulisnya sedikit masa lalu.Warkah itu terselit dalam keretanya yang habis remuk. Warkah itu berbunyi:

    Nora,Duhai isteriku sayang...Dengarkan pesanan abang ini baik-baik...Buat pegangan di hari muka...

    Nora,

    Abang bukanlah seorang penyair, kerana itu abang tak pandai bergurindam. ..Abang juga bukanlah seorang pelakon, kerana itu abang tak pandai bersandiwara. ..Abang juga bukannya seorang pelawak, kerana itu abang tak pandai bersenda loka...Tapi... Abang adalah hamba Allah, kerana itu abang menjunjung amanah-Nya.

    Nora,Terima kasih atas kesudian untuk menjadi isteri abang...Terima kasih juga atas titik peluh Nora yang mengalir untuk mengasuh anak-anak abang...Tapi lebih daripada itu, abang harap Nora faham bahawa hidup di dunia tak semudah yang kita janjikan...

  • 8/14/2019 NORA KU

    7/7

    Hidup di dunia ini penuh dengan onak dan ranjau berduri...Tapi sayang... Inilah hidup yang harus kita tempuhi.

    Nora,Sesungguhnya tempat seorang isteri itu adalah di sisi suaminya...

    Sayang, bukankah kita sama-sama ingin mengejar syurga Allah? Ingatlahsesungguhnya syurga isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami...Kerana itu sayang, jangan sekali-kali kau menderhakai suamimu.

    Nora,Didiklah anak-anak kita dengan didikan agama...Didiklah mereka dengan kedua-dua belah tanganmu yang suci...Berjanjilah pada abang, bahawa Nora takkan sia-siakan jundi-jundi kita...Kalau abang tak sempat, bimbinglah mereka untuk jadi mujahid...Ingatlah sayang, tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncangkan dunia.

    Khas buat jundi-jundi abah,

    Hamzah, Mus'ab dan Khalid....Jangan nakal-nakal nak...Jadilah anak-anak yang soleh..Bila umi dan abah sudah tiada nanti, doakanlah yang terbaik untuk kami...Jangan lupa untuk sempurnakan cita-cita abah...Jadilah mujahid Islam yang sebenar...Selamat maju jaya abah ucapkan...Wassalam.

    Nora meramas-ramas warkah itu hingga hampir lunyai. Digenggamnya erat-erat. Ya Allah...mampukahaku mencium haruman syurga-Mu? Mampukah aku menjadi mawar yang menghiasi taman-tamansyurga? Nora khusyuk menghisab diri.

    Hari itu, seorang ibu meratapi pemergian anaknya, mendoakan balasan syurga untuknya. Ketahuilahbahawa sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga...

    Hari itu juga, seorang isteri menangisi kepulangan suaminya, mengharapkan doa dikurniakan syurga dari-Nya...Semoga roh suami dan anak-anaknya ditempatkan di kalangan hamba-hamba- Nya yangberiman...Amin.