pa-pengenalan-contoh

4
1.0 Pengenalan Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu ukuran dan cara hidup.Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku,kerpercayaan, pantang larang dan sebagainya. Adat maya iaitu dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan dengan cara hidup dan budaya. Seperti juga masyarakat Melayu dan masyarakat Cina mempunyai adat dan cara hidup masing-masing. Secara teorinya, adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, adat dalam kehidupan seharian dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia.Manakala adat masyarakat Cina ialah warisan dari negara China. Kemasukkan kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat resam mereka. Dalam hal ini, pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau yang berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu

Upload: lisheng

Post on 07-Feb-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good................

TRANSCRIPT

Page 1: pa-pengenalan-contoh

1.0 Pengenalan

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu ukuran dan cara hidup.Ianya

mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim

sama ada berpandukan bulan atau tahun. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara

hidup iaitu tingkah laku,kerpercayaan, pantang larang dan sebagainya. Adat maya iaitu

dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan dengan cara hidup dan

budaya.

Seperti juga masyarakat Melayu dan masyarakat Cina mempunyai adat dan cara

hidup masing-masing. Secara teorinya, adat-adat Melayu yang bercirikan Islam

merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, adat dalam

kehidupan seharian dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia.Manakala adat

masyarakat Cina ialah warisan dari negara China. Kemasukkan kaum Cina ke Tanah

Melayu pada awal abad ke-19 secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat

resam mereka.

Dalam hal ini, pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau

yang berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah

sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan

disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang tua di kalangan masyarakat Melayu dan

Cina. Kebanyakkan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya

pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar

mati anak, jangan mati adat”.

Dalam kajian ini, pantang larang yang dikenakan oleh orang tua bertujuan untuk

mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerpan

nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian pantang larang

sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan pada hari ini.

Page 2: pa-pengenalan-contoh

Menurut kamus, pantang larang merupakan larangan keras terhadap suatu tindakan

berdasarkan kepercayaan bahawa tindakan sedemikian terlalu suci atau terlalu terkutuk

untuk dilakukan oleh orang biasa,dengan ugutan hukuman oleh kuasa ghaib.Larangan-

larangan sedemikian wujud dalam rata-rata semua masyarakat. Erti pantang larang juga

memaksudkan larangan keras terhadap sebarang bidang kegiatan manusia atau adat yang

suci atau terlarang berasaskan penilaian akhlak dan kepercayaan agama.

Dengan mengamalkan pantang larang dalam kehidupan seharian, ia dapat sebagai

petunjuk dan juga panduan untuk mendidik tidak kira tua atau muda ke arah yang lebih

baik. Ada pantang larang yang masih kita ikut kerana mungkin terjadi secara

kebetulan.Sebagai contoh, sebelum masuk ke dalam hutan jangan cakap besar, jangan

buang tuala wanita dan kencing merata-rata, baca doa keselamatan serta doa perjalanan

dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsungnya dapat menasihati dan menjaga tingkah

laku kita dalam kehidupan seharian.

Rasional pengkaji memilih kajian tentang pantang larang di antara kaum Melayu

dan kaum Cina adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Pantang

larang digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat.

Sesuatu peraturan yang hendak dikuatkuasakan akan disertakan dengan pantang larang

supaya masyarakat tidak berani untuk melanggar peraturan tersebut. Dengan ini, perkara

yang tidak baik tidak akan dilakukan kerana ketakutan. Selain itu, kajian dapat

memperdalam fahaman tentang adat and pantang larang antara kaum.

Seterusnya, hubungan antara kaum di negara kita dapat diperkasakan dan

mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara. Dengan ini, masalah dan perselisihan

antara kaum tidak akan berlaku malah akan lebih harmoni.

Page 3: pa-pengenalan-contoh

Kesimpulannya, terdapat banyak persamaan di antara adat resam masyarakat

Melayu dan masyarakat Cina di negara ini. Oleh itu,pengkaji ingin mengambil peluang

ini untuk mengaji pantang larang kaum Cina dan kaum Melayu dalam amalan kehidupan

harian di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.