panduan pengajaran seni visual tahun 1
TRANSCRIPT
1
DUNIA SENI VISUAL
2
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGAJARAN
DUNIA SENI VISUAL
Terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2010
3
Cetakan Pertama 2010
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau ara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
4
K A N D U N G A N
Muka Surat
RUKUN NEGARA v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi
PENDAHULUAN vii
MATLAMAT viii
OBJEKTIF ix
FOKUS MATA PELAJARAN x
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL xii
ORGANISASI KANDUNGAN xiv
AKTIVITI DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU xv
MENGGAMBAR
MODUL 1 Lukisan 1
MODUL 2 Catan 4
MODUL 3 Capan 8
MODUL 4 Kolaj 12
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
MODUL 5 Capan 16
MODUL 6 Lukisan 20
MODUL 7 Renjisan dan Percikan 23
MODUL 8 Titisan 27
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN MODUL 9 Model 31
MODUL 10 Origami 35
MENGENAL KRAF TRADISIONAL MODUL 11 Permainan - Wau 40
MODUL 12 Anyaman - Kelarai 43
iii
5
R U K U N N E G A R A
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
6
F A L S A F A H P E N D I D I K A N K E B A N G S A A N
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
vi
7
P E N D A H U L U A N
Seni Visual adalah mata pelajaran yang menjurus kepada bidang kegiatan seni tampak atau
visual. Ia tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.
Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar
serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif, dan aktif. Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan
daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting
kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita
vii
8
M A T L A M A T
Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
memberikan sumbangan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
viii
9
O B J E K T I F
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat :
1. menghargai keindahan alam ciptaan tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan
meyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, dispilin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah
ix
10
Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu;
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan
terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia
juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu
perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.
Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini
adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam
fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. menghargai nilai baik dalam semua
aspek kehidupan Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat
penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga
dapat mengenali perubahan yang boleh dilakukan oleh mereka dalam penghasilan seni di masa
akan datang.
F O K U S M A T A P E L A J A R A N
x
11
c. Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni
visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.
Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni
melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti
lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan
menghargai sumbangan mereka.
d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk
nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan
mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan pelbagai situasi.
xi
12
P E N I L A I A N D A L A M S E N I V I S U A L
xii
Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi
penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid
mengabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak
langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran
berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata
pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan
dalam peringkat sekolah.
Penilaian Seni Visual KSSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah,
penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil.
Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi
pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkan
penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya
pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang
mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya.
Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa markah tersebut
serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni
Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri
murid. Murid dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka berfikir, dan kemampuan
psikomotor mereka.
Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan
dan interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan
pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja
adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan
kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai
penguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan
perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui pemerhatian. Pencapaian
kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat
kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk
penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kemasan. Ini
dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.
13
Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan murid terhadap aspek seni
melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi,
temubual, bercerita, lakonan, dan nyanyian.
Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensil dan kertas. Penilaian ini boleh
ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan
subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk
atau tema Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.
xiii
14
O R G A N I S A S I K A N D U N G A N
Kurikulum Transformasi Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta
mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun
berasaskan empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif,
dan apresiasi seni. Standard Pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran berasaskan standard kandungan.
STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni
visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan
manusia, dan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI
Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan
bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual
menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan
karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat
penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu
yang lain, kehidupan, dan kerjaya.
xiv
15
AKTIVITI DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1
BIDANG KEGIATAN
AKTIVITI
MENGGAMBAR
1. Lukisan 2. Catan 3. Capan 4. Kolaj
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Terancang
1. Capan 2. Lukisan Tidak Terancang 1. Renjisan dan percikan 2. Titisan
MEBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Model 2. Origami
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
1. Alat permainan 2. Anyaman
xv
16
Tahun : 1
Bidang
: Menggambar
Aktiviti
: Lukisan
Tema : Alam Benda
Tajuk
: Rumah
Masa
: 60 minit
Media : Alat : (tiada)
Bahan : paparan slaid, kertas lukisan, pensel
warna, pensel HB, dan pensel 2B
Bahan Bantu Mengajar
: Contoh-contoh garisan, gambar rumah
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
M E N G G A M B A R
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan,
rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan lukisan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
1
17
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – selari dan melengkung (olahan garisan menghasilkan
rupa)
1.1.1.2 Rupa – organik dan geomatri (dihasilkan daripada garisan)
1.1.1.3 Warna – primer ( biru, kuning dan merah)
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – (bentuk, rupa, dan warna)
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.1.2.1 Alat – (tiada)
1.1.2.2 Bahan – kertas lukisan, pensel dan pensel warna
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – lukisan
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya
seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, warna dan rupa) dan prinsip rekaan
(imbangan dan kepelbagaian) dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
2
18
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menerangkan slaid contoh pelbagai jenis garisan.
Murid menamakan garisan yang ditunjukkan secara lisan.
Guru menunjukkan garisan selari dan melengkung.
Murid diminta menyatakan perbezaan garisan tersebut
dengan contoh garisan yang ditunjukkan pada awal
pembelajaran.
Murid diminta menyatakan media yang digunakan dalam
menghasilkan garisan tersebut.
Aplikasi Seni
Guru menunjuk cara membuat garisan selari dan
melengkung.
Guru meminta murid menyatakan cara membuat garisan-
garisan tersebut.
Guru meminta murid mengeluarkan media yang akan
digunakan dalam membuat garisan.
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan lukisan (garisan) dengan bimbingan
guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Murid membuat garisan selari dan melengkung
berpandukan contoh dan tunjuk cara guru.
Langkah 2
Murid membuat garisan-garisan selari dan melengkung
untuk menghasilkan satu karya seni dengan bimbingan
guru.
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
Murid menceritakan pengalamannya ketika melakukan
aktiviti.
3
19
Tahun : 1
Bidang : Menggambar
Aktiviti : Catan
Tema : Alam Benda
Tajuk : Rumah Idamanku
Masa : 60 minit
Media : Alat : berus warna, palet, dan surat khabar lama
Bahan: kertas lukisan, pensel dan warna air, atau
warna poster atau tempera
Bahan Bantu Mengajar
:
Contoh slaid atau gambar pemandangan sebuah
rumah
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK
M E N G G A M B A R
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan,
rupa, warna, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik catan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
4
20
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung (untuk lakaran)
1.1.1.2 Rupa – organik dan geometri
1.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – warna, bentuk, rupa
1.1.2.2 Kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat – berus warna, palet, dan surat khabar lama
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau
tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – catan (basah atas kering)
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
5
21
Contoh lakaran murid
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru meminta murid menyebut warna yang ada pada
pokok, bunga, awan, dinding, dan atap rumah.
Berdasarkan objek yang disebutkan, guru meminta murid
mengelaskan objek buatan manusia dan ciptaan Tuhan.
Guru menunjukkan satu hasil karya yang
mengandungi gambar rumah, awan, dan pokok bunga.
Aplikasi Seni
Guru menunjukkan 2 jenis gambar yang dihasilkan daripada
2 media yang berbeza iaitu pensel warna dan tempera,
warna air atau warna poster.
Guru meminta murid membandingkan perbezaan dan
persamaan antara kedua-dua gambar itu.
Guru memberikan penerangan tentang media yang
digunakan dengan cara yang betul.
Guru menayangkan video teknik cara menyapukan warna
pada permukaan kertas lukisan.
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan karya dengan bimbingan guru
berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Guru mengedarkan kertas lukisan dan bancuhan warna
kepada murid.
Murid diminta membuat lakaran sebuah rumah dan
beberapa batang pokok atau bunga.
Langkah 2
Murid mewarna lakaran gambar mengikut kreativiti
masing-masing dengan bimbingan guru.
6
22
7
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan dan menceritakan hasil karya mereka.
Murid memberi pendapat tentang karya rakan.
Contoh lakaran yang
23
M E N G G A M B A R
Tahun
: 1
Bidang
: Menggambar
Aktiviti
: Capan
Tema
: Alam Semula Jadi
Tajuk : Jambangan Bunga
Masa
: 60 minit
Media : Alat : berus warna, bendi bawang, palet dan
surat khabar lama
Bahan : kertas lukisan, warna air atau warna poster atau
tempera
Bahan Bantu Mengajar
: Contoh-contoh hasil karya daripada teknik capan
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan,
rupa, jalinan, dan harmoni) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni
dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik capan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
8
24
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung
1.1.1.2 Rupa – organik
1.1.1.3 Jalinan – tampak
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – (bentuk, rupa, dan warna)
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.1.2.1 Alat – palet, berus warna
1.1.2.2 Bahan – kertas lukisan, bahan Semula jadi (flora), warna air,
warna poster atau tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – capan (basah atas kering)
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
9
25
10
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan media yang belum dipotong.
Contoh: bendi dan bawang
Murid cuba menceritakan fungsi media tersebut.
Guru memberitahu murid bahawa media tersebut boleh
dijadikan bahan untuk capan.
Guru menunjukkan contoh-contoh karya yang terhasil
daripada teknik capan.
Aplikasi Seni
Guru menunjukkan bendi dan bawang yang belum dipotong.
Guru menerangkan kesan permukaan yang terdapat pada
permukaan bendi dan bawang dengan menghubungkaitkan
bahasa seni visual seperti garisan dan jalinan.
Ekspresi Kreatif
Murid membuat penerokaan pada bahagian lipatan pertama
kertas lukisan.
Murid menghasilkan corak teknik capan dengan bimbingan
guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Guru menunjuk cara memotong bendi dan bawang.
Guru mengedarkan kertas lukisan, bendi, dan bawang yang
telah dipotong kepada murid dan menerangkan cara
menggunakannya.
Guru mengedarkan warna kepada murid.
26
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 2
Guru menunjuk cara melipat kertas lukisan mereka menjadi
dua bahagian.
Bahagian 1 – penerokaan (murid membuat corak
bebas).
Bahagian 2 – penghasilan karya (jambangan bunga).
Guru menunjuk cara penggunaan media
i. sapukan warna pada bendi atau bawang yang telah
dipotong.
ii. capkan bendi atau bawang untuk menghasilkan
gambar bunga.
Apresiasi Seni
Murid menceritakan karya sendiri secara lisan.
Murid diminta mencari media lain yang sedia ada pada
mereka untuk digunakan sebagai alat untuk teknik capan.
Contoh : jari
Guru menerangkan fungsi karya tersebut boleh digunakan
sebagai pembalut buku, pembalut hadiah, dan sebagainya .
11
27
M E N G G A M B A R
Tahun
: 1
Bidang
: Menggambar
Aktiviti
: Kolaj
Tema
: Alam Benda
Tajuk
: Rumahku
Masa
: 60 minit
Media : Alat : gunting
Bahan : kertas lukisan, kertas warna dan gam.
Bahan Bantu Mengajar
: Contoh slaid atau gambar Rumahku dengan
teknik kolaj
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa,
warna, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik kolaj.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya seni dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,
dan budaya.
12
28
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Rupa – organik dan geometri
1.1.1.2 Warna – bebas
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – rupa, bentuk, dan warna
1.1.2.2 Kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.1.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat – gunting
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan, kertas warna, dan gam
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – kolaj
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
13
29
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan contoh hasil lukisan.
Guru menunjukkan paparan slaid rumah.
Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan kolaj.
Aplikasi Seni
Guru menunjukkan contoh beberapa rupa rumah, pokok
bunga, batu, dan pokok yang telah dipotong pada kertas
warna.
Guru memberitahu bahawa rupa-rupa ini jika disusun akan
menjadi satu komposisi pemandangan yang menarik.
Guru meminta murid menyatakan bahan lain yang boleh
digunakan untuk menghasilkan karya.
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru
berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Guru mengedarkan templat (rupa : atap, dinding, pokok
dan awan), kertas lukisan dan kertas warna kepada setiap
kumpulan.
Murid menekap templat pada kertas warna yang diberi
oleh guru secara individu.
Murid menggunting kertas warna mengikut rupa atap,
dinding, pokok, dan awan dengan bimbingan guru.
14
30
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 2
Murid menyusun dan menampal potongan kerta warna
mengikut kreativiti masing-masing untuk menghasilkan
gambar “Rumahku”.
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
Murid menceritakan pengalaman masing-masing ketika
melakukan aktiviti.
15
31
M E M B U A T C O R A K
D A N R E K A A N
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, warna,
jalinan, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik capan .
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visualmenerusi
penentuan media dan teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
Tahun : 1
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Capan
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Hiasan Tabung
Masa : 60 minit
Media : Alat : berus, palet, dan daun
Bahan : kertas lukisan dan warna air atau warna
poster atau tempera
Bahan bantu mengajar : Contoh-contoh corak teknik capan
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
16
32
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa
seni visual yang ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Rupa – organik dan geometri
2.1.1.2 Warna – primer dan sekunder
2.1.1.3 Jalinan – tampak dan sentuh
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Harmoni – ulangan atau susunan yang seimbang
2.1.2.2 Kesatuan – dalam alam semula jadi
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – berus, palet, dan daun
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau
tempera
2.2.2 Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak teknik capan
2.2.2.1 Teknik – capan (corak terancang)
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2. 4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
17
33
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan contoh-contoh karya corak yang
terhasil daripada teknik capan.
Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan
prinsip rekaan seperti jalinan, rupa, warna, harmoni dan
kesatuan.
Aplikasi Seni
Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis
media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik capan.
Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan
media dalam penghasilan corak teknik capan.
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan corak menggunakan teknik capan
dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Sediakan sekeping kertas lukisan.
Bancuhkan warna yang hendak digunakan.
Langkah 2
Sapukan warna yang telah dibancuh pada permukaan daun.
Capkan daun yang telah diwarnakan dengan menekankannya
pada kertas lukisan.
Langkah 3
Ulangi langkah 2 menggunakan warna yang berlainan.
Capkan secara bertindan-tindih sehingga memenuhi ruangan.
18
34
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 4
Setelah hasil kerja siap dan dikeringkan, hasil tersebut boleh
dilekatkan pada tin minuman sebagai hiasan tabung.
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil kerja sendiri
dan rakan-rakan.
Murid menceritakan pengalaman masing-masing ketika mela-
kukan aktiviti.
19
35
M E M B U A T C O R A K
D A N R E K A A N
Tahun : 1
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Lukisan
Tema : Alam Benda
Tajuk : Corak Motif Huruf
Masa : 60 minit
Media : Alat : (tiada)
Bahan : kertas lukisan, oil pastel atau krayon
Bahan bantu mengajar : Contoh corak teknik lukisan dan CD lagu
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa,
warna, garisan, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lukisan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
20
36
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Garisan – bersilang
2.1.1.2 Rupa – geometri
2.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Kontra – warna
2.1.2.2 Imbangan – bentuk
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – (tiada)
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan,krayon atau oil pastel
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya.
2.2.2.1 Teknik – lukisan (corak terancang)
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan k
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
21
37
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi estetik
Guru meminta murid menyanyikan lagu „ABC‟ dengan
iringan muzik.
Murid menyatakan satu huruf yang paling disukai oleh
mereka.
Guru menunjukkan contoh-contoh corak bermotifkan huruf
kepada murid.
Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur garisan,
warna, rupa, imbangan, dan kontra.
Aplikasi seni
Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media
yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik lukisan.
Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan
media dalam penghasilan corak teknik lukisan.
Ekspresi kreatif
Murid menghasilkan corak teknik lukisan dengan bimbingan
guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Sediakan kertas lukisan dan warna pastel.
Langkah 2
Tuliskan huruf yang dipilih secara berulang dengan meng-
gunakan pelbagai warna.
Langkah 3
Guru membimbing murid menjalankan aktiviti mencorak
dengan teknik lukisan.
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan hasil kerja.
Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
22
38
M E M B U A T C O R A K
D A N R E K A A N
Tahun : 1
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Renjisan dan Percikan
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Pembalut Buku
Masa : 60 minit
Media : Alat : berus gigi, palet, dan daun
Bahan : kertas lukisan dan warna air atau warna
poster atau tempera
Bahan bantu mengajar : Contoh-contoh corak teknik percikan
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa,
warna, jalinan, kontra, ritma, dan harmoni) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,
23
39
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Warna – primer dan sekunder
2.1.1.2 Rupa – organik
2.1.1.3 Jalinan – tampak
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Kontra – warna
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan – rawak
2.1.2.3 Harmoni – bentuk
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – berus gigi, palet, dan daun
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster
atau tempera
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik – renjisan dan percikan (corak tidak terancang)
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
24
40
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan contoh-contoh corak yang terhasil
daripada teknik renjisan dan percikan.
Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur jalinan,
warna, rupa, kontra, ritma dan pergerakan, dan harmoni.
Aplikasi Seni
Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media
yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik percikan
dan renjisan.
Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan
media dalam penghasilan corak teknik renjisan dan percikan.
Guru menunjuk cara penghasilan corak renjisan dan
percikan.
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan
dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah
berikut.
Langkah 1 Bancuh cat air atau tempera dalam palet.
Buat bancuhan warna primer dan sekunder.
Sediakan sekeping kertas lukisan.
Sediakan motif seperti yang diinginkan (daun).
Langkah 2 Susun daun di atas kertas lukisan.
25
41
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 3
Sapukan warna pada berus gigi dan percikkan warna
pada permukaan kertas dengan menggunakan sikat atau
jari.
Langkah 4
Ulangi langkah 3 menggunakan warna yang berbeza.
Langkah 5
Setelah siap alihkan daun daripada kertas lukisan dan jemur
hingga kering.
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan hasil kerja.
Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
26
42
M E M B U A T C O R A K
D A N R E K A A N
Tahun : 1
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Titisan
Tema : Alam Benda
Tajuk : Pembalut Hadiah
Masa : 60 minit
Media : Alat : berus,palet
Bahan : kertas lukisan dan warna air atau
warna poster atau tempera
Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh corak teknik titisan
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
Keusahawanan
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual ( unsur seni dan prinsip rekaan : warna,
jalinan, ritma, dan pergerakan, serta imbangan) yang terdapat pada objek buatan
manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik titisan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,
27
43
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Warna – primer dan sekunder
2.1.1.2 Jalinan – tampak
2.1.2 Prinsip rekaan
1.2.1.1 Imbangan – warna
1.2.1.2 Ritma dan pergerakan – rawak
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – berus dan palet
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster
atau tempera
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik – titisan (corak tidak terancang)
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
28
44
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru memainkan lagu „Selamat Hari Jadi‟.
Guru bersoal jawab tentang majlis hari jadi yang pernah di-
hadiri oleh mereka.
Guru menunjukkan kotak yang telah disampul atau dibungkus
dengan pembalut hadiah.
Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan
prinsip rekaan seperti jalinan, warna, ritma dan pergerakan,
dan imbangan pada pembalut hadiah yang telah ditunjukkan.
Aplikasi Seni
Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media
yang sesuai untuk membuat aktiviti corak titisan.
Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan
media dalam penghasilan corak titisan.
Guru menunjuk cara untuk menghasilkan corak dengan teknik
titisan.
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan corak teknik titisan dengan bimbingan
guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Sediakan sekeping kertas lukisan.
Basahkan kertas dengan air.
Bancuh cat air atau tempera dalam palet.
Buat bancuhan warna primer dan sekunder.
Langkah 2
Celupkan berus dalam warna dan titiskan pada kertas lukisan
secara bebas.
29
45
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 3 Ulangi langkah 2 dengan warna yang berbeza.
Langkah 4 Jemur kertas lukisan sehingga kering.
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan hasil kerja.
Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
Guru membuat rumusan dan memberi cadangan agar murid
menggunakan karya mereka untuk dijadikan pembalut hadiah
serta membincangkan harga untuk karya mereka.
30
46
M E M B E N T U K D A N
M E M B U A T B I N A A N
Tahun
: 1
Bidang
: Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti
: Model
Tema
: Alam Benda
Tajuk
: Kenderaan
Masa
: 60 minit
Media : Alat : gunting
Bahan : kertas warna, gam, kotak, magic pen,
dan pensel
Bahan bantu Mengajar
: Contoh model yang sedia ada dan video cara
membuat model
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa,
bentuk, warna, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan model.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan model.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
model.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
31
47
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
3.1.1 Unsur Seni
3.1.1.1 Rupa – geometri
3.1.1.2 Bentuk – 3D (konkrit)
3.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan – semetri
3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasiklan karya seni.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
3.2.1.1 Alat – gunting
3.2.1.2 Bahan – kertas warna, gam, kotak dan magic pen
3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan binaan
3.2.2.1 Teknik – membentuk
3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 3D.
3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
3.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran lain
3.4.4 Menghargai karya sendiri dan rakan
32
48
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan beberapa contoh-contoh model kenderaan
seperti bas, van, dan lain-lain.
Guru menerangkan unsur bentuk dengan menekankan ba-
hawa bentuk boleh dijadikan model kenderaan.
Guru menyatakan ciri-ciri sebuah model kenderaan.
Aplikasi Seni
Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan model kenderaan (bas).
Guru menayangkan video cara membuat model sebuah bas
menggunakan kotak dan kertas warna.
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan model kenderaan (bas) dengan
bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Meratakan gam dan membalut kotak berbentuk kuboid
menggunakan kertas warna yang pertama.
Langkah 2
Melakarkan tingkap dan pintu bas menggunakan pensel pada
kertas warna yang kedua.
Menindih lakaran menggunakan magic pen.
Menggunting dan menampal pada badan bas.
Langkah 3
Membuat tayar menggunakan kotak terpakai.
Menekap bulatan tayar menggunakan duit syiling, tudung
botol, dan lain-lain.
Menggunting tekapan, mewarna, dan menampal tayar pada
badan bas.
33
49
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 4
Membuat kemasan secara kreatif dengan menambah aksesori
pada badan bas seperti cermin, lampu, dan lain-lain.
Apresiasi Seni
Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa
penghasilan model bas.
Murid menerangkan fungsi model yang dihasilkan.
Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.
34
50
M E M B E N T U K D A N
M E M B U A T B I N A A N
Tahun : 1
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti : Origami
Tema : Alam Benda
Tajuk : Baju Kemeja
Masa : 60 minit
Media : Alat : (tiada)
Bahan : kertas origami atau kertas A4, gam,
magic pen dan pensel warna
Bahan Bantu Mengajar : Contoh origami baju yang sedia ada, slaid atau
VCD origami
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa,
bentuk, warna, dan imbangan)yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan origami
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan origami.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
origami.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
35
51
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa
seni visual yang ada pada karya seni.
3.1.1 Unsur Seni
3.1.1.1 Rupa – geometri
3.1.1.2 Bentuk – konkrit
3.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan – simetri
3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan
media dan teknik dalam aktiviti seni.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat – (tiada)
3.2.1.2 Bahan – kertas A4 berwarna, gam, dan magic pen
3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan.
3.2.2.1 Teknik – lipatan
3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D
dan 3D.
3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam panghasilan karya
3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.
3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
36
52
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan contoh-contoh baju sebenar dan contoh
origami baju.
Murid-murid melihat dan mengenal pasti bahagian-bahagian
yang terdapat pada baju sebenar dengan origami baju.
Guru menerangkan unsur bentuk, warna, dan rupa.
Guru menerangkan unsur bentuk, warna, dan rupa dalam
penghasilan origami baju.
Aplikasi Seni
Guru menayangkan video cara membuat origami baju
Murid menyatakan bahagian-bahagian baju yang terdapat pada
origami.
Murid diminta mengeluarkan kertas yang akan digunakan
untuk menghasilkan origami.
Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan origami baju dengan bimbingan guru
berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Menyediakan kertas origami atau kertas A4.
Langkah 2
Lipat dua kertas secara menegak (bahagian A ke bahagian C)
untuk mendapatkan bahagian tengah kertas.
Buka semula lipatan tersebut. Lipatkan bahagian ke bahagian
B, seterusnya bahagian A ke bahagian B.
Langkah 3
Lipat hujung bahagian C secara menyerong ke luar bagi
penghasilan lengan baju.
Ulangi langkah yang sama untuk bahagian A.
Langkah 4
Hujung bawah kertas dilipat ke belakang (2cm).
Hujung bawah kertas bahagian A dilipat menyerong ke
bahagian B untuk menghasilkan kolar baju.
Ulangi langkah yang sama untuk bahagain C.
37
Rujuk gambar rajah : proses origami
53
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 5
Bahagian bawah kertas dimasukkan ke bawah bahagian kolar
baju.
Langkah 6
Hasilkan corak pada bahagian hadapan origami baju.
Langkah 7
Membuat kemasan pada origami baju yang dihasilkan.
Apresiasi Seni
Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa
penghasilan origami baju.
Murid menerangkan fungsi dan corak pada origami baju yang
dihasilkan.
Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.
38
Rujuk gambar rajah : proses origami
54
39
Gambar rajah : proses origami
55
M E G E N A L K R A F
T R A D I S I O N A L Tahun : 1
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Wau - Mewarna
Tema : Alam Benda
Tajuk : Wau Bulan
Masa
Media
:
:
60 minit
Alat : (tiada)
Bahan : lakaran wau pada kertas A4, krayon,
pastel, atau pensel warna
Bahan Bantu Mengajar
: Model wau dan CD lagu Wau Bulan
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan ,
rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia
dan karya seni dalam penghasilan wau dengan mewarna.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan wau.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
wau.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
40
56
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan – melengkung
4.1.1.2 Rupa – organik dan geometri
4.1.1.3 Jalinan – tampak
4.1.1.4 Warna – primer
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Kontra – warna
4.1.2.2 Imbangan – simetri
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan
media dan teknik dalam aktiviti seni.
4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.2.1 Alat – (tiada)
4.2.2.2 Bahan – lakaran wau pada kertas A4 , krayon, dan bahan gantian
4.2.3 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
4.2.3.1 Teknik – lukisan
4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.1 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
4.4.2 Menceritakan karya seni sendiri secara lisan atau bertulis.
4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
41
57
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Menyanyikan lagu „Wau Bulan‟ dengan iringan muzik
Ala ewah ewah bule,
Wau bule teraju tigo,
Mari sini kawe-kawe,
Buat wau bersamo-samo.
Aplikasi Seni
Menunjukkan contoh wau sebenar.
Bersoal jawab tentang:
Unsur Seni – garisan, rupa, warna, dan jalinan
Prinsip Rekaan – kontra (warna) dan imbangan (simetri).
Menyusun proses penghasilan bagi mendapatkan idea
perancangan proses kerja.
Ekspresi Kreatif
Langkah 1 Mengedarkan lakaran wau.
Memilih media dan warna yang digemarinya.
Langkah 2
Mewarna lakaran corak dengan pensel warna, pastel atau
krayon.
Langkah 3
Membuat kemasan.
Apresiasi Seni
Mempamerkan hasil kerja dan bercerita mengenainya.
Contoh : wau terkenal di pantai timur terutama di
Kelantan. Biasa dimainkan selepas musim menuai padi.
Wau yang dipasang busur akan mengeluarkan bunyi.
Mempamerkan karya seni pada papan pamer.
42
58
M E G E N A L K R A F
T R A D I S I O N A L
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan,
rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia
dan karya seni dalam penghasilan anyaman kelarai.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan anyaman.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
anyaman.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.
Tahun : 1
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Anyaman
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Anyaman Kelarai
Masa : 60 minit
Masa : Alat : gunting
Bahan : dua helai kertas A4 berlainan warna
dan gam
Bahan Bantu Mengajar : gambar, contoh anyaman yang telah
dihasilkan dan CD lagu
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK
43
59
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan – lurus dan selari
4.1.1.2 Rupa – geometri
4.1.1.3 Jalinan – tampak dan sentuh
4.1.1.4 Warna – primer
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Ritma dan pergerakan – ritma biasa
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan
media dan teknik dalam aktiviti seni.
4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.2.1 Alat – gunting
4.2.2.2 Bahan – dua helai kertas A4 berlainan warna dan gam
4.2.3 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
4.2.3.1 Teknik – anyaman kelarai
4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran berbahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.1 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan
4.2 Menceritakan karya seni sendiri secara lisan atau bertulis
4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
44
60
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Nyanyian lagu ”Kalau Rasa Gembira” dengan iringan muzik
Kalau rasa gembira, tepuk tangan 2x
Kalau rasa gembira, hentak kaki 2x
Kalau rasa gembira, petik jari 2x
Kalau rasa gembira, kata hooray 2x
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira buat semua.
Aplikasi Seni
Menunjukkan contoh kelarai mata bilis.
Bersoal jawab tentang:
Unsur Seni – garisan, rupa, jalinan, warna.
Prinsip Rekaan – ritma dan pergerakan.
Mengenal media atau bahan gantian.
Menunjuk cara menyediakan anyaman kelarai mata bilis
bagi mendapatkan idea perancangan proses kerja.
Ekspresi Kreatif
Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan guru Langkah 1
Memilih media atau bahan gantian.
Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas secara
lipatan dan guntingan.
Langkah 2
Membuat anyaman kelarai mata bilis seperti yang telah
ditunjukkan.
Langkah 3
Membuat kemasan pada hasil kerja.
45
61
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Apresiasi Seni
Mempamerkan hasil kerja dan bercerita mengenainya.
Contoh: anyaman kelarai amat terkenal di negeri Kedah,
Kelantan, dan Terengganu.
Mempamerkan karya seni pada papan pamer.
46
62
PENGHARGAAN Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan Pengajaran
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Tahun 1 ini. Antara pihak yang terlibat ialah:
Guru-guru yang menjadi panel penyediaan Panduan Pengajaran Pendidikan Seni
Visual Tahun 1,
Pensyarah Pendidikan Seni Visual, UiTM, UPSI dan IPGM
Guru-guru Pendidikan Seni Visual Tahun 1 di sekolah Rintis KSSR Pendidikan
Seni
Tahun 1 2009,
63