nota

22
Konsep Pemulihan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa. O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak- kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. Strategi Pemulihan dalam Kelas Khas Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas. Kenal pasti masalah murid. Kenal pasti punca masalah murid. Menjalin hubungan mesra dengan murid. Menunjukkan penghargaan kepada murid. Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.

Upload: perrie-sigan

Post on 30-Nov-2014

2.578 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Nota

Konsep PemulihanKamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

O. C. Simpson (1975)Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Blair (1956)Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

Strategi Pemulihan dalam Kelas Khas Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.

Kenal pasti masalah murid.

Kenal pasti punca masalah murid.

Menjalin hubungan mesra dengan murid.

Menunjukkan penghargaan kepada murid.

Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.

Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.

pendekatan bermain sambil belajar.

teknik bercerita.

teknik latih tubi.

teknik bersoal jawab.

teknik nyanyian.

Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.

Page 2: Nota

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

Menjalankan aktiviti pengukuhan.

Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

Objektif Pendidikan Pemulihan1. Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

2. Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

3. Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

4. Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.

5. Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu.

6. Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

7. Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar3. Lebih mudah berputus asa4. Lebih mudah mengganggu persekitaran5. Lebih mudah ragu-ragu6. Cepat lupa7. Kurang cerdas dalam pemikiran8. Belajar secara lambat9. Mundur10. Pencapaian akademik yang tidak tinggi11. Kekurangan sosial12. Kerencatan akal

 

Page 3: Nota

FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN1. Faktor psikologi

A. Kecerdasan mentalB. Emosi yang tidak stabil

 

1. Faktor biologi/kesihatanKanak-kanak biasanya menghadapi masalah “neurologi”, iaitu sukar mengeja,membaca dan menulis.

 

1. Faktor persekitaranA. Terdiri daripada bahasaB. Terdiri daripada amalan sekolah

 

1. Faktor emosi dan social 

CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN 

1. Pemerhatian2. Melihat pada rekod prestasi3. Profil peribadi4. Ujian kertas dan pensel5. Latihan harian

 

PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN1. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan2. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan3. Menentukan strategi p&p4. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan5. Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan6. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

 

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN Kumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama.

Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan.

 

Page 4: Nota

Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru

akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu, manakala murid yang lain menjalani

pengukuhan.

 

PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN1. Aspek pendengaran

Sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan

 

1. Aspek penglihatanBBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.

 

1. Aspek psikomotorBenda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan

warna untuk aktiviti menulis.

 

 

PENDIDIKAN PENGGAYAAN KONSEP PENGGAYAAN

Iaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada murid-murid

mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.

 

OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAAN

Page 5: Nota

Objektif penggayaan untuk murid adalah:

1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka4. Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar5. Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi

 

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN1. Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi2. Menulis (tulisan)    : ayat yang lebih panjang3. Mengira (kiraan)    : kiraan yang lebih mencabar

 

Strategi mengesan masalah-masalah pembelajaranTopik pada kali ini adalah ‘Strategi Mengesan Masalah Pembelajaran Murid’. Baru-baru ini, guru Pemulihan di sekolah saya datang berjumpa dan ingin berbincang sesuatu bersama saya.Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang diajarnya. Saya pun memberikan pandangan berikut ;1. Pemerhatian2. Pentafsiran rekod prestasi3. Pentafsiran rekod profil4. Ujian kertas dan pensel5. Temu bual dengan guru darjah6. Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASIRekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.REKOD PROFILRekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.UJIAN KERTAS dan PENSELUjian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.TEMU BUAL dengan GURU DARJAHPerbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik,

Page 6: Nota

tingkah laku dan perbezaan individu.TEMU BUAL dengan IBU BAPASaya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:1. kebolehan kognitif2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan4. penguasaan membaca5. kemahiran perkembangan (developmental skills)6. kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARANTerdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:a. Ciri-ciri fizikalBentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

b. Ciri-ciri intelekTerdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

c. Ciri-ciri sosial dan peribadiMempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil

Page 7: Nota

daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RASIONALKanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

MATLAMATKurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIFSetiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:1. Menguasai kemahiran komunikasi2. Menguasai kemahiran bergaul3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek

SASARANMurid-murid terencat akal ringan yang:Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliahBoleh mengurus diri tanpa bantuan orang lainTiada kecacatan fizikal yang terukTiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk

Page 8: Nota

Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal

Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia

AutismeBermasalah komunikasiSukakan rutinBerada di dunia sendiriEkolaliaCederakan diri sendiriKompulsif tanpa tahu kesanTidak suka bergaulTidak ada tentangan mataKerencatan bahasaMasalah kefahamanTidak suka disentuhBermasalah interaksi sosialPergerakan berulang-ulang

Palsi SerebrumKecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badanMasalah pergerakanMasalah posturKekejanganPergerakan tidak terkawalMasalah imbangan badanMasalah komunikasiMasalah motor halus/kasarMasalah tulisanMasalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan BahasaKecelaruan pertuturanKecelaruan bahasaKecelaruan suaraMasalah artikulasiMasalah kelancaran

Sindrome Down

Gangguan Penumpuan ADHDLambat menyiapkan tugasanMudah tergangguMasalah kosentrasiMasalah mengurus tugasan

Page 9: Nota

Cepat lupaImpulsifMembuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahuluMemerlukan pengawasan yang lebihMasalah menunggu giliran

Hiper AktifTidak boleh duduk diamImpulsifTumpuan perhatian singkatSuka ganggu orang lainBermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan BerbakatKeupayaan umum yang istimewaKebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggiBermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggiMudah memahami pengajaran dan pembelajaranMenguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

DISLEKSIA

DefinisiPerkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematikDysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasaDyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIADisleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia

Page 10: Nota

tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIADisleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)

JENIS-JENIS DISLEKSIADisleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

Disleksia visual (penglihatan)Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

Disleksia visual-auditoriKesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIAMengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

a)Keturunan atau genetikKebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

b)Biologi

Page 11: Nota

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimumc)

c)KematanganTerdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA -Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah-Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan-Suka mengganti perkataan dan hiperaktif-Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah-Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari-Tidak merangkak semasa bayi-Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri-Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

Kanak-kanak Sekolah Rendah6 hingga 9 tahun-Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor-Menggunakan jari untuk mengira dan membaca-Keliru dengan kiri dan kanan-Tulisan cermin atau terbalik-9 hingga 12 tahun-Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman-Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan-Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks-Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang-Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah-Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

Sekolah Menengah-Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten-Kesukaran menulis karangan-Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral-Kesukaran mempelajari bahasa lain-Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan-Jenis orang yang suka senyap

Page 12: Nota

-Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten-Kurang kemahiran bersosial

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIAMasalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

a)MengejaKelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;m – w y –g – j u – n m – nc – e p – q h – n b – dTerdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf sepertit – h f – v

b)MembacaKesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti;Batu – tuba Gula - laguSelain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;pada masa yang sama – dapa masa yang masaKekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;Bahasa Inggeris dengan Bahasa MelayuJam – jem cat - cat

c)MenulisKanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelikBercakap dan mendengarTerdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

d)Nombor

Page 13: Nota

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;3 – 5 - 8 9 - 6i)Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosialPakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasutKelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodohSkop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIAa) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.

b)Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

c)Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi

d)Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

e)Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

f)Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.

g)Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

h)Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

i)Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendirij)Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

CEREBRAL PALSY

“CEREBRAL” ialah OTAK“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian

Page 14: Nota

otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran1. Jangkitan dalam rahim2. ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran1. Kelahiran tidak cukup bulan2. kecederaan semasa lahir3. lemas semasa lahir4. jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning2. Jaundis yang teruk (kemicterus)3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.

Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

Punca-punca :1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.2. perkembangan otak yang tidak normal.3. rembesan (intraeraneal bleeding).4. demam kuning.5. terhentak / terhempas / kejutan.6. serangan kuman / penyakit.

Tanda-tanda :1. bayi kelihatan lembik2. lewat perkembangan3. menggunakan sebelah tangan (hand preference)4. masalah menyusu5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas rangsangan6. refleks primitive yabg kekal7. sembelit8. cepat marah

Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy1. bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

UmurTahap Perkembangan

Page 15: Nota

0 – 10 bulan1. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti meniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan1. mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku di samping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila dia menarik nafasnya dan menangis, warna di mukanya kembali cerah semula.

8 tahun1. Belum boleh bercakapAkibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :1. rencatan akal (kurang kecerdasan)2. kerencatan pertuturan3. rencatan penglihatan4. rencatan pendengaran5. sawan (epilepsy)6. kecacatan anggota7. kecacatan gigi8. masalah mengenai pernafasan9. masalah mangenai pemakanan10. masalah untuk buang air besar atau kecil.

Jenis-Jenis Cerebral Palsy1) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.

2)Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.

3) Ataxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan koordinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mendapat keseimbangan postur tersebut.1. Hypoytonik – otot lembik.2. Campuran sifat-sifat di atas.

Page 16: Nota

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin.

2. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok.

3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah.

4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama. Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu :1. Spasticity2. Athetosis3. Ataxia

Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.

Cortex atau Lapisan Luar OtakCortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.

Basal GangliaBahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.

Serebelum

Page 17: Nota

Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi pergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang.

Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :

a)Kesukaran sewaktu makanKanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk dikeluarkan semula.

b)Masalah pernafasanKanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

c)Masalah tidur.Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

d)Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya.

e)Masalah pendengaran.Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

f)Masalah penglihatan.Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

g)Reaksi yang tidak normalKanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas

Page 18: Nota

atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas.

Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992. Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang bukan berkaitan dengan pelajaran. Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang menempatkan pelajar yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Kelas Pembangunan bagi pelajar berumur dua belas tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas.Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan diberikan latihan fizikal yang berkesan, pembentukkan pemikiran dan kedua-duanya sekali. Mereka ini didedahkan kepada komunikasi antara masyarakat.