nota penerangan p&p-etn 202-c3-audio conference (complete).doc

10
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN, JALAN PENGKALAN, ALOR GAJAH, MELAKA. KERTAS PENERANGAN (NOTA P&P) MODUL CEEN 207 TAJUK MODUL Pemasangan sistem Audio dan Video (Audio And Video System Installation) KOMPETENSI C3 - Sistem Persidangan Audio (Audio Conference System) STANDARD PEMBELAJARAN - Perancangan dan penyediaan bagi pemasangan system sidang audio (Plan and prepare for installation of conference system) PENCAPAIAN KRITERIA (PERFOMANCE CRITERIA) 3.1 Mengenal komponen sistem sidang audio merujuk kepada spesifikasi manual operasi. 3.2 Mengenal komponen antara muka (interface) / kekutuban (polarity) bagi sistem sidang audio merujuk manual operasi. 3.3 Mengenal jenis-jenis pembesar suara merujuk pada keperluan sistem audio. 3.4 Mengenal jenis-jenis mikrofon merujuk pada keperluan sistem sidang audio. 3.5 Mengenal jenis-jenis dan kod kabel untuk penyambungannya merujuk 1

Upload: hjh-azwan-hj-esa

Post on 03-Oct-2015

491 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN,

JALAN PENGKALAN, ALOR GAJAH, MELAKA.

KERTAS PENERANGAN

(NOTA P&P)

MODULCEEN 207

TAJUK MODULPemasangan sistem Audio dan Video

(Audio And Video System Installation)

KOMPETENSIC3 - Sistem Persidangan Audio (Audio Conference System)

STANDARD PEMBELAJARAN- Perancangan dan penyediaan bagi pemasangan system sidang audio

(Plan and prepare for installation of conference system)

PENCAPAIAN KRITERIA

(PERFOMANCE CRITERIA) 3.1 Mengenal komponen sistem sidang audio merujuk kepada spesifikasi manual operasi.

3.2 Mengenal komponen antara muka (interface) / kekutuban

(polarity) bagi sistem sidang audio merujuk manual operasi.

3.3 Mengenal jenis-jenis pembesar suara merujuk pada keperluan

sistem audio.

3.4 Mengenal jenis-jenis mikrofon merujuk pada keperluan sistem sidang

audio.3.5 Mengenal jenis-jenis dan kod kabel untuk penyambungannya merujuk

pada keperluan sistem sidang audio.3.6 Mengenal kekutupan sambungan dan menghasilkan sambungan yang

betul pada sistem sidang audio.3.7 Melukiskan rajah pendawaian bagi keperluan komponen antara muka

pada sistem sidang audio.3.8 Melakukan pendawaian bagi sambungan sistem sidang audio

berpandukan rajah pendawaian komponen antara muka sistem sidang

audio.

Modul : Pemasangan Sitem Audio dan Video

(Audio And Video System Installation)C3 - Sistem Persidangan Audio (Audio Conference System)

Pengenalan :

Sistem alat persidangan audio berbentuk dua hala dan interaktif bagi sesi perbualan dikalangan ahli yang ramai seperti mesyuarat ahli lembaga pengarah, mesyuarat guru atau alat bantuan mengajar dalam bidang pendidikan. Tujuan utama sistem persidangan audio adalah untuk membolehkan komunikasi secara terus diantara pengerusi dan ahli persidangannya.

Jenis system alat persidangan audio1. Sistem persidangan audio terbuka (Open conference systems)

2. Sistem persidangan audio berbahagi (Partially open conference systems)

3. Sistem persidangan audio terkawal (Controlled conference systems)Sistem persidangan audio terbuka (Open conference systems)

Sistem ini adalah sesuai untuk persidangan yang disertai oleh ahli yang terhad dimana proses perbincangan dilakukan tanpa kawalan pengerusi dan sesuai untuk keluaran yang sederhana.

Sistem persidangan audio terbuka terbahagi (Partially open conference systems) Sistem ini hanya untuk ahli yang terhad dan beroperasi system adalah dengan kawalan oleh pengerusi

Sistem persidangan audio terkawal (Controlled conference systems) Sistem ini adalah sesuai untuk bilangan ahli yang ramai tetapi dikawal sepenuhnya oleh pengerusi. Pengerusi mempunyai panel kawalan yang mengandungi suis dan lampu petunjuk berdasarkan kapasiti didalam kawasan persidangan. Contoh penggunaan system ini adalah semasa perbahasan ahli parlimen.

Komponen alat persidangan audioi. Peringkat masukan (input stage)

- mikrofon (kabel / tanpa wayar)

ii. Peringkat pertengahan (intermediate stage)

- unit kawalan ( control unit)

iii. Peringkat keluaran (output stage)

- pembesar suara / perakamPeralatan alat persidangan audioUnit kawalan utama (Master control unit)

Unit ucap utama / Pengerusi (President unit)

Unit ahli (Delegate unit) yang menggunakan mikrofon jenis suis tekan

(Push type microphone select button)

Kabel penyambung audio (Audio connection cable)

Sistem Pengoperasian Alat Persidangan Audio

Ciri-ciri:

1

Mengandungi binaan dalaman bekalan kuasa dan penguat isyarat untuk menyokong unit ucap utama (pengerusi dan unit delegasi.

2

Talian masukan / talian keluaran untuk isyarat (pada panel belakang) untuk isyarat masukan / isyarat keluaran untuk sambungan ke unit utama (master unit) yang lain.

3

Dua litar berasingan untuk binaan soket (talian 1 & talian 2 pada panel belakang) dimana setap satu berupaya disambung unit delegasi sehingga 36 unit secara sesiri.

4

Dua sumber keluaran jek RCA (RCA jack) pada panel belakang untuk paparan (monitoring / recording) atau peralatan lain.

5

Tiga sumber masukan jek RCA (RCA jacks) untuk terminal MIC in,AUX1 in, AUX in, yang boleh digunakan sebagai sumber penyiaran (broadcast) atau muzik (music).6

Mengandungi unit kawalan dan unit perlindungan seperti :

- Kawalan treble/bass (treble/bass control).

- Kawalan nada suara (volume control) untuk unit pengerusi & unit delegasi.

- Perlindungan kuasa lebihan fius-5A (over powered protectionfuse-5A).

1