panduan ringkas pemasaran affiliate oleh neal izham
DESCRIPTION
Find out more related information here http://www.nealizham.comTRANSCRIPT
Panduan Pemasaran Affiliate:
Anda memang perlukan panduan ini.
NOTIS & HAK
Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan
e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap
fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku
di dunia internet kini.
Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-
book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi
yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang
terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan
diambil perhatian.
Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.
Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang
professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal
kewangan.
Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan.
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di
Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di
Negeri Johor dan mendapat peluang
melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar
kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).
Berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang pada peringkat PMR dan SPM
seterusnya menyambung pengajian ke
peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini
beliau merupakan pelajar sepenuh masa di
Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan
Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah
berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau
mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik
ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.
Beliau juga dianugerahi pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah
menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.
Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia
ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau
bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
Kandungan.
Pendahuluan.
3 perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana pendapatan.
3 langkah untuk menjana pendapatan lumayan melalui affiliate dalam masa sekejap.
Bagaimana ingin memilih produk terbaik untuk menjana pendapatan melalui affiliate ?
3 kesilapan biasa sebagai seorang affiliate ?
Bagaimana hendak menjadi super affiliate bagi setiap produk yang anda promosikan.
- Direktori pengiklanan percuma.
- Blogging
- Pemasaran forum.
- Instant Message.
- Laman web Social.
- Pengiklanan pada laman web yang ada trafik tinggi.
Pendahuluan.
Menjana pendapatan melalui affiliate adalah perniagaan zaman
sekarang. Melalui affiliate, anda boleh menjadi agen kepada beribu-ribu produk.
Tidak seperti perniagaan offline, anda terhad untuk menjadi agen kepada satu
atau dua produk sahaja.
Tidak seperti produk offline, sesiapa sahaja boleh menjadi affiliate di
produk online. Anda tidak perlu keluarkan modal untuk beli barang, anda tidak
perlu memakai baju cantik-cantik untuk berjumpa dengan pelanggan, dan anda
tidak perlu bermanis lidah.
Affiliate secara online adalah peperangan menggunakan minda. Jika
anda berani, anda akan berjaya. Jika anda rajin, anda akan berjaya. Jika anda
bijak, anda akan berjaya. Dalam pemasaran affiliate, anda perlu ada minda
peperangan kerana ia adalah perniagaan dan perniagaan adalah peperangan.
Jika pesaing anda bergerak 1 langkah, anda perlu bergerak 10 langkah.
Sejauh mana kuatnya pesaing anda, sejauh mana otainya pesaing anda, jika
anda bergerak dengan 10 langkah ke hadapan, anda pasti akan berjaya
mengejar mereka.
Di dalam ebook ini, saya akan huraikan apa yang boleh anda lakukan
untuk mempromosi produk affiliate anda. Harap pendedahan saya ini akan
membantu anda untuk menerima lebih banyak komisyen.
3 perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana
pendapatan.
Walaupun ia nampak mudah, seorang affiliate perlu periksa sama ada dia
memiliki 3 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui
affiliate.
Pertama: Produk untuk di promosikan.
Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara pertama
yang perlu anda pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk di
promosikan. Apabila ada produk, barulah anda boleh mula merancang kaedah
promosi anda. Setiap produk memang ada permintaan, cuma anda perlu
promosi pada tempat yang tepat sahaja.
Kedua: Landing page atau Squeeze Page.
Sebagai seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan web static dan
autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan beribu
ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk
anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus
kepada laman affiliate.
Melalui tindakan ini, sudah tentu anda tidak perlu menghabiskan beribu-ribu
ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam
autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang anda
telah kumpul, anda boleh terus mempromosinya melalui mailing list.
Ketiga: Pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi.
Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda tiada alasan
selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang anda ingin
promosi. Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah freelance untuk
mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh lakukannya sendiri.
Pengetahuan yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan
membeli dari anda kerana mereka yakin dengan cadangan anda untuk membeli
produk yang anda promosikan.
3 langkah untuk menjana pendapatan lumayan melalui
affiliate dalam masa sekejap.
Tidak mustahil untuk anda memperoleh pendapatan 4 angka menerusi affiliate
dalam masa seminggu atau lebih pendek. Ia bergantung sepenuhnya kepada
perancangan anda.
Ada 3 langkah yang selalu di gunakan oleh IM antarabangsa untuk mendapat
keuntungan yang tinggi dalam masa sekejap.
You Play Big, You Gain Big.
Langkah pertama: Cari produk yang mempunyai komisyen yang tinggi.
Cari senarai produk yang mempunyai nilai komisyen RM 50 ke atas. Cari
sebanyak mungkin dan simpankan ia dalam komputer anda.
Langkah kedua : Cipta squeeze page untuk setiap produk.
Cipta squeeze page untuk setiap produk dan pastikan ia menarik untuk memikat
sebanyak mungkin prospek subscribe ke mailing list anda.
Langkah Ketiga : Promosikan squeeze page anda dan teruskan promosi
produk affiliate dalam mailing list anda.
Anda boleh pilih untuk promosi secara percuma atau berbayar. Anda boleh pilih
sendiri mengikut kemampuan anda.
Ya !! tiga langkah ini sahaja boleh memberi anda pendapatan tanpa had. Yang
menariknya, anda boleh gunakan mailing list tersebut berulang-ulang kali. Yang
penting, anda menjaga hubungan antara anda dan subscriber anda.
Bagaimana ingin memilih produk terbaik untuk menjana
pendapatan melalui affiliate ?
Yang ini selalu menjadi masalah kepada seorang affiliate. Ia berbeza menjadi
agen kepada perniagaan online kerana anda selalunya kena ikut tuan milik
perniagaan, agen di internet adalah bos kepada pemilik perniagaan.
Jika anda mendapati laman produk affiliate yang anda ingin promosi tidak
berupaya untuk memberi conversion yang bagus, anda boleh menegur tuan
punya laman web. Ia adalah hak anda kerana andalah yang akan memberi
kekayaan kepada mereka.
Produk terbaik akan memberi keuntungan kepada anda. Bagaimana hendak
mengenail pasti potensi sesuatu produk?
Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menentukan sama ada
sesuatu produk itu mempunyai potensi atau tidak.
Pertama : Tanya sendiri kepada pemilik.
Tanya sendiri pemilik produk bagaimana prestasi penjualan produk beliau.
Dalam ayat pertanyaan, selitkan perkataan yang anda inginkan jawapan yang
jujur dan bersedia melaburkan wang yang banyak untuk melakukan promosi.
Kedua : Periksa Sales Letter itu sendiri dan kredibiliti produk tersebut.
Periksa kandungan sales letter tersebut dan ramal sendiri sejauh mana
keberkesananya. Kemudian periksa kredibiliti produk tersebut melalui testimonial
dan bukti yang ada di website. Katakan anda ingin mempromosi produk ebook
tips penjimatan, periksa sama ada pemberi testimonial adalah mereka yang
pakar dalam bidang tersebut.
Ketiga : kebanjiran otai-otai IM.
Jika produk tersebut adalah dari seorang otai IM, sudah tentu ia adalah produk
yang akan mendapat sambutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersaing
dengan otai-otai IM yang ada. Jangan takut untuk bersaing kerana mereka yang
paling pantas dan bijak akan menang. Jika gagal bersaing pun, anda tetap
menerima tempias dari kehangatan produk tersebut.
Keempat : Permintaan yang melampau.
Di Malaysia anda boleh nilai sama ada produk tersebut mempunyai permintaan
yang banyak atau tidak melalui surat khabar atau berita di TV. Katakan ada
keluar laporan mengenai anak luar nikah di berita, sudah tentu produk ebook„
Cara terbaik untuk berhenti ketagih seks‘ akan meletup di pasaran kerana ia
memang permintaan umum.
3 kesilapan biasa sebagai seorang affiliate ?
Kebanyakan newbie tewas dalam peperangan affiliate di sebabkan kesilapan
kecil dan mereka terus kecewa dan tidak meneruskan perjuangan. Ada 3
kesilapan umum yang selalu di amalkan oleh newbie affiliate.
Pertama: Salah memilih program affiliate.
Seperti yang saya nyatakan dalam bab sebelum ini, seorang newbie selalunya
lupa untuk memeriksa potensi sesuatu produk sebelum promosikan produk
tersebut. Kalau anda tidak kenal siapa pemilik laman web tersebut, pastikan
anda bertanya dahulu soalan sensitif kepada pemiliknya seperti bukti
pembayaran komisyen dan keberkesanan mereka memberi support kepada
pembeli.
Kedua: Masuk banyak sangat program affiliate.
Tolonglah!!Janganlah tamak sangat. Buat satu persatu. Pilih satu produk, buat
squeeze page kemudian promosi, barulah nampak professional. Bila dah stabil
sesuatu produk, barulah pergi ke produk seterusnya.
Ketiga: Tidak membeli produk atau menggunakan servis yang di tawarkan.
Memang anda tidak perlu membeli produk untuk berdaftar sebagi affiliate, tetapi
anda perlu tahu apa yang ada dalam kandungan ebook tersebut sebelum
melakukan promosi. Jika anda tidak mampu untuk beli, anda boleh mengolah
kandungan ebook tersebut berdasarkan review affiliater yang lain.
Panduan ringkas promosi produk affiliate.
Seperti yang anda tahu. Langkah pertama untuk promosi produk affiliate adalah
squeeze page. Persoalannya, bagaimana hendak promosi squeeze page
tersebut ? Di bawah ada menunjukkan cara ringkas bagaimana untuk melakukan
promosi.
Direktori pengiklanan percuma
Buka google dan buat carian „iklan percuma.‟ Di sana terdapat banyak laman
web yang menyediakan pengiklanan percuma. Pelawat yang melawat laman
web iklan percuma selalunya terdiri dari mereka yang melakukan perniagaan.
Mereka mempunyai niat yang sama iaitu untuk mengiklan, maka jika anda ada
produk yang berbentuk perniagaan, anda di galakkan untuk meletakkan laman
web anda di sini. Lagi satu keistimewaan direktori percuma adalah anda boleh
mengiklan sebanyak mungkin, jika ada had untuk satu akaun, buat sahaja akaun
lain.
Anda perlu bijak ketika melakukan pengiklanan di direktori percuma ini.
Pelbagaikan headline anda. katakan anda melakukan promosi produk kuruskan
badan, anda boleh menulis headline berikut.
Cara mudah untuk kurus.
Sebulan turun 5 kg.
Pasti kurus dengan (nama produk anda)
Kalau anda gemuk, click sini untuk kuruskan badan.
Mungkin ada manusia yang melakukan carian di search engine menggunakan
kata kunci di atas. Jika anda, anda memang bertuah.
Blogging
Anda boleh mula menulis di blog mengenai topik yang anda ingin promosikan
atau anda boleh mencuri trafik dari laman blog lain dengan meninggalkan
comment pada artikel mereka. Bergantung kepada kerajinan anda. Jika anda
rajin untuk menulis, silakan. Jika tidak, sudah cukup dengan mencuri trafik.
Pemasaran Forum
Seperti biasa, di forum anda boleh promosi produk affiliate anda melalui siggy
atau di bahagian pengiklanan. Apabila berforum, anda perlu ingat bahawa ia
adalah proses jangka panjang. Jadi, janganlah membuat musuh apabila
berforum. Sentiasa bermesra dengan ahli forum yang lain.
Awas!! Jangan lakukan SPAM. Jika tiada apa hendak di kata, diam lebih baik.
Cara membina kredibilit di forum.
Kredibiliti sangat penting dalam berforum kerana biasanya manusia membaca
orang yang mereka hormat menulis. Bayangkan anda mempunyai kredibilti yang
baik, sudah tentu anda mempunyai ramai peminat dan mereka sentiasa menanti
anda untuk mengeluarkan pendapat.
Berikut adalah cara membina kredibiliti di forum :-
1. Sentiasa jujur dalam ulasan.
2. Ada prinsip ketika memberi komen.
3. Berpengetahuan tinggi ( google kan ada, Search je)
4. Sentiasa memberi kritikan yang membina.
Di atas adalah antara perkara yang perlu anda titik beratkan ketika berforum.
Instant Message.
Instant message seperti Yahoo, Google Talk dan Skype sangat berkesan ketika
melakukan promosi. Kebanyakan IM akan meletakkan pautan squeeze page
mereka di bahagian status. Promosi melalui kaedah ini sangat berkesan jika
anda mempunyai senarai rakan yang ramai.
Untuk meramaikan senarai rakan yang anda ada, anda boleh add kawan forumer
anda atau anda boleh membuat kursus percuma melalui IM. Katakan anda pakar
dalah PHP, anda boleh membuat kursus secara percuma melalui Instant
Message. Jangan terkejut jika anda tumpukan pada teknik ini sahaja, anda boleh
dapat hasil yang memberansangkan.
Laman Web Sosial
Laman web seperti facebook, myspace dan friendster memang mempunyai trafik
yang tinggi. Jika di facebook, ada aplikasi group dan fan page. Minta rakan-rakan
anda untuk tolong promote pautan squeeze page anda itu.
With network you gain power.
Jika anda pandai dalam mencipta aplikasi menarik di facebook, mungkin ia akan
memberi advantage kepada anda. Jika anda promosi produk kuruskan badan
mungkin anda boleh mencipta aplikasi mengira Nilai BMI atau gambar ahli
facebook jika mereka dalam keadaan gemuk.
Pengiklanan pada laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.
Anda boleh gunakan kaedah pay per clik atau pay per view seperti facebook ads,
google adwords, bidvertiser, adly, ziddu dan nuffang.
Anda juga boleh beriklan di portal laman web yang mempunyai hit yang tinggi
seperti portal berita. Sebelum anda beriklan di sesuatu laman web, periksa alexa
ranking di alexa.com atau boleh tanya sendiri kepada admin sejauh mana trafik
yang di terima laman webnya.
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
http://www.BlogMudah.info
http://www.Affiliate-Malaysia.info
http://www.MLM-Malaysia.com