panduan penandaarasan - …srikemuningindah.orgfree.com/penandaarasan.pdf · untuk guru-guru...
TRANSCRIPT
PANDUAN PENANDAARASAN oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek
Penandaarasan adalah satu proses penambahbaikan di mana sesebuah organisasi membandingkan prestasinya dengan organisasi yang terbaik dalam kelasnya, menentukan bagaimana organisasi berkenaan mencapai tahap prestasi mereka, dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan prestasi sendiri: subjek yang boleh ditanda aras merangkumi strategi, produk / program / perkhidmatan, operasi, proses dan prosedur. (Pinellas County Schools, 1994, ms.2)
Metodologi Penandaarasan Menjawab Soalan Berikut:
Apakah yang anda lakukan? Bagaimanakah anda melakukannya? Bagaimanakah baiknya anda melakukannya? Mengapakah kita mendapat keputusan kita?
Apakah yang mereka lakukan? Bagaimanakah mereka melakukannya? Bagaimanakah baiknya mereka melakukannya? Mengapakah mereka mendapat keputusan mereka? (Apakah keadaan dan pemboleh?)
Proses Penandaarasan Terdiri Daripada Komponen Berikut: 1. Rancang kajian anda: Kenal pasti apakah yang ingin dibuat penandaarasan dan pilih
pasukan anda (jika perlu).
2. Kaji dan dokumenkan amalan anda sendiri, masalah dan ukuran kejayaan.
3. Kenal pasti amalan terbaik dan jalinkan rakan kongsi penandaarasan anda.
4. Bangunkan soal selidik, proses kajian dan dokumenkan amalan terbaik rakan kongsi anda.
5. Analisis maklumat: jurang antara anda dan rakan kongsi anda, pengupaya, idea terbaik
untuk ditimbulkan daripada kajian.
6. Membangunkan cadangan bagi menyesuaikan pembelajaran dengan sekolah anda dan sampaikan dapatan anda secara meluas.
7. Melaksanakan cadangan dan memantau kemajuan.
(Sue Tucker, 1996)
1
PROJEK PENANDAARASAN
ISU 1
SEKOLAH ANDA SEKOLAH PENANDAARASAN
Apakah yang anda (sekolah) lakukan? Bagaimanakah anda (sekolah) melakukannya? Bagaimanakah baiknya anda (sekolah) melakukannya? Mengapakah anda (sekolah) mendapat keputusan anda sekolah)?
Apakah yang mereka lakukan? Bagaimanakah mereka melakukannya? Bagaimanakah baiknya mereka melakukannya? Mengapakah mereka mendapat keputusan mereka? (Apakah keadaan dan pemboleh?)
Soalan-soalan Asas Penandaarasan [Bagi mendapatkan maklumat, semasa temu bual dengan Pengetua / Guru Besar atau guru-guru serta kakitangan yang lain; Merujuk kepada amalan yang dilihat.]
1. Secara ringkas terangkan sejarah amalan ini di sekolah anda. Apakah keputusan yang
paling penting, motivasi dan peristiwa penting yang membawa kepada amalan sekarang?
2. Apakah kriteria yang anda gunakan bagi mendefinisikan kecemerlangan dalam amalan
ini? Bagaimanakah anda mengukur kualiti hasil (pencapaian) dan kemajuan bidang ini? 3. Terangkan langkah-langkah dan komponen amalan anda sekarang, termasuklah
mereka yang terlibat, polisi, prosedur, bahan dan peralatan yang terlibat. 4. Bagaimanakah maklumat dan latihan tentang amalan berkenaan sampai kepada semua
pemegang taruh dalam sekolah? 5. Berapakah banyak dan apakah jenis latihan yang anda sediakan untuk guru atau
kakitangan yang pelbagai terlibat dalam proses ini? 6. Apakah halangan terbesar bagi melaksanakan amalan ini dan bagaimana anda
mengatasinya? 7. Bagaimanakah anda mengendalikan kos dan mengagihkan sumber? 8. Apakah langkah dan tindakan yang membawa anda pulangan yang baik dalam
penambahbaikan prestasi?
2
Contoh Topik Penandaarasan
Perancangan Strategik
Pengurusan dan belanjawan
Inisiatif sekolah terhadap kerja
Implementasi pengurusan kualiti
Teknologi diguna bagi menambahbaik pembelajaran Operasi
Penjadualan harian dan tahunan sekolah
Perkhidmatan sajian makanan kantin asrama dan sekolah Program dan Perkhidmatan
Pembacaan, matematik, sains dll.
Kurikulum, pengajaran dan pembelajaran
Program pencegahan salah laku disiplin
Pembangunan profesional dan kaitan dengan penambahbaikan matlamat
Pendidikan dwibahasa Proses dan Prosedur
Pengajaran berpasukan
Inclusion
Penilaian portfolio
Proses mendisiplin
Garis Panduan Laporan Memperkenalkan pasukan (jika secara berpasukan) Terangkan rasional isu yang dipilih bagi melaksanakan penandaarasan. Persembahkan gambaran situasi semasa menggunakan data yang dipungut, carta anda proses dan analsis punca sebab. Jelaskan mengapa anda memilih sekolah atau organisasi tertentu bagi dibuat penandaarasan. Ringkaskan soalan kajian dan jawapan anda. Persembahkan cadangan anda.
Koleksi: Abdul Razak bin Alias, 2015 ([email protected])
3
LAMPIRAN 1
CONTOH: PEMERHATIAN TERHADAP AMALAN KEPIMPINAN SEKOLAH (KEPIMPINAN ISTRUKSIONAL)
SS: Sekolah Sendiri; SP: Sekolah Penandaarasan
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
K1 MERANGKA MATLAMAT SEKOLAH 1. Membangunkan set matlamat tahunan
sekolah yang berfokus. 2. Merangkakan matlamat sekolah dalam
bidang tugas tanggungjawab kakitangan untuk memenuhinya.
3. Menggunakan analisis keperluan atau
kaedah formal dan tidak formal lain untuk mendapatkan input kakitangan bagi pembangunan matlamat.
4. Menggunakan data prestasi murid apabila
membangunkan matlamat akademik sekolah.
5. Membangunkan matlamat yang mudah
difahami dan digunakan oleh kakitangan di sekolah.
SS: SP:
K2 MENYAMPAIKAN MATLAMAT SEKOLAH 6. Menyampaikan misi sekolah secara
berkesan kepada ahli komuniti sekolah. 7. Membincangkan matlamat sekolah dengan
guru-guru di mesyuarat. 8. Merujuk kepada matlamat sekolah apabila
membuat keputusan berkaitan kurikulum bersama-sama guru.
9. Memastikan matlamat sekolah dapat
dilihat dengan amat jelas di sekolah (misalnya, poster atau papan buletin yang menekankan kemajuan akademik).
4
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
10. Merujuk kepada matlamat atau misi
sekolah semasa forum dengan murid (contohnya, dalam perhimpunan atau perbincangan).
K3 MENYELIA DAN MENILAI PENGAJARAN 11. Memastikan keutamaan terhadap kelas
oleh guru adalah konsisten dengan matlamat dan hala tuju sekolah
12. Mengkaji hasil kerja murid apabila menilai
pengajaran bilik darjah. 13. Menjalankan pencerapan formal di dalam
bilik darjah secara tetap (pencerapan tidak formal adalah tidak berjadual, berlaku sekurang-kurangnya 5 minit, dan mungkin atau mungkin tidak, melibatkan maklum balas bertulis atau perbincangan rasmi).
14. Menunjukkan kekuatan amalan pengajaran
guru semasa maklum balas pasca pemerhatian (contohnya, semasa perbincangan atau penilaian secara bertulis)
15. Menunjukkan kelemahan amalan
pengajaran guru semasa maklum balas pasca pemerhatian (contohnya, semasa perbincangan atau penilaian secara bertulis).
K4 MENYELARAS KURIKULUM 16. Memastikan secara jelas, siapa orang
yang bertanggungjawab untuk menyelaras kurikulum seluruh tahap / tahun / tingkatan (contohnya, pengetua, penolong kanan, atau pemimpin guru yang lain).
17. Mempergunakan keputusan penilaian
sekolah secara menyeluruh apabila membuat keputusan berkaitan kurikulum.
5
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
18. Memantau perjalanan kurikulum di bilik
darjah untuk melihat sama ada ianya merangkumi objektif kurikulum sekolah.
19. Menilai pertindihan antara objektif
kurikulum sekolah dan ujian pencapaian sekolah.
20. Mengambil bahagian secara aktif dalam
kajian semula bahan-bahan kurikulum.
K5 MEMANTAU KEMAJUAN MURID 21. Bertemu dengan guru secara individu
untuk membincangkan kemajuan murid. 22. Berbincang keputusan prestasi akademik
dengan guru-guru untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kurikulum.
23. Menggunakan ujian dan ukuran prestasi
yang lain untuk menilai kemajuan matlamat sekolah.
24. Memaklumkan kepada guru tentang
keputusan prestasi sekolah dalam bentuk bertulis (contohnya, dalam memo atau surat berita).
25. Memaklumkan kepada murid tentang
kemajuan akademik sekolah.
K6 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL 26. Menghadkan gangguan pengumuman
pada masa pengajaran. 27. Memastikan murid tidak dipanggil ke
pejabat semasa pengajaran. 28. Memastikan murid terlambat dan ponteng
menerima kembali pengajaran dan pembelajaran untuk setiap masa yang hilang.
6
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
29. Menggalakkan guru-guru menggunakan
masa pengajaran untuk mengajar dan mengamalkan kemahiran dan konsep baru.
30. Hadkan gangguan aktiviti tambahan dan
kokurikulum pada masa pengajaran
K7 MENGEKALKAN KETERLIHATAN YANG TINGGI 31. Mengambil peluang untuk bercakap secara
formal dengan murid dan guru semasa rehat.
32. Melawat bilik darjah untuk membincangkan
isu-isu sekolah dengan guru dan murid. 33. Menghadiri / menyertai dalam aktiviti-
aktiviti tambahan dan kokurikulum. 34. Mengganti / mengambil tempat guru di
kelas sehingga guru yang lewat atau gantian tiba.
35. Mengajar / membimbing murid atau
memberi arahan terus ke kelas.
K8 MENYEDIAKAN INSENTIF UNTUK GURU 36. Mengukuhkan prestasi unggul guru dalam
mesyuarat atau melalui surat berita, dan / atau memo.
37. Memuji guru secara peribadi terhadap
usaha atau prestasi mereka. 38. Memperakui prestasi guru yang luar biasa
dengan menulis memo untuk rekod peribadi mereka.
39. Memberi ganjaran terhadap usaha
istimewa guru dengan peluang-peluang untuk menerima pengiktirafan profesional.
7
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
40. Mewujudkan peluang pembangunan
profesional untuk guru sebagai ganjaran atas sumbangan istimewa kepada sekolah.
K9 MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL 41. Memastikan aktiviti dalam perkhidmatan
yang dihadiri oleh kakitangan adalah konsisten dengan matlamat sekolah.
42. Secara aktif menyokong penggunaan
kemahiran dalam bilik darjah yang diperolehi semasa latihan dalam perkhidmatan.
43. Mendapatkan penyertaan seluruh
kakitangan dalam aktiviti dalam perkhidmatan yang penting.
44. Mengetuai atau menghadiri aktiviti dalam
perkhidmatan guru yang berkaitan dengan pengajaran.
45. Memberi peluang semasa mesyuarat
untuk guru-guru berkongsi idea atau maklumat daripada aktiviti dalam perkhidmatan.
K10 MENYEDIAKAN INSENTIF UNTUK PEMBELAJARAN 46. Mengiktiraf murid yang melakukan kerja-
kerja yang hebat dengan memberi ganjaran formal seperti penghormatan atau menyebut nama dalam buletin.
47. Menggunakan perhimpunan untuk
memberi penghormatan atas pencapaian akademik dan tingkah laku murid yang terpuji.
48. Mengiktiraf pencapaian murid yang unggul
atau peningkatan pencapaian dengan mempapar hasil kerja murid di sekolah.
8
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
49. Menghubungi ibu bapa murid untuk
memaklumkan tentang prestasi anak mereka yang meningkat atau dapat dijadikan contoh serta sumbangan yang diberi.
50. Menyokong guru secara aktif dalam
memberi pengiktirafan dan / atau ganjaran sumbangan dan pencapaian murid di dalam kelas.
(Dr. Philip Halinger)
9
LAMPIRAN 2
CONTOH: PEMERHATIAN TERHADAP KELAS ABAD KE-21
SS: Sekolah Sendiri; SP: Sekolah Penandaarasan
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
Guru adalah fasilitator kepada pembelajaran murid (bukan sebagai pensyarah). Guru adalah pencipta kepada persekitaran bilik darjah yang produktif
(di mana murid boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan mereka di tempat kerja). Kemahiran berfikir aras tinggi
a. Murid b. Guru
Kemahiran komunikasi yang berkesan
a. Murid b. Guru
Pengetahuan teknologi (di tempat kerja dalam abad ke-21). Kolaboratif kurikulum berasaskan projek digunakan di dalam kelas. Saling berkaitan antara disiplin (subjek) - kerjasama adalah elemen untuk semua pembelajaran murid. Murid tidak lagi belajar setiap mata pelajaran secara berasingan. Sebaliknya, mereka bekerja melalui projek antara disiplin yang menggunakan maklumat dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran dan menunjukkan beberapa standard akademik yang penting. Kurikulum yang relevan dengan apa yang murid akan alami di tempat kerja di abad ke-21.
SS: SP:
10
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
Bilik darjah berpusatkan murid (tidak berpusatkan guru). Murid belajar menggunakan kaedah siasatan (inkuiri) Bekerjasama dengan orang lain. Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat. Murid menggunakan
pelbagai sumber, termasuk teknologi untuk mencari dan mengumpul maklumat yang mereka perlukan. Murid mendapatkan jurnal, menemubual pakar, meneroka internet atau menggunakan program perisian komputer untuk menggunakan apa yang mereka telah belajar atau untuk mencari maklumat. Bukan hanya bagi projek-projek khas, teknologi adalah digunakan secara bersepadu dalam pengajaran harian. Kumpulan murid dibentuk secara fleksibel mengikut keperluan individu
adalah norma. Guru menilai keperluan pengajaran kepada murid dan gaya pembelajaran dan kemudian memanfaatkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
bagi memenuhi keperluan semua murid di dalam kelas. Murid belajar dengan cara melakukan (berasaskan projek) dan guru bertindak sebagai coach. Fokus pembelajaran murid di dalam kelas ini adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat tetapi belajar bagaimana untuk belajar. Kini, murid menggunakan maklumat yang mereka telah belajar dan menunjukkan penguasaan mereka terhadap kandungan dalam projek-projek
11
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
yang mereka usahakan. Murid belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul, bagaimana untuk menjalankan siasatan yang sesuai, bagaimana untuk mencari jawapan, dan cara untuk menggunakan maklumat. Penekanan di dalam kelas adalah untuk mewujudkan mereka yang belajar sepanjang hayat. Dengan adanya matlamat ini dalam fikiran, murid bergerak di luar peranan sebagai murid yang mana belajar melalui pengalaman dunia sebenar. Sebagaimana pembelajaran murid telah berubah begitu juga penilaian pembelajaran. Guru menggunakan pelbagai penilaian berasaskan prestasi
untuk menilai pembelajaran murid. Ujian yang mengukur keupayaan murid untuk menghafal dan mengingati fakta-fakta tidak lagi satu-satunya cara untuk menilai pembelajaran murid. Sebaliknya, guru menggunakan projek murid, persembahan, dan penilaian berasaskan prestasi lain untuk menentukan pencapaian murid dan keperluan masing-masing. Sama seperti bilik darjah yang telah berubah, begitu juga, guru menyesuaikan peranan dan tanggungjawab mereka. Guru-guru tidak lagi mengajar secara berasingan. Mereka kini bersama-mengajar, mengajar secara pasukan, dan bekerjasama dengan ahli-ahli jabatan lain. Guru bukan satu-satunya yang bertanggungjawab untuk pembelajaran murid. Pemegang taruh termasuk pentadbir, ahli lembaga pengarah, ibu bapa, pelajar dan semua berkongsi tanggungjawab dengan guru untuk mendidik murid. Guru tahu bahawa mereka mesti melibatkan murid dalam pembelajaran dan
12
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
menyediakan pengajaran yang berkesan dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta teknologi. Untuk melakukan ini, guru-guru perlu mengikuti perkembangan apa yang berlaku di lapangan. Sebagai orang yang belajar sepanjang hayat, mereka adalah guru yang aktif dalam pembelajaran mereka sendiri. Mereka mencari sendiri perkara
yang berkaitan dengan pembangunan profesional yang membantu mereka untuk meningkatkan pembelajaran murid dan prestasi mereka. Peranan baru guru dalam bilik darjah abad ke-21 memerlukan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku di bilik darjah. Guru perlu tahu bagaimana untuk:
Guru bertindak sebagai coach atau fasilitator (pemudah cara) dalam kelas. Mereka
menggunakan sumber dan peluang yang sesuai untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan setiap murid membina pengetahuan sendiri. Guru bersama dengan muridnya dan tahu bagaimana langkah-langkah dalam pembelajaran dan menyediakan kerja yang bermakna yang melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran mereka.
Guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, menyokong, dan positif untuk semua murid. Ini memerlukan
perancangan di pihak guru untuk mengelakkan risiko keselamatan, untuk mewujudkan susun atur bilik yang menyokong pembelajaran dan untuk memberi akses kepada murid berkeperluan khas. Guru berkemahiran dalam menguruskan
13
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
pengalaman pembelajaran yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif untuk semua murid di dalam kelas. Prosedur dan dasar bilik darjah adalah satu bahagian penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. Guru menilai dan melaksanakan teknik-teknik pengurusan bilik darjah yang berkesan dengan cara yang konsisten. Dia menggunakan rutin harian dan prosedur yang memaksimumkan masa pengajaran. Murid tahu apa yang diharapkan daripada mereka, dan guru yang tahu bagaimana untuk mengendalikan gangguan secara berkesan sehingga tidak ada kesan buruk kepada masa pengajaran murid.
Guru merancang untuk jangka panjang dan jangka pendek.
Guru memupuk kerjasama di kalangan murid di dalam bilik darjah. Guru menjadi contoh dan menggalakkan nilai-nilai dan proses yang penting dalam dunia sebenar demokrasi.
Guru menggalakkan rasa ingin tahu dan motivasi dalaman murid untuk belajar. Guru membantu murid.
Guru menjadi seorang yang berdikari, pemikir kreatif dan kritis dengan menyediakan pengalaman yang membangunkan murid untuk berdikari, berfikiran kreatif dan kritis serta berkemahiran
14
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
menyelesaikan masalah. Guru memberi masa yang cukup kepada murid untuk menyelesaikan tugas-tugas, dan jelas mengenai harapan beliau. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka sendiri dalam suasana yang menghormati keperluan unik pembangunan mereka dan menggalakkan jangkaan positif dan saling menghormati.
Guru membuat murid merasa dihargai. Guru menekankan usaha kumpulan secara koperatif dan bukannya usaha individu yang kompetitif melalui projek kerjasama dan semangat berpasukan.
Guru berkomunikasi secara berkesan dengan murid, ibu bapa,
rakan-rakan, dan pihak pemegang taruh yang lain. Guru menggunakan komunikasi secara bertulis, lisan, dan teknologi untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang positif dan untuk melibatkan pemegang taruh lain dalam pembelajaran murid.
Guru menggunakan bahasa untuk memupuk ekspresi diri, pembangunan identiti dan pembelajaran di kalangan muridnya.
Guru mendengar dengan teliti dan responsif.
Guru memupuk kesedaran dan sensitiviti budaya dalam diri muridnya. Guru menggalakkan murid untuk belajar tentang budaya lain dan menanamkan dalam diri
15
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN / KETERANGAN / BUKTI
muridnya menghormati orang lain dan perbezaan yang ada.
16
LAMPIRAN 3
CONTOH: PEMERHATIAN TERHADAP AMALAN KEPIMPINAN SEKOLAH (PROFIL SEKOLAH)
K1 PROSES KEPIMPINAN DIGUNAKAN: 1. Berapa kerapkah tingkah laku anda yang dilihat oleh murid sebagai mesra dan
menyokong?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8
2. Berapa kerapkah pengetua mendapatkan dan menggunakan idea anda
mengenai hal-hal akademik?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8
3. Berapa kerapkah pengetua mendapatkan dan menggunakan idea anda
mengenai hal-hal bukan akademik?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8
4. Berapa kerapkah anda melihat tingkah laku pengetua sebagai seorang mesra
dan menyokong?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8 5. Berapa banyakkah keyakinan dan kepercayaan anda terhadap pengetua?
Amat Sedikit Sedikit Banyak Amat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
6. Berapa banyakkah keyakinan dan kepercayaan pengetua terhadap anda?
Amat Sedikit Sedikit Banyak Amat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
17
7. Sejauh manakah anda berasa bebas bercakap dengan pengetua tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sekolah?
Tidak Bebas Sedikit Bebas Kurang Bebas
Sangat Bebas
1 2 3 4 5 6 7 8
8. Berapa banyakkah keyakinan dan kepercayaan murid terhadap anda?
Amat Sedikit Sedikit Banyak Amat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8 9. Berapa banyakkah keyakinan dan kepercayaan anda terhadap murid?
Amat Sedikit Sedikit Banyak Amat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
10. Sejauh manakah murid berasa bebas bercakap dengan anda tentang perkara-
perkara yang berkaitan dengan sekolah?
Tidak Bebas Sedikit Bebas Kurang Bebas
Sangat Bebas
1 2 3 4 5 6 7 8
11. Berapa kerapkah idea murid mengenai hal-hal berkaitan akademik diminta dan digunakan oleh pengetua?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8
12. Berapa kerapkah idea murid mengenai hal-hal bukan akademik diminta dan
digunakan oleh pengetua?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8
13. Berapa kerapkah pengetua menggunakan mesyuarat secara kumpulan kecil
untuk menyelesaikan masalah sekolah?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8
18
K2 CIRI-CIRI PENGERAK MOTIVASI:
14. Apakah sikap murid anda terhadap sekolah?
Tidak Suka
Kadang-kadang Suka,
Kadang-kadang Tidak
Suka
Biasanya Suka
Sangat Suka
1 2 3 4 5 6 7 8
15. Berapa kerapkah anda cuba untuk mesra dan menyokong pengetua?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8
16. Berapa kerapkah anda cuba untuk mesra dan menyokong guru-guru lain?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8
17. Dalam tugas anda, adakah ianya bermanfaat atau membazirkan masa untuk
melakukan yang terbaik?
Biasanya Membazir
Masa
Kadang-kadang
Membazir Masa
Kerap Bermanfaat
Sentiasa Bermanfaat
1 2 3 4 5 6 7 8
18. Bagaimanakah tahap kepuasan kerja anda di sekolah?
Tidak Puas Hati
Kurang Puas Hati
Puas Hati Sangat
Puas Hati
1 2 3 4 5 6 7 8
19. Sejauh manakah rasa kebertanggungjawaban pengetua untuk melihat bahawa
kecemerlangan pendidikan dapat dicapai di sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
19
20. Sejauh manakah rasa kebertanggungjawaban penolong-penolong kanan untuk melihat bahawa kecemerlangan pendidikan dapat dicapai di sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
21. Sejauh manakah rasa kebertanggungjawaban guru-guru untuk melihat bahawa
kecemerlangan pendidikan dapat dicapai di sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
22. Sejauh manakah murid membantu antara satu sama lain apabila mereka mahu
memastikan sesuatu perkara dapat dilakukan?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
23. Sejauh manakah tahap berasa tidak sabar-sabar untuk datang ke sekolah oleh
murid?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
24. Sejauh manakah murid berasa teruja dengan pembelajaran?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
25. Sejauh manakah tahap berasa tidak sabar-sabar dengan hari mengajar oleh
anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
20
26. Sejauh manakah yang anda digalakkan untuk menjadi seorang yang berinovasi dalam membangunkan amalan pendidikan yang lebih berkesan dan cekap?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8 K3 CIRI-CIRI PROSES KOMUNIKASI:
27. Berapa banyakkah murid merasakan bahawa anda cuba untuk membantu
mereka dengan masalah mereka?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
28. Berapa banyakkah maklumat yang tepat mengenai hal ehwal sekolah diberikan
kepada anda oleh murid?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
K4 CIRI-CIRI INTERAKSI-MEMPENGARUHI: 29. Berapa banyakkah pengaruh yang pengetua ada berhubung perkara yang
berlaku di dalam sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
30. Berapa banyakkah pengaruh yang guru ada terhadap perkara yang berlaku di dalam sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
31. Berapa banyakkah pengaruh yang staf sokongan ada terhadap perkara yang
berlaku di dalam sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
21
32. Berapa banyakkah pengaruh yang murid ada terhadap perkara yang berlaku di dalam sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
33. Berapa banyakkah pengaruh yang anda fikir pengetua harus ada terhadap
perkara yang berlaku di sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
34. Berapa banyakkah pengaruh yang anda fikir guru harus ada terhadap perkara
yang berlaku di sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
35. Berapa banyakkah pengaruh yang anda fikir staf sokongan harus ada terhadap
perkara yang berlaku di sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
36. Berapa banyakkah pengaruh yang anda fikir murid harus ada terhadap perkara yang berlaku di sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
37. Berapa banyakkah pengaruh murid ada terhadap perkara yang berlaku di
sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
22
38. Berapa banyakkah pengaruh yang anda fikir murid harus ada terhadap perkara yang berlaku di sekolah anda?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
39. Di sekolah anda, bagaimanakah konflik antara jabatan atau unit biasanya
diselesaikan?
Biasanya Diabaikan
Membuat Rayuan
Tetapi Tidak Dapat
Diselesaikan
Diselesaikan Oleh
Pengetua
Diselesaikan Oleh Semua Mereka Yang
Terlibat
1 2 3 4 5 6 7 8 40. Berapa banyakah guru-guru di sekolah anda menggalakkan satu sama lain untuk
melakukan yang terbaik?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
41. Di sekolah anda, adakah "setiap orang untuk bekerja sendiri" atau adakah
pengetua, guru dan murid bekerja sebagai satu pasukan?
Setiap Orang Sendiri
Kurang Kerja Berpasukan
Jumlah Yang Sederhana
Kerja Berpasukan
Jumlah Yang Sangat Besar
Kerja Berpasukan
1 2 3 4 5 6 7 8
42. Berapa banyakkah jabatan atau unit yang berlainan merancang bersama-sama
dan menyelaraskan usaha-usaha mereka?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
23
K5 CIRI-CIRI PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN: 43. Berapa kerapkah anda mencari dan menggunakan idea murid tentang hal-hal
akademik, seperti kerja mereka, kandungan pengajaran, rancangan dan kaedah pengajaran?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8
44. Berapa kerapkah anda mendapatkan dan menggunakan idea murid tentang
perkara-perkara bukan akademik, seperti aktiviti murid, peraturan disiplin?
Jarang Kadang-kadang
Kerap Sangat Kerap
1 2 3 4 5 6 7 8 45. Bagaimanakah murid melihat komunikasi oleh anda?
Dilihat Dengan Syak
Wasangka
Sesetengah Dilihat
Dengan Syak Wasangka, Sesetengah
Dengan Kepercayaan
Biasanya Dilihat
Dengan Kepercayaan
Sentiasa Dilihat
Dengan Kepercayaan
1 2 3 4 5 6 7 8
46. Bagaimanakah murid melihat komunikasi oleh pengetua?
Dilihat Dengan Syak
Wasangka
Sesetengah Dilihat
Dengan Syak Wasangka, Sesetengah
Dengan Kepercayaan
Biasanya Dilihat
Dengan Kepercayaan
Sentiasa Dilihat
Dengan Kepercayaan
1 2 3 4 5 6 7 8
47. Sejauh manakah anda mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dengan
kerja-kerja sekolah mereka?
Tidak Baik Kurang Baik Baik Sangat Baik
1 2 3 4 5 6 7 8
24
48. Sejauh manakah komunikasi antara anda dan murid adalah terbuka dan berterus terang?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
49. Sejauh manakah pengetua memberikan anda maklumat dan idea yang berguna?
Sangat Sedikit
Kurang Besar Agak Besar Sangat Besar
1 2 3 4 5 6 7 8
50. Apakah arah aliran maklumat mengenai perkara-perkara sekolah yang berkaitan akademik dan bukan akademik?
Daripada
Atas Bawah Kebanyakan
Bawah Bawah dan
Atas Bawah, Atas
dan Mendatar
1 2 3 4 5 6 7 8
51. Bagaimanakah anda melihat komunikasi oleh pengetua?
Dilihat Dengan Syak
Wasangka
Sesetengah Dilihat
Dengan Syak Wasangka, Sesetengah
Dengan Kepercayaan
Biasanya Dilihat
Dengan Kepercayaan
Sentiasa Dilihat
Dengan Kepercayaan
1 2 3 4 5 6 7 8
52. Bagaimanakah tepat komunikasi ke atas oleh pengetua?
Biasanya Tidak Tepat
Kerap Kali Tepat
Agak Tepat Sentiasa
Tepat
1 2 3 4 5 6 7 8
53. Bagaimanakah baiknya pengetua mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru?
Tidak Baik Kurang Baik Baik Sangat Baik
1 2 3 4 5 6 7 8
25
54. Sejauh manakah berlakunya komunikasi yang terbuka dan berterus terang antara pengetua dan guru-guru?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
55. Sejauh manakah berlakunya komunikasi yang terbuka dan berterus terang di
kalangan guru-guru?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
56. Berapa banyakkah bantuan yang anda dapat daripada staf sokongan sekolah
anda?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
57. Berapa banyakkah pelajar yang terlibat dalam membuat keputusan utama yang
memberi kesan kepada mereka?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8 58. Adakah keputusan yang dibuat pada tahap terbaik untuk prestasi yang
berkesan?
Pada Tahap Terlalu Tinggi
Pada Tahap Agak Terlalu
tinggi
Pada Tahap Sederhana
Pada Tahap yang terbaik
1 2 3 4 5 6 7 8
59. Sejauh manakah anda terlibat dalam membuat keputusan utama yang berkaitan
dengan kerja anda?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
26
60. Sejauh manakah pembuat keputusan sedar akan masalah, terutamanya pada peringkat yang lebih rendah?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
K6 CIRI-CIRI PENETAPAN MATLAMAT
61. Sejauh manakah pengetua memastikan bahawa perancangan dan menetapkan
keutamaan dilakukan dengan baik?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
K7 CIRI-CIRI PROSES KAWALAN:
62. Apakah gaya pentadbiran pengetua?
Sangat Tinggi Autoritarian
Sedikit Autoritarian
Perundingan
Golongan yang
Mengambil Bahagian
1 2 3 4 5 6 7 8
63. Apakah gaya pentadbiran penolong-penolong kanan?
Sangat Tinggi Autoritarian
Sedikit Autoritarian
Perundingan
Golongan yang
Mengambil Bahagian
1 2 3 4 5 6 7 8 64. Bagaimanakah tahap kompeten pengetua sebagai pentadbir?
Tidak Kompeten
Sedikit Kompeten
Kompeten Sangat
Kompeten
1 2 3 4 5 6 7 8
65. Bagaimanakah tahap kompeten pengetua sebagai pendidik?
Tidak Kompeten
Sedikit Kompeten
Kompeten Sangat
Kompeten
1 2 3 4 5 6 7 8
27
K8 MATLAMAT PRESTASI: 66. Sejauh manakah pengetua cuba untuk menyediakan anda dengan bahan,
peralatan dan ruang yang anda perlukan untuk melakukan kerja anda dengan baik?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
67. Berapa banyakkah anda berasa yang pengetua berminat dengan kejayaan anda
sebagai seorang guru?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8 68. Berapa banyakkah murid berasa anda minat dengan kejayaan mereka sebagai
murid?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
69. Berapa banyakkah cubaan pengetua untuk membantu anda dengan masalah
anda?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
70. Sejauh manakah murid menerima matlamat yang berprestasi tinggi di sekolah
anda?
Sangat Sedikit
Sedikit Banyak Sangat Banyak
1 2 3 4 5 6 7 8
71. Bagaimana cukupnya bekalan dan peralatan sekolah?
Tidak Cukup Kurang Cukup
Cukup Sangat Cukup
1 2 3 4 5 6 7 8
28
72. Bagaimanakah tingginya matlamat utama bagi prestasi pendidikan?
Tidak Cukup Kurang Cukup
Cukup Sangat Cukup
1 2 3 4 5 6 7 8
Disediakan oleh Abdul Razak Alias ([email protected])
Soal selidik diadaptasi daripada Sergiovanni, T.J. (1995). The Principalship: A
Reflective Practice Perspective. Third Edition.USA: Allyn and Bacon.
29