ong yi wen3.doc

20
1

Upload: 6855653

Post on 28-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

QGK 3023 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

ISI KANDUNGAN

NOPERKARAHALAMAN

TUGASAN 1

1PENGENALAN3

2DEFINISI DENGGI4

3SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA5

4BAHAYA DAN KESAN DENGGI6

5MODEL ANALISIS S.W.O.T7-9

6JUSTIFIKASI S.W.O.T DIPILIH10-12

7CADANGAN12

8PENUTUP13

9RUJUKAN14

PROGRAM BEBAS DENGGI

Kemunculan Denggi selain daripada kaitan akibat perubahan iklim, juga mempunyai kaitan dengan tahap kebersihan persekitaran yang tidak baik di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi. Kejadian wabak Denggi yang tidak terkawal ini juga boleh menunjukkan kegagalan sistem kesihatan awam memberi respon yang cekap dan berkesan kepada ancaman kemunculan penyakit berjangkit.

Denggi disebabkan oleh virus flavivirus yang mempunyai 4 serotip (DEN1,2,3 dan 4) yang menular melalui gigitan nyamuk Aedes betina. Dianggarkan 20% kes Denggi adalah asimptomatik dan bagi kes yang bersimptom, presentasi boleh dalam DD, DDB dan DSS dan kematian selalunya berlaku akibat daripada DDB atau DSS. Seorang boleh dijangkiti Denggi lebih daripada sekali dalam hidupnya, jangkitan daripada satu jenis serotip tidak memberi perlindungan kepada jangkitan serotip yang lain. Walaupun jangkitan virus Denggi tiada ubat rawatan ataupun vaksin, tetapi jangkitan sebenarnya boleh dicegah atau dielakkan.

Pada tahun 1993, Rancangan kawalan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Program Bebas Aedes di kemudahan-kemudahan kesihatan. Ini adalah selaras dengan slogan Tiada Aedes Tiada Denggi. Mengikut analisa awal yang telah dijalankan adalah didapati bahawa program tersebut telah mencapai objektif dengan berlakunya kekurangan kepadatan vektor di Institusi-institusi berkenaan. Walau bagaimanapun sikap orang ramai dan penglibatan masyarakat masih kurang memuaskan.

Pada satu perbincangan bersama dengan Y.Bhg.Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan adalah dicadangkan bahawa satu Program Bebas Denggi perlu diadakan bagi kumpulan tertentu. Program tersebut akan merangkumi aktiviti-aktiviti lebih menyeluruh termasuk kawalan vektor. Ekoran daripada perbincangan tersebut beberapa mesyuarat telah diadakan bersama Kementerian Pendidikan untuk merancang Program Bebas Denggi yang merangkumi beberapa aktiviti termasuk Kempen Anti Denggi Di Sekolah. LATAR BELAKANG LAPORAN

Istilah "Denggi" mulai digunakan dalam istilah perubatan pada abad ke-19 di Karibia semasa terjadinya suatu wabak penyakit yang menunjukkan ciri-ciri ruam dan sakit sendi. Istilah ini berasal dalam bahasa Swahili, "Ki dunya pepo" yang bermaksud "rasa kejang disebabkan oleh kuasa syaitan".

Demam denggi terbahagi kepada dua iaitu:

( a ) Demam denggi klasikal.

Jenis demam ini biasanya terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak kanak. Setelah digigit nyamuk Aedes dan pengeraman selama 5 hingga 8 hari gejala berikut akan timbul : demam, sakit kepala, seram-sejuk , sakit otot dan sakit sendi serta ruam. Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

( b ) Demam denggi berdarah.

Demam ini biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak terutamanya dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal gejala yang sering terlibat ialah demam, sakit kepala, sakit perut dan muntah-mutah. Pada tahap yang kritikal ia boleh menyebabkan koma dan renjatan yang boleh membawa maut.

Mengikut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan terkini, Sepanjang minggu ke 42 tahun 2014 iaitu dari 12 Oktober hingga 18 Oktober, sejumlah 2,160 kes Demam Denggi telah dilaporkan, meningkat 338 kes (19%) berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 1,822 kes. Terdapat sepuluh (10) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Manakala kumulatif kes Denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 18 Oktober 2014, adalah 82,738 kes, meningkat 212% (56,211 kes) berbanding dengan hanya 26,527 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2013.

Pada minggu lepas, terdapat empat (4) kematian akibat komplikasi Denggi dilaporkan iaitu dua (2) di Perak dan masing-masing satu (1) di Terengganu dan WP. Kuala Lumpur dan dan Perak. Kesemua kes telah disahkan meninggal akibat komplikasi Demam Denggi. Sehingga 18 Oktober 2014, kumulatif kematian denggi yang dilaporkan di seluruh negara berjumlah 157 kematian berbanding dengan 59 kematian yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun 2013.

Sehingga 18 Oktober, sejumlah 582 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di seluruh negara melibatkan 407 lokaliti di Selangor, 54 lokaliti di Kelantan, 38 lokaliti di Johor, 20 lokaliti di Sarawak, 17 lokaliti di Pulau Pinang, sembilan (9) lokaliti di WP Kuala Lumpur & Putrajaya, tujuh (7) lokaliti di Pahang, tujuh (7) lokaliti di Melaka, enam (6) lokaliti di Perak, empat (4) lokaliti di Negeri sembilan, empat (4) lokaliti di Terengganu, empat (4) lokaliti di Sabah, tiga (3) lokaliti di Perlis dan dua (2) lokaliti di Kedah. Daripada jumlah ini, terdapat 96 lokaliti hotspot dilaporkan di seluruh negara iaitu 68 lokaliti di Selangor, 23 lokaliti di Kelantan dan masing-masing satu (1) lokaliti di Perak, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Hasil pemantauan KKM, dari Januari sehingga 11 Oktober 2014, sebanyak 3,996,612 premis telah diperiksa di seluruh negara. Pada tempoh yang sama juga, sebanyak 13,013 kompaun telah dikeluarkan dengan nilaian RM 6,506,500.00. KKM akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa penyakit 1975 secara berkala dan jika didapati terdapat yang melanggari akta ini tindakan yang tegas akan diambil seperti mengenakan kompaun maksima RM 500.00.

Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Kebiasaannya pesakit yang disyaki denggi akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan meminum air dengan lebih kerap. Pesakit akan dimasukkan ke wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah dan semasa menjalani sesi rawatan pesakit akan di beri rawatan utama iaitu terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan cecair badan mengambil air dengan banyak. Sekiranya pesakit tidak mahu atau mampu minum, air akan ditambahan melaluicecair intravenaakan diberikan untuk menghalangkekeringanair dalam badandanhemoconcentrationteruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranyakuantiti platlet darahturun dengan mendadak.

Simptom-simptom demam denggi ialah:

- demam kuat secara mengejut.

- demam berterusan

- sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi, mata

- ruam atau bintik merah di kulit

- pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi

- pesakit juga akan mengalami sakit kepala

- hilang selera makan

- muntah-muntah dan sakit perut.

Ia kemudian diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah (hipotensi), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan. Dalam sesetengan keadaan tertentu, jika rawatan tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan meninggal dunia dalam tempoh 12 24 jam.

SWOT adalah akronim untuk kekuatan (Strenghts), kelemahan (Weakness), peluang (Opportunities), dan ancaman (Threats) dari lingkungan eksternal perusahaan. Menurut Jogiyanto (2005:46), SWOT digunakan untuk menilai kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan dari sumber-sumber daya yang dimiliki perusahaan dan kesempatan-kesempatan eksternal dan tantangan-tantangan yang dihadapi.

Menurut David (Fred R. David, 2008,8), Semua organisasi memiliki kekuatan dan kelemahan dalam area fungsional bisnis. Tidak ada perusahaan yang sama kuatnya atau lemahnya dalam semua area bisnis. Kekuatan/kelemahan internal, digabungkan dengan peluang/ancaman dari eksternal dan pernyataan misi yang jelas, menjadi dasar untuk penetapan tujuan dan strategi.Tujuan dan strategi ditetapkan dengan maksud memanfaatkan kekuatan internal dan mengatasi kelemahan.

Berikut ini merupakan penjelasan dari SWOT (David,Fred R.,2005:47) yaitu :1.Kekuatan (Strenghts)

Kekuatan adalah sumber daya, keterampilan, atau keungulan-keungulan lain yang berhubungan dengan para pesaing perusahaan dan kebutuhan pasar yang dapat dilayani oleh perusahaan yang diharapkan dapat dilayani. Kekuatan adalah kompetisi khusus yang memberikan keunggulan kompetitif bagi perusahaan di pasar.

2.Kelemahan (Weakness)

Kelemahan adalah keterbatasan atau kekurangan dalam sumber daya, keterampilan, dan kapabilitas yang secara efektif menghambat kinerja perusahaan. Keterbatasan tersebut daoat berupa fasilitas, sumber daya keuangan,kemampuan manajemen dan keterampilan pemasaran dapat meruoakan sumber dari kelemahan perusahaan.3.Peluang (Opportunities)

Peluang adalah situasi penting yang mengguntungkan dalam lingkungan perusahaan. Kecendrungan kecendrungan penting merupakan salah satu sumber peluang, seperti perubahaan teknologi dan meningkatnya hubungan antara perusahaan dengan pembeli atau pemasokk merupakan gambaran peluang bagi perusahaan.4.Ancaman (Threats)

Ancaman adalah situasi penting yang tidak menguntungan dalam lingkungan perusahaan. Ancaman merupakan pengganggu utama bagi posisi sekarang atau yang diinginkan perusahaan. Adanya peraturan-peraturan pemerintah yang baru atau yang direvisi dapat merupakan ancaman bagi kesuksesan perusahaan.Fungsi SWOT

Menurut Ferrel dan Harline (2005), fungsi dari Analisis SWOT adalah untuk mendapatkan informasi dari analisis situasi dan memisahkannya dalam pokok persoalan internal (kekuatan dan kelemahan) dan pokok persoalan eksternal (peluang dan ancaman).

Analisis SWOT tersebut akan menjelaskan apakah informasi tersebut berindikasi sesuatu yang akan membantu perusahaan mencapai tujuannya atau memberikan indikasi bahwa terdapat rintangan yang harus dihadapi atau diminimalkan untuk memenuhi pemasukan yang diinginkan.

Analisis SWOT dapat digunakan dengan berbagai cara untuk meningkatkan analisis dalam usaha penetapan strategi. Umumnya yang sering digunakan adalah sebagai kerangka / panduan sistematis dalam diskusi untuk membahas kondisi altenatif dasar yang mungkin menjadi pertimbangan perusahaan.Matriks SWOT

Menurut Rangkuti (2006), Matriks SWOT dapatmenggambarkan secara jelas bagaimana peluang dan ancaman eksternalyang dihadapi perusahaan dapat disesuaikan dengan kekuatan dankelemahan yang dimilikinya. Matriks ini dapat menghasilkan empat set kemungkinan altenatif strategis.

Berikut ini adalah keterangan dari matriks SWOT diatas :1. Strategi SO (Strength and Oppurtunity). Strategi ini dibuat berdasarkan jalan pikiran perusahaan, yaitu dengan memanfaatkan seluruh kekuatan untuk merebut dan memanfaatkan peluang sebesar besarnya.

2. Strategi ST (Strength and Threats). Strategi dalam menggunakan kekuatan yang dimiliki perusahaan untuk mengatasi ancaman.

3. Strategi WO (Weakness and Oppurtunity). Strategi ini diterapkan berdasarkan pemanfaatan peluang yang ada dengan cara meminimalkan kelemahan yang ada.

4. Strategi WT (Weakness and Threats). Strategi ini berdasarkan kegiatan yang bersifat defensif dan berusaha meminimalkan kelemahan yang ada serta menghindari ancaman.

Analisis SWOT adalah salah satu cara untuk menggambarkan dan memetakan kondisi yang ada serta mengevaluasi suatu masalah yang timbul. SWOT sendiri adalah singkatan dari Strengths, Weaknesses, Opportunities dan Threats.

Analisis ini paling sering digunakan dalam evaluasi kegiatan organisasi maupun program yang sedang berjalan untuk mencari strategi yang akan dilakukan. Dalam penggunaannya, analisis SWOT akan menempatkan masing-masing situasi dan kondisi sebagai faktor input yang kemudian dikelompokkan menurut kontribusinya masing masing. Hasil analisis biasanya adalah arahan atau rekomendasi untuk mempertahankan kekuatan dan menambah keuntungan dari peluang yang ada sambil mengeliminasi kekurangan serta menghindari ancaman.

Penggunaan analisis ini akan membantu melihat sisi-sisi yang terlupakan atau tidak terlihat selama ini.

Oleh itu, Saya memilih analisis SWOT supaya pihak pentadbiran sekolah dapat mengetahui :a. Tujuan yang ingin di capai oleh program bebas denggi dan cara mencapainya.b. Jenis dan struktur program yang dibutuhkan.c. Sejauh mana efektivitas kepemimpinan dan pengarahan yang diperlukan.d. Bentuk dan standard pengawasan yang akan dilakukan.e. Aktiviti program dalam mencapai tujuan dapat dilaksanakan secara teratur.f. Menghilangkan aktiviti yang tidak produktifg. Mengukur hasil kegiatan.h. Sebagai dasar pelaksanaan fungsi manajemen lainnya.

3.1Kekuatan (Strength)

a) Komitmen Kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Kebersihan dan Kesihatan Nasional. Di peringkat Kementerian terdapat Jawatakuasa Teknikal Kebersihan dan Kesihatan Nasional.

b) Kelulusan peruntukan RM50 juta untuk memperkukuhkan aktiviti kawalan Denggi bagi tempoh 2006 2010.

c) Denggi penyakit yang perlu dinotifikasi melalui undang-undang kesihatan awam. Kes-kes Denggi yang disyaki perlu dilaporkan melalui telefon dalam tempoh 24 jam selepas diagnosa kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.d) Kementerian Kesihatan bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan Denggi di semua peringkat, bermula daripada daerah, negeri dan kebangsaan.

e) Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah memberi komitmen untuk sedia mempertimbangkan cadangan keperluan perjawatan kawalan Denggi secara berasingan.

f) Sokongan bertulis daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan untuk program pencegahan dan kawalan Denggi.

g) Terdapat akta untuk pengawalan serangga pembawa penyakit.

3.2 Kelemahan (Weakness)

a) Maklumat dalam vekpro tidak dikemaskini dan dianalisa sepenuhnya.

b) Sistem pemantauan kes Denggi dan vektor serta promosi kesihatan tidak berfungsi dengan berkesan dan cekap.

c) Maklumat yang dipantau tidak dapat membantu membuat penilaian keberkesanan aktiviti kawalan dan pencegahan yang dilakukan.

d) Pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan yang tidak berkesan dan cekap kerana kurang pemantauan.

e) Sistem amaran dan respon penularan penyakit berjangkit di daerah tidak berfungsi sehingga menyebabkan kejadian wabak yang tidak dapat dikawal dengan cekap dan berkesan.

3.3 Peluang (Opportunity)

a) Majoriti anggota mempunyai komitmen kepada kerja mereka, bimbingan dan motivasi serta penyeliaan kerja yang cekap dan berkesan diberikan oleh penyelia.

b) Kejayaan Program COMBI yang melibatkan masyarakat dalam aktiviti pemantauan dan penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang berkesan.

c) Komitmen Kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Kebersihan dan Kesihatan Nasional.

d) Komitmen anggota pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia.

3.4 Ancaman (Threat)

a) Kesan wabak Denggi kepada sosioekonomi dan industri pelancongan negara.

b) Menjejaskan keyakinan rakyat kepada kebolehan dan kesungguhan Kerajaan menangani wabak Denggi.

c) Menjejaskan keyakinan WHO kepada kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman penyakit berjangkit, seperti pelaksanaan APSED dan IHR 2005 terutamanya di peringkat daerah.

Tiada yang lebih baik dari rawatan penyakit melainkan kawalan dari dijangkitai penyakit Prevention is better than cure. Konsep kawalan dan pencegahan berobjektif untuk mengelak orang ramai dari mendapat jangkitan demam denggi. Dari pengenalan awal, kita telah ketahui bagaimana nyamuk Aedes membiak dan merebakkan penyakit demam denggi. Maka dengan maklumat tersebut, aktiviti kawalan perlu buat bagi mengelak seseorang dari dijangkiti virus denggi melalui gigitan nyamuk Aedes.

Program Bebas Denggi merupakan satu program yang amat penting dijalankan di sekolah bagi memastikan murid mendapat maklumat mengenai bahaya denggi. Di samping itu kerjasama daripada semua pihak amatlah penting bagi memastikan program ini berjaya dan sekolah selamat daripada jangkitan nyamuk aedes. Ini sejajar dengan seruan kerajaan iaitu memastikan sekolah sentiasa menjadi institusi yang selamat untuk diduduki danmember keselesaan kepada murid- murid untuk meninba ilmu pengetahuan.Oleh yang demikian, kita perlulah bersama sama membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes, menjaga kebersihan sekolah di samping menceriakan sekolah demi kesihatan dan keselesaan kita bersama

Manual Prosedur Penilaian Faktor Risiko NCD 2007. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Manual Latihan PROSTAR Sekolah 2001. Kementerian Kesihatan Malaysia,

Putrajaya

Pakej Modul Pusat Promosi Kesihatan Komuniti 2005. Kementerian

Kesihatan Malaysia, Putrajayahttp://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/PELAN_DENGGI.pdfhttp://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/garis_panduan/D/pdf/07_bebasDenggidiFasilitiKesihatan_BM.pdfhttps://www.academia.edu/5090849/Pengertian_analisis_SWOThttp://journal.unisla.ac.id/pdf/12922013/4.pdfLAPORAN 1

4.0 Cadangan

JUSTIFIKASI S.W.O.T DIPILIH

3.0 ANALISA S.W.O.T

JUSTIFIKASI S.W.O.T DIPILIH

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

DEFINISI DENGGI

RUJUKAN

5.0 Penutup

JUSTIFIKASI S.W.O.T DIPILIH

BAHAYA DAN KESAN DENGGI

PENGENALAN

JUSTIFIKASI S.W.O.T DIPILIH

S.W.O.T

114