nota penuh pra3101
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
1/25
PRA3101
1. PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SINOPSIS
Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak,
pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak
asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke
tahun 1.
This course covers the introduction to early childhood education, growth and child
development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars ofchildhood education, Act 308 and Act 550, Childrens Right, also the transition process
from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1 of
Primary School
HASIL PEMBELAJARAN:
Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:
1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-
kanak
2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanak-
kanak
3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak
4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam
pelaksanaan pembelajaran
RINGKASAN UNIT
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
2/25
1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak
3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak
4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak
5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989.
6.0 Akta 308 dan Akta 550
7.0 Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.
Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
3/25
Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari
masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan
Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program
pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari
lahir hingga ke umur lapan tahun:
Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkatberdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan
Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah
Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika
adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan
program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika
secara ringkas.
Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu
tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
4/25
Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-
kanak
Konsep Pertumbuhan:
Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari
satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978).
Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti
iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan.Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2
tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).
Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri
seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya
semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari
satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila
pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan &
Mahani Razali, 2002).
Konsep Perkembangan
Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat
diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan
Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam
semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.
Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan the concept of development, the
orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning,
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
5/25
experience, and maturation. Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat
perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil
daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani
Razali, 2000).
Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan
bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan
bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin,
perkembangan ialah Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the
course of a lifetime. (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).
Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan
secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi,
social dan moral seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada
berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan
semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.
Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan
Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.
Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.
Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.
Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza
pada setiap individu.
Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara
berterusan hingga akhir hayat.
Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang
kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat
tertentu.
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
6/25
Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.
(Mok Soon Sang, 2001)
Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)
Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan
yang tiada kesudahannya. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat
mengenai persoalan ini. Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu
pihak banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata anda
dipengaruhi oleh keturunan (lebih kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh katakan
bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi ileh keturunan berbandingan dengan faktorpersekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan,
hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang lain. Ciri-ciri yang lain
seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh perwarisan.
Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang
adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku
seseorang individu itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun,
persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan
penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan, kualiti
persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa
dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya
juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan faktor
semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan
manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
7/25
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
8/25
mengajar di prasekolah.
Zaman Selepas Merdeka
Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan
Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek Head
Start di Amerika Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di
Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada
kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.
Pada tahun 1970,
KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali
Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan
prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976).
Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan
Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh
Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137
orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah
untuk mengajar di prasekolah.
KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan
Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada
masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan
rendah dan miskin.
Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat
Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti
Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk
membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992,
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
9/25
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan
mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta
Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem
Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6
Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.
Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan
peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga
bertambah dari setahun ke setahun.
Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal.
Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori
4.1 IMAM Al-GHAZALI
Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama
Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik
sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
10/25
Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke
Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.
Pandangan / Idea-idea beliau
Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada
orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci
badan, berwuduk dan bersembahyang.
Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak
berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan
tidak berbangga.
Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang,
jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan
menimbulkan kebencian mereka.
Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.
Nasihat beliau kepada guru supaya:
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku
yang baik.
4.2 IBNU KHALDUN
Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan
telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik.
Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian,
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
11/25
motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.
Pendapat beliau pada peringkat permulaan:
Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:
- Berperingkat-peringkat
- Mengadakan latih tubi
- Menggunakan benda-benda maujud
- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan
mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:
- Tidak mahu belajar
- Mencerca pengajaran yang diberi
Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-
contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran
barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami
apa yang disampaikan.
Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan
bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan
mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar,
membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.
Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam
waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.
Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah
dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.
Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk
peribadi kanak-kanak.
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
12/25
4.3 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)
Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya
dikenali dengan nama Neohof pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan
kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.
Idea-idea beliau mengenai pendidikan:
Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada
padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang
abstrak.
Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria.
Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.
Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran
konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa
dan menyentuh.
Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.
Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).
Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.
4.4 FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852)
Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai Bapa Tadika. Pada
tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan
Kindergarten. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia
secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi
terhadap Tuhan.
Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama
tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
13/25
perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui
main
Antara idea-idea Froebel ialah:
Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian
kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik
yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-
gambar.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik
janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek
untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada
pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di
taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial
kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-
kanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-
kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau
menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.
Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya
menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap
kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran
bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.
4.5 MARIA MONTESSORI (1870 1952)
Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang
terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di
Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
14/25
belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan,
pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat
pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam
mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu,
persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip
penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk
menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal,
sosial, emosi dan rohani.
Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum
kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;
a. Minda yang mudah menyerap
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang
diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep
tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya
dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.
B. Persekitaran yang tersedia
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran
yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan
pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah
menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang
sesuai.
C. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman
melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap
dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan
menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
15/25
pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya
menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar
dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.
d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut
selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.
Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan
diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan
meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan;
kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa;
kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman
berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social;
pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman
menyelesaikan sesuatu masalah.
e.Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai
sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan
kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya
soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan
pembelajaran.
Menurut falsafah Montessori;
Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara
menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak
menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar
perkembangan seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
16/25
orang dewasa.
Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar
secara demikian apabila dewasa kelak.
Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.
Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak
berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan
kegunaan bahan manipulatif dan betul diri.
Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan
bersaiz kanak-kanak.
Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak
belajar secara bebas.
Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah
pembelajaran mereka.
Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu
berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya
ialah:
- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
- Konsep kebebasan
- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
- Pentingnya disiplin diri
- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak
mengajar diri mereka sendiri.
- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan
hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
17/25
Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak
1989
Hak Asasi Kanak-Kanak
Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga
meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab
perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi
perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia
meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai
kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi
kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh
Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989
mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan
hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18,
Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.
PERKARA 6
1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak
sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh
kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.
Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai
obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
18/25
PERKARA 18
1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk
memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai
tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau,
mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai
tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan
terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.
Tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan
Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan
bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.
2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen
ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu
bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab
pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi,
kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk
memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat
faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.
PERKARA 27
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang
mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial
kanak-kanak itu.
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
19/25
Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi
perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu
bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak
mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan
bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh
termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.
2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-
kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan
keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-
kanak itu.
3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka,
hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan
orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini
dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program
sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.
4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau
orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik
dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang
mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara
yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah
menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian
sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.
PERKARA 28
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
20/25
tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang
yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:
(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada
semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk,
termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka
kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti
memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika
diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap
cara yang sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan
terbuka kepada semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah
dan mengurangkan kadar keciciran.
Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk
memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan
menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak
dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar
keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-
kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk
melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan
kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama
antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
21/25
dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di
seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan
kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah
diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.
PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah
dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada
tahap potensi yang paling tinggi;
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi
prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa
dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu,
negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada
tamadunnya sendiri;
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang
bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan
persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan
orang yang asal usulnya penduduk asli;
Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi
mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
22/25
empat hingga enam tahun.
FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
(a) Pendidikan prasekolah
(b) Pendidikan rendah
(c) Pendidikan menengah
(d) Pendidikan lepas menengah
(e) Pendidikan tinggi
Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.
FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU
PENGURUSAN TADIKA
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu
didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan
tadika.
FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN
OLEH
SEMUA TADIKA
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah
menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh
murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
23/25
sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum
melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar
tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA
Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa
kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu
tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan
hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.
FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
24/25
Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu.
Lawatan awal ibubapa dan kanak-kanak
Taklimat dan penerangan program Taska,Tadika/ Prasekolah dan Tahun Satu
Peranan dan tanggungjawab Guru dalam membantu kanak-kanak menyesuaikan diri
Perancangan dan pengurusan Institusi
TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH
Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan
kepada satu keadaan yang lain.
Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)
Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak
menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari
keluarga ke tadika atau prasekolah.
Tujuan program Transisi:
Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru
serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa
banyak masalah.
-
8/6/2019 nota penuh pra3101
25/25
Peranan guru prasekolah:
a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan
merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.
b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-
kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai
model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di
prasekolah seperti di rumah mereka.
c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan
rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah.
d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan
pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.
e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan
amalan yang berlaku di rumah mereka.
Peranan pembantu prasekolah
a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak
berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.
b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan,
rehat dan bermain.
c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.
d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.