orang asli di semenanjung,sabah & sarawak
TRANSCRIPT
KONSEP DAN TABURAN ORANG ASLI DI MALAYSIA.
OLEH:
MOHD FARIS BIN ISMAIL
MOHD KHAIRI BIN MOHD ZAIN
ORANG ASLI DI SEMENANJUNG,SABAH & SARAWAK
Masyarakat peribumi/orang asli adalah penghubung kepada sejarah
dan tamadun awal di tanah air kita.
Sejarah negara Malaysia telah mencatatkan bahawa negara kita
pernah diduduki oleh manusia berzaman-zaman sejak zaman
Paleolitik (Zaman Batu Awal), diikuti dengan Zaman Mesolitik
(Zaman Batu Tengah), Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) dan
Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi).
Kawasan-kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah dataran
pantai dan di lurah-lurah di bahagian barat di Kuching dan di kawasan
antara Sungai Kayan dan Mukah.
Perkembangan kebudayaan penduduk pribumi Sarawak menunjukkan
bahawa masyarakat paling ringkas iaitu hidup berpindah-randah dan
menjalankan kegiatan perburuan di hutan seperti orang Penan hinggalah
kepada masyarakat yang telah bertamadun.
Sebelum kedatangan orang Barat (Rejim Brooke dan Penjajah British) ke
Sarawak, penduduk peribumi mengenali diri mereka mengikut nama
sungai tempat mereka tinggal seperti "kami Skrang" dan "kami Saribas".
SARAWAK
Semasa pemerintahan Kesultanan Brunei ramai penduduk pribumi di
persisiran pantai dan kuala sungai seperti orang Melayu, Melanau dan
Kedayan memeluk agama Islam.
Semasa Dinasti Brooke, penyebaran agama Kristian telah digiatkan di daerah
pedalaman di kalangan orang Iban, Bidayuh, Bisayah, Kenyah, Kayan, Kelabit
dan dikalangan orang Melanau yang tinggal agak jauh dari pantai.
Penyebaran diteruskan secara intensif pada masa penjajahan British(1946-
1963).
Faktor ini menambahkan lagi kepelbagaian perbezaan masyarakat pribumi
Sarawak.
Penduduk pribumi di Sabah tertumpu di kawasan pesisiran pantai (terutamanya pantai barat dan timur), di muara dan lembah sungai dan di kawasan bukit di daerah pedalaman.
Kedudukan petempatan menentukan corak ekonomi dan kebudayaan yang mereka amalkan.
Dipercayai Sabah telah dihuni manusia sejak zaman batu lagi. Terdapat peninggalan tamadun zaman itu di Pulau Burung dan Lembah Pedas.
Dipercayai penghijrah awal ialah kumpulan Negrito yang kini terdapat di Pulau Banggi.
Sekitar abad ke 7 dikatakan penduduk pribumi Sabah telah mengadakan hubungan dagang dengan China.
SABAH
TABURAN PENEMPATAN ORANG ASLI
JENIS ORANG ASLI semenanjung
A. NEGRITO
1. Kensiu
Pinggir daerah Baling (Kg. Lubuk Legong).
Suka berpindah randah.
Mendapat bantuan kerajaan.
Dilengkapi dengan elektrik,air dan prasarana lain.
Getah dibangunkan oleh RISDA.
39 keluarga seramai 240 orang.
2. Kintak
Daerah Grik,Hulu Perak.
Suka berpindah randah.
Mendapat bantuan kerajaan.
Kini mampu menceburi bidang-bidang professional.
Terdiri daripada 25 keluarga seramai 112 orang.
3. Lanoh (Sabubn)
Utara Perak (Hulu Perak) terutama di kawasan Lenggong.
Mendapat bantuan kerajaan.
Mirip-mirip suku kaum Kensiu dan Kintak dalam linguistik dan budaya.
Suka berpindah randah suatu ketika dahulu.
Lebih banyak bertutur dalam dialek bahasa Temiar.
4.Jahai
• Suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay(Melayu Asli). • Hulu perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor.
• Kelantan iaitu Sg. Rual dan Jeli.
• Seakan-akan orang Habsyi dan Negro di Afrika.
• Mengamalkan cara hidup berpindah randah apabila berlaku kematian,penyakit ganjil,perbalahan kecil.
5.Mendriq
Hulu Sg. Lah, jajahan Gua Musang.
Bertubuh kecil tetapi tegap dan sasa.
Suka berpindah-randah.
Dikatakan dari zaman Paleolitik.
Bahasa pertuturan mereka ialah bahasa Austraossiatik.
6. Bateq
• Taman Negara Kuala Tahan, Sungai Kechau, Teluk Gunung (Pahang),
Sungai Gala, Sungai Chiku, Sungai Tako, Sungai Lebir dan Sungai
Airing di Kelantan serta Sungai Berua ,Besut.
• Kini memilih penempatan yang telah disediakan kerajaan.
TABURAN SUKU KAUM NEGRITO
B.Melayu-Proto
Tinggal berjiran dengan Orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Adat resam dan kebudayaan sama dgn orang Melayu.
1. Orang Kuala
Kepulauan Riau-Lingga dan berhampiran pantai Sumatera.
Kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di
pesisiran pantai selatan negeri Johor.
Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di daerah Pontian.
Seakan-akan orang Melayu.
2. Kanaq
Dari kepulauan Riau (Indonesia).
Bahasa pertuturan seakan bahasa Melayu tetapi agak kasar.
Terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi, Mawai (daerah Kota Tinggi).
Suku kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga
seramai 65 orang.
3. Seletar
Dikenali juga sebagai“ Sea Gypsies” .
Kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai.
Persisiran pantai selatan Johor dan utara Singapura.
Bergantung hidup kepada hasil laut.
Mengamalkan animisme dan ada yang memeluk agama Islam.
4. Jakun
Dikatakan dari Yunan,China.
Pantai Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara.
Mengamalkan animisme.
Kehidupan dipengaruhi alam sekitar.
Percaya kampung mereka akan dilanda bencana jika ada yang melanggar pantang larang.
5. Semelai
Pahang Tengah (Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak ).
Sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar.
Rupa dan bentuk fizikal tidak berbeza dengan orang Melayu.
Banyak bergantung terhadap pungutan hasil hutan dan berladang.
6. Temuan
Tinggal di Selangor (kecuali Kuala Langat), Melaka, Pahang,
Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan.
Di Negeri Sembilan mereka mengamalkan Adat Perpatih.
TABURAN SUKU KAUM MELAYU-PROTO
C. Senoi Orang-orang Senoi mendiami lereng Banjaran Titiwangsa iaitu di
pedalaman Negeri Perak,Kelantan dan Pahang
1.Temiar
Dari Gua Musang menganjur ke sempadan Perak.
Penempatan mereka dipilih oleh penghulu dengan cara ‘Berhalaq’ (jampi) atau mimpi.
Jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu
keras.
Tidak membuat penempatan di kawasan berpaya kerana diyakini berpenunggu.
Kawasan air terjun dan sungai besar kerana ditakuti diganggu oleh Puteri Lata.
Membina rumah daripada kayu secara bergotong-royong.
Bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.
2. Semai Tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang .
Mereka juga banyak bergantung kepada pungutan hasil hutan.
Sebuah kampung terdiri daripada 60-300 orang dan diketuai oleh penghulu / batin.
3. Semoq Beri
Pinggir Pahang dan Terengganu.
Hidup berpindah-randah.
TEMPAT KAMPUNG KELUARGA JUMLAH
Jerantut 5 95 735
Daerah Maran 5 197 935
Daerah Kuantan 2 67 366
Terengganu 1 42 185
Kemaman 2 69 284
4. Jah Het
Terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut.
Di daerah Temerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan
yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala
Krau – Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong.
Di daerah Jerantut mereka tinggal di Sungai Kiol dan Kekwel.
Mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping
menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan
menanam padi huma, jagung dan ubi.
5. Mah Meri
Mah Meri bermakna “Orang Hutan” sementara dalam istilah
bahawa Mah Meri disebut “bersisik”.
Dikenali sebagai orang laut dan bekerja sebagai nelayan.
Dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke
pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.
Kini berubah hasil percampuran dengan masyarakat luar.
Mula menceburi sektor perladangan.
6. Che Wong
Tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan Temerloh, Pahang.
Bersifat nomad.
Daerah Raub terdapat 4 buah perkampungan.
Daerah Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah keseluruhannya 68 keluarga seramai 417 orang.
TABURAN SUKU KAUM SENOI
2. JENIS ORANG ASLI/BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK. • Sabah
1. Kadazandusun
Lotud Bonggi Murut
Kimarang Bajau Kwijau
Paitan Lundayeh Kedayan
Ubian Sulu Binadan
Bisaya Kokos Rumanau
Sonsogon Minokok Bundu
Dumpas Tatana Gana
Suluk Irranun Ida`an Brunei
Garo Lingkabau Lobu
2. Bajau
Banadan / Binadan
Banguingui Palao Samah (Bajau Kota Belud)
Sikubung Simunul Tabawan Tando' Bas
Tolen Ubian Ungu Matata
• Sarawak
1. Dayak
i. Iban
Sebuyau Remun
Balau Saribas
Iban Ulu Ai Iban Undup
Iban Rajang
Biatah - Padawan Bukar/Sadong – Serian
Jagoi/Singai – Bau Selakau/Lara - Lundu
ii. Bidayuh
2. Melayu-Sarawak
Brunei Dayak Muslim Melayu Sumatera
3. Melanau
Melanau Mukah Melanau Dalat
Melanau Oya Melanau Matu-Daro-Rejang
Melanau Ba'ie Melanau Balingian
Melanau Miri Melanau Igan
4. Orang Ulu
Kayan Kenyah Kajang Kejaman
Punan Ukit Penan Lun Bawang
Lun Dayeh Murut Berawan Kelabit
Habis sudah