nubuwah dan risalah
TRANSCRIPT
NUBUWAH DAN RISALAH
Nubuwwah :
Nubuwwah berasal dari bahasa Arab yang bererti kenabian. Secara istilah,
Nubuwwah atau kenabian adalah pemberian dan kurniaan Allah kepada hamba-Nya
yang telah mencapaidarjat insan kamil secara akal nazhari (teoritis) dan akal amali
(praktis). Terdapat 5 perkataan nubuwwah di dalam al-Qur’an. Tiga di antaranya
disertai perkataan kitab dan hukum. Dan dua di antaranya hanya disertai dengan
perkataan kitab saja.
Orang yang dipilih oleh Allah untuk menerima nubuwwah disebut Nabi. Sifat yang
unik dari semua nabi dan rasul ialah bahawa mereka adalah maksum, mereka
terpelihara dari melakukan dosa dan kesalahan. Dan sekiranya mereka melakukan
kesalahan, Allah secara langsung menegur dan mereka dapat langsung
memperbaikinya. Hal ini kerana para nabi merupakan teladan yang sempurna bagi
umat manusia.
Walaupun Allah telah mentakdirkan orang-orang yang akan menjadi nabi,
namun para nabi tetap harus berusaha untuk melayakkan dirinya untuk menepati
kedudukan tersebut. Walaupun Allah mengutus nabi bagi setiap kelompok manusia
di bumi, al-Qur’an hanya menyebut 25 nama para nabi. Yang pertama adalah Adam
as, ayah umat manusia, dan yang terakhir dari nabi-nabi itu dan merupakan penutup
para nabi ialah Nabi Muhammad saw.
Nubuwwah (Kenabian) adalah kurnia dan pemberian Allah, Allah memilih
kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendakinya. Dia mengkhaskan kepada orang-
orang yang diingini-Nya, dan kenabian tidak akan dapat diperolehi dengan jalan
ikhtiar atau usaha dengan kesungguhan dan kepayahan, juga tidak dapat diperolehi
dengan jalan memperbanyak beribadah dan memperbanyak ketaatan, sebaliknya ia
hanyalah kemuliaan murni daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah:
Ertinya:
“…..Allah menentukan rahmat-Nya (kenabian) kepada siapa yang dikehendaki-Nya
dan Allah mempunyai kurnia yang luas.” (Surah Al-Baqarah: 105)
Jika demikian keadaannya, maka nubuwwah adalah benar-benar “pilihan”,
dan kenabian itu tidak akan dianugerahkan melainkan kepada orang yang telah
dipilih oleh Allah s.w.t. Mereka daripada golongan orang-orang yang sanggup
membawanya kerana kenabian adalah beban yang berat dan tanggungjawab yang
besar. Tidak akan mampu seseorang memikul kecuali lelaki (ulul azmi) yang
mempunyai cita-cita yang kuat dan azam yang besar.
Sebagaimana firman Allah:
Ertinya:
“Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.”
(Surah Al-Muzammil: 5)
Sesungguhnya kenabian itu juga tidak dengan jalan keturunan atau nasab, juga
tidak dapat diusahakan dengan berebut atau dengan menerusi kekuasaan dan
kedudukan. Akan tetapi kenabian itu adalah “pilihan” Allah keatas makhluk-Nya yang
paling utama, iaitu hamba pilihan-Nya. Allah memilih mereka untuk membawa
risalah, membawa tugas yang murni.
Sebagaimana firman Allah:
Ertinya:
“Allah memilih utusan-utusan-Nya dari malaikat dan dari manusia, sesungguhnya
Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Hajj: 75)
Begitu juga firman-Nya:
Ertin
ya:
“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga
Imran melebihi segala alam (di masa mereka masing-masing).” (Surah Ali Imran: 33)
Sesungguhnya Allah berfirman ketika memperkatakan inti perbincangan tentang
sebahagian para rasul menerusi firman:
Er
tinya:
“Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami benar-benar termasuk orang-orang pilihan
yang paling baik.” (Surah Sad: 47)
Ciri-ciri kenabian:
Kenabian merupakan anugerah Allah yang diberikan kepada hamba yang
dikehendakiNya. Ia tidak mungkin diperolehi dengan kemampuan akal, dicapai
dengan usaha atau sekali pun dengan memperbayakkan ketaatan, dan tidak juga
diterima sebagai warisan. Akan tetapi hanya diterima melalui ilham ilahi dan
taufiknya.Firman allah:
Maksudnya: Allah memilih utusan-utusannya dari malaikat dan dari Manusia;
sesungguhnya Allah maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Hajj:22:75)
Dakwah yang dilaksanakan oleh para nabi, sebenarnya bukan kerana
kecerdasan otaknya atau rasa hiba melihat keburukan yang melanda masyarakat,
dan tidak kerana ketajaman perasaan pancainderanya. Walaupun mereka itu
dikurniakan akal dan mempunyai kecerdasan serta ketajaman pancaindera, bukan
bererti hanya factor itu yang membantu mereka dalam usaha melenyapkan duri-duri
penghalang dan mewujudkan kebaikan dan kemaslahatan di dalam masyarakat.
Tetapi dasar tindakan mereka adalah melalui wahyu dan risalah dari Allah. Oleh
kerana itu, mereka tidak boleh ditandingi oleh para penegak hokum, para pemimpin,
para penegak kebenaran dan sebagainya.
Allah berfirman:
Maksudnya: “Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahnya kepada
sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hamba (yang layak menjadi Rasul), (Lalu
ia berfirman kepada Rasul-rasul): “Hendaklah kamu menegaskan kepada umat
manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertakwalah kamu
kepadaku.”
(Surah an-nahl: 16:2)
Dasar dakwah dan tingkah laku rasul adalah wahyu Allah kerana mereka tidak
pernah menurutkan bisikan nafsunya, di samping menyampaikan risalah allah bukan
sekadar masalah keresahan melanda masyarakat. Dengan dasar ini juga Allah
memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w menyeru kaumnya. Firman Allah:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya
dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan
kepadaku sahaja.”
(Surah Yunus: 10:15)
Risalah:
Risalah berasal dari bahasa Arab yang bererti perutusan atau surat. Risalah
menurut istilah adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi
Muhammad saw. Hal ini bermaksud al-Qur’an dan Hadits (wahyu matlu dan ghayru
matlu), dan juga bermaksud Islam. Di dalam al-Qur’an terdapat 10 perkataan risalah
dengan perincian sebagai berikut iaitu pertama dalam bentuk risalah sebanyak 1
kali. Kedua dalam bentuk risalatuhu sebanya 2 kali. Ketiga, dalam bentuk risalatu
(jamak dari risalah) sebanyak 5 (lima) kali. Keempat, dalam bentuk risalatuhu
(jamak) sebanyak 1 kali dan yang kelima dalam bentuk risalaty (jamak) sebanyak 1
kali.
Sebahagian orang boleh saja dengan akalnya terkadang mampu mengenal
Allah melalui perenungan terhadap ciptaan-Nya. Banyak orang dengan akal
(rasional) dan suara hatinya dan mampu mengetahui kebaikan dan keburukan.
Suatu kelompok masyarakat kadang kala dapat membuat peraturan-peraturan
hukum yang mengatur kehidupan mereka. Sebahagian orang juga mungkin dapat
mengetahui adanya kehidupan lain setelah kehidupan di dunia ini. Supaya yang
baik dapat menerima ganjaran perbuatannya yang belum diterima di dunia dan agar
orang yang jahat mendapat hukuman atas dosa-dosanya yang belum terbalas di
dunia.
Sebagian atau semua hal di atas boleh sahaja dialami oleh beberapa orang
yang hidup pada suatu masa dan keadaan. Begitu pula sebaliknya, tidak mungkin
hal itu dialami oleh semua orang pada setiap masa dan keadaan. Hal itu disebabkan
manusia memiliki perbezaan dalam akal (rasional) dan pengalamannya (empisis).
Jika demikian, adalah suatu keniscayaan bahawa manusia dengan akal, indra dan
suara hatinya semata tidak akan mampu mengetahui segala sesuatu yang
seharusnya diketahui, sesuatu tentang Allah, kehidupan dan hukum yang
mengaturnya, dan dunia lain di mana akan diadakan perhitungan dan pembalasan
amal perbuatan.
Dari perkara di atas dapat kita mengerti bahawa merupakan suatu
keniscayaan diutusnya para rasul dengan membawa ajaran-ajaran yang diterima
akal sehingga dapat memperjelaskan dan memperkuatkan akal. Dengan risalah
Allah, manusia dengan mantap mengikuti apa yang diperoleh atau apa yang
mendekati kebiasaannya.
Dengan demikian, kenabian dan risalah-risalah Allah merupakan kurniaan
dan rahmat dari Allah bagi seluruh umat manusia dengan perbezaan akal dan
pengetahuan mereka. Tanpa risalah itu, niscaya manusia tetap bergelumang dalam
kesesatan, kecuali orang-orang yang mendapat perlindungan Allah. Dengan risalah
pula, menjadi hujah bagi Allah untuk meminta pertanggungjawaban dari manusia.
Risalah universal:
Risalah ilahi ini adalah untuk seluruh umat manusia, kerana Allah adalah tuhan
kepada semua manusia.
Firman Allah:
Maksudnya: “dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap
umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka). “Hendaklah
kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka diantara mereka (yang
menerima seruan rasul itu) ada yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi
hidayat petunjuk Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu,
mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihat bagaimana buruknya kesudahan
umat-umat yang mendustakan rasul-rasulnya.”
(surah an- nahl: 16:36)
Perkara ini sangat bertentangan dengan keyakinan Bani Israel yang berpendapat
bahawa kenabian (nubuwwah) itu hanya khusus bagi mereka , seakan-akan kaum
selain bani Israel tidak termasuk makhluk allah. Mereka mengingkari sesuatu prinsip,
bahawa Allah akan member nikmat dan rahmat khususnya kepada siapa yang
dikehendaki diantara hamba-hambanya.
Kemuliaan Nabi-Nabi dan Rasul
Sesungguhnya dakwah para nabi adalah “menyelamatkan umat” daripada
cengkaman syirik dan kafir, masyarakat yang rosak dan tidak bermaruah.
Allah berfirman:
Ertinya:
“Manusia itu adalah umat yang satu (setelah timbul perselisihan), lalu Allah
mengutuskan para nabi, untuk memberi khabar gembira dan peringatan dan Allah
menurunkan bersama mereka Kitab dengan kebenaran, untuk memberi keputusan
di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Dan tidaklah
berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka
kitab, sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana
adanya kedengkian di antara mereka sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk
kepada orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang perkara yang mereka
perselisihkan itu dengan izin-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk kepada orang
yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (Surah Al-Baqarah: 213)
Ayat yang mulia tersebut memberi isyarat kepada manusia bahawa mereka
itu asalnya berada di atas petunjuk dan di atas agama yang benar, tetapi mereka
saling berselisih, saling menyangka, berbuat kerosakan di muka bumi dan
melampaui batas dari jalan yang lurus, lau Allah mengutus para nabi kepada mereka
dengan membawa khaber gembira dan memberi amaran dan peringatan. Hal ini
seperti mana dijelaskan dalam hadith seperti mana berikut:
“Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. sesungguhnya beliau berkata, “Masa antara Nabi
Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s. adalah sepuluh abad, mereka berada di atas
kebenaran, tetapi mereka berselisih, maka Allah mengutus Nabi Nuh a.s. dan Nabi-
Nabi sesudahnya kepada mereka.”
Allah Azza Wa Jalla telah menjelaskan tentang tujuan perutusan para rasul
yang mulia, maka berfirman Allah Yang Maha Benar dengan firman-Nya
sepertimana berikut:
Ertinya:
“(Mereka Kami utus) Sebagai rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi
amaran (peringatan) supaya tidak ada alsan bagi manusia membantah Allah
sesudah diutus-Nya rasul-rasul itu. Dan Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.” (Surah An-Nisa’: 165)
Sebagaimana maklum bahawa setiap rasul diutuskan adalah untuk
menyelamatkan umat dan kaumnya daripada kegelapan dan kesesatan. Dalam hal
ini Allah yang Maha Tinggi kebesaran-Nya berfirman:
Erti
nya:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Musa a.s. dengan membawa ayat-
ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepada-Nya), ‘Keluarkanlah kaummu daripada
gelap gelita kepa cahaya terang benderang dan peringatkanlah mereka kepa hari-
hari Allah’. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan
Allah) bagi setiap orang yang banyak bersyukur.” (Surah Ibrahim:
Sikap dan tanggapan orang musyrikin terhadap kenabian
Orang-orang musyrikin menentang perutusan Nabi Muhammad s.a.w.,
mereka menganggap Nabi Muhammad s.a.w. tidak layak menerima kenabian
tersebut. Ini kerana mereka menganggap risalah tidak akan diturunkan kepada
orang yatim lagi fakir tidak memiliki kekuasaan, kekuatan, dan kekayaan sedikitpun,
tiada baginya tempat kebesaran, kekuasaan, dan kerajaan, maka hal tersebut
mereka jadikan masalah yang besar sebagai alasan untuk tidak beriman. Mereka
memandang dengan pandangan yang sempit, bahawa kenabian itu sepatutnya
berlaku kepada orang yang kaya, orang-orang besar, orang-orang kenamaan, orang
yang berpangkat, para pemimpin, orang yang berpengaruh dari suku Quraisy dan
pembesar-pembesarnya, para tuan-tuan dan orang-orang yang berpangkat daripada
golongannya.
Ekoran sikap mereka itulah maka Allah menolak dengan susunan kata yang
mendiamkan mereka. Selanjutnya Allah mengesahkan kebingungan mereka dan
Allah Taala menjawab dengan susunan kata yang mematahkan alasan mereka
menerusi firman sepertimana berikut:
Ertinya:
“Dan mereka berkata, “Mengapa Al-Quran ini tidak diturunkan kepada seorang besar
dari salah satu dua negeri (Makkah dan Taif). Apakah mereka yang membahagi-
bahagikan rahmat tuhanmu? Kami telah menetukan penghidupan mereka dalam
kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian yang lain beberapa
darjat, agar sebahagian mereka dapat menggunakan sebahagian yang lain. Dan
rahmat tuhanmu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”
(Surah Az-Zukhruf: 31~32)
Dengan demikian, ayat yang mulia ini menolak fikiran dan kebodohan
mereka, iaitu orang musyrikin ketika mana mereka menyangka bahawa kenabian itu
tidak layak melainkan ke atas orang-orang lelaki yang kaya dan pembesar, bukan
manusia fakir lagi yatim, seperti anak saudara Abu Talib. Lebih lanjut pada ayat
berikut Allah menolak anggapan mereka, kerana kenabian adalah benar-banar
pilihan, Allah telah memilih orang yang dikehendaki-Nya,
Firman Allah:
Ertinya:
“…..Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulannya…...”
(Surah Al-An’am: 124)
Jika demikian halnya, maka nubuwwah itu adalah lebih besar kedudukannya
daripada harta dan pangkat serta kekuasaan kenabian merupakan hikmah Allah
yang tinggi yang telah membatasi rezeki setiap manusia, membatasi nasib baik
untuk setiap makhluk, iaitu daripada harta benda dan rezeki, apabila harta benda
dihubungkan dengan kenabian adalah perkara yang hina dan remeh, maka
bagaimana Allah yang Maha Mulia akan meletakkan “Risalah dan kenabian” kepada
hawa nafsu dan kemahuan mereka? Jika demikian, maka Allah tidak akan
membiarkan urusan rezeki kepada penghuni bumi, tetapi Allah membahagi dan
membatasi tiap-tiap bahagian-Nya, maka bagaimana Allah akan membiarkan
masalah kenabian kepada hawa nafsu manusia? Pada hal kenabian adalah rahsia
yang mendalam. Di dalam memberi pengertian ini Allah Taala berfirman:
Ertinya:
“…..Kami telah menentukan penghidupan mereka dalam kehidupan dunia…...”
(Surah Az-Zukhruf: 32)
Sesungguhnya Dia-lah yang memberi rezeki dan juga Dia-lah yang memberi
anugerah kenabian dan risalah.
Allah Azza Wa Jalla telah memilih hamba-hamba-Nya, segolongan daripada
manusia, supaya mereka menjadi contoh teladan untuk kesempurnaan dan
kecermelangan, pembawa suluh cahaya sinar terang, pemimpin untuk mengatur
tamadun dan peradaban manusia sepanjang zaman dan bergantinya masa. Dia
telah memilih mereka denga penuh kemuliaan, Maha Mulia hikmah-Nya, kerana
mereka menjadi petunjuk, sebagai orang-orang yang berbuat baik, maka Allah
memilih mereka dengan sifat-sifat kesempurnaan, Allah menjadikan mereka sebagai
pemimpin dunia dan akhirat. Hal ini dinyatakan menerusi firman Allah Taala:
Ertinya:
“Dan Kami telah menjadikan mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi
petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami telah wahyukan kepada mereka, (agar)
mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan hanya kepada
Kami mereka menyembah.” (Surah Al-Anbiya’: 73)
Sifat-sifat pilihan itu adalah daripada hamba-hamba Allah (para nabi telah
diberi Allah dengan akal yang kuat, pandangan yang benar, Allah memilih mereka
untuk menjadi perantara di antara Allah dan hamba-hamba-Nya (Makhluk-Nya),
mereka menyampaikan perintah-perintah Allah s.w.t. kepada para makhluk, mereka
memberi amaran dan peringatan kepada hamba-hamba terhadap kemarahan-Nya,
mereka menunjukkan kepada para makhluk terhadap kebahagiaan dunia dan
akhirat.
Semoga rahmat Allah dan salam-Nya atas para nabi, yang merupakan
sebaik-baik makhluk, manusia pilihan, kemuliaan seperti ini adalah dengan adanya
kenabian, kerana kenabian merupakan keutamaan yang murni daripada tuhan, tidak
diberikan kepada sebarang manusia, kerana kenabian merupakan hal-hal yang
tinggi dalam kesempurnaan – kedudukan kenabian itu tidak akan diperolehi dengan
jalan latihan jiwa (riyadhatun nafsi), atau kesungguhan-kesungguhan dalam
menjalankan ketaatan, menjalankan ibadah, kerana sesungguhnya kenabian itu
tidak akan diperoleh dengan jalan berebut, juga tidak dihasilkan dengan keteguhan
dan kesabaran sebagaimana kebiasaan yang lain, kerana kenabian adalah
anugerah daripada Allah dan pilihan-Nya.
Ertinya:
“…..Allah telah mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan-Nya…...”
(Surah Al-An’am: 124).
Nabi Muhammad s.a.w. utusan paling utama dan terakhir
Nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang paling utama, dia adalah pilihan para
makhluk, nabi terakhir, dialah penolong dan pemberi syafaat, dia adalah penutup
para nabi dan rasul namun paling utama di antara mereka dalam darjat dan pangkat.
Sebagaimana Al-Quran yang agung telah mengakhiri kitab-kitab Samawi, Al-Quran
yang mulia, paling utama di antara kitab-kitab Samawi, maka Allah Taala mengakhiri
kenabian dengan Muhammad s.a.w. Sepertimana Al-Quran mengakhiri wahyu, dia
adalah pendamaian perjanjian, sebagaimana firman Allah Taala:
Ertinya:
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa-bapa daripada seorang lelaki di antara
kamu, tetapi dia adalah Rasulullah penutup para nabi. Dan Allah adalah Maha
Mengetahui segala sesuatu.” (Surah Al-Ahzab: 40)
Bukti bahawa Muhammad s.a.w. adalah penghulu sekelian utusan, nabi yang paling
utama, juga Rasul yang termulia adalah kerana Allah tidak mengutus seorang nabi
pun melainkan Allah mengambil perjanjian kepada mereka, iaitu Allah menunjukkan
kepada Muhammad dalam kehidupannya, untuk beriman dengannya, untuk menjadi
penolongnya, pengikutnya dan ini adalah suatu kebesaran kesaksian terhadap
kekuasaannya, kebesaran dan keutamaannya. Allah Taala berfirman:
Ertinya:
“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian daripada para nabi; Sungguh apa
saja yang aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang
kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya
kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya, Allah
berfirman, “Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang
demikian itu?” Mereka menjawab, “Kami mengakui, Allah berfirman, “Kalau begitu
saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu.” (Surah Ali
Imran: 81)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda tatkala menerangkan ketinggian darjat yang hanya
diberikan kepadanya, iaitu denagn mendapat kepercayaan dunia dan akhirat:
“Aku adalah penghulu daripada sekalian anak Adam pada hari kiamat, ini
bukanlah satu kesombongan, tidak seorangpun, Adam dan sebayanya melainkan di
bawah benderaku (kekuasaanku), ini bukanlah kesombongan, aku adalah orang
pertama yang memberi pertolongan dan yang pertama tempat meminta syafaat, aku
orang yang pertama yang membuka kunci syurga, dan Allah memasukkan aku ke
syurga bersama-sama orang muslimin dan fakir, ini bukan satu kesombongan,
akulah orang yang pertama dan orang-orang yang terakhir yang paling mulia atas
Tuhanku dan hal ini bukanlah kesombongan.” (Hadith riwayat Tirmizi)
Prof. Al-Qadhi `Iyadh telah memberi isyarat dalam bukunya (Al-Syifak)
terhadap tafsiran yang halus daripada Al-Quran al-Karim dalam keutamaan
Rasulullah s.a.w., daripada semua rasul yang mulia, dia menjelaskan bahawa
Muhammad adalah yang paling mulia, paling utama di antara mereka para utusan
dan para nabi, sedemikian itu kerana Allah Taala membicarakan rasul-rasul dan
memanggil mereka dengan nama-nama mereka, sebagaimana firman Allah dalam
menyebutkan Nabi Ibrahim a.s.:
Ertinya:
“Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya
demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah As-Syaffat: 105)
Juga firman Allah dalam memangil Nabi Nuh a.s. pada ayat:
Ertinya:
“Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera, dan penuh keberkatan daripada Kami
atas mu dan atas umat-umat (yang mukmin) daripada orang-orang yang
bersamamu.”
(Surah Hud: 48)
Juga firman Allah dalam memangil Nabi Musa a.s.:
Ert
iny
a:
“Hai Musa, sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu daripada manusia yang
lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-
Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan
hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” (Surah Al-A’raf: 144)
Juga firman Allah ketika berbicara pada Nabi Isa a.s. putera Maryam:
Ertinya:
“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman, “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu
mengatakan kepada manusia, “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang Tuhan selain
Allah?” Nabi Isa a.s. menjawab, “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku
mengatakan apa yang bukan hak ku (mengatakannya).” (Surah Al-Maidah: 116)
Ini adalah kisah para nabi, semoga Allah dan salam-Nya atas mereka semua,
dimana Allah memanggil mereka dengan nama-nama mereka. Hal ini sangat
berbeza ke atas Rasulullah s.a.w. Nabi yang terakhir ini, Allah menceritakannya
dengan sifat-sifat kenabian, atau kerisalahan, ketinggian keutamaannya,
sebagaimana firman Allah Taala:
Ertinya:
“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan membawa
khabar gembira serta pemberi peringatan.” (Surah Al-Ahzab: 45)
Firman Allah s.w.t. lagi:
Ertinya:
“Wahai Nabi, cukuplah Allah dan orang-orang mukmin yang mengikutimu (menjadi
penolongmu).” (Surah Al-Anfal: 64)
Kadangkala Allah s.w.t. juag memanggil baginda dengan sebutan Rasul atau
Rasulullah sebagaimana pada ayat di bawah:
Ertinya:
“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu.
Dan jika tidak engkau sampaikan dan amalkan (apa yang diperintahkan itu bererti)
engkau tidak menyampaikan amanah-Nya, Allah memelihara kamu daripada
(gangguan) manusia.” (Surah Al-Maidah: 67)
Ertinya:
“Wahai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang
bersegera (memperlihatkan) kekufurannya, iaitu di antara orang-orang yang
mengatakan dengan mulut mereka bahawa “Kami telah beriman”, pada hal hati
mereka belum beriman……..” (Surah Al-Maidah: 41)
Tidak ditemui dalam Kitab-Kitab Allah Azza Wa Jalla satu ayat pun yang
memanggil kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan nama terang, seperti nabi-nabi
selainnya. Sebaliknya setiap ayat yang mulia tersebut menyebut dengan lafaz
“Kenabian”, tidak ada satu ayatpun yang menyabut “Ya Muhammad”. Sesungguhnya
hal ini adalah suatu kehalusan isyarat terhadap ketinggian dan keutamaan Nabi
Muhammad s.a.w., baginda adalah rasul yang paling utama secara mutlak.
Rahmat Tuhan ku dan salam-Nya semoga dicurahkan kepada makhluk pilihan, yang
diutus sebagai rahmat untuk alam semesta, Allah Taala telah menetukan kepadanya
dengan kemulian yang besar, tidak seorangpun yang menghinanya, Allah telah
menjadikannya sebagai tuan dan penghulu bagi orang-orang pertama dan orang-
orang terakhir, dan alangkah bagusnya orang yang mengatakan bahawa,
“Muhammad adalah pilihan-Nya, Yang Maha Pencipta, dan rahmat-Nya Pilihan Allah
daripada orang-orang Arab dan orang-orang ‘Ajam.”