oumh1103

13

Click here to load reader

Upload: miera-aunira

Post on 24-Jul-2015

79 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: oumh1103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

THE IMPORTANT SKILLS THAT EMPLOYERS ARE LOOKING FOR IN GRADUATES

FREDA ANAK LINUS LUKONG

810330135536001

810330135536

freda_linus @yahoo.com

NORSARIHAN BIN AHMAD

MIRI LEARNING CENTRE

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

LOT 993 &994, KING’S COMMERCIAL CENTRE

BLOK 10, JALAN MIRI-BINTULU

98000 MIRI SARAWAK

Semester SMP PPG MAC 2012

1

Page 2: oumh1103

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN - HALA TUJU BAKAL GRADUAN 3

2.0 KEMAHIRAN YANG DI CARI MAJIKAN DARI BAKAL GRADUAN 4

2.1 Kemahiran Komunikasi (Mendengar, Bercakap dan Menulis) 5

2.2 Kemahiran Penyelidikan dan Analitikal 5

2.3 Kemahiran Komputer dan Literasi Teknikal 6

2.4 Kemahiran Kebolehan Fleksibiliti, Adapatasi dan 7

Pengurusan Keutamaan Pelbagai

2.5 Kemahiran Interpersonal 8

3.0 CADANGAN UNTUK MEMASTIKAN BAKAL GRADUAN DILENGKAPI 9

DENGAN KEMAHIRAN YANG DINYATAKAN.

3.1 Badan Kerajaan 9

3.2 Institusi Pendidikan 9

3.3 Bakal Graduan 10

4.0 KESIMPULAN 11

RUJUKAN

2

Page 3: oumh1103

1.0 PENGENALAN

HALA TUJU BAKAL GRADUAN

Usaha selama empat tahun demi seguluh ijazah merupakan impian dan kegembiraan sebagai

seorang siswazah. Jika diimbas kembali, ia member kegembiraan dan lonjakan paradigm kepada

setiap mahasiswa dalam usaha mencari ilmu. Sepanjang masa di universiti mereka mengejar

impian dan menempuhi pelbagai cabaran. Menghadapi tugasa, melayani karenah rakan siswazah

dan pensyarah serta melibatkan diri dalam pelbagai program universiti. Selepas ijazah diterima

mengundang pelbagai persoalan tentang hala tuju selepas itu. Setiap tahun, Malaysia melahirkan

ribuan siswazah dari pusat pengajian awam dan swatsta. Setiap tahun dianggarkan 200,000

daripada keseluruhan 923,000 pelajar di pelbagai peringkat pengajian dan bidang dari Institut

Pengajian Tinggi seluruh negara akan menamatkan pengajian mereka (Kementerian Pelajaran

Tinggi, 2010).

Isu yang paling kerap dibicara oleh semua media termasuk eletronik dan cetak ialah isu

pengangguran di kalangan graduan. Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh

Kementerian Pelajaran Tinggi pada 2009 menunjukkan dalam tempoh tiga bulan selepas graduan

menamatkan pengajian, seramai 81,744 atau 52.7 peratus graduan mendapat pekerjaan

berbanding 41,514 atau 26.7 peratus graduan baru yang masih belum bekerja (Kementerian

Pelajaran Tinggi). Usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak yang berkaitan termasuk badan

kerajaan dan pihak swasta akan menunjukkan masalah pengangguran di kalangan mereka di

sebabkan oleh graduan itu sendiri sebagai punca utama.

Bakal graduan harus bijak memanipulasikan segala aspek yang disediakan di pusat pengajian dan

memanfaatkan semua kemudahan dalam usaha memperkembangkan kemahiran diri sebagai

individu yang mempunyai intelektual serta kemahiran yang tinggi. Isu ini menumpukan kepada

hala tuju graduan selepas menamatkan pengajian mereka serta masalah relevan di antara program

pengajian yang dipelajari dengan pasaran kerja kini. Pesonaliti seorang bakal graduan merupakan

antara aspek yang penting untuk menempuh alam pekerjaan.

Hala tuju utama seorang bakal graduan ialah mencari tempat di dalam pasaran kerja. Namun, isu

pekerjaan ini akan dihadapi oleh setiap bakal graduan dan bakal graduan tidak mengambil kira

aspek-aspek penting semasa berada di universiti atau sebelum memasuki univerisiti. Antara

3

Page 4: oumh1103

aspek yang sering dipandang remeh ialah keperluan program pengajian dengan pasaran kerja.

Bakal siswazah selalunya tidak memikirkannya dan sekadar berharap mereka dapat

menempatkan diri di universiti tanpa memikirkan kesan pada masa depan pekerjaan mereka.

Oleh itu, bakal graduan harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan

oleh bidang pekerjaan mereka dengan memasuki kelas tambahan atau aktiviti yang sesuai. Bakal

graduan tidak boleh hanya mengharapkan ilmu yang diajar di dalam kelas wajib tetapi harus

lebih pro aktif demi masa depan dan hala tuju mereka sendiri.

2.0 KEMAHIRAN YANG DI CARI MAJIKAN DARI BAKAL GRADUAN

Keperluan seorang bakal graduan memenuhi kehendak bakal majikan adalah amat penting bagi

mereka. Ini kerana majikan akan mendapat faedah dari bakal graduan yang dapat menepati

kehendak dan keperluan pasaran kerja. Ini kerana majikan akan mendapat manfaat daripada

bakal graduan yang berpotensi kerana ia akan menguntukan majikan dari menyediakan latihan

untuk bakal pekerja mereka. Oleh itu kemahiran “employability” amat penting bagi seorang

bakal graduan kerana ia akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Kemahiran ‘employability’ merupakan kebolehan bukan intelektual dan merupakan satu

daripada aspek kemahiran pekerjaan yang sama penting dengan ilmu dan intelektual bakal

graduan. Majikan berpendapat aspek kemahiran ‘employability’ adalah penting dan perlu

dimiliki oleh bakal graduan bagi memastikan graduan tersebut benar-benar berketrampilan dan

efektif dalam pekerjaannya.

Manakala menurut ‘Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skill’ (1991) pula, tiga

kemahiran penting yang diperlukan oleh majikan adalah kemahiran teknikal, kemahiran

akademik dan kemahiran ‘employability’. Berdasarkan kajian ‘Secretary’s Commission on

Achieving Necessary Skill’ telah mengenal pasti tujuh kompetensi utama dan 40 item kemahiran

‘employability’ yang diperlukan dalam peringkat kemasukan awal pekerjaan iaitu kemahiran

asas, kemahiran berfikir, kemahiran sumber, kemahiran informasional, kemahiran interpersonal,

kemahiran sistem dan teknologi dan kualiti personal.

Kebanjiran graduan di Malaysia menjadikan majikan mengharapkan seorang bakal graduan

mempunyai lebih banyak kemahiran berbanding intelektual mereka. Ini akan menjadikan

4

Page 5: oumh1103

majikan lebih memilih bakal pekerja mereka. Oleh itu sebagai seorang bakal graduan mereka

haruslah memiliki kemahiran “employability” seperti:

1. Kemahiran Komunikasi (Mendengar, Bercakap dan Menulis)

2. Kemahiran Penyelidikan dan Analitikal

3. Kemahiran Komputer dan Literasi Teknikal

4. Kemahiran Kebolehan Fleksibiliti, Adapatasi dan Pengurusan Keutamaan Pelbagai

5. Kemahiran Interpersonal

2.1 Kemahiran Komunikasi (Mendengar, Bercakap dan Menulis)

Keberkesan kemahiran komunikasi mereupakan kemahiran utama yang diharapkan oleh majikan.

Kebolehan untuk mendengar, menulis dan bercakap dengan berkesan merupakan kemahiran

yang kritikan di dalam semua bidang pekerjaan. Kebolehan dalam kemahiran komunikasi

merupakan batu loncatan dan kelebihan untuk bakal graduan menempatkan diri dalam alam

pekerjaan dan mendapat pekerjaan yang baik.

Mempunyai kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa terutamanya Bahasa Inggeris

merupakan keperluan utama kerana kebanyakkan syarikat sedang menuju ke arah antarabangsa.

Ini membolehkan pekerja berkomunikasi dan berhubung dengan pelanggan mereka dengan lebih

berkesan.

Kebolehan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja juga penting bagi melahirkan

hubungan yang baik dan berkesan. Ini juga dapat mengelakkan masalah ditempat kerja. Oleh itu,

bakal graduan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran ini. Ini sejajar dengan pendapat

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1999) yang berpendapat dengan berkomunikasi mereka

berharap dapat memahami alam sekeliling dan kehidupan ini.

2.2 Kemahiran Penyelidikan dan Analitikal

Kebolehan seorang bakal graduan mengakses situasi, melihat dengan pelbagai perspektif,

mencari lebih maklumat jika diperlukan dan mengenal pasti isu-isu utama merupakan kemahiran

yang kritikal dan penting. Majikan mencari bakal graduan yang mampu membantu mereka dan

syarikat mereka untuk menyelasaikan masalah yang berlaku dalam syarikat dan pekerja dengan

kemahiran ini akan menarik perhatian majikan.

5

Page 6: oumh1103

Menurut Cornell Critical Thinking Skills (1989) menekankan keperluan untuk mengintegrasikan

kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Jadi adalah penting bagi

seseorang bakal graduan untuk memperolehi kemahiran berfikir untuk menjadi pekerja yang

efektif.

2.3 Kemahiran Komputer dan Literasi Teknikal

Semua bidang pekerjaan kini memerlukan pekerja mempunyai kefahaman dan kemahiran

menggunakan perkakasa komputer dan perisian. Kemahiran utama yang diperlukan ialah

pemprosesan perkataan (Microsoft Word), “spreadsheets” (Microsoft Excel) dan menggunakan

emel. Kemahiran dan kebolehan ini akan mempamerkan kecekapan bakal graduan dengan

teknologi dan aplikasi adalah penting dalam dunia informasi tanpa batasan.

Duni tanpa sempadan merupakan perkembangan teknologi yang berlaku pantas dalam dunia kini

dan mengakibatkan ledakan teknolohi maklumat. Melalau kemajuan telekomunikasi, komputer

dengan jaringan intenet telah membolehkan maklumat diperolehi dengan cepat. Sebagai bakal

graduan, kemahiran ini amat penting untuk mendapatkan maklumat penting untuk syarikat dan

kelemahan dalam kemahiran ini akan mengakibatkan pekerja tidak efektif.

Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses,

menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan

(2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk mengakses dan

menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.”

2.4 Kemahiran Kebolehan Fleksibiliti, Adapatasi dan Pengurusan Keutamaan Pelbagai

Kemahiran ini lebih dikenali sebagai kebolehan kepelbagaian tugas. Majikan kini menuntut

supaya bakal graduan menguasai kemahiran ini. Kebolehan untuk menguruskan pelbagai tugasan

dan tugas-tugas, tugasan yang ditetapkan, dan menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan dan

tugasan kerja adalah kritikan dan penting. Kemahiran ini adalah sukar untuk dinyatakan dengan

jelas pada sesuatu masa kerana ia telah menjadi cara hidup kita. Namun begitu, bakal graduan

harus mempamerkan kemahiran ini untu mendapat tempat di dalam pasaran kerja.

Bagi meningkatkan kemahiran ini, bakal graduan perlu melihat dan melatih diri mereka dengan

bersungguh-sugguh dengan memahami diri mereka untuk bekerja di bawah tekanan dengan

6

Page 7: oumh1103

kepelbagaian tugas. Pekerja yang efektif akan menggunakan kemahiran multi-tugas ketikan

melakukan kerja, berhubung dengan rakan sekerja dan pelanggan serta bertindak sebagai

individu yang berkesan. Dengan adanya pendekatan multi-tugas seorang pekerja lebih peka

kepada perkembangan ilmu, mengguna dan mempraktikkan pelbagai jenis kemahiran sesuai

dengan tuntutan persekitaran pekerjaan tersebut.

Memiliki dan mempraktikkan kemahiran dengan betul sangat penting untuk menyesuaikan diri

dengan persekitaran semasa. Justeru itu, individu memerlukan kemahiran dalam ini untuk

mengetahui, belajar untuk melakukan, belajar untuk hidup bersama orang lain, dan belajar untuk

menjadi seseorang. Selain itu, setiap individu juga memerlukan kemahiran kognitif, tumpuan,

pengurusan diri, dan sosial. Kemahiran hidup membolehkan individu untuk menghubungkan

apa yang mereka ketahui dan lakukan sekarang dengan apa yang boleh mereka ketahui dan

lakukan di masa hadapan (McLeod dan Shanahan, 1996).

2.5 Kemahiran Interpersonal

`Interpersonal` ialah kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap bakal graduan.

Interpersonal di sini membawa maksud kebolehan seseorang bekerja secara kooperatif di dalam

kumpulan, termasuk kebolehan komunikasi secara verbal dan nonverbal, dapat membezakan

individu dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat, mempunyai perasaan empati serta dapat

ketahui kepercayaan, ketakutan dan harapan individu lain iaitu sensitif terhadap perasaan dan

emosi orang lain (Gardner,H 1983).

Kemahiran ini serupa seperti keupayaan individu untuk berkomunikasi tetap khusus kepada

keupayaan berkaitan dan rakan sekerja, memberi inspirasi kepada orang lain untuk bekerjasama

dengan diri sendiri serta mengurangkan dan mengatasi konflik dengan rakan sekerja. Kemahiran

ini juga penting bagi majikan kerana setiap pekerja lebih menghabiskan masa mereka di tempat

kerja setiap hari bersama dengan rakan sekerja.

Menurut Abdullah dan Ainon (2002) komunikasi yang dimaksudkan di dalam kemahiran

interpersonal ialah, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran berucap, kemahiran

memberi maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan

komunikasi bukan lisan.

7

Page 8: oumh1103

Oleh itu, setiap bakal graduan wajib menguasai kemahiran interpersonal dengan baik kerana,

interpersonal adalah salah satu ciri yang terdapat di dalam kemahiran “employability”. Dewasa

kini, majikan bukan sahaja memerlukan intelektual semata-mata, malah kemahiran

“employability” turut dititikberatkan bagi membangun dan memajukan sesuatu pentadbiran yang

diterajui. Geedele dan Tootelian (1989), turut menyokong kepentingan kemahiran interpersonal

dan berkomunikasi dikuasai dengan baik malah ianya turut terkandung di dalam National

Association Of Colleges & Employers (1997).

3.0 CADANGAN UNTUK MEMASTIKAN BAKAL GRADUAN DILENGKAPI DENGAN

KEMAHIRAN YANG DINYATAKAN.

Berdasarkan kemahiran yang dibincangkan iaitu Kemahiran Komunikasi (Mendengar, Bercakap

dan Menulis), Kemahiran Penyelidikan dan Analitikal, Kemahiran Komputer dan Literasi

Teknikal, Kemahiran Kebolehan Fleksibiliti, Adapatasi dan Pengurusan Keutamaan Pelbagai dan

Kebolehan Interpersonal, badan kerajaan, institusi pendidikan dan bakal graduan perlu bersedia

dan dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran ini untuk memastikan setiap bakal graduan yang

dilahirkan memuaskan dan menepati permintaan bakal majikan.

3.1 Badan Kerajaan

Badan kerajaan terutamannya Kementerian Pengajian Tinggi telah mewajibkan siswazah untuk

mengikuti latihan industri serta bercadang untuk memastikan pihak institusi pendidikan

menyediakan tempat laithan untuk siswazah seperti di negara maju. Isu kebolehdapatan

pekerjaan di kalangan bakal graduan adalah satu cabaran yang diberi perhatian berat oleh

kerajaan dan kementerian khususnya. Setiap tahun dianggarkan 200,000 daripada keseluruhan

923,000 pelajar di pelbagai peringkat pengajian dan bidang dari IPT seluruh negara akan

menamatkan pengajian mereka.

Sejak 2006 kerajaan telah menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan atau

K3G. Karnival ini merupakan usaha kerajaan membantu graduan mendapat maklumat mengenai

kerjaya dan keusahawanan. Persaingan hebat untuk mendapat pekerjaan di kalangan graduan

telah menyebabkan kerajaan memastikan graduan memiliki kebolehpasaran (graduate

employability) yang tinggi.

8

Page 9: oumh1103

Kerajaan telah melancarkan Dasar Latihan Industri dan Dasar Pembangunan Keusahawanan

Institut Pengajian tinggi bagi bakal graduan menghadiri latihan industri sebelum mereka

menamatkan pengajian bagi memberi pendedahan dan membiasakan diri mereka ke pasaran

kerja.

3.2 Institusi Pendidikan

Setiap tahun institusi pendidikan menghasilkan ribuan graduan dari pelbagai institusi seperti

politeknik, kolej, universiti kerjaan ataupun swasta. Namun, daripadan ribuan graduan yang

dihasilkan bilangan mereka yang tidak bekerja masih tinggi dan semakin bertambah setiap tahun

kerana bilangan graduan yang tamat pengajian setiap tahun turut bertambah. Oleh itu, pihak

institusi pendidikan harus lebih perihatin dengan masalah ini.

Graduan yang dilahirkan seharusnya bukan sahaja dilengkapi dengan ilmu yang tinggi tetapi di

tanam dengan kemahiran “employability” supaya mereka menjadi rebutan majikan. Selain dari

kuliah wajib untuk akademik, pihak institusi juga harus menyediakan kelas-kelas kemahiran

yang dapat membantu siswazah mereka menempuhi alam pekerjaan. Ini boleh dilaksanakan

dengan menyediakan kurikulum tambahan dengan tambahan kredit kepada siwazah.

Kajian semula ke atas program yang ditawarkan oleh pihak institusi turut harus dititkberatkan

dan ia harus sejajar dengan keperluan pasaran kerja. Program-program yang kurang bernilai pada

pasaran kerja harus dikurangakan pengambilan pelajar dan bagi program yang kritikal harus

diperbanyakkan. Ini secara tidak langsung akan memastikan setiap bakal graduan bernilai dan

dinantikan oleh bakal majikan mereka.

Kurikulum sedia ada boleh diselitkan dengan kemahiran-kemahiran yang mampu membina dan

melahirkan bakal graduan yang efektif. Pihak institut juga boleh menjalankan kerjasama dengan

syarikat-syarikat bagi program latihan dan persediaan kepada bakal graduan sebelum mereka

melangkah ke alam pekerjaan. Melaluinya, bakal graduan dan majikan boleh bersedia dan

menimba pengalaman dan ini akan memberikan impak positif terhadap bakal graduan kelak.

Institusi- Institusi pendidikan juga perlu menekankan pemupukan kemahiran ‘employability’

dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya bakal graaduan yang dihasilkan bukan sahaja

lengkap dengan intelektual tetapi juga dengan kemahiran ‘employability

9

Page 10: oumh1103

3.3 Bakal Graduan

Bakal graduan merupaka kunci utama bagi mengatasi sebarang masalah sebelum dan selepas

melangkah ke alam pekerjaan. Sebagai seorang pelajar mereka haruslah lebih pro aktif terhadap

masa hadapan mereka sendiri. Penyertaan dalam ko-kurikulum secara tidak langsung membantu

bakal graduan membina kemahiran-kemahiran yang dituntut oleh bakal majikan. Bakal graduan

yang hanya bersandar kepada ilmu yang dipelajari dilihat kurang mendapat pekerjaan dalam

masa terdekat selepas graduasi.

Kemahiran-kemahiran dan ilmu pekerjaan juga boleh dipelajari dari kelas-kelas tambahan yang

boleh dipelajari di luar institusi pendidikan melalui program yang disediakan oleh badan

kerajaan. Mendapatkan pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan program pendidikan yang

diambil di institusi pendidikan boleh dilakukan semasa cuti semester dengan mendapatkan kerja

sambilan yang sesuai. Ini akan membolehkan mereka mendapat perhatian daripada bakal

majikan dan mendapat posisi pekerjaan yang lebih cerah selepas graduasi.

Kebolehan bertutur di dalam Bahasa Inggeris sangat kritikal dikalangan bakal graduan

terutamanya bumiputra yang kurang fasih untuk bercakap dan menulis. Kebolehan atau

kemahiran ini harus dikembangkan sendiri oleh bakal graduan. Kemahiran menggunakan Bahasa

Inggeris boleh dipelajari di dalam kampus atau di luar kampus. Bahasa Inggeris dilihat penting

untuk alam pekerjaan dan biasanya majikan lebih suka mengajikan pekerja yang fasih berbahasa

Inggeris kerana ia pening untuk syarikat mereka.

Bakal graduan harus menekankan kemahiran-kemahiran yang sangat diutamakan oleh majikan

seperti kemahiran berfikir, interpersonal dan kualiti personal untuk berdaya saing dalam

mendapatkan pekerjaan. Menyediakan diri dengan kemahiran “employability” adalah pilihan

bakal graduan sama ada untuk mendapatkan masa depan yang cerah dalam dunia pekerjaan atau

sebaliknya. Kemahiran-kemahiran ini harus dipupuk sejak mereka berada di institusi pendidikan

bukan setelah melangkah ke alam pekerjaan kerana bakal graduan dengan ilmu, intelektual dan

kemahiran yang pelbagai merupakan permata yang sangat berharga dan menjadi rebutan

pelbagai pihak.

10

Page 11: oumh1103

4.0 KESIMPULAN

Kemahiran “employability” merupakan tuntutan setiap majikan di Malaysia terhadap bakal

graduan kerana ia akan melahirkan pekerja yang berkualiti dan efektif. Tanpa kemahiran ini,

bakal graduan kelihatan tidak berfungsi dengan baik walaupun mempunyai ilmu yang tinggi. Ini

akan memberikan kesan yang negatif kepada pasaran kerja di Malaysia serta meningkatkan

masalah pengganguran di kalangan graduan.

Campur tangan badan kerajaan dilihat memberi kesan yang positif dengan pelaksanaan pelbagai

dasar dan program yang memberi peluang kepada bakal graduan memperolehi kerja yang bagus

selepas graduasi mereka. Ini membolehkan majikan mempunyai banyak pilihan untuk

mendapatkan pekerja yang terbaik dan memenuhi keperluan syarikat mereka. Kepelbagai

program seperti yang dijalankan oleh kerajaan sekarang harus diteruskan dan dilaksanakan

secara berterusan untuk menghasilkan hasil yang lebih baik dan positif.

Pihak institusi pendidikan kerajaan dan swasta harus memastikan siswazah dan graduan mereka

merupakan hasilan mereka yang berkualiti. Oleh itu, program pendidikan yang ditawarkan oleh

mereka harus sentiasa terkini dan sejajar dengan keperluan semasa. Program yang kurang

mendapat sambutan oleh pasaran pekerjaan harus dikurangan serta dikaji semula keberkesanan

program tersebut. Pihak swasta terutamnya, tidak harus hanya memikirkan soal keuntungan

semata-mata tetapi memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan mereka.

Bakal graduan merupakan faktor utama dalam memenuhi tuntuan majikan, mereka harus

berusaha untuk diri sendiri dengan tidak mengharapkan kerajaan dan pihak institusi pendidikan

semata-mata. Perkembangan pemebelajaran dan kemahiran mereka harus diambil berat oleh diri

mereka sendiri dan tidak mengharapkan pihak lain. Bakal graduan yang ingin berjaya dalam

hidup mereka untuk masa depan dan pekerjaan mereka harus sentiasa memperbaiki diri mereka

dengan memperbanyakkan pengetahuan dan kemahiran.

2 743 patah perkataan.

11

Page 12: oumh1103

RUJUKAN

Buck, L.L. & Barrick, R.K. 1987. They’re trained, but are they employable? Vocational

Education Journal 62(5): 29-31

Jackson, S.L. 2003. Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach.

USA.Thomson Wadsworth.

Kementerian Pengajian Tinggi. Di ambil pada 26/03/2012. Membekalkan Bakat Terbaik Untuk

Negara. http://www.mohr.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=2029%3Amembekalkan-bakat-terbaik-untuk-

negara&catid=150%3Anews&Itemid=624&lang=en

Lankard, B.A. 1995. Employability - The Fifth Basic Skills. Columbus Ohio: Career and

Vocational Education.

Mohamed Khaled Nordin. Di ambil pada 28/03/2012. Latihan Industri Pastikan Graduan Miliki

Kebolehpasaran. http://khalednordin.com/?p=586

Ramlee. 2002. The role of vocational and technical education in the industrialization of Malaysia

as perceived by educators and employers. Doctoral Dissertation. Purdue University

Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skill (SCANS). 1991. Skills and Task for Jobs.

A SCANS Report for America 2000. Washington, D.C.: U.S. Department of Labour.

12