p kehidupan

36
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENGURUSAN KEHIDUPAN (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN SATU 2010 DRAF

Upload: aminah-basri

Post on 02-Jun-2015

2.077 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: P kehidupan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENGURUSAN KEHIDUPAN (MASALAH PEMBELAJARAN)

TAHUN SATU

2010

DRAF

Page 2: P kehidupan
Page 3: P kehidupan

K A N D U N G A N MUKA SURAT

Pendahuluan 1

Matlamat 1

Objektif 2

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang 2

Kurikulum Modular Berasaskan Standard 3

Komposisi Kurikulum 5

Fokus Mata Pelajaran 6

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 8

Pentaksiran 9

Komponen Pengurusan Diri 11

Komponen Pengurusan Tingkah Laku 15

Komponen Kemahiran Manipulatif 19

Page 4: P kehidupan
Page 5: P kehidupan

1

1. Pendahuluan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang

pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran

bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentuk

secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru boleh

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan

bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran supaya

mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

2. Matlamat

KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh,

seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Page 6: P kehidupan

2

3. Objektif

KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi

warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat

majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

4. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan.

Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

Page 7: P kehidupan

3

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Literasi Sains dan Teknologi

v. Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

5. Kurikulum Modular Berasaskan Standard

KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu

dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi

elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

5.1 Standard Kandungan

Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang

merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.2 Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang

dinyatakan.

Page 8: P kehidupan

4

Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Page 9: P kehidupan

5

6. Komposisi Kurikulum

Komposisi KSSRPK Masalah Pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1 : Mata pelajaran dalam KSSRPK Masalah Pembelajaran Tahun 1

Mata pelajaran Komponen

Pengurusan Kehidupan

Pengurusan Diri

Pengurusan Tingkah Laku

Kemahiran Manipulatif

Mata pelajaran Asas 3M

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Pendidikan Seni Kreatif Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Muzik

Pendidikan Islam / Moral -

Pendidikan Jasmani -

Page 10: P kehidupan

6

7. Fokus Mata Pelajaran

7.1 Mata Pelajaran: Pengurusan Kehidupan

7.1.1 Komponen: Pengurusan Diri

Bagi murid pendidikan khas, Pengurusan Diri merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang kemahiran lain.

Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan

dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga

perlu diajar kepada murid Masalah Pembelajaran. Komponen Pengurusan Diri ini dibina dengan tujuan melatih murid

berkemahiran dan mampu hidup berdikari.

Komponen Pengurusan Diri membolehkan murid dapat:

i. berdikari dan mampu menjalankan aktiviti seharian mengikut kemampuan diri sendiri

ii. menyediakan diri menghadapi situasi sebenar

iii. mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran

iv. mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar

7.1.2 Komponen: Pengurusan Tingkah Laku

Komponen ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya memberi

pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada. Ia juga bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina keyakinan diri

supaya dapat disesuaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Aspek-aspek keselamatan diterapkan bagi membantu murid mengenal

pasti perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri, orang lain, komuniti dan masyarakat. Ini akan meningkatkan tahap kesediaan

belajar murid serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran.

Page 11: P kehidupan

7

Komponen Pengurusan Tingkah Laku membolehkan murid dapat:

i. mengamal dan mengekalkan tingkah laku baik yang sedia ada dan yang baru

ii. mengurus dan mengawal emosi untuk memahami diri dan orang lain

iii. meningkatkan kemahiran bersosialisasi dengan keluarga, rakan dan masyarakat

iv. menjaga keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, rakan dan masyarakat

v. bersikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran

7.1.3 Komponen: Kemahiran Manipulatif

Komponen Kemahiran Manipulatif memberi fokus kepada perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus dan

pengamatan murid. Komponen Kemahiran Manipulatif ini amat penting untuk membantu murid dalam penguasaan 3 M (membaca,

menulis dan mengira).

Usaha ini dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan

negara.

Komponen Kemahiran Manipulatif membolehkan murid dapat:

i. melakukan pergerakan koordinasi motor kasar, motor halus dan pengamatan

ii. menggunakan peralatan dengan teknik yang betul

iii. menggunakan pengetahuan dan kemahiran manipulatif dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan

iv. meluaskan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu bahan

Page 12: P kehidupan

8

7.2 Pelaksanaan Modul Pengurusan Kehidupan

7.2.1 Modul Pengajaran Pengurusan Kehidupan

Modul pengajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan diperlukan untuk membantu guru menjalankan pengajaran

dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.

Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

7.2.2 Modul Pembelajaran Pengurusan Kehidupan

Modul pembelajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi

lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid bagi mencapai Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran.

8. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard

Kandungan dan Standard Pembelajaran. Pendekatan yang dicadangkan adalah:

Inkuiri

Analisis Tugasan

Belajar Melalui bermain

Pengajaran Bertema

Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

Konstruktivisme

Multi Sensori

Pembelajaran Konstektual

Page 13: P kehidupan

9

Pembelajaran Interaktif

Pembelajaran Koperatif

Simulasi

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

9. Pentaksiran

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid,

pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah

disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan

Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang baru

kepada murid.

Page 14: P kehidupan

10

Page 15: P kehidupan

KOMPONEN PENGURUSAN DIRI

Page 16: P kehidupan
Page 17: P kehidupan

11

KOMPONEN PENGURUSAN DIRI

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Urus Diri

1.1 Mengenal anggota badan

1.2 Mengamalkan cara makan dan

minum yang betul

1.3 Mengamalkan cara berpakaian yang

betul

1.1.1 Menamakan bahagian kepala

1.1.2 Menamakan bahagian badan

1.1.3 Menamakan bahagian kaki

1.2.1 Menamakan peralatan yang digunakan untuk makan

1.2.2 Menamakan peralatan yang digunakan untuk minum

1.3.1 Menamakan pakaian dalam

1.3.2 Menamakan pakaian

2. Kebersihan diri

2.1 Mengamalkan penjagaan

kebersihan diri

2.2 Mengamalkan penjagaan

kebersihan pakaian

2.1.1 Menjaga kebersihan setiap anggota badan

2.1.2 Latihan amali menjaga kebersihan diri

2.2.1 Menjaga kebersihan pakaian dalam

2.2.2 Menjaga kebersihan pakaian

Page 18: P kehidupan

12

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3. Peralatan kebersihan

diri

3.1 Menggunakan alat kebersihan diri

3.1.1 Menamakan peralatan kebersihan diri

3.1.2 Menggunakan peralatan kebersihan diri

3.1.3 Latihan amali menggunakan peralatan kebersihan diri

3.1.4 Menggunakan peralatan kebersihan diri yang telah diubahsuai

mengikut ketidakupayaan murid

4. Penggunaan tandas

4.1 Menggunakan kemudahan dalam

tandas

4.1.1 Mengecam simbol tandas

4.1.2 Menggunakan kemudahan di dalam tandas

4.1.3 Latihan amali cara menggunakan tandas duduk

4.1.4 Latihan amali cara menggunakan tandas cangkung

4.1.5 Adab penggunaan tandas

4.1.6 Menjaga keselamatan semasa penggunaan tandas

5. Pengurusan dalam dan

luar bilik darjah

5.1 Penjagaan dalam dan luar bilik

darjah

5.1.1 Menamakan alatan dalam bilik darjah

5.1.2 Menamakan alatan luar bilik darjah

5.1.3 Mengamalkan kebersihan dalam bilik darjah

5.1.4 Mengamalkan kebersihan luar bilik darjah

Page 19: P kehidupan

13

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

5.2 Mengamalkan peraturan dalam dan

luar bilik darjah

5.2.1 Menyebut peraturan dalam bilik darjah

5.2.2 Menyebut peraturan luar bilik darjah

6. Pengurusan tempat

tinggal

6.1 Mengenal ruang atau bilik dalam

rumah

6.1.1 Menamakan ruang atau bilik dalam rumah

6.1.2 Menamakan peralatan dalam setiap ruang atau bilik

Page 20: P kehidupan
Page 21: P kehidupan

KOMPONEN TINGKAH LAKU

Page 22: P kehidupan

14

Page 23: P kehidupan

15

KOMPONEN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Disiplin Diri

1.1 Beratur mengikut keperluan di

sesuatu tempat

1.2 Mematuhi arahan yang diterima

1.3 Mematuhi peraturan pakaian

seragam sekolah

1.1.1 Beratur mengikut giliran

1.1.2 Beratur dengan betul dan tertib

1.1.3 Beratur dengan senyap

1.2.1 Mendengar arahan lisan yang diberi

1.2.2 Melaksanakan arahan yang diberi

1.3.1 Memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap

1.3.2 Menjaga kekemasan pakaian seragam sekolah

2. Kemahiran Sosial

2.1 Memperkenalkan diri sendiri

2.2 Mengenal rakan-rakan sebaya dalam

kelas

2.3 Melafazkan panggilan yang sesuai

untuk orang lain

2.1.1 Mengetahui nama sendiri

2.1.2 Mengetahui umur sendiri

2.1.3 Mengetahui tempat tinggal sendiri

2.2.1 Menyebut nama rakan sekelas

2.2.2 Mengetahui jantina rakan sekelas

2.3.1 Melafazkan panggilan yang betul kepada setiap ahli keluarga

2.3.2 Menggunakan kata ganti nama diri yang betul

Page 24: P kehidupan

16

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3. Keselamatan Diri

3.1 Mengamalkan perbuatan yang betul

di sekolah

3.2 Mengamalkan langkah-langkah

keselamatan yang perlu ketika di

dapur

3.3 Mematuhi peraturan keselamatan

ketika di jalan raya

3.1.1 Berjalan mengikut laluan yang telah ditetapkan

3.1.2 Tidak berlari di kawasan sekolah

3.1.3 Tidak memasuki kawasan larangan

3.2.1 Menyimpan peralatan di tempat yang betul

3.2.2 Mematuhi peraturan keselamatan

3.3.1 Melintas jalan raya dengan cara yang betul

3.3.2 Berjalan kaki secara melawan arus di jalan raya

4. Tatasusila / Adab

4.1 Melafazkan ucapan bertatasusila

4.2 Menunjukkan aksi yang sopan

semasa berinteraksi

4.1.1 Memberikan ucapan yang sesuai

4.1.2 Meminta izin untuk pergi ke tandas

4.1.3 Meminta izin untuk meminjam barang

4.2.1 Mendengar arahan dengan penuh perhatian

4.2.2 Memahami arahan yang diberi

4.2.3 Melakukan arahan ringkas yang diberi

5. Emosi

5.1 Mengenal emosi asas

5.1.1 Menunjukkan aksi gembira

5.1.2 Menunjukkan aksi sedih

Page 25: P kehidupan

17

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

5.1.3 Menunjukkan aksi marah

5.1.4 Menunjukkan aksi takut

Page 26: P kehidupan

18

Page 27: P kehidupan

KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF

Page 28: P kehidupan
Page 29: P kehidupan

19

KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Motor Kasar

1.1 Mengenal bahagian anggota badan

1.2 Melakukan pergerakan asas

bahagian kepala

1.3 Melakukan pergerakan asas

bahagian tangan

1.4 Melakukan pergerakan asas

bahagian kaki

1.1.1 Melakukan pergerakan bebas yang melibatkan beberapa bahagian

anggota badan

1.1.2 Menyebut bahagian anggota badan

1.1.3 Menunjuk bahagian anggota badan

1.2.1 Menoleh ke arah kiri dan kanan

1.2.2 Menggeleng kepala

1.2.3 Mendongak dan menundukkan kepala

1.3.1 Mengangkat dan menjatuhkan tangan

1.3.2 Mendepa tangan ke depan dan ke sisi

1.3.3 Memusingkan tangan mengikut arah dan lawan jam

1.3.4 Memusingkan pergelangan tangan mengikut arah dan lawan jam

1.4.1 Mengangkat kaki kanan dan kiri secara bergilir

1.4.2 Membengkok dan meluruskan lutut

1.4.3 Menghentak kaki kanan dan kiri secara bergilir

1.4.4 Memusingkan pergelangan kaki mengikut arah jam dan lawan jam

1.4.5 Melakukan pergerakan menendang

Page 30: P kehidupan

20

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.5 Melakukan pergerakan lokomotor

1.6 Mengenal pergerakan bukan

lokomotor

1.5.1 Berdiri tegak dengan tangan disisi

1.5.2 Duduk dengan pelbagai gaya

1.5.3 Berjalan secara bebas

1.5.4 Membetulkan postur badan semasa berdiri

1.5.5 Merangkak ke hadapan dan mengundur ke belakang

1.5.6 Berjalan dengan langkah pendek dan panjang

1.5.7 Membetulkan postur badan semasa duduk

1.5.8 Melompat setempat ke hadapan, belakang dan ke sisi

1.6.1 Menolak objek ke hadapan

1.6.2 Menarik objek ke belakang

1.6.3 Mengangkat objek ke atas

1.6.4 Meletak objek ke bawah

1.6.5 Menyusun objek

Page 31: P kehidupan

21

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2. Motor halus

2.1 Melakukan pergerakan asas

motor halus

2.2 Melakukan pergerakan merenyuk

2.3 Melakukan pergerakan mengoyak

2.4 Melakukan pergerakan meramas

2.1.1 Melakukan pergerakan jari jemari

2.2.1 Merenyuk menggunakan kedua-dua tangan

2.2.2 Merenyuk menggunakan sebelah tangan

2.3.1 Mengoyak dalam cebisan yang besar

2.3.2 Mengoyak dalam cebisan yang kecil

2.3.3 Mengoyak mengikut garisan dan bentuk

2.4.1 Menggengam dan membuka jari

2.4.2 Meramas menggunakan kedua-dua belah tangan

2.4.3 Meramas menggunakan sebelah tangan

2.4.4 Meramas objek-objek yang berstruktur

i. kasar

ii. halus

iii. lembut

iv. licin

v. keras

vi. kesat

Page 32: P kehidupan

22

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.5 Melakukan pergerakan mencubit

2.6 Melakukan pergerakan memicit

2.7 Membezakan struktur permukaan

dan objek

2.8 Melakukan pergerakan koordinasi

motor mata-tangan

2.5.1 Mencubit

i. diri sendiri

ii. benda-benda lembut

2.6.1 Memicit

i. benda-benda lembut

ii. benda-benda liat

iii. benda-benda keras

2.7.1 Menyentuh pemukaan

i. saiz

ii. kesat

iii. lembut

iv. licin

2.8.1 Menyusun objek mengikut

i. warna

ii. bentuk

2.8.2 Mencantum objek mengikut bilangan

i. bongkah

ii. kepingan

Page 33: P kehidupan

23

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.8.3 Mencucuk objek mengikut

i. saiz

ii. bentuk

iiii. warna

3. Pengamatan

3.1 Meniru bunyi-bunyi melalui

pengamatan pendengaran

3.2 Membezakan bunyi-bunyi melalui

pengamatan pendengaran

3.3 Mendiskriminasikan objek melalui

pengamatan penglihatan

3.1.1 Mengajuk kembali bunyi haiwan

3.1.2 Mengajuk kembali bunyi yang dihasilkan oleh manusia

3.1.3 Mengajuk kembali bunyi kenderaan

3.1.4 Mengajuk kembali bunyi alam sekitar

3.2.1 Membezakan bunyi mengikut kategori

i. haiwan

ii. pelakuan manusia

iii. alam sekitar

iv. kenderaan

v. alat muzik

3.3.1 Membezakan objek melalui

i. saiz

ii. warna

iii. bentuk

Page 34: P kehidupan

24

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3.4 Memadankan objek melalui

pengamatan penglihatan

iv. jenis

3.3.2 Mengasingkan objek melalui

i. saiz

ii. warna

iii. bentuk

iv. jenis

3.3.3 Mengkelaskan objek melalui

i. saiz

ii. warna

iii. bentuk

iv. jenis

3.4.1 Memadankan objek melalui

i. saiz

ii. warna

iii. bentuk

iv. jenis

Page 35: P kehidupan
Page 36: P kehidupan

Terbitan:

Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum

Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Faks: 03- 8888 9917