nota synchronizing

38
Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik PENGENALAN Janakuasa merupakan satu mesin yang menukarkan tanaga mekanikal kepada tenaga elektrik. Ia mempunyai dua bahagian yang penting iaitu Pengulangalik (Alternator) dan Penggerak Utama (Prime Mover) serta alat-alat sampingan yang lain. Penggerak Utama yang biasa digunakan dalam janakuasa ialah ejin diesel, enjin petrol, turbin hidro, turbin gas, trbin angin, turbin wap dan turbin wap nuklear. Pengulangalik akan menghasilkan elektrik untuk dibekalkan kepada beban yang gunakan. Penyegerakan dilakukan apabila satu janakuasa tidak lagi mampu menanggung beban yang digunakan. Jika ia diteruskan juga tanpa melakukan penyegerakan, penjana yang digunakan tadi akan rosak dan memerlukan kos yang tinggi untuk proses penyelenggaraan. Untuk mengelakkan daripada masalah ini, penyegerakan perlu dilakukan untuk menampung beban yang selebihnya. Penyegerakan ini biasanya dilakukan di kilang- kilang yang mempunyai beban yang besar. Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan tentang bagaimana penyegerakan dilakukan dalam sesuatu pemasangan. Selain itu, cara penjagaan terhadap penjana dan alat-alat yang lain turut dibincangkan. Penyegerakan ini akan melibatkan dua penjana yang akan membekalkan tenaga elektrik pada satu 1

Upload: jerungsopan

Post on 11-Jun-2015

12.960 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

PENGENALAN

Janakuasa merupakan satu mesin yang menukarkan tanaga mekanikal kepada tenaga

elektrik. Ia mempunyai dua bahagian yang penting iaitu Pengulangalik (Alternator) dan

Penggerak Utama (Prime Mover) serta alat-alat sampingan yang lain. Penggerak Utama

yang biasa digunakan dalam janakuasa ialah ejin diesel, enjin petrol, turbin hidro, turbin

gas, trbin angin, turbin wap dan turbin wap nuklear. Pengulangalik akan menghasilkan

elektrik untuk dibekalkan kepada beban yang gunakan.

Penyegerakan dilakukan apabila satu janakuasa tidak lagi mampu menanggung beban

yang digunakan. Jika ia diteruskan juga tanpa melakukan penyegerakan, penjana yang

digunakan tadi akan rosak dan memerlukan kos yang tinggi untuk proses

penyelenggaraan. Untuk mengelakkan daripada masalah ini, penyegerakan perlu

dilakukan untuk menampung beban yang selebihnya. Penyegerakan ini biasanya

dilakukan di kilang-kilang yang mempunyai beban yang besar.

Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan tentang bagaimana penyegerakan

dilakukan dalam sesuatu pemasangan. Selain itu, cara penjagaan terhadap penjana dan

alat-alat yang lain turut dibincangkan. Penyegerakan ini akan melibatkan dua penjana

yang akan membekalkan tenaga elektrik pada satu palang basbar yang sama untuk

diagihkan kepada beban yang digunakan.

1

Page 2: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

OBJEKTIF1. Memberikan maklumat yang terbaik kepada pelatih untuk menyiapkan tugasan ini

2. Melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana cara penyegerakan dilakukan pada dua

janakuasa yangberbeza

3. Memberi gambaran yang sebenar untuk membolehkan pelatih melakar litar bagi

sesuatu pepasangan yang melibatkan penyegerakan dan sebagainya

4. Mempelajari cara yang digunkan untuk menyambung beban dalam penyegerakan

5. Memahami konsep sebenar penyegerakan

2

Page 3: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

JANAKUASA (GENERATOR)Penjana merupakan satu mesin yang akan menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga

elektrik. Dimana ia dapat menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada pemotongan fluks

magnet dengan pengalir yang berputar dan sebaliknya. Ia terdiri daripada penggerak

utama (prime mover) dan pengulangalik (alternator). Selain itu ia juga mempunyai

bahagian yang bergerak iaitu angkir (armeture) dan bahagian pegun (stator) yang

menempatkam belitan utama.

Angkir yang dibelit dengan sebilangan pengalir siri-selari diletakkan ditengah-tengah

kutub magnet yang dipasang pada stator dan mudah berputar kerana kedua-dua hujung

dialas dengan alas bebola. Pengalir yang membelit pada angkir disambung ke penukar

tertib dimana ia akan menukarkan arus terus ke arus ulangalik. Diantara kutub utama

penjana, akan dipasangkan kutub antara bagi mengurangkan kesan tindak balas angkir

dan ia juga dapat mengurangkan kesan bunga api pada penukar tertib akibat daripada

tindak balas angkir.

Penggerak utama akan memberikan tenaga mekanikal kepada angkir untuk terus berputar

dan memotong urat daya yang dihasilkan oleh kutub magnet yang berada pada stator.

Diantara penggerak utama yang biasa digunakan adalah seperti ;

1. Enjin diesel

2. Enjin petrol

3. Turbin hidro

4. Turbin wap

5. Turbin angin

6. Turbin gas

7. Turbin wap Nuklear

Penjagaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada penggerak utama ini

daripada rosak. Keberkesanan penggerak utama juga akan mempengaruhi tenaga elektrik

yang dihasilkan oleh sesebuah penjana.

3

Page 4: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

PENYEGERAKAN JANAKUASAPenyegerakan (synchronizing) janakuasa ialah penambahan janakuasa yang akan

membekalkan tenaga elektrik pada satu palang bas yang sama semasa janakuasa sedia

ada sedang beroperasi. Penyegerakan ini dilakukan kerana untuk menampung keupayaan

yang terjana daripada janakuasa yang beroperasi. Apabila pengguna ingin menambah

beban atau beban yang digunakan tidak mampu ditampung oleh jankuasa sedia ada,

penyegerakan perlu dilakukan untuk menstabilkan penggunaan kuasa. Untuk melakukan

penyegerakan ini perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Syarat-syarat penyegerakan

1. Voltan diantara jankuasa yang digunakan mesti sama

Untuk menentukan persamaan voltan ini, hanya perlu melihat pada meter voltan

yang disediakan pada papan AMF yang digunakan. Jika voltannya tidak sama,

pengguna perlu melarasakan kelajuan motor untuk mendapatkan nilai voltan yang

sama

Voltan yang dihasilkan oleh dua janakuasa adalah sama

4

Page 5: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

2. Frekuensi juga mesti sama

Begitu juga dengan Frekuensi, hanya perlu melihat kepada meter frekuensi yang

disediakan pada papan AMF. Juga perlu melaraskan kelajuan motor untuk

mendapatkan bacaan yang sama.

Nilai frekuensi yang sama telah dihasilkan

3. Turutan Fasa mesti sama

Selain itu, turutan fasa juaga perlu sama untuk menjalankan segerakan ini. Jika

tidak sama akan mendatangkan kemudaratan kepada penjana. Turutan fasa ini

biasanya telan dilakukan semasa pengujian dijalankan.

4. Sudut fasa antara dua penjana mesti sama.

Begitu juga denga sudut fasa, perlu sama untuk memastikan penyegerakan

dilakukan dengan berkesan.

Sudut fasa adalah sama Sudut fasa yang tidak sama

5

Page 6: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

Kaedah yang digunakan untuk memastikan sudut fasa adalah sama dengan cara :

1. Menggunakan Dark Lamp

Menggunakan Dark Lamp adalah cara yang paling berkesan kerana perubahan

pada lampu yang ditunjukkan iaitu daripada terang kepada malap atau padam

akan menunjukkan perdezaan pada sudut fasa. Apabila lampu penunjuk begitu

terang menunjukkan terdapatnya perbezaan pada fasa antara dua pejana.

Segerakan akan dilakukan apabila Dark Lamp padam, ini kerana pada ketika

ini, sudut fasa diantara kedua-dua janakuasa berada pada sudut yang sama.

6

Lampu Dark Lamp terang

menunjukkan bahawa terdapat perpezaan sudut fasa diantara kedua-dua janakuasa. Penyegerakan tidak

boleh dilakukan

Lampu Dark Lamp dalam keadaan malap. Penyegerakan masih tidak boleh dilakukan kerana sudut fasa

masih tidak sama.

Pada ketika ini, penyegerakan boleh dilakukan dan perlu dilakukan dalam

keadaan bersedia dan pastas. Dark Lamp telah padam, dimana pada ketika ini sudut fasa adalah sama diantara dua

janakuasa.

Page 7: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

2. Menggunakan Synchronoscope

Sama seperti Dark Lamp, Synchronoscope digunakan untuk memastikan

sudut fasa adalah dalam keadaan sama semasa penyegerakan dilakukan. Jarum

pada synchronoscope akan menunjukkan pada pukul 12 barulah penyegerakan

boleh dilakukan.

7

Penyegerakan akan hanya dilakukan apabila jarum syinchronoscope ini

menunjukkan pada tanda yang berada ditengah bahagian atas synchronoscope

(pukul 12).

Litar operasian Dark Lamp

Litar operasian Synchronoscope

Page 8: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

3. Menggunakana Syinchronos Lamp/ Lamp In Sequence

Kaedah ini juga sama seperti penggunaan Dark lamp. Dimana apabila

pasangan lampu menegak padam, proses penyegerakan boleh dilakukan

dengan segera.

8

Penyegerakan akan hanya dilakukan apabila lampu ini padam. Kerana pada

ketika ini sudut fasa adalah sama

Litar operasian Synchronos Lamp

Page 9: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

LANGKAH-LANGKAH PENYEGERAKAN JANAKUASA

Sebelum penyegerarakan dilakukan

Sebelum penyegerakan dilakukan perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian

terlebih dahulu untuk memastikan penyegerakan yang dilakukan dalam keadaan yang

baik.

1. Perlu memastitan air bateri berada diparas yang dikehendaki jika menggunakan

penghidup

2. Pastikan minyak hitam mencukupi

3. Periksa sistem penyejukan yang digunakan dalam keadaan baik

4. Tali sawat yang digunakan berada dalam keadaan baik

5. Perlu memastikan peranti pelindung dalam keadaan ”RESET” dan pemutus litar

dalam keadaan ”OFF”

6. Jika semuanya berada dalam keadaan baik, hidupkan enjin dan panaskan selama

10-20 minit.

9

Pastikan semua peranti perlindungan berada dalam keadaan ”RESET” dan

”OFF”

Pastikan janakuasa yang digunakan berada dalam keadaan baik. Untuk

memastikan penyegerakan yang dilakukan berjalan lancar

Page 10: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

Semasa Penyegerakan dilakukan.

1. Suis Neutral Janakuasa (G1) di ’ON’kan

2. ‘Push Button’ penggerak utama G1 ditekan untuk menghidupkan penggerak

tersebut.

10

Suis Neutral yang telah di ’ON’kan

Tekan Butang START untuk menjalankan penggerak utama

Page 11: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

3. Kelajuan penggerak utama G1 dilaraskan untuk mendapatkan nilai Voltan

Frekuensi yang dikehendaki. Dimana dalam pengoperasian janakuasa ini Voltan

yang diperlukan ialah 415V ±5%, Frekuensi 50Hz ±1% dan kelajuan dilaraskan

pada 1500ppm

4. Setelah semua nilai yang dikehendaki telah diperolehi, pemutus litar G1 di

’ON’kan. Pada ketika ini tenaga elektrik yang hasilkan terus ke palang bas.

11

Melaraskan kelajuan untuk mendapatkan voltan dan frekuensi yang

diperlukan

Pemutus litar yang digunakan sama ada jenis MCCB atau ACB

Tenaga elektrik yang dihasilkan akan ke palang bas untuk di agihkan ke

beban yang digunakan

Page 12: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

5. Setelah itu, MCB untuk beban di ’ON’kan satu-persatu. Penyegerakan akan hanya

dilakukan jika beban yang digunakan tidak mampu ditampung oleh janakuasa G1

6. Untuk melakukan penyegerakan, janakuasa G2 akan di ’ON’kan mengikut

langkah 1 hingg 3.

7. Sebelum meng’ON’kan pemutus litar G2, perlu dipasti voltan, Frekuensi dan

sudut fasa diantara kedua-dua janakuasa berada dalam keadan yang sama dimana

tiada perbezaan upaya diantara kedua-duanya. Untuk memastikan voltan dan

frekuensi dalam keadaan yang sama, hanya perlu melihat pada meter Voltan dan

meter Frekuensi yang disediakan. Untuk memastikan sudut fasa adalah sama

dengan cara menggunakan Synchronoscope atau Dark Lamp atau Syinchronos

Lamp/Lamp In Sequence.

8. Jika Synchronoscope berpusing melan arah jam ini bermakna G2 mendului G1.

12

Beban akan disambung pada bahagian ini

Penyegerakan tidak boleh dilakukan kerana sudut fasa

tidak sama., dimana Dark Lamp masih terang.

Page 13: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

9. Perlu melaraskan perapi voltan dan perapi frekuensi jika berlaku kejatuhan voltan

juga frekuensi.

10. Setelah semuanya berada dalam keadaan yang betul, dengan bantuan Dark

Lamp(padam) pemutus litar G2 di’ON’kan dan suis neutral akan di’OFF’kan

dalam masa yang sama

Pada ketika iniMCCB G2 di’ON’kan dan suis neutral di’OFF’kan dalam msa yang sama

11. Pada ketika ini, kedua-dua janakuasa telah membekalkan tenaga elektrik pada

satu palang bas yang sama. Beban di’ON’kan satu-persatu sehingga maksima.

Penyegerakan boleh dilakukan jika beban yang ditanggung berlebihan.

13

Page 14: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

Setelah penyegerakan dilakakukan

Untuk memberhentikan penyegerakan yang dilakukan, langkah-langkah berikut perlu di

ikuti untuk mengelakkan daripada janakuasa dan beban yang digunakan rosak.

1. ’OFF’kan semua beban-beban yang digunakan satu-persatu dan tukar keadaan

suis neutral secepat mungkin

2. ’OFF’kan pemutus litar G2

3. kemudian ’OFF’kan penggerak utama G2

4. Langkah yang sama digunkan untuk memberhentikan janakuasa G1.

5. ’OFF’kan suis neutral dan pastikan semua peranti perlindungan dalam keadaan

’OFF’ dan ’RESET’

14

Page 15: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

PANEL PENYEGERAKAN JANAKUASA

Panel penyegerakan ini digunakan untuk model pengajaran. Dimana ia digunakan untuk

menunjukkan kepada pelatih dengan lebih dekat lagi bagaimana penyegerakan janakuasa

dilakukan. Jika diperhatikan pada panel ini, ia mempunyai alat-alat perlindungan seperti

’Over Current Relay’, ’Earth Fault Relay’, ’Revers Power Relay’, ‘Air Circuit Breaaker’,

‘Miniature Circuit Breaker’, suis nuetral dan meter-meter seperti meter Voltan, frekuensi,

faktor kuasa, arus, kuasa. Selain itu panel ini juga mempunyai lampu-lampu penunjuk,

synchronoscope, synchronos lamp, palang bas dan sebagainya.

15

Panel penyegerakan yang digunakan untuk model pembelajaran di

IKMKL

Page 16: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

PERANTI PERLINDUNGAN DAN METER

Peranti Perlindungan

1. Pemutus Litar (ACB, MCCB)

Digunakan untuk melindungi litar, peralatan yang digunakan dan sebagainya,

apabila terdapat arus tinggi dan kerosakan kebumi. Reset kembali EFR atau OCR

jika penunjuk tersebut ’trip’ dan ’ON’kan semula ACB atau MCCB yang

digunakan.

16

Pemutus litar yang digunakan adalah dari jenis Air Circuit

Breaker (ACB).

Page 17: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

2. Earth Fault Relay

Geganti ini akan memberikan perlindungan apabila ia mengesan kebocoran arus

kebumi. Dimana ia mempunyai kepekaan yang kecil iaitu 100mA pasa masa

1saat. Pada alat ini mempunyai unit larasan dan butang reset untuk setelah

kerosakan diperbaiki.

3. Over Current Relay

Alat ini akan mengesan arus berlebihan yang ada dalam litar. Ia juga mempunyai

butang reset untuk kembalikan ia pada kedudukan asal.

Dua jenis OVR yang digunakan untuk mengesan arus yang berlebihan dalam litar

17

Earth Fault Relay yang digunakan adalah jenis

elektronik.

Page 18: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

4. Revers Power Relay

Ia akan mengesan perubahan arah arus dan kuasa dalam janakuasa segerak

apabila janakuasa telah hilang kuasanya. Alat ini akan mengesan dan akan

memutuskan bekalan dan mengeluarkan janakuasa dari penyegerakan dan

seterusnya mengasingkan janakuasa tersebut.

5. Suis Neutral

Dalam sistem janakuasa, neutral perlu dibumikan lebih daripada satu point iaitu

menggunakan kaedah penyambungan bintang dan kedua-dua janakuasa mesti

dibumikan. Semasa penyegerakan dilakukan, salah satu daripada suis Neutral

perlu di’OFF’ dan di’ON’kan ini adalah untuk mengelakkan daripada arus edaran

(circulating current)

Salah satu daripada suis Neutral mesti di’OFF’kan.

18

Page 19: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

Meter

1. Meter Voltan

Dengan menggunakan meter ini, kita dapat mengetahui samada bekalan ada atau

tidak. Ia disambung secara selari terus kepalang bas. Ia juga sambung dengan suis

pemilih untuk mendapatkan bacaan voltan antara fasa dengan neutral dan antara

fasa dengan fasa. Selain itu dengan meter ini juga kita dapat memastikan kedua-

dua janakuasa mempunyai nilai voltan yang sama semasa hendak melakukan

penyegerakan.

19

Meter ini untuk memastikan kedua-dua janakuasa mempunyai nilai voltan yang sama. Bahagian atas untuk nilai voltan bagi G1 dan

dibawah untuk nilai voltan bagi G2

Meter ini untuk menunjuk nilai volatan yang dijana pada satu-satu

masa.

Page 20: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

2. Meter Arus

Ia dipasang untuk mengetahui nilai arus yang mengalir dalam pepasangan.

Dimana arus yang diterima adalah kecil sahaja. Contohnya, jika saiz palang bas

ialah 500A, maka alat ubat arus 500/5A perlu digunakan.

3. Meter Frekuensi

Meter ini digunakan untuk menyukat kedaran ulangan (Frekuensi). Kadar

frekuansi yang biasa di Malaysia adalah 50Hz±1%. Selain itu, meter ini juga

untuk memastikan frekuensi yang dihasilkan oleh kedua-dua janakuasa adalah

sama semasa melakukan penyegerakan.

20

Meter ini untuk mendapatka arus yang ada dalam pepasangan dalam satu-satu masa.

Digunakan untuk memastikan frekuensi yang dihasilkan oleh

janakuasa adalah sama

Digunakan untuk mendapatkan frekuensi yang dihasilkan

janakuasa pada satu-satu masa.

Page 21: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

4. Meter Faktur Kuasa

Meter ini digunakan untuk mendapatkan nilai faktur kuasa pada satu-satu masa.

Nilai faktur kuasa yang paling minima yang perlu dihasilkan oleh suatu janakuasa

ialah 0.85 dan yang paling baik ialah uniti (1). Kejatuhan faktur kuasa akan

mempengaruhi nilai kadaran arus dan voltan yang dihasilkan. Pembetulan faktur

kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kerosakan pada

beban mahupun janakusa yang digunakan.

5. Synchronoscope

Ia digunakan untuk menunjukkan adanya perbezaan sudut fasa diantara dua

janakuasa yang sedang digunakan sebelum penyegerakan dilakukan. Ia

merupakan daripada jenis besi bergerak. Jika pergerakan ikut jam, bermakna

janakuasa G1 mendului janakuasa G2 dan begitulah sebaliknya. Penyegerakan

akan dilakukan apabila jangka ini menunjukkan ”pukul 12”.

21

Meter faktur kuasa yang digunakan pada panel penyegerakan.

Synchronoscope untuk memastikan sudut fasa adalah sama.

Page 22: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

6. Lampu-lampu penunjuk

Ia digunakan untuk menunjukkan kerosakan berlaku dalam pemasangan.

Contohnya jika fasa lampu penunjuk merah padam, maka fasa merah tidak

mendapat bekalan dan penyegerakan tidak dapat dilakukan.

22

Ketiga-tiga lampu penunjuk menyala bermakna ketiga-tiga fasa

telak menerima bekalan dengan baik.

Ketiga-tiga lampu penunjuk padam bermakna, semua fasa tidak

mendapat bekalan

Page 23: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

KEPERLUAN BILIK JANAKUASALokasi janakuasa bergantung kepada beberapa aspek penting yang perlu dipatuhi iaitu :

1. Kesesuaian tempat

Kesesuaian tempat adalah bergantung kepada persekitaran tempat atau bangunan

tersebut. Pada kebiasannya, bilik janakuasa berada ditingkat paling bawah suatu

bangunan ataupun berada diluar bangunan. Ia perlu dilengkapi dengan alat

menyesap gegaran dan bunyi untuk mengelakkan daripada bunyi janakuasa yang

bising.

Bilik janakuasa dan bilik suis

23

Page 24: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

2. Mengikut kehendak peraturan (JBE, Bomba, dan Building By Law)

Bagi setiap bilik janakuasa tunggusedia perlu mematuhi kehendah JBE, Bomba

dan Buil By Law. Dimana disetiap bilik perlu dilengkapi bengan lampu

kecemacan, alat pemadam api, pencahayaan, pengudaraan yang cukup, kipas

pelawas yang sesuai, tikar getah dihadapan papan suis utama, papan tanda, notis

dan sebagainya.

Lampu pendaflour dan lampu kecemasan yang digunakan

Alat pemadam api yang digunakan adalah dari jenis CO2

24

Smoke detector Heat detector

Page 25: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

Kipas pelawas dan tingkap di gunakan sebagai alat pengudaraan dalam bilik janakuasa. Mosquitho net juga digunakan untuk mengelakkan daripada serangga masuk.

Tikar getah yang berada dihadapan AMF

Notis dan papan tanda yang digunakan.

25

Litar skematik yang mesti ada di bilik janakuasa

Cara pertolongan cemas juga perlu ada dibilik janakuasa

Page 26: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

3. Mudah untuk kerja-kerja penyelenggaraan

Keluasan bilik janakuasa bergantung saiz janakuasa yang digunakan. Keselesaan

ketika membuat penyelenggaraan adalah amat penting bagi sesebuah bilik

janakuasa.

Keselesaan di bilik janakuasa untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan.

4. Jarak janakuasa dari papan suis utama

Pada kebiasaannya, janakuasa dan papan suis utama berada dalam satu bilik yang

sama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pembaziran kos penyelenggaraan

dan sebagainya.

26

Page 27: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

KESIMPULANSetiap penyegerakan yang hendak dilakukan adalah bergantung kepada beban yang di

tanggung oleh satu-satu janakuasa. Jika beban yang digunakan tidak mampu ditanggung,

maka pemasangan tersebut perlu menggunakn janakuasa yang kedua untuk membantu

menampung beban tadi. Proses yang dilakukan inilah yang disebut sebagai penyegerakan

dimana ia menggunakan lebih dari satu janakuasa.

Pada kebisaannya, penyegerakan ini dilakukan di kilang-kilang, difelda-felda dan

sebagainya. Sistem Grid yang digunakan di Malaysia juga menggunakan penyegerakan

yang dilakukan oleh semua pusat hidro seluruh negara seperti di Pergau, Kenyir, Paka

dan sebagainya termasuk sarawak.

Setiap penyegerakan yang hendak dilakukan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

1. voltan sama

2. frekuensi sama

3. sudut fasa sama

4. turutan fasa sama

Syarat-syarat diatas perlu diikuti kerana ia boleh mengelakkan daripada janakuasa rosak

dan sebagainya.

Sebelum menggunakan janakuasa seterusnya melakukan penyegerakan, litar bagi suatu

janakuasa perlu diketahui dan ia dijadikan sebagai rujukan jika berlaku kerosakan dan

sebagainya. Litar janakuasa ini perlu dilukis menggunakan standart yang telah ditetapkan.

Penggunaan, penjagaan yang baik akan menyelamatkan pengguna dan menjimatkan kos

penyelenggaraan bagi suatu janakuasa.

27

Page 28: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

LAMPIRAN

28

Janakuasa yang digunakan untuk proses pembelajan ri IKMKL

Set Prime Mover untuk kedua-dua janakuasa

Sistem pengujaan yang terdapat pada panel pelaksana

Page 29: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

29

Page 30: Nota Synchronizing

Kejuruteraan elektrik penjaga jentera elektrik

30