pakar presentation

23
1 1 Pakar ‘Presentation’ Pakar ‘Presentation’ Rahsia Melakukan Sebarang ‘Presentation’ Dengan Cemerlang!

Upload: cikgusitiz

Post on 17-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

presentation

TRANSCRIPT

  • 1

    1 Pakar Presentation

    Pakar

    Presentation

    Rahsia Melakukan Sebarang Presentation

    Dengan Cemerlang!

  • 2

    2 Pakar Presentation

    HAK CIPTA TERPELIHARA

    Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi

    dan isi kandungan e-buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada

    secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada

    Penang (Rahmat Ariffin).

    Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam

    e-buku ini. Pihak penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan

    ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Pihak

    penerbit dan penulis juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang

    disalahgunakan.

    PEAFIA

    Penerbitan ini mengandungi pandangan penulis. Ia bertujuan membantu dan menyediakan

    maklumat berkenaan perkara yang dibincangkan. E-buku ini diniagakan dengan memahami

    penulis dan penerbit tidak terlibat dengan khidmat professional yang terkandung di dalam buku

    ini. Pembaca perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli professional sekiranya

    memerlukan bantuan.

    Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau

    risiko yang ditanggung oleh perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada

    penggunaan mana-mana kandungan e-buku ini sama ada secara langsung ataupun tidak

    langsung.

  • 3

    3 Pakar Presentation

    ISI KANDUNGAN

    Pengenalan

    BAHAGIAN 1: Asas Pembentangan

    1. Pembentangan: Adakah ia MASALAH BESAR anda?

    2. Kerjaya: Speaker, Trainer & Presenter

    BAHAGIAN 2: Persediaan Penting Sebelum Pembentangan

    1. Pengenalan 3W

    2. Objektif Pembentangan

    3. Isi Kandungan Pembentangan

    4. Struktur Pembentangan

    5. Mengatasi Ketakutan & Kebimbangan

    BAHAGIAN 3: Pembentangan Berkesan

    1. Kuasa Visual

    2. Kuasa Verbal

    3. Kuasa Vocal

    4. Kuasa FAQ

    BAHAGIAN 4: Penutup Pembentangan

    1. Rumusan & Kesimpulan

    Penutup

  • 4

    4 Pakar Presentation

    Pengenalan

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pakar Presentation ialah salah satu panduan asas dalam melakukan

    pembentangan untuk apa jua projek anda. Saya pasti ramai menghadapi

    masalah ketika dalam sesi pembentangan atau presentasi.

    Presentasi atau pembentangan adalah suatu perkara yang biasa dilakukan

    ketika masih belajar mahupun ketika sudah berkerja. Tetapi tidak semua orang

    menyukainya.

    Kerana apabila menyebut tentang pembentangan, apa yang bermain di

    fikiran adalah bercakap di depan khalayak ramai. Mungkin 2 orang, mungkin 5,

    mungkin juga 10 malah mungkin juga 100 orang.

    Hampir 70% hingga 90% mempunyai masalah bercakap di khalayak ramai.

    Perasaan malu, takut dan sebagainya sering berlegar legar di kotak minda.

    Saya pasti jika diletakkan pistol dikepala sekali pun masih belum tentu lagi kita

    akan bercakap di khalayak ramai.

    Dengan adanya panduan ringkas ini, saya harap sedikit sebanyak dapat

    membantu anda dan saya sendiri untuk melakukan presentasi atau

    pembentangan dengan cemerlang walaupun anda bukan seorang yang

    pakar.

    Penang (Rahmat Ariffin)

    http://rahmatariffin.com

  • 5

    5 Pakar Presentation

    BAHAGIAN 1: Asas PembentanganBAHAGIAN 1: Asas PembentanganBAHAGIAN 1: Asas PembentanganBAHAGIAN 1: Asas Pembentangan

    Apakah sebenarnya presentasi atau pun pembentangan? Secara logiknya,

    maksud pembentangan ialah menyampaikan sesuatu perkara kepada orang

    lain. Umpama kita menyampaikan berita kepada kawan kita. Yang

    membezakannya ialah, pembentangan di lakukan secara formal dan

    disampaikan kepada kumpulan yang lebih besar.

    Kumpulan yang lebih besar?

    Ya, sesuatu perkara tertentu yang disampaikan terus kepada jumlah

    pendengar yang ramai. Mungkin 5 orang, 50 orang, atau 500 orang. Perkara ini

    biasanya menjadi satu masalah besar bagi sesetengah orang.

    Termasuklah saya!

    Sebelum ini saya begitu takut untuk bercakap di khalayak ramai. Lidah kelu,

    jantung berdegup kencang dan rasa seram sejuk seluruh badan.

    Adakah anda pernah mengalami perkara sedemikian?

    Seperti yang saya katakan tadi, bercakap di khalayak ramai adalah suatu

    perkara yang sangat menakutkan. Puncanya ialah kerana kita tidak tahu apa

    yang perlu dicakapkan. Kita tidak mengetahui siapa audiens kita dan

    sebagainya.

  • 6

    6 Pakar Presentation

    Pembentangan: Adakah ia MASALAH BESAR anda?

    Sekarang tanya pada diri anda, adakah pembentangan satu masalah besar

    kepada anda. Pernahkah cikgu menyuruh anda melakukan pembentangan

    sesuatu projek semasa di sekolah?

    Ketika anda berkerja, adakah bos anda pernah menyuruh anda

    membentangkan kertas kerja kepada rakan sepejabat anda?

    Jika anda merasa gugup dan takut ketika mendapat tugasan tersebut, ya,

    ianya pasti satu masalah besar kepada anda.

    Walau bagaimanapun,anda tidak perlu bimbang, masalah tersebut boleh

    diselesaikan asalkan anda tahu cara dan rahsia untuk mengatasinya.

    Panduan ringkas ini nanti sama sekali pasti akan membantu anda!

    Kerjaya Sebagai Seorang: Speaker, Trainer & Presenter

    Bagi sesetengah orang pula, mereka ini sangat suka bercakap dengan orang

    ramai. Mereka ini bijak dalam seni pengucapan awam. Ada sesetengahnya

    menjadikan pengucapan awam sebagai satu kerjaya.

    Speaker, trainer dan presenter antara kerjaya yang hebat masa kini. Presentasi

    yang mereka lakukan sangat cemerlang. Kerjaya dalam pengucapan awam

    juga terbahagi kepada beberapa bidang.

    Yang penting, setiap daripada mereka mempunyai objektif tertentu dalam

    presentasi atau pembentangan mereka.

    Sesungguhnya kerjaya dalam bidang ini sangat luas dan menjanjikan

    pendapatan yang sangat lumayan jika bijak mencari kemahuan dan kehendak

    bakal pelanggan.

  • 7

    7 Pakar Presentation

    BAHAGIAN 2: Persediaan Penting BAHAGIAN 2: Persediaan Penting BAHAGIAN 2: Persediaan Penting BAHAGIAN 2: Persediaan Penting

    Sebelum PembentanganSebelum PembentanganSebelum PembentanganSebelum Pembentangan

    Tidak akan wujud masalah sekiranya setiap pembentangan anda dilakukan

    dengan teratur. Persediaan adalah perkara paling penting sebelum melakukan

    sebarang pembentangan.

    Jika anda mengadakan seminar, pastikan anda telah membuat perancangan

    yang teliti sebelum melakukan seminar.

    Jika anda mengadakan bengkel, anda wajib membuat persediaan.

    Pendek kata apa sahaja bentuk pembentangan, persediaan adalah kunci

    kepada kejayaan sesebuah pembentangan. Tanpanya anda pasti hilang

    punca ketika melakukan pembentangan.

    Mari kita lihat beberapa perkara penting ketika melakukan persediaan

    pembentangan.

  • 8

    8 Pakar Presentation

    Pengenalan 3W

    Apakah itu 3W? 3 W adalah why kenapa, what apa dan who siapa. 3W ini

    adalah kunci kepada persediaan pembentangan anda. Sekarang saya

    mulakan dengan why kenapa.

    Why Kenapa

    Kenapa anda melakukan pembentangan? Maksudnya tujuan atau objektif

    anda melakukan pembentangan. Kenal pasti dahulu tujuan pembentangan

    anda.

    Mengenal pasti kenapa anda melakukan pembentangan adalah penting bagi

    membantu anda membuat struktur atau perancangan dalam sesi

    pembentangan nanti.

    What Apa

    Apakah isi kandungan yang wajib anda ketengahkan di dalam

    pembentangan anda.

    Isi kandungan sesuatu pembentangan juga sangat penting, kerana isi

    kandungan sesuatu pembentangan adalah faktor utama audiens menghadiri

    pembentangan anda.

    Who Siapa

    Siapa audiens anda? Siapa yang bakal mendengar pembentangan anda.

    Akhir sekali ialah mengenali siapa audiens. Anda mungkin boleh membuat

    sedikit kajian siapa yang bakal menghadiri pembentangan anda. Latar

    belakang mereka, apa yang mereka mahukan, tahap pemahaman mereka

    dan apa yang bakal membuat mereka tertarik mengenai pembentangan yang

    bakal mereka hadiri.

  • 9

    9 Pakar Presentation

    Objektif Pembentangan

    Ramai beranggapan, bahawa seorang Speaker, Trainer atau Presenter

    mempunyai bakal semula jadi. Sebenarnya tidak. Mereka juga orang biasa

    seperti kita. Apa yang membezakannya hanyalah mereka tahu apa yang

    mereka lakukan.

    Menjadi seorang Speaker, Trainer atau Presenter yang bagus bukanlah terjadi

    dalam sekelip mata. Ada proses pembelajaran perlu dilalui.

    Asalkan anda tahu objektif pembentangan anda, pembentangan bukan lagi

    masalah besar.

    Di bawah ini saya senaraikan beberapa tujuan penting dalam sesi

    pembentangan:

    1. Memberitahu

    2. Menjual atau Memujuk

    3. Menghiburkan

    4. Melatih

    5. Menyempurnakan Sesuatu Tujuan Tertentu

    Secara asasnya, objektif pembentangan adalah untuk menyampaikan sesuatu

    yang audiens inginkan.

    Ada sesetengah pembentangan, terutamanya pembentangan di sekolah atau

    di tempat kerja. Kebiasaannya bertujuan hanya untuk memberitahu. Hanya

    untuk menyampaikan sesuatu perkara.

    Manakala di dalam seminar atau pembentangan sesebuah syarikat Multi Level

    Marketing (MLM) lazimnya, tujuan mereka adalah untuk memujuk dan menjual

    produk atau perkhidmatan mereka.

  • 10

    10 Pakar Presentation

    Manakala pengacara atau presenter, tujuan mereka biasanya untuk

    menghiburkan audiens yang hadir.

    Bagi seorang trainer pula, tujuan utama pembentangan mereka adalah untuk

    mengajar dan melatih audiens yang hadir.

    Akhir sekali, sesetengahnya pula melakukan pembentangan untuk

    menyempurnakan sesuatu tujuan tertentu seperti ahli politik yang berucap

    ketika berlaku kempen pilihanraya.

    Secara keseluruhannya, tujuan pembentangan adalah untuk menyampaikan

    sesuatu perkara, samada sekadar memberi informasi, menjual, menghiburkan

    atau pun untuk melatih audiens.

  • 11

    11 Pakar Presentation

    Isi Kandungan Pembentangan

    Pembentangan perlukan isi kandungan. Sebaiknya perancangan yang teliti

    perlu dilakukan bagi menentukan isi kandungan yang tepat dalam setiap

    pembentangan.

    Cuma kadangkala, anda akan terfikir cukupkah masa yang diberikan kerana

    terlalu banyak perkara yang ingin anda sampaikan. Kadangkala pula berlaku,

    anda tidak tahu apakah kandungan yang patut diselitkan dalam

    pembentangan anda.

    Ada juga bimbang, kandungan pembentangan yang ringkas menyebabkan

    terdapat banyak masa berlebihan dalam pembentangan mereka.

    Di bawah ini saya saya tunjukkan satu struktur pembentangan yang berkesan;

    1. Wajib tahu

    2. Perlu tahu

    3. Menarik jika tahu

    Terdapat 3 bahagian dalam menentukan isi kandungan yang sesuai dalam

    pembentangan anda. Pertama ialah wajib tahu!

    Bila menyebut tentang perkara wajib, maknanya sesuatu yang paling penting.

    Jadi anda senaraikan dahulu perkara peling penting yang ingin anda

    sampaikan dalam sesi pembentangan tersebut.

    Isi kandungan yang kedua pula ialah perlu tahu. Informasi yang diberikan

    kurang penting, tetapi audiens perlu tahu mengenainya.

    Yang ketiga atau yang terakhir pula ialah perkara atau kandungan yang

    menarik sekiranya audiens dapat tahu. Maknanya ia tidaklah begitu penting.

    Anda bebas samada ingin beritahu ataupun tidak.

  • 12

    12 Pakar Presentation

    Berdasarkan 3 perkara tadi, saya sarankan anda merangka sesi pembentangan

    anda dengan;

    1. Merangka masa pembentangan, pastikan berapa jam yang

    diperuntukkan. Contohnya seminar untuk sehari, spesifikkan tempoh

    pembentangan, tempoh rehat dan sebagainya. Dengan cara ini barulah

    anda dapat merangka isi kandungan untuk pembentangan anda.

    2. Bertanya kepada yang lebih berpengalaman. Mereka yang

    berpengalaman adalah sumber terbaik untuk anda membuat rujukan

    bagaimana melakukan pembentangan anda sendiri.

    3. Berbincang dengan kumpulan. Jika anda melakukannya dengan

    kumpulan, sebaiknya berbincang apa yang terbaik untuk

    pembentangan anda.

    4. Gunakan mindmap bagi mendapatkan idea terbaik tentang isi

    kandungan pembentangan anda.

    Kesimpulannya, pastikan setiap isi kandungan pembentangan anda adalah isi

    kandungan yang audiens mahu dan nantikan daripada anda.

    Sehingga mereka akan berkata,

    Ya itulah informasi yang saya cari selama ini!

  • 13

    13 Pakar Presentation

    Struktur Pembentangan

    Berikut adalah struktur pembentangan yang biasa dilakukan. Jika anda

    mengadakan seminar, bengkel ataupun pembentangan di sekolah, IPT atau di

    tempat kerja, inilah struktur yang perlu anda ikut dalam setiap pembentangan.

    1. Beritahu audiens apa yang anda mahu beritahu

    2. Sampaikan kepada audiens tentang perkara itu

    3. Beritahu audiens apa yang anda telah beritahu

    Di bawah ini saya sediakan contoh mengikut struktur yang diberikan di atas:

    Pembukaan

    Pastikan pembukaan yang sesuai untuk setiap pembentangan.

    Nyatakan objektif pembentangan.

    Teruskan dengan huraian terhadap objektif pembentangan.

    Isi Penting

    Sampaikan perkara pertama atau isi pertama anda.

    Sertakan dengan huraian serta contoh kepada isi pertama anda.

    Sampaikan perkara kedua atau isi kedua anda.

    Sertakan dengan huraian serta contoh kepada isi kedua anda.

    Sampaikan perkara kedua atau isi ketiga anda.

    Sertakan dengan huraian serta contoh kepada isi ketiga anda.

    Begitulah seterusnya untuk setiap isi kandungan pembentangan anda.

    Penutup

    Gunakan Closing Technique

    Kesimpulan atau rumusan

    Baiklah, itu adalah serba sedikit contoh pembentangan yang perlu dilakukan

    berdasarkan struktur yang diberi.

  • 14

    14 Pakar Presentation

    Walau bagaimanapun terpulang kepada anda sendiri bagaimana menjadikan

    pembentangan anda lebih kreatif.

    Saya ambil contoh sekiranya anda menganjurkan satu seminar. Seminar kanak

    kanak untuk UPSR. Anda mungkin boleh menyelitkan sedikit latihan,

    perbincangan dalam kumpulan ataupun menggembirakan audiens dengan

    permainan yang berbentuk pembelajaran.

    Selagi ianya masih berhubung kait dengan kandungan pembentangan anda,

    tidak salah untuk anda melakukannya.

  • 15

    15 Pakar Presentation

    Mengatasi Ketakutan & Kebimbangan

    Seperti yang saya nyatakan di awal tadi terdapat ramai orang yang takut untuk

    berucap atau menyampaikan sesuatu presentasi atau pembentangan di

    depan orang ramai.

    Walau bagaimanapun terdapat beberapa cara untuk mengelakkan diri anda

    merasa takut dan bimbang sebelum melakukan pembentangan.

    Berikut adalah beberapa teknik atau tips yang agak berkesan;

    1. Ketahui objektif anda melakukan pembentangan. Pastikan anda tahu

    secara teliti apa yang ingin anda sampaikan.

    2. Ketahui tempat anda melakukan pembentangan dan alatan yang

    digunakan. Pastikan anda datang awal untuk membuat pemeriksaan

    akhir alatan yang ingin digunakan sebelum pembentangan.

    3. Ketahui audiens anda. Pastikan anda telah membuat sedikit kajian

    mengenai audiens anda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,kaji

    latar belakang mereka, tahap pemahaman mereka dan sebagainya.

    4. Ambil masa untuk berehat. Tarik nafas dalam dalam dan buat sedikit

    senaman ringan jika anda gugup sebelum memulakan pembentangan.

    5. Datang awal dan berbuallah bersama audiens yang hadir.

    6. Senyum kepada semua audiens, ini bagi mengeratkan lagi hubungan

    antara anda dengan audiens.

  • 16

    16 Pakar Presentation

    Sebenarnya terdapat banyak lagi tips untuk mengatasi rasa takut dan

    bimbang. Cuma yang penting, anda perlu tahu apa tugas anda, objektif anda

    dan apa yang ingin anda sampaikan semasa sesi pembentangan.

    Selain itu, anggap sahaja audiens sememangnya mahukan informasi tertentu

    daripada anda, sudah menjadi tanggung jawab anda untuk memenuhinya.

    Bagi golongan Islam, selawat dan memulakan pembentangan dengan

    bacaan doa adalah jalan terbaik jika anda seorang yang gemuruh.

  • 17

    17 Pakar Presentation

    BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 3333: : : : Pembentangan Pembentangan Pembentangan Pembentangan

    BerkesanBerkesanBerkesanBerkesan

    Saya pasti setiap orang inginkan kesempurnaan di dalam pembentangan.

    Kesempurnaan memang boleh dilakukan cuma perlukan masa. Walau

    bagaimanapun, anda sebenarnya tidak perlukan pembentangan yang

    sempurna.

    Apa yang paling penting ialah, bagaimana melakukan pembentangan yang

    berkesan?

    Apa yang saya perhatikan, ketika sesi pembentangan, bahagian pembukaan

    adalah perkara yang paling penting. Ia umpama pemecah kebuntuan atau

    pemecah halangan di antara penyampai dengan audiens.

    Sekarang mari kita lihat, pembukaan yang bagaimanakah yang agak berkesan

    untuk audiens.

    Saya pasti anda pernah mendengar;

    Hi, Selamat Datang Tuan Tuan & Puan Puan

    Ini adalah cara pembukaan yang biasa kita dengar. Apa kata kita cuba

    sesuatu yang berbeza kali ini. Mungkin dengan;

    1. Memulakan sesuatu cerita atau kisah lucu, mungkin mengenai diri anda

    ataupun orang yang anda kenali.

    2. Bertanyakah sesuatu kepada audiens anda.

    3. Mungkin juga boleh mulakan dengan melihat video tertentu.

    Asalkan anda mulakan dengan sesuatu yang menarik, saya pasti sedikit

    sebanyak audiens akan mula rasa terhibur.

  • 18

    18 Pakar Presentation

    Kuasa 3V

    Semasa melakukan pembentangan, 3V memainkan peranan yang sangat

    penting dalam menentukan halatuju atau keberkesanan sesebuah

    pembentangan.

    Apakah 3V tersebut?

    1. Visual

    2. Verbal

    3. Vocal

    Kuasa Visual

    Visual membawa maksud sesuatu yang boleh di lihat semasa sesi

    pembentangan. Apa sahaja yang boleh dilihat akan membawa impak kepada

    audiens.

    Contohnya, daripada baju yang anda pakai sehinggalah flip chart yang anda

    gunakan semasa sesi pembentangan. Semuanya memainkan peranan penting

    dalam pembentangan.

    Antara perkara yang berkaitan dengan visual yang patut anda titik beratkan;

    1. Penampilan diri. Cara anda berpakaian.

    2. Cara anda bercakap, senyum dan sebagainya.

    3. Alat bantuan yang anda gunakan termasuklah, power point

    presentation, flip chart dan lain lain.

    4. Penggunaan gambar.

    5. Nota atau apa sahaja yang diberikan kepada audiens.

  • 19

    19 Pakar Presentation

    Setiap visual ini akan mempengaruhi 43% tindakan audiens. Jadi pastikan setiap

    visual di dalam sesi pembentangan tidak akan mengganggu gugat

    pembentangan anda.

    Kuasa Verbal

    Verbal pula ialah penggunaan ayat di dalam sesi pembentangan. Anda harus

    berhati hati dengan setiap perkataan yang keluar daripada mulut anda.

    Walau bagaimanapun anda tidak perlu bimbang sangat, kerana 7% sahaja

    bahagian verbal ini yang akan mempengaruhi tindakan audiens.

    Tetapi pastikan anda tahu untuk bercakap. Jika berhenti separuh jalan kerana

    gugup dan sebagainya, anda memusnahkan sesi pembentangan tersebut.

    Kuasa Vocal

    Vocal pula adalah intonasi yang kita gunakan semasa melakukan

    pembentangan. Kekuatan dan kekemasan vocal akan mempengaruhi 38%

    tindakan audiens.

    Disebabkan itulah, setiap pembentangan yang dilakukan mestilah keratif

    dalam seni pengucapan awam.

    Anda tidak boleh bercakap terlalu mendatar!

    Setiap tutur kata mesti ada intonasi yang betul dan tepat. Anda mesti tahu

    bahagian mana perlu gunakan suara yang lantang dan bahagian mana suara

    yang agak perlahan.

    Gunakan intonasi dengan betul, saya yakin audiens tidak akan bosan dengan

    pembentangan anda!

  • 20

    20 Pakar Presentation

    Kuasa FAQ

    Saya pasti anda tahu apa itu FAQ. Ia adalah sesi terakhir dalam setiap

    pembentangan. Audiens akan diberi peluang untuk bertanya mengenai topik

    yang dibentangkan.

    Di dalam sesi ini, kehebatan dan kebijaksanaan anda akan teruji.

    Pastikan anda tahu menjawab segala pertanyaan daripada audiens.

    Disebabkan itulah persediaan sebelum pembentangan sangat sangat dititik

    beratkan.

    Berikut saya senaraikan beberapa tips penting dalam sesi FAQ.

    1. Berterima kasih kepada yang bertanya.

    2. Tanya nama orang yang bertanya.

    3. Pastikan anda faham soalan yang ditanya. Jika tidak faham, minta ulangi

    soalan tersebut.

    4. Puji pada yang bertanya.

    5. Ulang soalan tersebut, jika audiens yang lain kurang dengar.

    6. Jawab soalan yang ditanya, jika boleh huraikan dengan lebih lanjut dan

    berikan contoh.

    Sekarang anda tahu bagaimana menjadikan sesi FAQ adalah sesi yang

    menarik dalam pembentangan anda.

  • 21

    21 Pakar Presentation

    BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 4444: : : : Penutup PPenutup PPenutup PPenutup Pembentanganembentanganembentanganembentangan

    Ini adalah bahagian terakhir dalam sesi pembentangan. Jika anda memulakan

    pembentangan dengan pembukaan yang menarik, pastikan anda lakukan

    penutup lebih baik lagi.

    Bahagian penutup kebiasaannya akan menggunakan semula objektif

    pembentangan tersebut.

    Jika pembentangan anda bersifat untuk menjual, penutuplah penentu samada

    anda berjaya atau tidak di dalam sesi pembentangan tersebut.

    Rumusan & Kesimpulan

    Setiap pembentangan perlukan kesimpulan. Ini penting kerana tujuannya untuk

    mengingati semula apa yang telah dibentangkan sepanjang sesi

    pembentangan tersebut.

    Biasanya rumusan adalah dalam bentuk point. Mulakan dengan isi kandungan

    pembentangan, huraikan dan buat sedikit kesimpulan.

    Sebaiknya sertakan contoh semasa membuat kesimpulan tersebut.

    Berikut adalah perkara perkara yang biasa dilakukan ketika sesi terakhir iaitu

    penutup pembentangan.

    1. Membuat kesimpulan semua isi penting yang dibincangkan.

    2. Tamatkan sesi pembentangan dengan kata kata motivasi.

    3. Kaji semula objektif pembentangan anda.

    4. Ucapkan terima kasih kerana sudi hadir sesi pembentangan anda.

    5. Puji audiens yang hadir.

  • 22

    22 Pakar Presentation

    Penutup

    Tahniah! kini anda dilengkapi dengan panduan asas dalam sesi

    pembentangan. Samada anda seorang pekerja, pelajar, trainer, speaker

    ataupun presenter, gunakanlah ilmu ini sebagai panduan untuk melakukan

    pembentangan dengan lebih berkesan.

    Kunci kepada kejayaan pembentangan adalah latihan. Lebih banyak

    pembentangan yang anda lakukan, semakin mahirlah anda dengan seni

    pembentangan.

    Semuanya perlukan latihan dan masa. Jadi, tidak perlulah anda teragak agak

    lagi untuk melakukan sesi pembentangan.

    Tetapkan pada minda anda, bahawa anda mampu menyampaikan sesi

    pembentangan yang lebih baik dari masa ke semasa.

    Ikhlas,

    Penang (Rahmat Ariffin)

    http://rahmatariffin.com

  • 23

    23 Pakar Presentation

    TAMAT