panduan disiplin

45
PANDUAN DISIPLIN Oleh : abdharis@ipis

Upload: abdharisipis

Post on 06-Jun-2015

11.695 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan disiplin

PANDUAN

DISIPLINOleh :

abdharis@ipis

Page 2: Panduan disiplin

DEFINISI DISIPLIN

Menurut kamus Longman ,

• Discipline ~ a practise of making people obey

rules and orders.

•Jelas menunjukkan bahawa disiplin disini adalah

merujuk kepada kebiasaan yang diamalkan dalam

mematuhi garis panduan dan arahan. Oleh itu

adalah tidak wajar apabila disiplin dikaitkan

dengan tingkah laku pelajar yang melanggar

peraturan sekolah.

•Jelas, disiplin merupakan garis panduan

menakala devian ataupun delinkuen pula

merupakan sekumpulan manusia yang tidak

mematuhi garis panduan ini.

Page 3: Panduan disiplin

JENIS-JENIS DISIPLIN

• Mengikut Lindgren (1976) , disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis;

• Disiplin Arahan Guru

• Disilin Arahan Kerja

• Disiplin Arahan Kumpulan

• Disiplin Arahan Diri

Page 4: Panduan disiplin

1. Disiplin Arahan GuruDisiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru

mempunyai kuasa yang mutlak ke atas kawalan , arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturan dan jenis disiplin ini mempunyai ciri menghukum.

2. Disiplin Arahan KerjaDisiplin Arahan Kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan ang

diberikan oleh guru perlu diselesaikan oleh murid dalam tempoh masayang ditetapkan.

Disiplin ini berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual.

Mempunyai ciri motivasi yang positif kerana menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri. ( kematangan murid/umur , jenis tugasan dan keupayaan murid )

Page 5: Panduan disiplin

3.Disiplin Arahan KumpulanDisiplin Arahan Kumpulan diwujudkan di antara ahli-ahli dalam

dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan yang dengan tujuan menjalankan aktiviti pembelajaran seperti pengayaan atau kerja Projek. (Ketua kumpulan bertanggungjawab )

Dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Tingkahlaku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya.Proses Penyesuaian berlaku dan murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan akan disingkirkan . ( Proses penyesuaian dan penyingkiran )

4. Disiplin Arahan DiriSharifah Alwiah Alsagoff dalam bulunya Ilmu Pendidikan

Pedagogi(1984) mentakrifkan didiplin arahan diri sebagai keadaanyang membuat murid-murid mematuhi peraturan yang ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran.

Murid mematuhi peraturan sekolah secara sukarela ( sedar kebaikannya )tanpa dipaksa dan di arah oleh guru. Dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru

Page 6: Panduan disiplin

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN:

Peringkat Sekolah Rendah /Menengah

• Jenayah

• Lucah

• Kemasan diri

• Tidak pentingkan masa

• Kurang sopan

• Laku musnah

• Tidak jujur

• Ponteng

Page 7: Panduan disiplin

JENIS SALAHLAKU

• Tingkahlaku Jenayah

• Tingkahlaku lucah

• Tingkahlaku kekemasan diri

• Tingkahlaku tidak mementingkan masa

• Tingkahlaku musnah

• Tingkahlaku tidak jujur/menipu

• Ponteng

Page 8: Panduan disiplin

10 Kekerapan Tinggi:

• Ponteng sekolah

• Mencuri

• Mengancam murid sekolah

• Berkasar dengan murid

• Berbahasa kesat

• Datang sekolah lewat

• Membuat bising dan menggaggu pelajaran

• Merosakkan harta benda sekolah

• Ponteng aktiviti kokurikulum

• Ponteng Kelas

Page 9: Panduan disiplin

Pelbagai jenis tingkahlaku bermasalah :1. T/L bermasalah negatif

• T/L menghalang pembelajaran ( bergantung ) = membahayakan diri ; kebimbangan,pergantunganberlebihan, pengunduran diri dan pengasingan diri

• T/L menganggu ( disruptif ) = membahayakan orang lain : hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat, agresif secara lisan / fizikal

• T/L Antisosial ( distruktif ) = membahayakan diri,sekolahdan masyarakat : permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik dan geng

2. T/L bermasalah positif• Ingin tahu

• Cepat belajar

• Pintar cerdas• proaktif

Page 10: Panduan disiplin

Punca-punca Masalah Disiplin

• Suasana persekitaran rumah yang kurangselesa

• Suasana sekolah yang kurang kondusif

• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membosankan

• Keadaan fizikal sekolah yang kondusif

• Pengurusan sekolah yang bercorak autokratik

• Pandangan dan pendapat murid tidak dapatperhatian pihak sekolah

• Penilaian negatif mewujudkan npermusuhanyang nyata dengan membalas dendam

Page 11: Panduan disiplin

Punca salahlaku di Bilik Darjah/Sekolah

• Penggunaan pendekatan dan strategi mengajaryang kurang sesuai

• Keadaan fizikal bilik darjah yang kurangkondusif

• Perhubungan guru dan murid yang kurangmesra dan kurang baik

• Sahsiah guru yang kurang menyakinkan

• Kesihatan murid yang kurang baik

• Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi

• Pengaruh negatif dari keluarga, rakan sebayadan persekitaran

• Bilangan murid yang ramai

Page 12: Panduan disiplin

Teknik mengumpul maklumat pelajar :

1. Jenis teknik Ujian ; ujian pencapaianakademik, ujian kecerdesan, ujiankecemderungan bakat, ujian minat, ujianpersonaliti, ujian saringan, ujiandiagnostik,ujian aptitud khas

2. Jenis teknik bukan ujian ;kajiandokumen, soal selidik, teknikpemerhatian,rekod anekdot, kajiandokumen,senarai semak

3. Rujukan pada kaunselor atau pihaktertentu

Page 13: Panduan disiplin

Modifikasi tingkahlaku :

Langkah sistematik berdasarkan prinsip psikologi untukmengubah tingkahlaku yang negatif kepada yang positif :

• Mengenalpasti t/l yang perlu diubah

• Menetapkan matlamat

• Menentukan strategi bertindak

• Merancang prosedur atau plan bertindak

• Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak

• Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancanganjika perlu

• Memastikan pencapaian matlamat yang ditetapkan;

- Pengekalan dan peningkatan t/l yang diingini

- Pengurangan dan perlupusan t/l yang tidak diingini

Page 14: Panduan disiplin

Teknik modifikasi tingkahlaku :

1. Peneguhan Positif / negatif

2. Denda dan peneguhan

3. Reverse psikologi

4. Shaping

5. Token ekonomi

6. Kontrak lisan/bertulis

7. Kawalan kendiri

8. Ubahsuai dalaman/kendiri

Page 15: Panduan disiplin

MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itusebagai manusia yang dapat memimpin dirisendiri dalam didupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalahmustahak dalam usaha mewujudkan satumasyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu , demokratik , adil , liberal danprogresif. Disiplin diri juga akan melahirkanindividu-individu yang kreatif sertamempunyai kesedaran harga diri dalammasyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

Page 16: Panduan disiplin

PRINSIP-PRINSIP ASAS DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan

kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut : -

• keadilan dan layanan sama rata

• pertimbangan minat dan keperluan pelajar

• kebebasan - tertakluk kepada undang-undang

• amalan menghormati seseorang individu

• perhubungan sihat sesama manusia untuk

kehidupan berharmonis

• perpaduan masyarakat dan negara

Page 17: Panduan disiplin

CIRI-CIRI DISIPLIN YANG BAIK• Seseorang pelajar yang baik berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat

kepada ajaran-ajaran agama, mengamalkan nilai-nilai kebudayaanMalaysia , memahami dan menghayati Rukun Negara , sertamematuhi peraturan-peraturan sekolah dan undang-undang negara. Di antara ciri-ciri penting seorang yang berdisiplin adalahsebagaimana berikut : -

• memahami dan mematuhi peraturan-peraturan• menepati waktu• rajin dan berdaya usaha• jujur dan ikhlas• sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama• berbudibahasa, bersopan-santun dan berdiplomasi• bersih , cekap dan amanah• menghormati orang lain• taat setia kepada raja dan negara• kasih dan sayang kepada ibu bapa• mencintai sekolah• berfikiran luas dan berpandangan jauh

Page 18: Panduan disiplin

PELAKSANAAN DISIPLIN :

• Semua guru bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah . Masalah ini perlu ditangani secara berhati-hati agar segala tindakan yang dilakukan tidak terkeluar dari ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan –peraturan yang telah ditetapkan .

• Setiap aduan yang diterima akan diberi tindakan susulan dengan segera.

• Pelajar terlibat akan disoal-siasat dan diberi peluang membela diri.

• Siasatan yang dijalankan akan meneliti dan mengkaji kes seterusnya saranan akan diberikan kepada HEM untuk tindakan seterusnya.

• SISTEM MATA PENALTI merupakan teras atas segala tindakan

Page 19: Panduan disiplin

Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin :

• Tatacara disiplin sekolah masakini dibentuk

berlandaskan kepada Ordinan Pelajaran 1957

dan Pekeliling Ikhtisas yang diedarkan dari

masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah-

sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Peraturan –peraturan pelajar (Disiplin Sekolah )

• Peraturan-perauran Lawatan Sekolah 1957

• Peraturan Majalah Sekolah

• Surat Pekeliling Ikhtisas

Page 20: Panduan disiplin

Jenis salahlaku dan tindakan dalam Surat PekelilingIkhtisas :

1. Pembuangan murid dari sekolah kerana kelakuanjenayah seperti membawa senjata-senjatamerbahaya, menghisap rokok, meminum arak, melibatkan diri dalam kongsi gelap, mencuri, mengancam pelajarlain dan melawan pihak berkuasa

2. Peratutan hukuman dera

3. Peraturan asrama sekolah

4. Disiplin murid-murid menghisap rokok

5. Salahguna dadah : Garis panduan untuk guru danguru besar

6. Potongan rambut murid-murid

7. Pakaian murid-murid lelaki dan perempuan

8. Larangan bermain bahan letupan

9. Tatatertib perhimpunan sekolah

Page 21: Panduan disiplin

Buku panduan/pekeliling Disiplin sebagai bahanrujukan :

• Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng DiSekolah ( 1994 )

• Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru ( 1998 )

• Prosedur Gantung dan Buang Sekolah mengikutOrdinan Pelajaran 1957 ( Terbitan JPN Perak, 1988 )

• Surat Pekeliling ( 1984-1987 )

• Surat Pekeliling ( 1988-1990 )

• Surat Pekeliling ( 1991-1993 )

• Surat Pekeliling ( 1994-1997 )

Page 22: Panduan disiplin

Tatacara menyelesaikan Masalah Disiplin :

• Kaji masalah disiplin secara objektif dan janganmengambil tindakan secara terburu-buru

• Elakkan diri dari nafsu marah dan wujudkansuasana tenang

• Berikan peluang murid membuat penjelasan dancuba fahami perasaan murid

• Jika didapati bersalah, guru beri nasihat agar murid sedar dan mengubah kelakuannya

• Jika murid mengulangkan kesalahannya rujukguru disiplin dan kaunselor

• JIka kelakuan jenayah lapor segera kepadaGuru Besar/Pengetua

Page 23: Panduan disiplin

Peranan Guru dalam konteks disiplin BilikDarjah :

1. Pengurusan rutin bilik darjah

2. Pengurusan peraturan-peraturan bilikdarjah

3. Pengurusan jadual bertugas murid

4. Pengurusan aktiviti kumpulan

5. Pengurusan murid bermaslah peribadi

Page 24: Panduan disiplin

Cadangan mengurangkan masalah disiplin:

• Melaksanakan pembelajaran secara sistematik

• Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

• Menggunakan strategi pemusatan murid

• Menghormati dan melayan murid dengan baik

• Menghargai dan memuji murid

• Bersifat adil dan tegas terhadap hukuman dan ganjaran

• Mengajar murid mengikut kebolehan

• Memberikan aktiviti pemulihan yang belum menguasaikemahiran/kefahaman pelajaran yang diajar

• Memberikan aktiviti pengayaan

• Mengamalkan ciri kepimpinan demokratik

Page 25: Panduan disiplin

Perlaksanaan Disiplin di sekolah

• Semua guru bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah . Masalah ini perlu ditangani secara berhati-hati agar segala tindakan yang dilakukan tidak terkeluar dari ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan –peraturan yang telah ditetapkan .

• Setiap aduan yang diterima akan diberi tindakan susulan dengan segera.

Page 26: Panduan disiplin

• pelajar terlibat akan disoal-siasat dan diberi peluang membela diri.

• Siasatan yang dijalankan akan meneliti dan mengkaji kes seterusnya saranan akan diberikan kepada HEM untuk tindakan seterusnya.

• SISTEM MATA PENALTI merupakan teras atas segala tindakan lanjutan disiplin yang dikenakan kepada Warga sekolah.

Page 27: Panduan disiplin

Tindakan Disiplin

• Amaran

• Amaran Lisan

• Siasatan

• Nasihat

• Rotan

• Rujuk Kaunselor

• Surat Amaran

• Gantung Sekolah

• Perbincangan dengan ibu bapa /Penjaga

• Buang Sekolah

Page 28: Panduan disiplin

TINDAKAN DISIPLIN YANG DIAMBIL

• Peraturan-Peraturan Pelajaran ( DisiplinSekolah ) 1959 menyenaraikan 4 tindakan disiplin yang boleh diambilterhadap pelajar melanggar disiplinbergantung kepada keseriusan kesalahandisiplin yang dilakukan iaitu :-

• Hukuman yang difikirkan sesuai

• Dirotan

• Digantung persekolahan ; atau

• Dibuang sekolah

Page 29: Panduan disiplin

Komponen penting dan utama dalamprinsip natural justice :

• mendengar orang yang terlibat

• pendengaran yang adil

• keadilan bukan sahaja perludilaksanakan tetapi perlu juga kelihatandilaksanakan.

Page 30: Panduan disiplin

Sumber Disiplin :

• Aduan Guru / Pengawas / Ketua Kelas /Pelajar

• Buku Kawalan Kelas

• Salahlaku / aktiviti negatif

• Mata Penalti

Page 31: Panduan disiplin

PERATURAN-PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH

Semua pelajar mesti mematuhi segala peraturan

yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan

kesalahan berdasarkan . Negeri Selangor

menggunakan Sistem Penalti sebagai panduan

tindakan disiplin di sekolah.

SISTEM PENALTI.

Setiap pelanggaran peraturan sekolah dikenakan

mata penalti di mana direkodkan seterusnya

diambil tindakan. Mata penalti akan dikumpulkan

dan dihitung selama berada di sekolah.

Page 32: Panduan disiplin

MATA PENALTI

• Amaran Bertulis

• Khidmat sosial

• Hubungi

ibubapa/penjaga

5

Page 33: Panduan disiplin

MATA PENALTI

• Rotan 1 kali

• Surat Amaran dan

Perjanjian

• Pengakuan Pelajar

10

Page 34: Panduan disiplin

MATA PENALTI

• Hubungi

ibubapa/penjaga

• Rotan 2 kali

• Surat Amaran dan

Perjanjian II

• Pengakuan Pelajar20

Page 35: Panduan disiplin

MATA PENALTI

• Hubungi

ibubapa/penjaga

• Rotan 3 kali

• Surat Amaran

• Perjanjian JPS30

Page 36: Panduan disiplin

MATA PENALTI

• Hubungi

ibubapa/penjaga

• Surat Pemberitahuan

• Gantung

Persekolahan

• Perjanjian JPS40

Page 37: Panduan disiplin

MATA PENALTI

• Sesi Kaunseling

• Buang Sekolah

50

Page 38: Panduan disiplin

GURU DISIPLIN

SENARAI TUGAS

a. Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah

b. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai dipraktikkan disekolah

c. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipenuhi

d. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar

e. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua

f. Menjadi pengawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa/

penjaga dalam menangani masalah disiplin

g. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangatcintakan

sekolah di kalangan murid dan guru

h. Mencatatkan semua kes-kes disiplin yang telah diambil tindakandalaman

dalam borang disiplin atau buku laporan disiplin

i. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepadaPenolong

Kanan HEM seminggu sekali atau segera jika perlu

Page 39: Panduan disiplin

j. Menghubungi pihak polis jika perluk. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk

meronda kawasan sekolah

l. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius

seperti:

• Penyalahgunaan dadah• Gambar lucah

• Video lucah• Majalah lucah

• Peras ugut• Kumpulan haram

• Bohsia

• Bohjan• Hal-hal lain

Page 40: Panduan disiplin

Strategi menangani masalah disiplin :

• Mengukuhkan struktur,sistem organisasidan pentadbiran sekolah

• Mewujudkan iklim persekolahan yang harmoni

• Menggunakan unsur-unsur perlembagaanuntuk penyuburan nilai-nilai murni

• Mengurus aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah dari segiintelek,sosial,jasmani dan emosi pelajar

Page 41: Panduan disiplin

Jenis-jenis hukuman yang ditegah :1.Hukuman terhadap Fizikal

• Berdiri di tengah panas

• Berdiri di bilik darjah/kaki lima• Berdiri di atas kerusi/meja

• Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris• Cubit

• Lari keliling padang

• Memukul diri sendiri atau sesama sendiri• Menarik rambut atau telinga

• Menjunjung kerusi dan meja• Menghenjut atau

• Menampar• Mengetuk atau menyekel kepala

Page 42: Panduan disiplin

2. Hukuman terhadap mental dan emosi :• Gunting rambut sesuka hati• Berdiri membuat latihan yang tidak dibuat• Berleter• Gantung kenyataan tertentu di badan murid• Kelas tahanan pada waktu rehat atau pulang• Maki hamun dengan kata-kata kesat• Menjeling• Menyindir• Memperli murid• Menconteng muka dengan kapur• Mengoyak buku latihan murid• Memperlihatkan air muka yang marah• Mengugut atau mengertak murid• Tidak menghirau atau memperdulikan murid• Tidak menanda buku latihan murid

Page 43: Panduan disiplin

• Hukuman serta tindakan yang tidak dilarang :

• Membersihkan bilik darjah

• Memberi latihan tambahan

• Menulis beberapa ayat

• Mengatur kerusi, meja pada waktu rehat atau

pulang

• Mengemaskini papan kenyataan dalam bilik

darjah

• Membersihkan cermin tingkap

Page 44: Panduan disiplin

Hukuman :

Hukuman atau denda ialah tindakan disiplin yang dikenakan terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah. Tujuan hukuman atau denda ini ialah mengubah tingkahlaku murid yang tidak mengingini dan mencegahnya mengulangi kesalahan tersebut.

Page 45: Panduan disiplin

KESIMPULAN :

Sebagai Guru Disiplin setiap tindakan perlumematuhi arahan dan pekeliling. Jika tindakanyang salah diambil maka kita akan menanggungrisikonya. Panduan Disiplin ini adalah panduansemata-mata dan ia berlandaskan pengalaman , bacaan dan kursus yang dihadiri.

Sifat seorang Guru Disiplin mestilah mesra, bertanggungjawab, tegas dan tidak mengikutperasaan sendiri. Oleh itu, setiap tindakan yang di ambil perlulah difikir baik dan buruknya.Ingat, tindakan didiplin bukan berupa hukuman tetapiianya sebagi pengajaran.

Sekian.