pantai kasih

21
SINOPSIS: Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X- Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Upload: amirulhaziq

Post on 16-Sep-2015

275 views

Category:

Documents


56 download

DESCRIPTION

Sypnosys Pantai Kasih

TRANSCRIPT

SINOPSIS:Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya. Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

TEMAKetabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya. Tabah menghadapi kematian anak peremuannya Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu down sinDoktorom. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.

PERSOALAN Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga. Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga. Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap isteri tidak sah menjadikan dia seorang yang pemilih. Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut. Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut. Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.

WATAK DAN PERWATAKANWatak UtamaRaiha Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6 bulan Doktor pakar bedah Anak kepada doktor pakar bedah Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar Perunding Pembedahan. Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri. Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengikabatkan kematian anak kesayangannya. Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin. Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.Watak SampinganDoktor Uwang Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu Berwajah kacak dan segak Berusia pertengahan empat puluhan Bertubuh sederhana Dikenali sebagai ahli bongkar pasang Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam. Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuhUnong Siron Bekas Pesakit Doktor Uwang Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK. Kurus cengkung dan pucat Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu Mempunyai masa depan yang cerah Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar NegaraDoktor Sadiz Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman Pakar Perunding Pembedahan Pakar Bedah Otak Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan. Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung. Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.Ayah Raiha Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan Seorang yang optimistic Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya. Sudah meninggal dunia Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu. Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan. Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang. Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.Sister Felicia Landosi Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor Sadiz Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya. Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz. Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan berkhidmat di hospital yang sama. Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.

LATARLatar Tempat1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah. Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali pembedahan Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya. Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah mendapatkan rawatan. Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor.1. Apartment Raiha Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz. Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.1. Rumah Tumpangan Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.1. Rumah Doktor Uwang Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang. Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.1. Mahkamah Keluarga Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.1. Wad Super VVIP Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.1. Daerah Inanam Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini1. Hospital Kinabalu Tempat Raiha baharu bertugas di situ. Sempat bertugas beberapa tahun di situ Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawatLatar Masa1. Malam Hari Kemalangan Doktor Uwang Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut. Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit gologan menengah dan sederhana. Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut. Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya. Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz. Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu. Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu. Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.1. Waktu Senja Pembedahan keenam Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.Latar Masyarakat1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.1. Latar masyarakat yang takut berterus terang Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.1. Latar masyarakat yang ego Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu disambar api tersebut.1. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.1. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.1. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya. Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.1. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya. Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.

GAYA BAHASA1. Peribahasa Similie Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,1. Penggunaan Diksi Kata-kata istilah sains perubatan Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan. Antaranya X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis Perkataan masyarakat setempat Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol

NILAI1. Nilai Kerajinan Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu. Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.1. Nilai Ketekunan Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.1. Nilai Keberanian Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.1. Nilai Bertanggungjawab Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.1. Nilai Keprihatinan Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.1. Nilai Ketabahan Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.PENGAJARAN1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup. Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.1. Kita hendaklah menghormati hak orang lain Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.1. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain. Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.1. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.1. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup. Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandungnya sering menjadi bahan melampias kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.

BIODATA PENGARANG NOVEL PANTAI KASIH