panduan perkembangan pembelajaran murid...

8
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

Upload: trinhmien

Post on 08-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …cikguijablog.weebly.com/uploads/8/0/5/8/8058080/pppmsciencetingka... · pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE

TINGKATAN 2

Page 2: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …cikguijablog.weebly.com/uploads/8/0/5/8/8058080/pppmsciencetingka... · pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE

Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan

pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti

kurikulum Science sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka mendapatkan

pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk

membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan

teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF KURIKULUM SCIENCE Kurikulum Science untuk sekolah menengah membolehkan murid: 1 Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena

alam semulajadi dan pengalaman harian 2 Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian 3 Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

4 Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan

nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan 5 Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi 6 Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan 7 Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

8 Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan

bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat 9 Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat

10 Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh

penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal 11 Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.

Page 3: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …cikguijablog.weebly.com/uploads/8/0/5/8/8058080/pppmsciencetingka... · pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 2

BAND

PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

2

Mengetahui dan memahami konsep dan prinsip sains

3

Mengaplikasi pengetahuan saintifik untuk mengembangkan pemahaman konsep dan prinsip sains

4

Menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip

sains

5

Mengamal dan menilai maklumat saintifik yang berkaitan konsep dan prinsip sains dan teknologi dalam menyelesaikan masalah

6

Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan

dengan sains dan teknologi

Page 4: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …cikguijablog.weebly.com/uploads/8/0/5/8/8058080/pppmsciencetingka... · pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 2

TEMA / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

TEMA D

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

TAJUK 8

DUNIA MELALUI DERIA KITA

TAJUK 9 NUTRISI

1

menyatakan pelbagai jenis kecacatan penglihatan dan

pendengaran dengan betul.

2

menerangkan mekanisma pendengaran, mekanisme penglihatan, kemandirian haiwan dengan penglihatan stereoskopik dan monokular, ilusi optik, titik buta dan fungsi kelas makanan dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai sistem pencernaan, kepentingan penyerapan semula air, dan amalan pemakanan secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji hubungan antara organ deria dan rangsangan, sifat-sifat cahaya melalui medium yang berbeza, jenis kecacatan mata dan pembetulan, sifat bunyi dan kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak dalam makanan mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan dan penyerapan glukosa melalui tiub visking menggunakan prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai menu gizi seimbang secara kreatif, inovatif dan lengkap.

Page 5: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …cikguijablog.weebly.com/uploads/8/0/5/8/8058080/pppmsciencetingka... · pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 2

TEMA/ TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

TEMA B

MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP

TAJUK 10 BIODIVERSITI

TAJUK 11 SALING BERSANDARAN ANTARA

ORGANISMA HIDUP DAN PERSEKITARAN

1 menyatakan contoh pelbagai komponen dalam biodiversiti dengan betul.

2 menerangkan maksud spesies, komuniti, populasi, habitat, ekosistem, pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai pengelasan kepelbagaian tumbuhan dan haiwan serta kepentingannya kepada persekitaran, jenis interaksi antara organisma hidup, rantai makanan, siratan makanan dan piramid nombor secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji spesies, habitat, populasi, komuniti dengan saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran dalam mewujudkan ekosistem yang seimbang mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat faktor-faktornya yang mempengaruhi proses fotosintesis mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran, kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian serta kepentingan proses fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang secara kreatif, inovatif dan lengkap

Page 6: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …cikguijablog.weebly.com/uploads/8/0/5/8/8058080/pppmsciencetingka... · pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 2

TEMA/ TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

TEMA C

JIRIM DALAM ALAM

TAJUK 12 AIR DAN LARUTAN

TAJUK 13 TEKANAN UDARA

1 menyatakan ciri-ciri fizikal air dengan betul.

2

menerangkan kepentingan air sebagai pelarut universal dan kegunaan pelarut organik dalam kehidupan dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai kaedah pembersihan dan sistem bekalan air secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji takat beku dan takat didih air serta kesan bendasing ke atas ciri fizikal air, komposisi air melalui elektrolisis, perbezaan antara larutan cair, pekat, tepu, dan bahan terampai, bahan berasid dan beralkali dan pergerakan zarah udara dan kaitannya dengan tekanan serta aplikasi dalam kehidupan harian mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat proses penyejatan dan keterlarutan zat terlarut mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai pencemaran alam sekitar secara kreatif, inovatif dan lengkap.

Page 7: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …cikguijablog.weebly.com/uploads/8/0/5/8/8058080/pppmsciencetingka... · pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 2

TEMA/ TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

TEMA E

DAYA DAN GERAKAN

TAJUK 14 DINAMIK

TAJUK 15 SOKONGAN DAN GERAKAN

1 menyatakan unit daya dengan betul.

2

menerangkan konsep pengukuran daya dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai sistem sokongan haiwan secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji daya, kerja, dan kuasa dengan menggunakan rumus, sistem sokongan haiwan dan system sokongan tumbuhan mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat kesan permukaan terhadap magnitud daya geseran mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai sistem sokongan secara kreatif, inovatif dan lengkap

Page 8: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …cikguijablog.weebly.com/uploads/8/0/5/8/8058080/pppmsciencetingka... · pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 2

TEMA/ TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

TEMA H

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN INDUSTRI DALAM

MASYARAKAT

TAJUK 16 STABILITI

TAJUK 17 MESIN RINGKAS

1 menyatakan pelbagai objek yang menggunakan prinsip tuas dengan betul.

2 menerangkan kedudukan beban, daya, dan fulkrum dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai pengelasan tuas secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji titik keseimbangan dan momen daya mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat luas tapak dan kedudukan pusat graviti terhadap kestabilan objek mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai aplikasi konsep kestabilan atau mesin ringkas secara kreatif, inovatif dan lengkap.