panduan pelaksanaan rintis pav gold course klang nov 2011 3
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
1/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN
TINGKATAN SATU HINGGA TIGA
PANDUAN PELAKSANAAN RINTIS
2011
DRAF
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
2/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
2
KANDUNGAN
1. PENGENALAN 4
2. MATLAMAT PAV 7
3. OBJEKTIF PAV 7
4. STRUKTUR KURIKULUM4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 - 34.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 14.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 - 34.4 Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)4.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
810131415
5. PENTAKSIRAN PAV5.1 Bentuk Pentaksiran PAV5.2 Bentuk Pentaksiran Berasaskan Standard Kompetensi
Vokasional (PBSKV) dan Pentaksiran BerasaskanStandard Prestasi Akademik (PBSPA)
5.3 Ciri Pentaksiran5.4 Pengurusan Pentaksiran dan E v id e n c e
1616
1818
6. PROGRAM UJI RINTIS6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulun Standard PAV6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis
6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid
1919
19192021
7. PERANAN AGENSI BERKAITAN7.1 Agensi Pusat KPM7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD)7.3 Sekolah
2224
24
8. KEWANGAN 26
9. DOKUMEN RINTIS PAV 26
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
PENGHARGAAN
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
3/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
3
PRAKATA
Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ini disediakan bagi
membantu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan
pelaksanaan rintis PAV di pelbagai peringkat dalam organisasi Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah sebagai panduan dan rujukan pelaksanaan
rintis PAV. Buku ini menjelaskan konsep, pelaksanaan dan pentaksiran PAV serta
peranan pihak agensi pusat, KPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD), sekolah dan masyarakat. Buku ini juga diharap dapat membantu KPM
membuat penambahbaikan PAV pada masa pelaksanaan rintis dan seterusnya semasa
pelaksanaan penuh.
Maklumat di dalam dokumen ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa
sepanjang pelaksanaan rintis berdasarkan kepada keputusan mesyuarat peringkat
KPM. Pengguna dokumen ini adalah perlu sentiasa mengemaskini maklumat dari
sumber yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
4/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
4
1. PENGENALAN
Dalam sistem pendidikan kebangsaan pada masa ini elemen pendidikan teknik dan
vokasional diajar sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (dua waktu
seminggu) di sekolah rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu (tiga waktu seminggu) di
sekolah menengah rendah. Pada peringkat sekolah menengah atas pula (Tingkatan 4 & 5),
elemen Pendidikan Teknik dan Vokasional diajar sebagai mata pelajaran elektif sahaja.
Satu program alternatif perlu diadakan bagi memberi peluang pendidikan kepada murid
yang cenderung, berbakat dan berminat dalam pendidikan vokasional. Mesyuarat
Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada 25 Julai 2008 telah memutuskan
supaya pendidikan vokasional diperkenalkan kepada murid bermula seawal Tingkatan 1.
Mesyuarat Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia pada 12 Ogos 2008
telah mengemukakan Pelan Tindakan Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) dengan cadangan untuk mewujudkan mata pelajaran asas kemahiran seawal peringkat
menengah rendah dan dimulakan pelaksanaannya dalam RMK-10. Mesyuarat Jawatankuasa
Perancangan Pendidikan ke-195 bertarikh 20 Disember 2010 telah meluluskan Transformasi
Pendidikan Vokasional yang mencadangkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditawarkan di
Tingkatan 1 hingga 3 bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedang
dilaksanakan di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian.
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 4/2011 pada 9 Oktober 2011
telah bersetuju dengan konsep PAV serta memutuskan supaya pelaksanaan rintis penuh PAV
akan dilaksanakan mulai tahun 2012 bagi murid Tingkatan 1 di 15 buah sekolah menengah
yang dipilih berdasarkan kepada kriteria tertentu.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
5/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
5
Jadual 1 menunjukkan Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional sehingga tahun 2022
Bi l a n g a n Se ko l a h
2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022
Sekolah Baru 15 135 100 50 40 60 30 10 10 0 0
Sedia Ada 0 15 150 250 300 340 400 430 440 450 450
JumlahSekolah
15 150 250 300 340 400 430 440 450 450 450
Bilik Darjah 15 300 500 1800 2040 2400 2580 2640 2700 2700 2700
Bi l a n g a n Bi l i k D a rj a h /Be n g ke l
Tingkatan 1 15 300 500 600 680 800 860 880 900 900 900
Tingkatan 2 15 300 500 600 680 800 860 880 900 900
Tingkatan 3 15 300 500 600 680 800 860 880 900
Jum Kelas 15 315 815 1400 1780 2080 2340 2540 2640 2680 2700
Jum Murid 450 9450 24450 42000 53400 62400 70200 76200 79200 80400 81000
B i l a n g a n M u r i d
Tingkatan 1 450 9000 15000 18000 20400 24000 25800 26400 27000 27000 27000
Tingkatan 2 0 450 9000 15000 18000 20400 24000 25800 26400 27000 27000
Tingkatan 3 0 0 450 9000 15000 18000 20400 24000 25800 26400 27000
Jum Murid 450 9450 24450 42000 53400 62400 70200 76200 79200 80400 81000
Jadual 1: Unjuran murid Pendidikan Asas Vokasional
Pelaksanaan rintis pada tahun 2012 di 15 buah sekolah menengah melibatkan 15 bilik
darjah dan 450 orang murid (30 orang murid setiap kelas). Pada tahun 2013, sebanyak 135
buah sekolah akan melaksanakan PAV. Pertambahan sekolah PAV akan dilaksanakan secara
berperingkat sebanyak 450 buah menjelang tahun 2022. Pengambilan murid seramai 60 orang
(2 kelas) setiap tahun bagi setiap sekolah. Menjelang tahun 2022, disasarkan seramai 81,000
orang murid berada dalam PAV yang melibatkan 2,700 buah kelas dan 450 buah sekolah.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
6/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
6
Laluan pembelajaran murid PAV dalam Transfromasi Pendidikan Teknikal danVokasional adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah:
Rajah 1: Laluan pembelajaran murid PAV
Murid yang berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan
kerjaya diberi keutamaan dalam pengambilan untuk mengikuti PAV. PAV akan diajar di
peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga 3. Murid akan mendapat Sijil
Pendidikan Asas Vokasional (SPAV) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM,
berserta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1) dan SKM 2 yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dalam tempoh 3 tahun
tersebut. Murid yang tamat PAV ini akan mendapat sekurang-kurangnya SKM 1.
Selepas PAV, murid berpeluang meningkatkan tahap kemahiran di Institut Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) ke peringkat SKM 3 dan
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN), Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Kolej
Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Construction Industry Development Board (CIDB) dan lain-lain
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
7/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
7
institut secara attachment dibawah tanggungjawab KPM. Murid lepasan PAV di akhir Tingkatan
3 juga berpeluang ke Kolej Vokasional. Berbekalkan SPAV dan SKM, murid boleh meneruskan
kerjaya di sektor awam dan swasta.
2. MATLAMAT PAV
Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi
modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi.
3. OBJEKTIF PAV
Objektif PAV secara umumnya adalah untuk mencegah keciciran murid pada peringkat
rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca seperti murid lembam,
murid bermasalah disiplin, murid bermasalah sosio-ekonomi dan sebagainya. Manakala
objektif khusus PAV adalah seperti berikut:
3.1 Menjadi aliran pendidikan pilihan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan murid
berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar hands-on yang
berterusan.
3.2 Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan
kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang dituntut oleh majikan
dan industri.
3.3 Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan
pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.
3.4 Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka kritis,
kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan.
3.5 Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya
niaga.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
8/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
8
4. STRUKTUR KURIKULUM
4.1. Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 3
Struktur kurikulum PAV adalah seperti pada Jadual 2.
BIL. KOMPONEN DIMENSI MODUL
Waktu /Minggu danPeratus Penumpuan
Ting 1 % Ting 2 % Ting 3 %
1 Jati Diri KomunikasiBahasa Malaysia Komunikasi
10 22% 6 14% 6 14%English For Communication
Patriotisme Sejarah 4 9% 2 4% 2 4%
Sahsiah
Pendidikan Islam / Moral 4 9% 3 7% 3 7%
Pendidikan Jasmani &Kesihatan
3 6% 2 4% 2 4%
2 TeknologiVokasional
Teknologi Sains, Matematik dan TMK 4 9% 2 4% 2 4%
3 KemahiranVokasional Vokasional
Asas &Spesifik
Kemahiran dalam bidangTeknikal, Pertanian, EkonomiRumah Tangga, Seni &Kebudayaan, Kraf tangan,Perdagangan dan TMK
PraVokasional
*SKMTahap 1
*SKM Tahap2
20 45% 30 67% 30 67%
4 KemahiranKeusahawanan
Keusahawanan Merentas Kurikulum
Jumlah Waktu Seminggu 45 100 45 100 45 100
*SKM T1 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
*SKM T2 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
Jadual 2: Struktur kurikulum PAV
Kurikulum PAV digubal untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran, kritis,
kreatif dan inovatif melalui persekitaran pembelajaran berorientasikan pengalaman alam
pekerjaan. Empat komponen yang ditekankan adalah Jati Diri, Teknologi Vokasional,
Kemahiran Vokasional Asas dan Spesifik serta Kemahiran Keusahawanan.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
9/31
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
10/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
10
pengkhususan spesifik pekerjaan mengikut standard dan keperluan industri yang ditawarkan di
Tingkatan 2 dan 3. Kemahiran Vokasional Spesifik pula memberi penekanan kepada tiga aspek
penting untuk melahirkan individu yang bersedia memasuki alam pekerjaan, iaitu aspek
kemahiran kebolehkerjaan (employability skills), kemahiran keusahawanan (entrepreneurial
skills) dan kemahiran spesifik pekerjaan (job specific skills) yang bersifat hands-on. Kedua-dua
kemahiran kebolehkerjaan dan keusahawanan juga merupakan kemahiran generik ( soft skills),
yang akan diaplikasikan dengan pembelajaran kemahiran spesifik.
Tiga peringkat Kemahiran Vokasional yang akan diikuti oleh murid ialah:
Tingkatan 1 - Pra Vokasional
Tingkatan 2 - Kemahiran Tahap 1 (SKM Tahap 1)
Tingkatan 3 Kemahiran Tahap 2 (SKM Tahap 2)
4.2. Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 1
Semasa di Tingkatan 1, murid akan mengikuti 45 peratus Domain Vokasional dan 55
peratus Domain Akademik, sementara di Tingkatan 2 dan 3, Domain Vokasional adalah
sebanyak 67 peratus dan 33 peratus bagi Domain Akademik. Jadual 3 menunjukkan senarai
modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional beserta peruntukan waktu seminggu
yang akan disampaikan kepada murid Tingkatan 1.
BIL KOMPONEN DIMENSI MODULWaktu /Minggu
1 Jati Diri KomunikasiBahasa Malaysia Komunikasi
10English For Communication
Patriotisme Sejarah 4
Sahsiah
Pendidikan Islam /Pendidikan Moral
4
Pendidikan JasmaniPendidikan Kesihatan
21
2 TeknologiVokasional
TeknologiTeknologi Vokasional(Sains, Matematik dan TMK)
4
3 KemahiranVokasional
Rujuk Jadual 4
4 KemahiranKeusahawanan
Keusahawanan Merentas kurikulum
Jadual 3: Senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
11/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
11
Komponen Kemahiran Pra Vokasional pula akan disampaikan melalui modul umum dan
modul elektif. Enam modul umum yang berasaskan kepada kemahiran bidang Ekonomi Rumah
Tangga, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknikal serta Pertanian disediakan sebagai
modul Taster untuk murid merasai dan mendapat pendedahan terhadap semua kursus
kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan dalam pasaran. Peruntukan waktu pengajaran dan
pembelajaran adalah sebanyak 20 waktu seminggu di mana setiap modul umum akan
dilaksanakan dalam masa 80 waktu. Ini bermakna, selama 24 minggu pada 6 bulan pertama
persekolahan murid akan mengikuti satu persatu modul umum (480 waktu setahun). Modul
Pengurusan Diri dicadangkan sebagai modul pertama diajar kerana matlamat dan kandungan
modul ini adalah untuk memberi kemahiran mengurus diri kepada murid sebagai asas dan
motivasi mengikuti pembelajaran seterusnya. Jadual 4 menunjukkan senarai enam modul
umum Pra Vokasional yang wa ib dipelajari oleh murid PAV.
Bil. Modul UmumBilangan waktu
P&P / 35 minggu
Waktu /
Minggu
1 Pengurusan Diri 80 20
2 Asas Multimedia 80 20
3 Kerja Asas Pembinaan 80 20
4 Asas Mekanikal 80 20
5 Aplikasi Litar Elektrik 80 20
6 Asas Pertanian 80 20
JUMLAH 480
Jadual 4: Modul umum Pra Vokasional Tingkatan 1
Seterusnya, murid akan mengikuti modul elektif yang ditawarkan di sekolah masing-
masing. Modul Elektif ini juga diajar sebanyak 20 waktu seminggu selama 11 minggu (220
waktu setahun). Ini akan menjadikan jumlah waktu bagi modul Pra Vokasional yang diikuti oleh
murid ialah sebanyak 700 waktu untuk P&P selama 35 minggu.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
12/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
12
Jadual 5: Modul elektif Pra Vokasional Tingkatan 1
Bil.Modul Elektif
(1 modul sahaja)
Bilangan waktu
P&P
Waktu /
Minggu
1 Penyediaan dan PenyajianMakanan
220 20
2 Bakeri 220 20
3 Pakaian dan Jahitan 220 20
4 Seni Kecantikan 220 20
5 Asuhan Kanak-kanak 220 20
6 Animasi dan Visual 220 20
7 Pembuatan Perabot 220 20
8 Pelan Dekoratif 220 20
9 Perpaipan 220 20
10 Pembinaan Bangunan 220 20
11 Seni Reka Tanda 220 20
12 Automotif 220 20
13 Penyejukbekuan danPenyamanan Udara
220 20
14 Kimpalan Arka 220 20
15 Kimpalan Gas 220 20
16 Pendawaian Elektrik 220 20
17 Elektronik Audio Visual 220 20
18 Akuakultur 220 20
19 Tanaman 220 20
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
13/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
13
4.3. Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3
Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3 mengekalkan komponen yang sama, tetapi
berbeza dari aspek waktu pembelajaran yang diperuntukkan. Komponen Jati Diri dan Teknologi
Vokasional dikurangkan waktu P&P seminggu untuk memberi lebih waktu kepada modul
kemahiran Tahap 1 di Tingkatan 2 dan modul Tahap 2 di Tingkatan 3 di mana modul-modul
berkenaan membolehkan murid diberi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas menamatkan
kursus dengan jayanya. Komponen Kemahiran Keusahawanan diajar secara merentas
kurikulum.
Bil. Komponen Dimensi ModulWaktu / Minggu
Ting 2 Ting 3
1 Jati DiriKomunikasi
Bahasa MalaysiaKomunikasi
6 6English ForCommunication
Patriotisme Sejarah 2 2
Sahsiah
Pendidikan Islam /Moral
3 3
Pendidikan Jasmani& Pendidikan
Kesihatan
1 1
Ko Kurikulum(Sukan, PasukanBeruniform danKelab/Persatuan)
1 1
2TeknologiVokasional
TeknologiTeknologi Vokasional(Sains, Matematikdan TMK)
2 2
3 KemahiranVokasional VokasionalSpesifik
Kemahiran dalambidang Teknikal,Pertanian, EkonomiRumah Tangga, Seni
& Kebudayaan,Kraftangan,Perdagangan danTMK (Modul merujukkepada NOSS)
*SKMTahap 1
*SKMTahap 2
30 30
4KemahiranKeusahawanan
Keusahawanan Merentas Kurikulum
Jumlah Waktu Seminggu 45 45
Jadual 6: Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
14/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
14
4.4. Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Murid PAV boleh menamatkan modul Tahap 1 SKM atau 2 SKM semasa di Tingkatan 2
atau sepanjang Tingkatan 2 hingga Tingkatan 3. Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2
hingga 3 yang ditawarkan di sekolah masing-masing berdasarkan kepada Bengkel
MPV sedia ada adalah di tunjukkan seperti pada Jadual 7 di bawah:
Bil. Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Bengkel MPV
Pra Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Modul Umum Modul Elektif
1.
1. PengurusanDiri
2. AsasMultimedia
3. Kerja AsasPembinaan
4. AsasMekanikal
5. Aplikasi LitarElektrik
6. AsasPertanian
PenyediaandanPenyajianMakanan
L-041-1 PembantuPenyedia Makanan
L-041-2 PenyediaMakanan
Katering danPenyajian
2. Bakeri L-100-1 PembantuPenyedia Roti
L-100-2 PenyediaRoti
PemprosesanMakanan
3. Pakaian danJahitan
K-012-1 PembuatPakaian Wanita
K-012-2 PembuatPakaian WanitaKanan
Rekaan danJahitan Pakaian
4. SeniKecantikan
MP-060-1Jurukecantikan
MP-060-2Juruestetik
Penjagaan Mukadan DandananRambut
5. AsuhanKanak-kanak
MP-010-2 PenjagaKanak-kanak
CC-010-2 PenjagaPusat Jagaan
Kanak-kanak
Asuhan danPendidikan Awal
Kanak-KanakGerontologi Asasdan PerkhidmatanGeriatrik
6. Animasi danVisual
IT-050-2 ArtisMultimedia Visual
IT-040-2 ArtisMultimedia
Animator
ProduksiMultimedia
GrafikBerkomputer
7. PembuatanPerabot
RB-050-1 PembuatPerabot
RB-050-2 PembuatPerabot Kanan
Membuat Perabot
8. PelanDekoratif
ID-040-1 PerekaDalaman Rendah
ID-040-2 PerekaDalaman
Hiasan DalamanAsas
9. Perpaipan B-020-1 JurukerjaPaip
B-020-2 JurukerjaPaip
Kerja PaipDomestik
10. PembinaanBangunan
B-010-1 JurubinaBangunan
B-010-2 JurubinaBangunan
PembinaanDomestik
11. Seni RekaTanda
H-312-2 JuruteknikRekabentuk ProdukIndustri
H-312-2 JuruteknikRekabentuk ProdukIndustri
Seni Reka Tanda
12. Automotif P-119-1 JuruteknikAutomotif
TP-300-2JuruteknikKenderaan Motor
MenservisAutomobil
13. P-118-1 JuruteknikMotosikal
P-118-2 JuruteknikMotosikalKanan
MenservisMotosikal
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
15/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
15
Bil. Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Bengkel MPV
14. Penyejukbekuan danPenyamananUdara
C-010-1 MekanikPenyejukbekuan danPenyamanan Udara -Domestik
C-010-2 MekanikPenyejukbekuandan PenyamananUdara - Domestik
MenservisPeralatanPenyejukan danPenyamananUdara
15. KimpalanArka
H-024-1 JurukimpalArka LogamBerperisai - KeluliKarbon
H-024-2 JurukimpalArka LogamBerperisai (KeluliKarbon & KeluliTahan Karat)
Kimpalan Arkadan Gas
16. KimpalanGas
H-022-1 JurukimpalGas
H-022-2Jurukimpal Gas
Kimpalan Arkadan Gas
17. PendawaianElektrik
C-051-1 JuruteknikElektrik Rendah
C-051-2JuruteknikElektrik
PendawaianDomestik
18. ElektronikAudio Visual
EE-010-1 JuruteknikRendah Elektronik
Audio Visual
EE-010-2JuruteknikElektronik AudioVisual
MenservisPeralatan ElektrikDomestik
19. Akuakultur AF-031-1 Operator Akuakultur
AF-031-2Juruteknik Rendah
Akuakultur
Akuakultur danHaiwan Rekreasi
Landskap danNurseri
20. Tanaman Y-050-1 Pekerja AmTanaman
AF-010-2JuruteknikTanaman
TanamanMakanan
Jadual 7: Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3
Maklumat lanjut berkaitan SKM dan NOSS boleh merujuk kepada buku Daftar Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
4.5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Kurikulum PAV menawarkan pendekatan pedagogi berkonsep kurang mengajar,
belajar lebih (t eac h l es s , l ea rn m o r e ), dan pembelajaran melalui pengalaman.
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan
pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus
maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
Pendekatan modular berasaskan kompetensi
Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, berasaskan tugasan dan aktiviti
Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
16/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
16
Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
Pembelajaran Masteri
Integrasi teknologi ICT merentas kurikulum
Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
Lawatan industri
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
17/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
17
5. PENTAKSIRAN PAV
5.1. Bentuk Pentaksiran PAV
Jadual 8 menunjukkan bentuk pentaksiran PAV yang merangkumi peringkat
persekolahan, bidang pembelajaran, bentuk pentaksiran, wajaran, pelaporan dan
pensijilan.
PeringkatPersekolahan
Bidang Pembelajaran BentukPentaksiran
Wajaran Pelaporandan
Pensijilan
Tingkatan 1
Akademik Pentaksiran
BerasaskanSekolah (PBS)
100 %
PelaporanDeskriptif
Vokasional
Aktiviti jasmani,
kesihatan, sukan,
kokurikulum dan
ekstrakurikulum
Pentaksiran AktivitiJasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK)
Minat, Bakat danKecenderungan
PentaksiranPsikometrik
Tingkatan 2
Akademik PentaksiranBerasaskan
Sekolah (PBS)
100 %PelaporanDeskriptif
SKM Tahap1
Vokasional
Aktiviti jasmani,
kesihatan, sukan,
kokurikulum dan
ekstrakurikulum
Pentaksiran AktivitiJasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK)
Tingkatan 3
Akademik PentaksiranBerasaskan
Sekolah (PBS)
100 %
PelaporanDeskriptif
SKM Tahap2 danPelaporanTamatMenengahRendah(PAV)
Vokasional
Pentaksiran
BerasaskanSekolah (PBS)
Aktiviti jasmani,
kesihatan, sukan,
kokurikulum dan
ekstrakurikulum
Pentaksiran AktivitiJasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK)
Jadual 8: Bentuk pentaksiran PAV
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
18/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
18
5.2. Bentuk Pentaksiran Berasaskan Standard Kompetensi Vokasional (PBSKV) dan
Pentaksiran Berasaskan Standard Prestasi Akademik (PBSPA)
Pelaksanaan PAV bermatlamatkan pembentukan modal insan yang boleh bekerja dan
berkelayakan dan diiktiraf memiliki kemahiran kebolehkerjaan, kemahiran teknik,
kemahiran keusahawanan, jati diri dan sahsiah. Oleh yang demikian, pentaksiran bagi
PAV akan menggunakan empat kaedah pentaksiran yang terdiri daripada:
5.2.1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.2.1.1. Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran yang dirancang, dibina, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
merujuk garis panduan, kurikulum dan standard prestasi akademik / standard
komponen vokasional.
5.2.1.2. Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah
oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
5.2.1.3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan
dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti
jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti
ekstrakurikulum.
5.2.1.4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/ atau pusat untuk
mengukur kebolehan (innate ability) dan pengalaman ( acquired ability),
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan,
sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan
proses pengajaran dan pembelajaran
5.3. Ciri Pentaksiran
Pentaksiran Berasaskan Standard Kompetensi Vokasional dan Standard Prestasi
Akademik mempunyai ciri holistik, merujuk standard, berorientasikan pembinaan
kapasiti, fleksibel, seimbang, penjaminan kualiti dan berterusan.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
19/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
19
5.4. Pengurusan Pentaksiran dan E v id e n c e
5.4.1. Fail Pengurusan Pentaksiran
Fail Pengurusan Pentaksiran hendaklah dikemas kini, disimpan dan disemak
oleh pihak yang diberi kuasa memeriksa. Fail hendaklah disimpan dengan
selamat dan sentiasa mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa.
5.4.2. E v id e n c e
Evidence merupakan bukti kepada pelaksanaan pentaksiran. Evidence
hendaklah ditunjukkan kepada pihak yang diberi kuasa dan disimpan di tempat
yang selamat selama diperlukan untuk tujuan pembuktian.
6. PROGRAM UJI RINTIS
Uji rintis sesuatu dokumen standard kurikulum merupakan antara tindakan yang perlu
dilaksanakan di sekolah-sekolah tertentu bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas
kebolehlaksanaan kurikulum berkenaan dan diikuti dengan tindakan penambahbaikan
sebelum penyebaran untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Surat Siaran
telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 24 Oktober 2011
memaklumkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri mengenai pelaksanaan ProjekRintis PAV di sekolah menengah yang terpilih. Kandungan surat siaran ini juga menekankan
bahawa pelaksanaan Projek Rintis PAV adalah menjadi tanggungjawab semua pihak
bermula dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Pengetua Sekolah
berkenaan.
6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV
Uji rintis ini dijalankan untuk melihat perkara berikut:
6.1.1 Kesesuaian kandungan kurikulum PAV6.1.2 Kesesuaian bahasa yang digunakan
6.1.3 Kefahaman terhadap isi kandungan
6.1.4 Penerimaan murid
6.1.5 Persediaan sekolah
6.1.6 Keberkesanan jadual waktu PAV
6.1.7 Kesesuaian peralatan dan prasarana
6.1.8 Kesesuaian norma guru PAV
6.1.9 Mengesan kekurangan dan kelebihan pelaksanaan
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
20/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
20
6.1.10Menilai pelaksanaan kurikulum PAV
6.1.11Menambahbaik pelaksanaan kurikulum PAV
6.1.12Mengenalpasti kompetensi guru dan murid
6.1.13Menilai keberkesanan kursus/latihan guru
6.1.14Menilai keberkesanan PBS
6.1.15Menilai keberkesanan JU membimbing guru
6.1.16Menilai keberkesanan modul pembelajaran PAV
6.1.17Mendapatkan maklum balas murid, ibubapa, guru dan pentadbir
6.1.18Mengumpul dan menyelesaikan masalah yang timbul
6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis
6.2.1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berkenaan mempunyai kemudahan
prasarana Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
6.2.2 Mempunyai peralatan dan bengkel yang hampir menyamai keperluan
pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.
6.2.3 Sebuah sekolah dipilih pada setiap negeri menjadikan jumlah sebanyak 15 SMK
sahaja.
6.2.4 SMK terpilih adalah mewakili Bandar dan Luar Bandar
6.2.5 SMK terpilih hanya memerlukan penambahan peralatan dan naik taraf fizikal
bengkel/makmal/ladang yang minimum
6.2.6 SMK menerima murid Sekolah Kebangsaan (SK) yang mempunyai pencapaian
tahap UPSR yang minima.
6.2.7 Dapatan Kajian Pemetaan di antara Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) dengan Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (National Occupational Skills Standard - NOSS), Kementerian
Sumber Manusia menunjukkan terdapat persamaan yang signifikan antara ke
dua-dua dokumen berkenaan dari aspek kandungan (sila rujuk Lampiran A).
6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV
Sila rujuk Lampiran B
6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV
6.4.1 Guru PAV perlu mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang yang diajar dan
memiliki opsyen yang berkaitan. Guru bukan opsyen perlu mengikuti latihan
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
21/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
21
intensif khususnya berkaitan pengetahuan dan kemahiran vokasional. Pengetua
boleh mempertimbangkan kelayakan guru berdasarkan keperluan kelas PAV.
Guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah diberi keutamaan untuk terlibat
dengan rintis PAV Tingkatan 1. Guru MPV uga perlu mengikuti kursus orientasi
kurikulum PAV Tingkatan 1 dan boleh terlibat dengan program rintis. Untuk
pelaksananaan PAV seterusnya, Guru KHB boleh dipertimbangkan untuk
mengajar murid Tingkatan 1 sementara guru MPV dipertimbangkan untuk
mengajar murid Tingkatan 2 hingga 3.
6.4.2 Guru perlu komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
6.4.3 Norma guru setiap satu kelas PAV adalah seperti berikut:
a. Norma guru mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik,
bidang kemanusiaan adalah berdasarkan norma guru semasa yang sedang
berkuatkuasa.
b. Norma guru mata pelajaran bidang teknik dan vokasional juga berdasarkan
norma guru semasa yang sedang berkuatkuasa.
6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV
Pemilihan murid PAV dalam pelaksanaan rintis PAV adalah melalui 4 (empat) kriteria
yang ditetapkan iaitu:
6.5.1 Pencapaian UPSR;. Murid yang dipilih memperoleh pencapaian rendah UPSR.
Keutamaan diberikan kepada murid berpotensi memilih bidang kemahiran
sebagai pilihan pendidikan. Murid Masalah Pembelajaran (Learning Disability)
tidak digalakkan memilih PAV.
6.5.2 Proses kaunseling; Murid PAV diberi bimbingan oleh kaunselor pada awal
Tingkatan 1 mengenai halatuju pembelajaran PAV khususnya pemilihan mata
pelajaran pra-vokasional dan persijilan kemahiran.
6.5.3 Persetujuan ibu bapa/penjaga; Pentadbir sekolah mengadakan sesi taklimat
bagi mendapat persetujuan ibubapa/penjaga manakala beberapa aspek perlu
diambilkira dalam memberi panduan tentang potensi anak mereka dan
kesesuaian dalam bidang yang dipilih.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
22/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
22
6.5.4 Pentaksiran psikometrik. Pentaksiran psikometrik dilaksanakan bagi tujuan
saringan serta mengenalpasti kecenderungan, minat, bakat, cara pembelajaran,
aptitud dan kebolehan literasi numerasi.
6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid
Pengurusan kelas murid PAV adalah seperti berikut:
6.6.1 Pengambilan murid di dalam setiap kelas adalah 30 orang murid.
6.6.2 Bagi mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik, bidang
kemanusiaan selain bidang kemahiran, kelas PAV tidak boleh digabungkan
dengan kelas lain dalam aliran arus perdana.
6.6.3 Pentadbir sekolah melantik guru tingkatan untuk menguruskan pentadbiran
kelas.
6.6.4 Kaunselor bertanggungjawab menganalisis perkembangan murid dan memberi
maklumbalas kepada guru mata pelajaran PAV.
6.6.5 Cadangan pelaksanaan modul Pra Vokasional Tingkatan 1 adalah seperti
berikut:
6.6.5.1 Modul Umum diajar oleh guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu (KHB)
6.6.5.2 Modul Elektif diajar oleh guru sedia ada yang mengajar Mata Pelajaran
Vokasional (MPV)
7. PERANAN AGENSI BERKAITAN
Bagi tujuan Rintis PAV sahaja, berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-pihak
yang terlibat dalam melaksanakan program berkenaan:
7.1 Agensi Pusat KPM
7.1.1 Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV)
a. Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain KPM untuk
menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan kepada pihak atasan.
b. Mengedarkan surat dan memo siaran berkaitan pelaksanaan PAV.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
23/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
23
c. Melaksanakan kursus orientasi kurikulum kepada guru yang mengajar mata
pelajaran akademik dan vokasional untuk tujuan peningkatan, kelayakan
kemahiran dan laluan kerjaya guru khusus untuk PAV.
d. Melatih dan meningkatkan kompetensi Pembantu Am (PAV).
e. Menyebarkan maklumat kepada semua pihak berkepentingan (stake
holders) di KPM melalui taklimat pelaksanaan.
f. Melaksanakan jerayawara out reach kepada masyarakat umum
g. Menyediakan prasarana bengkel dan makmal di sekolah mengikut
keperluan kurikulum.
h. Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai pelaksanaan rintis
PAV.
i. Bertanggungjawab mengeluarkan surat siaran yang ditandatangani oleh
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada Pengarah JPN berkaitan
pelaksanaan rintis PAV.
7.1.2 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
a. Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard kurikulum kepada
semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum PAV.
b. Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (P & P) program
rintis.
c. Menjalankan taklimat uji rintis kepada pentadbir sekolah yang terlibat.
d. Menyediakan Jurulatih Utama Kurikulum PAV (JUK) dan menjalankan kursus
orientasi kurikulum dan modul P&P kepada pentadbir dan guru yang terlibat
dengan program rintis.
e. Memantau, menilai dan menyediakan laporan uji rintis kurikulum PAV
merangkumi perkara-perkara berikut:
Tujuan/Objektif
Latar belakang
Dapatan
Kesimpulan
f. Membentangkan laporan uji rintis dalam mesyuarat yang dipengerusikan
oleh Pengarah/Timbalan Pengarah.
g. Memurnikan dokumen standard kurikulum mengikut keputusan atau
arahan Pengarah/Timbalan Pengarah.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
24/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
24
h. Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum PAV.
7.1.3 Lembaga Peperiksaan (LP)
a. Membangun dan menyebarluaskan dokumen berkaitan pentaksiran untuk
kegunaan guru dan murid PAV.
b. Menjalankan sesi kursus/bengkel/mesyuarat untuk memaklumkan
pengurusan pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru.
c. Memantau, menilai dan menyediakan laporan pelaksanaan rintis PAV dari
aspek pentaksiran Tingkatan 1.
7.1.4 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
a. Mengkaji dan menyediakan norma guru PAV
b. Mengkaji dan menyediakan norma Pembantu Am (PAV)
7.1.5 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
a. Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan PAV mengikut norma
yang sedang berkuatkuasa.
b. Menstruktur tadbir urus sekolah dengan mewujudkan jawatan koordinator
PAV.
c. Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV
7.1.6 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
a. Melatih guru PAV untuk mendapatkan sijil SKM yang bersesuaian.
b. Melatih guru PAV untuk peningkatan kemahiran yang bersesuaian
c. Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru PAV dan Pembantu Am
(PAV).
7.1.7 Bahagian Lain KPM
a. Memberi maklumbalas pelaksanaan rintis PAV kepada semua bahagian KPM
yang terlibat dengan PAV
b. Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
25/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
25
7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
7.2.1 Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang menguruskan
guru dan pelajar manakala di Sektor Pengurusan Akademik yang menguruskan
mata pelajaran sebagai pemudahcara pelaksanaan rintis PAV
7.2.2 Menjelaskan maksud surat siaran berkaitan pelaksanaan rintis PAV kepada
sekolah yang terlibat melalui taklimat/bengkel/mesyuarat.
7.2.3 Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV menggunakan instrumen yang
disediakan.
7.2.4 Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil
tindakan susulan dengan kadar sesuai.
7.2.5 Memberi maklumbalas pelaksanaan rintis PAV kepada semua bahagian KPM
yang terlibat dengan PAV.
7.3 Sekolah
7.3.1 Pengetua
a. Memastikan program rintis dilaksanakan di sekolah berdasarkan pekeliling
dan surat siaran yang sedang berkuatkuasa.
b. Memastikan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan.
c. Mempromosikan PAV melalui taklimat kepada ibu bapa/penjaga, murid dan
masyarakat.
d. Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
disediakan dan berfungsi.
e. Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid, pelaksanaan
modul dan pentaksiran PAV.
f. Menyediakan adual waktu persekolahan untuk pelaksanaan rintis PAV
(Lampiran C).
g. Menentukan tugas Pembantu Am (PAV) membantu di bengkel/
makmal/ladang bagi membantu guru melaksanakan tugas bukan
pengajaran.
h. Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil
tindakan susulan dengan kadar sesuai.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
26/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
26
i. Memberi maklumbalas pelaksanaan rintis PAV kepada PPD/JPN/bahagian
KPM yang terlibat.
j. Mendaftarkan sekolah sebagai pusat bertauliah SKM
k. Mempunyai kelayakan sebagai pengurus pusat bertauliah
l. Memastikan guru berkelayakan sebagai tenaga pengajar SKM
7.3.2 Gurua. Memastikan menerima dokumen standard kurikulum dan modul berkaitan
PAV.
b. Menyampaikan pengajaran berdasarkan kandungan dokumen standard
kurikulum.c. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dokumen pentaksiran.
d. Mendokumentasikan dokumen pengajaran dan pembelajaran serta
pentaksiran PAV dan menyimpan di tempat yang selamat.
e. Menghadiri kursus/bengkel/mesyuarat yang dianjurkan oleh mana-mana
bahagian KPM dari semasa ke semasa.
f. Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan pelaksanaan
PAV.
g. Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul PAVh. Memastikan peralatan mencukupi dan boleh digunakan untuk pengajaran
dan pembelajaran.
i. Mengikuti kursus kelayakan sebagai pengajar SKM bertauliah.
7.3.3 Pembantu Am (PAV)
a. Mengurus peralatan, bahan, kebersihan dan mengawasi keselamatan di bengkel.
b. Menyusunatur peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
c. Menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan pembelajaran.d. Melaksanakan verifikasi inventori peralatan dan bahan di
bengkel/makmal/ladang.
e. Membantu guru bagi memastikan bengkel kondusif dan selamat digunakan.
f. Menjalankan kerja penyelenggaraan peralatan secara berkala.
g. Memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.
h. Menghadiri latihan disediakan KPM supaya mempunyai kemahiran untuk
berkhidmat di sekolah yang menawarkan PAV.
i. Melaksanakan tugas yang di arahkan dari semasa ke semasa.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
27/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
27
8 KEWANGAN
Peruntukan kewangan disediakan berdasarkan keperluan berikut:
8.1 Peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan dan baikpulih
peralatan/bengkel/makmal/ladang adalah berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus
(ABM) tahun semasa.
8.2 Geran Per Kapita (Per Capita Grant) mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan
matematik, bidang kemanusiaan, teknik dan vokasional adalah berdasarkan pekeliling
PCG yang sedang berkuatkuasa. Maklumat terkini PCG mata pelajaran bagi tujuan rintis
boleh diperolehi dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).
9 DOKUMEN RINTIS PAV
9.1 Dokumen Standard Kurikulum mengandungi Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran boleh diperolehi dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.
9.2 Modul pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard Kandungan
boleh diperolehi dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.
9.3 Modul pentaksiran mengandungi Standard Prestasi dan Standard Kompetensi boleh
diperolehi dari Lembaga Peperiksaan (LP), KPM.
9.4 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV boleh diperolehi dari Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), KPM.
9.5 Instrumen pemantauan rintis PAV untuk mengenalpasti keperluan penambahbaikan
pelaksanaan rintis boleh diperolehi dari BPK, KPM.
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
28/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
28
Lampiran A
BIL. KOD MATA PELAJARAN MPV PERATUSPERSAMAANMPV - NOSS
TAHAP 1/2
NOSS
1. RJP Rekaan dan Jahitan Pakaian 100% K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita
2. MM Menservis Motosikal 96% P-118-1 Juruteknik Motosikal
3. MP Membuat Perabot 87% RB-050-1 Pembuat Perabot
4. TM Tanaman Makanan 81% Y-050-1 Pekerja Ladang Pertanian
5. AHRAkuakultur dan HaiwanRekreasi
81%AF-030-2 Juruteknik Rendah
Akuakultur
6. MPPPUMenservis PeralatanPenyejukan dan PenyamanUdara
76%C-010-1 Mekanik Penyejukbekuandan Penyamanan Udara-Domestik
7. PM Produksi Multimedia 68%
D-090-2 Artis Multimedia VideoD-100-2 Artis Multimedia AudioIT-040-2 Artis Multimedia
AnimatorIT-050-2 Artis Multimedia Visual
8. KP Katering dan Penyajian 67%HT-010-1 PramusajiL-041-1 Pembantu PenyediaMakanan
9. Pen.D Pendawaian Domestik 58%C-051-1 Juruteknik ElektrikRendah
10. HAD Hiasan Dalaman Asas 58% ID-040-1 Pereka Dalaman Rendah
11. MA Menservis Automobil 58% P-119-1 Juruteknik Automotif
12. Pem.M Pemprosesan Makanan 53%Y-040-1 Operator PengeluaranPemprosesan Makanan
13. PMDRPenjagaan Muka DanDandanan Rambut
49% N-011-1 Jurukecantikan
14. KAG Kimpalan Arka dan Gas 43%H-024-1 Jurukimpal Arka LogamBerperisai (Keluli Karbon)
15. KPD Kerja Paip Domestik 37% B-020-1,Jurukerja Paip
16. PD Pembinaan Domestik 32% B-010-1 Jurubina Bangunan
17. LN Landskap dan Nurseri 29% LE-010-1 Landscape Attendant
18. MPEDMenservis Peralatan ElektrikDomestik
10%EE-010-1 Electronic Audio VisualJunior Technician
19. APAKAsuhan Dan Pendidikan
Awal Kanak-KanakTiada kajian
pemetaanTidak Berkenaan
20. GAPGGerontologi Asas danPerkhidmatan Geriatrik
Tiada kajianpemetaan
Tidak Berkenaan
21. GB Grafik Berkomputer Tiada kajian
pemetaanTidak Berkenaan
22. SRT Seni Reka TandaTiada kajian
pemetaanTidak Berkenaan
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
29/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
29
Lampiran BSENARAI SEKOLAH RINTIS PAV
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
30/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
30
Lampiran CCONTOH JADUAL WAKTU PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
TINGKATAN 1
HARI/MASA
7.30-8.10
8.10-8.50
8.50-9.30
9.30-10.10
10.10-
10.30
10.30-11.10
11.10-11.50
11.10-12.30
12.30-1.10
1.10-1.50
1.50-2.30
Isnin PerhimpunanBahasa Malaysia
Komunikasi
Sejarah RPra Vokasional Pend Islam/Moral
Selasa PJ
PendIslam/Moral
English forCommunication
E Pra Vokasional Teknologi Vokasional
Rabu PJPendIslam/Moral
Bahasa MalaysiaKomunikasi
HPra Vokasional
Sejarah
Khamis Teknologi VokasionalBM
Komunikasi PK AEnglish for
ComcationPra Vokasional
Jumaat Pra Vokasional TSejarah English for
Communication
1 Waktu P & P = 40 min
Waktu Rehat = 20 minJumlah waktu/minggu = 45 waktu
Jumlah minggu P & P/setahun = 35 minggu
MODUL UMUM DAN ELEKTIF (Pra okasional) - 20 waktu/minggu
Bahasa Malaysia Komunikasi - 5 waktu/minggu
English for Communication - 5 waktu/minggu PJ - 2 waktu/mingguSejarah - 4 waktu/minggu PK - 1 waktu/mingguPend Islam/Moral - 4 waktu/minggu Teknologi Vokasional - 4 waktu/minggu
-
7/29/2019 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Gold Course Klang Nov 2011 3
31/31
Panduan Pelaksanaan Rintis PAV Tahun 2012DRAF November 2011
31
PENGHARGAAN
Bil Nama Ibu Pejabat
1. En. Anuar bin Mohd. Som
(Penyelaras)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
2. Tn. Hj. Khidzir bin Ahmad
En. Mohd. Rosdi bin Ismail
En. Khairuddin bin Khalid
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Aras 56, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya3. Tn. Hj Ramli bin Dollah
En. Zamri bin Zakaria
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Jalan Doktor
15000 Kota Bahru, Kelantan
4. En. Azmi bin Mohamad
En. Shahnun Azli bin Shamsudin
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3e, Seksyen 4,
40604 Shah Alam, Selangor
5. En. Yaakob bin Zaidin
En. Mustafa Kamal bin Abd. Halim
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan, Pahang
6. Pn. Norlaila binti Harun Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
Jalan Tun Abd Razak01990 Kangar, Perlis
7. En. Sujak bin Maskan
Tn. Hj. Esa bin Ahmad
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru, Johor
8. En. Shahrin bin Mohd. Yasin Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Jalan Dato Hamzah
70990 Seremban, Negeri Sembilan
Sebarang maklumbalas berkaitan dokumen ini, sila kemukakan terus kepada:
Sektor Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Bahagian Pembangunan KurikulumAras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Wilayah Persekutuan PutrajayaTel. : +603 8884 2000Faks : +603 8884 9917Emel: [email protected]
Hakcipta Terpelihara 2011