note bnk

Upload: yuyu-liplap

Post on 06-Jul-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 note bnk

    1/3

    Kemahiran mendengar yang diamalkan oleh guru kaunseling dalam rakaman tersebut juga adalah baik.

    Guru tersebut mendengar dan tidak mencelah setiap penjelasan yang diberikan oleh klien. Proses

    mendengar merupakan proses yang aktif. Guru kaunseling menggunakan deria penglihatan sepenuhnya

    kerana klien merupakan murid bermasalah pendengaran yang menggunakan isyarat untuk

    berkomunikasi. Beliau memerhatikan tingkah laku dan bahasa badan yang digunakan oleh klien.

      Seterusnya, guru kaunseling juga menjaga hubungan interpersonal dengan meletakkan jarak

    yang sesuai antara guru dan klien. Kedudukan meja dan kerusi yang tidak terlalu jauh dan tidak terlalu

    dekat dapat membantu proses kaunseling berjalan dengan lebih baik.

      Kemahiran yang lain pula ialah kemahiran memberikan tindak balas. Di sini, guru kaunseling

    memerhatikan tindak balas yang diberikan oleh klien sama ada positif atau negatif. Contohnya seperti

    dalam ideo rakaman, klien memberikan tindak balas dengan anggukan kepala sebagai tanda setuju dan

    memahami butir bicara oleh guru tersebut. Selain itu, guru kaunseling turut mengemukakan soalan

    terbuka dan tertutup kepada klien. !ujuan penyoalan dibuat adalah untuk mendapatkan kepastian dan

    maklumat lanjut. Contohnya, guru kaunseling bertanya soalan dalam bentuk terbuka kepada klien

    mengapa berlaku pergaduhan di asrama antara dia dan rakannya. Soalan terbuka ini memerlukan klien

    untuk membuat penjelasan dan huraian masalahnya. Soalan tertutup pula seperti guru kaunselingmenyoal kepada klien sama ada mahu guru melaporkan perkara tersebut kepada ibunya atau pun tidak.

    Soalan ini memerlukan ja"apan yang terhad seperti #ya$ atau #tidak$.

      Saya turut mendapati baha"a guru kaunseling telah memparafrasa dan merumus untuk

    memastikan klien memahami tentang perkara yang dibincangkan. Guru kaunseling menyatakan kembali

    apa yang telah dipersetujui dan dikatakan oleh klien. %ni menunjukkan baha"a guru kaunseling

    mendengar dengan teliti akan isi perbincangan dalam sesi kaunseling tersebut. %a juga bertujuan untuk

    memberikan gambaran kepada klien baha"a guru kaunseling memahami situasi dan permasalahan yang

    berlaku. Guru kaunseling memberikan sokongan dan galakan agar klien membantu dirinya agar tidak

    mengulangi perbuatan buruk itu lagi.

  • 8/16/2019 note bnk

    2/3

    ahap tenaga pembimbing atau pengamal kaunseling

     juga turut memberikan 'mood' kepada sesi kaunseling.

    Pembimbing atau pengamal kaunseling yang menunjukkan

    tahap tenaga yang rendah akan membina mood yang rendah

     juga dalam sesi kaunseling. Klien akan membuat penilaian

    pertamanya sejak mulai dia berhadapan dengan anda.Tahap tenaga dapat diukur dengan memerhatikan tingkah

    laku pembimbing atau pengamal kaunseling semasa menerima

    klien. Maksudnya tahap tenaga ini ditunjukkan melalui gaya

    duduk atau berjalan, nada suara dan juga memek muka.

    Malahan sekiranya anda berjabat tangan dengan klien, dia

    dapat merasakan sama ada anda mempunyai tenaga positif 

    atau sebaliknya.

    Gaya berjalan atau duduk yang kelihatan letih, dengan

    nada suara yang lemah serta air muka yang lesu akan

    menimbulkan curiga klien kepada pembimbing atau pengamal

    kaunseling. Keyakinan klien akan menurun dan kepercayaan

    kepada kebolehan pembimbing atau pengamal kaunseling akan

    berjaya membantunya juga akan berkurangan. Tahap tenaga

    merupakan pancaran rasa kesediaan pembimbing atau

    pengamal kaunseling dalam melayan atau menerima klien.

    Egan (1994) telah mempopularkan akronim SOLER 

    sebagai panduan tingkah laku nonverbal pembimbing semasa

    melayan klien. Ini sangat penting terutama pada aal sesi bagi

    memberikan rasa selamat dan selesa kepada klien. !alau

    bagaimana pun panduan ini boleh disesuaikan mengikut budaya

    dan latar belakang klien.S " #squarely $ mengadap klien secara tepat Pembimbing boleh

    memandang klien secara tepat atau dengan sudut kecil dari

    kedudukannya. Tingkahlaku ini mencerminkan penglibatan aktif 

    pembimbing dengan mesej %&aya bersama dengan anda

    sekarang ini%.

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    O " #open posture$ postur tubuh yang terbuka dengan tidak

    menyilang kaki atau memeluk tubuh. Ianya mencerminkan

    bahasa badan yang tidak mengancam atau defensif atay

    menyampah.

    L " #lean forward $ badan yang condong ke hadapan atau kearah klien mencerminkan minat pembimbing terhadap apa yang

    sedang dan bakal diperkatakan oleh klien.

    E " #eye contact $ kekalkan kontak mata. Ianya bukannya

    menjeling atau memandang dua biji mata klien tanpa henti atau

    mengubah posisi. &eandainya letih dengan pergerakan dua biji

    mata klien, pembimbing boleh melihat tepat di antara dua

  • 8/16/2019 note bnk

    3/3

    kening klien.

    R " #relax $ sentiasa relaks tanpa rasa kekuk. Klien yang masih

    tidak selesa di aal sesi akan rasa terganggu jika pembimbing

    sendiri kelihatan gelisah dan tidak tentu arah.