panduan pendaftaran kes mal
TRANSCRIPT
PANDUAN PENDAFTARANKES MAL
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
KELANTANJabatan Kehakiman Syariah Kelantan,
Kompleks Islam Lundang,15200 Lundang, Kota Bahru, Kelantan
Tel:09-7480206 Faks: 09-7430476
TERENGGANU Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
Jalan Sultan Mohamad,21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6232323 Faks 09-6241510
JOHORJabatan Kehakiman Syariah Johor,
Bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor,Lot 259, Jalan Abu Bakar,80100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2199000 Faks: 07-2213133
PAHANGJabatan Kehakiman Syariah Pahang,Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang
Tel: 09-5177966 Faks: 09-5554805
KEDAHJabatan Kehakiman Syariah Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
06550 Bandar Muazam Shah, KedahTel: 04-7001980 Faks: 04-7001989
SARAWAKJabatan Kehakiman Syariah Sarawak
Bangunan Mahkamah Syariah,Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-429810 Fax: 082-244576
SABAHJabatan Kehakiman Syariah Sabah
Tingkat 2, Blok B, Wisma MUIS, Beg berkunci No. 130,
88739 Kota Kinabalu, Sabah.Tel: 088-253579 Faks: 088-219066
Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaAras 2, 3 & 4, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62677 Putrajaya
Tel: 03-88864800 Fax: 03-88891627www.jksm.gov.my
WILAYAH PERSEKUTUANMahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara,
50676 Kuala Lumpur.Tel: 03-22733788 Faks: 03-22734308.
SELANGORMahkamah Syariah Negeri Selangor, Tingkat 5 & 6,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Persiaran Pegawai, Seksyen 5,
40000 Shah Alam, Selangor.Tel: 03-55191309 Faks: 03-55191317.
NEGERI SEMBILANJabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan,
Jalan Dato’ Hamzah,70000 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-7631241 Faks: 06-7645426.
MELAKAMahkamah Syariah Negeri Melaka.
Lot 2434, Blok D, Kompleks Mahkamah Melaka,Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.Tel: 06-2332061 Faks: 06-2313913
PULAU PINANGJabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang
No. 3, Jalan Batu Gantung,10450 Pulau Pinang.
Tel:04-8271875 Faks: 04-8296427
PERLISJabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
Persiaran Jubli Emas,Jalan Pegawai,
01000 Kangar PerlisTel: 04-9774846 Faks: 04-9775107
PERAKJabatan Kehakiman Syariah Perak
Aras 3, Kompleks Mahkamah Syariah PerakJalan Pari Off Jalan Tun Razak
30000 Ipoh PerakTel:05-5018400 Faks:05-5018522
Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaAras 2, 3 & 4, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62677 Putrajaya
Tel: 03-88864800 Fax: 03-88891627
www.jksm.gov.my
PANDUAN PENDAFTARAN KES MAL
JENIS PENDAFTARAN
Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:-
(a) Tuntutan(b) Permohonan
TUNTUTAN ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes MAL yang dimulakan dengan saman beserta penyata tuntutan.
PERMOHONAN ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes MAL yang dimulakan dengan notis permohonan beserta afidavit sokongan.
SENARAI KES YANG BOLEH DIMULAKAN DENGAN PERMOHONAN DI DALAM AKTA/ENAKMEN ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI
Kes-kes yang berikut hendaklah dimulakan tindakan atau prosidingnya dengan notis permohonan beserta afidavit sokongan iaitu:
Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan seeorang belum dewasa
Perlantikan wali am. (Tiada wali nasab, Wali Engkar) Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang
dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang. Anggapan kematian. Perlantikan penjaga harta seseorang orang belum
dewasa. Perintah bagi penjagaan bersama harta seseorang
orang belum dewasa. Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga harta
seseorang orang belum dewasa. Perintah bagi pemecatan penjaga harta seseorang
orang belum dewasa. Kebenaran bagi pelupusan harta seseorang orang
belum dewasa. Kebenaran untuk menyara seseorang orang belum
dewasa Perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara
seseorang orang belum dewasa. Perintah larangan yang berhubungan dengan harta
seseorang orang belum dewasa.
Injuksi yang menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.
Perintah untuk mengenepikan dari injuksi yang menghalang pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah.
Injuksi terhadap perkosaan oleh suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isteri.
Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar negeri.
Pengesahan pengakuterimaan paternity oleh perempuan dalam eddah (pembahagian harta pusaka)
SENARAI KES YANG BOLEH DIMULAKANDENGAN SAMAN
Semua jenis kos selain daripada disenaraikan di atas tindakan atau prosidingnya hendaklah dimulakan dengan saman beserta penyata tuntutan kecuali dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang. Antaranya ialah :-
Tuntutan Perceraian Tuntutan Cerai Takliq Tuntutan Gantirugi Pertunangan Tuntutan Fasakh
Tuntutan Harta Sepencarian Tuntutan Nafkah Isteri Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya Tuntutan Nafkah Eddah Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Tuntutan Tunggakan Nafkah Tuntutan Nafkah Anak Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/
Nafkah Anak Tuntutan Hadhanah Tuntutan Ganishmen/Hiwalah Tuntutan Penghutang Penghakiman
PROSEDUR PENDAFTARAN
i. Setiap pendaftaran kos hendaklah diserahkan sendiri oleh pemohon atau wakilnya kepada Ketua Pendaftar atau Pendaftar atau Penolong Pendaftar.
ii. Tiap-tiap dokumen pendaftaran kes hendaklah dikemukakan dalma 4 salinan.
iii. Pendaftaran kes permohonan hendaklah disertakan (a) Notis permohonan (b) Afidavit sokongan
(c) Eksibit-eksibit (jika berkaitan, contohnya salinan sijil nikah, sijil lahir dan lain-lain)
(d) Fi secukupnya (e) Surat rujukan daripada Pendaftar Nikah Daerah
kepada Hakim Syarie bagi permohonan wali am, perkahwinan bawah umur dan pengesahan janda berhias.
iv. Pendaftaran kes tuntutan hendaklah disertakan:-
(a) Saman (b) Penyata tuntutan (c) Ikatan dokumen (jika berkaitan) (d) Wang pendaftaran secukupnya (e) Wakalah Peguam Syariah bagi yang menggunakan
khidmat Peguam Syarie.
v. Pendaftaran yang lengkap dan mengikut undang-undang sahaja akan diterima.
SYARAT-SYARAT PELANGGAN BOLEH MENDAFTARKAN KES IALAH
Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin.
NOTA:PENDAFTARAN KES BOLEH DIBUAT SENDIRI OLEH PEMOHON ATAU MELALUI KHIDMAT PEGUAM SYARIE BAGI YANG BERKEMAMPUAN ATAU BAGI YANG BERPENDAPATAN RENDAH MELALUI BIRO BANTUAN GUAMAN.