okt - dis 2018 parajurit/e- newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... •...

36
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar. Sesungguhnya kedustaan itu akan mendorong kepada kejahatan yang akan menuju ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.” (Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim) 25 November 2018 – Acara Riadah Ekspedisi Berbasikal sekali lagi menceriakan suasana ibu negara dengan penyertaan dari pelbagai penggemar sukan berbasikal semasa Acara Riadah Berbasikal sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke - 57. Acara yang menggalakkan gaya hidup sihat dan perpaduan masyarakat ini diserikan apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyertai rakyat baginda dalam aktiviti Riadah Berbasikal berkenaan yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. OKT - DIS 2018 MUTIARA IMAN BERITA PERTAHANAN & E - NEWSLETTER Kandungan penerbitan ini merangkumi penyusunan berita dan aktiviti-aktiviti penting yang berlaku di Kementerian Pertahanan dan ABDB bagi tahun 2018. Email : [email protected] Untuk melayari laman web MINDEF website di www.mindef. gov.bn Untuk memuat turun PDF E-Newsletter ini bolehlah mengimbas kod bar di bawah ini. ....Bersambung ke muka surat 3 EKSPEDISI BERBASIKAL SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE - 57 MENARIK DI DALAM “REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-162 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-54” “RAKAN MEDIA, RAKAN STRATEGIK” “MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SAW PERINGKAT ABDB”

Upload: others

Post on 23-Aug-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

Annual

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada

kebaikan yang akan menuju ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa

berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai

orang yang benar. Sesungguhnya kedustaan

itu akan mendorong kepada kejahatan yang akan menuju

ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga dia akan

dicatat di sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.”(Hadith riwayat al-Bukhari &

Muslim)

25 November 2018 – Acara Riadah Ekspedisi Berbasikal sekali lagi menceriakan suasana ibu negara dengan penyertaan dari pelbagai penggemar sukan berbasikal semasa Acara Riadah Berbasikal sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke - 57.

Acara yang menggalakkan gaya hidup sihat dan perpaduan masyarakat ini diserikan apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyertai rakyat baginda dalam aktiviti Riadah Berbasikal berkenaan yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

OKT - DIS 2018

MUTIARAIMAN

BERITA PERTAHANAN & E - NEWSLETTER

Kandungan penerbitan ini merangkumi penyusunan berita

dan aktiviti-aktiviti penting yang berlaku di Kementerian Pertahanan dan ABDB bagi

tahun 2018.Email : [email protected] Untuk melayari laman web

MINDEF website di www.mindef.gov.bn

Untuk memuat turun PDF E-Newsletter ini bolehlah

mengimbas kod bar di bawah ini.

....Bersambung ke muka surat 3

BERITA PERTAHANAN

EKSPEDISI BERBASIKAL SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE - 57

MENARIKDI DALAM

“REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-162 DAN REKRUT WANITA

PENGAMBILAN KE-54”

“RAKAN MEDIA, RAKAN STRATEGIK”

“MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM SEMPENA

MAULUD NABI MUHAMMAD SAW PERINGKAT ABDB”

Page 2: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

3

SIDANG RIDAKSIPENASIHATMejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud (Pemerintah ABDB) Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB(Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan)

OKTOBER -DISEMBER 2018 KANDUNGAN

REKABENTUK

Bintara Kanan Haji Muhd Hasbi Ashsiddieqy bin Haji SallehSarjan Shaikh Sharul Azhar Shaikh Hj Ahmad

PENYUNTING

Komander Norharirayati binti Yakub, TLDB(Jurucakap KEMENTAH)Siti Zahira binti Haji Bakar(Pegawai Perhubungan Awam)Lt (U) Dk Noorul Aqilah binti Pg Ishak(Pegawai Tentera Perhubungan Awam)

2

KEBERANGKATAN DIRAJA

1-3 • EKSPEDISI BERBASIKAL SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE-57

4-5 • LAWATAN HER ROYAL HIGHNESS THE PRINCESS ROYAL OF THAILAND

6 • KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

UPACARA PERBARISAN

7• UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN BAGI REKRUT LELAKI

PENGAMBILAN KE-162 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-54

8 • TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE - 57

• PERBARISAN AKHIR TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 2018

DIPLOMASI PERTAHANAN

9 • PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI HADIRI INTERNATIONAL FLEET REVIEW 2018 DI REPUBLIK KOREA

• MENTERI PERTAHANAN KEDUA HADIRI MESYUARAT (ADMM) KE-12 DAN ADMM-PLUS KE - 5, REPUBLIK SINGAPURA

• MESYUARAT MENTERI-MENTERI ASEAN MENGENAI JENAYAH RENTAS SEMPADAN KE -12 DAN MESYUARAT-MESYUARAT BERKAITAN

10 • PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA (SEKRETERIS - JENDERAL)

• KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA COMMANDER LOGISTICS GROUP WESTERN PACIFIC (COMLOG WESTPAC)

• KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEMERINTAH ARMADA PASIFIK PERSEKUTUAN RUSIA DAN KETUA ANGKATAN KAPAL SELAM ARMADA PASIFIK

11 • KETUA TURUS PERTAHANAN THAILAND BUAT KUNJUNGAN PENGENALAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

• 30 ANGGOTA KONTINJEN UNIFIL SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

12 • EKSESAIS AIRGUARD 24/18 DENGAN RASMINYA DITUTUP

• EKSESAIS MALBRU SETIA SIRI 14/2018 DAN EKSESAIS MERTAK BERSATU SIRI 11/2018. EKSESAIS

• EKSESAIS MALLEE BULL 2018 BERAKHIR

13 • PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA UNITED STATES COMMANDER LOGISTICS GROUP WESTERN PACIFIC

• LAWATAN MUHIBBAH KAPAL TENTERA LAUT RUSSIAN PACIFIC FLEET

• LAWATAN MENTERI PERTAHANAN KEDUA KE JABATANARAH-JABATANARAH KEMENTERIAN PERTAHANAN

14 • LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE MALAYSIA

• LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE REPUBLIK INDONESIA

• MESYUARAT JAWATANKUASA KERJASAMA PERTAHANAN BERSAMA (JDCC) YANG KE - 3 DIJALANKAN DI BRUNEI DARUSSALAM

15 • KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

• MESYUARAT PELBAGAI HALA BAGI KETUA-KETUA TENTERA DARAT NEGARA ASEAN KALI KE-19 DAN MESYUARAT TAHUNAN BAGI SARJAN MEJAR TENTERA DARAT NEGARA ASEAN KALI KE-8

• PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA MEMBUAT KUNJUNGAN PENGENALAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

16 • PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA COMMANDER 11 INFANTRY BRIGADE, BRITISH ARMED FORCES

17 • TITAH KDYMM SEMPENA HUT ABDB KE - 57

PERKEMBANGAN & KEUPAYAAN

18 • SESI KONGSISAMA PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN PERTENGAHAN

(EDPMMO JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENUTUP TIRAI)

• SHHBIDSS MENGENDALIKAN SESI PERBINCANGAN ROUNDTABLE MENGENAI KESELAMATAN SIBER: STRATEGI DAN RESPON

• 31 PEGAWAI TAMAT KURSUS MAKTAB TURUS KE - 8

19 • PEGAWAI- PEGAWAI AWAM DAN TENTERA KEMENTERIAN PERTAHANAN HADIRI 10TH BRUNEI-SINGAPORE DEFENCE SCHOLARS’ DEVELOPMENT PROGRAMME 2018 - ALUMNI

• LATIHAN PELAN KONTINGENSI TINDAKAN TUMPAHAN MINYAK 2018

• YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN KEDUA HADIRI INDO DEFENCE 2018 EXPO DAN FORUM YANG KE - 8

20 • PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBUAT LAWATAN KE PULAU BARU-BARU

• MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSAMA PEMANGKU PEGAWAI DAERAH, AHLI MESYUARAT NEGARA, PENGHULU-PENGHULU MUKIM, KETUA-KETUA KAMPONG, PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH TEMBURONG

21 • EKSESAIS CARAT 2018 KALI KE - 24 DIJALANKAN DI IBU NEGARA

• SEMINAR EAST ASIA SECURITY OUTLOOK (EASO) YANG KE - 11

• DUA PENERIMA BIASISWA ABDB TERIMA IJAZAH DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

22 • SESI PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF SIRI 14/2018 BERSAMA MENTERI PERTAHANAN KEDUA 21 - 30 NOVEMBER 2018

• PEMERINTAH ABDB HADIRI THE 10th INTERNATIONAL DEFENCE EXHIBITION AND SEMINAR (IDEAS) 2018

• TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI RAIH PINGAT DI KEJOHANAN MENEMBAK TENTERA DARAT ASEAN AARM KALI KE - 28

23 • LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KEDUA KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

• PENYERAHAN KENDERAAN KIA MILITARY KM450 KE ABDB

• MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PENYELIA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN

• 60 PEGAWAI TAMAT KURSUS STAF RENDAH BAGI TAHUN 2018

24 • “RAKAN MEDIA RAKAN STRATEGIK”

Page 3: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

....Sambungan dari Muka Hadapan

Berangkat sama menyertai Riadah Berbasikal ialah paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Keberangkatan Kebawah DYMM berserta paduka-paduka anakanda baginda di hadapan Pentas Diraja Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dijunjung oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Kebawah DYMM berkenan mendahului Riadah Berbasikal sejauh 12KM mengelilingi Bandar Seri Begawan yang melintasi jalan-jalan utama antaranya Jalan Pretty, Jalan Elizabeth II, Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Jalan Kianggeh, Jalan Sekolah, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Menteri Besar, Jalan Perdana Menteri, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan melimpasi beberapa buah bangunan ikonik di sekitar ibu negara.

Acara Riadah Berbasikal itu turut disertai oleh Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, para jemputan, orang ramai termasuk warga asing.

Selepas acara Riadah Berbasikal sejauh 12KM, Kebawah DYMM berkenan melawat pameran pihak penaja yang

diadakan di persekitaran taman tersebut dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh agensi-agensi yang terlibat, antaranya Khidmat Perubatan dan Kesihatan ABDB, Kementerian Kesihatan, Jerayawara pengambilan tentera dan sebagainya.

Acara ini dimulakan dengan Program Masjidku Makmur di Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dengan solat Fardhu Subuh dan tazkirah bertajuk ‘Tanggungjawab Mempertahankan Keamanan Negara’ disampaikan oleh Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Pegawai Operasi Agama daripada Jabatan Agama ABDB, Kementerian Pertahanan.

Terdahulu seramai 1,057 anggota ABDB dan orang awam telah menyertai kayuhan berbasikal sejauh 45KM yang melintasi jalan-jalan utama, antaranya Tasek Meradun, Kampong Sengkurong, Kampong Jerudong, Lebuhraya Tungku, Gadong, Masjid Jame’ Asri dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua turut menyampaikan derma kutipan Tabung Kemanusiaan Sulawesi kepada Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Acara diikuti dengan perasmian dana dan penyerahan Derma Anak-Anak Yatim ABDB oleh Pemerintah ABDB.

3

KEAGAMAAN & KEBAJIKAN

25 • KULIAH SUBUH - BULAN OKTOBER “HATI BUTA DOA TAK TERKABUL”

• KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB HULUR BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA

• MAJLIS PENYERAHAN KERUSI RODA KEPADA PESARA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

26 • PEMBUKAAN MAJLIS SAMBUTAN DIKIR MAULUD

• ANGGOTA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMELUK AGAMA ISLAM

• KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI MAJLIS DIKIR MAULUD DI MASJID KAMPONG KASAT

27 • ACARA SAMBUTAN DAN PERARAKAN MAULUD 2018 BAGI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

28 • LAWATAN SEKOLAH RENDAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

• TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH RENDAH ANGGREK DESA

• MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SAW PERINGKAT ABDB

30 • PROGRAM SYABABUL WATAN (TUNAS BANGSA) SEMPENA CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2018

PENGHARGAAN & PENCAPAIAN

31 • EMPAT WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA APCPA

• 6 PEGAWAI ABDB TERIMA ANUGERAH OBOE ENDEAVOUR

32 • PEGAWAI WANITA TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI TELAH MENJADI WANITA YANG PERTAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MENJALANI EKSPEDISI SOLO DI PERGUNUNGAN HIMALAYA UTARA DI NEPAL

33 • COMMANDER-IN-CHIEF TENTERA UDARA DIRAJA THAILAND DIANUGERAH LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

• 68 PEGAWAI ABDB DINAIKKAN PANGKAT

SUKAN & KESIHATAN

34 • TIPS KESIHATAN SEMASA BERKERJA

• KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI RIADAH AMAL HARI PERKHIDMATAN AWAM 2018

35 • ALPHA CHALLENGE ABDB 2018

36 • ANGGOTA TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI PERTANDINGAN REGATA RBYC 2018

• KEMENTERIAN PERTAHANAN MENJADI JUARA KEJOHANAN BOLA JARING ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2018

• PIALA REBUTAN JUARA KEJOHANAN SERI DEWA 2018

Page 4: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

3K

EB

ER

AN

GK

ATA

N D

IRA

JA

31 Oktober 2018 - Her Royal Highness Puteri Chakri Sirindhorn dari Kerajaan Thailand telah berada di Negara Brunei Darussalam pada 31 Oktober 2018 hingga 2 November 2018 bagi mengetuai lawatan rombongan terdiri daripada pegawai kanan Kerajaan Thailand, pegawai tentera dan 35 orang pegawai kadet tahun empat dari Chulachomklao Royal Military Academy of Thailand.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berkenan menerima mengadap Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn, the Princess Royal of Thailand di Istana Nurul Iman pada 1 November 2018.

LAWATAN HER ROYAL HIGHNESS, PRINCESS MAHA CHAKRI SIRINDHORN,KINGDOM OF THAILAND

KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

4

Atucara lawatan Her Royal Highness Puteri Maha Chakri Sirindhorn dan rombongan kadet dari Chulachomklao Royal Military Academy of Thailand termasuk lawatan ke Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Kampong Tanah Jambu. Semasa di Akademi Pertahanan ABDB, Her Royal Highness diberikan taklimat mengenai Akademi Pertahanan ABDB yang disampaikan oleh Pemangku Komandan Akademi Pertahanan ABDB, Leftenan Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi. Her Royal Highness kemudian melawat ke tempat penginapan Pegawai Kadet dan meninjau fasiliti yang terdapat dalam penginapan itu dan termasuk menyaksikan demonstrasi latihan ‘Obstacle Course’ pegawai kadet.

Sembah taklimat mengenai Akademi Pertahanan ABDB disampaikan oleh Pemangku Komandan Akademi Pertahanan ABDB, Leftenan Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi.

Her Royal Highness menerima tabik hormat diraja dan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari 107 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei diketuai oleh Mejar Pg Haji Mohd Razif bin Pg Haji Idros.

Page 5: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

Dalam rangka lawatan ini, Her Royal Highness turut mengadakan lawatan ke Kawasan Pembangunan Pertanian (KKP) Wasan, Wasan di Mukim Pengkalan Batu, Universiti Brunei Darussalam dan lawatan ke Muzium Maritim Brunei Darussalam, Masjid Omar Ali Saifuddien, Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, dan Kampong Tamoi di Kampong Ayer. Semasa lawatan di Kampong Tamoi, Her Royal Highness berkenan menyaksikan demonstrasi pembuatan kuih-kuih tempatan Brunei diikuti dengan hiburan musik tradisional

dan pencak silat. Her Royal Highness juga berkenan melawat Sekolah Rendah Haji Tarif dan beramah mesra dengan guru-guru dan para pelajar serta berkenan meninjau kemudahan-kemudahan di sekolah tersebut.

Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand telah menikmati hubungan dua hala yang mesra dan rapat sejak penubuhan hubungan diplomatik kedua-dua buah negara pada tahun 1984. Hubungan dua hala tersebut telah berkembang sejak bertahun-

tahun dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perdagangan dan pelaburan, pelancongan, dan pendidikan, di mana ianya juga dipertingkatkan dengan pertukaran lawatan-lawatan tahap tertinggi yang berterusan. Dalam bidang pertahanan pula, hubungan yang rapat dan mesra adalah jelas terjalin melalui program-program dan aktiviti-aktiviti interaksi dua hala yang berfungsi untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara pegawai pertahanan dan anggota tentera di semua peringkat.

5K

EB

ER

AN

GK

ATAN

DIR

AJA

Page 6: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

36

KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

MALAYSIA

4 Disember 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri PanglimaHaji Zulkifli binHaji ZainalAbidin,Panglima Angkatan Tentera Malaysia, di Istana Nurul Iman.

Menyertai Yang Berbahagia Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Majlis Mengadap tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Tengku Fauzi bin Tengku Ibrahim, Operasi dan Latihan Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia; dan Puan Rafedah binti Aziz, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan delegasi tiba di Negara Brunei Darussalam pada 3 Disember 2018 bagi lawatan pengenalan selama tiga hari.

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia mempunyai hubungan pertahanan rapat dan sudah lama terjalin yang berkembang pesat dengan kerjasama di dalam pelbagai bentuk pertukaran lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan, pertukaran profesional, dan kehadiran kursus. Tambahan pula, ABDB dan Angkatan Tentera Malaysia baru-baru ini telah menamatkan dua eksesais yang berbentuk dua hala iaitu Eksesais MALBRU Setia siri 14/2018 dan Eksesais Mertak Bersatu siri 11/2018 pada bulan Oktober 2018. Interaksi tersebut telah meningkatkan interoperabiliti dan juga memperkuat hubungan persahabatan kedua-dua angkatan tentera.

BE

RK

EN

AN

ME

NE

RIM

A M

EN

GH

AD

AP

Page 7: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

7

12 Oktober 2018 – Seramai 158 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke-162 dan seramai 67 anggota Rekrut Wanita Pengambilan ke-54 telah menamatkan latihan asas ketenteraan dengan Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison. Rekrut lelaki telah menjalani latihan selama 6 bulan yang diserapi dengan pengetahuan asas ketenteraan. Tetamu kehormat bagi Upacara Perbarisan, Tamat Latihan itu ialah Dato Seri Setia Awang Haji Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Lelaki ke-162 adalah:-

1) 16439 Bintara Himran bin Haji Awang Hassan bagi Platun Sarjan Lelaki Terbaik.2) 17077 Korporal Mahdini bin Osli bagi Jurulatih Lelaki Terbaik.3) 52551 Rekrut Mohd Ali bin Emran bagi Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan.4) 52624 Rekrut Muhd Syazwan bin Mahni Azizan bagi Rekrut Terbaik Senjata Ringan.5)52578RekrutMuhammadMuizbinRafiudinbagiLatihanJasmaniTerbaik.6) 52706 Rekrut Khalid bin Haji Yussof, TLDB bagi Kemahiran Tentera Terbaik.7) 52673 Rekrut (U) Ak Mohd Hamizan bin Pg Hj Gazali bagi Penembak Terbaik.

Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Wanita ke- 54 adalah:-

1) 21216 Sarjan Norbaya binti Haji Abdul Hadi bagi Platun Sarjan Wanita Terbaik.2) 21474 Koperal Nurul Suriyana binti Haji Serbini bagi Jurulatih Wanita Terbaik.3) 21956 Rekrut Nurain binti Mohd Sallih bagi Rekrut Wanita Terbaik Keseluruhan.4) 21995 Rekrut Nur Ezzah binti Mohd Hirmy bagi Rekrut Terbaik Senjata Ringan.5) 21941 Rekrut Nurul Asilah binti Zulkibli bagi Latihan Jasmani Terbaik.6) 21948 Rekrut Dk Ummi Ramizah binti Pg Haji Jeludin, TLDB bagi Kemahiran Tentera Terbaik.

UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-162 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-54

UPA

CA

RA P

ER

BA

RIS

AN

Page 8: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

3

4 November 2018 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-57 dengan mengadakan perbarisan yang terdiri daripada 2,297 anggota di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB.

Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dalam ucapan perutusan beliau, menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar ta’at setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pemerintah TDDB menekankan mengenai persekitaran

strategik yang semakin mencabar dimana ianya memerlukan TDDB untuk sentiasa berwaspada dan beradaptasi demi meningkatkan kesiapsiagaan (preparedness) dan kesediaan (readiness) setiap anggota. Beliau juga menyebutkan pencapaian dan kemajuan TDDB yang telah diraih sepanjang tahun ini terutamanya dari segi diplomasi pertahanan dan dari sudut operasi. Beliau juga mengongsikan perkembangan keupayaan TDDB yang kian meningkat yang dirancang dibawah teras kesiapsiagaan dan keperluan operasi yang menjadi hala tuju dan fokus TDDB pada tahun ini dan juga dimasa hadapan.

Pemerintah TDDB menegaskan bahawa sekuriti dan disiplin adalah fokus-fokus utama yang tetap relevan dan perlu diperbaiki dan dipertahankan oleh setiap warga TDDB.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUTHARI ULANG TAHUN KE - 57

21 Disember 2018 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Perbarisan Akhir Tahun TLDB bagi Tahun 2018 di Padang Kawad TLDB yang dipimpin oleh Leftenan Kommander Malai Haszahrin bin Malai Yusof, TLDB. Hadir

sebagai tetamu kehormat ialah Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

UPA

CA

RA

PE

RB

AR

ISA

N8

PERBARISAN AKHIR TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 2018

Page 9: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

DIP

LOM

AS

I PE

RTA

HA

NA

N

20 Oktober 2018 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah mewakili Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat ADMM ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 di Singapura mulai 19 hingga 20 Oktober 2018. Semasa mesyuarat ini, Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan negara-negara Plus telah mempersetujui kenyataan Bersama mengenai pencegahan dan melawan ancaman-ancaman keganasan berserta kenyataan Bersama mengenai langkah-langkah membina keyakinan. Penglibatan Negara Brunei Darussalam yang berterusan dalam rangkakerja ADMM dan ADMM-Plus bukan sahaja menunjukkan kepentingan diplomasi pertahanan kepada Negara Brunei Darussalam, bahkan juga komitmen Negara Brunei Darussalam untuk menyumbang kepada keselamatan serantau melalui hubungan berbilang hala dalam ASEAN. Ini adalah kali kedua bagi

1 November 2018 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan Ke-12 (12th AMMTC) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang diadakan di Nay Pyi Taw, Republik Kesatuan Myanmar pada 31 Oktober sehingga 1 November 2018 menyampaikan kenyataannya bagi menekankan semula komitmen Negara Brunei Darussalam ke arah pelaksanaan ‘ASEAN Community Vision 2025’ dan ‘ASEAN Leaders’ Vision on a Resilient and Innovative ASEAN’. Beliau turut menekankan bahawa, usaha berterusan Negara Brunei Darussalam dalam menangani ancaman keselamatan melalui pendekatan ‘whole of government and nation’, mengukuhkan rangka kerja undang-undang, mengintegrasi aspek sosial dan agama, mengawal selia internet dan meningkatkan kerjasama di antara agensi keselamatan serantau khususnya dalam

9

11 Oktober 2018 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad menghadiri International Fleet Review (IFR) bersempena dengan ulang tahun ke-70 bagi Angkatan Tentera Republik Korea di Jeju, Republik Korea.

PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI HADIRI INTERNATIONAL FLEET REVIEW 2018 DI REPUBLIK KOREA

MENTERI PERTAHANAN KEDUA HADIRI MESYUARAT (ADMM) KE-12DAN ADMM-PLUS KE-5, REPUBLIK SINGAPURA

MESYUARAT MENTERI-MENTERI ASEAN MENGENAI JENAYAH RENTAS SEMPADAN KE-12 DAN MESYUARAT-MESYUARAT BERKAITAN

Page 10: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

3

12 November 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Marsekal Madya TNI Hadiyan Sumintaatmadja, Sekreteris-Jenderal Kementerian Pertahanan Republik Indonesia. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB.

DIP

LOM

AS

I PE

RTA

HA

NA

N10

16 November 2018 – Laksamana Pertama Murray Joe Tynch III,Commander,LogisticsWesternPacificGroup,TaskForce73, Singapore Area Coordinator (COMLOG WESTPAC), United States Navy, telah mengadakan kunjungan hormat secara berasingan kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji

Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), sempena eksesais tahunan iaitu Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training(CARAT) 2018 di antara ABDB dan United States Navy.

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA COMMANDERLOGISTICS GROUP WESTERN PACIFIC (COMLOG WESTPAC)

22 November 2018 - Laksamana Muda Eduard E. Mikhailov, Pemerintah Armada Pasifik Persekutuan Rusia dan KetuaAngkatanKapalSelamArmadaPasifik,mengadakankunjunganhormat secara berasingan kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, dan), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEMERINTAH ARMADA PASIFIK PERSEKUTUAN RUSIA DAN KETUA ANGKATAN KAPAL SELAM ARMADA PASIFIK

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADASEKRETERIS-JENDERAL KEMENTERIAN PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA

Page 11: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

11D

IPLO

MA

SI P

ER

TAH

AN

AN

21 November 2018 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral Ponpipaat Benyasri. Tuan Yang Terutama Jeneral Ponpipaat Benyasri berada di Negara Brunei Darussalam dari 21 hingga 22 November 2018 untuk kunjungan pengenalan beliau ke negara ini.

KETUA TURUS PERTAHANAN THAILAND BUAT KUNJUNGAN PENGENALANDI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

30 ANGGOTA KONTINJEN UNIFIL SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

5 Oktober 2018 - Seramai 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang menyertai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) selama 13 bulan telah kembali ke tanah air pada 4 Oktober 2018. Pada bulan Ogos tahun ini, 30 anggota ABDB di bawah Batalion Malaysia 850-6 (MALBATT 850-6) telah berangkat ke Lubnan untuk mengganti kontinjen yang baru. Negara Brunei Darussalam mula menyertai misi pengaman UNIFIL pada tahun 2008.

Page 12: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

3D

IPLO

MA

SI P

ER

TAH

AN

AN

12

11 Oktober 2018 – Seramai 62 anggota dari Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion, Tentera Udara Republik Singapura (18 Da Bn TURS) menyertai eksesais dua hala Eksesais AIRGUARD kali ke - 24. Eksesais ini dikendalikan selama dua belas hari dari 1 hingga 12 Oktober 2018 bertempat di Bukit Agok. Eksesais ini merupakan satu landasan bagi anggota daripada kedua belah pihak dalam mengeratkan lagi hubungan kerja melalui perkongsian pengalaman, pengetahuan dan pertukaran profesional.

19 Oktober 2018 – Bagi meningkatkan keupayaan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam melaksanakan latihan bersama berpandukan kesesuaian prosedur tetap operasi Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, dua eksesais, iaitu Eksesais MALBRU Setia siri 14/2018 dan Eksesais Mertak Bersatu Siri 11/2018 telah dirasmikan baru-baru ini, masing-masing di Padang Kawad 20 RAMD, Kem Sri Miri, Sarawak Malaysia dan di Kota Belud, Sabah.

Eksesais MALBRU Setia bermula dari 19 Oktober dan berakhir 27 Oktober 2018 melibatkan seramai 118 anggota Kompeni C, Batalion Kedua TDDB, yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Kompeni A, Batalion Kedua TDDB, Mejar Mohammad Hishamuddin bin Marzoki dengan Batalion

20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Eksesais Mertak Bersatu yang dirasmikan pada 16 Oktober lalu dan akan berakhir pada 27 Oktober 2018. Eksesais ini melibatkan gabungan Platun Mertak daripada tiga unit TDDB seramai 107 anggota yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Kompeni Memerintah, Batalion Kedua TDDB, Mejar Azaman bin Haji Hussin dengan gabungan daripada 3 Briged, 5 Briged dan 9 Briged dari TDM.

Kedua-dua eksesais ini dilaksanakan dengan matlamat memantapkan keupayaan anggota tentera kedua-dua belah pihak selain meningkatkan kesefahaman dan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan persahabatan masing-masing.

15 Disember 2018 - Upacara Penutup bagi Eksesais Mallee Bull 2018 yang melibatkan anggota-anggota daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dan 2/30 Training Group Royal Australian Army telah dilaksanakan di kawasan Hutan Benutan, Tutong.Eksesais tersebut

diadakan pada 7 Disember sehingga 17 Disember 2018 dan melibatkan seramai 28 anggota daripada Kumpulan Latihan 2/30th, Tentera Darat Australia yang diketuai oleh Leftenan Mark Vincent Vele dan 60 anggota dan 03 pegawai daripada Kompeni B, 2Bn TDDB diketuai oleh Kapten Abdul Hakim bin Arifin.

Ekesais diadakan di Kampong Benutan dan dijalankan dalam tiga fasa: fasa pertama adalah Pentadbiran dan Force Integration Training (FIT); fasa kedua adalah Operasi Cari dan Memusnah dan fasa terakhir adalah pentadbiran dan rekreasi.

EKSESAIS MALBRU SETIA SIRI 14/2018 &EKSESAIS MERTAK BERSATU SIRI 11/2018

EKSESAIS MALLEE BULL 2018 BERAKHIR

EKSESAIS AIRGUARD 24/18 DENGAN RASMINYA DITUTUP

Page 13: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

13D

IPLO

MA

SI P

ER

TAH

AN

AN

26 November 2018 - Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, TLDB, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menerima kunjungan hormat daripada Rear Admiral Murray Joe Tynch III, United States Commander, Logistics Group Western Pacific (COMLOGWESTPAC), Commander Task Force 73, Singapore Area Coordinator.

PEMERINTAH TLDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADAUNITED STATES COMMANDER

LOGISTICS GROUP WESTERN PACIFIC

19 November 2018 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menyambut ketibaan Kapal Tentera Laut Rusia iaitu, Varyag (Slava - Class Guided Missile Class), RFS Admiral Panteleyev (Udaloy - class destroyer) dan replenishment vessel RFS Boris Butoma(BorisChilikin-classfleetoiler).Delegasidari Russian Pacific Fleet berada di NegaraBrunei Darussalam bagi lawatan muhibbah dari 18 – 23 November 2018. Delegasi tersebut diketuai oleh Rear Admiral Eduard E. Mikhailov, Pemerintah Armada Pasifik Persekutuan RusiadanKetuaAngkatanKapalSelamArmadaPasifikPersekutuan Rusia.

LAWATAN MUHIBBAH KAPAL TENTERA LAUT RUSSIANPACIFIC FLEET

5 Oktober 2018 – Dalam usaha untuk melibatkan dan memahami komuniti warga Kementerian Pertahanan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah membuat kunjungan kerja ke beberapa jabatanarah di Kementerian Pertahanan sejak perlantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan Kedua pada 31 Januari 2018. Lawatan-lawatan tersebut dianjurkan dalam dialog format, di mana para pegawai dan kakitangan dapat berinteraksi secara langsung dengan Menteri Pertahanan Kedua, dan pada masa yang sama, memberi beliau pemahaman yang lebih holistik mengenai objektif strategik, keutamaan dan cabaran yang dihadapi.

LAWATAN MENTERI PERTAHANAN KEDUAKE JABATANARAH-JABATANARAH KEMENTERIAN PERTAHANAN

Page 14: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

314D

IPLO

MA

SI P

ER

TAH

AN

AN

12 Oktober 2018 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan kunjungan hormat keatas Yang Terhormat Jenderal TNI Mulyono, Kepala Staf TNI AD semasa lawatan pengenalan beliau ke Republik Indonesia dari 9 hingga 12 Oktober 2018. Kunjungan hormat tersebut diadakan di Markas Besar Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD). Semasa kunjungan hormat ini, kedua-dua belah pihak mengesahkan hubungan dua hala yang lama terjalin di antara kedua-dua angkatan tentera yang mana diperkuatkan melalui pelbagai aktiviti seperti eksesais, latihan dan kursus. Melalui interaksi ini akan dapat meningkatkan profesionalisme dan persahabatan antara anggota dari kedua-dua angkatan tentera. Lawatan pengenalan ini bertujuan mengukuhkan talian persahabatan antara TDDB dan TNI AD sebagai sebahagian hubungan diplomatik di antara angkatan tentera kedua-dua negara.

LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE

REPUBLIK INDONESIA

5 Oktober 2018 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan lawatan pengenalan ke Malaysia dari 3 hingga 5 Oktober 2018.

Ketibaan Pemerintah TDDB di Kementerian Pertahanan Malaysia dialu-alukan oleh Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat Malaysia, dan seterusnya beliau memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota dari Tentera Darat Malaysia. Pemerintah TDDB kemudiannya membuat kunjungan hormat kepada Jeneral Dato’ Sri Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nor.

12 November 2018 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Pertahanan Bersama (JDCC) yang ke-3 antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah berjaya dilaksanakan di Mes Pegawai Bolkiah Garison. Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Kepten (Bersara) Dato

Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam, dan Marsekal Madya TNI Hadiyan Sumintaatmadja, Sekreteris-Jenderal Kementerian Pertahanan, Republik Indonesia.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJASAMA PERTAHANAN BERSAMA (JDCC) YANG KE-3 DIJALANKAN DI BRUNEI DARUSSALAM

LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE MALAYSIA

Page 15: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

15D

IPLO

MA

SI P

ER

TAH

AN

AN

16 November 2018 - Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berada di Malaysia bagi lawatan pengenalan selama tiga hari dari 15 hingga 17 November 2018.

Pemerintah TUDB telah membuat kunjungan hormat secara berasingan kepada Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia di Kementerian Pertahanan, Malaysia.

26 November 2018 – Mesyuarat Pelbagai Hala bagi Ketua-Ketua Tentera Darat Negara ASEAN (ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting, ACAMM) kali ke-18 dan Mesyuarat Tahunan bagi Sarjan Mejar Tentera Darat Negara ASEAN

(ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting, ASMAM) kali ke-8 telah diadakan di Melaka, Malaysia.

Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengetuai satu rombongan bagi menghadiri ACAMM kali ke-18. Tema mesyuarat ACAMM pada tahun ini ialah “Fostering Camaraderie” yang telah dipengerusikan oleh Jeneral Dato’ Seri Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat Malaysia.

Pada masa yang sama, ASMAM kali ke-8 juga turut diadakan. Ianya telah dihadiri oleh Pegawai Waran 1 Selamat bin Haji Mohammad Yassin, Pemangku Sarjan Mejar TDDB, Pegawai Waran 1 Azami bin Omar, Sarjan Mejar, Batalion Pertama TDDB dan Pegawai Waran 1 Sharol bin Omar, Sarjan Mejar, Batalion Bantu TDDB.

MESYUARAT PELBAGAI HALA BAGI KETUA-KETUA TENTERA DARAT NEGARA ASEAN KALI KE-19 DAN MESYUARAT TAHUNAN BAGI SARJAN MEJAR TENTERA

KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEIKE TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

4 Disember 2018 - Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YangBerbahagiaJeneralTanSriDato’SeriPanglimaHajiZulkiflibinHajiZainalAbidin.BeliauberadadiBruneiDarussalampada 3 hingga 5 Disember 2018 untuk kunjungan pengenalan beliau ke negara ini.

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA MEMBUATKUNJUNGAN PENGENALAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Page 16: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

316D

IPLO

MA

SI P

ER

TAH

AN

AN

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADACOMMANDER 11 INFANTRY BRIGADE, BRITISH ARMED FORCES

5 Disember 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Tom Bateman, Commander 11 Infantry Brigade, British Armed Forces pada hari ini. Turut hadir semasa kunjungan tersebut adalah Ketua Staf ABDB.

INSPIRASI PEDOMAN

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah

untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan

mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-

tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya

(bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)..”(Surah Al-Ma’idah: 2)

Ayat itu menerangkan, dasar jalinan hubungan antara negara Islam dan bukan Islam adalah persahabatan dan kerjasama dalam semua masalah yang menjadi kepentingan bersama, demi memajukan perdamaian, kebaikan, dan

keadilan di dunia.

Al-Quran menekankan, beberapa prinsip utama yang lazim diperhatikan dalam kebijakan politik luar negeri. Di antaranya, penghormatan terhadap perjanjian-perjanjian yang telah dibuat.

Page 17: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

TITAH SEMPENA

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-57 TAHUN

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu‘AlaAsyarafilMursaleen,Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du. Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala, Kerana mengurniakan nikmat keamanan dan kesejahteraan kepada negara.

Beta dengan penuh bangga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang telah mempamerkan perbarisan pada pagi ini dan yang terlibat dalam menjayakan sambutan Ulang Tahun Hari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Beta tidak lupa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-57 kepada seluruh warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan.

Tugas utama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ialah untuk melindungi negara, selaku ianya satu kewajipan dan amanah. Maka laksanakanlah ia

dengan penuh berhemah.

Negara tidak meminta lain, kecuali ini sahaja. Jangan tanya apa yang negara mahu, tetapi tanyalah kepada diri kita sendiri apa yang sudah kita sumbangkan kepada negara?

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah melalui usianya 57 tahun. Dalam usianya sepanjang itu, tentu saja asam garam pengalaman telahpun banyak dirasai. Ini, menjadikannya lebih matang dan berkualiti lagi.

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei perlu menyedari, bahawa kita tidak mampu untuk ketinggalan dengan perkembangan-perkembangan di persekitaran yang semakin dinamik dari ke hari. Maka untuk itu, bukan keupayaanfizikalsahajayangdiambilberat, malah keutuhan rohani atau spiritual juga hendaklah diutamakan.

Sebab itulah, seperti kita mengawal negara, hendaklah juga dikawal diri sendiri. Jangan ia dimasuki anasir atau dijangkiti oleh penyakit, seperti anasir dan penyakit dadah umpamanya. Kerana semua itu amat berupaya untuk melemahkan dan malah membinasakan.

Mana-mana penglibatan atau kegiatan yang bermanafaat adalah

elok diteruskan, seperti penyertaan kita dalam latihan-latihan ketenteraan serantau, dua hala atau pelbagai hala. Ini, bukan sahaja berguna dari sudut latihan, malah lebih daripada itu, boleh meningkatkan kemahiran dan keupayaan operasi kita.

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei perlu mempamerkan kesungguhan dan keindahan kerjaya tentera itu sebagai satu kerjaya yang menarik dan menyakinkan, biar ia benar-benar diminati untuk diceburi oleh para belia harapan bangsa dan negara.

Tidakkah ini juga, salah satu cara kita membina negara?

Akhir kata, Beta ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, termasuk anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang bertugas di luar negara serta yang telah bersara. Semoga segala khidmat bakti para perwira kita itu, akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

17

Page 18: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

318

4 Oktober 2018 – Sesi Kongsisama Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) kali ke-26 Program Penempatan menekankan bidang-bidang kerjasama masa kini di antara Kementerian Pertahanan dan organisasi luar, dan juga perkara yang boleh diterokai di masa akan datang mencapai pendekatan ‘whole of nation’

melalui kerjasama padu di antara kementerian-kementerian. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pegawai berkenaan kepada persekitaran budaya kerja yang berbeza di samping dapat mempelajari amalan-amalan terbaik organisasi yang boleh dipraktikan setelah bertugas semula di Jabatan / Kementerian masing-masing.

SHHBIDSS MENGENDALIKAN SESI PERBINCANGAN ROUNDTABLE MENGENAI KESELAMATAN SIBER: STRATEGI DAN RESPON

10 Oktober 2018 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) mengendalikan satu sesi perbincangan roundtable mengenai “Keselamatan Siber: Strategi dan Respon” yang dhadiri oleh 20 peserta daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH)

dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan juga perwakilan-perwakilan daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perhubungan. Para peserta bertukar maklumat mengenai kebimbangan keselamatan siber kebangsaan dan serantau, dan juga strategi-strategi dan respon-respon yang

berkaitan. Di samping membincangkan dan menghasilkan rekomendasi-rekomendasi bagi menghasilkan sinergi daripada pelbagai strategi dan respon keselamatan siber, di kedua peringkat kebangsaan dan serantau.

11 Oktober 2018 – Tahun ini seramai 31 pegawai menamatkan Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Sesi 08/2018. Kursus selama 40 minggu ini bertujuan untuk meluaskan lagi pengetahuan profesional dan akademik dan meningkatkan kemahiran arahan, analitikal, komunikasi pegawai-pegawai peringkat pertengahan bagi

mempersiapkan mereka untuk lantikan yang lebih tinggi. Menteri Pertahanan Kedua Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, dalam ucapan tahniah kepada graduan menekankan pencapaian Akademi Pertahanan sejak penubuhannya ialah kejayaannya untuk

menghasilkan generasi baru pegawai berkelayakan yang lebih tinggi bagi menyumbang kepada matlamat dan pencapaian Wawasan 2035. Beberapa anugerah turut disampaikan kepada para peserta pelajar terbaik.

31 PEGAWAI TAMAT KURSUS MAKTAB TURUS SIRI - 08/2018

PE

RK

EM

BA

NG

AN

KE

UPA

YAA

N

SESI KONGSISAMA PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN PERTENGAHAN (EDPMMO)JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENUTUP TIRAI

Page 19: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

22 Oktober 2018 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura meraikan pencapaian kerjasama kedua buah negara ini melalui penglibatan alumni peserta program Brunei-Singapore

Defence Scholars’ Development Programme 2018 (BSDSDP) dengan mengadakan ‘10th Brunei-Singapore Defence Scholars Developmernt Programme 2018 – Alumni (10th BSDSDP-Alumni). Seramai lima

pegawai tentera dan lima pegawai awam Kementerian Pertahanan lepasan penerima biasiswa Kementerian Pertahanan telah menghadiri alumni ini di Republik Singapura selama sembilan hari dari 22 hingga 30 Oktober 2018.

Fasa di Singapura bermula 22 hingga 26 Oktober 2018, diikuti dengan fasa di Negara Brunei Darussalam pada 26 hingga 30 Oktober 2018. BSDSDP mula diadakan pada tahun 2007 sebagai salah satu inisiatif untuk menyumbang kepada pembangunan peribadi dan professional penerima-penerima biasiswa bagi kedua-dua buah negara.

6 November 2018 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut serta dalam latihan tahunan Pelan Kontingensi Tindakan Tumpahan Minyak (NOSCOP) yang dikendalikan oleh Brunei Shell Petroleum (BSP) bersama Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPA BD). Latihan pada tahun ini merupakan Tahap 2 iaitu penglibatan agensi-agensi kerajaan melalui MPA BD seperti di dalam NOSCOP. Latihan ini juga memberikan fokus utama bagi penyediaan Pelan Awal Tindakan (ICS201) yang telah digunapakai semasa latihan pergerakan anggota dan aset.

LATIHAN PELAN KONTINGENSI TINDAKAN TUMPAHAN MINYAK 2018

7 November 2018 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah mengetuai satu delegasi yang terdiri dari pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja

Brunei (ABDB) untuk menghadiri INDO DEFENCE 2018 Expo dan Forum yang ke-8 yang berlangsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta, pada 07 hingga 11 November 2018. INDO DEFENCE 2018 Expo & Forum yang bertema “ Membangun Kerjasama Pertahanan Global untuk Keamanan Masa Depan “ mempamerkan pelbagai produk dan teknologi ketenteraan terkini serta berperanan sebagai landasan untuk menilai keupayaan tentera yang dipamerkan. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua telah membuat kunjungan muhibah kepada Tuan Yang Terutama Jeneral (Bersara) Ryamizard Ryacudu, Menteri Pertahanan Republik Indonesia manakala Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB telah membuat perjumpaan dua hala bersama Laksamana Madya TNI Dr. Didit Herdiawan Ashaf, M.P.A., M.B.A., Kepala Staf Umum TNI (KASUM TNI). Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengesahkan hubungan dua hala yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia, dan juga membincangkan bidang-bidang yang berpotensi untuk kerjasama pertahanan.

YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN KEDUA HADIRIINDO DEFENCE 2018 EXPO DAN FORUM YANG KE-8

PE

RK

EM

BA

NG

AN

KE

UPAYA

AN

19

PEGAWAI- PEGAWAI AWAM DAN TENTERA KEMENTERIAN PERTAHANAN HADIRI 10TH BRUNEI-SINGAPORE DEFENCE SCHOLARS’ DEVELOPMENT PROGRAMME 2018

- ALUMNI

Page 20: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

3P

ER

KE

MB

AN

GA

N K

EU

PAYA

AN

06 Disember 2018 – Kompeni E, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah menerima lawatan kerja daripada Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB berserta rombongan.

Aturcara lawatan bermula dengan Taklimat Keselamatan Bot Pengangkutan Tentera di Markas Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan

seterusnya meneruskan pergerakan dari Jeti Alpha TLDB menuju ke Pulau Baru-Baru. Lawatan disambut oleh Pegawai Memerintah Kompeni E 1Bn TDDB, Yang Mulia Kapt Mujib bin Japar dan diteruskan dengan lawatan ke Pos Pemerhati 1 dan seterusnya taklimat operasi yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Lt Abdul Hakim bin Haji Sharum, Ketua Platun Bertugas Pulau Baru-Baru. Setelah itu Yang Mulia Pemerintah TDDB serta rombongan meneruskan lawatan ke prasarana

Pulau Baru-Baru.

Lawatan kerja Yang Mulia Pemerintah TDDB diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan jamuan. Lawatan Yang Mulia Pemerintah TDDB adalah satu penghormatan yang tinggi nilainya kepada unit beroperasi. Dengan lawatan ini telah menzahirkan keperihatinan Yang Mulia Pemerintah TDDB terhadap kesejahteraan dan kebajikan anggota-anggota 1Bn TDDB.

PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBUAT LAWATANKE PULAU BARU-BARU

16November2018 -EksesaisCooperationAfloatReadiness and Training (CARAT) kali ke-24 telah diadakan di Negara Brunei Darussalam. Eksesais kali ini melibatkan latihan company attack & area clearance jungle training, improvised explosive device detection and awareness, sea evolutions, legal and medical symposiums, bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan kerja dan meningkatkan interoperabiliti di kalangan peserta. Eksesais ini telah melibatkan anggota dan aset Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Unit Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan serta penyertaan yang ramai dari agensi-agensi Kerajaan yang lain.

Ini telah mencerminkan komitmen ABDB yang semakin meningkat dalam memastikan whole of government approach untuk meningkatkan lagi keselamatan, kestabilan dan kemakmuran negara. Sementara itu, pasukan penyertaan Amerika Syarikat termasuk anggota dan aset dari United States Navy dan United States Marine Corps. Aktiviti sampingan seperti perbincangan kepimpinan tentera wanita, woksyop pancaragam tentera dan beberapa simposium juga diadakan sepanjang latihan ini diadakan.

EKSESAIS CARAT 2018 KALI KE-24 DIJALANKAN DI IBU NEGARA

20

Page 21: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

PE

RK

EM

BA

NG

AN

KE

UPAYA

AN

14 November 2018 - Semasa seminar East Asia Security Outlook (EASO) yang ke-11, Tuan Yang Terutama Ong Keng Yong, Timbalan Pengerusi Eksekutif S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, dan mantan Setiausaha Agung ASEAN, selaku penceramah ucaptama, telah mengongsikan pandangan mengenai trend strategik di rantau Asia Timur. Seminar tahun ini membincangkan mengenai suasana dan cabaran di persekitaran Asia Timur, serta implikasi keselamatan teknologi-teknologi baru.

Ahli sesi panel seminar seterusnya terdiri daripada penceramah-penceramah dari Nanyang Technological University (RSIS, Singapura), Meiji University (Jepun), Institute of International Relations, China Foreign Affairs University (China), ISEAS-Yusof Ishak Institute (Singapura) dan King’s College London (United Kingdom).

SEMINAR EAST ASIA SECURITY OUTLOOK (EASO) YANG KE-11

14 November 2018 – Dua orang penerima biasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 50576 PKdt Muhd Hazman bin Muhd Iskandar dan 21734 PKdt Naqibah binti Dato Paduka Ahmad Bukhari, telah menerima ijazah sarjana muda yang dikurniakan oleh Pro Canselor UPNM, Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Dr Tunku Puteri Intan SafinazbintiAlmarhumTuankuAbdulHalimMu’adzamShah,Tunku Temenggong Kedah, semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kali ke-9 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

21

DUA PENERIMA BIASISWA ABDB TERIMA IJAZAHDI UNVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Page 22: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

3P

ER

KE

MB

AN

GA

N K

EU

PAYA

AN

22

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI RAIH PINGAT DI KEJOHANAN MENEMBAK TENTERA DARAT ASEAN AARM KALI KE-28

27 November 2018 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang turut serta di kejohanan Menembak Tentera Darat ASEAN (ASEANArmiesRifleMeet)kalike-28KemTerendak,Melakameraihbeberapapingatpadakejohanansemasaperlawanantersebut. Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah dan Mejar Norranelwi bin Searan telah memenangi satu perak semasa Contingent Commander Novelty Match dan perlawanan Team Manager Pistol. Manakala, Lans Koperal Mohd Noor bin Haji Nordin telah memenangiperakbagiRifleMatch2 (Individual)danmendapat tempatke-empatbagiOverall IndividualRifle.BagiGPMGMatch 5, Kumpulan TDDB telah mendapat gangsa. Semasa Pistol Kumpulan Wanita, Leftenan Ladyana binti Mohd Morshidi dan Sarjan Seriwati binti Haji Ahmad telah masing-masing memenangi emas manakala bagi Pistol Kumpulan Lelaki, Soldadu Pg Ermy Maznizham bin Pg Haji Muhammad telah mendapat satu perak. AARM merupakan pertandingan menembak tahunan tentera darat di kalangan sepuluh negara-negara ASEAN. Ia juga merupakan landasan bagi tentera darat untuk berinteraksi dan mengukuhkan hubungan persahabatan antara satu sama lain.

28 November 2018 - Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri 10th International Defence Exhibition And Seminar (IDEAS) 2018 di Karachi, Republik Islam Pakistan. Turut mengiringi Pemerintah ABDB adalah Pengarah Perkembangan Keupayaan Tentera, Kementerian Pertahanan.

PEMERINTAH ABDB HADIRI THE 10th INTERNATIONAL DEFENCE EXHIBITION AND SEMINAR (IDEAS) 2018

21 November 2018 - Semasa sesi Program Perkembangan Eksekutif bersama Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah mengongsikan pengalaman beliau sepanjang perkhidmatan di Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama peserta-peserta Program Perkembangan Eksekutif (EDP) Siri ke-14. Beliau memberikan pandangan mengenai kepimpinan dan pentingnya pendekatan Whole-of-Nation Approach dalam mempromosikan sesebuah inisiatif dan dalam berhadapan dengan apa jua cabaran. Peserta EDP tahun

ini terdiri daripada 26 pegawai-pegawai kanan tentera (berpangkat Leftenan Kolonel) dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan, dua orang pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei.

SESI PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF SIRI 14/2018BERSAMA MENTERI PERTAHANAN KEDUA 21 - 30 NOVEMBER 2018

Page 23: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

PE

RK

EM

BA

NG

AN

KE

UPAYA

AN

23

29 November 2018 - Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan selama tiga hari yang disampaikan oleh Unit Inspektorat dan dikendalikan oleh Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM) telah berakhir dengan Majlis Penyampaian Sijil di Dewan Kuliah, Pusat Optima Kecergasan Tentera pada hari ini. Seramai 27 orang pegawai dan kakitangan awam, Kementerian Pertahanan yang dilantik sebagai Pegawai dan Penolong Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) di Kementerian Pertahanan telah menghadiri Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja yang telah diadakan mulai 27 November hingga 29 November 2018.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PENYELIA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN

60 PEGAWAI TAMAT KURSUS STAF RENDAH BAGI TAHUN 2018

30 November 2018 - Seramai 60 pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Polis Diraja Brunei (PDB) dan 7 pegawai tentera daripada Republik China, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, Thailand dan Vietnam telah menamatkan kursus Pegawai Staf Rendah (JSC) di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kursus tersebut telah diadakan selama 14 minggu bermula dari 27 Ogos 2018 hingga 30 November 2018 bagi pegawai peringkat pertengahan untuk menceburi perkembangan karier pegawai dengan kemahiran pengetahuan profesional, terutamanya dari segi kepimpinan dan pengurusan, kefahaman tahap strategik, kemahiran komunikasi serta pembentangan dan Perancangan Operasi Bersama di antara ke semua Angkatan Tentera. Beberapa anugerah cemerlang juga disampaikan semasa Majlis penutup kursus yang merupakan pencapaian atas usaha gigih peserta-peserta kursus tersebut.

Peserta-peserta yang mencapai kecemerlangan dalam

kursus ini juga menerima anugerah.

Anugerah ‘Overall Best Student’ dan Anugerah ‘Best Research Essay’ diberikan kepada Kapten P Skandan dari Singapura; dan Anugerah ‘Best Service Paper’ kepada 839 Kapten MahmudAfifibinMohdKiflidariJabatanarahPerisikan.

LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KEDUA KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

11 Disember 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Md Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah membuat lawatan kerja ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) di Berakas Garison dan telah mendengarkan taklimat mengenai pelan transformasi TDDB dan status terkini sumber TDDB. Beliau juga melawat pameran statik dan beramah mesra bersama anggota-anggota TDDB. Lawatan Kerja ini adalah lawatan kali pertama selepas Yang Berhormat Pehin memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan Kedua.

10 Oktober 2018 – Sebuah kenderaan ketenteraan KIA, KM 450 telah diserahkan kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dari Worldwide Motors Sdn Bhd di sebuah upacara rasmi dihadiri oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB. Kenderaan tersebut telah diserahkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud. Turut hadir pada upacara tersebut adalah pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pertahanan, ABDB, serta wakil-wakil daripada Syarikat Goh Hock Kee Motors Sdn. Bhd.

PENYERAHAN KENDERAAN KIA MILITARY KM 450 KE ABDB

Page 24: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

324P

ER

KE

MB

AN

GA

N K

EU

PAYA

AN

“RAKAN MEDIA, RAKAN STRATEGIK”

13 Disember 2018 - Kementerian Pertahanan pada hari ini menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Media yang dihadiri oleh media tempatan dan swasta di Negara Brunei Darussalam bertempat di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Kampong Tanah Jambu.

Antara wakil-wakil media yang hadir pada majlis tersebut ialah Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Borneo Bulletin, Media Permata, Sin Chiew News, United Daily, See Hua Daily News, The Scoop, Paragraph dan The Bruneian.

Sesi dialog diteruskan dengan Aktiviti Halangan (Obstacle Course) bagi meningkatkan lagi interaksi di antara peserta-peserta Hari Media.

Acara berakhir dengan majlis minum petang bagi tetamu kehormat, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir juga ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera.

Atucara didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Jurucakap Kementerian Pertahanan, Komander Norharirayati binti Yakub, TLDB, diikuti dengan sesi dialog yang dipengerusikan oleh Kepten (Bersara) Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan. Dialog ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran pandangan dan fikiran yang membina bagi mengukuhkanhubungan antara Kementerian Pertahanan dan media sambil meneroka bidang-bidang lain yang mempunyai potensi kerjasama atau perkongsian.

Page 25: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

25K

EU

GA

MA

AN

DA

N K

EB

AJIK

AN

5 Oktober 2018 - Kuliah subuh pada bulan ini yang bertajuk “Hati Buta, Doa Tak Terkabul” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof bin Haji Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang menggariskan nilai-nilai kerohanian serta adab-adab permohonan dan doa ke hadrat Allah SWT. Ceramah ini mengingatkan akan kepentingan bermohon dan berdoa kepada Allah SWT dengan hati yang khusyuk dan keadaan diri yang bersih dari segala maksiat dan dosa yang mana hal berkenaan adalah merupakan satu syarat permohonan doa seseorang itu bakal terkabul dan diterima oleh Allah SWT.

Selain dari kehadiran daripada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, turut hadir juga ialah termasuk Dato Seri Setia Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kuliah subuh merupakan salah satu usaha Kementerian Pertahanan ke arah mengukuhkan kerjasama keagamaan keseluruhan negara di kalangan entiti keagamaan di Kementerian Pertahanan dengan organisasi Agama lain dan jabatan berseragam yang lain.

KULIAH SUBUH - BULAN OKTOBER “HATI BUTA DOA TAK TERKABUL”

10 Oktober 2018 - Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menunaikan sembahyang jenazah berjemaah di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison pagi ini bagi anggota Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS), Allahyarham Pegawai Waran Ketiga (PW3) Muhd Sadikin bin Hasban yang meninggal dunia pagi kelmarin dari kecederaan yang dialami selepas dihempap dahan pokok semasa menjalankan tugas di Negara Brunei Darussalam.

KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB HULUR BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA

19 Oktober 2018 - Majlis penyerahan dua kerusi roda sumbangan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua kepada dua pesara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Pusat Optima Kecergasan Tentera, Bolkiah Garison.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Kolonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB, di mana beliau menyerahkan sumbangan kepada 4872 Pegawai Waran 1 (Bersara) Rosli bin Sarugi @ Timun bin Sarugi dan 4434 Sarjan (Bersara) Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Nor.

Sumbangan ini adalah selaras dengan fungsi Bahagian Hal Ehwal Pesara Tentera, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan bagi memeduli kesejahteraan dan kebajikan pesara-pesara tentera. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan ABDB dan pegawai-pegawai Awam Kementerian Pertahanan.

MAJLIS PENYERAHAN KERUSI RODA KEPADA PESARAANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Page 26: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

326K

EU

GA

MA

AN

DA

N K

EB

AJI

KA

N

8 November 2018 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini memulakan majlis sambutan Dikir Maulud. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Ketua Unit Inspektorat, Yang Mulia Kepten Pg Mohammad bin Pg Haji Damit, TLDB.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Sambutan Dikir Maulud ini diadakan di surau-surau di seluruh perkhemahan tentera ABDB termasuk Surau Ad-Difa’ di Kementerian Pertahanan sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

PEMBUKAAN MAJLIS SAMBUTAN DIKIR MAULUD

16 November 2018 – Seorang anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), 17059 Lans Koperal Shatila bin Gassireh telah memeluk agama Islam sebagai agama baru beliau. Majlis pengislaman tersebut diadakan di Kampong Bukit Beruang, Tutong, hari ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, pegawai-pegawai ABDB dan Pusat Da’wah Islamiah, serta keluarga.

ANGGOTA TDDB MEMELUK AGAMA ISLAM

17 November 2018 – Rombongan Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Dikir Maulud sempena Sambutan Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Masjid Kampong Kasat.

KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI MAJLIS DIKIRMAULUD DI MASJID KAMPONG KASAT

Page 27: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

KE

UG

AM

AA

N D

AN

KE

BA

JIKA

N27

ACARA SAMBUTAN DAN PERARAKAN MAULUD 2018 BAGIKEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

20 November 2018 – Penduduk Daerah Brunei-Muara berkumpul pada hari ini bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sempena perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.

Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, mengetuai perarakan seratus orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pertahanan.

Semasa perarakan itu, pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei disertai oleh 2,416 orang pegawai dan anggota yang diketuai oleh Ketua Staff Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kapten Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, TLDB.

Sambutan maulud pada tahun ini membawa tema “Tarbiyah Rasulullah Membawa Rahmat Dalam Berkeluarga”.

Kementerian Pertahanan telah memenangi tempat ketiga dalam Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Peringkat Negara Tahun 1440H dan Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan di sampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama. Penyampaian hadiah diterima oleh wakil Kementerian Pertahanan.

Page 28: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

3K

EU

GA

MA

AN

DA

N K

EB

AJI

KA

N28

TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH RENDAH ANGGREK DESA

28 November 2018 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan seramai 35 orang yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Anggrek Desa. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan pengetahuan am mengenai peranan dan tanggungjawab TUDB. Rombongan pelawat Sekolah Rendah Anggrek Desa disambut oleh Kpt (U) Hjh Noraisah bte Hj Abdul Fatra, Pemangku Pegawai Pentadbir, No 7 Wing, Kumpulan Latihan TUDB dengan ucapan alu-aluan diikuti dengan taklimat ringkas mengenai TUDB di Pusat Pergerakan Udara.

7 November 2018 - Seramai 194 murid dan 13 orang guru dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan lawatan ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) di Berakas Garison.

Berangkat sama adalah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Turut berangkat ialah Yang Mulia Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil Kabier, cucunda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Yang Mulia Mohammad Ashraf As-Seddiq bin Yusrin, cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

LAWATAN SEKOLAH RENDAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH KE

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

Page 29: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

29K

EU

GA

MA

AN

DA

N K

EB

AJIK

AN

MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SAW PERINGKAT ABDB

30 November 2018 – Kumpulan Al-Bahriyah dari TLDB disandang sebagai juaraPertandinganDikirSyarafilAnamsempena Maulud Nabi Muhammad SAW bagi peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 1440H anjuran Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT).

Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Al-Hikmah dari Institut Latihan ABDB, sementara di tempat ketiga pula diraih oleh Kumpulan Asy-Syuja’ah dari Rejimen Pasukan Khas ABDB. Juara membawa pulang piala pusingan,

hadiah iringan, wang tunai, dan sijil penyertaan.

Pertandingan kali ini disertai oleh tujuh kumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Al-Barakah dari Tentera Udara Diraja Brunei, Kumpulan Al-Bahriyah dari Tentera Laut Diraja Brunei, Kumpulan Ad-Difa’ dari Kementerian Pertahanan, Kumpulan Ar-Rahmah dari Tentera Darat Diraja Brunei, Kumpulan Asy-Syuhada’ dari Akademi Pertahanan ABDB, Kumpulan Asy-Syuja’ah dari Rejimen Pasukan Khas ABDB, dan Kumpulan Al-Hikmah dari

Institut Latihan ABDB. Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Pertandingan ini diungkayahkan bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW khususnya dalam membudayakan acara-acara keagamaan dan memupuk serta menanam minat di kalangan anggota-anggota ABDB dalam bidang Dikir Syarafil Anam serta memperkembangluaskan Syiar Islam kepada anggota-anggota ABDB.

7 Disember 2018 – Kuliah Subuh pada bulan Disember yang bertajuk “Nikmat Masa, Satu Hitungan dan Muhasabah Diri” menggariskan tentang nilai masa serta bermuhasabah diri tentang sebaik mana masa itu digunakan untuk beribadah. Ceramah pagi ini juga merupakan salah satu usaha Kementerian Pertahanan ke arah mengukuhkan kerjasama keagamaan keseluruhan negara di kalangan entiti di Kementerian Pertahanan dengan organisasi dan jabatan lain.

Tetamu kehormat yang hadir di kuliah subuh ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Acara juga dihadiri oleh tetamu khas daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Awang Abdul Walid Bin Haji Matassan, Pemangku Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), dan Awang Ajman bin Haji Meludin, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan). Turut hadir juga ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

KULIAH SUBUH - BULAN DISEMBER“NIKMAT MASA, SATU HITUNGAN DAN

MUHASABAH DIRI”

Page 30: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

330K

EU

GA

MA

AN

DA

N K

EB

AJI

KA

NPROGRAM SYABABUL WATAN (TUNAS BANGSA) SEMPENA CUTI PENGGAL

PERSEKOLAHAN 20183 Disember 2018 - Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) ini telahpun berjaya diadakan selama 5 hari bermula 3hb Disember sehingga 7hb Disember 2018. Matlamat program ini dijalankan adalah untuk menzahirkan Tunas Bangsa yang bertaqwa, berfikiran lebih luas secara positif,berkeyakinan, bijak membuat keputusan berdikari, berinisiatif, mengwujudkan pergaulan yang sehat dan memupuk kerjasama di kalangan semua lapisan masyarakat bagi menyumbang kearah pembangunan negara yang maju dan berwawasan.

Selain daripada itu apa yang penting dari program ini ialah untuk mewujudkan rasa Taqwa Syababul Watan dan rasa cinta kepada Bangsa dan Negara.

Syababul watan kali ini telah berkesempatan untuk membuat lawatan-lawatan ke tempat-tempat yang menarik di Brunei Darussalam disamping mereka menguatkan jati diri dan mengenal diri masing-masing. Selama lima hari program dijalankan Syababul Watan telahpun menetap di Transit Kem, Penanjong Garison. Mereka juga berkesempatan untuk melawat ke masjid-masjid setiap daerah seperti

Masjid Kampung Penabai di Daerah Tutong, Masjid ash-Shaliheen serta Surau-surau Perkhemahan Tentera di Daerah Brunei-Murara. Mereka juga berkesempatan untuk membuat lawatan Pendidikan ke IT Protective Security Service Sdn Bhd bagi pengenalan akan bahayanya bagi pengguna Internet. Mereka juga dibawa melawat ke Biro Kawalan Narkotik sebagai pengetahuan akan kesalahan dalam penyalahgunaan dadah. Disamping itu juga, mereka juga diperkenalkan dan diajar cara mengunakan pemanah oleh Ar-RafiArchery Club Brunei .

MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE-57

20 Disember 2018 - Kompeni E Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp E 1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Tengahari bersama Pemangku Pegawai Daerah, Ahli Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pegawai-Pegawai Kerajaan

dan Pegawai Pemerintah Kem Lakiun SAF di Daerah Temburong bertempat di Rumah Masak Perkhemahan Bangar.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut adalah Yang Mulia Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah

Temburong. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB serta Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan Komp E 1Bn TDDB.

Page 31: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

31

6 PEGAWAI ABDB TERIMA ANUGERAH OBOE ENDEAVOUR

16 November 2018 – Seramai 6 orang Pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telahpun menerima anugerah OBOE Endeavour. Anugerah ini telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat majlis tersebut iaitu Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB dan Ms Leah Motrram, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia.

Penerima-penerima anugerah tersebut adalah 643 Leftenan Kolonel Norsuriati bte Hj Sharbini, 618 Komander Norharirayati bte Yakub, TLDB, 660 Mejar Pg Haji Saiful Amirul Bakri bin Pg Haji Ramlee, 700 Mejar (U) Mohd Khairul bin PDISDPS Haji Sulaiman, 724 Mejar Mohd Ghazali bin Haji Hussin dan 730 Mejar (U) Mohd Anwar Shah bin Napiah.

Anugerah OBOE Endeavour adalah Program Kecemerlangan Akademik daripada Kerajaan Australia yang dianugerahkan kepada pegawai-pegawai ABDB yang telah mencapai keputusan yang cemerlang semasa menghadiri Kursus Maktab Turus. Pegawai-pegawai tersebut akan dijemput ke Australia untuk berjumpa dengan Ketua-Ketua Pertahanan Australia, melawat pangkalan tentera Australia, mengikuti aktiviti-aktiviti pendidikan dan kebudayaan, serta melibat dalam perbincangan dan dialog.

PE

NG

HA

RG

AA

N &

PE

NC

APA

IAN

EMPAT WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA APCPA

31 Oktober 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada Jabatan-Jabatan yang mendapat pengiktirafan Tiga Bintang (Baik) dalam Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang, Anugerah Pekerja Cemerlang

Perkhidmatan Awam (APCPA) kepada seramai 49 orang penerima dan juga Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA) kepada 10 orang penerima di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-25, 2018 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pagi ini.

Turut menerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APCPA) adalah empat warga Kementerian Pertahanan iaitu Dayang Mazveen Kaur Saggu,

Pegawai Kerja di Pejabat Urusetia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Bahagian II); Dayang Munirah Hayati binti Haji Hanipah, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (Bahagian III); Dayang Norhayati binti Haji Japar, Kerani, Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap (Bahagian IV); dan Awang Abu Bakar bin Haji Abd Ghani, Pelayan Mess Tingkat III, Jabatanarah Pentabiran dan Tenaga Manusia (Bahagian V).

Page 32: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

332

10 Disember 2018 - Leftenan Madya Qurratu’aini Qayyimah Dr. Al-Haj Zelzy, Pegawai Anjungan KDB DARUSSALAM, Tentera Laut Diraja Brunei telah menjadi wanita yang pertama di Negara Brunei Darussalam bagi menjalani ekspedisi solo di pergunungan Himalaya Utara di Nepal iaitu pergunungan Annapurna.

Ekspedisi dua minggu yang bermula pada 10 Disember 2018 terdiri daripada trek perjalanan sepanjang 120 kilometer bermula dari Pokhara di kawasan Annapurna Sanctuary Area. Pergunungan Annapurna yang terletak di kawasan tersebut merangkumi satu puncak lebih 8,000 meter, tiga belas puncak lebih 7,000 meter dan enam belas lagi lebih 6,000 meter dan kawasan tersebut juga mempunyai tasik yang tertinggi di dunia iaitu Tilicho Lake dan jurang paling dalam di dunia iaitu Kali Gandaki Gorge. Annapurna Sanctuary Area merupakan salah satu destinasi jalur pendakian di barisan pergunungan Himalaya yang terbaik di dunia.

Ekspedisi solo tersebut mengambil masa selama 7-8 jam perjalanan sehari bermula dari Nayapul hingga Hile yang terletak 1430 meter di atas paras laut dan akhirnya menuju ke lereng bukit, lembah-lembah dan bukit-bukau seperti

Ghorepani (2860 meter), Poon Hill (3210 meter), Tadapani (2630 meter), Sinuwa (2360 meter), Deurali (3230 meter) sebelum mendaki Kem Pangkalan Gunung Macchapucchre (3700 meter) dan Kem Pangkalan Annapurna (4130 meter).

Pemandangan indah dan megah disepanjang ekspedisi telah menjadi tumpuan utama pendakian pergunungan Annapurna. Akan tetapi, pelbagai cabaran telah didugai disepanjang perjalanan tersebut seperti cuaca yang teruk, salji runtuh (avalanche), dan juga Altitude Mountain Sickness yang telah menjadi teras utama ujian yang dilemparkan oleh pergunungan Annapurna.

Ekspedisi solo ini telah memberikan pelajaran yang amat bernilai kerana cabaran-cabaran yang didugai telah menguji kekuatan fizikal, mental, emosidan juga rohani. Akan tetapi, ekspedisi tersebut telah memberikan rasa puas, bangga, berani dan syukur apabila berhasil meraih puncak pergunungan Annapurna.

Ekspedisi seperti ini adalah digalakkan terutamanya kepada para belia kerana aktiviti seperti ini dapat mengharumkan nama negara di persada dunia dan membuktikan kecekalan dan kemampuan para belia Negara Brunei Darussalam untuk melakukan ekspedisi yang sangat mencabar ini.

PE

NG

HA

RG

AA

N &

PE

NC

APA

IAN

WANITA YANG PERTAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MENJALANI EKSPEDISI SOLO DI PERGUNUNGAN HIMALAYA UTARA DI NEPAL

WAKIL KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGHADIRI PROGRAM KEMENTERIAN PELAWAT ANTARABANGSA (IVLP) DI AMERIKA SYARIKAT

24 September 2018 - Mazveen Kaur Saggu, Pegawai Kerja di Pejabat Urusetia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan telah dipilih oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam untuk menjadi wakil Negara Brunei Darussalam bagi Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa atau International Visitor Leadership Program (IVLP) di Amerika Syarikat.

Program IVLP merupakan program pertukaran profesional Jabatan Negara Amerika Syarikat dan telah berlangsung pada 24 September 2018 hingga 12 Oktober 2018. Seramai 8 peserta dari negara-negara ASEAN telah dipilih untuk menghadiri program ini, iaitu dari Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Republik Indonesia, Republik Filipina, Thailand, Vietnam, Laos dan Myanmar. Program tersebut telah diadakan di empat buah bandar, iaitu Washington D.C., Chicago, San Francisco dan Honolulu.

Program ini yang bertajuk ‘ASEAN – Cabaran Keselamatan’ telah memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai dasar keselamatan dan pertahanan serta perspektif Amerika Syarikat dalam cabaran keselamatan utama yang dihadapi bersama oleh Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN. Pada masa yang sama, program ini telah mengkaji peranan pertubuhan antarabangsa dan forum multilateral dalam mengatasi ancaman-

ancaman keselamatan.

Program ini telah memberikan Mazveen Kaur Saggu peluang untuk meninjau kerjasama di antara Amerika Syarikat dan negara ASEAN serta mengkaji semula pelbagai perspektif mengenai cabaran bersama yang menjejaskan keselamatan serantau dan global.

Mazveen Kaur Saggu berasa amat terhutang budi kerana terpilih untuk mengambil bahagian dalam program Pendidikan yang ditawarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan berterima kasih kepada Kementerian Pertahanan di atas peluang dan sokongan yang diberikan kepadanya untuk mewakili kementerian dan Negara Brunei Darussalam pada keseluruhannya.

Page 33: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

Macam-macam penghargaan dicipta untuk diberikan kepada manusia daripada Allah SWT. Penghargaan ini mempunyai nilai yang amat tinggi di sisi Allah SWT. Namun perlulah ingat, setiap perkara

hendaklah diselitkan niat kerana Allah SWT dan balasan ganjaran kejayaan dan pahala pasti akan diberikan.

“Inilah balasan untukmu, dan segala usahamu Diterima dan Diakui (Allah).”(Surah al-Insan:22)

PE

NG

HA

RG

AA

N &

PE

NC

APA

IAN

33

COMMANDER-IN-CHIEF TENTERA UDARA DIRAJA THAILANDDIANUGERAH LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TUDB

3 Disember 2018 – TUDB telah menerima lawatan perpisahan daripada Commander-in-Chief Tentera Udara Diraja Thailand (TUDT), Air Chief Marshal Chaiyapruk Didyasarin dimana semasa kunjungan ini beliau telah dianugerahkan dengan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB diatas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai penghargaan jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan TUDT. Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Hubungan pertahanan kedua-dua buah negara adalah yang baik terutama melalui interaksi dua hala pertukaran lawatan, eksesais ketenteraan, latihan dan kursus-kursus dan mesyuarat.

7 Disember 2018 - Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 68 orang pegawai-pegawai ABDB telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat. Lencana pangkat telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Pegawai-pegawai kanan yang dinaikkan ke pangkat Kolonel / Kepten (TLDB) ialah 380 Komander Norshahrinizam bin Haji Talib, TLDB, 429 Leftenan Kolonel Azman bin Haji Bangkol, 514 Leftenan Kolonel Norhazalan bin Haji Abdullah dan 347 Leftenan Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit. Sementara seorang pegawai ke pangkat Leftenan Kolonel Tetap, 6 orang pegawai ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel; 19 orang pegawai ke pangkat Mejar Tetap / Leftenan Komander (TLDB); 5 orang pegawai ke pangkat Pemangku Mejar / Leftenan Komander (TLDB); 31 orang pegawai ke pangkat Kapten Tetap / Leftenan (TLDB) dan dua orang pegawai ke pangkat Pemangku Kapten.

INSPIRASI PEDOMAN

68 PEGAWAI ABDB DINAIKKAN PANGKAT

Page 34: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

334

TIPS KESIHATAN TEMPAT KERJA

SU

KA

N &

KE

SIH

ATA

N

KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI RIADAH AMAL HARI PERKHIDMATAN AWAM 2018

18 November 2018 - Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-25 bagi tahun 2018, Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam 2018 diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dengan acara amal larian dan berbasikal.

Acara dibukakan kepada semua warga perkhidmatan awam serta orang awam bagi mengambil bahagian dalam acara larian sejauh empat kilometer (Fun Run) dan berbasikal sejauh 10KM yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Acara dimulakan dengan Program Masjidku Makmur di Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dengan solat Fardhu Subuh berjemaah. Satu tazkirah yang bertajuk ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati’ disampaikan oleh Waajidun Ni’am bin Haji Dollah, Pegawai Pelajaran Kesihatan daripada Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Gunakan tangga selain mengunakan lif

Melompat bicu(Jumping jacks) selama 1 minit pada selang waktu

Joging setempat selama 1 minit pada selang waktu

Meregangkan tangan, kaki, belakang dan bahu anda secara berkala

Jangan duduk terlalu lama - berdiri apabila anda boleh dan pertimbangkan untuk

mengadakan mesyuarat!

Letakkan kenderaan jauh dari tempat kerja dan banyakkan kiraan langkaj kaki

Page 35: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

35S

UK

AN

& K

ES

IHATA

N

25 November 2018 - Alpha Challenge, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2018 kembali sekali lagi pada tahun 2018 dengan penyertaan lebih 2,000 orang peserta. Cabaran tersebut di adakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) Rimba. Salah satu acara utama tersebut adalah cabaran competitive sejauh 10KM bagi individu dan pasukan. Samsul Zamri dari ABDB mencatat masa terbaik 44 minit 28 saat dengan memenangi acara utama RBLF Alpha Challenge 2018 - kategori lelaki 10KM individu.

HadiahwangtunaidantrofitelahdisampaikanolehBrigedierJeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah TUDB dan Mr. Jackson Ting, Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd. Dianjurkan oleh D’Sunlit Sdn Bhd, Cabaran Obstacle Alpha dan ABDB, acara itu sempena ulang tahun ke-57 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang bertepatan dengan kalendar peristiwa untuk Bulan Disember di Brunei Festival 2018.

ALPHA CHALLENGE ABDB 2018

Page 36: OKT - DIS 2018 Parajurit/E- Newsletter... · 2019. 4. 18. · strategik ” “majlis ... • perbarisan akhir tahun tentera laut diraja brunei 2018 diplomasi pertahanan 9 • pemerintah

3

28 November 2018 - Kementerian Pertahanan telah memenangi acara Kejohanan Bola Jaring Askar Wanita Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah diadakan di Dewan Gerak Badan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Pangkalan Rimba.

Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) memperolehi naib johan diikuti dengan Pasukan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di tempat ketiga. Manakala, tempat ke empat disandang oleh Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Institut Latihan ABDB (IL ABDB) berada di tempat ke lima.

KEMENTERIAN PERTAHANAN MENJADI JUARA KEJOHANAN BOLA JARING ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2018

PIALA REBUTAN JUARA KEJOHANAN SERI DEWA 2018

2 Disember 2018 - Piala Rebutan Juara Kejohanan Seri Dewa pada tahun ini telah diadakan di Kelab Golf ABDB dan telah dimenangi oleh Pegawai Waran 2 Semuil bin Apoi selaku pemenang keseluruhan. Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah kategori Overall dan Division Gross dan Nett. Tahun ini merupakan tahun ke-17 Kejohanan Seri Dewa dianjurkan sejak ia pertama dipertandingkan pada tahun 2002.

Sebanyak 96 pemain mengambil bahagian di dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari tersebut. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud selaku tetamu kehormat.

SU

KA

N &

KE

SIH

ATA

N

Hakcipta© 2018 Unit Perhubungan Awam. Kementerian Pertahanan Negara Brunei DarussalamBolkiah Garison BB3510, Brunei Darussalam

Tel: 6732-2386371 / 2386372 / 2386373

36

11 November 2018 - Royal Brunei Yacht Club (RBYC) telah menganjurkan pertandingan regata bagi tahun 2018 di RBYC, Pantai Serasa dimana 7 peserta daripada Tentera Laut Diraja Brunei mengikuti pertandingan tersebut pada tahun ini. Pertandingan itu turut disertai daripada Kontingen SUKMA Sawarak dan ahli-ahli daripada RBYC.

Bagi pertandingan tersebut, terdapat tiga kategori ditandingkan

iaitu Kategori Campuran Terbuka, Kategori Optimis dan Kategori Pico. Kesemua Peserta TLDB telah menyertai Kategori Campuran Terbuka. Kategori Campuran Terbuka dibukakan untuk pelbagai jenis layer seperti Laser 4.7, Radial, Standard, Int 420 dan Hobie Cat. Leftenan Madya Mohamad Amirul Azwan bin Hj Dullah, TLDB telah memenangi kategori terbaik ABDB bagi Kategori Campuran Terbuka.

ANGGOTA TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI PERTANDINGAN REGATA RBYC 2018