pamplet pbs sk jijan
TRANSCRIPT
SK JIJAN
71800
NILAI
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DAN
PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH
LATAR BELAKANG
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi
memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa
relevan untuk melahirkan modal insan seimbang
yang dapat menangani cabaran semasa dan masa
depan.
P B S
PERANAN STANDARD PRESTASI
DALAM PENTASKIRAN SEKOLAH
KOMPONEN PBS
PBS merupakan pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) , dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ( KSSR).
PBS mentaksir bidang akademik dan bidang
bukan akademik.
PENTAKSIRAN PUSAT
Dirancang, dibina dan dilapor oleh Lembaga
Peperiksaan tetapi ditadbir, diperiksa dan
direkod di sekolah.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Dirancang, dibina , ditadbir, diperiksa, direkod
dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibat-
kan murid, .ibu bapa dan organisasi luar.
Pentaksiran sekolah dilaksana dalam bentuk
pentaksiran formatif dan sumatif.
PELAKSANAAN PBS
UPSR 60:40 mulai 2016
PMR 100% mulai 2014
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD
STANDARD PRESTASI
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan
yang menerangkan tentang pencapaian atau
penguasaan seseorang individu dalam suatu
bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh
pembelajaran berdasarkan satu penanda aras
yang telah dikenal pasti.