note modul 5 metal fabrication
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME
C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING
TAHAP / LEVEL LEVEL 1
NO DAN TAJUK MODUL /
MODULE NO AND TITLE M05 – METAL FABRICATION
NO. DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT
6.01 – IDENTFY TNE TYPE OF FABRICATION REQUIRED
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE
IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN
RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /
BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THAT
CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER
SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLY
NAMA PELATIH
NO I/C / I/C NO.
NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka : 1 Drpd : 6
TARIKH / DATE
TAJUK : PENYAMBUNGAN LOGAM
Kertas penerangan ini menerangkan :-
1. Simbol-simbol dalam lukisan projek
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 2 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
PENGENALAN:
Mengenal pasti simbol-simbol yang sering digunakan dalam asas sesebuah lukisan projek
adalah penting di ketahui oleh setiap pelatih. Ini kerana kebanyakan lukisan projek pada hari
ini menggunakan simbol-simbol bagi memudahkan kerja dan kekemasan sesebuah lukisan
itu. Kesalahan mengenal pasti simbol menyebabkan projek yang dibuat tidak tepat dan lari
dari projek sebenar.
Sesuatu penyambungan logam yang baik adalah bergantung bagaimana seseorang itu
dapat memenuhi beberapa perkara:
a) Dapat membaca gambar projeknya dengan baik.
b) Mengetahui jenis logam yang hendak disambung.
c) Cara penyambungan yang hendak digunakan seperti cara brazing, bolt dan nut,
kimpalan arka dan lain-lain.
d) Peralatan penyambungan yang digunakan.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 3 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Berikut adalah beberapa kaedah untuk membaca dan melukis sebuah lukisan dengan cara
yang betul.
Gambarajah: Asas dimension
Gambarajah: Dimensioning Systems.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 4 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Dimensioning diameters
Center Line Application
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 5 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Gambarajah: Cara menanda saiz Iubang yang banyak.
Gambarajah: Dimensioning radii
Gambarajah: Dimensioning cylindrical holes
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 6 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
EXTERNAL THREADS INTERNAL THREADS
(c). SIMPLIFIED REPRESENTATION USED WHEN EVER IT CONVEYS THE
INFORMATION WITH OUT LOSS OF CLARITY
Gambarajah: standard thread convention (ANSI)
KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME
C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING
TAHAP / LEVEL LEVEL 1
NO DAN TAJUK MODUL /
MODULE NO AND TITLE M05 – METAL FABRICATION
NO. DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT
6.02 - MARK PROJECT ANDA CARRY OUT CUTTING,
FILLING, DRILLING AND TAPING
6.03 – CUT METAL TO THE REQUIRED SHAPE AND
DIMENSION
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE
IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN
RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /
BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THAT
CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER
SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLY
NAMA PELATIH
NO I/C / I/C NO.
NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka : 1 Drpd : 13
TARIKH / DATE
TAJUK : GERUDI DAN PEMBENANG
Kertas penerangan ini menerangkan :-
1. Kegunaan mesin gerudi 2. Jenis-jenis gerudi “tap” dan “die”
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 2 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
PENERANGAN
a) MATA GERUDI
Gerudi ialah alat yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses
menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin pelarik.
Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.
Jenis-jenis mata gerudi
a) Gerudi pintal d) Gerudi benam
b) Gerudi Iurah Iurus e) Gerudi pusat
c) Gerudi rata f) Gerudi melubang senggat
Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai
dua Iurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujung
matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut
kelegaan.
Jenis-jenis gerudi pintal
1) Gerudi pintal tiga Iurah atau empat lurah
Gunanya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada
tuangan. Lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak dan
boleh menghasilkan permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat.
2) Gerudi pintal lubang minyak
Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ketepi
pemotong. Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan
lebih cepat dan sempurna. Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-kerja
pengeluaran.
3) Gerudi pintal pendek dan gerudi panjang
Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah untuk memusatkan kerja.
Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam. Kedua-
dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 3 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
4) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi
Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliksnya samada lebih
kecil ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 30°.
Keistimewaan gerudi pintal sudut heliks tinggi ialah ia sesuai untuk menggerudi
logam tempawan dan logam liat. Selain itu, gerudi ini juga menghasilkan lubang
yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-
bahan plastik, gentian (fiber), asbestos, bakelit dan Iogam-logam tiruan yang lain.
b) Gerudi Lurah Lurus
Lurahnya selari dengan paksi. Ia digunakan untuk menggerudi bahan yang lembut
seperti loyang, tembaga dan aluminium dan juga logam nipis kerana ia tidak tersepit
atau terbolos semasa menembusi logam tersebut. Terdapat juga jenis gerudi lurah
lurus yang mempunyai mata yang diperbuat daripada tip tungsten karbida.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 4 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 5 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
c) Gerudi rata
Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai, sudut
pemotongnya dicanai 90° dan sudut kelegaan pula antara 5° hingga 12° bergantung
pada jenis logam yang digerudi. Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini
kerana banyak dapat kekurangan, antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak
berapa bulat, saiz tidak tepat dan tatal sukar dikeluarkan.
d) Gerudi benam
Gerudi ini mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan
berbentuk kon. Sudut matanya ialah 90° hingga 120°. Gerudi benam digunakan khas
untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau rivet boleh dipasang. Ia
juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 6 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
e) Gerudi pusat
Mata gerudi ini terdapat di kedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasa mempunyai
sudut pemotong 60° sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 60° hingga
120° di kedua-dua hujungnya. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada
3mm keatas. Kegunaan gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada
mesin pelarik atau mesin gerudi.
f) Gerudi melubang senggat
Gerudi ini digunakan untuk membuat Iubang senggat rata bagi menempatkan kepala
skru allen serta untuk melicinkan permukaan bintik (spot face) dan juga untuk
menyediakan tempat kedudukan nat, kepala pasak atau lekangnya.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 7 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Bahagian-bahagian gerudi pintal
i) Badan
Badan terletak diantara hujung mata dengan batang, ia terdiri daripada:
a) Hujung mata
Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan
sudut kandung 118°, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan
masing-masing membentuk sudut 59° dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3
daripada garispusat gerudi.
b) Pusat mata
Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan
bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan
gerudi masuk kedalam permukaan logam.
c) Bibir pemotong
Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk
daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir
pemotong ini dibuat sama panjang.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 8 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
d) Lurah
Lurah terdapat disepanjang bahagian badan, Fungsinya ialah:
1) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk
kon,
2) Untuk membentuk Iorong-lorong bagi tatal keluar.
3) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata
4) Untuk rnemudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.
e) Lengkang Iurah
Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai
tulang belakang gerudi dan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi
lebih tegap.
2) Batang
Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang
sendi dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a) Batang Iurus
Batang Iurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya
ia dipegang dalam
b) Batang tirus
Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 1.3
mm. Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukanya sendiri. Ia boleh dipasang
pada spindal mesin rnelalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. Batang
gerudi dan lubang spindal mesin serta Iubang liang sendi masing-masing
mempunyai tirus morse.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 9 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
TAP
Tap mempunyai tiga atau empat Iurah pemotong dibahagian batang hingga kebahagian
hujungnya. Lurah-lurah ini membentuk tepi pemotong, disamping berfungsi sebagai lorong
untuk tatal keluar dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir pemotong turun ketepi
pemotong. Ia digunakan khusus untuk memotong benang dalam.
Batang tap berbentuk lurus, kepalanya berbentuk segi empat sama supaya boleh diputar
dengan peringkuh (tap wrench). Saiz dan jenis benang ditandakan pada bahagian
batangnya. Tap diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tahan lasak yang dikeraskan
dan dibaja. Ia terdiri daripada berbagai-bagai saiz dalam ukuran metrik dan inch.
Jenis-jenis Tap
Tap dibuat dalam bentuk set dan setiap set mengandungi tiga jenis tap.
1. Tap tirus (tapper tap)
2. Tap palam (intermidiate tap)
3. Tap bottoming (bottom tap)
Tap Tirus
Bahagian hujung iaitu kira-kira enam gigi ulirnya, ditiruskan. Fungsinya ialah supaya tap
mudah masuk untuk memulakan pemotongan. Bentuknya yang tirus memudahkan ia
berada dalam kedudukan tegak.
Tap Palam
Hanya tiga atau empat gigi ulir dibuat tirus. Tap ini digunakan selepas tap tirus,
bagaimanapun dalam kerja-kerja harian tap palam ini jarang digunakan.
Tap Bottoming
Jenis ini mempunyai satu atau dua gigi ulir yang ditiruskan dihujungnya. Tap bottoming
boleh memotong ulir hingga kedasar lubang, jadi ia sesuai digunakan untuk mengulir dalam
lubang buntu.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 10 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Saiz gerudi tap
Sebelurn mengulir dalam, lubang hendaklah terlebih dahulu digerudi. Lubang lebih kecil
daripada saiz tap supaya bahan yang ada mencukupi untuk alat ini membentuk ulir. Jika
saiz lubang terlalu kecil, akan menyukarkan tap untuk memotong mengakibatkannya patah.
Jika saiz lubang terlalu besar, bahan yang diperlukan membentuk ulir tidak mencukupi,
akibatnya ulir tidak cukup dalam atau tidak ada ulir langsung.
Saiz lubang untuk mengulir dalam dikenali sebagai saiz gerudi tap. Saiz ini sama garispusat
kecil ulir, tetapi pada amalanya ia dibuat Iebih besar sedikit supaya dapat memotong dengan lebih
licin dan tidak tersepit dalam bahan.
Ada tiga cara untuk mendapatkan saiz gerudi tap iaitu:
1. Mengira dengan menggunakan formula
2. Mengambil bacaan daripada jadual
3. Mengambil bacaan daripada tanda pada batang tap.
Mengira dengan menggunakan formula
Saiz gerudi tap (SGT) = Garispusat ulir (mm) - Pic ulir (mm)
Contoh 1,
Hitung saiz gerudi tap yang digunakan untuk memotong benang M 22 x 2.5.
SGT = Garispusat ulir - Pic ulir
= 22 mm - 2.5 mm = 19.5 mm
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 11 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Contoh 2,
Kira saiz gerudi tap untuk memotong benang 7/8 inci - 9 BSW
SGT = Garis pusat ulir -
= 7/8 inci - 119 inci
= 0.875 inci - 0.111 inci
= 0.764 inci
Saiz gerudi tap yang terdekat ialah 0.765 inci atau 49/64 inci.
Mengambil Bacaan daripada Jadual.
Jadual saiz gerudi tap ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat pembuat tap. Sebagai
contoh lihat jadual dibawah.
Garis pusat (mm)
Pic ulir (mm)
Saiz gerudi (mm)
1.6 0.35 1.20
2.00 0.40 1.60
2.40 0.45 2.05
3.00 0.50 2.50
3.50 0.60 2.90
4.00 0.70 3.30
5.00 0.80 4.20
6.30 1.00 5.30
8.00 1.25 6.80
10.00 1.50 8.50
12.00 1.75 10.20
14.00 2.00 12.00
16.00 2.00 14.00
20.00 2.50 17.50
24.00 3.00 21.00
36.00 4.00 32.00
42.00 4.50 3750
48.00 5.00 43.00
56.00 5.50 50.50
64.00 6.00 58.00
72.00 6.00 66.00
80.00 6.00 74.00
90.00 6.00 84.00
100.00 6.00 95.00
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 12 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Perengkuh Tap
Fungsi perengkuh ialah untuk memutar masuk atau memutar keluar tap. Perengkuh
terbahagi kepada dua jenis iaitu,
1. Perengkuh biasa
2. Perengkuh jenis cuk.
Perengkuh Biasa
Terdapat dua jenis perengkuh biasa, iaitu perengkuh padu dan perengkuh boleh laras.
Perengkuh Jenis Cuk
Bentuknya seperti cuk tetapi saiznya kecil. Ia sesuai digunakan untuk memegang tap yang
bersaiz kecil.
DIE
Die digunakan untuk memotong benang luar, Sebagai mana tap, alat ini juga digunakan
bersama-sama perengkuh. Terdapat tiga jenis die yang biasa digunakan dalam bengkel
iaitu:
1. Die jenis padu. 2. Die jenis belah. 3. Die jenis bercerai.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 13 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Die Jenis Padu,
Die jenis padu sesuai digunakan untuk membaiki atau memotong semula benang yang telah
rosak. Walau bagaimanapun ia juga digunakan untuk membuat benang baru.
Die Jenis Belah
Die jenis ini berbentuk bulat tetapi terbelah hingga kebahagian pusat. Tujuannya ialah
supaya saiznya boleh dibesarkan atau dikecilkan dengan cara mengetatkan atau
melonggarkan nat pelaras.
Die Jenis Bercerai
Die jenis ini dibuat berasingan (terpisah). Ia dicantumkan kedalam plat pemandu dan
dipasangkan pada kolet. Untuk memudahkan pemasangan tiap-tiap keping, ia ditandakan
dengan nombor siri saiznya supaya dapat dipasang dengan betul. Alat ini boleh didapati
dalam bentuk bulat atau segi empat. Jenis segi empat dipasang terus kedaIam perengkuh,
ia sesuai untuk benang yang lebih besar saiznya.
TAJUK : KIMPAL LOYANG (Brazing)
1. Kertas penerangan ini menerangkan :-
2. Pematrian, kimpalan dan bahan pelakuran.
3. Kod warna hos dan bahagian-bahagian set kimpalan gas.
4. Penentuan saiz muncung dan melaras nyalaan
5. Langkah-langkah keselamatan
KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME
C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING
TAHAP / LEVEL LEVEL 1
NO DAN TAJUK MODUL /
MODULE NO AND TITLE M05 – METAL FABRICATION
NO. DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT
6.04 – JOIN METAL BRAZING
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE
IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN
RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /
BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THAT
CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER
SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLY
NAMA PELATIH
NO I/C / I/C NO.
NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka : 1 Drpd : 8
TARIKH / DATE
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 2 Drpd: 8
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
PENERANGAN:
Pematerian ialah proses menyambungkan dua logam ketiga tanpa mencairkan
logam asas. Logam ketiga cair pada suhu dibawah 417°C. Contohnya menyambung dua
punca dawai elektrik dengan menggunakan campuran timah dan plumbum sebagai logam
ketiga. Kerja-kerja kepingan logam banyak melibatkan proses pematerian. Pematerian
dapat dibahagikan kepada keras dan pematerian lembut.
Pematerian keras ialah proses menyambungkan dua logam dengan menggunakan
logam ketiga tanpa mencairkan logam asas. Logam ketiga cair pada kadar suhu 427°C ke
atas. Contohnya keluli lembut disambungkan dengan tiub kuprum dengan menggunakan
rod loyang. Proses silfosing juga tergolong dalam proses meloyang. Proses silfosing ialah
proses menyambungkan dua tiub kuprum dengan menggunakan rod silfos.
Pematerian lembut selalunya digunakan bagi kerja-kerja menyambung kepingan
logam dan juga kerja-kerja pemaipan. Pematerian lembut selalunya menggunakan timah
dan plumbum bagi menyambungkan dua kepingan logam tetapi kekuatannya tidak begitu
kukuh.
Pada kebiasanya, pematerian lembut menggunakan 50 peratus timah 50 peratus
plumbum. Takat lebur ialah pada 244°C.
Kimpalan pula ialah proses mencairkan dua logam bagi tujuan menyamhung. Dalam
proses ini, kedua-dua logam yang hendak disambungkan menjadi lebur. Rod pengisi
digunakan bagi tujuan menambahkan kumai dalam kerja mengimpal.
Bahan Pelakuran:
Bahan lakur digunakan bagi tujuan mengelakkan pengoksidaan dan memudahkan
pematerian. Bahan lakur yang selalu digunakan ialah asid muriatik dan zink klorida. Zink
klorida adalah bahan lakur yang boleh berkarat. Bahan lakur pengakis resin adalah dari
bahan yang tidak berkarat.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 3 Drpd: 8
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Set Kimpalan Gas dan Bahagian-bahagianya:
A : Tolok tekanan alir keluar G : Tangki asetilena
B : Tolok kandungan selinder H : Tangki oksigen
C : Pengatur tekanan I : Sumpitan api
D : Perengkoh injap selinder J : Penangkap cegah balik
E : Injap K : Hos oksigen
F : Hos asetilena
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 4 Drpd: 8
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Kod Warna Hos Dan Arah Mengetatkan Bebenang Pengatur Tekanan Oksigen -
Asetilena:
Hos oksigen dan asetilena mempunyai warna hos yang berasingan. Bebenang pada
pengatur tekanannya juga berbeza.
Oksigen: Hosnya berwarna hijau.
Jenis benang pengatur tekanan adalah mengikut arah pusingan jam.
Arah mengetatkan skru pengetat pada pengatur tekanan oksigen.
Asetilena: Hosnya berwama merah.
Jenis benang pengatur tekanan adalah berlawanan dengan arah
pusingan jam
Arab mengetatkan skru pengetat pada pengatur tekanan astelina.
Penentuan Saiz Muncung Sumpitan Api:
Data kimpalan:
1. Data kimpalan hanyalah sebagi garisan panduan sahaja dan mungkin akan berbeza
dalam keadaan operasi, bahan-bahan yang digunakan dan sebagainya.
2. Tekanan gas ditunjukkan dalam BAR - 1 bar 14.505 1b/in2 Ω 0.689 bar.
3. Penggunaan gas adalah dalam liter sejam (liter/j) - 1 kaki/j Ω 28.316 (Iiter/j).
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 5 Drpd: 8
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Portapak dan sumpitan api tekanan tinggi:
Ketebalan Saiz
besi dalam muncung
mm
Tekanan operasi Penggunaan gas
Asetelina Oksigen
bar 1bf/in bar 1bf/in
Asetelina Oksigen
1/h ft/h 1/h
ft/h
0.9-20 1 0.14 2 0.14 2 28 1 28 1
1.2-18 2 0.14 2 0.14 2 57 2 57 2
2 -14 3 0.14 2 0.14 2 86 3 86 3
2.6-l2 5 0.14 2 0.14 2 140 5 140 5
3.2-10 7 0.14 2 0.14 2 200 7 200 7
4-8 10 0.21 3 0.21 3 280 10 280 10
5-6 13 0.28 4 0.28 4 370 13 370 13
6.5-3 18 0.28 4 0.28 4 520 18 520 18
8.2-0 25 0.42 6 0.42 6 710 25 710 25
10-4/0 35 0.63 9 0.63 9 1000 35 1000 35
13-7/0 45* 0.35 5 0.35 5 1300 45 1300 45
19 - 55* 0.43 6 0.43 6 1600 55 1600 55
25 - 70* 0.49 7 0.49 7 2000 70 2000 70
25+1+ - 90* 0.63 9 0.63 9 2500 90 2500 90
* Gunakan pembancuh kuasa berat bagi sumpitan api 3.
Jadual penentuan saiz muncung sumpitan api
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 6 Drpd: 8
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Melaras Nyalaan:
Cara-cara melaraskan nyalaan kimpalan gas:
1. Periksa semua bahagian supaya berada dalam keadaan yang baik terutamanya hos,
pengatur tekanan serta sumpitan api.
2. Pastikan iniap pengatur tekanan terbuka luas bagi mengelakkan gegendang rosak.
3. Buka injap selinder oksigen setengah pusingan jam dengan menggunakan
perengkoh injap silinder perlahan-lahan.
4. Buka injap selinder asetilena setengah pusingan jam dengan menggunakan
perengkoh injap selinder perlahan-lahan dan tinggalkan perengkoh pada injap
tersebut bagi memudahkan untuk menutup injap jika berlaku kekemasan.
5. Laraskan pengatur tekanan oksigen serta asetilena pada tekanan yang dikehendaki.
6. Buka injap asetilena sedikit, nyalakan asetilena dengan menggunakan pemetik
bunga api, buka injap asetilena disumpitan api lebih luas sehingga api bergelora.
7. Buka injap oksigen di sumpitan api perlahan dan dapatkan campuran dan oksigen
secukupnya seperti mana yang dikehendakinya.
Cara-cara mematikan nyalaan:
1. Tutup injap asetilena di sumpitan api terlebih dahulu.
2. Kemudian, tutup injap oksigen di sumpitan api.
3. Tutup kedua-dua injap selinder gas.
4. Buka injap di sumpitan api bagi tujuan melepaskan gas yang ada di dalam hos.
5. Loggarkan (buka) injap di pengatur tekanan.
6. Tunggu sebentar. Pastikan jarum tolok pengatur tekanan berada pada sifar (0).
Kemudian tutup injap pada sumpitan api.
Sifat-sifat Nyalaan:
Terdapat tiga jenis nyalaan bagi kimpalan gas.
1. Nyalaan neutral;
Nyalaan neutral dapat diperoleh dengan mencampurkan oksigen dan asetilena sama
banyak. Kon di bahagian dalam neutral berbentuk bulat. Nyalaan ini sesuai untuk
mengimpal keluli, kuprum, besi tuang dan aluminium.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 7 Drpd: 8
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
2. Nyalaan pengoksidanan;
Nyalaan jenis ini dapat diperoleh apabila oksigen lebih banyak daripada asetilena. Kon
di bahagian dalam nyalaan jenis ini berbentuk tajam dan sesuai bagi mengimpal loyang
kuning.
3. Nyalaan penyusukkarbonan;
Nyalaan jenis ini dapat diperoleh apabila asetilena Iebih banyak daripada oksigen.
Nyalaan ini berbentuk kon dan sesuai untuk pemukaan yang keras. Biasanya terdapat tiga
bahagian nyalaan ini.
Langkah-langkah keselamatan menggunakan kimpalan gas:
1. Gunakan pelindung mata (goggle) semasa kerja-kerja mengimpal dijalankan.
2. Pakaian mesti sentiasa kemas bagi mengelakkan pakaian daripada terbakar,
sebaiknya gunakan pelapik dada (apron).
3. Sentiasa bersedia, sihat dan mempunyai keyakinan untuk membuat kerja.
4. Memakai sarung tangan (glove) ketika mengimpal, iaitu sarung tangan dan jenis
kulit.
5. Kawasan tempat kerja perlulah sentiasa kemas dan bersih.
6. Kawasan tempat kerja juga mestilah jauh dari bahan-bahan mudah terbakar seperti
minyak, sampah-sarap atau kayu.
7. Kawasan tempat kerja hendaklah terbuka bagi peredaran udara yang baik.
8. Hujung rod hendaklah dibengkokkan bagi mengelakkan mata tercucuk.
9. Pastikan buih sabun digunakan bagi mengesan kebocoran pada alat-alat kimpalan
gas. Jangan menggunakan minyak bagi tujuan rnengesan kebocoran pada alat -alat
kimpalan kerana ini boleh menyebabkan letupan.
10. Jika sumpitan api terlalu panas kerana terlalu lama digunakan, sejukkan dahulu. Matikan
nyalaannya dan rendam sumpitan api kedalam air seperti yang ditunjukkan pada
gambarajah dibawah. Pastikan injapkan oksigen di sumpitan api dibuka sedikit bagi
mengelakkan air masuk kedalam muncung sumpitan api.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS03 Muka: 8 Drpd: 8
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
11. Jika muncung sumpitan api tersumbat, bersihkan dengan menggunakan alat
pembersih muncung sumpitan api seperti yang di tunjukkan pada gambarajah
dibawah.
TAJUK : RIVET
Kertas penerangan ini menerangkan :-
1. Kegunaan rivet 2. Peralatan merivet 3. Kaedah merivet
KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME
C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING
TAHAP / LEVEL LEVEL 1
NO DAN TAJUK MODUL /
MODULE NO AND TITLE M05 – METAL FABRICATION
NO. DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT
6.05 – JOIN METAL BY RIVET
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE
IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN
RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /
BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THAT
CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER
SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLY
NAMA PELATIH
NO I/C / I/C NO.
NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka : 1 Drpd : 5
TARIKH / DATE
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka: 2 Drpd: 5
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
PENERANGAN:
Selain dari menyambung 2 kepingan logam dengan kaedah pateri lembut (solder). pateri
keras (brazing), kimpal gas (welding) atau kimpal arka yang memerlukan penggunaan
bahan pengisi (filler) dan pamanasan (heat), menyambung dengan kaedah merivet
merupakan satu lagi cara untuk menyambung 2 kepingan logam yang nipis tanpa
menggunakan rod pengisi dan juga pemanasan.
Kaedah penyambungan rivet merupakan kaedah yang mudah, murah dan senang
dikendalikan, walaupun sambunganya tidak mempunyai ciri-ciri seperti kekuatan dan kalis
bocor seperti kaedah kimpal namun untuk kerja sambungan ringan ianya amat sesuai.
Kelebihan rivet ialah ia boleh dijalankan ke atas bahan-bahan lain seperti plastik,
alluminium, kulit, kain dan kepinqan lain yang tidak boleh dibuat oleh kimpal.
1.1.1. Apakah kerja-kerja riveting
Kaedah riveting boleh menyambungkan 2 kepingan logam yang nipis dengan menggunakan
bahan ketiga yang dinamakan mata rivet (blind rivet). Walaupun kaedah ini tidak memberi
sambungan yang sekukuh atau kalis bocor seperti brazing atau welding namun sambungan
rivet tidak kurang pentingnya dalam kerja-kerja fabrikasi kepingan logam dan sebagainya.
Dua keping logam yang disambungkan
secara bertindih (overlap) dan akan di-
pegang/dikapit oleh mata rivet yang di
kembangkan di kedua-dua hujungnya
seperti di Iakaran sebelah kanan.
1.1.2. Keperluan kerja-kerja riveting
Dalam semua kerja-kerja riveting perkakasan seperti berikut diperlukan,
i. Riveter - mesin rivet. v. Mata rivet (Blind River).
ii. Drill machine. vi. Pengukur.
iii. Mata gerudi yang sesuai saiznya. vii. Scriber.
iv. Center punch
1.1.3. Peralatan rivet yang ada di bengkel.
Rivet Tool: Digunakan untuk menarik mata rivet (blind
rivet) supaya mengapit kepingan kerja. Pada masa ini
terdapat 2 jenis rivet tool yang digunakan di bengkel PPU
domestik seperti berikut,
i. Jenis mekanikal.
ii. Jenis penumatic
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka: 3 Drpd: 5
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Blind Rivet: Mata rivet digunakan untuk mengapit
kepingan kerja seperti di gambarajah kepitan rivet di
atas. Sebuah atau sebatang blind rivet adalah seperti
di rajah sebelah kanan. Size rivet dikenali dengan
diameter Ø dan panjang mata rivet L. Mata rivet yang
diperpuat dari bahan alluminum dan juga bronze
biasa digunakan dalam kerja-kerja rivet kerana tidak
mudah karat dan sedikit lembut dari bahan-bahan lain.
1.1.4. Peralatan tambahan dalam kerja-kerja riveting
Selain daripada peralatan rivet tool dan blind rivet terdapat beberapa peralatan tangan lain
yang diperlukan untuk membolehkan kerja-kerja merivet dapat dijalankan dengan
sempurna, diantara peralatan-peralatan tersebut adalah seperti berikut,
i. Drill machine. iv. Mata drill (drill bit) dengan saiz
yang sesuai.
ii. Pembaris. v. Penanda kepingan logam.
iii. Kepingan-kepingan logam nipis. vi. Pemotong kepingan logam.
1.2. Maklumat teknikal peralatan kerja merivet
Walaupun peralatan rivet hanya sebuah alat yang mudah dan senang dikendalikan namun
untuk mendapatkan hasil kerja rivet yang baik beberapa peraturan kendalianya harus
dipatuhi.
1.2.1. Cara penggunaan rivet tool
Mechanical rivet: untuk mengguna dan membuat kerja rivet dengan menggunakan mesin
rivet jenis mekanikal hendaklah mengikut langkah-langkah seperti berikut,
Langkah 1: Kenal pasti terlebih dahulu bahan yang hendak
dijalankan kerja-kerja rivet, dalam penyejukan bahan yang
biasa diperlukan ialah kepingan logam. Untuk tujuan kertas
penerangan ini 2 keping plat keluli lembut dengan ukuran
seperti dirajah contoh plat di sebelah kanan digunakan.
Langkah 2: Kenal pasti saiz mata rivet yang
hendak digunakan bagi kerja-kerja merivet
bahan kepingan di atas. Panjang rivet
hendaklah melebihi dari ketebalan kedua-dua
kepingan plat, jika tidak kerja rivet tidak dapat
dilakukan seperti di lakaran saiz rivet dan plat di
sebelah kiri.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka: 4 Drpd: 5
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Langkah 3: Kenal pasti dan dapatkan mata drill (drill bit)
dengan saiz diameternya sama dengan diameter rivet.
Langkah 4: Jalankan kerja-kerja mengenal pasti susunan
sambungan kedua-dua plat, ukur, tanda dan punch
tempat-tempat yang sesuai untuk digerudi bagi
menempatkan rivet seperti di lakaran ukur dan tanda
sebelah kanan.
Langkah 5: Dapatkan mata drill yang telah dikenal pasti dengan saiz diameter nya sama
dengan diameter mata rivet dan gerudi kedua-dua kepingan plat di tempat-tempat yang
telah ditanda/punch.
Langkah 6: Dapatkan rivet tool dan pastikan saiz nose piece hendaklah bersesuaian
dengan saiz blind rivet yang hendak digunakan.
Langkah 7: Masukan blind rivet ke dalam nose-piece
seperti di lakaran sebalah kanan dengan terlebih dahulu
melepaskan handle supaya terbuka.
Langkah 8: Masukan mata rivet kedalam lubang pada
kepingan kerja yang telah digerudi dengan tepat, kemas
dan 900 tegak diantara mata rivet dan plat seperti di
lakaran posisi mata rivet di bawah sebelah kiri.
Langkah 9: Langkah seterusnya ialah
picit handle lever atas ke arah bawah
seperti di lakaran atas sebelah kanan
dan blind rivet akan ditarik dan mengapit
plat seperti di lakaran kedudukan rivet
sebelah kanan.
Kaedah merivet
Proses 1: Apabila mata rivet telah
dimasukan ke dalam lubang yang
disediakan pada kepingan seperti di
lakaran posisi rivet disebelah kanan,
dengan menarik trigger/handle pada
riveter ia akan menggerakan rahang
(jaws) yang akan memegang dan
rnenarik rivet stem ke arah dalam.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS04 Muka: 5 Drpd: 5
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Proses 2: Seperti di lakaran fungsi stem di
sebelah kiri, rivet tool akan memegang hujung
rivet stem, apabila handle lever ditekan clamp
akan menarik valve stem kearah dalam dan
head juga akan ditarik dengan paksa untuk
mengembang dan merapatkan blind rivet
kearah stopper nya.
Proses 3: Bahagian hujung blind rivet dan
saiz diameternya akan mengembang
apabila head bergerak ke arah dalam tiub
blind rivet kerana valve stemnya ditarik.
Pengembangan ini akan berterusan
sehingga kekuatan valve stem tidak dapat
menampung kekuatan rintangan head di
dalam tiub blind rivet.
Valve stem akan terputus apabila kekuatanya tidak dapat menampung rintangan oleh head
dan blind rivet akan berada di dalam lubang plat dalam keadaan yang mengapit kedua-dua
plat kearah stopper untuk membuat satu sambungan kepingan mengepit yang agak kukuh
seperti di lakaran pegembangan rivet di sebelah kanan.