oum perundangan islam

Upload: afiqah-gahamat

Post on 02-Jun-2018

298 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    1/20

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    2/20

    2

    PERUNDANGAN ISLAM

    Syariah atau syariat Islam menurut rujukan pada laman web http://mahir-al-

    hujjah.blogspot.com/2009/01/ciri-ciri-dan-keistimewaan-perundangan.html terdiri

    daripada tiga dasar utama iaitu aqliyah, ruhiyyah dan juga perundangan kehakiman.

    Menurut Fadilah Sarnap (1998) dalam bukunya Perundangan Islam, Sejarah

    Perkembangan, Sumber Dan Mazhabnya, mengatakan bahawa perundangan islam

    atau syariat bersesuaian dengan fitrah manusia Umumnya, perundangan dibentuk

    untuk menjaga kemaslahatan umat manusia sejagat. Selain mengutamakan maslahat

    manusia, ia juga menghindarkan segala bentuk kemudharatan kepada mereka. Di

    dalam perkara ini, Al Allamah Al Hajawi menyebut dalam kitab beliau AlFikr Al- Sami ,

    beliau berkata:

    Dalam syariat Islam diutamakan maslahat-maslahat umum dan khusus.

    Diutamakan juga hak pemilikan, hak kebebasan seseorang dan hak berfikir.

    Sehinggakan ia tidak memberatkan kita selain mempercayai perkara yang boleh

    diterima oleh akal. Di sana diutamakan juga undang-undang dan kanun tabiiy yang

    telah dicipta oleh Allah untuk kebahagiaan manusia dari kemajuan mereka.

    Ini bermaksud agama islam diutuskan untuk menyokong kanun fitrah dan tabiiy ini,

    di mana ia bercirikan pemeliharaan diri. Ia mendatangkan kemudahan dan menjauhkan

    segala kesusahan. Ini adalah sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, fitrah

    Allah yang manaAllah mencipta manusia berdasarkannya.

    Perundangan Islam tidak serupa dengan perundangan-perundangan ciptaan

    manusia. Perundangan Islam adalah ciptaan Allah s.w.t Allah selaku pencipta kita

    adalah lebih layak mencipta undang-undang untuk kita. Ini kerana, Dia lebih

    mengetahui dimana kelemahan kita selaku ciptaanNya. Manusia tidak tahu kelemahan

    dirinya sendiri, apatah lagi kelemahan orang lain. Tidak layak bagi kita selaku hamba

    yang lemah mencipta formula bagi menyelesaikan masalah sedangkan kita sendiri

    selalu kalah dengan nafsu sendiri berbanding dengan akal fikiran.

    http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/01/ciri-ciri-dan-keistimewaan-perundangan.htmlhttp://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/01/ciri-ciri-dan-keistimewaan-perundangan.htmlhttp://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/01/ciri-ciri-dan-keistimewaan-perundangan.htmlhttp://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/01/ciri-ciri-dan-keistimewaan-perundangan.html
  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    3/20

    3

    KETINGGIAN PERUNDANGAN ISLAM

    Oleh sebab undang-undang Islam itu ciptaan Allah s.w.t , maka ianya sesuai digunakan

    untuk setiap manusia di setiap masa, keadaan dan tempat. Ini berbeza dengan undang-

    undang ciptaan manusia. Ciptaan manusia kadangkala sesuai untuk sesuatu kaum,

    satu-satu waktu, keadaan atau tempat. Ini kerana, manusia jahil kepada kelemahan

    dirinya sendiri. Mana mungkin seorang manusia yang bersifat lemah dan kekurangan

    hendak mengatur mereka yang setaraf dengannya. Sudah pasti akan berlaku

    kekacauan dan perbalahan yang tidak berkesudahan.

    Disini, terdapat lapan perbezaan yang ketara di antara undang-undang Islam dan

    undang-undang ciptaan manusia iaitu :

    Undang-undang Islam merupakan himpunan perintah dan tegahan yang

    telah disyariatkan oleh Allah untuk hambaNya.

    Ianya diturunkan menerusi Rasul junjungan kita Muhammad s.a.w. Ia sama seperti

    semua perundangan samawi (diturunkan dari langit kepada para rasul) yang lain. Ia

    meliputi seluruh aspek kehidupan, umum dan bersesuaian untuk semua manusia

    hingga Hari Kiamat. Berbanding dengan undang-undang yang dibuat oleh manusia,

    ianya boleh dirombak menurut pandangan seseorang atau sekumpulan manusia.

    Ianya bersifat tidak kekal.

    Undang-undang islam menerangkan kaitan dengan Allah, sesama manusia

    dan makhluk yang diciptakan.

    Berbeza dengan undang-undang yang dicipta oleh manusia , ianya hanya terbatas

    kepada penyusunan hubungan di antara sesama individu manusia sahaja tidak

    kepada yang lain.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    4/20

    4

    Perundangan Islam memerintahkan perkara yang yang baik dan mencegah

    kemungkaran.

    Ianya mengandungi keterangan tentang perkara-perkara yang baik dan saranan

    terhadapnya dan juga sebaliknya. Manakala, undang-undang ciptaan manusia

    hanya terbatas kepada matlamat memperbaiki kerosakan dan fasad sahaja.

    Sekiranya ia baik, itu hanya secara kebetulan.

    Ketaatan mendapat ganjaran di akhirat, menderhakainya akan mendapat

    azab di akhirat bagi undang-undang Islam.

    Bagi mereka yang taat kepada perintahNya, mereka akan mendapat ganjaran di

    dunia selain dapat memperbaiki kehidupan duniawinya. Jika mengingkarinya,

    terdapat juga balasan-balasan duniawi yang bertujuan memberi amaran dan

    mengelakkan masyarakat daripada kerosakan. Manakala, bagi undang-undang

    manusia, ianya hanya di dunia sahaja. Balasan baik dan buruknya dijalankan

    oleh mereka yang berkuasa.

    Undang-undang daripada syariat Islam kekal

    Keadilan yang terdapat dalam undang-undang Islam berkekalan danmaslahatnya berterusan kerana ia datang daripada Allah yang Maha Mengetahui

    setiap sesuatu, Undang-undang ciptaan manusia pula reka cipta dan gubalan

    mereka sendiri dan sering dipengaruhi oleh perubahan zaman.

    Penggubalan undang-undang Islam mempunyai sebab musabab serta

    hikmah yang tersembunyi.

    Allah mengetahui segala maslahat para hambaNya dan kemudharatan yang

    ditakdirkan di dalam setiap keadaan. Perkara ini tidak dapat diketahui oleh

    manusia. Ini menyebabkan manusia terdorong untuk mengharuskan perkara

    yang diharamkan oleh syara. Mereka menyangka di sana ada manfaatnya.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    5/20

    5

    Penggubalan undang-undang ciptaan manusia tidak telus.

    Ianya dipenngaruhi oleh keinginan hati, hawa nafsu, suasana yang berbeza,

    taraf ilmu pengetahuan dan kemajuan, perubahan zaman dan kelainan sesuatu

    tempat (budaya).

    Hukum fiqah Islam yang terhasil daripada perbincangan mujtahid dari

    kalangan sahabat hinggalah kepada ulama-ulama mazhab yang berlainan

    adalah hukum syara.

    Ini kerana, ia disandarkan kepada dasar-dasar dan asas yang tetap dan tidak

    berubah yang mana diambil daripada kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

    Disini dapat disimpulkan bahawa undang-undang Islam jauh lebih baik dan utuh

    berbanding dengan undang-undang ciptaan manusia. Ianya berkaitan dengan

    pembaikan aqidah untuk membebaskan akal manusia daripada cengkaman berhala,

    taklid dan khurafat, membebaskan akal manusia daripada pengaruh dan

    penyelewengan hawa nafsu dan juga pembaikan masyarakat untuk membebaskan

    umat daripada kezaliman, kacau bilau dan penindasan. Hal ini disokong oleh firman

    Allah yang bermaksud :

    Pada hari ini telahKu sempurnakan untuk kamu agama kamu, telahKu

    cukupkan kepadamu nikmatKu, redha Islam itu menjadi menjadi agama bagimu.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    6/20

    6

    SUMBER PERUNDANGAN ISLAM

    Sesungguhnya hukum-hukum Islam hanya diketahui berasaskan dalil-dalil yang

    ditegakkan oleh syarak. Maka dalil-dalil ini disebut Usul al-Ahkam atau Masadir al-

    Syariah atau Masadir al-Tasyrial- Islamiy. Kesemuanya adalah sumber-sumber hukum

    atau perundangan Islam, yang mana merujuk kepada wahyu Allah, sama ada al-Quran

    mahupun al-Sunnah. Justeru itulah sumber-sumber itu dibahagikan kepadaa Masadir

    Asliyyah dan Masadir Tabiyyah. Kalau dilihat dari sudut ittifaq (sependapat) dan iktilaf

    (perbezaan pendapat) pada dalil-dalil ini maka ia mempunyai tiga bahagian seperti

    dibawah. Namun demikian, Namun demikian, menurut Fadilah Sarnap (1998) , tidak

    semua sumber-sumber diatas disepakati oleh para ulama. Ada yang disepakati dan ada

    yang tidak. Di antara sumber-sumber yang disepakati dan tidak iaitu :

    Pertama : Dalil yang disepakati oleh semua orang Islam iaitu Al-Quran dan Al-

    Sunnah.

    Kedua : Dalil yang disepakati oleh jumhur muslimin iaitu al-Ijma dan al-Qiyas,

    kecuali al-Nazzam dari kalangan Mutazilah dan sebahagian dari golongan

    Khawarij yang menolak Ijma sebagai sumber hukum dan Syiah Imamiyyah

    Jafariyyah serta golongan Zahiriyyah yang menolak Qiyas sebagai sumberhukum.

    Ketiga : Sumber yang berlaku perbezaan pendapat di kalangan para ulama,

    hatta di kalangan jumhur ulama yang beramal dengan konsep Qiyas. Bahagian

    ini merangkumi al-Urf, al-Istishab, al-Istihsan, al-Masalih al-Mursalah, Syaru Man

    Qalbana dan Mazhab al-Sahabi di mana sebahagian ulama mengambil ia

    sebagai sumber hukum sedangkan sebahagian lain tidak menganggap ia

    sebagai sumber hukum.

    Tugasan pada kali ini hanya menjurus kepada sumber hukum yang ketiga iaitu

    tentang masalih al-mursalah, maka huraiannya berkisar tentang sumber perundangan

    islam ini sahaja.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    7/20

    7

    KONSEP MASALIH AL-MURSALAH

    Takrif al-Masalih

    Al-Masalih dari segi bahasa ialah jama dari maslahah, sama seperti manfaah pada

    wazan dan makna. Sementara dari segi istilah ialah menarik manfaat dan menolak

    kemudaratan, ertinya memelihara objektif syarak menciptakan hukum dengan

    memelihara al-Daruriyyat al-Khamis iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Maka

    setiap sesuatu yang memeliharakannya dinamakan maslahah, dan apa juga yang

    meluputkannya dinamakan mafsadah. Objektif pembinaan hukum ialah hendak

    mendatangkan kebaikan kepada manusia dengan memberi manfaat kepada mereka

    dan menolak kerosakkan atau kemudaratan dari menimpa mereka.

    Takrif al-Masalih al-Mursalah

    Menurut Fadhilah Sarnap (1998), masalih mursalah ini bererti mencari kemaslahatan

    dan kebaikan dari sudut bahasa. Dari sudut usul pula ia bermaksud menentukan hukum

    bagi satu-satu perkara yang tidak terdapat nas padanya daripada Al-Quran dan sunnah

    dan tidak terdapat keputusan ijma mengenainya. Ianya juga seringkali disebut juga

    dengan istislah.

    Contoh masalih mursalah yang dapat kita lihat ialah seperti keputusan yang

    dibuat oleh Umar Al-Khattab iaitu mengadakan mata wang rasmi negara dan juga

    mendirikan penjara bagi menghukum pesalah. Contoh yang lain ialah seperti

    mendirikan hospital, jalan raya,sekolah dan sebagainya untuk kegunaan umum.

    Al-Syeikh Muhammad Khudri Bik dalam karangannya Ilmu usul al -Fiqh, majoriti

    ahli usul menjustifikasikan masalih al-mursalah dengan istilah al-munasib al-mursal.

    Bagaimanapun, Imam Malik lebih cenderung menggunakan istilah masalih al-mursalah.Berbeza pula dengan pendapat Imam al-Ghazali, beliau mentakrifkan konsep ini

    sebagai al-Istislah.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    8/20

    8

    Pembahagian al-Masalih

    Menurut laman web http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2008/08/mashalih-

    mursalah.html,pada pandangan Ssyarak al-Masalih itu terbahagi kepada tiga iaitu :

    Pertama :

    Maslahah Mutabarah, iaitu maslahah yang diambil kira oleh syarak dan dibinakan

    hukum-hakam bagi mendapatkan maslahah itu (kebaikan kepada manusia). Ia

    merupakan masalih yang diperakui oleh syarak yang mempunyai kaitan dengan hukum-

    hukum syarak seperti untuk menjaga agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta. Di

    antara lain contohnya bagi maslahah memelihara jiwa. Bagi maslahah memelihara

    harta maka diperundangkan hukum memotong tangan pencuri, dan bagi kepentinganmemelihara akal diperundangkan hukuman minum arak.

    Kedua :

    Maslahah Mulghah , iaitu masalih yang diingkari oleh syarak (ilgha). Kalau masalih

    mutabarah ianya diakui oleh syarak, tetapi masalih mughah ini adalah sebaliknya ianya

    tidak diiktiraf oleh syarak.

    Sebagai contohnya; Adanya kemashlahatan untuk menyamakan harta

    perwarisan di antara anak lelaki dan perempuan, syara' tidak mengakuinya

    sebagaimana firman Allah (4:11)

    Allah mewasiatkan kepada kamu kepada anak lelaki bahagiannya adalah bahagian

    dua anak perempuan

    Contoh maslahah yang lain adalah pemakan riba yang menambah kekayaan dari

    wang riba, maka syariat telah mengingkari berdasarkan nas keharaman riba

    Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.(2:275)

    Maka tidak layak untuk menjadikan muamalat riba ini sebagai satu cara untuk

    perlaburan harta dan penambahannya. Contoh yang lain adalah tidak ikut serta dalam

    http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2008/08/mashalih-mursalah.htmlhttp://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2008/08/mashalih-mursalah.htmlhttp://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2008/08/mashalih-mursalah.htmlhttp://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2008/08/mashalih-mursalah.html
  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    9/20

    9

    peperangan jihad kerana ingin menjaga dirinya dari kemalangan dan kebinasaan,

    sedangkan syara' telah mengingkari hal sebegini.

    Ketiga :

    Maslahah Mursalah, iaitu maslahah yang tidak ada dalil syara yang mengambilkiranya

    atau membatalkannya. Ia adalah kemasalahatan yang tidak disebut oleh nas syarak

    secara khusus ataupun disebut terhadap yang sejenisnya, tetapi nas-nas syarak secara

    umum menujukkan adanya kemaslahatan, kerana syarak datang untuk mendatangkan

    kemaslahatan dan menyingkirkan kerosakan. Dan inilah yang dijadikan dalil ketika tidak

    ditemukan dalil secara khusus menghukumi suatu permasalahan.

    Masalih Mursalah Sebagai Hujjah Syara

    Jumhur ulama berpendapat bahawa masalih mursalah adalah salah satu hujjah syara

    yang mesti dipatuhi dan diamalkan. Ia merupakan satu daripada dasar-dasar yang

    dijadikan sandaran di dalam pensyariatan hukum hakam. Jumhur ulama berpendapat

    begini berdasarkan kepada beberapa dalil yang menyokongnya.

    Di antaranya seperti dalam hadis bahawa rasulullah s.w.t telah memuji Muaz bin

    Jabal di dalam berijtihad menggunakan pandangan akalnya. Perkara ini tercatat di

    dalam hadis dimana rasulullah s.w.t telah mengutskan Muaz bin Jabal untuk memimpin

    umat Islam di Yaman.

    Rasulullah s.w.t telah bertanya kepada Muaz:

    Bagaimana hendak engkau hukum apabila datang kepadamu satu -satu kes?

    Maka Muaz menjawab : Aku akan menghukum dengan Kitab Allah. Baginda bertanya

    lagi, bagaimana sekiranya engkau tidak dapatinya di dalam Kitab Allah?Lalu Muaz

    menjawab : Aku akan menghukum dengan sunnah Rasulullah.Baginda bertanya lagi,

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    10/20

    10

    bagaimana jika engkau tidak dapatinya di dalam Kitab Allah dan sunnah rasulullah?

    Maka jawab Muaz, Aku akan berijtihad dengan pandangan akalku dan aku tidak akan

    cuai. Maka di ketika ini rasulullah s.w.t menepuk dada Muaz lalu bersabda, segala puji

    bagi Allah yang telah memberikan petunjuk kepada utusan rasulullah bagi perkara yang

    diredhai oleh Allah dan rasulnya.

    Di dalam hadis di atas, rasulullah s.w.t memberikan pengakuan terhadap

    tindakan yang dilakukan oleh Muaz yang berijtihad menggunakan pandangannya.

    Ijtihad menggunakan akal pemikiran tidaklah terhad kepad qias sahaja. Bahkan

    termasuk ke dalamnya juga perlaksanaan kaedah-kaedah dasar syariat terhadap

    perkara furu dan juga dengan mengambil petunjuk daripada tujuan-tujuan umum

    perundangan di dalam mencapai maslahat untuk hamba Allah meraih kemanfaatan danmenjauhkan segala mudharat. Perkara ini sendiri adalah makna bagi masalih mursalah.

    Dengan itu, masalih mursalah dikira bertepatan dengan hikmat perundangan hukum

    hakam Islam.

    Hujah kedua yang menyokong penggunaan Masalih Al Mursalah dalam

    menentukan hukum syara ialah kekerapan para sahabat rasulullah menggunakannya

    setelah kewafatan baginda. Mereka membina banyak hukum hakam berdasarkan

    kaedah ini tanpa dikritik oleh mana-mana sahabat yang lain. Di antara contohnya ialah

    pengumpulan Al-Quran yang dilakukan di zaman pemerintahan Abu Bakar dan Othman

    serta pendapat Ali yang meminta agar para pengilang memberikan jaminan terhadap

    barangannya. Maka dengan ini tindakan mereka menggunakan Masalih Al Mursalah

    menjadi satu ijma sebagai cara penentuan dalil yang dijadikan sandaran dalam

    pensyariatan hukum hakam.

    Seterusnya, para ulama sepakat menjadikan kaedah ini sebagai cara penentuan

    hukum kerana mereka berpendapat yang maslahat manusia tidak akan terputus kepada

    had-had tertentu sahaja. Ia sentiasa berubah dan timbul mengikut perjalanan masa dan

    perubahan tempat. Sekiranya digunakan sebagai nas sahaja untuk penyelesaian

    hukum, sudah pasti tidak akan dapat mendatangkan maslahat. Malahan, ia akan

    menghilangkan banyak maslahat manusia dan menjadikan mereka berada dalam

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    11/20

    11

    kesusahan. Sedangkan, syariat Islam itu didatangkan untuk tujuan memberikan

    maslahat kepada manusia dan bersesuaian dalam semua suasana, tempat dan zaman.

    Bagi sesiapa yang memahami bahawa nas yang terkandung di dalam Al-Quran

    sebagai hukum hakam yang dasar, maka ia akan memahami bahawa di sana terdapat

    hukum hakam furu yang perlu difikirkan berdasarkan kepada perkara dasar tersebut.

    Perkara-perkara baru yang terus menerus timbul sudah pasti tidak disebut oleh Kitab

    Allah dan sunnah rasulullah. Bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut perlu

    kepada ijtihad. Tidak terdapat dinafikan bahawa masalih mursalah adalah salah satu

    cara ijtihad yang diambil daripada hasil penelitian terhadap hikmah pensyariatan hukum

    hakam perundangan Islam yang hendak memberikan maslahat kepada seluruh

    manusia.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    12/20

    12

    SYARAT- SYARAT MASALIH MURSALAH

    Untuk beramal dengan masalih mursalah bagi mereka yang berpegang dengannya

    mestilah mematuhi atau mengikut syarat-syarat berikut:

    Maslahat tersebut mestilah umum

    Ia mestilah benar-benar memberi maslahat dengan mendatangkan manfaat atau

    menolak mudharat daripada majoriti masyarakat. Sekiranya maslahat tersebut

    hanya khusus, memberi manfaat atau menolak mudharat daripada satu-satu

    individu atau kumpulan sahaja (bukan semua), maka maslahat seumpama ini

    tidak boleh dijalankan.

    Maslahat tersebut mestilah satu perkara yang hakiki dan bukan khayalan

    atau agakan semata-mata

    Seseorang mujtahid yang hendak menentukan bagi satu-satu perkara

    berdasarkan maslahat ini mestilah meyakini ia dapat mendatangkan manfaat

    atau menolah kemudharatan. Sekiranya ia hanya didasarkan kepada sangkaan

    semata- mata, maka ia tidak boleh diamalkan kerana ia tidak boleh dikatakan

    sebagai maslahat.

    Pembinaan hukum berdasarkan masalih mursalah mestilah tidak

    bercanggahan dengan hukum yang sudah tetap dengan nas atau ijma.

    Maslahat mursalah tidak boleh dijadikan hukum bagi satu-satu perkara sekiranya

    perkara tersebut telah pun dinyatakan hukumnya oleh nas atau ijma. Sekiranya

    nas atay ijma sudah menentukannya, maka tidak perlu lagi ditentukan melalui

    masalih mursalah kerana ia lebih diyakini kebenarannya.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    13/20

    13

    BIDANG PENGGUNAAN MASALIH MURSALAH

    Menurut Fadilah Sarnap (1998) , mereka yang berpegang kepada pendapat

    mengatakan bahawa masalih mursalah ini sebagai hujjah syara menghadkan masalih

    mursalah ini hanya pada bidang muamalat sahaja. Ia tidak boleh digunakan di dalam

    bidang ibadat. Ini adalah kerana maslahat hanya boleh difikirkan di dalam bahagian

    muamalat. Pensyariatannya adalah bertepatan dengan logik akal manusia. Ini berbeza

    dengan bidang ibadat. Ia bukan sesuatu yang boleh difikirkan oleh akal manusia. Ia

    adalah perkara taabbudi di mana sebagai hamba Allah, kita dituntut melaksanakannya.

    Maka tidak perlu difikirkan maslahat di sana.

    Menurut laman web http://revolusidamai.multiply.com/journal?&page_start=140

    pula mengatakan bahawa dalam kitab Al Itisham, Imam Asy Syathibi memberikan

    pendapatnya tentang maslahat. Beliau memberikan sepuluh contoh masalih mursalah

    dan membuat kesimpulan yang mengatakan :

    1. Masalih Mursalah boleh dibuat dalil jika ianya selaras dengan tujuan syara dan tidak

    ada dalil yang melarangnya.

    2. Dalam bidang ibadah, ianya merujuk kepada sifat taabbudi. Misalnya, debu(membuat badan kotor ketika tayammum) boleh menggantikan air (membuat badan

    bersih dalam berwudhu). Selain itu, dalam sebahagian solat sunat disunatkan

    berjemaah (solat aidilfitri, gerhana dan solat istisqa) berbeza dengan solat sunat yang

    lain.

    3. Mashalih mursalah termasuk perantara yang menjaga dharuriyat al khamsahdan

    bertujuan menghilangkan masyaqqot.

    http://revolusidamai.multiply.com/journal?&page_start=140http://revolusidamai.multiply.com/journal?&page_start=140
  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    14/20

    14

    KAITAN MASALIH MURSALAH DENGAN BIDANG PERUNDANGAN DALAM

    PENENTUAN HUKUM

    Para ulama` mempunyai persepsi yang tersendiri dalam menerima pakai teori

    masalih al-mursalah sebagai asas dalam pembinaan hukum. Sekiranya diteliti dalam

    perbincangan kitab-kitab fiqh, perbahasan konsep ini sebagai sumber hukum terbahagi

    kepada tiga aliran mazhab. Aliran pertama berpendirian al-Masalih Mursalah tidak boleh

    dijadikan hujah secara mutlak. Golongan yang berpandangan sedemikian terdiri

    daripada pendapat jumhur al-Shafi`iyyah, al-Hanafiyyah, ahli Zahiri dan sebahagian

    ulama mazhab Maliki. Aliran kedua yang terdiri daripada al-Imam al-Ghazali dan al-

    Baidhawi dari golongan mazhab Shafi`i berpandangan kehujahan al-Masalih Mursalah

    sebagai instrumen hukum digunapakai apabila memenuhi tiga elemen berikut:

    Pertama:Maslahah hanya boleh diaplikasikan pada tahap darurat dan bukannya pada

    tahap hajat. Maslahah hajiyah ini bermaksud sesuatu maslahah yang diperlukan

    bertujuan untuk memberi kemudahan dan kelonggaran bagi seseorang hamba

    melaksanakan kewajipan. Sebagai contoh, kemudahan rukhsah dalam ibadat bagi

    situasi tertentu yang diizinkan syara` seperti kesukaran (masyyaqah) ketika

    menunaikan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya.

    Kedua:Qat`iyyah bukan Zanniyah.

    Ketiga:Kulliyyah(keseluruhan) bukan Juziyyah (sebahagian)

    Menurut Sheikh Abu al-Nur dalam kitabnya Usul Fiqh menjelaskan maslahah

    dalam kategori ini bermaksud sesuatu perkara yang ditetapkan oleh kaedahpembinaan hukum sebagai maslahah dan tidak menimbulkan keraguan. Begitu juga

    dengan maslahah yang bersifat kulliyyah bermaksud maslahah yang memberi faedah

    kepada kepentingan awam dan bukannya bersifat individu. Dalam teks perundangan

    fiqh, contoh yang diberikan bagi kategori kedua dan ketiga seperti apabila orang kafir

    menjadikan tawanan orang Islam sebagai benteng perisai bagi melindungi diri mereka.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    15/20

    15

    Dalam situasi ini, membunuh orang Islam yang diperalatkan oleh tentera musuh

    sebagai benteng perisai bersifat qati`yah. Ini kerana, jika tentera Islam tidak berbuat

    demikian sekiranya kemenangan berada di pihak musuh maka lebih ramai lagi umat

    Islam akan dibunuh. Dalam kes ini memelihara umat Islam dari dibinasakan secara

    keseluruhannya dikategorikan sebagai maslahah bersifat kulliyyah.

    Aliran ketiga pula dipelopori oleh Imam Malik dan satu riwayat dari Imam

    Shafi`i. Pemakaian teori Masalih al-Mursalah tertakluk kepada beberapa kriteria yang

    telah ditetapkan. Syarat-syarat yang dipersetujui seperti maslahah tersebut bersifat

    pasti dan bukannya andaian atau sangkaan (waham). Dalam masa yang sama tidak

    terdapat mana-mana nas yang membatalkannya. Di samping itu, maslahah yang

    hendak dilaksanakan tersebut perlu berasaskan kepada kepentingan umum danbukannya atas dasar individu. Sehubungan dengan itu, maslahah tersebut bersifat

    rasional dan realistik dan juga boleh berfungsi menghapuskan kemudharatan dan

    kesukaran yang pasti.

    Daripada perbezaan pendapat di atas dapat dirumuskan dua aliran mazhab

    menyokong pemakaian teori masalih al-mursalah sebagai sumber hukum dalam

    perundangan Islam meskipun terdapat perbezaan dari aspek syarat-syarat untuk

    menguatkuasakannya. Apa yang jelas perbezaan ini hanya melibatkan perbezaan

    pemahaman dan pentafsiran dari segi hirarki keutamaan maslahah. Sebagai contoh,

    Imam al-Ghazali menerimapakai konsep masalih mursalah pada tahap daruriyyah dan

    bagi Imam Malik meletakkan pemakaian teori tersebut pada tahap hajiyyah.

    Secara keseluruhannya, maslahah bertujuan untuk menghasilkan kebaikan dan

    menghindarkan keburukan. Dalam membahaskan tentang maslahah ini, sudah

    semestinya tidak dapat lari dari dikaitkan dengan `illah iaitu asas yang digunapakai

    dalam membuat kesimpulan hukum. Sebagai contoh, inisiatif yang dibuat oleh

    Sayyidina Abu Bakr mengumpulkan al-Quran. Ia bertujuan untuk menjaga kepentingan

    awam disebabkan beliau bimbang hilangnya ayat suci dari muka bumi ekoran

    meningkatnya kematian di kalangan para penghafaz al-Quran di medan perang.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    16/20

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    17/20

    17

    Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang manusia,

    seolah-olah ia telah menjaga keselamatan hidup manusia semua.

    Sehubungan dengan itu, para fuqaha telah mengeluarkan fatwa sebagai

    prosedur asas untuk melaksanakan amalan tersebut. Pendermaan organ bagi kes

    tersebut boleh dilaksanakan dengan memenuhi empat syarat yang telah ditetapkan.

    Pertama, perlu mendapat keizinan dan kebenaran si mati pada masa dia masih hidup.

    Penderma tersebut mestilah telah mencapai umur baligh, waras dan keizinan tersebut

    bukannya diperolehi secara paksa. Dalam pada itu, pemindahan organ boleh juga

    dilakukan jika diizinkan oleh ahli waris selepas kematiannya.

    Kedua, hendaklah dibuktikan sekiranya pemindahan organ tersebut dibuat ia dapat

    membantu menyelamatkan dan memberi faedah yang besar serta tidak mendatangkankemudharatan kepada penerima organ. Ketiga, perlu dipastikan bahawa pendermaan

    atau pemindahan organ tersebut adalah bertujuan untuk kepentingan perubatan dan

    bukannya atas tujuan lain. Keempat, tidak berlaku transaksi jual beli dalam pendermaan

    organ tersebut.

    Terdapat juga ayat yang mengharuskan pendermaan organ kepada pihak lain

    sekiranya dalam keadaan darurat dan memerlukan iaitu dalam surah Al-Baqarah, ayat

    173 yang membawa maksud :

    Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging

    babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi

    barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak

    menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa

    baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Sumbangan maslahah seterusnya bidang perubatan banyak membantu

    menyelesaikan pebagai masalah, contoh persoalan semasa yang berkaitan dengan

    euthanasia atau dikenali sebagai mercy killing dan dalam istilah bahasa Melayu pula

    pembunuhan rahmat. Kes ini berbangkit apabila seorang pesakit telah disahkan oleh

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    18/20

    18

    pakar perubatan menunjukkan otak pesakit gagal berfungsi sepenuhnya (mati otak) dan

    berada dalam koma sepanjang hayatnya. Dalam situasi ini, si pesakit bergantung

    penuh kepada alat bantuan pernafasan yang berfungsi untuk meneruskan

    kehidupannya. Oleh yang demikian, tanpa menggunakan alat bantuan tersebut

    menyebabkan aliran darah dan pernafasan akan terhenti. Dalam kes seperti ini, para

    fuqaha` berselisih pendapat sama ada doktor boleh menghentikan alat bantuan

    tersebut atau tidak. Alasan kematian yang diguna berasaskan kaedah perubatan telah

    menunjukkan pesakit tersebut sebagai mati otak. Merujuk kepada pandangan yang

    dikemukakan oleh Profesor Yusof al-Qaradhawi dalam penulisannya Fatawa

    Mu`asirah, beliau membuat ulasan dengan menyatakan bahawa tindakan

    menghentikan alat bantuan pernafasan dibenarkan oleh Islam. Alasannya perbuatan

    tersebut merupakan satu maslahah kepada pesakit, keluarga dan pesakit-pesakit lain(otak yang berfungsi) yang sangat memerlukan alat bantuan tersebut untuk

    meneruskan kehidupan mereka secara normal.

    Contoh yang lain berkaitan dengan bayi tabung uji. Setelah dikaji, isu ini tidak

    mempunyai dalil-dalil daripada nas al-quran dan sunnah yang melarang atau

    menyokong kaedah bayi tabung uji tersebut. Para ulama berpendapat bahawa

    mensenyawakan telur isteri dengan sperma suami tanpa ada sedikit syak pun

    kemungkinan ia bercampur dengan sperma lelaki lain adalah harus hukumnya dan

    mensabitkan nasab anak yang bakal dilahirkan. Kaedah ini bersesuaian dengan satu

    daripada maqasid syariah iaitu memelihara keturunan. Maslahah mursalah daripada

    kaedadh ini adalah dapat memperoleh zuriat walaupun si isteri tidak boleh memperoleh

    anak secara semulajadi iaitu melalui hubungan kelamin suami isteri yang sah. Selain

    itu, kaedah ini boleh mengelakkan si suami melakukan zina semata-mata untuk

    mendapatkan anak.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    19/20

    19

    Kesimpulan

    Sebagai natijah kepada perbincangan topik ini, syariat islam merupakan agama yang

    terakhir membawa sinar harapan kepada seluruh manusia dalam membantu mengatur

    dan menyusun sistem kehidupan yang lebih sempurna. Ketika manusia meneruskan

    survival kehidupan mereka yang penuh dengan cabaran, doktrin maslahah dilihat

    sebagai sebahagian daripada alternatif perundangan Islam yang penting untuk

    berfungsi dalam pentas dunia moden. Realiti ini menjadikan sumber perundangan Islam

    bersifat synergy dan dinamis dalam menjamin kemaslahatan manusia. Meskipun

    begitu, dalam menerimapakai doktrin maslahah, para fuqaha perlu mengikut hirarkisumber perundangan Islam supaya kepentingan umum yang difahami manusia tidak

    berlaku kontradiksi dengan sumber asas perundangan Islam. Secara umumnya dapat

    difahami bahawa doktrin maslahah dapat membantu memperkayakan sumber

    pembendaharaan fiqh yang sedia ada dalam menjawab pelbagai persoalan semasa

    kehidupan manusia yang meliputi aspek sosial, ekonomi, politik, perubatan, sains dan

    teknologi, pertahanan dan sebagainya.

  • 8/10/2019 OUM Perundangan Islam

    20/20