olahraga lempar cakera
TRANSCRIPT
OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
LEMPAR CAKERA
Lempar cakera adalah satu acara yang mempunyai prinsip yang hampir sama dengan acara lontar peluru dan baling tukul besi.
Kita perlu mempunyai kekuatan otot, kelajuan dan kuasa serta menguasai teknik lemparan yang betul untuk menghasilkan lemparan yang sempurna dan jauh. Selain itu, kita perlu mempunyai koordinasi dan stabiliti yang baik ketika berputar dan melakukan lemparan.
PERALATAN DAN KEMUDAHAN LEMPAR CAKERA
1.BULATAN LEMPARAN2.KAWASAN
PENDARATAN CAKERA3.CAKERA
OTOT-OTOT YANG TERLIBAT DALAM LEMPAR CAKERA
1. deltoid 2. Triceps 3. hamstring 4. gastrocnemius 5. pectoralis major 6. biceps 7. brachioradialis 8. quadriceps
KEMAHIRAN LEMPAR CAKERA
Pelaksanaan lempar cakera dibahagikan kepada empat fasa iaitu:
1. Fasa persediaan2. Fasa putaran3. Fasa lemparan4. Fasa ikut lajak
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
1. Lemparan perlu dilaksanakan dari dalam bulatan. Hanya bahagian dalam gelung besi bulatan yang boleh disentuh.
2. Masa melaksanakan lemparan adalah satu minit selepas masuk ke dalam bulatan.
3. Lemparan dikira sah apabila:4. Keseluruhan cakera jatuh di antara dua garisan pinggir bahagian dalam
sektor.5. Kaki tidak terkeluar atau menyentuh tanah di luar bulatan ketika fasa ikut
lajak.6. Selesai lemparan, keluar dari separuh bulatan bahagian belakang yang
ditandai dengan garisan putih.7. Lemparan dibatalkan apabila:8. Keluar dari bulatan sebelum cakera mencecah tanah.9. Mana-mana bahagian tubuh menyentuh tanah di luar bulatan atau di atas sisi
besi bulatan.10. Cakera jatuh di luar kawasan sektor.11. Keluar dari bulatan lemparan melalui bahagian hadapan atau sisi. 12. Penggunaan sarung tangan tidak dibenarkan. Serbuk kapur boleh digunakan
pada tangan untuk membantu pegangan cakera.13. Percubaan lemparan dilakukan sebanyak enam kali. Hanya lemparan paling
jauh diambil kira untuk menentukan pemenang.