objektif kajian
TRANSCRIPT
OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut : - 1.
mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat dikawasan kajian dan membandingkannya dengan Negara lain ( Singapura ). 2.
mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan kajian dan membandingkannya dengan Negara lain ( Singapura ). 3.
mengenalpasti dan menyenaraikan kesan-kesan kegiatan ekonomi dikawasan kajian dan membandingkannya dengan ( Singapura ). 4.
mengenalpasti, menyenaraikan dan menghuraikan langkah-langkah
bagi mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
dikawasan kajian dan membandingkannya dengan Negar lain
( Singapura ).
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian ini ialah sebuah petempatan terancang, iaitu
Taman Seri Telok Mas yang terletak di Pekan Telok Mas. Pekan
Telok Mas terletak di peta kawasan Melaka Tengah iaitu kira-kira
12km dari Bandar Melaka. Peta di bawah merupakan sebuah peta
daerah yang menunjukkan lokasi kawasan kajian kedudukan Pekan
Telok Mas. Manakala Peta 2 pula menunjukkan Taman Seri Telok
Mas, iaitu lokasi kawasan kajian dengan lebih jelas.
3 Kawasan Kajian
Tempoh perjalanan dengan menaiki kereta dari Bandar Melaka
ke Pekan Telok Mas ialah kira-kira 15 minit, menggunakan jalan raya
yang menghubungkan Bandar Melaka dengan Bandar Muar, Johor.
Pekan ini terus membangun dan dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan infrastruktur. Penduduk di kawasan kajian berinteraksi
melalui pelbagai aktiviti ekonomi seperti pertanian, perikanan,
perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.
Kawasan kajian ini juga letaknya kira-kira 1 ½ km daripada
SMK Telok Mas dan di sebabkan kawasan ini adalah kawasan yang
paling hampir dengan sekolah saya maka saya telah memilih Taman
Seri Telok Mas sebagai kawasan kajian.
36% 4% 8% 14% 38% Perniagaan Insurans Pendidikan
Pertanian Perindustrian
SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP 10
KAWASAN KAJIAN
Pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang telah dijalankan di
kawasan kajian telah menyumbang kepada pembangunan di
kawasan kajian Pekan Telok Mas khususnya dan negara amnya.
Penduduk di kawasan kajian khususnya dan penduduk
Malaysia amnya, sewajarnya berasa bersyukur dengan apa yang
mereka perolehi sehingga kini. Pihak kerajaan telah banyak
memainkan peranan mereka untuk perkembangan dan kemajuan
penduduknya dalam pelbagai aspek, politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya.
Kegiatan ekonomi ini telah menyediakan pelbagai jenis peluang
pekerjaan. Pekerjaan ini telah menghasilkan pendapatan yang dapat
digunakan untuk menyara ahli keluarga.
Dalam sektor perkhidmatan misalnya, banyak jenis-jenis
pekerjaan yang ditawarkan seperti pengurus, akauntan, jurutera,
pekerja am, pekerja pengangkutan dan syarikat kewangan manakala
dalam sektor perindustrian terdapat pula peluang-peluang pekerjaan
seperti pengurus kilang, jurutera mesin, penyelia pengeluaran,
penyelia kualiti dan operator pengeluaran.
Hasil daripada pendapatan yang diperolehi telah
mempengaruhi taraf hidup penduduk di kawasan kajian, iaitu Pekan
Telok Mas. Apabila pendapatan per kapita meningkat, kuasa beli
sesuatu barangan akan meningkat dan akan meningkatkan taraf
hidup. Barang keperluan akan dapat dibeli kerana mempunyai kuasa
beli yang tinggi. Penduduk di Pekan Telok Mas juga boleh menggunakan pendapatan untuk meningkatkan taraf perubatan atau tahap pendidikan mereka. 11
Kemudahan infrastruktur penting terhadap kegiatan ekonomi.
Tanpa kemajuan infrastruktur kegiatan ekonomi tidak boleh
berkembang maju. Hasil daripada kepesatan kegiatan ekonomi yang
ada di kawasan kajian Pekan Telok Mas, kawasan ini telah dilengkapi
dengan kemudahan infrastruktur yang lebih sempurna.
Berbanding dengan negara Singapura, perkembangan dan
kemajuan kegiatan ekonominya dalam sektor sekunder dan tertier
telah menyumbangkan pendapatan yang besar terhadap
pembangunan negara nya. Perkembangan dan kemajuan yang pesat
dalam kegiatan ekonominya, telah banyak menyediakan peluang-
peluang pekerjaan kepada penduduk negara berkenaan. Taraf hidup
penduduk di Singapura juga adalah tinggi jika dibandingkan dengan
negara Malaysia. Kemudahan infrastruktur yang ada di pulau tersebut
juga jauh lebih moden dan lengkap jika dibandingkan dengan apa
yang ada di Malaysia dan secara langsung telah mempercepatkan
proses pembandaran negara tersebut. Walaupun Singapura tidak
banyak atau pun boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang tidak
mempunyai bahan mentah tetapi perkembangan ekonominya tidak
dapat disangkal.
KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI 12
TERHADAP ALAM SEKITAR
Pelbagai jenis kegiatan ekonomi menyebabkan banyak sumber
asli terpaksa ditebang atau diterokai. Kebanyakan kegiatan ekonomi
dilakukan tanpa melakukan proses pemeliharaan dan pemuliharaan.
Akibatnya timbul kesan negatif terhadap alam sekitar yang
menyebabkan kepupusan sumber, pencemaran air, udara, tanah,
perubahan cuaca dan ciri-ciri atmosfera dan kawasan kajian ini
sendiri tidak terkecuali daripada menerima kesan nya. Sanggupkah
kita melihat semuanya ini berlaku di bumi Malaysia yang kita cintai?
Penebangan hutan tanpa kawalan telah menyebabkan
kepupusan sumber hutan yang berharga. Penebangan hutan
dilakukan oleh manusia bagi tujuan menerangkan kawasan untuk
aktiviti perindustrian dan petempatan.
Kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perkilangan dan
pengangkutan meninggalkan kesan terhadap alam sekitar
terutamanya pencemaran udara dan pencemaran air.
Pencemaran udara berlaku kerana pembebasan gas beracun
seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen ke udara.
Kesemua gas ini terhasil dari ekzos kenderaan atau asap dari kilang.
Pembuangan sisa pepejal seperti kayu, logam, sampah-sarap
dan plastik ke dalam sungai akan menyebabkan sungai tercemar.
Contoh sungai yang tercemar ialah seperti di Sungai Duyong, Melaka
yang letaknya berhampiran dengan kawasan kajian.
Aktiviti seperti pembakaran terbuka, perindustrian dan
penggunaan kenderaan membebaskan gas ke udara. Antara gas-gas
yang terlibat ialah karbon monoksida, karbon dioksida, nitrus oksida
dan sulfur dioksida. Pembebasan gas ini akan menyebabkan
permukaan bumi tercemar. Gas ini dapat mencemarkan udara dalam
dua keadaan iaitu deposit basah dan deposit kering.
Deposit basah terdiri daripada hujan asid dan kabus. Hujan
asid terbentuk apabila sulfur dioksida bertindak balas dengan wap air.
Keadaan ini akan menghasilkan asid lemah. Manakala deposit kering
pula terdiri daripada gas dan partikel berasid yang terdapat dalam
udara. Apabila berlaku tiupan angin, deposit kering akan melekat
pada bangunan, kenderaan dan tumbuh-tumbuhan. Apabila hujan
turun, bahan-bahan ini akan menjadi asid lemah dan merosakkan
dinding bangunan.
Hujan asid memberi kesan terhadap tumbuhan dan haiwan dan
kesan hujan asid bergantung kepada paras keasidan hujan,
kandungan bahan kimia dan keupayaan tanih untuk menampan hujan
tersebut.
Sepertimana negara Malaysia, Singapura juga tidak terlepas
daripada menerima kesan daripada kepesatan kegiatan ekonomi nya
terhadap alam sekitar. Antara kesan utama yang dialami Singapura
ialah timbulnya masalah pulau haba.
Pulau haba ialah fenomena suhu di bandar meningkat dan
menjadi panas berbanding suhu di luar bandar. Ini adalah kerana di
Singapura terdapat banyak bangunan yang dibina daripada konkrit
seperti bangunan pencakar langit, kompleks beli belah, bank, pusat
perniagaan dan kilang-kilang. Akibat pancaran matahari terik pada
waktu siang, bangunan konkrit ini akan memerangkap suhu panas
pada waktu siang dan membebaskan nya semula pada waktu malam.
Pembebasan gas dari kilang 14
perindustrian yang banyak di Singapura juga telah
membebaskan partikel ke udara yang akan menyebabkan suhu
menjadi lebih panas. Kesemua fenomena tersebut telah
menyebabkan suhu di pusat bandar Singapura lebih panas daripada
suhu di kawasan luar bandar. Selain timbulnya masalah pula haba, Singapura juga begitu terdedah dengan masalah pencemaran dan hujan asid. 15
LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN
EKONOMI
TERHADAP
ALAM SEKITAR
Pengurusan alam sekitar penting untuk memastikan bekalan
sumber berterusan pada masa hadapan. Generasi yang akan datang
dapat menikmati sumber yang ada jika pengurusan dijalankan dengan
teratur. Walaupun kegiatan ekonomi menambahkan pendapatan,
tetapi langkah-langkah yang berkesan harus diambil supaya tidak
meninggal sebarang kesan terhadap alam sekitar. Di Pekan Telok
Mas sendiri iaitu di kawasan kajian pelbagai langkah diambil bagi
mengurangkan kesan kegiatan ekonomi yang telah dilakukan
terhadap alam sekitar.
Kitar semula bermaksud memproses semula bahan buangan
untuk dijadikan barang-barang baru yang berguna. Bahan buangan
dan sisa industri seperti plastik dikitar semula dan digunakan semula.
Barangan yang boleh dikitar semula ialah barangan plastik, kaca,
aluminium dan kertas. Kitar semula membolehkan penggunaan
sumber asli dijimatkan. Contohnya penebangan hutan dapat
dielakkan melalui kitar semula kertas. Kitar semula juga boleh
menjimatkan kos bahan buangan industri kerana bahan buangan
boleh digunakan semula.
Pendidikan alam sekitar diadakan untuk menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Di
peringkat sekolah rendah, para murid didedahkan kepada pendidikan
alam sekitar melalui matapelajaran Kajian 16
Tempatan. Di peringkat menengah pula, para murid didedahkan
tentang pengurusan alam sekitar melalui matapelajaran Geografi. Di
peringkat pengajian tinggi, pelajar didedahkan dengan program yang
berkaitan dengan Geografi, contohnya Universiti Kebangsaan
Malaysia menawarkan kursus Program Pembangunan Lestari di
peringkat Sarjana. Kempen dapat mempengaruhi orang ramai untuk mempercayai, mempelajari dan mengamalkan sesuatu supaya alam sekitar dapat diurus dengan berkesan. Contohnya : Meningkatkan : Jangan mencemarkan alam sekitar Menerangkan : Kesan negatif akibat pencemaran Menunjukkan : Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran Mengamalkan : Jangan menebang hutan
Agensi kerajaan, swasta dan badan sukarela melancarkan
pelbagai jenis kempen untuk memelihara alam sekitar. Semua jenis
kempen dilancarkan melalui media massa.
’Kempen Kitar Semula’ adalah salah satu kempen yang
diperkenalkan oleh kerajaan untuk memelihara alam sekitar melalui
proses pengitaran semula bahan-bahan buangan yang dapat
memberi banyak faedah kepada manusia. Di Singapura, rawatan semula sisa air adalah penting kerana jumlah penduduk nya semakin bertambah. Singapura juga mengimport air dari Malaysia. NEWater ialah air sisa yang telah dirawat. Air sisa domestik ini disalurkan ke loji rawatan. Di loji rawatan, air akan melalui proses penapisan yang menggunakan dual membrane ( penapisan mikro dan pembalikan osmosis ) dan teknologi ultra ungu. Air NEWater kemudian akan disalurkan ke kolam takungan air dan dicampurkan dengan air mentah dari sumber hujan dan air yang diimport. Air tersebut akan diproses melalui kaedah
konvensional untuk menghasilkan air minuman. Prosedur ini dinamakanPlanned Indirect Portable Use. Terdapat beberapa loji menghasilkan NEWater seperti di Kranji, Bedok dan Seletar. Air dari loji ini akan disalurkan ke Woodlands, Tampines, Pasir Ris dan Ang Mo Kio.
Undang-undang dilaksanakan untuk mengawal kegiatan pihak
tertentu yang melakukan pencemaran. Jabatan Alam Sekitar
merupakan agensi yang dilantik untuk menguatkuasakan undang-
undang. Terdapat juga Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan
Kenderaan Bermotor ( Kawalan Asap dan Gas ) 1977, Peraturan
Alam Sekitar ( Sisa Buangan Industri ) 1979, peraturan-Peraturan
Alam Sekitar ( Pembuangan Sisa Pepejal ) 1989 dan Arahan Kualiti
Alam Sekitar ( Penilaian Impak Alam Sekitar ) 1987.
Berbanding dengan negara Malaysia, Singapura lebih
menitikberatkan penguatkuasaaan undang-undang. Maka tidak
hairanlah, Singapura merupakan salah sebuah negara yang
penduduknya lebih berdisiplin. Sikap berdisiplin, bertanggunjawab
dan berkhemah tinggi yang ada dalam kalangan penduduk Singapura
telah membolehkan Singapura begitu bersih dan kurang dicemari
kerana penduduknya begitu terikat dengan penguatkuasaan undang-
undang yang bukan sekadar dilancar adakan tetapi dipraktikkan
dengan jayanya.
Penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan untuk mencari
teknologi yang sesuai bagi mencari bahan yang sesuai. R & D juga
bertujuan untuk menghasilkan produk barangan yang tidak
mencemarkan alam sekitar. Dalam sektor perindustrian, contohnya
Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawai Malaysia ( SIRIM ) ,
teknik pengurusan sisa berbahaya, teknologi mengurangkan bahan
sisa dan teknologi kawalan pencemaran dilakukan dijalankan
dilaksanakan sebagai antara aktiviti R & D mereka. 18
Keberkesanan segala langkah yang bakal dilakukan
bergantung sepenuhnya kepada setiap diri kita. Sifat kasih dan
sayang serta semangat cintakan persekitaran dan negara adalah
tonggak kepada hidup yang lebih sempurna bukan sahaja untuk
dinikmati pada hari ini tetapi juga untuk generasi yang akan datang. 19
RUMUSAN
Kegiatan ekonomi sangat penting untuk menambahkan
pendapatan negara, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
dan meningkatkan taraf hidup. Sekiranya segala kegiatan ekonomi
dilakukan tanpa kawalan, maka akan timbul kesan negatif terhadap
alam sekitar. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mengatasi kesan negatif ini, antaranya ialah pembangunan lestari
iaitu pembangunan berterusan. Pembangunan lestari menekankan
pembangunan tanpa memupuskan sumber alam semulajadi.
Dari itu, sebagai penduduk di Negara Malaysia sewajarnya, kita
mesti sentiasa sayang dan cintakan negara. Berkerjasama dan
bertanggungjawab bagi memastikan negara Malaysia terus
berkembang maju sebaris dengan negara-negara yang lain di dunia. 20
RUJUKAN 1.
FOCUS SUPER HOT PMR GEOGRAFI
Penerbit : Pelangi Sdn. Bhd
Tahun Terbitan 2008
Penulis: Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Chai, Chong Hui Ling Dan Darmindar Singh 2. 21