panduan top adsense

44
6 Modul Adsense Percuma HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com - 1 - - 1 - Ditulis Oleh Ahmad Munawwar http://www.Jana-Wang-Adsense.com

Upload: khairol313

Post on 12-May-2015

2.397 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 1 -

- 1 -

Ditulis Oleh Ahmad Munawwar

http://www.Jana-Wang-Adsense.com

Page 2: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 2 -

- 2 -

Menjana Pendapatan Tambahan Melalui Google Adsense Program

6 Modul PercumaMembantu Anda Menjana Pendapatan TambahanSecara Online Melalui

Google Adsense Program Dengan Mudah

Anda akan pelajari:-

1. Apakah Google Adsense Program2. Keyword Research3. Keyword Brainstorming4. Membina Laman Blog5. Memohon Google AdSense Account6. Meletakkan Code AdSense DiBlog Anda

Ebook 6 Modul Adsense ini adalah PERCUMA dan bertujuan untuk membantu rakan-rakan internet memulakan Google AdSense program dengan cara betul dan tanpa modal. Ianya tidak termasuk modul Search Engine Optimisation untuk menjadikan blog ini lebih mesra Enjin Pencari dan menarik banyak traffic.

Anda dibenarkan untuk memberikan ebook ini secara PERCUMA kepada rakan-rakan atau subscriber anda TANPA MENGUBAH isi kandungan ebook ini. Anda TIDAK DIBENARKAN menjual ebook ini secara digital mahupun physical.

Sila hantar feedback anda mengenai ebook ini ke [email protected].

Sekiranya anda dapati ebook PERCUMA ini di jual, sila maklumkan ke [email protected]

>> Subscribe ke mailinglist saya di http://www.Jana-Wang-Adsense.com <<

Page 3: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 3 -

- 3 -

Kandungan Muka Surat

Pengenalan Google Adsense....................................................................................................... - 4 -Google Adwords Program ...................................................................................................... - 4 -Google Adsense Program ....................................................................................................... - 6 -

Penyelidikan Keyword................................................................................................................ - 7 -Menentukan Persaingan Keyword (R).................................................................................... - 8 -Menentukan Demand Keyword (S) ........................................................................................ - 9 -Menentukan Jumlah Advertiser (adwords) > 6..................................................................... - 10 -

Bagaimana Melakukan Keyword Brainstorming...................................................................... - 12 -Ebay Keyword Brainstorming .............................................................................................. - 12 -Analisa URL Keyword ......................................................................................................... - 13 -Yahoo Answer Keyword Brainstorming .............................................................................. - 16 -

Membina Laman Blog (Blogger.com)...................................................................................... - 19 -Cara Memohon Akaun Google Adsense................................................................................... - 25 -Kaedah Mendapatkan Java Script Google AdSense................................................................. - 29 -

Adsense for Content.............................................................................................................. - 29 -Ad unit .............................................................................................................................. - 30 -Link unit............................................................................................................................ - 32 -

Adsense for Search ............................................................................................................... - 33 -Bagaimana Meletakkan Code Adsense..................................................................................... - 36 -

Kaedah Pertama – Adsense Widget...................................................................................... - 36 -Kaedah Kedua – HTML/Javascript Widget.......................................................................... - 38 -

Membina Blog Mesra Enjin Pencari......................................................................................... - 42 -Bertindak Sekarang................................................................................................................... - 42 -Terma & Syarat Google Adsense ............................................................................................. - 44 -

Page 4: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 4 -

- 4 -

Pengenalan Google Adsense

Google Adsense adalah program yang menyediakan peluang kepada publisher (iaitu anda)untuk menjana pendapatan secara online melalui komisyen yang di bayar oleh pihak Google terhadap iklan advertiser yang di klik oleh pengunjung di blog anda. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, anda harus mengetahui bagaimana Google menjana pendapatan berbillion US dollar setiap tahun.

Google Adwords Program

Untuk makluman anda, Google Incorporation menjana pendapatan mereka melalui sumberpengiklanan di laman web pencarian mereka, ianya dipanggil sebagai Google Adwords, yang berdasarkan kepada PPC (Pay Per Click) program.

Menerusi Google Adwords, para advertiser berpeluang mengiklankan produk ataupun service mereka secara terus kepada potential customer berdasarkan kepada keyword yang digunakan oleh pengunjung dalam mencari maklumat di internet.

Berjuta-juta pengunjung internet menggunakan enjin pencari Google untuk mendapatkan maklumat dan produk yang mereka kehendaki di internet. Mereka akan menggunakan keyword sebagai asas pencarian mereka.

Seseorang yang ingin membuat duit di internet akan menggunakan keyword “make money” atau “make money online” untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Seseorang yang ingin berkahwin akan menggunakan keyword “wedding”, “wedding gift” atau “wedding gown” sebagai keyword mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Maka para advertisers akan membida keyword tersebut berdasarkan kepada produk mereka untuk mensasarkan pengunjung yang menggunakan keyword tersebut dalam pencarian mereka di enjin pencari Google.

Page 5: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 5 -

- 5 -

Advertisers akan membida keyword tersebut antara Advertisers yang lain untuk mendapatkan kedudukan yang teratas di enjin pencari. Kedudukan iklan yang teratas menjana lebih banyak trafik ataupun pengunjung ke laman web jualan mereka. Sebagai contoh disini pengunjung mencari maklumat berkenaan “furniture”, maka Google akan memberikan anda senarai laman web seperti berikut:-

Sila perhatikan dengan teliti gambar diatas, disebelah kiri dipanggil “organic listing” ianya adalah listing percuma.

Disebelah kanan pula yang mempunyai sponsored links dipanggil Google Adwords, ianyaadalah listing berbayar yang digunakan oleh para advertisers untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka dengan mensasarkan kepada pengunjung yang mencari maklumat berkenaan “furniture” seperti mana contoh diatas.

Lebih tinggi ataupun teratas kedudukkan iklan mereka, lebih tinggilah bayaran yang mereka harus bayar kepada Google apabila pengunjung mengklik iklan mereka, ini kerana mereka mendapat lebih banyak pengunjung daripada Advertiser yang berada dibawah kedudukkan mereka.

Google hanya mengenakan bayaran kepada advertiser apabila pengunjung lakukan klik padaiklan mereka sebab itu ianya dipanggil PPC (Pay Per Click). Sekiranya pengunjung lakukan klikke bahagian “organic listing” para advertiser tidak akan dikenakan bayaran oleh Googlewalaupun iklan mereka muncul di tangga teratas dan Google tidak akan menjana keuntungan disitu.

Disini, pastinya Google mahu memaksimakan keuntungan mereka melalui kaedah pengiklananini dengan memaksimakan jumlah klik pada iklan para advertisers, kerana disinilah merekasebenarnya mendapat keuntungan yang banyak iaitu melalui konsep PPC.

Klik yang banyak pada iklan advertiser ini pula akan memaksimakan keuntungan kepada advertiser kerana mereka akan mendapat ramai pelanggan yang benar-benar mahukan produk atau perkhidmatan mereka.

Page 6: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 6 -

- 6 -

Sekiranya Advertiser membida sesuatu keyword tersebut dengan harga $20 per klik dan mendapat pelanggan yang mahukan produk mereka dengan harga $50 maka Advertiser mendapat keuntungan sebanyak $30. Ianya adalah konsep menag-menang diantara Google dan advertisers.

Setakat ini saya telah menerangkan dengan jelas bagaimana Google menjana keuntungan melalui kaedah pengiklanan dengan konsep PPC dan bagaimana pula Advertisers mendapatkan pengunjung ke laman web jualan mereka.

Jadi sekarang ini dimana pula kedudukan kita sebagai PUBLISHER dan bagaimana pula kita menjana pendapatan melalui kaedah pengiklanan ini. Disini Google memperkenalkan Google Adsense Program.

Google Adsense Program

Untuk memaksimakan keuntungan mereka, maka Google menyediakan program yang dipanggil sebagai Google Adsense Program iaitu mereka melakukan syndication terhadap iklan-iklanadvertisers ini ke laman-laman web atau blog publisher (anda) yang menyertai Google Adsense Program.

Jadi, sekiranya pengunjung tidak melakukan klik di Google Adwords di bahagian sponsored link (sebelah kiri laman web Google) tetapi melakukan klik di laman web atau blog yang berada di organic listing dan pemilik blog atau laman web tersebut menyerati google adsense program, ianya masih ada potensi yang tinggi dimana iklan advertiser itu akan di klik diblog atau laman web tersebut.

Contohnya adalah seperti berikut:-

Page 7: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 7 -

- 7 -

Bayangkan sekiranya laman web diatas adalah kepunyaan anda, dan pengunjung yang datang kelaman web atau blog tersebut melakukan klik terhadap iklan Google Adsense yang muncul dilaman web anda maka Google akan mengenakan bayaran kepada advertisers tersebut dan berkongsi keuntungan tersebut kepada anda.

Disinilah bagaimana anda berupaya menjana pendapatan melalui Google Adsense. Lebih ramaipengunjung datang ke blog anda, lebih tinggi potensi klik berlaku pada iklan diblog anda maka lebih banyak keuntungan yang dapat anda hasilkan.

Maka untuk memulakan Google Adsense ini, anda haruslah mengetahui topik atau kandungan apakan yang ingin anda paparkan pada blog yang akan anda bina.

Untuk memastikan bahawa blog yang anda bina nanti dapat menjana pendapatan kepada anda, maka menjalankan penyelidikan “Niche Market Research” adalah sangat penting sebelum anda membina blog.

Didalam modul seterusnya anda akan mempelajari bagaimana mempelajari tentang “Niche Market” dan melakukan “Keyword Research”.

Penyelidikan Keyword

Keyword adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan anda dalam publishing business. Penguasaan anda dalam mendapatkan keyword yang berkualiti akan mampu membuatkan anda bersaing dengan internet marketer yang lain. 80 sehingga 90% kebanyakan masainternet marketer digunakan untuk melakukan penyelidikan keyword yang ingin mereka sasarkan.

Mereka yang mempunyai modal akan mendapatkan software untuk melakukan kerja-kerja tersebut atau “outsource” kepada mereka yang mahir dalam penyelidikan keyword (keyword research).

Keyword anda menentukan “Niche Market” dan kandungan blog yang akan anda bina.

Perlu difahami disini bahawa anda perlu mensasarkan pengunjung yang menggunakan enjin pencari untuk membawa atau menarik mereka datang ke laman blog anda. Kerana trafik yang didapati dari enjin pencari adalah lebih fokus dan berkualiti, ini adalah kerana pengguna akan menggunakan keyword untuk mencari sesuatu maklumat di internet.

Sebagai contoh pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Hawai, mereka memerlukan Hotel untuk menginap disana, maka apakah keyword yang pengunjung akan gunakan untuk mencari maklumat penginapan atau hotel disana?

Ya, pengunjung akan menaip keyword “hawai hotel” untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Apabila pengunjung mencari maklumat tersebut, enjin pencari dengan setepat yang mungkin akan mendapatkan dan memberikan kepada pengunjung tersebut senarai laman web atau blog yang berkaitan dengan “hawai hotel”.

Didalam modul ini anda akan mempelajari bagaimana untuk mendapatkan keyword yang berkualiti iaitu keyword yang mempunyai permintaan yang tinggi tetapi rendah dari segi persaingan supaya anda tidak berlumba dengan internet marketer yang berpengalaman.

Page 8: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 8 -

- 8 -

Sebelum kita membuat perkiraan, anda perlu berfikir keyword apa yang hendak digunakan untuk membina kandungan blog anda.

Secara logiknya, untuk membina kandungan blog, anda seharusnya mengetahui tentang topiktersebut. Katakan anda seorang wakil “insurance” dan anda mahir dalam “insurance”, maka anda bina laman blog mengenai insurance. Tetapi adakah keyword insurance memenuhi criteria yang diperlukan?

Tahukah anda keyword “insurance” mempunyai nilai R atau persaingan sebanyak 417,000,000 pages.

Saya nasihatkan anda untuk tidak menggunakan keyword “insurance” kerana ia terlalu general dan terlalu banyak persaingan.

Atau katakan anda mengetahui tentang “Nasyid Malaysia” dan anda ingin membina laman blog berdasarkan keyword tersebut. Anda perlu mengetahui bahawa keyword tersebut tidak mempunyai advertiser (adwords) dan hanya mempunyai nilai S atau demand yang kurang dari 80 pencarian sebulan.

Kesimpulannya, tanpa advertiser, anda tidak akan dapat menjana pendapatan dari Google Adsense dan 80 pencarian (trafik) sebulan tidak memadai.

Ini adalah kriteria yang anda perlukan untuk mendapatkan keyword yang baik untuk memulakan Google Adsense program anda.

1. R/S < 1002. R < 2,000,0003. Adwords > 6

- R adalah untuk “result” atau supply atau nilai persaing anda. Lebih rendah nilai ini lebih bagus dalam menentukan kualiti sesuatu keyword.

- S adalah untuk “Search” atau demand sesuatu keyword tersebut iaitu jumlah pencarian maklumat atau keyword tersebut dalam tempoh masa yang diberikan selalunya 30 hari.

- Adwords adalah iklan advertiser yang muncul di Google page untuk sesuatu keyword tersebut.

Sebagai contoh disini, saya akan menggunakan keyword “ringtone” sebagai niche market atau keyword anda dan kita akan lihat sejauh mana keyword ini sesuai untuk anda membina lamanblog.

Menentukan Persaingan Keyword (R)

Ikuti langkah yang ditunjukkan bagaimana menentukan pesaingan keyword

Langkah #1: Pergi ke http://www.Google.Com

Langkah #2: Taipkan keyword “ringtone” dan klik “Search”

Page 9: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 9 -

- 9 -

Disini anda akan mendapat nilai R iaitu 134,000,000 pages. Nilai ini bermaksud keyword “ringtones” berada di 51 juta pages (bukan laman web) kerana satu laman web mungkin mempunyai lebih dari satu page.

Anda perlu mengetahui bahawa sekiranya anda ingin membina lama blog berdasarkan keyword ini, anda akan bersaing dengan 51 juta pages untuk berada dalam rangking 20 teratas enjin pencari Google. Nilai ini juga lebih dari 2,000,000 pages iaitu lebih dari nilai maksima yang kita kehendaki.

Menentukan Demand Keyword (S)

Langkah #1: Pergi ke http://freekeywords.wordtracker.com

Langkah #2: Taipkan keyword “ringtones” dan klik Hitme

Lihat gambar yang menunjukkan nilai S iaitu sebanyak 15,339 pencarian sehari dan sekiranya di kali dengan 30 hari anda akan mendapati keyword ini mempunyai permintaan sebanyak 460,170 sebulan iaitu satu jumlah permintaan yang sangat banyak.

Keyword tools lain yang boleh digunakan:- http://www.nichebotclassic.com/

- Result adalah berdasarkan estimation pencarian harian.- x 30 hari untuk mendapatkan data pencarian sebulan.

Nota: Data adalah estimation dan hanya sebagai rujukan secara umum. Sekiranya anda ingin mendapatkan data yang tepat maka anda perlu melakukan subscription dengan membuat pembayaran bulanan untuk service yang anda gunakan. Saya cadangkan sekiranya anda baru memulakan perniagaan internet, maka gunakan FREE service sudah memadai.

Page 10: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 10 -

- 10 -

Menentukan Jumlah Advertiser (adwords) > 6

Langkah #1: Pergi ke http://www.Google.Com

Langkah #2: Taipkan keyword “ringtones”-Langkah #3: Kira jumlah adwords lebih dari 6 tidak termasuk iklan dari ebay.com

Gambar diatas menunjukkan kepada anda keyword “ringtones” mempunyai lebih dari 6 advertisers, ini mencukupi untuk anda mendapatkan iklan-iklan tersebut muncul diblog anda dan seterusnya dapat menjana pendapatan dari Google Adsense. Adakalanya anda tidak mendapati iklan adwords ini keluar seperti diatas, ini adalah disebabkan beberapa perkara.

1. Advertiser telah meletakkan budget untuk iklan tersebut muncul dalam sehari. Sekiranya budget tersebut telah mencukupi, iklan advertiser tidak akan keluar untuk hari tersebut.

2. Advertiser hanya menumpukan iklan tersebut untuk muncul di negara tertentu sahaja kerana mungkin iklan mereka tidak bersesuaian dengan negara kita. Sekiranya iklan tidak muncul, gunakan Google U.K untuk membuat pencarian anda. http://www.Google.co.uk

Sekarang kita akan lihat adakah keyword ini bagus untuk anda gunakan sebagai kandungan blog anda?

R/S = Google Result/wordtracker = Supply/demand = 134,000,000/460,170 = 291

R = 134,000,000 lebih dari 2 juta pages

Adwords > 6

Ianya tidak sesuai kerana mempunyai nilai R ataupun persaingan yang terlalu tinggi iaitu 134juta pages dan nisbah R/S melebihi 100.

Page 11: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 11 -

- 11 -

Disini saya mencadangkan anda menggunakan keyword yang sama tetapi lebih “niche”. Kali ini anda ulang proses yang sama tetapi menggunakan keyword ringtones yang lebih niche.

Contohnya disini kita akan menggunakan keyword “high school musical ringtones” yang mempunyai demand (S) sebanyak 23,700 (790x30) pencarian sebulan

Dan nilai persaingan (R) seperti dibawah iaitu 58,100 (R < 2 Million pages)

R/S = 58100/23700 = 2.45Adwords > 6 advertisers

Kesimpulannya, keyword “high school musical ringtones” terletak didalam kategori keyword yang bagus.

Lebih rendah persaingan iaitu nilai R ianya adalah lebih bagus, bayangkan sekiranya anda menjumpai nilai R (persaingan) keyword anda hanya 10 pages sahaja, maka anda hanya mempunyai 10 persaingan sahaja, blog anda akan berada didalam 10 kedudukan yang teratas dienjin pencari. Tetapi anda juga harus pastikan keyword tersebut mumpunyai permintaandengan melihat kepada nilai S (search) yang mencukupi. Jumlah 1,000 pencarian sebulan sudah mencukupi untuk anda menjana pendapatan dari Google Adsense sebagai permulaan untuk satu blog.

Kaedah ini digunakan untuk keyword yang anda ketahui, namun banyak lagi keyword yang tidak anda ketahui tetapi mempunyai permintaan yang tinggi dan pesaigan yang rendah. Didalam modul seterusnya anda akan mempelajari bagaimana mendapatkan keyword seperti itu melalui kaedah keyword brainstorming.

Page 12: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 12 -

- 12 -

Bagaimana Melakukan Keyword Brainstorming

Didalam prosess ini saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana melakukan keyword brainstorming untuk mendapakan keyword dengan mudah. Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana membuat keyword brainstorming dari Ebay.com dan juga Yahoo.com.

Ebay Keyword Brainstorming

Kita akan menggunakan Ebay.com untuk mendapatkan keyword tersebut.

Langkah #1: Pergi ke Ebay.com, http://www.Ebay.com

Langkah #2: Pilih kategori yang anda minat di “Shop your Favorite Categories” untuk mendapatkan (keyword) atau topik blog anda.

Sekiranya anda seorang wanita, saya rasa anda akan memilih kategori “Jewelry & Watches”

Dalam contoh ini saya memilih kategori “Jewelry & Watches”. Klik dibahagian “Jewelry & Watches” untuk memilih topik tersebut.

Page 13: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 13 -

- 13 -

Kemudian saya memilih “Earrings” dalam langkah seterusnya. Anda boleh memilih mengikut apa yang anda minati, ini sebagai contoh sahaja. Anda mempunyai pilihan seperti Body Jewelry, Hair Jewelry, Bracelets dan lain-lain sebagai pilihan niche market anda.

Langkah #3: Langkah seterusnya adalah dengan mendapatkan URL seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.

Anda akan dapat lihat URL yang anda pilih adalah seperti berikut:-

http://jewelry.shop.ebay.com/items/Earrings__W0QQ_catrefZ1QQ_sacatZ110645

Anda boleh ulang langkah diatas pada kategori yang lain untuk mendapatkan URL yang berkaitan.

Analisa URL Keyword

Langkah seterusnya adalah untuk menganalisa URL yang anda dapati diatas menggunakan Adwords keyword tools. Tools ini akan membaca URL yang anda berikan dan mengeluarkan result keyword yang anda perlukan dan juga estimation harga keyword tersebut.

Nota: Data yang dipaparkan dibawah SAH ketika ebook ini ditulis, data terbaru mungkin sudah berubah)

Pergi ke https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Page 14: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 14 -

- 14 -

Langkah #1: Pilih “Laman web content” tab

Langkah #2: Paste (masukkan) URL yang anda dapati diatasTandakan “Include other pages on my site linked from this URL”

Langkah #3: Klik butang “Get Keyword Ideas”

Tools ini akan menganalisa URL yang dimasukkan dan memberikan keyword yang berkaitan dengan niche market anda. Anda akan dapat lihat tanda seperti dibawah menandakan ia sedang melakukan analisa, tunggu sehingga proses tersebut tamat.

Apabila proses analisa telah selesai teruskan dengan langkah seterusnya untuk melakukan filter keatas keyword yang diberikan.

Langkah #4: Klik butang drop down

Langkah #5: Pilih “Show Estimated Ad Position”

Langkah #6: Pilih “Show Estimated Avg CPC”

Page 15: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 15 -

- 15 -

Langkah #7: Pilih “US Dollars (USD $)”

Langkah #8: Masukkan apa-apa nilai

Langkah #9: Klik butang “Calculate”

Apabila proses telah selesai anda akan dapat lihat result seperti dibawah, ia akan memberikan senarai keyword (niche market) dan juga harga estimate untuk keyword tersebut. Data dibawah diambil pada bulan September 2007. (ianya mungkin berbeza sekarang)

Gambar diatas menunjukkan keyword “magnetic jewelry clasp” mempunyai CPC ( Kos Per Klik) sebanyak USD $5.42. Apa yang anda boleh fahami disini ialah para advertisers perlu meletakkan harga bid sebanyak $5.42 untuk menempatkan iklan mereka di posisi antara 1-3 apabila pengunjung membuat pencarian menggunakan keyword “magnetic jewelry clasp” di enjin pencari Google.

Sekiranya iklan tersebut muncul diblog anda dan pengunjung diblog anda klik iklan tersebut, Google akan membayar sejumlah peratus komisyen daripada $5.42 kepada anda. Adakah anda boleh terus menggunakan keyword tersebut untuk membina laman blog anda? Nanti dulu anda perlu mengulangi proses yang pertama iaitu menentukan adakah keyword tersebut mematuhi kriteria kualiti keyword. Gunakan keyword tersebut untuk membuat pencarian seperti berikut:-

Page 16: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 16 -

- 16 -

Nilai R, persaingan untuk keyword ini hanyalah 821, sangat bagus!!!. Ianya juga mempunyai Adwords > 6 (advertisers)

Dengan jumlah pencarian atau demand keyword tersebut sebanyak 1,159 sebulan.

Jadi, R/S = 821/1,159 = 0.7

Dan juga CPC (kos per klik) = USD $5.42 per klik

Keyword ini boleh anda jadikan sebagai niche market anda kerana ianya sangat bagus.

Yahoo Answer Keyword Brainstorming

Selain dari Ebay.com, anda juga boleh mendapatkan URL untuk dianalisa dan mendapatkan keyword (niche market) dari Yahoo Answer.

Langkah #1: Pergi ke Yahoo Answer

Page 17: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 17 -

- 17 -

Langkah #2: Pilih category yang anda minati, sebagai contoh saya memilih kategori “Beauty & Style” dan sub-kategori “Hair”.

Langkah #3: Klik “Discover Resolved Questions”

Langkah #4: Klik “No Of Answer”

Langkah #5: Klik yang mempunyai banyak answer. Dalam contoh ini saya memilih “What do you think damages your hair the most?”

Langkah #6: Copy link URL yang diberikan seperti dibawah:-

Page 18: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 18 -

- 18 -

Langkah #7: URL anda akan kelihatan seperti ini

http://answers.yahoo.com/dir/index;_ylt=AtJa17UOX4RuqG38DzwlsJ0Nxgt.?link=over&sid=396546058&more=&s=-answer_count

Ulang proses yang sama seperti didalam “Langkah #1 Analisa URL” untuk mendapatkan keyword yang berkaitan dengan kategori yang anda pilih.

Untuk kategori hair ini sahaja saya mendapat berpuluh-puluh niche market atau keyword yang berkualiti. Contoh:-

how to hairproducts for curly hairhairstyles for curly hair

Anda juga boleh menggunakan sumber rujukkan yang diberikan untuk mendapatkan keyword anda.

- http://www.Wikipedia.com- http://news.google.com- http://news.yahoo.com- http://www.prweb.com

Mulakan keyword research anda sekarang dan dapatkan keyword yang anda kehendaki. Ianya mengambil masa sedikit tetapi ianya satu prosess yang sangat penting sebelum anda memulakan Google AdSense anda. Kejayaan atau kegagalan anda dalam inetrnet marketing berdasarkan sejauh mana anda mampu mendapatkan niche market dan menguasainya.

Dapatkan Pakej Jana Wang Adsense yang mengandungi lebih banyak strategi untuk mendapatkan keyword yang berkualiti.

Modul seterusnya anda akan mempelajar secara asas bagaimana membina laman blog dengan menggunakan keyword yang telah anda dapati sebelum ini sebagai kandungan blog anda.

Page 19: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 19 -

- 19 -

Membina Laman Blog (Blogger.com)

Didalam modul ini anda akan mempelajari bagaimana membina blog secara PERCUMA dengan menggunakan blog dari blogger.com. Anda tidak perlu membeli nama domain dan juga “Hosting” untuk membina blog anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah daftar akaun blogger.com dan terus membina blog anda. Dalam satu akaun blogger.com, anda boleh membina lebih dari satu blog dengan berbagai-bagai topik yang anda kehendaki.

Sekiranya anda ingin membina blog untuk kegunaaan memohon Google Adsense program, kandungan blog anda mestilah didalam Bahasa Inglish.

Sila ikuti langkah yang diberikan dibawah untuk membina blog anda yang pertama.

Langkah #1: Pergi ke laman web www.Blogger.com

Langkah #2: Klik “CREATE A BLOG” dan masukkan maklumat yang dipaparkan seperti dibawah:-

Page 20: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 20 -

- 20 -

Langkah #3: Masukkan maklumat yang diminta seperti contoh dibawah (gunakan keyword anda sendiri)

Blog Title: Masukkan keyword andaBlog Address: Gunakan keyword andaCheck Availability: Klik untuk memastikan url blog anda masih availableWord Verification: Masukkan ikut TEXT yang diberikan

Page 21: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 21 -

- 21 -

Langkah #4: Pilih template (Minima) yang simple dan background putih seperti diatas dan klik “continue”.

Anda akan mendapat mesej seperti dibawah yang menunjukkan anda telah berjaya membina blog dan bersedia untuk memasukkan artikel atau kandunagn ke dalam blog anda. Seterusnya klik “START POSTING”.

Anda akan diminta untuk memasukkan kandungan blog anda untuk dipublishkan ke internet.

Untuk mendapatkan kandungan blog, sebaik-baiknya anda menulis sendiri kandungan blog tersebut. Ini akan menjadikan kandungan blog anda “baru” dan unik. Ianya juga mudah untuk anda lakukan update terhadap blog anda kerana anda mengetahui dengan baik topik yang anda publishkan.

Sekiranya anda tiada kebolehan menulis artikel sendiri, anda boleh gunakan “reprint article” yang mana anda dibenarkan untuk mengguna artikel tersebut dengan syarat tidak mengubah kandungan asal artikel dan juga mestilah sertakan penulis (authour) artikel tersebut.

Dalam contoh ini, anda akan menggunakan “reprint article” yang diambil dari “reprint article” directory iaitu di http://www.EzineArticles.com

Page 22: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 22 -

- 22 -

Untuk mendapatkan artikel tersebut sila ikuti langkah seterusnya dibawah.

Langkah #5: Pergi ke laman web http://www.EzineArticles.com

Untuk mendapatkan artikel yang berkaitan dengan keyword anda, gunakan kemudahan “Search Ezine Articles” untuk melakukan pencarian. Masukkan keyword anda dan tekan butang search.

EzineArticles.com akan memberikan anda artikel yang berkaitan dengan keyword yang anda gunakan ketika melakukan pencarian.

Langkah #6: Copy & Paste artikel ke dalam blog anda.

Setelah mendapatkan artikel yang anda kehendaki, Copy & Paste artikel tersebut kedalam blog.

Copy tajuk artikel dan juga kandungan artikel di EzineArticles.com ke “Title” dan ruangan artikel diblog anda. Jangan lupa untuk sertakan nama penulis artikel tersebut supaya anda tidak didakwa menggunakan artikel tanpa kebenaran.

Page 23: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 23 -

- 23 -

Setelah selesai copy & paste artikel tersebut, sila klik “publish post” untuk menyiarkan blog anda ke internet.

Klik “in a new window” untuk memaparkan blog yang baru anda bina.

Blog anda akan kelihatan seperti dibawah setelah dipublishkan.

Page 24: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 24 -

- 24 -

URL blog anda adalah (contoh) http://Magnetic-Jewelry-Clasp.Blogspot.Com

Sekarang anda sudah boleh memohon untuk mendapatkan Google Adsense Account. Sebelum anda mula memohon mendapatkan account Google Adsense saya mencadangkan anda membuat dua lagi post pada hari yang berlainan.

Satu hari satu post, sehinggalah hari ketiga anda akan mempunyai 3 post di blog anda. Setelah itu barulah anda memohon mendapatkan account Google Adsense.

Untuk membuat post yang baru, sila login ke akaun blogger.com dan anda akan dapat lihat di bahagian dashboard paparan seperti gambar dibawah.

Klik “NEW POST” untuk membuat post yang baru, gunakan artikel yang berlainan dari EzineArticles.com tetapi dalam lingkungan topik yang sama berdasarkan keyword anda.

Page 25: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 25 -

- 25 -

Cara Memohon Akaun Google Adsense

Langkah seterusnya menunjukan kepada anda bagaimana untuk memohon Google Adsense program dan contoh permohonan yang telah diluluskan.

Langkah #1: Login ke akan Blogger.com anda

Langkah #2: Klik “Layout” di bahagian dashboard

Langkah #3: Klik “Publish ads with Google Adsense” dibahagian bawah sekali

Langkah #4: Pilih mana-mana kedudukan iklan yang anda kehendaki dan klik “Next”.

Langkah #5: Pilih “Create a new AdSense account” dan klik “NEXT”

Page 26: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 26 -

- 26 -

Langkah #6: Masukkan segala maklumat yang diminta dengan BETUL (sila rujuk gambar dibawah) dan klik “Submit Information”.

Langkah #7: Setelah anda mengesahkan maklumat yang dimasukkan, sila klik “Create Account”

Langkah #8: Tick kotak kecil dibahagian Term & Condition dan klik “I Accept”

Page 27: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 27 -

- 27 -

Sila tunggu dalam tempoh masa 48 jam untuk pihak Google membuat review terhadap blog yang anda bina, ini untuk memastikan blog anda tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Untuk sementara waktu iklan adsense yang keluar diblog anda adalah iklan kemasyarakatan sehinggalah akaun Adsense anda diluluskan barulah iklan Adsense yang berkaitan dengan blog anda akan muncul.

Sekiranya permohonan anda diluluskan anda akan mendapat email seperti berikut:-

Modul seterusnya anda akan mempelajari bagaimana untuk login ke Google Adsense anda dan mendapatkan “java script” yang boleh anda gunakan untuk diletakkan diblog anda supaya iklan google adsense akan muncul di blog anda.

Secara default posisi iklan Adsense yang akan keluar diblog anda adalah berdasarkan kepada pemilihan di langkah ketika anda memohon akaun Google Adsense sebelum ini.

Page 28: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 28 -

- 28 -

Sekiranya anda klik pada butang yang pertama, maka anda akan dapat lihat kedudukan iklan Adsense Seperti berikut.

Sekiranya anda ingin menukar kedudukan iklan Adsense anda, lakukannya dibahagian Layout>> Page Elements pada akaun blogger.com anda. Langkah ini akan saya terangkan pada modul yang seterusnya.

Page 29: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 29 -

- 29 -

Kaedah Mendapatkan Java Script Google AdSense

Dalam modul ini saya akan tunjukkan kepada anda bagaimanakah kaedah mendapatkan kod java script Adsense dari akaun Google Adsense untuk dimasukkkan ke dalam blog anda.

Langkah #1: Login ke Account Adsense anda menggunakan maklumat login yang anda perolehi ketika memohon Google Adsense account sebelum ini.

http://www.google.com/adsense

Langkah #2: Pergi ke bahagian “Adsense Setup” dan anda akan dapati Google Adsense mempunyai 4 produk utama seperti yang dapat anda lihat pada gambar dibawah:-

Didalam modul ini saya akan hanya menerangkan 2 produk utama iaitu Adsense for Contentdan Adsense for Search. Dua produk lagi adalah produk terbaru dari Google.

Adsense for Content

Adsense for content mempunyai dua jenis iklan Adsense iaitu “Ad unit” dan “Link unit”. Untuk pengetahuan anda di dalam satu page, anda boleh meletakkan tiga Ad unit dan tiga Link unit.Saya akan menerangkan dengan lebih mendalam berkenaan iklan “Ad unit” terlebih dahulu dan akan di ikuti pula oleh “Link unit”.

Page 30: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 30 -

- 30 -

Ad unit

Ad unit mempunyai 2 bentuk iklan iaitu “Text ads” dan “Image ads”. Anda boleh memilih salah satu darinya atau anda juga boleh memilih kedua-duanya untuk muncul di blog anda.

Contoh Text Ads:

Contoh Image Ads:

Untuk melihat kesemua jenis dan format Text dan Image ads, sila lihat pada link yang diberikan dibawah:

https://www.google.com/adsense/static/en_US/AdFormats.html

Langkah #3: Pilih “Text ads” untuk Ad unit

Saya mencadangkan anda memilih Text ads kerana ia lebih berkesan. Untuk mendapatkan java script “Ad unit”, tandakan butang “Ad unit” dan klik “continue”.

Langkah #4: Pilih format iklan Adsense

Anda akan diberikan pilihan untuk memilih format iklan yang anda inginkan diblog anda.

Didalam contoh ini saya cadangkan anda memilih “728x90 Leaderboard” format.

Page 31: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 31 -

- 31 -

Langkah #5: Gunakan format colour seperti yang saya tunjukkan dibawah dan klik continue:-

Note: Pemilihan format iklan mestilah bersesuaian dengan template blog anda.

Anda akan diminta untuk memasukkan channel URL, anda boleh menggunakan adsense channel sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog.

Ianya bertujuan untuk melihat performance setiap daripada blog anda.

Ini memudahkan anda untuk membuat pemantauan terhadap setiap blog yang dibina dalammenentukan blog yang mana lebih perform. Ini membolehkan anda melakukan “fine tuning” dan optimization terhadap iklan adsense dan juga blog anda.

Nota: Anda melihat paparan ini tidak sama dengan paparan anda kerana saya mempunyai lebih dari satu blog.

Didalam contoh ini, anda tidak perlu melakukan channel setting, klik “continue”.

Langkah seterusnya anda akan diminta untuk menamakan kod Ad unit anda. Anda boleh menamakan mengikut nama domain di ikuti dengan jenis format iklan. Sebagai contoh anda

Page 32: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 32 -

- 32 -

mempunyai blog dengan nama domain Magnetic-jewelry-clasp.blogspot.com dan format iklan anda ialah “728x90 Leaderboard” maka anda namakan ia

Magneticjewelryclasp-728x90 (sebagai contoh)

Setelah menamakan iklan anda, klik “Submit and Get Code” dan anda akan diberikan oleh google, kod AdSense untuk diletakkan diblog anda.

Highlightkan code di dalam kotak tersebut dan copy ke blog anda. Sila lihat modul yang seterusnya untuk melihat bagaimana meletakkan kod ini pada blog anda.

Link unit

Perbezaan antara Ads unit dan Link unit ialah Link unit tidak mempunyai image dan juga text, ianya hanyalah terdiri daripada senarai pautan (links). Sil lihat salah satu contoh Link unit seperti dibawah:-

Langkah #1: Untuk mendapatkan Java code untuk Link unit, tandakan Link unit seperti yang anda lihat dibawah dan klik “continue”.

Langkah seterusnya, anda diminta untuk memilih format Link unit yang anda kehendaki. Sila rujuk pada link yang saya berikan untuk melihat format Link unit.

Page 33: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 33 -

- 33 -

https://www.google.com/adsense/static/en_US/AdFormats.html (scroll dibahagain bawah sekali)

Langkah #2: Didalam contoh ini, saya cadangkan anda memilih Link unit format 468x15 (4 units).

Langkah #3: Tukarkan warna format iklan Link unit seperti dibawah dan click “continue”.

Langkah #4: Abaikan setting untuk channel buat masa ini dan click “continue”. Namakan iklan Link unit anda seperti yang telah saya terangkan sebelum ini dan klik “Submit and Get Code”.

Highlightkan kod yang diberikan dan copy ke blog anda. Sila lihat modul yang seterusnya bagaimana untuk meletakkan kod ini pada blog anda.

Adsense for Search

Kebaikkan penggunaan “Adsense for Search” memberikan pilihan kepada pengunjung blog untuk melakukan search atau pencarian maklumat sekiranya maklumat yang mereka perlukan tidak terdapat pada blog anda.

Ini tidak secara langsung memberikan peluang pendapatan Adsense pada anda sekiranya pengunjung melakukan klik pada iklan Adsense hasil daripada pencarian tersebut.

Dibawah saya berikan contoh bagaimana “Adsense for Search” ini berfungsi.

Page 34: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 34 -

- 34 -

Katakan pengunjung datang ke blog magnetic-jewelry-clasp.com dan tidak mendapat maklumat yang mereka inginkan. Mereka melihat adanya pilihan untuk membuat carian seterusnya dengan menggunakan “Adsense for Search” seperti yang anda lihat diatas.

Setelah mereka masukkan keyword dan klik “Google Search”, paparan seperti dibawah akan dapat dilihat oleh mereka.

Sekiranya mereka melakukan klik pada salah satu daripada empat iklan Adsense yang terletak diatas sekali, anda akan mendapat komisyen per klik dari Google.

Didalam modul ini saya hanya akan tunjukkan asas bagaimana membina kod Adsense untuk “Adsense for Search”.

Langkah #1: Login ke akaun Adsense anda

Langkah #2: Klik “Adsense Setup”

Langkah #3: Klik “Adsense for Search”

Page 35: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 35 -

- 35 -

Langkah #4: Lakukkan setting seperti yang anda lihat pada gambar dibawah dan klik “Continue”

Langkah #5: Pilih “look and feel” yang bersesuaian dengan template blog anda dan klik “continue”.

Langkah #6: Pilih “Open results on Google in a new window”

Langkah #7: Pilih “Seaside” palletes

Tidak perlu masukan logo kemudian klik “continue”. Namakan iklan “Adsense for Search” anda dan klik “Submit and Get Code”.

Highlight dan copy kod yang diberikan kemudian paste kan pada blog anda. Sila lihat modul yang seterusnya bagaimana untuk meletakkan kod ini pada blog anda.

Page 36: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 36 -

- 36 -

Bagaimana Meletakkan Code Adsense

Didalam modul ini, anda akan pelajari dua kaedah utama memasukkan kod Adsense kedalam blog anda.

Kaedah Pertama – Add a Gadget – Adsense Widget

Kaedah Kedua – Add a Gadget – HTML/JavaScript Widget

Kaedah pertama adalah lebih mudah untuk “Newbie” (mereka yang baru) dan kedah kedua adalah pada mereka yang sudah agak berpengalaman dimana anda boleh melakukan “customisation” kepada kod Adsense.

Saya akan tunjukkan bermula dengan kaedah pertama dan dikuti dengan kaedah kedua.

Kaedah Pertama – Adsense Widget

Langkah #1: Login ke akaun blog anda di http://www.Blogger.Com

Langkah #2: Klik “Layout”

Langkah #3: Klik “Add a Gadget”

Langkah #4: Klik “Adsense”

Page 37: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 37 -

- 37 -

Langkah #5: Anda akan dapat melihat window seperti dibawah, ikut setting yang saya berikan.

Langkah #6: Adsense code anda akan mucul di sidebar seperti dibawah, anda perlu tarik kotak tersebut dan letakkan melintang dibawah “magnetic jewelry clasp” header kerana format “728x90 Leaderboard” sesuai diletakkan dibawah header atau dibawah footer.

Lihat contoh yang diberikan seperti dibawah:-

Page 38: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 38 -

- 38 -

Langkah #7: Klik “Save” dan kemudian “View Blog” anda untuk melihat blog anda yang telah mempunyai Adsense.

Skiranya anda tidak berpuas hati dengan format yang telah anda pilih dan ingin membuat perubahan, anda boleh melakukan editing kepada iklan Adsense tersebut. Sila rujuk langkah dibawah untuk melakukan editing pada iklan Adsense anda.

Klik edit pada kotak Adsense yang telah anda bina dan lakukan editing seperti mana yang anda kehendaki kemudian pastikan anda klik “Save”, view sekali lagi blog anda sehingga anda berpuas hati.

Langkah seterusnya adalah memasukkan kod adsense melalui kaedah kedua.

Kaedah Kedua – HTML/Javascript Widget

Kaedah kedua memasukkan kod Adsense ke dalam blog adalah lebih sesuai digunakan sekiranya anda menggunakan kod Adsense yang di bina sendiri dari akaun Google Adsense anda.

Page 39: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 39 -

- 39 -

Langkah awal adalah sama seperti kaedah pertama, iaitu login ke akaun blogger.com, kemudian klik “Layout” dan klik “Add a Gadget”. Pilih option “HTML/JavaScript” seperti yang anda lihat dibawah:

Masukkan atau “Paste” Java code Adsense yang anda copy dari akaun Adsense anda seperti yang saya tunjukkan pada modul sebelum ini selepas itu klik “SAVE”. (kosongkan bahagian “Title”)

Sekiranya anda terlupa untuk copy kod adsense yang anda bina sebelum ini, anda boleh mendapatkannya semula dengan login ke akaun Adsense, klik “Adsense Setup” kemudian klik “Manage Ads”. Pilih kod Adsense yang anda mahukan dengan melakukan klik pada “code” seperti yang dapat dilihat pada gambar dibawah:-

Dalam contoh ini, pilih code adsense magneticjewelryclasp-728x90 (nama kod adsense saya mungkin berbeza dengan anda).

Tarik code adsense yang baru anda masukkan dan letakkan dibawah header melintang. (lihat gambar dibawah)

Page 40: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 40 -

- 40 -

Klik “SAVE” dan “View a Blog” anda untuk melihat blog anda dengan kod adsense yang baru anda masukkan.

Blog anda akan kelihatan seperti berikut dimana iklan adsense telah muncul diblog anda.

Lakukan proses yang sama seperti diatas untuk meletak code adsense anda dibahagian tepi (sidebar) dan format iklan yang sesuai ialah “skyscraper”. Lihat contoh dibawah.

Page 41: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 41 -

- 41 -

Lakukan proses yang sama untuk meletakkan kod “Link unit” dan juga “Adsense for Search” di bahagian sidebar, header atau footer pada blog anda.

Anda boleh melihat contoh seperti yang saya tunjukkan di blog magnetic-jewelry-clasp.blogspot.com

Format dan posisi iklan Adsense anda ditentukan oleh anda sendiri dan ianya haruslah bersesuaian dengan blog template yang anda pilih ketika membina blog anda.

Saya cadangkan anda mahirkan diri anda dengan melatih diri menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada akaun blogger.com dan akaun Adsense anda. Jangan takut untuk mencubanya.

Sekarang blog anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan melalui Google Adsense. Apabila pengunjung datang ke blog anda dan klik iklan google adsense tersebut anda akandibayar oleh google.

Saya akan memberikan anda Adsense Kod Script yang akan menaikkan CTR, Click Thru Rate sebanyak 30% pada Pakej Jana Wang Adsense.

Page 42: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 42 -

- 42 -

Membina Blog Mesra Enjin Pencari

Untuk menjadikan blog anda mesra enjin pencari (Search Engine Friendly) yang mendapat kedudukan yang baik pada enjin pencari, blog anda haruslah di “optimize” kan, dua teknik optimization yang penting iaitu on-site optimization dan off-site optimization akan membantu blog anda mendapat traffic dari enjin pencari. Saya telah menulis strategi tersebut dengan mendalam didalam ebook saya yang berasingan yang saya namakan Pakej Jana Wang Adsense.

Apa yang telah anda pelajari setakat ini boleh diumpamakan seperti anda baru sahaja membuka kedai dan meletakkan barang-barang yang berkaitan dengan perniagaan anda.Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan pengunjung yang berminat dengan produk anda datang ke laman blog dan seterusnya menjadi pelanggan anda.

Didalam internet marketing ianya dipanggil sebagai traffic atau visitors ke blog anda. Untuk mendapatkan strategi bagaimana mendapatkan traffic ke blog anda, sila dapatkan Pakej Jana Wang Adsense.

Bertindak Sekarang

Ebook ini hanya akan bermanfaat kepada anda sekiranya anda mengambil keputusan untuk mengikuti apa yang telah saya tunjukan diatas. Fokus atau tumpuan sangat penting untuk berjaya dalam internet marketing.

Contoh blog yang saya gunakan didalam modul ini iaitu magnetic-jewelry-clasp.blogspot.comberjaya menjana pendapatan dari Google Adsense seperti berikut:-

Tarikh akhir saya update kandungan blog ini adalah pada 2hb Mac 2008 dan blog ini berada di tangga teratas Google sejak hampir setahun dan terus mendatangkan pendapatan sehingga kini tanpa berbuat apa-apa.

Page 43: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 43 -

- 43 -

Satu blog yang paling simple ialah fisher-cat-screech.blogspot.com yang menjana pendapatan tanpa henti sehingga kini tanpa berbuat apa-apa.

Saya harap ebook ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memulakan Google Adsense anda dengan mensasarkan niche market yang betul.

Penerangan dan ulasan yang lebih lengkap ada saya terangkan di dalam Pakej JWAv2.0

Page 44: Panduan top adsense

6 Modul Adsense Percuma

HakCipta Terpelihara© 2007-2009 Jana-Wang-Adsense.com

- 44 -

- 44 -

Terma & Syarat Google Adsense

Google Inc sangat mengambil berat dan perhatian terhadap terma & syarat program yang mereka sediakan demi untuk menjaga kepentingan ketiga-tiga parti iaitu Advertiser, Publisherdan Visitor.

Sebarang tindakan yang melanggar terma & syarat program yang disediakan oleh Google akan menyebabkan akaun Google Adsense anda akan dimatikan.

Antara syarat yang perlu anda patuhi ialah:-

1. Anda Tidak boleh melakukan klik terhadap iklan Adsense di blog anda.2. Tidak boleh menyuruh rakan-rakan anda melakukan klik pada iklan Adsense di blog

anda.3. Tidak boleh menggunakan script untuk meningkatkan page impression secara

automatik.4. Tidak boleh memberi arahan bertulis meminta pengunjung klik iklan Adsense anda.5. Tidak boleh membina blog berkenaan SEX, Alcohol, Drug, Pornography, tobacco &

sebagainya

Maklumat penuh boleh anda dapatkan pada pautan yang diberikan dibawah:-

https://www.google.com/adsense/support/bin/answer.py?answer=48182

Sebagai kesimpulannya, anda telah mempelajari:

1. Pengenalan Google Adsense 2. Kepentingan Penyelidikan Keyword3. Membuat Keyword Brainstorming4. Membina Laman Blog5. Memohon Google Adsense Program6. Meletakkan Code Adsense Diblog Anda

Apa yang anda akan pelajari didalam Pakej JWA 2.0 adalah lebih padat dan mengandungi lebih banyak Strategi yang akan membantu anda menambahkan pendapatan melalui Google Adsense.

Yang Ikhlas

Munawarhttp://www.Jana-Wang-Adsense.comhttp://support.jana-wang-adsense.com