pancaran - northport.com.my isu 20(1).pdf · pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini...

16
PANCARAN SINAR INFORMASI TEAMNORTHPORT EDARAN DALAMAN SAHAJA www.northport.com.my ISU 20 Sinar Ramadhan Bersama Northport >> MS 11 MSAM Minggu Saham Amanah Malaysia >> MS 03 ISU 20 / JUL-SEP 2015 PELANCARAN MV ZARAH SOFiA >> MS 06 >> MS 08-09 WAN HAI BLOOD DONATION

Upload: phamanh

Post on 30-Jan-2018

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

PANCARANS I N A R I N F O R M A S I T E A M N O R T H P O R T

EDARAN DALAMAN SAHAJA

w w w . n o r t h p o r t . c o m . m y

ISU 2

0

Sinar RamadhanBersamaNorthport

>> MS 11

MSAM Minggu Saham Amanah Malaysia>> MS 03

ISU 20 / JUL-SEP 2015

PELANCARANMV ZARAHSOFiA >> MS 06

>> MS 08-09

WAN HAIBLOODDONATION

Page 2: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN02

EDARAN DALAMAN SAHAJA ISU 20 / JUL-SEP 2015

w w w . n o r t h p o r t . c o m . m yEDITORIAL

PENAUNG : Tuan Haji Rubani Bin DikonPENASIHAT : Mohd Azmi Bin Mohd Anis EDITOR : Syazmir Bin ShuhaimiPEREKA GRAFIK : Muhammad Faiz Bin Mat ZaukiJURUFOTO : Norhelmi Bin Saiddun

PENERBIT : Jabatan Komunikasi Korporat, Northport (Malaysia ) Bhd, Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Utara, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.

Bagi sesebuah organisasi, kejayaan berkait rapat dengan produktiviti. Produktiviti yang lebih tinggi menunjukkan kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber yang menyumbang ke arah kos yang lebih rendah dalam menjalankan perniagaan dan pada masa yang sama mewujudkan standard taraf hidup yang lebih baik dan meningkatkan daya saing.

Pekerja adalah satu pelaburan oleh syarikat dan seperti mana pelaburan yang lain, ianya menghasilkan pulangan yang sihat atau memberi feadah kepada syarikat. Oleh itu, pekerja yang sangat produktif membolehkan syarikat  dapat mencapai matlamatnya dari pelaburan yang mereka lakukan.

Berbagai inisiatif telah diambil bagi meningkatkan produktiviti TeamNorthport. Diantaranya, Anugerah CEO, insentif melepasi sasaran bulanan, kempen pecah rekod, latihan latihan khusus dan bermacam-macam lagi. Semua ini bertujuan untuk memberikan semangat dan dorongan supaya TeamNorthport memberikan yang terbaik kepada syarikat dan sebagai hasilnya, syarikat akan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pemilik saham.

Islam melihat pekerjaan sebagai suatu yang cukup bernilai. Malah Islam menganggap kasbu al-halal atau bekerja untuk memperoleh pendapatan halal adalah suatu jihad.

Kualiti dan kecemerlangan hanya akan tercapai jika seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya dalam pekerjaan dengan rela, dedikasi dan penuh bermotivasi. Sebagai hamba Allah SWT, kita hendaklah sentiasa didorong untuk berlumba-lumba bagi memaksimakan keupayaan demi memburu kebajikan dan kecemerlangan (fastabiqul khairat) agar hidup dan matinya berkualiti. Kerja yang dilaksanakan dengan semangat sedemikian pastilah dapat menatijahkan produktiviti yang maksimum.

Bersama-samalah kita meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan kita dan dalam masa yang sama beroleh keberkatan sebagai bekalan di dunia dan akhirat.

NUKILAN BICARAAssalamualaikum dan Salam Sejahtera TeamNorthport ,

Page 3: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

“ Program kali ini telah mencatat rekod dengan lebih 200,000 pengunjung hadir ”

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 03

Pameran yang telah memasuki edisi ke 16 ini telah dirasmikan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 April 2015. Program kali ini telah mencatat rekod dengan lebih 200,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan pameran pelaburan terbesar ini.

Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang informatif disediakan untuk para pengunjung yang terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat umur. Ruang-ruang pameran yang terlibat telah mengetengahkan konsep dan tema tersendiri untuk menarik minat pengunjung.

Program tahunan anjuran Permodalan Nasional Berhad ini (PNB) merupakan satu inisiatif yang berkesan bagi menarik minat masyarakat dari segenap pelusuk untuk melabur di dalam unit-unit amanah.

Minggu Saham Amanah Malaysia 2015 (MSAM 2015) telah diadakan di Dataran Bandar Sibu pada 19 hingga 27 April yang lalu dengan tema ‘Pelaburan 360 PNB’.

MINGGUSAHAMAMANAHMALAYSIA 2015

Page 4: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

04

Bahagian Perkhidmatan Kontena telah melancarkan kempen Jom Pecah Rekod bermula pada bulan Mei tahun ini.

Inisiatif yang diterajui oleh Unit Perhubungan Pekerja (ER) ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral kakitangan yang telah memberi komitmen yang tinggi untuk produktivti Syarikat yang memberangsangkan. Kakitangan yang berjaya memecah rekod telah menerima wang insentif dari pihak Pengurusan.

Inisiatif ini juga merupakan hasil kerjasama dari jabatan lain yang turut terlibat secara langsung bagi memastikan perkhidmatan yang cemerlang di samping tahap keselamatan yang maksimum untuk operasi kapal-kapal yang terlibat. Ianya wajar dicontohi oleh bahagian dan jabatan lain di Northport untuk mencipta lebih banyak kejayaan untuk Syarikat. Syabas kepada semua yang terlibat!!!

KEMPEN JOM PECAH REKOD

TAHNIAH & SYABAS

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 5: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 05

Bahagian Perkhidmatan Konvensional & Logistik baru-baru ini telah memperoleh satu lagi kejayaan dalam memastikan konsistensi “parallel trimming” kacang soya di Terminal Pukal Kering.

Bahagian Perkhidmatan Konvensional & Logistik telah menghadapi cabaran untuk memastikan produktiviti yang konsisten melebihi 6,000 tan. Segala usaha telah dibuat tanpa sebarang kompromi bagi memastikan MV Xin Rui Hai mencatat 8,008 tan kacang soya discharge untuk produktiviti sasaran 6,000 tan.

Hasilnya, bahagian yang terlibat menerima surat penghargaan daripada pelanggan mereka di atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan.Pencapaian yang memberangsangkan boleh dicapai jika kita melakukannya dengan gembira

Program"Do It Happily"

(“Do It Happily”). “Do It Happily” adalah kempen yang diusulkan oleh Bahagian Perkhidmatan Konvensional & Logistik yang telah dilancarkan pada 17 Jun 2015.

Tujuan program ini adalah untuk memupuk tahap keseronokan dan keterujaan yang menyumbang kepada hasil yang positif dalam operasi harian.

Program ini telah dianjurkan bersama dengan “Program Mentor-Mentee”; sebuah program dijalankan untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan bimbingan di kalangan kakitangan lama dan baru.

Page 6: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

06

Pada 3 Jun 2015, Syarikat Konsortium Logistik Berhad (KLB) telah melancarkan kapal Ro-Ro MV Zarah Sofia di dermaga 21, Northport. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi DRB Hicom Berhad, YBhg. Dato’ Syed Mohamad bin Syed Murtaza. Majlis yang dihadiri oleh 400 orang tetamu ini terdiri daripada pihak pengurusan Syarikat DRB Hicom dan anak-anak syarikatnya.

KLB merupakan syarikat penyedia perkhidmatan logistik yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun. Operasi utama yang dijalankan termasuklah automotif logistik, logistik, haulage, freight forwarding, pengedaran dan pergudangan. Kini syarikat berkenaan telah melebarkan sayapnya melalui pengangkutan laut.

Kapal MV Zarah Sofia yang merupakan kapal pengangkut kenderaan pertama milik KLB ini boleh memuatkan 2,500 buah kenderaan. Panjang keseluruhan kapal yang berukuran 213 meter ini merupakan pengangkutan laut yang membawa kenderaan di sekitar Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Bersempena dengan pelancaran kapal ini, para tetamu jemputan telah diberi peluang melawat kapal tersebut.

Kejayaan pelancaran kapal ini membuktikan keyakinan pelanggan melalui kerjasama perniagaan yang strategik dan peranan Northport sebagai penyumbang utama dalam sektor pengangkutan.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

MAJLIS PELANCARAN KAPAL MV ZARAH SOFIA

Page 7: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

Northport telah mengadakan kerjasama dengan Syarikat Nippon Express dengan melaksanakan proses sertu untuk kargo halal di NDSB pada 30 Jun 2015.

Aktiviti sertu yang dijalankan adalah mengikut prosedur pembersihan secara Islam untuk keseluruhan kontena. Syarikat Nippon Express merancang untuk meluaskan operasi kargo halal mereka untuk dieksport ke pasaran Jepun. Proses ‘Total Supply Chain Management’ untuk operasi halal ini merupakan proses yang julung kali diadakan oleh mana-mana pelabuhan di dunia.

Antara cabaran untuk sektor halal ini adalah memastikan prosedur yang terlibat mengikut peraturan Syariah dan melibatkan banyak pihak. Sebagai permulaan, kejayaan ini merupakan petanda positif untuk Northport menjalankan lebih banyak kerjasama perniagaan bagi menyokong pertumbuhan sektor halal. Syabas TeamNorthport!!!

PROSES SERTU UNTUK KARGO HALAL

07NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 8: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

DERMA DARAHKEMPEN

W A N H A I

17 APRIL 2015MENARA TREND IMS 1

08

Kempen Derma Darah anjuran Wan Hai telah berlangsung pada 17 April 2015. Kempen yang turut disokong oleh Northport ini telah diadakan di Menara Trend IMS1 Klang dan telah mendapat sambutan yang baik dari penderma yang terdiri dari masyarakat awam. Pegawai-pegawai kanan dari Wan Hai dan Northport turut hadir untuk memeriahkan kempen dan turut sama menderma darah untuk tujuan yang murni ini. Usaha dan sumbangan ini merupakan satu amalan yang terpuji dan tidak ternilai harganya. Kesedaran menderma darah harus wujud dalam diri setiap individu sebagai insan yang bertanggungjawab bagi membantu sesama manusia. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 9: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

09NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 10: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

HARI PRODUKTIVITI DI NORTHPORT

2015Northport dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia atau Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah menganjurkan program Hari Kualiti pada 7 Mei 2015.

Majlis ini telah dihadiri oleh Presiden MPC, Dato’ Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah Urusan NCB Holdings, Tuan Haji Abi Sofian Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Tuan Haji Rubani bin Dikon. Program diadakan dengan objektif perkongsian idea dan informasi mengenai sistem pengurusan Lean.

Pada program yang sama, Northport telah menerima Sijil Pengiktirafan Lean dari pihak MPC di atas beberapa inisiatif Syarikat yang telah mempraktikkan kaedah Lean untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN10

Page 11: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

Sempena sambutan bulan Ramadhan, Northport (Malaysia) Bhd telah menyampaikan

bantuan kepada 17 keluarga saudara baru bertempat di Balai Islam Pulau Ketam pada 29

Jun 2015.

Bantuan yang dihulurkan adalah berupa keperluan barang dapur dan wang ringgit. Golongan saudara baru yang menerima sumbangan terdiri dari kaum Cina dan orang asli dari suku kaum Mah Meri yang merupakan penduduk tetap di Pulau Ketam.

Selain penyampaian sumbangan, program turut diisi dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama masyarakat Islam di situ. Northport berharap dengan bantuan yang dihulurkan ini memberi sedikit kelegaan bagi saudara-saudara baru dalam menyambut Ramadhan serta persiapan menjelangnya Aidilfitri. Program tanggungjawab sosial korporat seperti ini sering dijalankan oleh Northport pada setiap musim perayaan bagi berkongsi kegembiraan dan kemeriahan bersama golongan yang memerlukan.

11NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 12: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

Saban waktu, pelabuhan beroperasi bagi mengendalikan kargo untuk aktiviti import dan eksport. Pelbagai jenis barangan yang dikendalikan termasuklah yang bernilai tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit. Sebagai pengendali pelabuhan, kita bertanggungjawab bagi memastikan barang milik pelanggan dikendalikan dan diawasi dengan baik.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kargo, akses keluar dan masuk pelabuhan memainkan peranan yang sangat signifikan bagi mengelakkan kecurian atau kehilangan barangan. Di Northport, kita mempunyai dua gate utama iaitu Gate CT1 dan Gate CCT. Manakala tiga lagi gate adalah dikhususkan untuk kargo konvensional dan logistik iaitu Gate F, Gate Southpoint dan Gate NDSB. Sebagai seorang anggota polis pelabuhan yang bertugas di gate keluar dan masuk, Korporal Mohd Helmy Md Jasib, 27 merasakan tugasan ini mempunyai cabaran yang tersendiri.

Seorang anggota keselamatan perlu peka dan tegas dalam menjalankan tugas. Anggota yang ditugaskan menjaga laluan kontena bermuatan penuh perlu mengisi data dengan cermat tanpa kesilapan. Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan kontena berharga keluar dari pelabuhan tanpa dapat dikesan.

Selain itu, anggota yang bertugas di laluan kenderaan awam perlu tegas memberi arahan untuk pemandu membuka but kenderaan. Mereka sering kali dimarahi oleh pemandu yang menganggap prosedur ini menyusahkan mereka. “Cabaran

yang biasa diterima apabila dimarahi oleh segelintir pemandu yang enggan untuk membuka but kenderaan mereka untuk diperiksa. Perkara ini merupakan lumrah untuk tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebagai seorang anggota keselamatan,” kata Mohd Helmy.

Memiliki tiga tahun pengalaman, beliau turut berkongsi satu peristiwa pengguna pelabuhan yang cuba menyeludup barang untuk dibawa keluar. Beliau berkata, “Pada tahun 2014, satu cubaan mencuri kabel berjaya digagalkan di mana kabel tersebut disorok di bawah tayar spare kenderaan. Perilaku pemandu tersebut yang mencurigakan membuatkan saya tergerak untuk menyuruhnya membuka tayar spare. Kabel tersebut dijumpai setelah tayar dibuka dan saya terus membawa pemandu berkenaan kepada Unit Siasatan Jenayah untuk tindakan selanjutnya.”

Anggota keselamatan yang menjaga gate di pelabuhan merupakan salah satu dari pelbagai profesion di Northport. Mereka perlu memastikan aspek keselamatan yang tinggi untuk setiap kargo keluar dan masuk dengan pengawasan yang rapi. Peranan ini sangat kritikal bagi memberi keyakinan kepada pelanggan dan memastikan perkhidmatan yang berkualiti demi membantu mencapai wawasan Syarikat.

SEHARI DI DALAM KEHIDUPAN SEORANG ‘ANGGOTA KESELAMATAN DI GATE’Korporal Mohd Helmy Md Jasib

12 NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 13: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

NORTHPORT IN THE NEWS

13NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 14: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

Dengan mengamalkan 3R (pengurangan, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

1.Reduce–Pengurangan Hanya beli apa yang diperlukan dan kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli produk yang boleh diguna semula seperti barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula. Beli barangan yang kurang bungkusan, bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas. Beli produk tidak bertoksik, Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik sebagai contoh mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

2. Reuse – Guna SemulaBeg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan

membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

3. Recycle – Kitar SemulaKitar semula di rumah: Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula. Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

Mengitar semula di laman anda: Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur. Mengitar semula di sesebuah komuniti: Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula. Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula. Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

14

Page 15: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

Kepada pasangan mempelai, kami mengalu-alukan foto Perkahwinan beserta butiran majlis anda !

PERKAHWINAN!

Nur Safiza binti Ibrahim 301521Bahagian Perkhidmatan KorporatSuami : Mohd Hairulnizam Mohd ZubirTarikh : 14.03..2015

Mohd. Firdaus bin Kamaruddin 301461 Jabatan Polis Bantuan Pelabuhan

Isteri : Nuriza binti Aziz Tarikh : 25.07.2015

Mohd. Rizal bin Putra Iskandar

301486Jabatan Polis Bantuan Pelabuha

n

Isteri : Rabiatul Adawiyah binti Sanusi

Tarikh : 27.03.2015

Kamarazali bin Yahya

301452

Jabatan Polis Bantu

an Pelabuhan

Isteri : Nur Sollehh

a binti Mohd Salleh

Tarikh : 02.08.2015

Hantarkan kepada: Jabatan Komunikasi Korporat, Tingkat 2 Northport A, u/p: Norhelmi Bin Saiddun

Kepada ibubapa yang baru menimang cahaya mata,Kami mengalu-alukan foto beserta tarikh kelahiran si comel anda.

KELAHIRAN! Mohd Azrin bin Abdul Rahim300813 Bahagian KomersialNama Anak : Nur Syifa Adawiyah

Tarikh Lahir : 28.07.2015

Wan Azman bin Abd Kadir300080 Jabatan Polis Bantuan Pelabuhan

Nama Anak : Wan Daiyan Afsar

Tarikh Lahir : 09.08.2015

Mohd Saiful Anuar bin Ahmad Kadri

301467

Jabatan Polis Bantuan

Pelabuhan

Nama Anak : Wardah Al Azraa

Tarikh Lahir : 12.04.2015

Mazudin bin Sariff301098Jabatan BombaNama Anak : Nur Aryyana Melina Tarikh Lahir : 30.05.2015

Page 16: PANCARAN - northport.com.my isu 20(1).pdf · Pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan yang ... ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan moral ... merasakan tugasan ini

POLISI HALAL

Providing logistics services to customers that is Halalan Toyyiban through prudential, customer friendly, transparent and trustworthy services

Memastikan semua barang-barang yang disimpan di Gudang telah mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM dan juga badan-badan luar negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM.

Memastikan semua peralatan sentiasa bersih dan bebas dari unsur-unsur yang menyalahi undang undang Syariah atau berbahaya kepada kesihatan.

Memastikan pekerja mengamalkan Amalan Kebersihan Diri dan Amalan Gudang yang Baik sepanjang masa bekerja.

Tidak membenarkan pekerja membawa masuk makanan dan minuman yang tidak halal ke dalam Gudang.

Northport (Malaysia) Bhd komited dan konsisten untuk memastikan integriti barangan halal, pengendalian etika, dan kebersihan di sepanjang rantaian bekalan Northport. Kami akan mencapai matlamat ini dengan: